:: cina islam | 2011 :: |
- Bukti Mengapa Ku Nan & UMNO Wajib Ditolak!
- Nik Aziz: Balik pangkah PAS, hati-hati pandu
- Norman Fernandez tarik balik kenyataan
- Jangan beri sokongan kepada pemerintahan zalim
- Risalah Bangkit bekalan perantau pulang ke kampung
- Lumpuh kerana masalah air
- Balik mengundi, gagalkan pengundi hantu BN
- Jadikan 5 Mei hari tutup fitnah 13 Mei – Kit Siang
- Husam yakin Pas boleh menang 54 kerusi
- Beri RM200 juta: Tun khianat Umno K'tan dalam senyap?
- Kota legenda purba ditemui
- PAS mampu tawan semula Parlimen Parit
- JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi
- Kempen BN jejas perniagaan di Pasar Jerai?
- Sokong PAS: Ini bukan ilusi tetapi realiti
- Rakyat Gua Musang diminta tolak penderhaka
- Kampung, masjid dibakar
- Balik mengundi, jangan biar warga asing tentukan kerajaan
- Tujuh sebab mesti undi PR
- Kempen hari ke-11 Kuala Kangsar
- Helah beli ais krim, taktik mencuri
- BEKERJA MENOLONG AGAMA ALLAH
- Peguam PKR sahkan penahanan blogger Milo Suam
- Wakil rakyat bukan semestinya pemimpin
- Budaya Merosakkan Papan Iklan dan Bendera Parti Harus Dihentikan Segera
Bukti Mengapa Ku Nan & UMNO Wajib Ditolak! Posted: 02 May 2013 03:42 AM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Alahai lagi parah....bagaimana dikatakan mahu menjaga aqidah umat Islam kalau tidak mahu menggunakan walau sepotong pun ayat Al-Quran sebagai panduan? Bukankah al-Quran dan As-Sunnah itu adalah panduan kepada umat Islam termasuk kepada parti Islam dan orang-orang Islam? Kalau begitulah rupa dan gayanya Umno dalam kerja buat politiknya maka tidak peliklah selama ini Umno sentiasa membuat kerja yang mengarut, melampau, sesat barat yang banyak menyalahi hukum-hakam Islam dalam mentadbir negara! Nampaknya Setiausaha Agung Umno ini masih berbelit dan dibelit oleh pegangan "Politik Suku Agama Suku" partinya lagi! Kesian! Ulasan GB Maaf cakap ler, rata-rata pemimpin UMNO ini buta AL-Quran. Itu sebab mengapa apabila bercakap bab agama, terserlah kejahilan masing-masing. Kemudian bagaimana mahu memimpin umat? | ||
Nik Aziz: Balik pangkah PAS, hati-hati pandu Posted: 02 May 2013 03:28 AM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Berlatar belakang gemerlap lampu dan menara ikonik KLCC, kira-kira 5,000 orang membanjiri padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur malam tadi untuk bermunajat supaya Pakatan Rakyat diberikan kemenangan dalam pilihan raya umum Ahad ini. Iman solat hajat itu memimpin dan berdoa meminta campur tangan Ilahi bagi memenangkan jentera BN dan agensi kerajaan serta serangan media untuk mempengaruhi orang ramai. Jumlah hadirin bertambah besar dengan kehadiran Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disambut laungan takbir sejurus selepas memijak rumput tempat mereka bersolat. Veteran PAS 82 tahun itu datang ke Kuala Lumpur bagi berkempen untuk Calon PAS Titiwangsa Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi yang akan mempertahankan kerusi yang dimenangi arwah pemimpin muslimatnya sebelum ini Dr Lo' Lo' Ghazali. Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa exco kerajaan Kelantan. Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melawat Kelantan, dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sibuk menggempur kubu PAS, Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya memaklumkan kepada anak Kelantan di perantauan supaya pulang mempertahankan kerajaan Islam. "Pulanglah dan mengundi untuk memenangkan kerajaan PAS sekarang, dan pada masa yang sama, hati-hati memandu," katanya. Harakahdaily/- | ||
Norman Fernandez tarik balik kenyataan Posted: 02 May 2013 03:13 AM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi DAP Johor Norman Fernandez hari ini mengumumkan menarik balik kenyataannya sebelum ini yang menggesa pengundi tidak mengundi PAS. Beliau menjelaskan, kenyataan tersebut yang dibuatnya sebelum ini atas kapasiti peribadi kerana salah fahamnya mengenai hudud. Beliau berkata demikian pada satu sidang media bersama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman dan Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat di Taman Maju Jaya Johor Bharu tengah hari tadi. Pada sidang media sama, beliau sebaliknya kini menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap PAS selaku parti dalam Pakatan Rakyat yang bertanding pada PRU13 ini. Katanya, pendirian bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng mengenai hudud adalah jelas. Tambahnya, meskipun ia dasar perjuangan PAS, namun dalam konteks perkongsian kuasa, sebarang dasar-dasar Kerajaan mesti diputuskan bersama. Katanya, Apabila PAS bersama dalam tahaluf siasi dengan DAP dan PKR membentuk Pakatan Rakyat, persefahaman dan permuafakatan antara satu sama lain adalah tersangat penting. Deklarasi bersama dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang ditandatangani ketiga-tiga pemimpin utama parti dengan jelas mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, hak istimewa orang melayu terpelihara, kedudukan Raja-raja melayu yang tetap dimartabatkan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. "Sekaligus ia suatu jaminan bahawa kebersamaan PAS dalam Pakatan Rakyat tetap menjamin kepentingan Melayu dan Islam,"katanya. Dalam konteks negeri Johor, katanya, hubungan PAS bersama DAP sangat baik khsusnya kebersamaan dalam isu-isu rakyat, memerangi rasuah dan penyelewengan. Dengan erti kata lain, jelasnya, jika mandat rakyat diperolehi dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di Johor, setiap dasar kerajaan dibincang dan diputus bersama melalui mesyuarat exco kerajaan negeri; proses perkenan Baginda Sultan Johor, agar keutuhan Kerajaan berlangsung secara kolektif. "Negara ini bukan milik satu kaum sahaja. Ia hak 28 juta rakyat Malaysia. Setiap rakyat dijamin kebebasan beragama dan tiada diskriminasi kaum buat mereka. "Tuduhan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan Islam, Melayu akan hilang kuasa dan PAS hanya alat DAP adalah palsu dan tidak berasas sama sekali," katanya. Harakahdaily/- | ||
Jangan beri sokongan kepada pemerintahan zalim Posted: 02 May 2013 01:34 AM PDT Allah memilih umat Islam menjadi umat terbaik di sisi-Nya kerana mereka menyuruh yang makruf dan mencegah kemunkaran di samping mereka beriman kepada Allah. Hal ini dapat dirujuk melalui firman-Nya: "Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah Ali-Imran : ayat 110) Dengan perkataan lain kerana mereka menjadi pengikut ajaran Islam yang syumul dan merangkum berbagai aspek kehidupan. Mereka menegakkan keadilan dalam diri, keluarga, bangsa dan negara. Mereka menjadi saksi tentang kehadiran rahmat Allah kepada semua manusia melalui penampilan ajaran yang paling bertamadun iaitu ajaran Islam. Mereka golongan yang sentiasa menjauhkan diri daripada kejahatan dan kemungkaran justeru kemungkaran menjatuhkan martabat dan maruah sesuatu bangsa dan umat. Kemungkaran yang paling lumrah adalah melakukan kezaliman, merampas hak orang ramai atau rakyat, menafikan kebenaran, menghalang dakwah Islamiah dan menurut ajaran ajaran bid'ah dan palsu dalam politik dan budaya, memenjarakan rakyat tanpa pengadilan dan sabit kesalahan, merampas kedaulatan rakyat dengan penipuan dalam pilihan raya umum, fitnah rekayasa media dan lain-lain. Semua perbuatan tersebut adalah merupakan perbuatan aniaya yang mesti dihindari oleh orang Islam. Hal ini kerana kezaliman itu seperti mana yang dinyatakan oleh Rasulullah ialah kegelapan pada hari kiamat kelak. Baginda bersabda (maksudnya), "Hindarilah kezaliman kerana kezaliman itu adalah kegelapan pada hari kiamat kelak. Hindari sifat kikir kerana sifat bakhil tersebut telah memusnahkan orang-orang sebelum kamu; sehingga tergamak mereka menumpahkan darah sesama sendiri dan menghalalkan kehormatan (menceroboh) sesama sendiri." (Hadith riwayat Muslim) Bencana Akibat Kezaliman Kezaliman mencelakakan negara dan masyarakat. Kejahatan kezaliman ini bukan hanya mencelakakan penzalim di akhirat malah boleh membinasakan diri, keluarga, negara dan masyarakat. Allah berfirman bermaksud: "Perkampungan (negara) berkenaan Kami musnahkan apabila penghuninya bersikap zalim dan kami tempah masa kemusnahan (dan kehancuran) mereka." (Surah al-Kahfi : ayat 59) Kezaliman pemerintah atau kerajaan adalah kezaliman yang dilembagakan dalam undang-undang yang memperkasa kejahatan, pihak keselamatan yang lebih membawa kesengsaran daripada keselamatan, jentera penerangan yang lebih menyesat daripada mencerahkan, menggelapkan kebenaran serta mengelirukan berbanding memberi penerangan dan kefahaman kepada rakyat. Kezaliman seperti ini lebih cepat membawa kehancuran kepada sesuatu bangsa, negara dan umat. Kezaliman seperti ini mengundang kutukan Allah. Allah berfirman yang bermaksud: "Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang mengajukan pembohongan terhadap Allah. Ketika golongan tersebut dipaparkan di hadapan Tuhan mereka (untuk diadili kelak) berkatalah para saksi bahawa mereka itu adalah golongan yang melakukan pendustaan terhadap Tuhan mereka. Memang sesungguhnya laknat dan kutukan Allah terhadap golongan penzalim." (Surah Hud " ayat 18) Bencana kezaliman ialah ia boleh melampaui peribadi orang yang zalim yang melakukan kezaliman berkenaan. Bencana dan akibat kezaliman itu juga mengenai orang yang hadir menyaksikannya dan tidak menghalang atau menyetujui kezaliman tersebut. Semua penyokong yang bersekongkol baik dekat mahupun jauh akan diseret dan dihumbankan ke neraka. Dalam teks tradisional terdapat catitan berikut; Apabila manusia dihimpunkan pada hari Kiamat dipinggir titian Siratul Mustaqim, Allah berfirman, "Akulah Allah, Akulah Raja (yang sebenar) Akulah Dayyan ( pemilik hakiki agama ini); Demi kemulian dan kebesaran-Ku tiada seorangpun manusia penzalim yang dapat melepasi siratul mustaqim ini." Kemudian berserulah seorang Malaikat di pihak Allah (bertanya), "Mana dia manusia penzalim berkenaan? Mana juak-juak penyokong penzalim tersebut? Mana dia pembantu yang menajamkan pena penzalim (wartawan upahan)? Mana dia golongan yang mangajukan dakwat untuk penzalim (menulis)? Kemudian neraka berseru kepada orang beriman, "Wahai orang beriman, segeralah kamu menyeberangi sirat ini kerana cahaya mu memalapkan (nyalaan lidah) apiku." (rujuk Kitab Minhaj al Solihin oleh Syaikh 'Izzuddin Baliq) Suatu ketika seorang lelaki datang bertanya kepada Sufyan al-Thauri, "Saya ini penjahit pakaian raja (pemerintah ) yang zalim, adakah saya termasuk dalam kalangan penyokongnya." Sufyan al Thauri menjawab, "Anda bukan golongan penyokong tetapi anda adalah dari golongan penzalim itu sendiri. Golongan penyokong ialah orang yang menjual kepada anda jarum dan benang (untuk menjahit)." Sifat cenderung menyokong kezaliman dan orang yang zalim sama ada dengan hati atau dengan tindakan dan perkataan akan membawa padah. Allah berfirman yang bermaksud; "Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113) Ketahuilah bahawa kezaliman mencelakakan manusia di akhirat. Penzalim bukan sahaja diseksa dengan azab yang sangat pedih di samping lilitan kutukan Allah tetapi juga mereka tersisih daripada penyokong, sahabat dan penolong. Allah berfirman, maksudnya; "Mereka menyembah tuhan lain selain Allah yang tidak pernah Allah memberi apa-apa mandat kuasa mereka berbuat demikian malah mereka menyembah apa yang mereka sendiri tidak ada ilmu mengenainya. Sesungguhnya golongan penzalim itu tidak akan dapat sesiapapun menjadi penolong (mereka)." (Surah al Hajj : ayat 71) Beberapa Kategori Penzalim 1. Syirik adalah kezaliman yang besar kepada Allah. Kezaliman mempunyai berbagai kategori. Puncak kezaliman ialah perbuatan syirik kepada Allah seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud; "Ingatlah ketika Luqman berpesan kepada putera beliau dengan katanya; Janganlah kamu (wahai anakku) melakukan perbuatan syirik kepada Allah justeru syirik (kepada Allah) adalah suatu kezaliman yang amat besar." (Surah Luqman : ayat 13) Syirik adalah keyakinan dan perbuatan yang menduakan atau mempelbagaikan tuhan. Ia merujuk kepada perbuatan yang mencampur-baurkan rujukan nilai baik, buruk, halal haram kepada sumber yang hak dan benar dengan sumber yang batil dan salah. Halal haram ditentukan oleh Allah, manakala syaitan dan taghut turut mencampuri urusan tersebut. Oleh itu, manusia musyrik adalah manusia yang komitmen nilainya bercelaru dan tidak menentu. Pada waktu tertentu mereka menurut perintah Allah namun pada masa lain mereka menurut perintah dan nilai taghut dan syaitan. Allah befirman dalam Surah al Nisa' ayat 116 : "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya namun Dia mengampunkan dosa selain itu bagi siapa yang Dia mahu. Barang siapa yang syirik kepada Allah maka dia telah sesat terlalu jauh." 2. Menghalang umat Islam daripada memakmurkan masjid Allah. Menghalang orang bersolat dengan merobohkan masjid dan surau, menghalang majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para alim ulama yang benar di dalamnya. Menghalang orang berzikir dan beriktikaf di dalam masjid. Menghalang perlaksanaan fungsi masjid dan surau di dalam negara sehingga melambatkan proses pentarbiahan dan pendidikan Islam di kalangan umat. Dalam Surah al Baqarah ayat 114 Allah berfirman : "Siapakah yang lebih zalim daripada golongan yang menghalang masjid-masjid Allah daripada disebut di dalamnya (zikir) terhadap nama Allah (solat), malah mereka berusaha pula memusnahkan (fungsinya). Golongan penzalim tersebut hanya wajar masuk ke masjid dalam keadaan gentar dan takut. Untuk mereka kehinaan di dunia; manakala di akhirat disiapkan untuk mereka seksa yang sangat besar (dan pedih)." 3. Menyembunyikan kesaksian yang benar. Atau "Katmu al Syahadah" apabila diperlukan. Enggan mengajukan kesaksian di mana kebenaran terletak dalam kesaksian yang ada pada seseorang adalah suatu kezaliman. Keengganan menampilkan kesaksian yang benar menyelamatkan orang tertuduh yang tidak berdosa menyebabkan pelaku kejahatan yang sebenar terlepas manakala orang yang tidak berdosa dihukum bunuh atau dianiaya. Keeangganan tampil sebagai saksi kes sebenar yang menyaksikan kejahatan tersebut adalah suatu kezaliman yang nyata. Mengundi dalam sistem peralihan kuasa yang benar dan adil adalah suatu kewajipan agama. Hal ini kerana mengundi dan melantik pemimpin masyarakat dan negara adalah termasuk dalam kewajiban menunaikan kesaksian. Tidak melaksanakan kewajipan ini adalah suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang diperintahkan oleh Allah. Malah golongan yang mati dan tidak pernah membai'ah atau mengundi dan melantik pemimpin adalah mati dalam jahiliah sepertimana yang ditegaskan oleh Rasulullah dalam hadis Baginda (maksudnya), "Siapa yang mati tapi tidak pernah membai'ah pemimpin maka matinya adalah kematian dalam jahiliah." Selanjutnya mengundi dan melantik orang yang tidak wajar dilantik menurut syarak adalah juga suatu kejahatan menyembunyikan kesaksian yang benar sepertimana yang dituntut oleh ayat ini. Menjadi saksi palsu, menjungkir-balikkan kebenaran menjadi kebatilan; orang yang tidak berhak mendapat hak, manakala pemilik hak yang sebenar teraniaya adalah suatu kejahatan yang terangkum dalam perkara zalim. "Syahadatuzzur" adalah suatu dosa besar dalam Islam. "Dosa besar yang paling besar ialah mengajukan kesaksian palsu." (riwayat Bukhari) 4. Tidak menghukum dan memerintah menurut hukum dan undang-undang yang Allah turunkan. Menghukum dan memerintah tidak berdasarkan firman dan perintah Allah dalam syariat-Nya adalah suatu kezaliman. Dalam negara umat Islam kini terdapat banyak pemerintah yang tidak melaksanakan syariat dan undang-undang Islam, tetapi mereka mendakwa bahawa mereka adalah pelaksana Islam yang bertamadun, Islam progresif, Islam moden dan sebagainya. Dalam masa yang sama mereka mengkhianati amanah Allah, amanah umat dan mensia-siakan hak orang Islam yang mereka wakili. Ini adalah musibah yang mengelirukan ramai orang sehingga menyebabkan mereka menjadi penyokong fanatik kepada golongan zalim tersebut. 5. Merampas tanah hak orang lain termasuk golongan fakir miskin dengan zalim demi kepentingan golongan kaya. Penyokong kebenaran selalu berhadapan dengan tindakan zalim pemerintah tertentu. Tanah dan hak mereka dirampas atau dilambat-lambatkan perlaksanaan kesan atau ketentuan transaksi yang telah dijalankan. Rasulullah bersabda (maksudnya), "Siapa yang merampas walau sejengkal tanah (orang lain) secara aniaya nescaya Allah akan menghempitkannya dengan tujuh lapis (petala) tanah atau bumi pada hari kiamat kelak." (riwayat Ibn Majah) 6. Memenjara, menghukum bunuh dan menyeksa tahanan tanpa diadili dan tanpa sabit kesalahan adalah kezaliman yang nyata. Pemerintah yang melakukan kezaliman dan tidak berlaku adil kepada rakyatnya akan diseksa oleh Allah dengan seksaan yang berat dan pedih. Rasulullah bersabda (maksudnya), "Orang yang paling dahsyat diseksa pada hari Kiamat kelak ialah pemerintah yang zalim." (riwayat Abu Ya'la) Dalam Musnad Imam al Rubai' diriwayatkan hadith berikurt, "Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai' nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya." http://www.tarbawi.my/ | ||
Risalah Bangkit bekalan perantau pulang ke kampung Posted: 02 May 2013 01:26 AM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Sekumpulan aktivis anak muda PAS semalam meneruskan aktiviti kempen kesedaran kepada warga kota dengan mengedarkan risalah Bangkit sebagai bekalan maklumat mengundi sebelum balik kampung. Kumpulan itu yang terdiri dapiada aktivis PAS Damansara Damai, Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) mengadakan kempen mereka di sekitar Pudu Sentral semalam. Hampir 15 orang meyertai kumpulan itu dengan berbaju hitam menumukan kepada warga kota yang pulang ke kampung serta pemadu teksi dan bas. Selain risalah Bangkit, turut diedar secara percuma akhbar Harakah sebagai memberi maklumat alternatif kepada warga kota. Menurut koordinator program, Khairul Hartimi, sambutan yang diberikan oleh masyarakat sangat memberangsangkan. "Rata-rata orang ramai memberi sambutan yang baik kepada kita. Mereka meminta bahan maklumat daripada kita. "Termasuk juga pemandu teksi dan bas, kesemua mereka sangat bersemangat dan memnta bekalan bahan untuk diedarkan kepada penumpang dalam bas," katanya kepada Harakahdaily. Kempen mereka semalam yang bermula dari jam 10 pagi hingga 2 petang itu berlangsung aman dengan diawasi beberapa orang anggota polis. Harakahdaily/- | ||
Posted: 02 May 2013 01:25 AM PDT SEREMBAN – Dipercayai akibat tertekan dengan masalah bil air yang melambung tinggi menyebabkan seorang wanita jatuh sakit lalu lumpuh. Zainon Mohd Said, 70, didakwa jatuh sakit selepas bingung memikirkan bil air rumahnya di Kampung Labu Hilir, dekat sini yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) mencecah RM1,492.17. Anak mangsa, Zaimingah Yusof, 53, berkata, ibunya menerima bil berkenaan empat tahun lalu dan cuba untuk menyelesaikannya. Menurutnya, bil berkenaan dipercayai melambung kerana digunakan kontraktor yang membina rumahnya itu. "Saya bersyukur kerana permohonan membina rumah PPRT bersebelahan rumah adik saya diluluskan kerajaan. "Tapi yang saya kesalkan kerana sepanjang projek pembinaan tersebut, kontraktor dipertanggungjawabkan menggunakan bekalan air rumah adik saya sehingga bil melambung tinggi," katanya. Menurutnya, dia sudah memanjangkan masalah kepada pihak berwajb, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian. Malah, Zaimingah yang juga ibu tunggal mendakwa, masalah ditanggungnya itu menyebab ibunya jatuh sakit kerana terlalu tertekan. "Saya bukannya ada banyak duit, lagipun air itu bukan saya gunakan. Tapi kerana bil tidak dibayar akhirnya kemudahan air terpaksa dipotong. "Pada 2011 saya terpaksa merayu kepada Syarikat Bekalan Air Negeri Sembilan (Sains) untuk menyambung kembali bekalan air kerana saya dan anak saya mahu tinggal di situ," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Zaimingah berkata, sehingga kini, dia tetap dibelenggu perasaan resah kerana masalah bil air terbabit masih belum diselesaikan. Selain itu, katanya, dia juga hairan kenapa rumah PPRT yang dibina tidak dilengkapi meter air baru tetapi perlu dikongsi dengan rumah lama. "Mengenai meter air pun saya sudah beberapa kali panjangkan kepada pihak berkaitan tapi jawapan yang saya terima jika rumah lama tidak dirobohkan, rumah PPRT yang dibina perlu menggunakan meter lama. "Masalahnya rumah lama ini rumah adik saya. Tapi saya mohon bina rumah PPRT di tanah sama. Saya tidak mahu berkongsi meter kerana akan menimbulkan masalah pada jangka masa panjang," katanya. Kata Zaimingah, dia amat berharap masalah itu dapat diselesaikan kerana mahu tinggal di situ dalam keadaan selesa tanpa dibelenggu perasaan resah. "Sekarang ini saya tinggal di rumah emak kerana dia tidak sihat. Tapi saya harap masalah bil air dan isu meter baru ini dapat diselesaikan," katanya. sinar/- | ||
Balik mengundi, gagalkan pengundi hantu BN Posted: 02 May 2013 01:10 AM PDT IPOH: PAS Perak merayu pengundi di perantauan balik mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) ini bagi merealisasikan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali kerajaan di negeri itu. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin berkata, pelbagai taktik kotor dan penipuan sedang dilakukan pihak-pihak tertentu bagi mengekalkan kuasa parti politik BN lebih-lebih lagi melihat mood rakyat yang tidak sabar menolak mereka. Menurutnya, beberapa penipuan dan ketidaktelusan di kesan sepanjang proses pilihanraya termasuklah undi pos serta undi awal yang sangat meragukan. Katanya, ditambah lagi pendedahan PAS Perak berhubung ramai individu yang mempunyai kad pengenalan Sabah yang akan mengundi di Perak dalam pilihanraya ini dan ianya kemungkinan kesan daripada projek IC Sabah. Jelasnya lagi, isu terbaru berkaitan dakwat kekal yang diragui ketahanannya dan kemungkinan akan berlaku kes mengundi dua kali sudah pasti mempunyai agenda tersendiri. Pengerusi Pakatan Rakyat Perak itu berkata, paling membimbangkan PAS ialah wujudnya sejumlah 35,425 pengundi yang gagal dikesan indentitinya di negeri Perak yang disahkan oleh jentera Pakatan Rakyat. "Semua ini telah menimbulkan keraguan terhadap proses pengundian pada pilihanraya kali ini dan dengan agenda-agenda tersebut boleh menggagalkan hasrat rakyat dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kembali negeri Perak serta menawan Putrajaya," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini, hari ini. Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar dan Safarizal Saleh. Mengulas lanjut, Mantan Menteri Besar Perak itu berkata, pengundi di perantauan perlu pulang untuk menyelamatkan negeri daripada segala perancangan jahat yang sedang dilakukan. "Saya dengan serendah-rendah hati dan penuh rayu agar pengundi yang berada di luar Perak yang dalam rekod kami sejumlah 10, 000 sebagai pengundi kami (PAS) pulang mengundi. "Gunakan kesempatan ini untuk memberikan keadilan dan harapan baru kepada warga Perak, kami pohon kepada seluruh pengundi di luar Perak agar berusahalah untuk pulang ke negeri tercinta ini pada 5 Mei nanti dan zahirkan harapan anda dengan memangkah PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini," rayu beliau kepada pengundi Perak di perantauan. Tegasnya, PAS beranggapan pengundi perak di perantauan ini khususnya di Lembah Klang sebagai aset penting dalam usaha melakukan perubahan dan mengambil alih kembali kerajaan Pakatan Rakyat yang dirampas. "Kami sangat memerlukan undi anda agar kerajaan baru dapat direalisasikan dan dengan undi anda dapat membantu kami kerana kita lihat BN menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkannya. "Maka pulanglah wahai perantau, realisasikan perubahan ini demi masa depan anak cucu kita. Ini kalilah!," jelas beliau. harakahdaily/- | ||
Jadikan 5 Mei hari tutup fitnah 13 Mei – Kit Siang Posted: 02 May 2013 12:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan mengundi calon-calon Pakatan Rakyat di seluruh negara pada hari mengundi 5 Mei ini. Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, hanya dengan memilih Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, rakyat Malaysia dapat membuka lembaran baru untuk mendedahkan apa yang benar dan apa yang fitnah. Katanya, golongan yang memfitnah beliau dengan tuduhan menjadi dalang peristiwa 13 Mei 1969 masih terus berbuat demikian tanpa sebarang tindakan tegas daripada pihak yang berkuasa, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan calon saingan beliau bagi Parlimen Gelang Patah, Datuk Abdul Ghani Othman. "Golongan yang memfitnah saya telah memutarbelitkan fakta untuk mengelirukan pengundi, terutamanya orang Melayu, dengan mengapi-apikan sentimen perkauman," ujarnya dalam satu kenyataan. Menurutnya, mereka menyangka rakyat Malaysia masih hidup dalam tahun-tahun 1960-an yang mudah terpengaruh dengan emosi kaum. "Oleh itu, saya dengan rendah diri, memohon agar semua pengundi Malaysia menjatuhkan hukuman berat kepada golongan penyebar fitnah ini bersama dengan para pemimpin yang merestui perbuatan keji mereka dalam PRU ini," katanya lagi. Tambahnya, seperti yang dijelaskan semalam, dengan mandat baru oleh pengundi Malaysia, beliau akan mencadangkan kepada Parlimen dan Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat supaya menubuhkan satu Suruhanjaya Bebas Parlimen untuk menyiasat apa, mengapa dan siapa punca sebenar berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Ini, ujarnya adalah penting kerana sampai sekarang tiada siapa yang tahu mengapa, apa dan siapa yang menjadi punca peristiwa 13 Mei itu. Lagi pun, kata beliau kerajaan Umno BN selama ini tidak mempedulikan cadangan itu. Malah, tambahnya pimpinan Umno BN terus membenarkan penyokong mereka menabur fitnah menuduh beliau menjadi dalang peristiwa itu. Baginya, PRU13 ini bukan lagi sekadar persaingan di antara Pakatan Rakyat dengan Barisan Nasional tetapi perjuangan di antara seluruh rakyat Malaysia menentang BN yang semakin teruk korupsi mereka dan tidak boleh lagi dipulihkan keangkuhan kuasa mereka. "Dengan itu, saya menyeru supaya semua pengundi membuat pilihan yang bijak, terbaik dan amat penting untuk diri, keluarga dan masyarakat serta masa depan anak-anak kita pada hari Ahad 5 Mei ini untuk membuka satu lembaran baru untuk Malaysia. "Ubah! Ini kali lah!" tegasnya. harakahdaily/- | ||
Husam yakin Pas boleh menang 54 kerusi Posted: 02 May 2013 12:30 AM PDT PETALING JAYA - Pas, komponen Pakatan Rakyat (PR) yakin boleh menguasai 54 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan pusat, kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa, hari ini. Menurut beliau, ia tambahan kepada 23 kerusi Parlimen yang disandang sekarang. Kata Husam, pihaknya juga yakin akan memperoleh kemenangan tujuh kerusi tambahan, diyakini dimilik Pas ekoran sokongan ditunjukkan oleh pengundi Cina kepada calon parti berteraskan Islam itu. "Kita ada lima kerusi panas yang akan dimiliki Pas termasuk Kuala Kangsar, Tasek Gelugor, Sepang, dan Dungun. "... saya tak boleh sebut semua kerusi takut Barisan Nasional (BN) pergi buat kajian pula. "...pengundi Cina bertambah di tahap maksimum di Sungai Besar, Selangor," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Husam yang juga calon kerusi Parlimen Putrajaya berkata, kerajaan PR boleh memerintah negara sama seperti kerajaan BN yang berteraskan Islam dan Melayu. Namun beliau juga berkata, apa yang membezakannya kerajaan korup atau kerajaan yang bertakwa. "Kita akan pimpin negara berteraskan Melayu-Islam apa yang beza PR dan BN, takwa atau korup, adil atau rasis?" katanya. Pengundian PRU13 berlangsung Ahad ini. sinar/- | ||
Beri RM200 juta: Tun khianat Umno K'tan dalam senyap? Posted: 02 May 2013 12:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Jika benar dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir memberikan RM200 juta hingga RM300 juta kepada kerajaan PAS Kelantan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, bermakna Mahathir sebenarnya sudah lama mengkhianati Umno Kelantan secara senyap-senyap. "Rupa-rupanya sudah lama Mahathir khianat kepada UMNO Kelantan, dalam pada UMNO Kelantan berikhtiar merebut Kelantan sekian lama, Mahathir telah khianat dengan diam-diam hulur bantuan kepada PAS Kelantan," kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari sinis. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Utusan hari ini yang memetik kenyataan seorang aktivis Umno yang mendakwa PAS Kelantan menerima sebanyak RM200 juta hingga RM300 juta setahun daripada Mahathir ketika menjadi perdana menteri. Beliau juga mendakwa wang itu diserahkan sendiri oleh Mahathir kepada Tuan Guru Datuk Nik Aziz, dan dialah yang menjadi pemandu membawa Tok Guru untuk mengambil wang tersebut setiap enam bulan sekali. Mengulas lanjut, Fadhli berkata jika benar perkara itu berlaku, ianya sesuatu yang agak pelik kerana ianya tidak direkodkan. "Rupa-rupanya sebanyak RM200 - RM300 juta boleh hilang begitu sahaja tanpa direkodkan di dalam pentadbiran kewangan kerajaan Umno.Jika mahu membeli sebentuk cincin dengan jumlah itu pun tidak menjadi masalah, apatah lagi jika mahu membeli seekor lembu berharga RM250 juta. "Akhir sekali, cerita itu hanyalah lawak jenaka semata-mata. Ia bertujuan segar angin sebelum PRU13," katanya. harakahdaily/- | ||
Posted: 01 May 2013 11:58 PM PDT KAHERAH – Sebuah patung gergasi purba telah ditemui di laut Mediterranean yang membawa kepada penemuan kota legenda purba, Heraklion. Pada sedekad lalu, tiada siapa mengenali Heraklion yang dipercayai sebuah kota pelabuhan purba dengan kesahihan kewujudan kota tersebut dipertikai. Namun, akhbar Telegraph melaporkan, sekumpulan penyelidik menemui kota itu di dalam laut pada kedalaman 45.72 meter di Teluk Aboukir, Mesir. Antara artifak yang ditemui termasuk 64 buah kapal, patung batu setinggi 4.87 meter, 700 buah sauh dan sejumlah duit syiling emas. Pakar arkeologi laut dalam yang menemui kota purba berkenaan, Franck Goddio mendakwa, kota itu dipercayai wujud sekitar kurun kelapan sebelum masihi (SM). Menurutnya, usia Heraklion adalah lebih tua daripada kota purba terkenal, Iskandariah. "Kami mungkin perlu meneruskan kerja-kerja penyelidikan kajian untuk 200 tahun lagi sebelum rahsia kota ini dapat dibongkar sepenuhnya kata Goddio. – Reuters | ||
PAS mampu tawan semula Parlimen Parit Posted: 01 May 2013 11:48 PM PDT PARIT: Parlimen Parit bakal dimenangi oleh PAS buat kali ketiga berpandukan sokongan terhadap Pakatan Rakyat naik mendadak sejak seminggu selepas penamaan calon yang lalu. "Paling ketara genarasi muda menunjukkan sokongan yang luar biasa, mereka sanggup bekerja untuk menjamin kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di kawasan ini," kata calon PAS bagi Parlimen Parit, Ustaz Mohammad Ismi Mat Taib sewaktu ditemui di sini semalam. Parlimen Parit dimenangi oleh PAS kali pertama pada pilihanraya umum 1969 apabila Hashim Gera menewaskan calon Perikatan, Datuk Hussein Nordin. Kali kedua PAS berjaya menawan Parlimen Parit pada pilihanraya umum ke-10 apabila calon PAS, Ustaz Basir Rahmat menewaskan timbalan menteri ketika itu, Datuk Megat Junid Megat Ayub. Pada pilihanraya umum ke-10 itu, BN turut di dua Dun dalam parlimen itu iaitu Dun Belanja dan Dun Bota. Menurut Ustaz Mohammad Ismi, terdapat juga bekas-bekas ketua kampung dan bekas ketua Umno cawangan di bahagian telah mula beralih kepada PAS. Pengundi-pengundi di sini rata-rata sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan kepada calon BN kerana sudah begitu lama menerajui Umno bahagian itu yang dilihat hanya menabur janji sahaja. "Tanah hutan simpan kekal yang telah yang dahulunya ditebang untuk projek kambing, tetapi kini tanah tersebut telah dijual kepada bangsa asing, BN sewajar dipersalahkan dalam hal ini," katanya. (Gambar: Ustaz Ismi bersama penyokong dari kalangan kaum India.) Dalam masa yang sama juga, manifesto Pakatan Rakyat cukup berkesan di hati pengundi seperti menurunkan harga minyak dan kereta, menghapuskan PTPTN dan menghapuskan tol. "Wanita di sini juga cukup teruja dengan manifesto Pakatan Rakyat yang meletakkan caruman untuk suri rumah dan telah membuka mata pengundi wanita di sini yang melihat Pakatan Rakyat lebih menghargai wanita berbanding BN," ujarnya. Pada PRU13 kali ini, beliau berdepan calon BN, Datuk Mohd Zaim Abu Hasan di kawasan yang mempunyai 33,600 pengundi dengan pecahan Melayu 92.95 peratus, Cina (3.22%), India (3.79%) dan lain-lain (0.04%). harakahdaily/- | ||
JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi Posted: 01 May 2013 11:37 PM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Anwar bersama Datuk Husam, Teng Chan Khim dan Dr Rani dalam sidang media hari ini) PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas. Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang. Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei. Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini. "Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA. "Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri. "Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini. HARAKAHDAILY/- | ||
Kempen BN jejas perniagaan di Pasar Jerai? Posted: 01 May 2013 11:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Kehadiran jentera BN berkempen di Pasar Awam Jerai baru-baru ini didakwa telah menyebabkan golongan peniaga merasa tidak selesa, seterusnya mengakibatkan perniagaan mereka terjejas. Calon PAS di Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebilangan besar peniaga merungut kehadiran bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad, Calon BN, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jenteranya menyebabkan perniagaan mereka terjejas. "Ramai peniaga merungut kepada saya kedatangan jentera BN berkempen menjejaskan perniagaan mereka," katanya kepada Harakahdaily. Beliau melahirkan kebimbangan golongan peniaga yang rata-ratanya merasakan kempen BN kali ini banyak memberi masalah kepada rakyat khasnya dalam penggunaan jentera kerajaan. Selain itu, BN juga dikatakan telah menggunakan premis kerajaan khasnya sekolah, jabatan kerajaan untuk berkempen, sedangkan dalam peraturan ianya suatu yang dilarang. "Sekiranya kami menerajui Putrajaya sekalipun nanti, kami tidak akan menggunakan kuasa kami seperti mana yang BN buat masuk berkempen ke sekolah, jabatan kerajaan dan agensi tertentu untuk meraik sokongan," katanya lagi. Sementara itu, Firdaus juga memaklumkan terdapatnya usaha Umno BN menghasut pengundi di sebahagian kawasan kampung di Jerai untuk tidak terpengaruh dengan perkembangan politik semasa. "Mereka kata kepada pengundi di kampung, jangan peduli hal politik kerana itu urusan pemimpin, hingga ada penduduk yang percaya dan mula merasakan berpolitik itu hak mereka. "Mereka juga menghasut agar pengundi hanya mendengar saluran maklumat Kerajaan Pusat sahaja. Mereka sekat penyebaran maklumat alternatif yang lebih sahih," katanya lagi. Beliau yang mendapat 26,510 undi menewaskan calon BN, Datuk Badruddin Amiruldin dengan majoriti 2,299 undi pada PRU12 lalu. Pada PRU13 ini, beliau ditentang oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pengundi di Parlimen Jerai pada PRU13 ini seramai 74,583 orang dengan pecahan Melayu sebanyak 79.11 peratus, Cina (13.99%), India (6.31%) dan lain-lain (0.59%). HARAKAHDAILY/- | ||
Sokong PAS: Ini bukan ilusi tetapi realiti Posted: 01 May 2013 11:24 PM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - Penerimaan PAS dari kalangan warga kita yang berada diluar negara terutamanya anak-anak muda dan pelajar cukup hebat dan memberangsangkan sekali... KENYATAAN BUKAN REKAAN. Bukan saja warga Melayu/Islam menerima perjuangan PAS malahan disokong padu oleh yang bukan beragama Islam. | ||
Rakyat Gua Musang diminta tolak penderhaka Posted: 01 May 2013 10:49 PM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Tengku Ibrahim berucap di depan Tuanku Sultan dan rakyat Kelantan yang memenuhi Dewan Sivik Gua Musang) GUA MUSANG: Kerabat DiRaja Kelantan, Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissal atau lebih dikenali sebagai Ku Yeem meminta agar rakyat khususnya di Gua Musang menunjukkan taat setia mereka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM), Tuanku Sultan Muhammad V dan tidak menerima seorang penderhaka. Ucapan tersebut dibuat oleh Tengku Ibrahim di hadapan baginda Sultan Muhammad V pada Program Majlis Mesra Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V bersama rakyat di Dewan Sivik Gua Musang pagi ini. Dalam ucapan tersebut beliau turut memberitahu seorang calon BN merupakan perancang utama kepada kemuncak penderhakaan kepada Tuanku Sultan apabila mempertikaikan dan cuba mencabar kedudukan KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V. Jelasnya, komplot penderhakaan ini bermula sejak 24 Mei 2009 apabila KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V yang ketika itu dilantik menjadi Pemangku Raja, mereka cuba untuk memecat Tuanku Sultan dari menjadi Pemangku Raja dan melantik orang lain sebagai pemangku pada 25 Mac 2010. "Allah Maha mengetahui dan Maha menentukan, usaha mereka tidak berjaya, tapi ia tidak tamat di situ sahaja apabila KDYMM Sultan Muhammad V mahu diputuskan untuk dimasyhurkan sebagai Sultan pada 13 September 2010," katanya. (Dewan Sivik Gua Musang penuh sesak ketika ucapan dibuat oleh Tengku Ibrahim di depan Tuanku Sultan Kelantan) Orang berkenaan gagal hadir di dalam mesyuarat Majlis Perajaan tanpa memberi apa-apa sebab kepada YBM Yang Di Pertua Majlis Perajaan Negeri, ucap beliau. Ucap Tengku Ibrahim lagi, kemuncak kepada penderhakaan ini berlaku setelah KDYMM Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September 2010, di mana pihak tidak bertanggungjawab telah membuat pelbagai kenyataan media yang bersifat biadap. Mereka dengan lantang mengisytiharkan kemasyhuran Tuanku Sultan Muhammad V tidak sah, malah turut meminta Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan campur tangan dalam hal ini. Namun, Majlis Raja-Raja, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan tidak menghiraukan permintaan pihak tersebut. "Tidak tamat di situ sahaja, mereka berani mencabar kesahihan pemasyhuran KDYMM Sultan Muhammad V sebagai sultan di mahkamah, tapi usaha mereka itu sia-sia sahaja. "Keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam penghakimannya pada 26 November 2010 dan pada 10 Februari 2011 telah menjadi bukti yang jelas dan muktamad bahawa segala titah dan tindakan Baginda Sultan adalah mengikut kehendak undang-undang dan Perlembagaan Negara serta Negara," jelasnya di hadapan ribuan yang hadir di luar dan di dalam dewan. Katanya lagi, sudah terlalu lama rakyat Gua Musang dipermainkan. Jadi sebagai tanda kasih sayang kepada Tuanku Sultan Muhammad V serta keperihatinan Tuanku kepada rakyat, beliau berharap agar rakyat menolak penderhaka. Bukan setakat percakapan sahaja tetapi seluruh jiwa raga dan juga perbuatan serta tidak bersengkokol dengan penderhaka. Beliau berharap dengan penjelasan ini dapat memberi pemahaman sebenar serta jelas kepada semua rakyat berkenaan dengan kesultanan Kelantan yang berdaulat. Pendedahan tersebut disambut dengan laungan takbir dan daulat tuanku. Pada majlis tersebut, Tuanku Sultan Kelantan juga turut menyerahkan geran tanah kepada 101 pemilik yang layak. harakahdaily/- | ||
Posted: 01 May 2013 10:35 PM PDT YANGON - Seorang terkorban dan sembilan cedera dalam insiden terbaru keganasan etnik di tengah Myanmar, semalam. Kelmarin, bandar Oakkan di utara Ranggon dicemari rusuhan selepas insiden kemalangan seorang sami. Susulan kejadian itu, kira-kira 200 hingga 300 penyerang bertindak menyerbu empat kampung di bandar itu dan membakar 77 rumah termasuk tiga masjid. Seorang penduduk Soe Myint, 48, berkata, semua penduduk terpaksa melarikan diri berikutan ratusan penyerang bertindak memusnahkan harta benda milik mereka di kampung Mie Laung Sakhan. "Masjid musnah teruk. Kami kesal kerana pihak berkuasa lambat menghantar bantuan dan hanya tiba selepas keganasan itu berakhir," jelasnya dipetik dalam laporan AP. Sebelum ini, aktivis hak asasi manusia turut mengutuk tindakan sambil lewa pihak berkuasa dalam menangani insiden keganasan tersebut. Mac lalu, sekurang-kurangnya 43 terbunuh manakala ribuan lagi hilang tempat tinggal selepas keganasan etnik tercetus di beberapa bandar di tengah negara tersebut. sinar/- | ||
Balik mengundi, jangan biar warga asing tentukan kerajaan Posted: 01 May 2013 10:31 PM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - (Siapakah mereka...datang melancong ramai-ramai dekat dengan musim pilihan raya) TEMERLOH: "Jangan biarkan keputusan pilihanraya umum ke 13 dicuri. Tiada cara lain. Anda mesti balik mengundi!" – Begitulah kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebooknya hari ini. Harakahdaily hari menerima menerima dua keping gambar menunjukkan kebanjiran warga Bangladesh dan Myanmar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak semalam dan pagi ini. Apakah kebanjiran pelancong dari Bangladesh dan Myanmar ini pada masa getir tiga hari sebelum pilihanraya umum ke 13 ada muslihat lain? Di Johor, kubu kuat Umno, Pakatan Rakyat semakin mendapat sambutan luar biasa – dengan anggaran 60,000 ke 100,000 setiap ceramah perdananya. Semalam di Sutera Mall, lebih 80,000 rakyat Johor datang mendengar ceramah Pakatan Rakyat. "Tiba-tiba masa ini kita mendapati banyak pula pelancong dari Bangladesh dan Myanmar yang masuk ke negara secara luar biasa ramainya. "Rakyat kena balik mengundi. Elakkan pihak yang tidak sepatutnya menentukan masa depan negara, mencuri keputusan PRU13 milik rakyat Malaysia. Hanya rakyat Malaysia yang berhak tentukan keputusan PRU13!" kata Tuan Ibrahim yang dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. (Siapakah mereka ini yang datang dengan topi BN, kawalan penuh polis di lapangan terbang kita) harakahdaily/- | ||
Posted: 01 May 2013 10:30 PM PDT Tujuh sebab mengapa rakyat perlu mengundi Pakatan Parti Rakyat, PAS, PKR dan DAP demi untuk pastikan seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa, agama, adat resam dan keturunan mendapat hak mereka sebagai warga negara Malaysia yang selama ini kurang diberikan perhatian atau hampir dipinggirkan. Pertama, kerana sumber pendapatan kebanyakan rakyat di negara ini tidak seimbang dengan harga barangan yang naik mendadak yang sudah tentu boleh membebankan dan terpaksa mengikat perut untuk teruskan hidup. Sebahagian besar rakyat pula hidup dengan berhutang yang kadangkala hutang tidak dapat dilangsaikan hingga keakhir hayat. Sebab kedua, kekayaan negara tidak diagihkan dengan betul. Ramai yang masih di dalam kategori miskin sedangkan orang yang sudah kaya bertambah lagi kaya dengan sumber cara yang tidak betul untuk mendapatkan hasil dan boleh dipertikaikan tetapi disebabkan 'kekebalan' dan keistimewaan' saperti ada yang melindunginya maka mereka ini terselamat daripada apa juga tindakan. Ketiganya ialah pembersihan perasuah dan mereka yang melakukan penyelewengan masih lagi kekal malah mendapat tempat pula dalam pentadbiran. Sedangkan rekod mereka ini boleh dipertikaikan dan ini termasuklah mereka diberikan peluang untuk menjadi calon semula. Iklan basmikan rasuah melalui media massa hanya retorik sahaja yang mana hanya ikan bilis dan anak ikan yang diberkaskan tetapi bapa ikan dan ikan jerung yang besar-besar terlepas begitu sahaja sedangkan bukti yang nyata dan kita nampak kehidupan kemewahannya yang terlampau tidak dapat disorokkan lagi itu terserlah dihadapan mata kita. Sebab keempat - bebanan yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat adalah apabila keluar sahaja daripada halaman rumah masing-masing iaitu pondok tol sedang menunggu melambai-lambai menanti anda apabila masuk sahaja kelebuhraya. Kalau hendak dikirakan harga perbelanjaan untuk mengisi minyak dengan harga tol yang dikenakan adalah lebih kurang sama banyaknya. Kelima, mengapa dan kenapa rakyat mesti membeli minyak dengan harga yang mahal sedangkan negara kita adalah pengeluar minyak yang bukan sahaja mampu menampung untuk keperluan rakyat tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara. Mengapa harus diberikan alasan yang kurang bijak bahawa harga minyak dinegara jiran berlipat kali ganda apabila dibandingkan harganya dinegara kita sedangkan negara mereka tidak setitik pun hasil buminya adalah minyak dan kita melimpah-limpah minyak dianugerahkan itu. Keenamnya - rakyat tidak berpuas hati dengan terlalu ramainya pendatang asing terutama sekali pendatang haram seolah-olah negara ini saperti negara mereka – ekoran itu berlaku berbagai-bagai masalah sosial serta jenayah yakni di negara mereka sendiri pun mereka tidak berani melakukannya. Sebab ketujuh adalah untuk mencuba yang baru kerana mungkin yang baru boleh menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih baik lagi. Hal ini tidak dinafikan apabila melihatkan perkembangan semasa iaitu sambutan rakyat tidak kira yang tua atau pun muda dan apa juga bangsa, miskin atau pun kaya - mereka inginkan perubahan drastik itu telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan berduyun-duyun mendengarkan ceramah pemimpin parti PR yang kini mereka anggapkan sebagai alternatif untuk berubah dan diubah.Terimalah hakikat dan kenalah akur bahawa kita hanya mampu berusaha dan merancang apa juga yang kadangkala tidak mengikut sunnah saperti yang dituntut oleh Islam itu tetapi apa pun jawapannya adalah Allah jugalah akan menentukan segala-galanya. harakah/- | ||
Kempen hari ke-11 Kuala Kangsar Posted: 01 May 2013 09:20 PM PDT | ||
Helah beli ais krim, taktik mencuri Posted: 01 May 2013 09:19 PM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Taktik licik seorang lelaki yang menggunakan helah membeli ais krim manakala dalam masa sama isterinya mencuri dua paket minuman coklat gagal mengelirukan seorang pembantu kedai. Kejadian berlaku di sebuah kedai runcit di Kampung Gong Tok Nasek, di sini, kelmarin. Pembantu kedai itu, Norharizan Yusof, 37, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang, hanya dia berseorangan di kedai sedang melayan seorang pelanggan sebelum didatangi pasangan berkenaan yang berusia lingkungan 30-an. "Semasa mereka berdua masuk ke dalam kedai, saya sedang sibuk melayan pelanggan yang membeli barang dalam kuantiti agak banyak. Tetapi pada masa sama, saya cuba juga memerhati gerak geri mereka. "Mereka berdua berpura-pura memilih barang-barang yang ada di atas rak dan semasa itu, saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah terpandang di dalam kamera litar tertutup (cctv) lelaki itu masuk ke dalam stor mengambil tiga guni bawang," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Norharizan berkata, terkejut melihat tindakan itu, dia berlari keluar dari kedai memanggil lelaki berkenaan agar memulangkan semula kesemua bawang yang diambil, sambil menjerit memanggil pemilik kedai yang secara kebetulan berada di situ meminta bantuan. "Mungkin dia terkejut melihat saya menjerit menyebut pencuri, lalu dia bergegas memulangkan semula bawang yang bernilai kira-kira RM40 itu sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kedai. "Ketika itu, saya ternampak kelibat isterinya ada di sebelah tempat duduk penumpang di bahagian hadapan dan saya tidak pasti, bila isterinya masuk ke dalam kereta itu," katanya. Jelasnya lagi, sejurus pasangan itu pergi, dia bersama pemilik kedai melihat semula rakaman cctv dan ketika itulah, baru mengetahui pasangan berkenaan sempat melarikan dua bungkus minuman coklat bernilai kira-kira RM40. "Dalam rakaman itu, rupa-rupanya semasa lelaki itu berpura-pura memilih barang, si isteri mengambil kesempatan mencuri dua paket milo dan dimasukkan ke dalam beg galas dibawanya. "Selepas itu, isterinya terus keluar sebelum lelaki itu membayar harga lima batang ais krim di kaunter pembayaran dan semasa keluar dari kedai, dia masuk ke dalam stor mengambil bawang tersebut," katanya. Sementara itu, pemilik kedai, Abu Bakar Mamat, 60, berkata, walaupun terpaksa menanggung kerugian, namun tetap bersyukur kerana dia dan pekerjanya tidak diapa-apakan. Caption: 1. Suspek wanita sedang mencuri milo dan dimasukkan ke dalam beg digalasnya. 2. Suspek lelaki sedang berpura-pura memilih barang bagi mengaburi mata pembantu kedai, Norharizan Yusof, 37. 3. Suspek wanita hendak keluar dari kedai selepas mencuri dua paket milo 4. Pasangan suami isteri ini berpura-pura hendak membeli ais krim 5. Suspek wanita sedang mencuri milo di rak 6. Suspek lelaki sedang melarikan tiga guni bawang di dalam stor sinar/- | ||
Posted: 01 May 2013 09:06 PM PDT اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ Sidang Jumaat yang dirahmti Allah sekalian, Firman Allah Taala yang berbunyi : يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ إِن تَنصُرُوا۟ ٱللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ ﴿٧﴾ Wahai orang-orang Yang beriman, Kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Saya memperingatkan diri saya dan saudara-saudara sekelian bahawa temujanji kita untuk meninggalkan dunia ini buat selama-lamanya menuju kepada kehidupan yang kekal abadi adalah semakin hari semakin hampir. Entah esok, entah lusa kita akan kembali menemuiNya. Seringkali kita diperingatkan agar jangan jemu bertanya sendiri kepada diri kita, adakah kita bersungguh-sungguh bersedia menghadapi temujanji itu apabila sampai masanya. Nasib kita ketika itu tidak lagi ditentukan dengan berapa banyak harta yang kita miliki, kerana Malaikat tidak menerima apa-apa sogokan untuk melepaskan kita, tidak lagi ditentukan dengan berapa tinggi kedudukan pangkat kita kerana Malaikat tidak mampu ditakut-takutkan dengan pangkat dan kekuasaan kita, tidak lagi ditentukan dengan berapa ramai pengikut kita yang akan mengundi kita sebagai orang yang tidak bersalah. Sebaliknya kita akan dinilai berdasarkan prestasi kita menunaikan tugas-tugas kehambaan kita kepada Allah dan tugas-tugas menjadi pentadbir kepada kehidupan ini. Firman Allah SWT: وَهُوَ ٱلَّذِى جَعَلَكُمْ خَلَـٰٓئِفَ ٱلْأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍۢ دَرَجَـٰتٍۢ لِّيَبْلُوَكُمْ فِى مَآ ءَاتَىٰكُمْ ۗ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ ٱلْعِقَابِ وَإِنَّهُۥ لَغَفُورٌۭ رَّحِيمٌۢ ﴿١٦٥﴾ dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(QS Al-An'am 165) Saudara-saudaraku sekelian, Oleh sebab itu, melakukan ketaatan kepada Allah tidak ada had umur pencennya. Melakukan usaha mengembalikan hak-hak Allah dalam mentadbir urus kehidupan ini yang sebahagian hak-hak itu telah dirampas mahupun tidak dipedulikan oleh sebahagian manusia-manusia yang bongkak mesti diteruskan tanpa had umur. Allah Maha Kaya, khazanah kekayaannya tidak pernah kering untuk membayar imbuhan 'gaji' kepada pekerja-pekerja yang menolong agamanya bahkan tidak putus-putus memberikan 'bonus' kepada pekerja-pekerja yang membela agama dalam diri dan masyarakat. Lebih hebat daripada itu Allah SWT menawarkan ganjaran kerja itu tetap berterusan walaupun pekerjanya sudah tiada lagi di dunia ini. Firman Allah SWT: وَلِلَّهِ خَزَآئِنُ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَا يَفْقَهُونَ ﴿٧﴾ Bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak memahami (hakikat Yang sebenarnya).(QS al-Munafiquun: 7) Saudara-saudara sekelian, Apa pun profesion rasmi anda samada pegawai tinggi kerajaan, doktor, guru, ustaz, ahli politik, ahli sukan, pereka fesyen, pengamal media, pesara, pekerja bank, ahli perniagaan, hatta menteri dan raja pun, hakikatnya adalah majikan kita yang sebenar adalah ALLAH SWT. Bahkan orang yang tidak mempunyai pekerjaan pun dituntut bekerja untuk Allah! Setiap kita dituntut untuk bekerja membela agama Allah, menegakkan Islam dalam diri kita keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita, negara kita dan seterusnya seluruh alam. Firman Allah: وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًۭا مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحًۭا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ ﴿٣٣﴾ dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal Yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"(QS Fussilat :33) Maka KPI (Key Performance Indicator) kita ialah sejauh mana kita dapat membantu untuk mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini dan sejauh mana Islam menguasai diri kita sehingga diri kita adalah "terjemahan atau biasan" Islam itu sendiri. Saudara sekelian, Amatlah rugi sekiranya kita gagal memahami konsep bekerja bermajikankan Allah ini. Apabila kita gagal memahami kita ini bekerja untuk apa, maka banyak hak-hak Allah kita langgar walaupun kita rasa kita tindakan kita betul. Sebagai contoh: Apabila pengamal media kabur tentang konsep kerja untuk Allah maka dia akan kehilangan etika, sanggup memanipulasi berita, sanggup mempromosi berita-berita jijik bahkan menayangkan kepada umum, mempromosikan kejijikan kepada masyarakat sedangkan Allah berfirman: إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ ﴿١٩﴾ Sesungguhnya orang-orang yang suka mempromosi perkara-perkara yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).(QS al-Nur 19) Apabila kita gagal memahami konsep kerja untuk Allah, maka demi mengekal atau merebut kuasa segala jalan dirempuh walaupun rempuhan itu terkena kepada batas-batas (hudud) yang telah ditentukan oleh Allah dan adab menjaga hubungan sesama saudara seIslam. Tuduh menuduh, fitnah menfitnah, memutuskan tali silaturahim walaupun kepada saudara seagamanya sendiri. Semuanya ini adalah perkara yang diharamkan oleh Allah! Apabila ahli-ahli ilmu tidak faham memahami konsep kerja untuk Allah maka ilmunya itu tidak mendekatkan dirinya mahupun orang yang mempelajari ilmu daripadanya kepada Allah. Tidak ramai di kalangan ahli-ahli sukan mahupun budayawan yang sedar bahawa profesionnya juga menuntut mereka bekerja untuk Allah. Kesedaran mereka konsep bekerja ini akan menyelamat umat Islam dari hilang hala tujuan ketika bersukan atau berbudaya. Demi mengejar kesihatan tubuh badan, soal halal dan haram dirempuh. Demi nak mengekalkan nilai seni dalam hidup, halal haram tidak diambil kira sedangkan tubuh yang sihat penting untuk beribadat secara sempurna kepada Allah. Jiwa yang halus penting untuk mengenal kelemahan diri dan menghayati betapa perkasanya Allah. بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِيْ القُرْءَانِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُم تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم. أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الغَفُورُ الرَّحِيْم. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل : وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿١٠٥﴾ dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".(QS al Taubah : 105) أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. Sidang Jumaat Sekalian, Sesungguhnya kita semua adalah pekerja yang mempunyai majikan masing-masing. Adapun ketua bagi semua majikan di alam ini adalah Allah Taala, pemilik dan pentadbir alam jagat ini. Marilah kita dengan penuh keinsafan, mengakui kelemahan dan kekurangan diri kita, bahawa kita semua akan dihisab dan ditentu kedudukan kita sama ada di syurga atau di neraka. Semakin banyak amal kebajikan kita yang mengikut panduan dan pedoman al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW semakin dekat kita dengan Allah Taala. Begitu juga semakin menyimpang amalan kita dengan petunjuk Allah dan Rasul-Nya semakin jauh kita daripada rahmat Allah yang menyebabkan kita mendapat kemurkaan dan seksaan Allah yang tidak terperi sakitnya. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ،وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ. اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ،إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | ||
Peguam PKR sahkan penahanan blogger Milo Suam Posted: 01 May 2013 09:05 PM PDT 21 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM – Peguam PKR, R Sivarasa mengesahkan makluman mengenai penahanan blogger Milo Suam malam tadi dan ketika ini pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat daripada pihak polis sebelum dapat mengambil tindakan selanjutnya. "Barisan peguam sedang cuba mendapatkan respons dari pihak polis pagi ini sebelum bincang langkah seterusnya yang perlu diambil. "Saya akan maklumkan perkembangan mengenai perkara ini sejam lagi," jawab beliau ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi. Sementara itu, satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR lewat malam tadi memaklumkan penahanan Milo Suam atau nama sebenarnya Yusuf Al Siddique Suratman, 29, oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Menurut kenyataan media itu juga, pihak polis juga berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya. Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya. Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sinar/- | ||
Wakil rakyat bukan semestinya pemimpin Posted: 01 May 2013 09:02 PM PDT Dalam Islam memilih atau melantik pemimpin adalah penting, malah menurut Rasulullah SAW apabila tiga orang keluar musafir hendaklah dilantik seorang dalam kalangan mereka sebagai ketua. Jadi, berdasarkan hadis itu tentu lebih wajar dalam masyarakat kampung, daerah, negeri dan negara dilantik seorang pemimpin dalam kalangan mereka. Walau bagaimanapun orang yang berhak melantik pemimpin di negara ini bukan berada dalam tangan rakyat tetapi hak Yang Dipertuan Agung dan Sultan negeri-negeri berdasarkan ketokohan mana-mana wakil rakyat yang mewakili parti terbesar. Biasanya pemimpin itu dicadangkan oleh parti yang memang dalam pilihan raya berdasarkan kelayakan tertentu dan pada masa yang sama dia boleh diterima oleh semua pihak. Manakala wakil rakyat pula mereka dipilih oleh rakyat pada pilihan raya umum yang dilakukan lima tahun sekali. Dalam pilihan raya tersebut, rakyat diberi kuasa mutlak untuk memilih wakil mereka berdasarkan kemampuan mereka menjalankan tugas, amanah, dan bijaksana. Biasanya pemilihan rakyat mengikut parti yang membawa dasar yang baik. Berdasarkan itu semua pemimpin adalah wakil rakyat tetapi tidak semua wakil rakyat itu pemimpin. Inilah yang sesetengah rakyat kita terkeliru. Mereka mengganggap wakil rakyat itu adalah pemimpin mereka lalu dalam banyak mereka merujuk kepada wakil rakyat itu. Salah faham inilah yang menjadikan mereka sering menyalahkan wakil rakyat dalam soal kepimpinan. Pilih pemimpin Sebenarnya siapapun kita, adalah wajib memilih pemimpin yang statusnya Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan orang-orang kafir itu menjadi pemimpin kamu, padahal mereka bukan dari kalangan orang mukmin (yang benar), apakah kamu mencari satu alasan yang nyata bagi tujuan Allah untuk menyiksamu?" ( Surah An-Nisa', Ayat 144) Walau bagaimanapun dalam konteks Malaysia, rakyat tidak bertanggungjawab untuk melantik pemimpin negara atau negeri. Jadi, rakyat tidak boleh dipersalahkan kalau pemimpin itu tidak menepati kehendak Islam. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan pemimpin negara akan dipilih oleh Sultan atau Yang diPertuan Agung dalam kalangan orang bukan Islam. Namun jika pemimpin itu dilantik dalam kalangan orang bukan Islam, rakyat tidak akan dipertanggungjawabkan lagi. Cuma sebagai rakyat kita sangat mengharapkan pilihan atau perlantikan pemimpin ini menepati syarat yang ditetapkan oleh Islam iaitu qawi, amin, hafiz dan alim. Percayalah jika pemimpin sesebuah negara atau negeri itu dipilih atas dasar di atas sudah pasti kerajaan yang dipimpin oleh mereka itu akan maju, aman dan disegani oleh musuh. Wakil rakyat bukan pemimpin Menyentuh soal syarat atau ciri-ciri pemimpin, sebenarnya rakyatlah yang sewajarnya meneliti dan memastikan mereka sebelum pilihan raya. Dan melului pemilihan wakil rakyat dalam pilihan raya umum itu nanti, akan dilantik sebahagiannya untuk menjadi pemimpin negara. Oleh sebab itu mengundi tidak boleh dibuat sambil lewa sahaja. Maka rakyat perlu serius dalam menentukan wakil rakyat itu memenuhi ciri-ciri yang melayakkan mereka menjadi pemimpin. Pastikan wakil rakyat pilihan kita itu qawi iaitu kuat fizikal dan mentalnya. Maknanya mereka itu mestilah sihat dan mampu menjalankan tugas yang diamanahkan. Pastikan juga mereka itu amin ialah amanah dan bertanggungjawab terhadap bebanan yang diberikan kepadanya. Selain itu mereka juga hendaklah terdiri daripada orang yang hafiz iaitu berkemampuan dan berkemahiran dalam menjaga khazanah negara. Mereka amanah terhadap wang negara pada cara perbelanjaan agar tidak boros atau kedekut. Mereka juga alim iaitu berpengetahuan tinggi dalam ilmu pentadbiran dan pengurusan selain soal-soal agama. Jelas di sini mana-mana wakil rakyat yang tidak dilantik sebagai pemimpin negara, mereka kekal sebagai wakil rakyat. Mereka bukan pemimpin tetapi wakil kepada rakyat yang mereka ini akan bercakap di dewan rakyat dan DUN bagi pihak rakyat. Maknanya mereka akan membela rakyat dan memperjuangkan hak rakyat setiap kali berada dalam dewan. Oleh sebab itu wakil rakyat bukan pemimpin kepada rakyat sebaliknya qadam atau pembantu kepada rakyat. Atas status itu wakil rakyat tidak sepatutnya melupakan rakyat selepas mereka memang dalam pilihan raya. Malah mereka sepatutnya selalu berjumpa dengan rakyat atau menyediakan jadual untuk memberi ruang kepada rakyat untuk bertemu dengan mereka. Wakil rakyat seharusnya memberi perhatian kepada rakyat baik meskin mahupun kaya. Mereka hendaklah berusaha memberi bantuan jika diperlukan rakyat. Namun perlu diingat, peranan wakil rakyat bukan untuk membantu kewangan rakyat, tetapi berusaha mendapatkan wang untuk mereka melalui saluran kerajaan. Jadi, berdasarkan peranan wakil rakyat ini, tidak salahlah mereka itu dipilih dalam kalangan orang bukan Islam. Hal ini kerana mereka bukan pemimpin rakyat tetapi hanya wakil rakyat sahaja. Jadi, wakil rakyat tidak tertakluk kepada larangan ayat di atas. Kalau begitu tidak timbullah isu orang Islam tidak boleh memilih orang bukan Islam sebagai wakil rakyat. Pilih berdasarkan parti Selain memilih wakil rakyat berdasarkan ciri-ciri di atas, kita harus juga melihat kepada parti yang diwakilinya. Pastikan parti yang disertainya itu mempunyai dasar yang jelas untuk keamanan, keadilan, kebajikan rakyat, kemakuran negara dan rakyat dan yang paling penting meletakkan Islam tinggi sebagai penyelesaian masalah rakyat dan negara. Berdasarkan itu jika wakil rakyat itu kurang lengkap ciri-ciri di atas maka bolehlah dilengkapkan dengan dasar dan perjuangan parti. Dengan kaedah ini, mereka yang terpilih akan menjalankan tugas sebagai wakil rakyat berdasarkan dasar parti tersebut. Semoga tarikh 5 Mei 2013 ini semua rakyat boleh turun dan keluar untuk mengundi. Walaupun kerajaan dalam hal ini tidak mewajibkan mengundi, sedarkan bahawa Islam mewajibkan mengundi bagi memilih kerajaan yang berwibawa di bawah pemimpin yang hebat dan wakil rakyat yang beramanah. Selamat mengundi. Ahmad Baei Jaafar | ||
Budaya Merosakkan Papan Iklan dan Bendera Parti Harus Dihentikan Segera Posted: 01 May 2013 08:56 PM PDT Sepanduk atau Papan iklan dan juga bendera PAS yang dipasang di kawasan Kg Lusut Jaya dalam parlimen Sibuti telah dibuang dan dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kita dapati beberapa papan iklan dan bendera PAS telah dirosakkan oleh mereka yang tidak mempunyai sikap profesional dalam menghadapi pihak lawan. Merosak papan iklan dan bendera parti yang bertanding dalam pilihanraya umum ini merupakan satu kegiatan oleh pihak yang tidak bertamadun. Kita tidak mahu kegiatan merosak bendera yang berlainan fahaman politik menjadi budaya politik di Malaysia ini. Sepatutnya semua pihak yang bertanding bebas meletak papan iklan dan bendera politik parti masing-masing di tempat yang dibenarkan tanpa sebarang gangguan. Ini musim pilihanraya umum sepatutnya perkara semacam ini tidak berlaku dalam negara yang mengamalkan demokrasi. Kita mengesa pihak SPR dan pihak keselamatan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas keatas mereka yang merosakkan papan iklan dan bendera parti yang bertanding tanpa mengira fahaman politik. Diharap pihak yang berkenaan dapat bertindak segera demi keselamatan semua pihak yang bertanding dalam PRU13 ini supaya tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Kerjasama dengan semua pihak yang berkenaan sangat dihargai. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan