Nuffnang

Suara Sri Andalas

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 3:35 PTG

Suara Sri Andalas


Ucapan Terima Kasih Dan Penghargaan Kepada Rakyat Selangor Atas Sokongan, Mandat Lebih Besar Sua Pertiga Bukti Rakyat Mahukan Kecemerlangan Pentadbiran Diteruskan Pakatan Rakyat

Posted: 07 May 2013 02:04 AM PDT

Pilihan Raya Umum Ke-13 telah pun berakhir dan kuasa rakyat telah menentukan Pakatan Rakyat diangkat sekali lagi sebagai pemegang amanah dan pentadbir Kerajaan Negeri Selangor untuk penggal yang akan datang. Sokongan yang ditunjukkan rakyat ini telah membolehkan keputusan dua pertiga di Dewan Negeri Selangor dicapai.

Saya ucapkan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakyat Selangor terutamanya kaum India yang telah keluar mengundi dan berani memilih wakil-wakil mereka daripada Pakatan Rakyat tanpa mengira samada dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Democratic Action Party (DAP) serta pilihan ini sekali gus telah menjangkaui pilihan tanpa mengira warna kulit mahupun latar belakang agama. Ucapan yang sama ditujukan kepada kaum Cina atas sokongan padu dan kepada kaum Melayu yang selama ini berada dikampung-kampung dan pinggir bandar yang telah berani memilih perubahan.

Keputusan yang dicapai baru-baru ini jelas membuktikan rakyat telah pun matang memilih wakil yang mereka inginkan berdasarkan kebolehan wakil tersebut serta keyakinan mereka terhadap pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Terbukti pelaksanaan dasar dan program-program yang mesra rakyat sepanjang lima tahun pada penggal yang lepas diiktiraf dan dihargai rakyat Selangor dengan mandat yang lebih besar. 

Sokongan, kepercayaan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh rakyat ini amatlah dihargai. Kerajaan baru negeri Selangor Pakatan Rakyat yang akan dibentuk dalam masa terdekat akan membalas keyakinan rakyat dengan berusaha lebih kuat dan bersungguh-sungguh untuk memberikan khidmat yang terbaik demi mencapai kesejahteraan dan aspirasi yang dimahukan rakyat negeri Selangor.

Meneruskan Kecemerlangan,

YB DR XAVIER JAYAKUMAR
AHLI DEWAN NEGERI SELANGOR N.49 SERI ANDALAS

7 MEI 2013

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP