Khamis, 2 Mei 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


UMCEDEL poll results versus UUM-MPN (MPC) : What about Merdeka Center Polls

Posted: 02 May 2013 07:10 PM PDT


The UUM-MPN poll was conducted via phone involving 3,550 respondents who are eligible voters including in Sabah and Sarawak, using the random stratified sampling method with a 0.022 margin of error.

 UMCEDEL used the random sampling method with the results having a 2.61 per cent margin of error at the 95 per cent significance level and ran the survey using face-to-face interviews with Malay, Chinese and Indian respondents.



BN likely to remain in power, according to UUM-MPN poll

May 02, 2013   

KUALA LUMPUR, May 2 – The outlook is bright for Barisan Nasional (BN) to remain in power after the 13th general election (GE13) under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who appears to have the support of the majority of voters.

According to a GE13 opinion poll conducted by the Institute of Malaysian Political Analysis of Universiti Utara Malaysia (UUM) and the National Professors Council (MPN), 58 per cent of the respondents supported Najib as prime minister while opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim received 42 per cent support.

As for the preferred party, BN received 55 per cent support, Pakatan Rakyat (PR) 41 per cent while the remaining four per cent went to the Independents.

According to the survey too, Najib received the nod from 57.6 per cent of the respondents aged 30 and below while the remaining percentage chose Anwar.

The biggest support for Najib came from cohorts aged 30 to 50, at 59.1 per cent while those aged above 50 in favour of Najib made up 57.2 per cent.

The poll was conducted via phone involving 3,550 respondents who are eligible voters including in Sabah and Sarawak, using the random stratified sampling method with a 0.022 margin of error.

In terms of racial breakdown, 63.5 per cent of the Malay respondents supported Najib, Chinese 35.3 per cent, Indians 52.7 per cent and others 63.1 per cent.

Najib received 60.6 per cent of the support from female voters and 56.6 per cent from male voters, according to the poll conducted from April 28 to 30 during the second week of the GE13 campaign.

Based on the survey, BN is also expected to retain Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Terengganu, Pahang, Sabah and Sarawak.

With the rather high level of support for BN in the central, north and east zones, BN also has a good chance to recapture Selangor and Kedah and to give the opposition pact a very tough fight in Penang and Kelantan.

The survey found that 72 per cent of the respondents in the south zone comprising Johor, Melaka and Negeri Sembilan supported Najib as prime minister with also 72 per cent stating they would vote for BN and 28 cent for PR.

BN is seen as havng the edge in the central zone – Federal Territories (Kuala Lumpur and Putrajaya), Selangor and Perak – with 53 per cent of the respondents stating support for Najib and the rest for Anwar.

In the north zone comprising Perlis, Kedah and Penang, support for Najib was at 55 per cent.

As for the party of choice, BN received the bigger percentage in the central and north zones at 48 per cent and 53 per cent respectively compared to that for PR and Independents.

In the peninsula's East Coast states of Kelantan, Terengganu and Pahang, it was 55 per cent support for Najib and 51 per cent for BN from the respondents, and 45 per cent for Anwar and 38 per cent for PR.

In Sabah and Sarawak, support for Najib was at 65 per cent and at 62 per cent for BN.

Overall, although PR is giving BN a stiff fight in their obsession to capture Putrajaya, BN is still expected to win comfortably in the GE13. – Bernama/ malaysian Insider

Benarkah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor 2008-2013 Punca UniSEL Lumpuh

Posted: 02 May 2013 05:20 PM PDT


Adakah Pemerintah Zalim itu Mereka Yang Merampas Harta & Isteri Orang?

Posted: 02 May 2013 05:06 PM PDT

Jangan beri sokongan kepada pemerintahan zalim

Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, 02 Mei 2013
Allah memilih umat Islam menjadi umat terbaik di sisi-Nya kerana mereka menyuruh yang makruf dan mencegah kemunkaran di samping mereka beriman kepada Allah. Hal ini dapat dirujuk melalui firman-Nya:

"Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah Ali-Imran : ayat 110)

Dengan perkataan lain kerana mereka menjadi pengikut ajaran Islam yang syumul dan merangkum berbagai aspek kehidupan. Mereka menegakkan keadilan dalam diri, keluarga, bangsa dan negara. Mereka menjadi saksi tentang kehadiran rahmat Allah kepada semua manusia melalui penampilan ajaran yang paling bertamadun iaitu ajaran Islam. Mereka golongan yang sentiasa menjauhkan diri daripada kejahatan dan kemungkaran justeru kemungkaran menjatuhkan martabat dan maruah sesuatu bangsa dan umat.

Kemungkaran yang paling lumrah adalah melakukan kezaliman, merampas hak orang ramai atau rakyat, menafikan kebenaran, menghalang dakwah Islamiah dan menurut ajaran ajaran bid'ah dan palsu dalam politik dan budaya, memenjarakan rakyat tanpa pengadilan dan sabit kesalahan, merampas kedaulatan rakyat dengan penipuan dalam pilihan raya umum, fitnah rekayasa media dan lain-lain. Semua perbuatan tersebut adalah merupakan perbuatan aniaya yang mesti dihindari oleh orang Islam. Hal ini kerana kezaliman itu seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah kegelapan pada hari kiamat kelak.

Baginda bersabda (maksudnya), "Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Hindari sifat kikir kerana sifat bakhil tersebut telah memusnahkan orang-orang sebelum kamu; sehingga tergamak mereka menumpahkan darah sesama sendiri dan menghalalkan kehormatan (menceroboh) sesama sendiri." (Hadith riwayat Muslim)

Bencana Akibat Kezaliman

Kezaliman mencelakakan negara dan masyarakat. Kejahatan kezaliman ini bukan hanya mencelakakan penzalim di akhirat malah boleh membinasakan diri, keluarga, negara dan masyarakat. Allah berfirman bermaksud:

"Perkampungan (negara) berkenaan Kami musnahkan apabila penghuninya bersikap zalim dan kami tempah masa kemusnahan (dan kehancuran) mereka." (Surah al-Kahfi : ayat 59)
Kezaliman pemerintah atau kerajaan adalah kezaliman yang dilembagakan dalam undang-undang yang memperkasa kejahatan, pihak keselamatan yang lebih membawa kesengsaran daripada keselamatan, jentera penerangan yang lebih menyesat daripada mencerahkan, menggelapkan kebenaran serta mengelirukan berbanding memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat.

Kezaliman seperti ini lebih cepat membawa kehancuran kepada sesuatu bangsa, negara dan umat.
Kezaliman seperti ini mengundang kutukan Allah. Allah berfirman yang bermaksud:

"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang mengajukan pembohongan terhadap Allah. Ketika golongan tersebut dipaparkan di hadapan Tuhan mereka (untuk diadili kelak) berkatalah para saksi bahawa mereka itu adalah golongan yang melakukan pendustaan terhadap Tuhan mereka. Memang sesungguhnya laknat dan kutukan Allah terhadap golongan penzalim." (Surah Hud " ayat 18)

Bencana kezaliman ialah ia boleh melampaui peribadi orang yang zalim yang melakukan kezaliman berkenaan. Bencana dan akibat kezaliman itu juga mengenai orang yang hadir menyaksikannya dan tidak menghalang atau menyetujui kezaliman tersebut. Semua penyokong yang bersekongkol baik dekat mahupun jauh akan diseret dan dihumbankan ke neraka. Dalam teks tradisional terdapat catitan berikut;

Apabila manusia dihimpunkan pada hari Kiamat dipinggir titian Siratul Mustaqim, Allah berfirman, "Akulah Allah, Akulah Raja (yang sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini); Demi kemulian dan kebesaran-Ku tiada seorangpun manusia penzalim yang dapat melepasi siratul mustaqim ini."

Kemudian berserulah seorang Malaikat di pihak Allah (bertanya), "Mana dia manusia penzalim berkenaan? Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut? Mana dia pembantu yang menajamkan pena  penzalim (wartawan upahan)? Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis)?

Kemudian neraka berseru kepada orang beriman, "Wahai orang beriman, segeralah kamu menyeberangi sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku." (rujuk Kitab Minhaj al Solihin oleh Syaikh 'Izzuddin Baliq)

Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al-Thauri, "Saya ini penjahit pakaian raja (pemerintah ) yang zalim, adakah saya termasuk dalam kalangan penyokongnya."

Sufyan al Thauri menjawab, "Anda bukan golongan penyokong tetapi anda adalah dari golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit)."

Sifat cenderung menyokong kezaliman dan orang yang zalim sama ada dengan hati atau dengan tindakan dan perkataan akan membawa padah. Allah berfirman yang bermaksud;

"Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)


Ketahuilah bahawa kezaliman mencelakakan manusia di akhirat. Penzalim bukan sahaja diseksa dengan azab yang sangat pedih di samping lilitan kutukan Allah tetapi juga mereka tersisih daripada penyokong, sahabat dan penolong. Allah berfirman, maksudnya;

"Mereka menyembah tuhan lain selain Allah yang tidak pernah Allah memberi apa-apa mandat kuasa mereka berbuat demikian malah mereka menyembah apa yang mereka sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Sesungguhnya golongan penzalim itu tidak akan dapat sesiapapun menjadi penolong (mereka)." (Surah al Hajj : ayat 71)


Beberapa Kategori Penzalim

1. Syirik adalah kezaliman yang besar kepada Allah.

Kezaliman mempunyai berbagai kategori. Puncak kezaliman ialah perbuatan syirik kepada Allah seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud;

"Ingatlah ketika Luqman berpesan kepada putera beliau dengan katanya; Janganlah kamu (wahai anakku) melakukan perbuatan syirik kepada Allah justeru syirik (kepada Allah) adalah suatu kezaliman yang amat besar." (Surah Luqman : ayat 13)

Syirik adalah keyakinan dan perbuatan yang menduakan atau mempelbagaikan tuhan. Ia merujuk kepada perbuatan yang mencampur-baurkan rujukan nilai baik, buruk, halal haram kepada sumber yang hak dan benar dengan sumber yang batil dan salah. Halal haram ditentukan oleh Allah, manakala syaitan dan taghut turut mencampuri urusan tersebut. Oleh itu, manusia musyrik adalah manusia yang komitmen nilainya bercelaru dan tidak menentu. Pada waktu tertentu mereka menurut perintah Allah namun pada masa lain mereka menurut perintah dan nilai taghut dan syaitan.

Allah befirman dalam Surah al Nisa' ayat 116 :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi siapa yang Dia mahu. Barang siapa yang syirik kepada Allah maka dia telah sesat terlalu jauh."

2. Menghalang umat Islam daripada memakmurkan masjid Allah.

Menghalang orang bersolat dengan merobohkan masjid dan surau, menghalang majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para alim ulama yang benar di dalamnya. Menghalang orang berzikir dan beriktikaf di dalam masjid. Menghalang perlaksanaan fungsi masjid dan surau di dalam negara sehingga melambatkan proses pentarbiahan dan pendidikan Islam di kalangan umat.

Dalam Surah al Baqarah ayat 114 Allah berfirman :

"Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya (zikir) terhadap nama Allah (solat), malah mereka berusaha pula memusnahkan (fungsinya). Golongan penzalim tersebut hanya wajar masuk ke masjid dalam keadaan gentar dan takut. Untuk mereka kehinaan di dunia; manakala di akhirat disiapkan untuk mereka seksa yang sangat besar (dan pedih)."
3. Menyembunyikan kesaksian yang benar.

Atau "Katmu al Syahadah" apabila diperlukan. Enggan mengajukan kesaksian di mana kebenaran terletak dalam kesaksian yang ada pada seseorang adalah suatu kezaliman. Keengganan menampilkan kesaksian yang benar menyelamatkan orang tertuduh yang tidak berdosa menyebabkan pelaku kejahatan yang sebenar terlepas manakala orang yang tidak berdosa dihukum bunuh atau dianiaya.

Keeangganan tampil sebagai saksi kes sebenar yang menyaksikan kejahatan tersebut adalah suatu kezaliman yang nyata.

Mengundi dalam sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan agama. Hal ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian.

Tidak melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang diperintahkan oleh Allah. Malah golongan yang mati dan tidak pernah membai'ah atau mengundi dan melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda (maksudnya), "Siapa yang mati tapi tidak pernah membai'ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah."

Selanjutnya mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syarak adalah juga suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut oleh ayat ini.

Menjadi saksi palsu, menjungkir-balikkan kebenaran menjadi kebatilan; orang yang tidak berhak mendapat hak, manakala pemilik hak yang sebenar teraniaya adalah suatu kejahatan yang terangkum dalam perkara zalim. "Syahadatuzzur" adalah suatu dosa besar dalam Islam. "Dosa besar yang paling besar ialah mengajukan kesaksian palsu." (riwayat Bukhari)

4. Tidak menghukum dan memerintah menurut hukum dan undang-undang yang Allah turunkan.

Menghukum dan memerintah tidak berdasarkan firman dan perintah Allah dalam syariat-Nya adalah suatu kezaliman. Dalam negara umat Islam kini terdapat banyak pemerintah yang tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam, tetapi mereka mendakwa bahawa mereka adalah pelaksana Islam yang bertamadun, Islam progresif, Islam moden dan sebagainya. Dalam masa yang sama mereka mengkhianati amanah Allah, amanah umat dan mensia-siakan hak orang Islam yang mereka wakili. Ini adalah musibah yang mengelirukan ramai orang sehingga menyebabkan mereka menjadi penyokong fanatik kepada golongan zalim tersebut.

5. Merampas tanah hak orang lain termasuk golongan fakir miskin dengan zalim demi kepentingan golongan kaya.

Penyokong kebenaran selalu berhadapan dengan tindakan zalim pemerintah tertentu. Tanah dan hak mereka dirampas atau dilambat-lambatkan perlaksanaan kesan atau ketentuan transaksi yang telah dijalankan.

Rasulullah bersabda (maksudnya), "Siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghempitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak." (riwayat Ibn Majah)

6. Memenjara, menghukum bunuh dan menyeksa tahanan tanpa diadili dan tanpa sabit kesalahan adalah kezaliman yang nyata.

Pemerintah yang melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyatnya akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang berat dan pedih. Rasulullah bersabda (maksudnya), "Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari Kiamat kelak ialah pemerintah yang zalim." (riwayat Abu Ya'la)

Dalam Musnad Imam al Rubai' diriwayatkan hadith berikurt, "Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai' nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya."

http://www.tarbawi.my/harakahdaily

PAS & UMNO Dari Sudut Perlembagaan Parti

Posted: 02 May 2013 03:18 PM PDT

 Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mat Taib berkata, tindakan UMNO berbeza                                                   dengan perjuangan PAS yang menggunakan sepenuhnya kreadibiliti ulama dan ilmuan agama dalam memacu pentadbiran parti malah menjadikan al-Quran sebagai sumber perjuangannya.
PAS juga menyeimbangkan golongan ulama dengan golongan profesional dalam parti itu dan segala perjalanan parti dipandu Majlis Syura Ulama PAS.

 



 PRU 13 tinggal dua lagi. Saingan sengit antara  Pas dan Umno untuk sokongan umat Islam terserlah di kawasan majoriti Melayu.  Salah satu cara menilai yang mana nak pilih masa pilihanraya ini  ialah dengan menilai perlembagaan masing-masing. .

Parti boleh takrifkan sebagai sebuah perjuangan, pergerakan, wadah, platform, pertubuhan politik atau siasah, dan jamaah atau  hizbi atau harakah dalam bahasa arab. 

Parti boleh dikiaskan sebagai sebuah bahtera atau kapal yang sedang belayar di lautan yang berombak. Parti yang mantap dan kuat juga ibarat sebuah kapal  yang kukuh dan tahan lasak, mampu bertahan dipukul ombak besar. Presiden parti umpama nakhoda kapal.

Perlembagaan parti merupakan dasar, hala tuju
matlamat dan gambaran kesungguhan perjuangan parti. Perlembagaan juga merupakan undang-undang tubuh parti yang mana setiap ahli parti adalah tertakluk di bawah Perlembagaan parti dan wajib mematuhinya.

Sama seperti sebuah kapal yang mana anak kapal serta penumpang dari peringkat awal lagi telah mengetahui destinasi kapal berkenaan serta "house rules" kapal tersebut. Sebelum seseorang itu menaiki sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan, sudah tentu ia telah merancang pelayarannya  atau "itinerary", di mana kapal tersebut akan singgah ( "port of call") serta destinasi terakhir pelayarannya. Pendek kata bakal penumpang akan melakukan "homework" atau membuat sedikit kajian tentang ciri-ciri kapal yang akan dinaikinya.

Menaiki sebuah kapal untuk menyeberangi lautan tidak dilakukan dengan sembrono atau dengan tangkap muat atau "impromptu" saja. Jika anda pernah berpeluang bersiar-siar di Pelabuhan Utara,  Barat atau Terminal Star Cruise di Pelabuhan Klang, anda akan dapati pelbagai jenis, bentuk, saiz dan rupa kapal. Ada kapal barang membawa kargo dan kontena. Anda tak mahu belayar dengan kapal barang atau kapal dagang. Anda ingin menaiki "Ocean Liner" yang mewah, selesa serta selamat. Itupun belum tentu tak boleh karam.


Berikut adalah sedutan Perlembagaan UMNO dan PAS

Sedutan Ceraian Perlembagaan UMNO

FASAL 1 – Nama

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation)

FASAL 2 – Cogankata UMNO

BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

FASAL 3 – Asas & Tujuan

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita
kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan.
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya.
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu.
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.

Rujukan http://umno-online.com/?page_id=2787



 


Sedutan Ceraian Perlembagaan PAS

Fasal 3: Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 5: Tujuan PAS ialah:-

1.Memperjuangkan wujudnya di dalam Negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

2.Mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan Negara

Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa
perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Fasal 7. Hukum dan Kekuasaan

(1) Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMAK 'ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, degan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan.

(2) Dengan tertakluk kepada hukum-hukum dalam ceraian (1) itu segala gerakan dan pentadbiran PAS adalah dijalankan di bawah perintah dan kekuasaan Muktamar, akan tetapi Muktamar itu sendiri tertakluk di bawah syarat-syarat yang terkandung dalam Perlembagaan PAS dan aturan peraturan muktamar atau mesyuarat Agung PAS.

Rujukan: http://perlembagaan-pas.blogspot.com/


.






PAS Tetap Istiqamah Dengan Islam- KHAS untuk MINDA Tertutup

Posted: 02 May 2013 10:56 AM PDT






Snouck Hurgronje (1857- 1936), seorang orientalis Belanda yang membuat kajian terhadap masyarakat Islam menegaskan, bahawa perkara yang paling merbahaya kepada Barat ialah doktrin politik dalam pengajian agama Islam oleh kalangan ulama yang membawa kepada perjuangan menentang penjajah dan menegakkan semula negaranya


Saya membaca dengan teliti tulisan Tun Dr Mahathir, mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO dalam Utusan Malaysia beberapa hari lalu. Isi tulisan beliau telah mendedahkan hakikat sebenar bahawa itulah kefahamannya terhadap Islam dan sekadar itulah sahaja pembacaannya daripada sejarah perjuangan kemerdekaan.

Tanpa merasa bersalah kerana memutarkan fakta sejarah, Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa penubuhan PAS adalah kerana kebencian dan kedengkian golongan berpendidikan agama terhadap kumpulan berpendidikan barat dan kebangsaan, disebabkan harta dan pangkat, sehingga mencetuskan kebencian dengan isu kafir mengkafir dan lain-lain.

Hujah ini bukan sahaja salah dengan fakta sejarah, bahkan menggambarkan fikiran simplistik dan kekeliruan yang amat nyata! Nampaknya beliau berdepan dengan "Denial Sydrome" yang amat parah.

Seluruh kajian sejarah secara ilmiah, oleh kalangan Islam dan Barat mendedahkan agenda penjajahan secara khusus ke atas umat Islam adalah bermatlamatkan permusuhan dan dengki terhadap Islam dan penganutnya, bukan sekadar menakluk bumi dan mengaut hasilnya untuk mereka . Kajian orientalis juga mededahkah bahawa penjajah lebih faham daripada penganut Islam seperti Tun Mahathir. Mereka memahami bahawa rahsia jati diri umat Islam adalah kerana pegangan mereka dengan ajaran Islam yang sempurna sebagaimana yang ada dalam al- Quran dan Sunnah secara menyeluruh, bukan sahaja dalam perkara ibadat, bahkan cara hidup (way of life) yang melibatkan politik, ekonomi dan lain-lain. Snouck Hurgronje (1857- 1936), seorang orientalis Belanda yang membuat kajian terhadap masyarakat Islam menegaskan, bahawa perkara yang paling merbahaya kepada Barat ialah doktrin politik dalam pengajian agama Islam oleh kalangan ulama yang membawa kepada perjuangan menentang penjajah dan menegakkan semula negaranya. Kenyataan ini menunjukkan kepada kita bahawa penjajahan barat adalah juga kerana kedengkian dan permusuhan terhadap agama Islam, bukan semata-mata penjajahan penganutnya sahaja.

Maka agenda pertama penjajah adalah pendidikan, dilaksanakan dengan usaha menyebarkan agama Kristian di kalangan penganut Islam melalui sekolah-sekolah bahasa Barat pada masa itu (Inggeris, Belanda dll), yang menawarkan jawatan tinggi dan harta. Akan tetapi rakyat tempatan iaitu orang-orang melayu masih tetap kuat berpegang dengan agama Islam walau pun jahil dalam ilmu Islamnya. Akhirnya penjajah gagal mempengaruhi masyarakat penganut Islam dengan cara penyebaran agama Kristian dengan cara sedemikian.

Berikutan dengan kegagalan tersebut dilaksanakan pula agenda pendidikan kebangsaan, bagi menanam fahaman fanatik kebangsaan (asobiyyah) yang dijadikannya sama dengan agama Islam. Dalam keadaan jahil agama, rakyat menerima pendekatan penjajah yang membenarkan mereka beribadat dan melakukan upacara agama akan tetapi membiarkan mereka terus jahil Islam dalam hukumnya yang menyeluruh dan tidak berpolitik yang menjadi ancaman kepada mereka.

Pengajian Pondok dan sekolah agama ditubuhkan oleh kalangan ilmuan Islam berkelulusan daripada Makkah, Al-Azhar, India dan lain-lain adalah daripada gerakan tajdid dan islah menentang penjajahan pemikiran terhadap umat. Mereka bukan sahaja berjaya memelihara ajaran Islam yang murni, bahkan juga telah melahirkan ilmuan Islam yang memimpin masyarakat secara percuma, tanpa hasad dengki terhadap mereka yang digajikan oleh kerajaan penjajah, bahkan ramai yang menolak tawaran jawatan kerajaan penjajah.

Pendekatannya ialah ilmu Islam dipertahankan , dalam masa yang sama menerima semua ilmu dari Timur dan Barat yang berfaedah kepada umat dengan jati diri Islam, akidah, syariat dan akhlak, sehingga tidak terpengaruh dengan pemikiran negatif terhadap Islam.

Penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pula adalah mata rantai perjuangan kemerdekaan yang berlandaskan Islam, sejak kejatuhan Melaka 1511 dan penubuhan parti-parti Islam selepasnya yang diharamkan oleh penjajah Inggeris dan Belanda. Para ilmuan dan ahli akademik yang mengkaji sejarah sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) telah menemui catatan-catatan penubuhan parti-parti Islam ini, yang masih disimpan dalam Public Record Office di England.

Di antaranya ialah penubuhan cawangan Parti Syarikat Islam di Tanah Melayu sejak awal abad dua puluh (1908 dan selepasnya), tetapi diharamkan oleh pihak penjajah British. Kalangan yang sebaya dengan Tun Mahathir tetap tidak lupakan penubuhan Hizbul Muslimin yang diharamkan oleh penjajah dan menyamakannya dengan Komunis dan "bahaya dari gunung", sebaliknya pihak penjajah membenarkan Parti UMNO yang berteraskan kebangsaan melayu dengan Islam caranya, bergerak dengan bebas di seluruh negara di masa darurat.

Penubuhan PAS pada tahun 1951 pada awalnya dengan mengambil kesempatan daripada muzakarah di bawah anjuran Biro Agama UMNO, bagi membincangkan penggunaan duit loteri untuk kerja kebajikan. Keadaan ini diambil peluan oleh kalangan Islam bukan UMNO dengan menubuhkan NGO Persatuan Islam SeTanah Melayu (PAS). Akhirnya bertukar menjadi parti politik berdaftar, bertanding menentang UMNO, kerana fahamannya yang sesat, apabila memisahkan politik daripada agama Islam, atau politik Islamnya mengikut kehendak penjajah, iaitu Islam tanpa daulat.

Paling menarik penubuhan PAS dan perjalanannya sejak awal, bukan sahaja melibatkan kalangan ulama, bahkan PAS disertai juga oleh tokoh-tokoh berbagai lapangan. Yang Dipertua PAS yang kedua ialah Dr Haji Abbas Alias lulusan Universiti Singapura seperti Tun Mahathir juga, tetapi beliau menolak UMNO kerana ideologinya salah, walau pun ahli UMNO menganut Islam. Bersama PAS juga ialah Datuk Abu Samah (SUK Pahang), Prof Ahmad Ibrahim, Prof Ungku Umar, Aminuddin Baki , Taha Kalu (pegawai polis ), Datuk Wan Ahmad dan lain-lain.

Negara kita ini menerima kemerdekaan melalui permaidani merah yang dibentang, diterima oleh UMNO, dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh British. Tokoh-tokoh PAS juga berjuang kemerdekaan sebelum penubuhannya dengan menghadapi tekanan pihak British, ada yang masuk penjara dan sebagainya. PAS tetap menerima kemerdekaan negara walau pun dengan belenggu penjajahan yang masih ada, khususnya penjajahan pemikiran. PAS tetap menyertai pilihanraya kerana kewajipan politik daripada ajaran Islam, tidak ada kena mengena dengan ulama UMNO yang menuntut sepuluh kerusi dan habuan yang lain. PAS mengemukakan dasar, konsep dan sistem pentadbiran yang berbeza dengan UMNO, walaupun menghadapi tekanan, penipuan dan khianat menjatuhkan kerajaannya di Terengganu dan Kelantan oleh UMNO yang sebangsa dan seagama, dengan cara yang tidak beretika, tidak demokratik dan mencanggahi perlembagaan.

Isu kafir mengkafir bukan ciptaan PAS, tetapi adalah reaksi daripada gejala kelemahan akidah dan kejahilan Islam warisan penjajah yang diteruskan oleh UMNO. Sebaik sahaja ada pihak memperkenalkan syariat Islam yang dilupakan kerana belenggu penjajahan, ramai kalangan orang-orang Melayu yang masih Islam dalam UMNO menghina hukum – hukum Islam dan mengejeknya, melawan nas-nas yang nyata daripada al-Quran dan Hadis Mutawatir, kerana jahil murakkab. Kitab- kitab pengajian aqidah yang menjelaskan perkara-perkara yang membatalkan Iman sudah dilupakan atau jahil. Maka berlakulah pertembungan sengit di antara mereka yang tahu serba sedikit dengan pihak yang menghina Islam secara jahil. Penyakit ini berlaku di seluruh dunia Islam yang baru mencapai kemerdekaan. Bukannya bermula tahun 1981. Beberapa orang ulama PAS menjadi mengsa tahanan ISA di awal tahun enam puluhan lagi kerana fitnah ini. Malangnya pihak UMNO yang memerintah dan yang sepertinya di negeri yang lain, menjadikannya sebagai isu politik untuk memecah dan memerintah seperti cara penjajah.

Para ulama politik Islam di seluruh dunia, termasuk PAS mengambil pendekatan ilmu, dengan menjelaskan semula batas-batas iman dan kufur. Al-Marhum Pak Hamka (1908 – 1981) menulis dalam tafsir Al-Azhar (Juzuk 8 ms 181), al marhum Hassan al-Hudaybi (1891 – 1973) menulis buku dalam bahasa arab dan banyak lagi. Di masa PAS berada dalam kerajaan campuran dan BN, diusahakan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Jabatan Perdana Menteri menerbitkan kitab Mustika Hadis Jilid Pertama. PAS juga mengajak pihak UMNO dan kerajaan bermuzakarah secara ilmu, walaupun tidak disambut dengan baik, kerana kalangan ilmuan agama dalam UMNO yang penakut (ucapan Tun Mahathir). Keadaannya sudah berubah, sehingga tidak kedengaran lagi ucapan yang menghina hukum Islam atau menafikan adanya politik, ekonomi dan lain-lain dalam ajaran Islam.

PAS menerima hakikat masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum dengan petunjuk hukum Islam. Adapun UMNO bergabung dengan MCA dan MIC mengambil pendekatan hukum akal bagi mengekalkan kuasa politik UMNO sepanjang hayat , bertali arus, walaupun mengalami kelemahan yang memalukan umat Islam dan menjatuhkan maruah agama Islam. Kerjasama UMNO dengan MCA, MIC dan lain-lain adalah tanpa memelihara hukum Islam dan maruah umat. Tanpa batas halal dan haram dengan petunjuk agama, tetapi agama ditunjuk mengikut kemahuan manusia supaya diamalkan mana-mana hukum yang difikirkan mendatangkan hasil kewangan. Maka amalan yang haram mengikut tegahan Islam tidak dipedulikan, sehingga arak , judi, riba, rasuah dan lain-lain melibatkan penganut Islam dalam kerajaan dan rakyat. Kelemahan politik umat Islam di Singapura, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain di pantai barat adalah strategi salah UMNO. Demi mempertahankan UMNO maka melayu Islam yang menyokong PAS di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perak dan lain-lain menjadi mangsa kezaliman UMNO, termasuk pegawai kerajaan dan kalangan ilmuan yang didapati menyokong PAS akan disekat dan disikat dengan sikat besi.

Ada pun kerjasama PAS dengan DAP dan kalangan bukan Islam dalam Pakatan Rakayat adalah berlandaskan Perlembagaan PAS yang meletakkan hukum tertinggi ialah al-Quran dan Sunnah, Ijma' para Ulama dan Qiyas yang nyata. Pesanan Rasulullah S.A.W. :

والمسلِمونَ علَى شرُوطهم إَّل شَرْ طًا حرم حَلَّل أَوْ أَحل حراما
‫)سنن الترمذي - (ج 5 / ص 119 قَال أَبُو عيسى هَذا حديث حسن صحيح

(Dan orang Islam itu diwajibkan di atas syarat - syarat yang mereka tetapkan, melainkan syarat yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram)

PAS mewujudkan Majlis Syura Ulama bagi merujukkan segala keputusannya dengan petunjuk Islam yang tetap terpelihara, bukan semata-mata berpandukan akal manusia yang sentiasa mengalami kelemahan.

Presiden PAS,
5 Mac 2013 / 22 Rabiul Akhir 1434 Harakahdaily

Awas ALIEN ke Selangor Sudah Bermula

Posted: 02 May 2013 04:45 AM PDT

hiasan saja
Kemasukan warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang naik mendadak sejak 25hb April 2013.

Sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.

Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.Penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.

 

JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya  mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.

Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.

Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.

Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.

"Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.

"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.

"Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini.-harakahdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang