:: cina islam | 2011 :: |
- Empat lelaki tersilap sasaran
- Islam dijangka ‘tawan’ Britain
- ‘Siapa buat adik macam ni?’
- Halang Nurul Izzah, demokrasi tenat di Sabah
- PAS sambut baik mashaf khusus Al Quran braille
- Bantu bebaskan tahanan: Tahniah kepada Juham
- Tadbir Kelantan dengan kekuatan secara bersama
- Harakah: Belum dijual, sudah dirampas
- Kebangkitan anak muda semakin memuncak
- Mengapa pemimpin BN tidak mahu isytihar harta?
- Tiga tentera terbunuh dalam serangan gerila di Bogota
- MB: Sidang DUN Selangor 28 Jun
- Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS
- Polis: Seorang lagi disahkan selamat, 4 masing hilang
- Khutbah Jumaat : PERINGATAN DI BULAN REJAB
- Kerajaan Sarawak Perlu Bina Jalan Alternatif Mengelak Tragedi Bot Karam
- Bot karam: Seorang lagi penumpang disahkan selamat
- Taufan Barbara ragut 3 nyawa, 4 hilang di selatan Mexico
Posted: 30 May 2013 11:27 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - Kangar: Bukit Aman akan berhubung dengan Interpol bagi mengenal pasti motif serangan ke atas rombongan Pengerusi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Phuket, Thailand. Dalam kejadian awal pagi kelmarin, seorang pengawal peribadi cedera parah selepas diserang empat lelaki yang memasuki bilik yang diduduki kerabat berkenaan di pusat peranginan lima bintang, Millenium Resort di Phuket. Berdasarkan laporan portal Phuketwan.com, mangsa, Mohd Sobri Said, 40-an, dibelasah oleh keempat-empat suspek yang memecah masuk salah sebuah bilik kerabat diraja berkenaan menggunakan kad keselamatan hotel yang diperoleh mereka secara haram. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, pihaknya belum menerima laporan penuh mengenai kejadian yang menimpa pengawal peribadi adik kepada Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. "Setakat ini, kita menyerahkan siasatan penuh kejadian berkenaan dilakukan pihak polis Thailand selepas ia tertakluk di bawah penyeliaan serta bidang kuasa pihak berkuasa di sana," katanya. metro/- |
Islam dijangka ‘tawan’ Britain Posted: 30 May 2013 11:20 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - London: Ratu Elizabeth adalah pelindung agama Kristian dan paderi kanan England mempunyai tempat di Parlimen Britain. Bancian pada 2011 juga menunjukkan 33.2 juta penduduk di England dan Wales menganggap diri mereka penganut Kristian. Di sebalik hakikat itu, realitinya adalah berbeza jika melihat kepada sambutan orang ramai kepada rumah ibadat di negara berkenaan. Pada setiap pagi minggu, sambutan orang ramai di Gereja St George-In-The-East di Jalan Cannon Street dan Gereja St Mary's di Jalan Cable amat hambar. Hanya beberapa ratus meter dari situ, ada sebuah masjid di kawasan kediaman Jalan Brune, Spitalfields, yang melimpah dengan pengunjung ketika solat Jumaat dijalankan. Jika dibuat perbandingan jumlah pengunjung, ia tentu menampakkan perbezaan yang lebih dramatik. Di Gereja St George, kurang daripada 15 pengunjung hadir untuk meraikan sambutan Holy Communion. Ketika gereja itu dibina pada awal abad ke-18, ia direka untuk memuatkan sehingga 1,230 orang. Jumlah yang sama disediakan di Gereja St Mary yang mula dibuka sejak Oktober 1849. Ketika jurugambar mengunjungi gereja itu, ia hanya dihadiri kira-kira 20 orang. Keadaan berbeza sama sekali di masjid di Jalan Brune yang menghadapi 'masalah' sendiri akibat dikunjungi orang ramai. Masjid itu sendiri asalnya adalah ruang kecil yang disewa untuk dijadikan pusat komuniti dan sesuai diisi kira-kira 100 orang. Namun setiap Jumaat, jumlah pengunjungnya meningkat tiga atau empat kali ganda, menyebabkan mereka terpaksa mendirikan solat di jalan raya. Berdasarkan perkembangan itu, pemerhati berkata, Kristian bakal menjadi 'agama silam' dan orang ramai lebih tertarik kepada Islam. Dalam tempoh 10 tahun lalu, berlaku penurunan jumlah penduduk England dan Wales yang mengaku menganut Kristian, daripada 71.7 peratus kepada 59.3 peratus daripada keseluruhan populasi. Bagi tempoh sama, jumlah penganut Islam di situ juga meningkat daripada tiga peratus daripada populasi keseluruhan menjadi 4.8 peratus atau 2.7 juta orang. Jika pecahan dibuat mengikut kumpulan usia, separuh daripada penganut Islam di situ berusia kurang 25 tahun, manakala hampir suku penganut Kristian menghampiri usia 80 tahun. Dianggarkan dalam tempoh 20 tahun, lebih ramai penganut Islam berbanding Kristian. Satu keadaan yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa kira-kira 50 tahun lalu. - Daily Mai l |
Posted: 30 May 2013 11:09 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - Melaka: "Arwah sempat mengajak saya berbuka puasa bersama, malah sebelum keluar mengaji, dia salam saya dan mencium ibunya berulang kali tidak seperti kebiasaan." Begitu kata Mohamad Sahak, 58, bapa Aimi Hamizah, 14, yang ditemui mati dalam semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini, malam kelmarin. Mayat pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Molek yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu itu dipercayai menjadi mangsa bunuh sebelum ditemui sekumpulan remaja yang bermain bola di kawasan berhampiran. Mohamad berkata, sebelum kejadian, anak bongsu daripada tiga beradik itu berjalan untuk mengaji di sebuah rumah kira-kira 200 meter dari rumah mereka pada jam 7.40 malam. "Kebiasaannya arwah pulang jam 9 malam, namun pada malam kejadian sehingga jam 10 malam, arwah masih tidak muncul sebelum saya mencarinya di tempat mengaji. metro/- |
Halang Nurul Izzah, demokrasi tenat di Sabah Posted: 30 May 2013 11:00 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PKR mengecam keras tindakan Pejabat Ketua Menteri Sabah yang menghalang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dari memasuki negeri itu. Nurul yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai semalam telah dihalang masuk ke negeri Sabah untuk hadir ke pesta Kaamatan bersama rakyat Penampang. Beliau telah ditahan pihak imigresen Sabah jam 7 malam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan terus dihantar pulang tanpa dimaklumkan mengapa beliau dihalang dari masuk. "Beliau adalah seorang ahli parlimen yang dipilih rakyat. Tindakan autokratik dan tidak demokratik sebegini membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tenatnya demokrasi di bawah Barisan Nasional Sabah, yang jelas takut dengan bayang-bayangnya sendiri," kata Pengarah Kumunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad. Sebelum ini beberapa pemimpin Pakatn Rakyat lain juga turut dihalang memasuki negeri itu atas arahan pejabat ketua menteri. "PKR menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk memberi penjelasan sepenuhnya mengapa YB Nurul Izzah dihalang masuk, serta menarik balik serta-merta halangan tersebut. "PKR turut menggesa Pejabat Ketua Menteri Sabah untuk mengumumkan sepenuhnya senarai "persona non grata" negeri Sabah, dan sebab nama-nama ini dimasukkan ke dalam senarai tersebut," kata Nik Nazmi. harakah/- |
PAS sambut baik mashaf khusus Al Quran braille Posted: 30 May 2013 10:56 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik langkah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang mengorak langkah untuk menghasilkan suatu mashaf khusus Al Quran Braille bagi kegunaan mereka yang kurang upaya penglihatan di negara ini. Sekretariat Prihatin OKU, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS dalam kenyataannya berkata, mereka menyokong penuh jawatankuasa yang telah dibentuk bagi melaksanakannya. "Kami difahamkan diletakkan bawah seliaan Jakim bagi menghasilkan mashaf yang dinamakan Al Quran Braille Mashaf Malaysia tersebut," kata Mohammad Faizal Che Yusof, Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS dalam kenyataannya. Adalah diyakini usaha Jakim tersebut mampu mengawal dan menyemarakkan lagi penyebaran ilmu Al Quran kepada golongan OKU penglihatan di seluruh negara dengan langkah ini. Sementara itu, sebagaimana sesi Parlimen penggal ke-13 yang akan memulakan sidangnya pada 24 Jun 2013, pihak sekretariat pada masa ini sedang mengumpul seberapa banyak isu-isu berkaitan OKU yang ingin dikemukan untuk di ketengahkan. Selain sesi-sesi perbincangan langsung, sebarang cadangan atau usul berkaitan OKU bolehlah dihantar melalui email di alamat This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it untuk diselaraskan, kata Faizal. "Sedaya upaya kami iltizam mengusahakan perubahan yang lebih baik untuk OKU di Malaysia sebagaimana saranan Al Quran dan Sunnah," katanya. harakah/- |
Bantu bebaskan tahanan: Tahniah kepada Juham Posted: 30 May 2013 10:55 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang terletak di bawahnya di atas tindakan pantas mereka membantu membela tahanan sehingga mereka dibebaskan pada jam 11.00 malam 28 Mei dan didakwa 29 Mei. (Tamrin Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim dibebaskan oleh mahkamah 25 Mei lalu setelah berehat di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Balai Jinjang.) Pemuda PAS menganggap tindakan pantas Juham memaksa pihak polis membebaskan tahanan ini lebih awal tanpa di reman lanjut bagi membolehkan mereka di dakwa di mahkamah di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan. Pemuda PAS mengharapkan Juham agar bersedia dengan pelbagai kemungkinan yang buruk kerana belum ada tanda politik negara reda daripada sebarang penangkapan dan dakwaan. Demikian kata Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam tulisannya. harakah/- |
Tadbir Kelantan dengan kekuatan secara bersama Posted: 30 May 2013 10:54 PM PDT 18 Rejab 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Kalau sebelum ini kekuatan hanya terletak pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun sekarang dipikul secara tanggungjawab bersama (collective responsibility). "Memang diakui tidak ada pemimpin yang sehebatnya Tok Guru dengan apa yang dimilikinya. Bagaimanapun sekarang kita guna kaedah 'collective responsibility'. "Kita tidak ada kehebatan di atas seorang individu tetapi kita ada atas dasar qiadah jamaiyah (pimpinan secara jemaah)," kata Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah. Beliau berkata, apa yang penting dasar tidak berubah biar pun pemimpinnya bertukar ganti, di mana Kelantan tetap mempertahankan Islam sebagai dasar. "Kita gabung individu secara berkumpulan dan bukan lagi secara keseorangan. Kita bekerja secara pasukan itu yang lebih penting. "Parti kena duduk sekali dengan pengganti yang Tok Guru pilih iaitu Ustaz Dato' Ahmad Yakob," katanya di sini. Menurutnya dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad saw apabila sampai masanya diganti para sahabat bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan Islam. Pada peringkat awal memang berlaku sedikit pergolakan sehingga muncul kumpulan riddah yang enggan membayar zakat. "Namun akhirnya diredakan Saiyidina Abu Bakar selepas menjadi khalifah menggantikan Rasulullah saw," ujarnya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah tersenarai sebagai salah seorang daripada 500 pemimpin dunia Islam yang terhebat. Carta itu dikeluarkan Royal Islamic Strategic Centre yang berpangkalan di Amman, Jordan. Kini selepas 23 tahun menerajui Kelantan, selepas PAS dan Pakatan Rakyat mengekalkan kerajaan negeri bagi penggal ke enam 5 Mei lalu, beliau berundur dan digantikan Ustaz Ahmad. harakah/- |
Harakah: Belum dijual, sudah dirampas Posted: 30 May 2013 10:46 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri yang merampas akhbar milik Parti Islam Se-Malaysia (PAS), iaitu Harakah. "DPPM menganggap tindakan KDN adalah suatu dendam politik kesumat Menteri Dalam Negeri ketika pasca PRU13 dan yang menjadi mangsa adalah akhbar milik PAS," ujar Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil (gambar) dalam satu kenyataan. Tambahnya, tinjauan DPPM mendapati dirampas kebanyakannya di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Melaka. Justeru, katanya DPPM mempersoalkan syarat-syarat permit yang ketat, tidak rasional serta tidak praktikal oleh KDN dengan menghadkan jualan akhbar tersebut hanya untuk ahli parti dan dijual di premis parti sahaja. "Sebagai sebuah parti yang berdaftar dan sah di dalam sistem demokrasi di negara ini, PAS berhak memiliki akhbarnya sendiri dan menjual akhbar miliknya di ruang terbuka tanpa sekatan," ujarnya. Beliau menegaskan, Harakah bukan barang haram yang tidak boleh dijual, ia telah mendapat permit secara sah dari kerajaan dan milik parti yang sah dalam negara ini. Selain itu, tambah beliau alasan KDN merampas akhbar ialah kononnya ia dijual di tempat terbuka. Namun begitu, tambah beliau DPPM melihat tidak semestinya apabila ia dijual di tempat terbuka ia tidak boleh dibeli oleh ahli PAS. Katanya, dengan keahlian PAS berjumlah sejuta orang, bagaimana ahli PAS untuk mendapatkan akhbarnya sendiri jika tidak dijual di pasaran terbuka dan diketahui ramai. Menurutnya lagi, DPPM juga difahamkan, pihak pengurusan Harakah telah mengikut segala peraturan-peraturan KDN meskipun ia tidak masuk akal, antaranya adalah setiap kedai disediakan satu rak berasingan untuk akhbar Harakah dengan akhbar lain. "Pihak Harakah telah membelajakan hampir RM70,000 untuk membeli rak di kedai seluruh negara. Itupun KDN masih tidak berpuas hati dan masih mahu merampasnya!" ujarnya. Beliau berkata, DPPM juga merasa kesal kerana penguatkuasaan KDN tidak mengikut Sistem Prosuder Kerja (SOP), justeru ramai pengedar mengadu sebahagian daripada Harakah dirampas ketika masih belum dipamerkan lagi. Dalam erti kata lain, ujar beliau kebanyakan naskah masih belum dijual dan masih dalam bungkusan lagi. Jika demikian, katanya KDN jelas telah melanggar SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Kesannya, ujar Khairul Faizi jualan Harakah telah merosot sebanyak 10,000 naskah sejak dirampas sebanyak 2 keluaran yang lepas, antara puncanya kerana pengedar dan penjual Harakah ditakut-takutkan dengan tindakan mahkamah serta denda maksimum sebanyak RM5,000. "Jelaslah tujuannya adalah untuk mencampakkan rasa takut dalam diri pengedar Harakah serta untuk melumpuhkan rangkaian penjualan dan pengedaran Harakah seluruh negara," katanya. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa KDN tidak pula merampas akhbar nasional yang jelas memaparkan berita fitnah, lucah, berat sebelah serta melanggar etika pemberitaan seolah-olah ia milik BN sahaja. "Apakah kerana akhbar-akhbar ini menjaga hubungan baik dan pemberitaan mereka yang jelas condong kepada BN maka mereka diberikan terus hak beroperasi tanpa apa-apa tindakan? "Apakah ini tafsiran demokrasi sebenar yang difahami oleh Menteri Dalam Negeri?" tanya beliau lagi. Tindakan itu, katanya menggambarkan kegagalan Transformasi Politik Perdana Menteri khususnya melalui Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Menurutnya, meskipun akta ini telah dipinda pada tahun 2012 namun ia langsung tiada memberi kesan, antaranya adalah pindaan yang dibuat langsung tidak menyentuh isu-isu fundamental dalam menilai kebebasan akhbar. Selain itu, ujarnya kuasa mutlak untuk memberi permit, menggantung mahupun membatalkan permit akhbar terletak sepenuhnya pada Menteri Dalam Negeri dan boleh menggantung mana-mana akhbar tanpa memberi sebab dengan pihak yang dianiaya atau menjadi mangsanya tidak diberi ruang untuk membela haknya di mahkamah. "Jika beginilah keadaannya, wajarlah rakyat bangkit menuntut hak mereka. Sudahlah media diperkudakan sepenuhnya untuk kempen selebah pihak BN sepanjang masa, media utama milik parti pula diambil tindakan. "Selama begini keadaan demokasi di negara ini, selama itulah rakyat berada dalam kegelapan," ujarnya. harakah/- |
Kebangkitan anak muda semakin memuncak Posted: 30 May 2013 10:41 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - |
Mengapa pemimpin BN tidak mahu isytihar harta? Posted: 30 May 2013 10:14 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan saf baru kepimpinan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang telah menyempurnakan ikrar dan sumpah setia perkhidmatan di hadapan Sultan Selangor semalam. "Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan semoga kepimpinan Exco Negeri Selangor yang baru dilantik bersama-sama dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku MB Selangor akan dapat meneruskan kecemerlangan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) Selangor sebelum ini," ujar Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan (gambar). Beliau berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan penghargaan di atas komitmen yang telah dinyatakan MB Selangor untuk memastikan ketelusan pentadbiran beliau dengan meneruskan pengisytiharan harta termasuk penambahan harta semua Exco yang baru dilantik dan Exco sedia ada sebelum sidang Dun diadakan. "Langkah ini adalah penerusan daripada tindakan yang pernah dilakukan semasa sesi awal pentadbiran PR memerintah Selangor selepas pilihanraya tahun 2008," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Kata beliau, pihaknya melihat tindakan tersebut telah memberikan satu keyakinan kepada rakyat Selangor bahawa pemimpin PR yang diberikan amanah untuk mentadbir sememangnya terdiri daripada mereka yang mempunyai kredibiliti dan integriti. Ini, ujarnya bagi memastikan hasil kekayaan negeri tidak menjadi harta pemilikan individu melainkan dikembalikan semula kepada rakyat secara selayaknya. Beliau berkata, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan tindakan yang cukup bertanggungjawab ini sepatutnya dicontohi oleh Perdana Menteri dan kabinetnya serta seluruh Menteri Besar dan Ketua Menteri yang baru dilantik sebagai komitmen dan tanggungjawab melaksanakan amanah yang dipikulkan oleh rakyat ke atas bahu mereka dipenuhi secara jujur, amanah dan bertanggungjawab. Menurutnya lagi, mereka juga perlu pastikan segala kekayaan hasil mahsul negara dan negeri-negeri dapat dinikmati oleh rakyat secara sepatutnya. Kata beliau lagi, pihaknya pernah mencabar kerajaan BN sebelum ini untuk melaksanakan tindakan pengisytiharan harta selepas memenangi PRU12 lalu tetapi seperti dijangka mereka sentiasa beralasan untuk tidak mengisytiharkan harta-harta mereka. Ini, katanya kerana mereka takut dipertikaikan oleh rakayat bagaimana harta boleh berkembang biak berbanding dengan elaun yang sepatutnya diterima oleh mereka. "Dan juga dalam masa yang sama rakyat sering merintih di atas kesusahan dan keperitan yang ditanggung mereka kerana dasar-dasar yang ditetapkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang korup ini," ujarnya. harakah/- |
Tiga tentera terbunuh dalam serangan gerila di Bogota Posted: 30 May 2013 09:22 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - BOGOTA: Tiga anggota tentera terbunuh manakala dua yang lain cedera dalam serangan yang disyaki dilakukan Angkatan Tentera Revolusi Colombia (FARC), demikian menurut pihak berkuasa, hari ini. Tentera Columbia berkata, serangan oleh kumpulan gerila dengan bom tangan itu berlaku di kawasan pedalaman di Puerto Concordia, Meta, di mana tentera kerajaan sedang menjalankan operasi pengawasan. Anggota tentera yang maut dikenal pasti sebagai Harold Rairan, Walter Alirio Martinez dan Jeisson Andres Parra. "Bahan letupan ditemui di kawasan operasi oleh ahli Brigade 22 unit tentera, yang berada di kawasan terbabit," demikian menurut laporan seorang anggota tentera. Dua anggota tentera yang cedera dibawa ke pusat perubatan Villavicencio, di sini. - BERNAMA |
MB: Sidang DUN Selangor 28 Jun Posted: 30 May 2013 09:21 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - KLANG: Selangor akan memulakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) penggal pertama pada 28 Jun ini dan upacara pembukaan akan dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, bagi pelantikan rasmi Adun Subang Jaya Hannah Yeoh sebagai Speaker dan Timbalannya Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Seri Setia), upacara angkat sumpah akan diadakan pada 21 Jun depan. Manakala bagi jawatan Pegawai Perhubungan Politik (political liaison) yang akan diberikan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, beliau berkata pihaknya masih meneliti proses lantikan tersebut dan akan memutuskannya dalam masa terdekat Beliau turut mengarahkan Exconya supaya mengisytiharkan harta masing-masing sebelum sidang DUN bermula, sama seperti yang dilakukannya dalam pentadbiran negeri penggal lalu. "Setiap penambahan aset semasa Exco itu bertugas juga perlu dilaporkan termasuk Exco lama dan baru," katanya dalam sidang media selepas istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Aku Janji Ahli Majlis di Istana Alam Shah disini hari ini. Mengenai isu air, beliau berkata pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau, Datuk Maximus Ongkili bagi mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamadkan proses penstrukturan air kepada rakyat Selangor dan Lembah Klang. Turut diberi keutamaan adalah menaik taraf jalan raya melalui Ops Tampal Jalan dengan membelanjakan RM120 juta untuk membaiki 2.7 juta meter persegi termasuk menampal lubang pada harga RM35 setiap meter persegi. Destinasi pelaburan utama Sementara itu, Abdul Khalid dalam ucapan Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Menyimpan Rahsia sebagai Exco dihadapan Sultan Selangor pagi tadi, pihaknya berjanji untuk berusaha mengekalkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pelaburan utama para pelabur dari dalam mahupun luar negara. "Di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, negeri Selangor berjaya mencapai tahap negeri maju dan dengan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku patik hamba tua bertekad untuk meneruskan kecemerlangan Selangor selaku penyumbang utama terhadap pembangunan dan pendapatan negara Malaysia. "Hanya dengan kedudukan dan tahap pencapaian sedemikian, maka seluruh rakyat Tuanku dapat sama menikmati limpahan pembangunan serta dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka," katanya. Adun Pelabuhan Klang itu juga berikrar untuk terus berusaha mencari jalan meningkatkan pendapatan rakyat terutama di kawasan luar bandar dan dipinggir bandar agar mereka dapat menikmati kehidupan yang "serba ada" sekaligus dapat merapatkan jurang dengan penduduk di kawasan bandar. "Tiada gunanya jika negeri Selangor bergelar negeri maju sedangkan sebilangan penduduk, terutama penduduk luar bandar masih tercicir dalam hal menikmati kemajuan di negeri ini," katanya. FMT/- |
Mohamad Sabu beri 8 punca kekalahan PAS Posted: 30 May 2013 09:18 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR:Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya. Sebab-sebab itu adalah: 1. Media yang tidak adil. 2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya. 3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi. 4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah. 5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN. 6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda. 7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN). 8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya. Harakahdaily/- |
Polis: Seorang lagi disahkan selamat, 4 masing hilang Posted: 30 May 2013 09:17 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - Seorang lagi penumpang yang disenaraikan hilang dalam kejadian bot karam di Sungai Rajang Selasa lepas, disahkan selamat. Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau yang mengesahkan perkara itu, berkata Ejang anak Nabau yang telah pulang ke rumah panjangnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kapit malam tadi. Beliau berkata berikutan itu, hanya empat lagi penumpang bot ekspres itu yang masih disenaraikan hilang. Mereka ialah Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati dan seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus, katanya di Belaga hari ini. Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat disambung semula pukul 7 pagi ini. Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyediakan peruntukan sebanyak RM93 ribu untuk membantu semua mangsa tragedi bot ekspres karam itu. Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Belaga Liwan Lagang berkata sehubungan itu penumpang yang selamat dan masih tidak membuat laporan polis diminta segera membuat laporan untuk memudahkan proses menyalur bantuan. "Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun telah memberitahu saya mengenai peruntukan bantuan itu dan bantuan akan dibuat berdasarkan senarai sahih laporan polis itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Ini bermakna, seramai 198 penumpang ditemui selamat setakat ini dalam tragedi itu. -Bernama |
Khutbah Jumaat : PERINGATAN DI BULAN REJAB Posted: 30 May 2013 09:10 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاَإِلهَ إِلاَّالله وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ! ِاتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Wahai hamba-hamba Allah! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, Firman Allah dalam ayat 38 surah at-Taubah : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ ۚأَرَضِيتُم بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الآخِرَةِ ۚفَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ Wahai orang-orang yang beriman! Apakah sebabnya apabila diseru kepada kamu: "Berangkatlah untuk berperang pada jalan Allah". Kamu berasa berat dan ingin tinggal di tempatmu. Adakah kamu berpuas hati dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat sedangkan kenikmatan hidup di dunia ini dibandingkan dengan kehidupan di akhirat hanyalah sedikit. Muslimin yang dirahmati Allah, Kini kita berada di Bulan Rejab yang pernah mencatatkan beberapa peristiwa besar terutama peristiwa Isra' dan Mikraj dan Peperangan Tabuk tahun 9H. Peristiwa-peristiwa ini meninggalkan begitu banyak pengajaran dan iktibar yang mesti diambil berat dalam usaha meninggikan kalimah Allah di muka bumi ini. Pelbagai cabaran dan halangan pasti akan ditempuhi dalam menegakkan ajaran Islam di mana kita bukan sahaja dituntut mengorbankan masa dan tenaga malah hingga ke tahap tumpahnya darah ke bumi dan berpisahnya nyawa dari badan. Perjuangan Islam tidak pernah dihamparkan dengan permaidani merah sebaliknya menempuh pelbagai ujian dan cabaran samada luaran mahu pun dalaman. Sebelum berlakunya Isra' Mikraj, kita dapat melihat bagaimana tentangan terhadap dakwah nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja oleh majoriti penduduk Mekah termasuk kaum keluarga baginda sendiri malah turut menerima tentangan daripada penduduk Taif. Ia mengajar kita bagaimana perjuangan menegakkan Islam ada kalanya terpaksa menerima penentangan daripada keluarga terdekat. Kita hari ini melihat betapa ramai ibubapa yang rosak akibat anak, betapa ramai anak yang rosak akibat ibubapa, betapa ramai isteri yang rosak akibat suami dan sebaliknya, malah begitu ramai rakan merosakkan rakannya yang lain. Kesungguhan dan istiqamah dalam menjalankan kerja dakwah merupakan suatu yang amat diperlukan dalam memastikan perkembangan Islam. Apa yang lebih penting ialah pergantungan kita dengan Allah dalam setiap keadaan yang menjamin kebahagiaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat. Tanamkanlah dalam diri kita bahawa biarlah kita dibenci oleh seluruh manusia asalkan kita diredhai oleh Allah. Jangan sekali-kali kita mencari redha manusia di atas kemurkaan Allah SWT. Firman Allah dalam ayat 41 surah at-Taubah : اِنْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ۚذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Berangkatlah kamu baik dalam keadaan ringan atau pun berasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Muslimin yang dirahmati Allah sekelian, Peperangan Tabuk memperlihatkan kepada kita bahawa, Rasulullah s.a.w terpaksa berhadapan dengan beberapa golongan iaitu : [1]golongan yang menangis kerana ketiadaan kelengkapan peperangan terutamanya kenderaan tunggangan. Golongan ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk turut keluar berperang tetapi tidak mampu berbuat demikian. [2]golongan yang meminta keuzuran daripada Rasulullah daripada turut serta dalam peperangan dengan alasan yang tidak diterima oleh Allah. Mereka merasa takut dan malas untuk berperang termasuk sebahagiannya terpesona dengan kepentingan dunia seperti musim mengait kurma yang sedang masak ranum dan sebagainya. [3]golongan yang menjadi musuh dalam selimut ialah golongan munafik yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai. Golongan ini bukan sahaja cuba menarik seramai mungkin umat Islam supaya tidak keluar berperang bermula dari awal lagi, sebahagian lagi cuba mempengaruhi tentera Islam yang sedang menunju ke Tabuk untuk menarik diri dan sebahagian lagi menunggu kepulangan nabi Muhammad s.a.w untuk merasmikan Masjid Dhirar yang dibina oleh golongan yang merupakan musuh dalam selimut ini. Akhirnya bukan sahaja usaha mereka gagal malah Allah memerintahkan nabi supaya meruntuhkan masjid Dhirar yang bukan dibina atas asas Taqwa malah sebagai lambang perpecahan dan pengkhianatan terhadap Islam. Peristiwa ini memberi peringatan penting kepada kita agar pembinaan dan pengimarahan masjid mestilah atas asas taqwa bukannya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya untuk mendapatkan keuntungan melalui projek pembinaannya semata-mata. Sidang Jumaat sekelian, Peristiwa Isra' Mikraj turut mengingatkan kita tentang hakikat dunia yang terlalu uzur dan bakal hancur. Malah nabi Muhammad s.a.w pernah mengibaratkan dunia seumpama bangkai anak kambing yang terpotong telinganya di mana jika ia masih hidup pun sudah ramai yang tidak sanggup membelinya apatah bila sudah menjadi bangkai. Itulah hakikat dunia yang tiada harga di sisi Allah di mana jika kita sentiasa sedar tentang perkara ini membolehkan hati kita tidak tertipu dan lalai dengan tipuan dunia yang banyak merosakkan manusia yang alpa. Firman Allah dalam ayat 55 surah at-Taubah : فَلاَ تُعْجِبْكَ أَمْوَالُهُمْ وَلاَ أَوْلاَدُهُمْۚإِنَّمَا يُرِيدُ اللَّـهُ لِيُعَذِّبَهُم بِهَا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَتَزْهَقَ أَنفُسُهُمْ وَهُمْ كَافِرُونَ Oleh itu, janganlah engkau tertarik hati kepada harta benda dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka dengan harta benda dan anak-anak itu dalam kehidupan dunia, dan hendak menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat azab akhirat pula). بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاَةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلاَّ الله ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ – التوبة : 18Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَMuslimin yang dirahmati Allah, Sesuai dengan Bulan Rejab yang merupakan bulan memperingati peristiwa Isra' Mikraj yang dianugerahkan dengan kewajipan solat 5 waktu, maka hendaklah setiap kita bukan sahaja menjaga solat fardhu malah menggunakan peluang yang ada untuk memenuhkan masjid dan surau. Musuh Islam pernah menyatakan bahawa mereka tidak akan bimbang dengan umat Islam sehinggalah umat Islam mampu memenuhi masjid terutama pada waktu Subuh sebagaimana umat Islam datang beramai-ramai ke masjid pada hari Jumaat. Ayuh kita tentang cabaran musuh Islam ini dengan sama-sama memastikan kita, anak-anak kita, rakan-rakan kita, jiran-jiran kita untuk memenuhi masjid dan surau tiap waktu agar janji kemenangan daripada Allah semakin dekat. َاللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ . |
Kerajaan Sarawak Perlu Bina Jalan Alternatif Mengelak Tragedi Bot Karam Posted: 30 May 2013 09:05 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - Kita amat simpati dengan nasib yang menimpa para penumpang dan mangsa tragedi bot ekspres karam baru-baru ini di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang. Antara punca tragedi bot ekspres karam adalah disebabkan terlalu ramai penumpang sehingga melebihi had yang dibenarkan. Menurut Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) Datuk Roland Sagah Wee Inn mendedahkan bahawa siasatan awal mendapati nahas bot ekspres karam di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang kelmarin, berpunca daripada kegagalan enjin. Kejadian seperti ini boleh dielakkan sekiranya semua pihak yang terbabit mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak keselamatan dan juga pihak yang berkenaan. Walaubagaimana pun pihak kerajaan jangan mengambil mudah dengan perkara ini dengan hanya bertindak apabila sesuatu kejadian berlaku sedangkan selama ini mereka yang terbabit terpaksa memenuhi pemintaan para penumpang yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung masing-masing terutama sekali semasa musim perayaan. Jalan sungai adalah satu-satunya cara untuk mereka pulang atau cara pengangkutan untuk mereka sampai ke destinasi. Maka pihak kerajaan juga perlu mencari jalan alternatif untuk kemudahan penduduk yang tinggal di luar bandar yang terpaksa menggunakan sungai. Selain menggunakan jalan sungai sepatutnya jalan darat juga perlu disediakan untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar. Ini akan memberi mereka pilihan dan kemudahan selain menggunakan sungai sebagai jalan alternatif untuk mereka pulang ke kampung. Kita mengesa pihak kerajaan agar segera membina jalan alternatif untuk menyelasaikan masalah ini supaya penduduk tidak berebut-rebut untuk sampai ke destinasi masing-masing semasa musim perayaan yang terpaksa menggunakan jalan sungai. Kepada mereka yang merayakan Hari Gawai terutama kaum Dayak, kita mengucapkan selamat bergawai dan berhati-hati ketika pulang ke tempat destinasi masing-masing. Hati-hati di sungai dan di darat sebab jalan sungai dan jalan darat di Sarawak amat merbahaya kalau kita cuai dan tidak berhati-hati ketika memandu. Jangan memandu dalam keadaan mengantuk dan mabuk sebab ini boleh menyebabkan kemalangan. Selamat Gawai kepada kaum Dayak. Jofri Jaraiee PAS Sarawak |
Bot karam: Seorang lagi penumpang disahkan selamat Posted: 30 May 2013 06:22 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - BELAGA: Seorang lagi penumpang bot ekspres yang karam di Jeram Giam Bungan, yang disenaraikan hilang sejak Selasa lalu disahkan selamat. Ejang anak Nabau yang sudah balik ke rumah panjangnya tampil membuat laporan di Balai Polis Kapit malam tadi. Berikutan itu, hanya empat lagi yang disenaraikan hilang iaitu Maurice anak Ajan, Simon anak Patrick, Roslin anak Jati serta seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Paulus. |
Taufan Barbara ragut 3 nyawa, 4 hilang di selatan Mexico Posted: 30 May 2013 06:20 PM PDT 21 Rejab 1434 H. [MOD] - OAXACA (Mexico): Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban apabila Taufan Barbara mendarat di pantai Pasifik semalam, termasuk seorang peluncur warga Amerika Syarikat. Isnin lalu, seramai 12 nelayan dengan empat bot dilaporkan hilang apabila taufan melanda pesisir pantai selatan Mexico. Bagaimanapun, lapan nelayan yang hilang kembali ke pantai semalam dengan menaniki dua bot selepas terselamat dari ribut dengan berteduh di pulau El Caballar, namun empat nelayan masih hilang, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Oaxaca hari ini. - AFP |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan