N50 Dun Sri Muda |
Jadual 3 Mei Hari Ke 13 Kempen PRU13 Posted: 02 May 2013 01:22 PM PDT Program calon N50 Sri Muda pagi, ptg, mlm pd 3 Mei 13: 1) 8:00 am Sarapan pagi di Bkt Naga 2) 10:00 am Lawatan ke kedai2 di sekitar Bkt Naga 3) 1:00 pm Solat Jumaat di Masjid Hidayah Al-Muttaqin, Kg Bkt Lancung 4) 4:00 pm Solat Asar 5) 5:00 pm Pasar Malam Seri Gambut/Bkt Naga - edaran risalah 6) 6:00 pm Pasar Malam Jalan Kebun depan Econsave - edaran risalah 7) 7:00 pm Solat Maghrib 8) 7:45 pm Taklimat Akhir oleh calon N50 sebelum hari mengundi & sumbangan kpd JDM 9) 8:45 pm Solat Isyak 10) 9:00 pm Ceramah di DUN Sementa 11) 9:45 pm Ceramah di DUN Port Klang 12) 10:30 pm Ceramah di tapak pakir PJ Nasi Kandar, Tmn Sri Muda 13) 11:00 pm Ceramah penerangan PR Putra Heights 14) 11;30 pm Ceramah PAS depan surau Al-Ikhwan, Tmn Setia | ||
Jelajah Treler AMK Di Jalan Kebun Posted: 02 May 2013 09:39 AM PDT 1 Mei , Jalan Kebun-Sambutan luar biasa dengan kehadiran lebih 1500 orang dimana lokasi ini pada 2008 merupakan kubu kuat UMNO-BN.Jelajah Treler AMK melakar sejarah baru di Jalan Kebun ini ditambah lagi dengan impak pimpinan Jendral N50 Dun Sri Muda. Barisan penceramah yang handal-handal malam ini adalah Calon P111 Dr.Siti Mariah , Calon N50 Shuhaimi Shafiei, Ketua AMK Selangor Azmizam, Ustaz Uda Kassim, Saudara Jaberi Ami dan Bekas Mejar Khir. Pengisian Ceramah malam ini memberi pencerahan berkenaan Manifesto Pakatan Rakyat serta Negeri Selangor selaras dengan "Meneruskan Kecemerlangan" Negeri Selangor .Penduduk Jalan Kebun terpesona dengan input para penceramah yang menekankan soal Politik Harapan bukan Politik Samseng jumut. Seperti Biasa "ternakan Umno-Bn" memperalatkan budak sekolah membuat onar atas dasar provokasi,namun kami Pakatan Rakyat tidak jamah politik jumut yang kerap kali diguna pakai Umno-Bn. Jendral mengutuskan ribuan terima kasih kepada semua para Jentera N50 Dun Sri Muda yang tidak kenal erti penat menjayakan program ini.Usaha yang berterusan ini menunjukkan bahawa rakyat Negeri Selangor ingin mengekalkan kecemerlangan pemerintahan Pakatan Rakyat. Segelintir Jentera N50 khususnya anak muda baru pertama kali menghadapi gerak kerja Pilihan Raka Umum sedikit sebanyak memberi kesan kepada jentera menyeluruh kerana berlaku "try & error".Justeru kelemahan ini akan menjadi pengajaran untuk dibekalkan pada masa akan datang Pada 2008 Jendral mendapat lebih 5000 majoriti,maka untuk PRU-13 ini sasaran kami lebih besar jumlahnya.Sokongan sebegini rupa di Jalan Kebun adalah manifestasi kemenangan besar Pakatan Rakyat di P111 Kota Raja & N50 Dun Sri Muda.
|
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan