N45 Dr Halimah Ali |
Terima kasih pengundi N45 DUN SELAT KLANG Posted: 07 May 2013 07:52 AM PDT 5.5.13 Hari yang mencatat sejarah penting bagi rakyat Malaysia. Tidak pernah rakyat Malaysia sebegitu ghairah menunggu hari mengundi seperti yang disaksikan pada PRU13. Ada pelajar yang pulang daripada luar negara kerana mereka menilai satu undi untuk kebenaran adalah sangat besar ertinya. Perhatian seluruh dunia kepada kebobrokan sistem pilihanraya dalam negara ini juga telah tidak diselindung lagi. Warga yang celik IT mudah mendapat maklumat daripada pelbagai sumber sebelum memutuskan golongan manakah yang berkata benar, golongan mana pula pakar putar belit dan bermain wayang. Justeru, golongan dalam bandar dan terpelajar lebih mudah memahami fenomena yang berlaku disekitar mereka dan peringkat yang lebih luas.Penjawat awam juga telah terdedah kepada budaya kerja yang lebih cekap, telus dan amanah serta bertanggungjawab.Mereka dididik untuk menghargai nilai pendapatan yang halal dan akhirat centrik. Mereka mula faham dan menyemai benih saham akhirat melalui kerja sebagai ibadah, tiada hanky panky. Budaya memberi jamuan besar di PULAU KETAM dan TELOK PULAI sebagai usaha terakhir meraih undi gagal menjejas sokongan kepada pakatan rakyat dan calon PAS DUN N45.Hanya saluran 1 masih terpengaruh dengan umpan ini. Difahamkan daripada laporan petugas PRU ada keluarga dan kenalan mereka memang mendapat RM 100, 200, 300..tunai. ada yang dapat habuan kerana sanggup rumah mereka di pasang bendera BN dan poster 'keluarga mengundi BN'.ada kanak kanak yang diberi bendera dan merempit di kampung Delek dan Sg Udang dan mengganggu ceramah PAS/PAKATAN. BELUM LAGI DIKIRA duit untuk poster dan bendera yang bersisik dan baju yang BN yang menimbun.....entah berapa ongkos semua.. Ada yang mengata RM10 juta...hanya ALLAH yang mengetahui. Kes beli undi ini adalah sinonim bagi UMNO BN....walau apa yang disebut dalam peraturan SPR. Namun setelah mengatasi segala tipu helah dan taktik kotor UMNO Jentera pilihanraya PAS DUN SELAT KLANG telah berjaya bekerja dengan cemerlang disamping munajat berterusan dan bersedia dengan SKEPS untuk menangani sebarang kemungkinan desperado pihak lawan. Walaupun peningkatan majoriti undi melebihi seribu daripada PRU12, tetapi hakikatnya sokongan rakyat adalah luar biasa di semua tempat termasuklah kawasan tradisi kubu UMNO BN. Kpg Sg Sireh sudah juga menunjukkan kemajuan walaupun ADUN PAS telah membuktikan beliau boleh memecah kebuntuan untuk dapatkan tanah milik KTM dalam masa 5tahun untuk di pindahmilik kepada mereka. Allah berkuasa di atas segala-galanya. Terima kasih kepada semua PIMPINAN dan petugas serta ahli dan penyokong PAS, JENTERA PILIHANRAYA yang istiqomah, cekal dan padu. Setinggi penghargaan kepada HALWA dan SKEPS yang kerja keras untuk kemenangan ini. Saya doakan moga ALLAH mencurahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua dan terus memimpin kita ke arah baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur. insya Allah. Amin |
You are subscribed to email updates from N45 Dr Halimah Ali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan