Isnin, 24 Jun 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


MAS mungkin ubah, batal penerbangan

Posted: 24 Jun 2013 05:55 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Malaysia Airlines (MAS) hari ini memaklumkan kepada penumpangnya tentang kemungkinan berlaku pembatalan penerbangan pada saat-sat akhir dan penjadualan semula penerbangan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk di beberapa kawasan di negara ini sejak beberapa hari lepas. 

Pengarah operasinya Izham Ismail berkata stesen tertentu diletakkan dalam pemantauan rapi mengenai kemungkinan ditutup atau mengalami gangguan iaitu Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan; Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu; Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu; Lapangan Terbang Antarabangsa KL; dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
"MAS bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa lapangan terbang untuk memantau keadaan dan akan melaraskan operasi penerbangan kami dari dan ke lapangan terbang yang terjejas, sekiranya perlu.

"Keselamatan adalah perkara paling penting bagi MAS. Memastikan tetamu kami sampai ke destinasi mereka dengan selamat sentiasa menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.

MAS menubuhkan sebuah sekretariat untuk memantau keadaan jerebu sejam sekali dan mengeluarkan maklumat terkini mengenainya tiga kali sehari.

Syarikat penerbangan itu juga menasihati penumpang supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan melayari www.malaysiaairlines.com atau menghubungi talian bebas tol 1300 88 3000 untuk mendapatkan maklumat terkini, sebelum bertolak ke lapangan terbang.

Bernama

Husam bebas dengan jaminan polis, Video Sidang Media sejurus dibebaskan

Posted: 24 Jun 2013 05:31 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.
Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi.
Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu.

Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.

Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.

Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.

Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.

Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.

"Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan," ujarnya.


Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.


Beliau singgah bertemu TG Nik Abdul Azizi dan menziarahi pusara ibunya selepas dibebaskan.




 




 



Video Sidang Media Dato Husam Musa sejurus dibebaskan dari lokap






Berita dan gambar dari pelbagai sumber/-

Diariku dari parlimen: 24 Jun 2013

Posted: 24 Jun 2013 05:24 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Nasrudin Hassan,24 Jun 2013
Jam 9.20 am saya mula melangkah kaki memasuki dewan mesyuarat di bangunan Parlimen. Satu detik bersejarah bagi diri saya sebagai ahli parlimen yang baru dari P.088 Temerloh. "Pertama kali" adalah detik debar yang akan dirasai oleh saya dalam apa jua aktiviti dan penglibatan. Apatah lagi "pertama kali" itu adalah majlis rasmi yang penuh formal dan mempunyai tatacara yang tersendiri.

Masih segar dalam lipatan sejarah, bagaimana pertama kali saya masuk sekolah, pertama kali saya masuk Madrasah Muhammadiah Sungai Durian dan kemudiannya Madrasah Ad Diniah Al Bakriah, pertama kali saya memasuki Maahad Fathul Islami di Syria dan pertama kali saya melangkah kaki ke gerbang Universiti al Azhar dan kini memasuki Dewan Rakyat dengan gelar sebagai Ahli Yang Berhormat sangat mendebarkan.

Situasi serupa saya alami semasa mula-mula ke gerbang perkahwinan, pertama kali diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dan kini mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi sessi parlimen ke 13.

Sejuk dinginnya suhu dewan parlimen ini tidak mampu meredakan debaran pertama ini. Perasaan saya berbaur antara gementar kerana tidak biasa dan berdebar kerana tidak sabar untuk menyertai perbahasan sebagai ahli parlimen yang baru.

Mengakui bahawa hati ini sangat teruja terutama melihat kelibat dan gelagat rakan-rakan ahli parlimen senior yang membawa pelbagai wajah dan rentak sesekali mamanaskan dewan.

Hari pertama parlimen bermesyuarat bagi edisi 2013 yang berlangsung hari ini telah menyaksikan kekecohan melibatkan proses pengundian untuk memilih Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Kertas undi diedar tetapi tidak rahsia kerana pengundinya mesti menulis nama dan menandatangani kertas undi tersebut.

Dua calon Yang Di Pertua Dewan telah dikemukakan. Pertama ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia atas cadangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan disokong oleh Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin. Sementara calon kedua ialah Datuk Abdul Kadir Sulaiman atas cadangan Tan Sri Khalid Ibrahim dan disokong oleh YB Karpal Singh.

Tan Sri Pandikar Amin terpilih sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan memperolehi 133 undi berbanding Datuk Abdul Kadir memperolehi 89 undi.

Lebih menarik pada hari ini apabila Tan Sri Pandikar Amin selaku YDP Dewan Rakyat memashyurkan slogan "Ubah" dan "Ini kali lah" sebagai memulakan ucapan sulong beliau mengendali mesyuarat Ahli Parlimen.

Saat ini, jam telah menunjuk detik 11.40 am dan saya masih menunggu gilliran untuk mengangkat sumpah. Kini giliran ahli parlimen Barisan Nasional membaca teks angkat sumpah di hadapan Yang Di Pertua Dewan.

Semangat untuk terus memperjuangkan risalah perjuangan parti sekaligus membawa suara rakyat ke dewan parlimen ini makin berkobar...

Jerebu: Tiada perubahan pada jadual penerbangan - MAHB

Posted: 24 Jun 2013 04:16 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jadual penerbangan di semua lapangan terbang kendalian Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) tidak mengalami sebarang perubahan walaupun jerebu teruk melanda ketika ini, kata Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad


Katanya, walaupun jerebu melanda negara ini, namun jarak penglihatan ketika ini adalah kira-kira 1,000 meter iaitu masih selamat.
"Jika jarak penglihatan kurang daripada 300 meter, baru Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengambil tindakan dengan menutup landasan kapal terbang.
"Setakat ini tidak ada penerbangan yang terjejas dan jadual penerbangan berjalan seperti biasa," katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.
Azmi berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.
Antara lapangan terbang kendalian MAHB ialah Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu; Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching; Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi; Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang; Lapangan Terbang Melaka; Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. - BERNAMA

Pelabuhan Klang masuki paras IPU bahaya

Posted: 24 Jun 2013 04:08 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang memasuki paras bahaya, menurut exco Selangor Ean Yong Hian Wah.

"Pengesan di Lembah Klang menunjukkan, pada jam 3 petang, ia melepasi IPU 314. 

"Kesemua stesen pemantauan lain masih bawah 200 sehingga 3 petang," tulis Ean Yong di Facebook beliau.

Maklumat daripada Facebook informasi bencana Majlis Keselamatan Negara pula menunjukkan bacaan di Pelabuhan Klang pada jam 4.30 petang ialah 317.

Kawasan itu yang pertama memasuki tahap bahaya melebihi IPU 300 di Lembah Klang.

Isteri harap Husam dibebaskan hari ini

Posted: 24 Jun 2013 02:46 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -


KOTA BHARU: Isteri Datuk Husam Musa, Datin Rohana Abdul Rahman telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta.




Rohana berharap suaminya dibebaskan hari ini.



Sementara itu, Pertubuhan R Kelantan dan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (Royalti) akan menganjurkan program menyambut pembebasan Naib Presiden PAS itu malam ini.



Program berkenaan akan diadakan di Masjid Sekolah Menengah Ugama (Arab) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh.



Presiden R, Nazri Deraman ketika menghubung Harakadaily berkata, program berkenaan bermula 
selepas solat Isyak berjemaah dan solat hajat.


Jelasnya, selepas itu juga ceramah daripada 15 orang pimpinan masyarakat juga akan diadakan malam ini.



"Semua dijemput hadir beramai-ramai dan sebarkan," ujarnya.



Malam tadi, seramai 150 orang termasuk bekas Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Rahman Yunus, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman membaca surah Yasin beramai-ramai di luar pagar IPD Kota Bharu.
HARAKAH/-

Ramadan menghampiri, jangan lupa kurma

Posted: 24 Jun 2013 02:07 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Tujuh Khasiat Kurma yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika sudah masak atau masih mentah. Kurma dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan dan sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur'an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan amat sinonim dengan kisah sirah baginda.



"Kemudian, Kami tumbuhkan untuk kamu dengan air itu, kebun-kebun tamar (kurma) dan anggur. Kamu beroleh dalam kebun-kebun itu (berbagai jenis lagi) buah-buahan yang banyak dan dari kebun-kebun itulah kamu beroleh rezeki penghidupan kamu." (Surah al-Mukminah : ayat 19)




"Sesiapa yang memakan tuju biji tamar 'Ajwah', dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu". Sabda Rasulullah SAW.


Manakala dari sudut sains pula mengatakan, kandungan protein dalam kurma adalah lebih kurang 2.5 peratus, serat 8.0 peratus manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63 peratus, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4 peratus sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional kerana kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1. Paling pantas diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera. Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi daripada pisang, kurma berupaya memberikan "tenaga segera" yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air." Hadis riwayat Ahmad.

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang "lambat untuk dicerna" seperti yang terkandung dalam kebanyakan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya dengan serat dan potasium. Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu, kurma kaya dengan Potasium dan beberapa zat galian yang lain. Potasium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potasium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3. Penguat memori. Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4. Baik untuk wanita mengandung/bersalin. Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.

"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak." (Surah Maryam : ayat 25)

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak serta akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

5. Penawar Racun. Diriwayat oleh Aishah RA, "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

6. Merawat penyakit. Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7. Mengubati gangguan usus dan sembelit. Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini daripada berlaku.

http://selamatkanpahang.blogspot.com

Undi bersurat bukti Najib tidak percaya MP BN

Posted: 24 Jun 2013 01:53 AM PDT


15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mempertikaikan proses pengundian Yang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang menggunakan kaedah 'undi bersurat' yang didakwa tidak memberi kebebasan kepada anggota dewan untuk membuat pilihan.




Ia berikutan, setiap anggota Dewan Rakyat perlu menulis nama calon Speaker dan nama mereka sendiri serta menandatangani kertas undi sebelum diserahkan kepada Setiausaha Parlimen, Rosmee Hamzah.



Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar antara yang terawal mempertikaikan kaedah pengundian itu sebelum ia disokong oleh pimpinan PR lain antaranya, Tian Chuan (PKR-Batu) dan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).



"Kenapa perlu tandatangan? Perdana Menteri tidak percaya dengan ahli Parlimen BN sendiri ke?" sindir Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS itu.



Terdahulu, Setiausaha Parlimen mengumumkan dua calon yang masing-masing dikemukakan oleh PR dan Barisan Nasonal (BN).



PR melalui Ahli Parlimen Bandar Tun RAzak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman, sementara BN menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Speaker.


harakah/-

Jerebu: Bencana Dukhan dan amaran Tuhan

Posted: 24 Jun 2013 01:50 AM PDT

Malaysia Haze
15 Syaaban 1434 H. [MOD] -
credit photo: .freemalaysiatoday.com

Kita mempunyai pilihan untuk sekadar melihat jerebu ini sebagai satu kejadian bencana alam yang penjelasannya berlegar pada laporan berita serta penerangan saintifik. Namun Allah SWT memberi peringatan bahawa bencana-bencana hasil perbuatan tangan manusia itu, adalah kejadian bermesej daripada-Nya.


Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). [Al-Rum 30:41]
Apa yang sedang Allah bicarakan dalam musibah?

Kerosakan itu hasil kerja tangan manusia sendiri. Dan bencana kerosakan yang dialami pula, baru sedikit. Tangan manusia mampu menghasilkan bencana yang berganda-ganda lagi. Bencana datang bukan untuk menghukum. Tetapi mahu menyedarkan.
Agar kita kembali.

Bagaimana pula dengan asap jerebu?
Langsung teringat kita kepada apa yang berlaku di zaman Nabi sallallahu alayhi wa sallam seperti yang disebut di dalam surah al-Dukhan:
dukhan
  • Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat)

  • Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan".

  • (Pada saat itu mereka akan merayu dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Hapuskanlah azab ini dari kami, sesungguhnya kami akan beriman!".

  • Bagaimana mereka dapat beringat (menyempurnakan janji mereka hendak beriman itu)? Pada hal mereka telah pun didatangi seorang Rasul yang memberi keterangan-keterangan (yang cukup untuk mereka beriman)!

  • Sekalipun demikian, mereka juga berpaling ingkar daripada menerima keterangannya sambil berkata (sesama sendiri): "Dia seorang yang diajar (oleh bangsa asing), dia juga seorang yang gila!"
  • Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar).
  • (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya).
BENCANA KAUM MUDHAR
bones
Berkenaan ayat 10 hingga 14, Al-Bukhari (hadith 4821) dan Muslim (hadith 2798) mendatangkan riwayat Ibn Mas'ud radhiyallahu anhu bahawa sesungguhnya kaum musyrikin Mudhar apabila mereka berkeras mengingkari seruan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam dan menentang baginda dengan segala bentuk keangkuhan dan kekejian, Baginda telah mendoakan mereka kemarau yang pedih seperti yang pernah menimpa umat manusia di hari-hari pemerintahan Yusuf alayhi al-Salam. Lalu mereka ditimpa dengan kemarau yang teruk hingga ke tahap menampung makan dengan menjamah tulang.

Ketika itu, langit mereka diselubungi asap tebal yang menyeksa. Kaum Mudhir mendatangi Rasulullah sallallahu alayhi wa sallam merayu agar Baginda memohon kepada Allah agar diturunkan hujan untuk kaum Mudhar kerana sesungguhnya belenggu asap itu memusnahkan mereka.

Baginda telah memohon kepada Allah dan Allah memperkenankan permohonan baginda.
Hujan turun.

Al-Bukhari mendatangkan riwayat yang menyambung kisah tentang ayat ke 15 dan 16.
Setelah asap itu hilang, kehidupan kembali normal, mereka kembali kufur kepada Allah.
"Sesungguhnya (kalaulah) kami hapuskan azab itu barang sedikitpun, sudah tentu kamu akan kembali (kufur ingkar). (Ingatlah! Kalau kamu ulangi keingkaran kamu, kamu akan dibinasakan) semasa Kami timpakan (kamu dengan) paluan yang besar (dari pihak lawan kamu); sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa (dengan azab yang seberat-beratnya)."
nilai
Datang musibah, ingat Tuhan.
Dilepaskan sedikit daripada kesusahan, kembali kufur dan lupakan Tuhan.
Duhai bangsaku, jangan sampai Tuhan 'berdendam' dengan kita!
Kembalilah!

harakahdaily/-

Khalid terima memo anak muda Black 505

Posted: 24 Jun 2013 12:57 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Khalid bercakap kepada media selepas menerima memo daripada anak muda Black 505.

KUALA LUMPUR: Kehadiran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akhirnya meredakan suasana tegang antara pihak polis dengan anak muda Black 505 yang mengadakan protes di hadapan parlimen seawal jam 9 pagi tadi.



Khalid Samad yang mucul kira-kira jam 11.50 pagi selepas mengangkat sumpah ahli Dewan Rakyat untuk menenangkan peserta himpunan dengan menerima memorandum daripada kumpulan terbabit. 

Sewaktu menerima memorandum itu, Khalid berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan membangkitkan perkara itu di dalam persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok. 

"Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih, dan saya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan," katanya kepada lebih 150 anak muda yang berkumpul di hadapan bangunan Parlimen.

Beliau turut memaklumkan kepada barisan peguam Pakatan Rakyat berhubung penangkapan anak-anak muda yang masing-masing di bawa ke balai polis di Jinjang dan Dang Wangi.

Malah beliau yang juga AJK PAS Pusat turut meminta pihak polis jangan mengapa-apakan aktivis terbabit ketika dalam jagaan mereka itu nanti. 

"Matlamat himpunan hari ini telah selesai dengan penerimaan memorandum daripada Gabungan NGO yang membantah SPR," katanya yang meminta para aktivis untuk bersurai.

Sebelum itu, kumpulan berkenaan mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan utama masuk ke Parlimen sejak jam 10 pagi, keadaan bertukar menjadi tegang sejam kemudian apabila kumpulan tersebut cuba melepasi benteng polis seramai 300 orang di jalan utama masuk ke Parlimen.

Bagaimanapun kumpulan anak muda tidak berjaya melepasi sekatan polis, keadaan menjadi tidak terkawal apabila polis menahan tiga aktivis mereka iaitu Mohd Safwan Anang, Akram Ahmar dan Ehsan Bukhari kira-kira jam 11.10 pagi.

Keadaan bertambah kecoh lagi apabila pihak polis yang terus mengejar dan menangkap beberapa lagi aktivis anak muda menyebabkan ada yang lari bertempiaran. 

Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimpunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.

harakah/-

Usus bocor dek penyapu

Posted: 24 Jun 2013 12:50 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Foto
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.

Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.


"Dalam keadaan menahan sakit, saya memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan cuba mencabut.



"Saya terpaksa berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.


metro/-

Jarak Penglihatan Merosot Kepada 1km Di Pulau Pinang

Posted: 24 Jun 2013 12:40 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

GEORGE TOWN: Jarak penglihatan di Pulau Pinang menurun kepada satu kilometer walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri itu berada pada tahap sederhana.
Menurut Jabatan Meteorologi, jarak penglihatan di Bayan Lepas adalah 5km pada pukul 9.30 petang dan setakat 1 petang ia menurun kepada 4km.
IPU yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan Universiti Sains Malaysia merekodkan bacaan 70 (7pagi) kepada 71 pada pukul 11 pagi.
Selain itu, Seberang Jaya 2 dan Prai masing-masing kekal pada bacaan 79 dan 72.
Di utara semenanjung, bacaan IPU di Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah meningkat daripada 75 kepada 77.
Peningkatan turut direkodkan di Alor Star iaitu daripada 63 kepada 64 pada pukul 11 pagi.
Bacaan IPU di Kangar, Perlis kekal pada tahap sederhana iaitu 63 pada pukul 11 pagi.

Pengalaman MP Baru Di Hari Pertama Sidang Dewan Rakyat

Posted: 24 Jun 2013 12:39 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pertama kali diangkat menjadi Ahli Parlimen, kebanyakan mereka nyata teruja dan tidak sabar untuk membawa usul serta isu-isu rakyat ke Parlimen.
Rata-rata mereka berjanji akan menunaikan kewajipan dan memberikan perkhidmatan terbaik khususnya ketika membentangkan isu berkaitan rakyat.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata beliau teruja dengan suasana hari pertama sesi persidangan Dewan Rakyat.
"Saya tidak sabar untuk berbahas. Hari ini (Isnin) saya tidak dihalau seperti saya katakan sebelum ini. Saya amat berharap akan dapat memberikan yang terbaik terutamanya isu-isu berkaitan rakyat.
"Jika sebelum ini, saya hanya bercakap di luar, kali ini, saya akan gunakan Dewan Rakyat bagi mendapatkan jawapan terus daripada menteri," katanya kepada pemberita, selepas Majlis Angkat Sumpah, di Parlimen, pada Isnin.
Rafizi berkata, Pakatan Rakyat komited untuk bekerja demi rakyat walaupun sebelum ini wujud dakwaan mereka akan memboikot majlis angkat sumpah hari ini (Isnin).
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandr Mat Akin berkata, kekecohan yang berlaku pada hari pertama satu pengalaman baru kepadanya.
"Pertengkaran kecil yang berlaku tadi, adalah pengalaman baru untuk saya. Itu menunjukkan demokrasi yang ditunjukkan di antara kedua-dua parti.
"Selain akan membawakan isu Melaka, saya juga ketengahkan isu kematian dalam lokap. Saya akan pastikan menteri yang terlibat akan dapat menyelesaikan isu ini," katanya.
Menurut beliau, lokap bukan tempat pesalah dipukul hingga mati dan perkara sebegitu tidak harus berlaku.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz pula, beliau akan membawa isu belia dan multimedia pada sesi kali ini.
Ditanya mengenai perasaannya yang kali pertama bergelar Ahli Parlimen, Nik Abduh yang juga Naib Ketua Pemuda PAS melahirkan rasa gembira kerana dapat berkenalan dengan wakil-wakil rakyat yang lain.

Kualiti udara di Lembah Klang berada pada tahap tidak sihat

Posted: 24 Jun 2013 12:37 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Kualiti udara di Lembah Klang berada pada tahap tidak sihat manakala Port Dickson mencatatkan bacaan 335 (berbahaya) setakat pukul 7 pagi Isnin. Foto RAYMOND OOI/The Sta

Seorang tahanan demo parlimen cedera teruk

Posted: 24 Jun 2013 12:34 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

http://wasukalu.blogspot.com,24 Jun 2013

demo di parlimen - 26 ditangkap seorang tahanan cedera teruk di muka


Terkini .. para demonstran yang berdemo di parlimen telah ditangkap. Ketika berdemo mereka baring terlentang di jalanraya tetapi apabila ditangkap mereka digari dan dibiarkan berbaring dalam keadaan meniarap di atas rumput di tepi jalanraya.


Chegu Bard di time linenya mendakwa seorang lelaki muda yang  bernama Shauki yang merupakan salah seorang tahanan kerana demo di parlimen telah dipukul polis.

Beliau mengalami kecederaan yang agak teruk di muka. dahinya dan pipinya bengkak. Bengkak di pipinya kelihatan berdarah.



Selepas ditangkap dan digari
ketika berdemo
Kumpulan yang mengadakan demo di satu kawasan di jalan utama yang menuju bangunan Parlimen sejak jam 10 pagi ini dilaporkan cuba melepasi sekatan Polis yang berkawal kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.


Ini menyebabkan keadaan bertukar tegang,kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.


Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.


Susulan itu, sebilangan lagi peserta perhimunan bertindak menyerah diri kepada polis sebagai tanda solidariti, termasuk pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin dan aktivis siswa Adam Adli.


Seorang MP Pakatan Khalid Samad turut muncul pada kira-kira jam 11.50 untuk menenangkan peserta perhimpunan dan untuk menerima memorandum kumpulan terbabit.


Dalam ucapannya, MP Shah Alam itu berkata beliau akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan turut membangkitkan perkara itu dalam persidangan Dewan Rakyat.


Beliau turut meminta agar peserta berkenaan beredar selepas menerima memorandum terbabit.


Sementara itu ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad yang ditemui Malaysiakini mengesahkan bahawa 26 orang ditahan dalam perhimpunan tersebut.

Lantik Speaker tidak ikut peraturan – Hanipa

Posted: 24 Jun 2013 12:32 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).


"Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya," ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.


Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan.

"Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya  kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu.

"Peraturan 4 (4 ) tersebut adalah jelas," jelas beliau lagi.

Beliau yang juga AJK PAS Pusat berkata, nama ahli parlimen yang mengundi tidak boleh ada di dalam kertas undi bagi memastikan kerahsiaan undi terjaga.

Malangnya, kata beliau dalam kertas yang undi diberikan kepada para ahli parlimen, nama ahli parlimen juga diminta diisi oleh Setaiausah Dewan dalam kertas undi.

Ini, ujarnya jelas ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat dan jelas ia melanggar prinsip kerahsiaan undi.


"Saya dan beberapa ahli Parlimen PR telah bangun membantah tapi nampaknya pelanggaran undang-undang bagi pemilihan Spekaer juga dilanggar seperti SPR melanggar Undang-Undang  Pilihanraya dalam isu dakwat kekal," ujarnya.

Harakahdaily/-

Jujur

Posted: 24 Jun 2013 12:00 AM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -
Oleh Jarjani Usman

"Barangsiapa ingin disenangi Allah dan RasulNya, hendaklah berbicara jujur, menunaikan amanah, dan tidak mengganggu tetangganya" (HR. Al Baihaqi).
Anak cucu Adam seringkali dihadapkan pada dua pilihan berbeda pada saat yang sama.  Yaitu antara memilih jujur, atau curang demi mendapatkan keuntungan banyak.  Namun bayangan keuntungan duniawi kadangkala erat memikat, sehingga cenderung pada pilihan tersebut.  Dilihat dari berbagai alasan, itu pilihan yang meninggalkan yang banyak dengan mengambil yang sedikit dan mencelakakan diri.


Pertama, itu sama dengan menjauh diri dari perilaku yang disenangi Allah dan RasulNya.  Padahal mencari ridha Allah memiliki kedudukan utama, apalagi semua yang dinikmati di dunia ini tak sanggup dibeli kecuali dengan rahmatNya.  Di akhirat pun, surga dan isinya pun tak mampu diraih dengan segala macam amalan, kecuali dengan kasih sayang Allah.
Kedua, itu  artinya dengan menjerumuskan diri dalam kehidupan yang tak islami.  Rasulullah SAW menolak mengakui umatnya penjual yang menipu dan tidak halal rezeki yang diperoleh dari hasil penipuan (HR. Ibnu Majah & Abu Dawud).
Ketiga, itu berarti menyeret diri dalam golongan orang-orang yang tak diterima doa.  Di antara sebab tidak diterimanya doa adalah karena memakan harta haram.  Dan Rasulullah menyebutkan bahwa tidak halal menjual sesuatu, melainkan dengan menerangkan kekurangan pada barang itu (HR. Ahmad).

Sungguh banyak dampak buruk lainnya.  Sehingga wajar disebut celaka besar bagi yang menanggalkan kejujuran dalam hidup ini.

Pemerintah Indonesia mengisytiharkan keadaan darurat di Riau

Posted: 23 Jun 2013 11:31 PM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -


JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengisytiharkan keadaan darurat di Riau mulai kelmarin berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk akibat kebakaran hutan dalam tiga daerah dan perbandaran wilayah itu.

Jerebu daripada kebakaran hutan itu masih berlaku di daerah Bengkalis dan Rokan Hilir serta bandar Dumai, lapor akhbar Jakarta Post, semalam.

"Presiden mengarahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) agar mengambil alih usaha pemadaman api di Riau, mulai Jumaat," kata seorang pengarah tindakan kecemasan BNPB, Encik Tri Budiarto, kelmarin.

Ini sedang pihak berkuasa Indonesia bersiap sedia menjalankan operasi pembenihan awan di tempat-tempat terjejas.

Timbalan Gabenor Riau, Encik Mambang Mit, berkata usaha pembenihan awan merupakan jalan penyelesaian terakhir kerana teknik-teknik pemadaman api konvensional sukar dilakukan.

"Keadaan cuaca yang amat kering dan berangin dan lokasi-lokasi kebakaran yang sukar dimasuki kenderaan itu telah melambatkan usaha memadamkan kebakaran. Satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan pembenihan awan," kata beliau kepada Jakarta Post.

Kebakaran di wilayah pulau Sumatera itu, yang turut mengakibatkan jerebu yang menyelubungi Singapura dan Malaysia, dilaporkan masih berlaku di ladang-ladang kelapa sawit milik syarikat-syarikat Indonesia, Malaysia dan Singapura, kata kumpulan aktivis sekitaran Greenpeace International, semalam.

"Data titik panas Nasa (Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat) yang memantau keadaan di Sumatera sepanjang 10 hari lalu (dari 11 hingga 21 Jun) mendedahkan bahawa ratusan titik panas kebakaran di ladang-ladang kelapa sawit yang dimiliki syarikat-syarikat Indonesia, Malaysia dan Singapura," kata kumpulan itu dalam kenyataannya yang diterima agensi berita AFP.

Indeks Pencemaran Udara (PSI) Singapura mencecah paras 400 - paras kritikalnya - kelmarin, dengan mutu udara yang boleh mengancam kesihatan mereka yang sakit dan golongan tua di negara itu.

Pagi semalam, PSI turun ke paras 323, tetapi masih dalam zon "bahaya".

Beberapa kawasan di Malaysia yang berdekatan dengan Singapura juga teruk terjejas dengan jerebu sepanjang minggu ini.

Menteri Sekitaran Indonesia, Encik Balthasar Kambuaya, lewat kelmarin berkata satu pasukan daripada kementeriannya telah menyiasat lapan syarikat yang disyaki terbabit dalam kebakaran itu dan berjanji akan mendedahkan nama syarikat yang disiasat itu.

Seorang pembantu kanan presiden, Encik Kuntoro Mangkusubroto, pada hari yang sama pula berkata kebakaran itu berlaku di kawasan konsesi ladang yang dimiliki Asia Pulp & Paper (APP) and Asia Pacific Resources International (April).

"Adalah jelas bahawa kebakaran itu berlaku dalam kawasan ladang APP dan April. Kita perlu menyelesaikan perkara ini," kata beliau kepada para wartawan, sedang beliau menunjukkan lokasi-lokasi kebakaran yang berlaku di Riau dari 1 hingga 18 Jun lalu.

APP, syarikat pengeluar kertas ketiga terbesar di dunia, dalam kenyataannya kelmarin berkata usaha pengesahan di tempat kejadian menunjukkan "hanya tujuh tempat yang benar-benar berlaku kebakaran hutan, yang menjejas sekitar kawasan tanah seluas 200 hektar".

"Ia sudah dan sedang dikawal oleh sekitar 1,000 kakitangan bomba dan pasukan mereka. Siasatan awal pasukan kami mendapati lima daripada kebakaran itu dilakukan oleh masyarakat (setempat) untuk membersihkan tanah bagi tanam-tanaman dan dua lagi kes sedang disiasat," jelas APP.

April pula belum dapat dihubungi untuk mengulas perkara tersebut, menurut laporan AFP itu.

Indonesia telah menggiatkan usaha memadamkan kebakaran itu sejak kelmarin dengan menggunakan hujan tiruan dan bom air.

"Keadaan cuaca yang amat kering dan berangin dan lokasi-lokasi kebakaran yang sukar dimasuki kenderaan itu telah melambatkan usaha memadamkan kebakaran."

- Encik Mambang Mit, Timbalan Gabenor Riau.

Pandikar Amin cadang Pakatan tubuh “Kabinet Bayangan”.

Posted: 23 Jun 2013 11:24 PM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -
http://www.themalaysianinsider.com


Pakatan Rakyat (PR) dicadangkan untuk menubuhkan satu "Kabinet Bayangan" dalam sidang Dewan Rakyat Ke-13, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas dilantik untuk penggal kedua dalam ucapan pemasyhuran di Parlimen pagi ini.

Pandikar yang baru dilantik selepas memenangi pengundian dengan 133 undi berkata cadangan tersebut bertujuan untuk memudahkan proses perdebatan apabila Dewan Rakyat mula bersidang secara rasminya nanti.
"Saya berharap perubahan ini akan disusuli dengan pengwujudan barisan Kabinet Bayangan untuk memudahkan pengendalian perbahasan dalam konteks mengenalpasti pembahas-pembahas utama daripada pihak pembangkang," kata Pandikar.
Disamping itu, Pandikar juga menjelaskan kedudukan ahli Parlimen pada Dewan Rakyat kali ini disusun mengikut jawatan paling kanan berbeza dengan dahulu yang mengikut blok parti bertujuan untuk memudahkan keutamaan diberikan kepada para mereka semasa berdebat.
"Sementara itu, dalam hal-hal berhubung dengan pengendalian majlis mesyuarat pasti stailnya juga akan berbeza dari Parlimen ke-12.
"Disamping itu, saya perhatikan tempat duduk ahli-ahli Parlimen terutama sekali daripada pihak pembangkang telah juga diubah mengikut ke kananan sebagai satu parti berbeza semasa Parlimen ke-12 dimana tempat duduk MP mengikut blok parti masing-masing," tambahnya lagi.
Pandikar menang pengundian selepas menewaskan calon pembangkang PR, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.
Abdul Kadir dicalonkan oleh MP Bandar Tun Razak yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh MP Bukit Gelugor, Karpal Singh.
Walau bagaimanapun sesi pengundian Speaker bermula dengan kekecohan selepas Ahli Parlimen (MP) pembangkang Pakatan Rakyat (PR) mempertikaikan arahan mewajibkan MP menulis nama mereka di atas kertas undi sebaliknya mahukan hanya tandatangan sahaja ditulis.
MP Puchong (DAP) Gobind Deo Singh, MP Batu (PKR) Tian Chua dan MP Pokok Sena (PAS) Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan ketetapan arahan Dewan Rakyat sedemikian tidak diperlukan.
"Ini tidak masuk akal," kata Gobind sebelum majlis angkat sumpah MP bermula.
Sementara itu, dua wakil daripada kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) Datuk Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said telah dilantik sebagai Timbalan Speaker pada sidang Dewan Rakyat Ke-13 kali ini.
Pandikar dalam ucapannya lagi juga menggesa supaya MP yang baru mengangkat sumpah agar mencerminkan imej sebagai seorang wakil kepada rakyat dan menunjukkan kematangan semasa berdebat.
"Marilah sama-sama kita menunaikan tanggungjawab sebagai ahli dewan yang mulia dengan penuh dedikasi, beramanah dan berkesan," kata Pandikar. - 24 Jun, 2013.

Tidakkah jerebu juga tentera Allah?

Posted: 23 Jun 2013 11:21 PM PDT


15 Syaaban 1434 H. [MOD] -


Subky Latif,24 Jun 2013
APAPUN kerosakan di laut, di darat dan di udara seperti jerebu adalah justeru gatal tangan manusia, demikian kira-kira maksud ayat 41 surah ar-Rum.

Maka jerebu yang melanda Singapura, Malaysia dan apa lagi Sumatera sebagai pusat punca yang mengeluarkan asap itu adalah hasil perbuatan  manusia rakus mahu memunggah kekayaan bumi Sumatera yang sebanyak-banyak secara senang melakukan pembakaran.
Siapa manusia itu tidak penting, biarlah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkannya.

Pembakaran yang mulanya untuk tujuan ekonomi telah bertukar menjadi bala umum bagi sekurang-kurangnya tiga buah negara Asean berbentuk asap. Asap yang banyak itu memenuhi udara  menjadi  jerebu siang sentiasa redup dan di setengah tempat siang itu sentiasa seperti senja.

Tidakkah jerebu itu pula satu bentuk tentera Allah yang dikirim-Nya bagi memberi  amaran kepada manusia?

Seperti Allah menjadikan tenteranya dalam bentuk seekor nyamuk bagi membinasakan Namrud, maka jundullah dalam bentuk jerebu itu adalah amaran awal kepada kemaksiatan manusia dan ujian bagi orang yang amal soleh. Bala untuk umat Muhammad SAW tidaklah membinasakan manusia seluruhnya seperti yang dialami  oleh umat sebelumnya, justeru janji Allah kepada baginda sebagai pengirimannya adalah rahmat kepada seluruh, maka umatnya tidak akan mengalami bala sepahit kaum Nuh, Aad, Tsamud dll.

Tentera asap telah dirakamkan dalam al-Quran dalam surah Ad-Dukhan, betapa asal tebal berkepul-kepul telah melanda bumi mengancam musyrikin Makkah. Tentera asap itu bukan sekadar menyesakkan nafas manusia dan boleh mendatangkan penyakit, malah asap atau jerebu itu, memanaskan udara sekalipun redup, tetapi ia mengakibatkan kemarau bagi wilayah yang Allah hukum.

Apakah gara-gara yang dialami oleh kemarau? Tumbuhan dan tanaman tidak menjadi. Ia menyempitkan rezeki manusia dan binatang. Manusia putus minuman kerana tiada sumber  air, putus bahan makanan kerana tanaman tidak menjadi. Apabila binatang baik ternakan dan yang liar mati kelaparan, akhirnya tiada apa yang manusia dapat makan kecuali pasir.

Tentera jerebu yang melanda tiga  wilayah Asean itu mungkin memulakan proses kiamat. Ia mungkin  dapat diatasi atas penguasaan manusia atas ilmu teknologi, dan atas doa orang-orang soleh, tetapi ia adalah ayat-ayat Allah sebagai amaran kepada kerakusan manusia.

Orang yang melakukan pembakaran itu tentulah berdosa. Mereka bukan sekadar dihukum Allah semasa di dunia dan di akhirat, kerajaan juga akan menghukum mereka.  Tetapi dosa mereka yang membakar itu menimpa lain-lain orang yang tidak membakar dan orang yang tidak merebut kekayaan di Sumatera.

Orang miskin Singapura dan Malaysia tidak ada apa-apa kepentingan dengan pembakaran di Sumatera itu, tetapi apakah dosa mereka, maka mereka menerima azab dari kesan jerebu itu?

Pemimpin dan pemerintah ke tiga wailayah yang terlibat perlu bertanya apakah dosa masyarakat masng-masing, dosa kerajaan dan dosa para pemimpin itu sendiri menyebabkan Allah turunkan jerebu itu. Orang yang membakar hutan itu adalah penyebab kepada jerebu itu, jerebu itu adalah bala yang Allah turunkan  berpunca dari pembakaran itu.

Kadang-kadang kebakaran bukan kerana ada pembakaran, tetapi oleh gara-gara pembuangan puntung rokok. Apakah manusia selain dari menghukum orang yang gatal  tangan  dan mengikhtiarkan kaedah mengatasinya, sedia muhasabah akan sebab Allah turunkan bala itu?

Pakar teknologi boleh menanam benih awan  dan hujan, orang soleh boleh solat minta hujan, tetapi apa peranan ulama dan sekalian orang yang beriman menyampaikan dakwah, bahawa jerebu itu bukan sekadar gara-gara Riau terbakar, tetapi ia adalah mesej Allah supaya manusia kembali kepada ajarannya. Sebelum yang tidak beriman mndapat petunjuk, orang yang beriman itulah yang mesti insaf dan taubat dulu.

Sekolah di Port Dickson diarah tutup hari ini

Posted: 23 Jun 2013 11:19 PM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

SEREMBAN 24 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengarahkan semua sekolah di daerah Port Dickson yang terjejas teruk akibat jerebu, ditutup mulai hari ini (Isnin) sehingga dimaklumkan kemudian.

Ia berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan berkenaan mencecah hampir 300 iaitu tahap berbahaya.

Kawasan bacaan IPU bahaya, lebih 300

Posted: 23 Jun 2013 11:18 PM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

24 Jun - Berikut adalah senarai Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan yang mana bacaannya pada tahap bahaya iaitu melebihi 300:

KAWASAN BACAAN

Port Dickson 335

Berikut pula mencatat IPU tidak sihat, iaitu melebihi 100:


KAWASAN BACAAN

Larkin Lama 111
Muar 148

Kota Bharu 108

Bandaraya Melaka 182

Bukit Rambai 260

Nilai 145

Seremban 153

Balok Baru 198

Indera Mahkota 171

Jerantut 106

Seri Manjung 141

Tanjung Malim 128

Banting 178

Kuala Selangor 117

Pelabuhan Klang 296

Petaling Jaya 198

Shah Alam 157

Kemaman 249

Paka 159

Batu Muda 191

Cheras 157

Putrajaya 155

(Setakat pukul 7 pagi)

IPU di PD, Muar tambah baik menjelang tengah hari

Posted: 23 Jun 2013 11:14 PM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 24 Jun - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Port Dickson, Negeri Sembilan menunjukkan penurunan dengan bacaan 292 iaitu sangat tidak sihat setakat 11 pagi ini, berbanding bacaan 335 yang direkodkan pada 7 pagi tadi.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar, dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat ialah Pelabuhan Klang di Selangor dan Kemaman, Terangganu apabila masing-masing mencatat bacaan 288 dan 253.

Sementara itu, Muar yang diisytiharkan kawasan darurat semalam terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan IPU 132, berbanding 148 yang direkodkan pagi tadi.

Sebanyak 21 kawasan mencatat IPU tidak sihat, 26 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik.

Di Lembah Klang, IPU bagi kawasan Batu Muda dan Cheras mencatatkan peningkatan apabila masing-masing merekodkan bacaan 198 dan 160.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. - BERNAMA

IPU 'sangat tidak sihat' di Port Dickson, Pelabuhan Klang, Kemaman

Posted: 23 Jun 2013 11:11 PM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

Setakat 11 pagi tadi, tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap 'sangat tidak sihat' iaitu Port Dickson (292), Pelabuhan Klang (288) dan Kemaman (253). 

Kesemua 222 anggota Dewan Rakyat angkat sumpah jawatan

Posted: 23 Jun 2013 11:10 PM PDT

15 Syaaban 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kesemua 222 anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah jawatan pada Penggal Pertama Parlimen ke-13 yang bersidang buat kali pertama hari ini. 

Acara yang berlangsung di Dewan Rakyat itu didahului Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga anggota Parlimen Pekan, diikuti timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin (BN-Pagoh) serta 131 anggota Dewan Rakyat mewakili Barisan Nasional (BN). 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) pula mengetuai angkat sumpah anggota Dewan Rakyat mewakili gabungan pembangkang PKR-PAS-DAP. 


Upacara yang berlangsung dengan lancar itu disiarkan secara langsung melalui stesen televisyen RTM1. 

Majlis itu turut menyaksikan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas mengatasi Datuk Abdul Kadir Sulaiman melalui sesi undian bersurat yang dicemari sedikit kekecohan yang dicetuskan wakil rakyat pembangkang. 

Pencalonan semula Pandikar Amin dilakukan Najib dan disokong Muhyiddin manakala nama Abdul Kadir, yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, dicadangkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Bandar Tun Razak) dan disokong Karpal Singh (DAP-Tasik Gelugor). 

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diadakan 5 Mei lalu, BN memperoleh majoriti mudah yang membolehkannya membentuk kerajaan persekutuan. 
BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen berbanding 89 kerusi, iaitu DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. 

Berbeza sebelumnya, tiada anggota Parlimen 'tidak berparti' (Bebas) dipilih sebagai wakil rakyat dalam Parlimen ke-13. 

Terdahulu, sesi pemilihan Speaker Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) bangkit mempersoalkan kewajaran pemilih yang dikehendaki menulis nama mereka pada kertas undian. 

Ini kerana sebelum borang undian diedarkan, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah memaklumkan mereka hanya perlu menulis nama calon yang dipilih, menurunkan tanda tangan dan melipat kertas undian sebelum diserahkan untuk pengiraan. 

Perang mulut antara pakatan pembangkang dan wakil kerajaan berlaku mengenai perkara itu sehingga Roosme mengumumkan Pandikar Amin dipilih semula sebagai Speaker selepas memperoleh semua 133 undi wakil rakyat BN, berbanding Abdul Kadir yang mendapat undi semua wakil rakyat pembangkang. 

Roosme, ketika memulakan sesi pemilihan, berkata undi bersurat terpaksa dijalankan selepas terdapat lebih daripada seorang nama yang dicalonkan dan disokong untuk menjadi Yang Dipertua berdasarkan peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3). 

"Bagi maksud undi bersurat, pegawai-pegawai dewan akan mengedarkan kertas-kertas undi kepada anggota dewan untuk diisi dengan sempurna dan menulis nama calon yang dipilih, tandatangani, lipatkan dan serahkan kepada setiausaha," jelasnya. 

Pandikar Amin, dari Kota Belud, Sabah, dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat buat pertama kali pada mesyuarat pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-12 pada April 2008. 

Dalam pada itu, Pandikar Amin turut memahsyurkan anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee dan anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

Mereka menang tanpa bertanding berikutan kegagalan pakatan pembangkang mengemukakan nama-nama calon untuk jawatan itu dalam tempoh 14 hari sebelum dewan bersidang hari ini. 

Pakatan pembangkang sebelum ini dilapor mahu mencadangkan anggota Parlimen Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar untuk mengisi jawatan berkenaan. 

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual berangkat ke majlis pembukaan rasmi sesi Dewan Rakyat esok. Ia akan bersidang 16 hari sehingga 18 Julai ini. 

Persidangan dewan bersambung esok. - BERNAMA 

Tiada ulasan:

Nuffnang