ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 31 May 2013 01:05 AM PDT Tanya sama depa, apa fasal fening Nanti depa tanya, apa dia Anwar Spring?* Salam 2 all. Teman mengutuk keras tindakan biaDap dan kurang ajar segelintir kaum cauvinis dan politikus pelampau terutamanya kaum Anwarinas yang terus menerus mempertikaikan keputusan PRU-13 dengan mengadakan himpunan haram menggunakan jenama 'Blackout 505'. Jenama BO-505 ni kononnya digunakan kerana dua alasan yang jelas suatu pembohongan dan putar-belit: 1. dakwaan mereka konon berlakunya blackout semasa proses pengiraan undi pada 05 Mei dibeberapa tempat; 2. dakwaan mereka konon mereka memenangi PRU-13 atas undi popular. Berkaitan dakwaan pertama, adalah jelas ianya satu pembohongan kerana tiada insiden blackout yang berlaku semasa proses pengiraan undi. Malahan tuduhan menyatakan berlaku blackout di Bentong juga ternyata kini diakui sebagai satu pembohongan. Gambar blackout yang disebar di laman siber juga terbukti satu lakonan murahan didalangi pelacur-pelacur politik yang desperado! Berkaitan dakwaan kedua bahawa pembangkang memenangi PRU-13 berdasarkan undi popular, adalah jelas ianya satu putar-belit mega oleh para desperados yang jelas tidak mahu menerima hakikat rakyat telah menolak politik pembohongan dan putar-belit pembangkang! Malah rakyat dengan jelas memberi mandat baru kepada BN dibawah kepimpinan YAB Dato' Sri Najib. Teman telah mengupas panjang lebar berkenaan mitos undi popular dan sistem first-past-the-post dalam sistem pilihanraya dinegara ini (sila lihat artikel dibawah tajuk "Mitos Undi Popular" - 27 Mei 2013 dan "Fisrt-Past-The-Post" - 15 Mei 2013). Pada teman, tindakan mempertikai PRU-13 dengan mengadakan himpunan haram sehingga ada yang cuba menggulingkan Kerajaan melalui rusuhan jalanraya jelas adalah tindakan desperado golongan yang terlalu gila bernafsu serakah mahu bersemayam di Putrajaya! Pada teman, label Anwar-Spring yang diberi oleh Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi adalah paling tepat. Anwar Spring disini bukan bermaksud musim bunga kaum Anwarinas. Anwar Spring disini bermaksud spring otak kaum Anwarinas dah longgar! Kaput! Kaum Anwarinas tidak dapat menerima hakikat bahawa rakyat telah menolak mereka dan pembangkang dalam PRU-13. Walaupun pelbagai taktik kotor, cauvinis, rasis, ekstremis, dan pelampau berasaskan pembohongan dan putar-belit mereka cuba gunakan sejak 08 Mac 2008 untuk menjatuhkan Kerajaan BN, namun ianya gagal. Malaysia bernasib baik kerana hanya segelintir kaum cauvinis dan otak singkat sahaja yang telah terpedaya dan termakan dengan mainan politik kotor ini - alhamdulillah! Malahan saudara Jusuf Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia yang juga rakan baik Anwar menegaskan bahawa Anwar sendiri telah memungkiri janji yang dibuat bersama beliau untuk menerima apa juga keputusan PRU-13. Dan tindakan Jusuf Kalla memilih untuk mendedahkan perjanjian Anwar itu di Wall Street Journal, sebuah media barat sangat menarik perhatian. Kerana apa Jusuf Kalla memilih Wall Street Journal sebuah media dunia barat? Adakah Jusuf Kalla yang begitu mengenali Anwar mahu dunia Barat tahu siapa Anwar Ibrahim? Hanya Jusuf Kalla sahaja yang boleh menjawab soalan ini. Apa pun teman berharap Jusuf Kalla sekarang menyedari siapa sebenarnya rakan baik dia itu! Dan kepada rakyat Malaysia, terutama golongan penaksub dan pencacai Anwarinas; ingatlah, kalau kawan baik dia sendiri pun dia boleh kelentong, ini kan pulak setakat mike rakyat marhaen biasa! Jangan kata kelentong, silap haribulan mau dema 'kencing' je mike yop. Mike kena sedar Anwar-Spring yang cuba dibawa oleh kaum Anwarinas hanyalah sekadar memperkaldaikan rakyat untuk memenuhi nafsu serakah mereka mahu bersemayam di Putrajaya. Mengapa Anwar beriya-iya sangat mahu menjadi Perdana Menteri? Adakah untuk menutup segala salahlaku moral dan kegiatan luar-tabi'e dia? Atau adakah sekadar Anwar menjadi pandir barua dan talibarut dalang asing? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop! ALLAH berikan otak bukan suruh masak lemak cili padi, tetapi untuk berfikir! Maka berfikirlah yop! Adios amigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Jumaat 21 Rejab 1434 31 Mei 2013 *Gambar ehsan daripada Rajagoyang 360 - whoever he or she or he-she is! |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan