Jumaat, 3 Mei 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Awas ! Berhati-hati! Surat Palsu Konon SU Agung PAS Keluarkan

Posted: 03 May 2013 08:31 PM PDT

 Langkah terdesak, surat palsu pula diedar

Harakahdaily, 04 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Setelah gagal untuk melaga-lagakan PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, musuh mereka mengambil pendekatan baru pula iaitu mencipta surat palsu kononnya Majlis Syura PAS memutuskan untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Ia dibuat melalui surat yang kononnya ditandatangani sendiri oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Melalui surat itu, PAS kononnya mengarahkan semua ahlinya mengundi calon-calon PAS sahaja dan tidak mengundi calon-calon PKR dan DAP dalam pilihan raya 5 Mei ini.

"Ini langkah yang desperate, saya akan adakan sidang media pagi ini," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS.

Surat yang kononnya ditandatangan oleh Mustafa selaku Setiausaha Agung itu disebarkan mulai malam tadi melalui email, whatsapps, facebook dan lain-lain media.

Hari ini surat yang menggunakan kepala surat PAS itu dijangka akan disebarkan ke merata tempat pula.

Semalam juga akhbar palsu Harakah mula disebarkan. Ia bermula dengan semua masjid-masjid di Selangor selepas itu ia turut di kesan di Perak.

Adalah dipercayai akhbar palsu ini juga akan diedarkan ke seluruh negara.

Apa Anda Patut Buat Jika Terserempak Dengan Hantu Pada 5-5-13

Posted: 03 May 2013 07:18 PM PDT

 Sekiranya anda terlihat wajah seperti di bawah  ini pada 5 Mei 2013 di tempat pengundian,  pastikan anda :

1- Ramahkan diri untuk menyapa individu@kumpulan berkenaan, tanya tinggal atau diam di mana
 

2- Keluarkan telefon bimbit atau kamera video atau apa saja untuk rakaman.
 

3- Rakam perbualan anda dengannya.
 

4- Kedua, minta pula beliau bacakan Rukun Negara dengan jelas dan lancar
 

5- Ketiga, minta beliau tunjukkan parut suntikan BCG di bahu
 

6- Sekiranya hasil ketiga ujian ini NEGATIF, mohon segera upload video berkenaan di facebook atau Youtube.
 
7- Kongsikan kepada kami di Aduan Rakyat
PRU13










http://dinmerican.wordpress.com/2013/05/03/ge-13-whats-going-on-another-berlin-airlift-from-east-malaysia-in-the-works/

Jom Buat Analisis Manifesto BN dan Pakatan Rakyat

Posted: 03 May 2013 05:25 PM PDT

Nak undi siapa? Panduan dan analisis kritikal manifesto — Anas Alam Faizli


May 03, 2013   
Pilihanraya umum ke 13 menjelang tiba, namun masih kedengaran bicara-bicara yang menggambarkan ketidakendahan politik, seperti "semua parti sama sahaja" dan "kalau sudah ahli politik, tetap ahli politik". Bagi golongan muda yang menjadi majoriti di kalangan 3.7 juta pengundi baru kali ini, keluar mengundi seolah-olah disamakan dengan tugasan "memilih yang kurang jahat di antara dua penjahat".

Namun begitu perlu diingat pesanan Pericles bahawa walaupun anda tidak peduli politik, politik akan peduli dengan anda. Kita bertanggungjawab memilih kerajaan kerana Rosseau mengatakan kerajaan yang tidak baik akan melahirkan masyarakat yang tidak baik!

Demokrasi-demokrasi moden seperti UK dan Amerika Syarikat mempamerkan ideologi yang ketara berbeza di dalam sistem politik mereka. Ada parti-parti berhaluan kiri seperti Labour di UK dan Democrat di AS, dan ada parti-parti bersifat pro-pasaran bebas dan perniagaan, seperti Republicans di AS dan Conservatives di UK. Situasi ni menatijahkan perubahan yang jelas dan berkeseluruhan dalam dasar awam dan haluan strategik negara terbabit. Perubahan seperti kadar cukai lebih daripada 70 peratus era President Carter boleh diubah mendadak sehingga diturunkan bawah 40 peratus apabila pemerintahan diambil alih Reagan dan tidaklah sesuatu yang terlalu mengejutkan ketika itu.

Perubahan ideologi dan polisi dilakukan dengan penuh daya berlandaskan ideologi dan teori falsafah politik. Hal ini sebenarnya menghasilkan set data dan pemerhatian yang sangat penting demi membantu proses menilai dan menganalisa kembali kesan-kesan ideologi-ideologi yang berbeza terhadap keadaan status ekonomi.

Situasinya berbeza di Malaysia. Kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) kelihatan tidak terlalu jelas meletakkan diri di mana-mana kedudukan di atas paksi falsafah politik. Namun, satu perkara cukup jelas; rakyat Malaysia tanpa disedari telah berevolusi dengan suara yang sama; isu-isu yang menjadi kerisauan ialah kos kehidupan dan soal jenayah dan keselamatan, seperti yang dilaporkan dalam bancian terkini Merdeka Center.

Benar, bicara ketuanan kaum dan tuntutan hak keterbilangan kaum terus-menerus dilontarkan dalam pilihanraya kali ini, tetapi perbincangan isu-isu ketidaksamarataan harta dan pendapatan, kos kehidupan yang meningkat dengan mendadak, akses kepada pendidikan dan gaji kecil lebih diutamakan. Hal ini merubah sama sekali lanskap dan hala tuju politik negara; daripada politik-kebangsaan, kepada diskusi berasaskan perjuangan kelas dan status sosial.

Lantas, perkara-perkara yang kelihatan mesra-rakyat menjadi begitu penting dalam manifesto kedua-dua belah pihak; menjadikan penulisan manifesto itu sebagai suatu usaha populis. Maka, dalam usaha kita untuk menjadi seorang pengundi yang bermaklum, wajar jika kita meneliti dan belajar membaca mesej sebenar yang tersirat di sebalik pelbagai janji fizikal ini.

Fakta-fakta realiti Malaysia

Sebelum membedah manifesto, wajar kita "turun padang" untuk mengenalpasti realiti-realiti di Malaysia secara menyeluruh. Hanya dengan cara ini kita dapat membuat pilihan yang tepat dan sesuai.

Penduduk Malaysia kini mencecah 29.6 juta. Majoriti penduduk adalah Bumiputera (61 peratus), Cina (24 peratus) dan India (7 peratus). Pendapatan Negara Kasar (GNI) per kapita Malaysia ialah US$9,970 (RM29,910) dengan 12.7 juta tenaga pekerja, termasuklah 2.0 juta tenaga buruh asing berdaftar. Kemudian pula, terdapat 2.0 juta pendatang asing tanpa izin. Sehingga 2011, seramai 827,000 rakyat Malaysia bekerja di luar, manakala yang berjaya dibawa pulang oleh inisiatif TalentCorp di bawah Pemandu kurang daripada 2,000.

KDNK Malaysia menghampiri RM1.0 trillion, di mana 47 peratus daripada-nya perkhidmatan, 41 peratus industri dan 12 peratus pertanian. Hutang negara berjumlah RM546.0 billion, ataupun 53 peratus daripada KDNK yang majoritinya hutang tempatan. Nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh-belanja merupakan antara yang tertinggi di dunia, melepasi AS, iaitu 140 peratus. Untuk setiap RM1 gaji yang di bawa pulang terdapat RM1.40 nilai hutang.

Negara-negara berkebajikan, dan OECD, secara puratanya menggunakan 20 peratus daripada KDNK untuk perbelanjaan sosial, iaitu kesihatan dan pendidikan. Malaysia pula hanya membelanjakan 4.1 peratus untuk tujuan pendidikan, dan 4.4 peratus untuk tujuan penyediaan perkhidmatan kesihatan, meletakkan kita di tangga ke-101 dan ke-156 di dunia. Malaysia juga antara tertinggi di Asia untuk ukuran ketidaksamarataan pendapatan antara yang kaya dan yang miskin.

Unjuran pendapatan negara untuk 2013 ialah RM208.6 billion, manakala RM201.9 billion buat operasi harian kerajaan dan RM49.7 billion untuk pembangunan. Defisit fiskal ialah 4 peratus daripada KDNK.

Transparency International melaporkan kira-kira RM28.0 billion lesap setiap tahun akibat rasuah dan ketirisan di Malaysia. Asian Wall Street Journal pula meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi dunia dalam bancian persepsi rasuah.

Usai melihat fakta-fakta reality Malaysia, manifesto manakah yang lebih mampan, menambah pendapatan negara serta boleh memacu pertumbuhan sambil melindungi poket kita sebagai rakyat biasa?

Laporan prestasi 2008-2013

Secara umumnya, terdapat beberapa janji-janji BN dalam Manifesto 2008 yang telah dilaksanakan. Masalahnya ia sukar dinilai secara kuantitatif. Sebahagian besar janji-janji 2008 BN terlalu samar, umum dan sukar dibandingkan dengan mana-mana penanda aras.

Namun begitu, terdapat kes-kes jelas seperti lima koridor ekonomi yang diperkenalkan pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak lagi menerima perhatian kerana pertukaran tampuk pemerintahan kepada Datuk Seri Najib Razak. Lalu timbul persoalan; jika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih kedudukan Perdana Menteri, mungkinkah janji-janji Manifesto 2013 ini akan turut dilupakan?

Manifesto BN 2008 menjanjikan 2.0 juta peluang pekerjaan, tetapi kurang daripada 1.0 juta pekerjaan dicipta dalam tempoh 5 tahun lepas. Rasuah, penyalahgunaan, dan kejadian-kejadian maut yang meragukan terus berleluasa; sebahagiannya terdedah kepada pengetahuan umum seperti skandal PKFZ, lembu dan kondominium mewah National Feedlot Corporation (NFC), kapal selam Scorpene, kes-kes tahanan SPRM, cincin berlian dan terlalu banyak lagi untuk disenaraikan di sini. Ramai bersetuju hanya dengan mendapat sebuah kerajaan yang telus dan bersih dari rasuah sahaja sudah cukup untuk menghasilkan pulangan yang lumayan kepada rakyat biasa dan memacu pertumbuhan negara.

Kenaikan kos kehidupan yang meruncing terus menerus membebankan rakyat. Walaupun BN berjanji mengurangkan defisit fiskal negara, namun BN telah terlebih berbelanja sepanjang 15 tahun kebelakangan ini. Berbanding dengan negeri di bawah pengurusan dan pimpinan PR; laporan Ketua Audit Negara sendiri telah melaporkan negeri-negeri PR di urus dengan pengurusan kewangan terbaik. Hutang Pulau Pinang telah dilunaskan sebanyak 95 peratus dan pendapatan telah meningkat 47 peratus. Selangor pula menambah simpanan sebanyak RM1.2 billion iaitu rekod tertinggi dalam tempoh 28 tahun. Kelantan pula memperlihatkan peningkatan 58 peratus dalam jumlah dana tergabung.

Manifesto: Barisan Nasional (BN) lawan Pakatan Rakyat (PR)

Manifesto BN 2013 kelihatan seperti perkara yang sama dengan Manifesto 2008, tanpa perubahan ketara pada asas dan strukturnya, bezanya Cuma ditambah ole-ole dan bantuan kewangan yang banyak. Manifesto BN kali ini 150 janji dalam 17 kategori berbeza. Soalnya, adakah janji-janji ini dapat dikekalkan ataupun sekadar memenuhi keperluan strategi memenangi hati pengundi?

Manifesto ini juga kelihatan lesu dan tidak gagah memperjuangkan perubahan penting yang perlu dilaksanakan, seperti pemansuhan bayaran pampasan yang lumayan kepada penjana elektrik bebas (IPP) dan perombakan semula konsesi yang diberi kepada syarikat yang mempunyai hubungan politik dengan pemerintah. Tidak juga disebut keperluan mengurangkan beban tol jalan raya kepada rakyat (yang boleh mengembalikan RM5.0 billion kepada poket rakyat), mengurangkan kos belanja hidup rakyat, mahupun pembaharuan semula dasar pengambilan tenaga buruh asing.

Lebih merisaukan lagi, manifesto ini juga tidak menyentuh usaha membasmi gejala kronisme, pemberian kontrak secara telus dan terbuka, serta pengkajian semua struktur-struktur industri dan pasaran bersifat monopoli yang akhirnya membebankan para pengguna.

Dalam isu pendidikan, Manifesto BN 2013 menawarkan dasar-dasar perlindungan yang sama terhadap sekolah-sekolah vernakular, cuma ditambah sekolah agama, sekolah mubaligh dan pendidikan khas dalam kategori terbabit.

Satu perkara yang menjolok mata adalah apabila BN juga berjanji menaikkan taraf pendidikan Malaysia kepada kedudukan pertiga teratas, walhal Malaysia kini berada di kedudukan pertiga tercorot. Bagaimanakah ini dapat dilaksanakan dalam masa singkat 5 tahun?

Pelan Dasar Pendidikan 2013-2025 pula melaporkan 15 peratus daripada sekolah-sekolah di Malaysia masih tidak mendapat bekalan air yang bersih. Selain itu, 20 peratus sekolah-sekolah tidak dibekalkan dengan makmal sains yang lengkap dan 27 peratus masih tidak dibekalkan dengan makmal komputer yang baik. Isu-isu ini perlu segera diselesaikan. Jika dibandingkan dengan manifesto PR, PR menjanjikan pembinaan 5 buah universiti teknikal dan 25 buah sekolah vokasional dan pendidikan percuma dengan menghapuskan PTPTN.

Dalam cadangan perumahan, BN menjanjikan perumahan mampu-milik seperti Manifesto-nya pada tahun 2008, cuma kali ini 1.0 juta buah dalam masa lima tahun. Hal ini dirasakan kurang munasabah jika dibandingkan dengan target PR yang lebih realistik iaitu 125,000 rumah. Statistik menunjukkan setakat hujung 2011, hanya terdapat 4.1 juta unit rumah di Malaysia.

Manifesto BN tahun dijangka dapat mengurangkan RM1,500 daripada perbelanjaan hidup rakyat Malaysia setahun berbanding Manifesto PR yang boleh mengurangkan RM5,500 dari perbelanjaan setahun dan membesarkan poket rakyat. Bagaimanakah kaedah perlaksanaan PR mengurangkan kos hidup rakyat? Ini dapat dicapai melalui penurunan harga minyak, elektrik, air, kereta, pendidikan percuma, tol yang menindas rakyat secara monopoli oleh konsesi, serta penetapan gaji minimum pada kadar RM1,100 secara berperingkat, dan pengurangan kebergantungan kepada buruh asing.

Bagaimana pula dengan GST? Pemandu memperjuangkannya dan ia pastinya dalam perancangan. Walaupun begitu PR melihat rakyat Malaysia masih tidak mampu menelan beban GST dan meletakkannya dalam pelan jangka masa panjang.

BN menjanjikan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.3 peratus dan status Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, manakala PR menjanjikan pertumbuhan ekonomi sebanyak 7 peratus.

Perbezaan keduanya sangat halus, tetapi cukup mendalam. Perubahan tidak mungkin boleh berlaku jika kerja transformasi yang dilakukan hanyalah dengan menampal sistem sedia ada, dan bersifat berpandangan singkat. Perombakan politik sangat diperlukan untuk merungkai semua ketidakcekapan dan ketirisan dalam sistem yang sedia ada. Walau satu hingga dua juta pun rumah mampu-milik yang mampu disediakan, siapa pula yang bakal menjadi kontraktor kepada projek-projek besar ini dan bagaimana pula pemberian tanah untuk tujuan pembinaan rumah-rumah tersebut?

Apakah sistem insentif yang tersedia untuk kontraktor dan syarikat-syarikat pembangunan ini, dan yang terhasil demi memastikan rumah mampu-milik ini tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak layak menerimanya (gaji melebihi aras yang ditetapkan sebagai layak)? Adakah mereka yang menggunakan pintu belakang akan terus diberi pengecualian untuk diperuntukkan rumah secara murah?

Manifesto BN mencadangkan penurunan harga kereta sebanyak 20-30 peratus secara berperingkat. Tetapi, isunya lebih besar daripada itu. Yang penting ialah perubahan dalam kaedah-kaedah pemberian lesen dan AP yang kini menyebelahi kepentingan para kroni mereka yang berkuasa.

Jika dibandingkan dengan manifesto PR, di samping penurunan harga kereta, terdapat daya politik yang kuat memperjuangkan perubahan dasar kepada yang lebih berintegriti melalui cadangan seperti pelelongan AP. Manifesto BN langsung tidak membicarakan penurunan harga minyak. Manifesto PR pula mahu mengurangkan harga petrol di pam sehingga 40 sen seliter melalui pemansuhan subsidi gas kepada IPP. Cadangan ini walaupun begitu dipersoalkan sebagai tidak "sustainable".

Jadi nak undi siapa?

Pertama sekali, nilailah garis asal kedudukan Malaysia dari sudut sosio-ekonomi. Setelah mengenal pasti tema-tema penting seperti ketidaksamarataan, kualiti pendidikan, dan kos kehidupan, pertimbangkanlah pula apa sebenarnya yang Malaysia perlukan? Adakah kita mahukan perubahan di peringkat akar berbekalkan daya politik yang tinggi walaupun menelan belanja yang tinggi, ataupun dasar-dasar bersifat sementara dan di permukaan yang juga menelan belanja yang tinggi?

Adalah sukar untuk bersetuju 100 peratus dengan semua yang dicadangkan oleh kedua-dua manifesto BN mahupun PR; mana tidaknya, tujuannya pun adalah untuk meraih undi rakyat. Lalu, tidaklah menjadi masalah, malah adil, jika kita meneliti kedua-dua manifesto dengan pandangan secara lebih luas, menyeluruh dan holistik dan bukanlah dari satu-satu isu serta sudut sahaja.

Jika anda berpuas hati dengan kedudukan sekarang, takutkan perubahan, malah gembira dikategorikan sebagai layak untuk menerima "angpow" kebajikan seperti BR1M, anda wajar mengundi Barisan Nasional. Namun, jika anda merasakan terdapat keperluan untuk Ubah, membaik pulih kehidupan anda dan anak-anak anda, melalui perubahan dasar-dasar pada peringkat asasnya dengan melantik kerajaan yang menawarkan ketelusan dan bersih rasuah, maka PR-lah yang wajar menerima sokongan dan undian anda. Ramai sudahpun bersedia untuk kemungkinan mempunyai kerajaan yang sedemikian, di mana bukti telah pun ditunjukkan selama pemerintahan PR di 4 buah negeri.

Adalah satu perkara gila untuk mengharapkan perubahan dengan mengundi "status quo" seperti kata Albert Einstein, "Gila itu adalah melakukan perkara yang sama berulang-ulang kali, dan mengharapkan keputusan yang berbeza."

Undi anda berharga! "Tiada seorang pun yang cukup layak untuk mengatur dan menjaga seorang yang lain, jika tanpa kerelaan orang itu sendiri" — Abraham Lincoln

Sumber: Malaysian Insider

Kenali Calon N45 Selat Klang dan Sumbangan Buah Tangan pada Rakyat sejak 2008

Posted: 03 May 2013 11:21 AM PDT

Kawasan Selat Klang di bawah DUN N45 dan Parlimen Kapar P109 meliputi kampung tradisi seperti Kg Delek (Kanan, Kiri, Baru), Kg Sungai Udang, Kg Sungai Sireh dan Kg Keretapi; Kampung moden seperti Taman Sungai Sireh, Taman Wangi, Taman Bertik, Taman Emas, Taman Udang Kera dan Amazing Heights.Apt; Kampung Nelayan seperti Rumah Nelayan atas air (bagan) seperti di Bagan Hailam, Pulau Ketam dan Sg Lima; Flet seperti Flet Sri Perantau dan Setinggan di persisiran Tanjong Harapan yang majoritinya kaum Pribumi. Sila lihat peta di bawah.


Waktu Perkhidmatan serta  Contact Person

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Selat Klang terletak di Jln
Sg Bertih dekat Pasaraya Econmart


Bersama ADUN dn Exco Wanita Pakatan
Van Pusat Khidmat
Kereta Rasmi  ADUN merangkap Exco
Bersama Suami Meraikan njuran Warga Selat Klang

Penyerahan Hakmilik Tanah Oleh Datuk MB kpd penduduk Kg Keretapi
Perasmian Jambatan Kg Sg Sireh dn jalan

Bersama PA ADUN Tn Hj Kamaluddin, Ketua Kg P.Ketam dan Ahli MPK P Ketam
Bersama YDP MPK, serta Ketua Kg Kg Delek dan Ahli MPK



Pusat Wanita Berdaya Kg Delek
Jom Shopping Warga Emas
Acara Rutin Hujung Minggu: Kenduri Kahwin


Tanah Perkuburan Selat Klang
Penubuhan Skuad Anti Ponteng SMK Tk Gadong
Bersama DO Klang dan OCPD





Majlis Perkahwinan Perdana Kg Delek




Halimah Yakin DUN Selat Klang Kekal Di Bawah PRBy Hayati Umor/ Selangorku


KLANG 2 MEI : Momentum kebangkitan rakyat menyakinkan calon PAS DUN Selat Klang akan kekal menjadi kerusi Pakatan Rakyat (PR)

Penyandangnya, Dr Halimah Ali berkata momentum kebangkitan rakyat itu jelas menunjukkan perubahan berbanding 2008.

"Kita percaya orang-orang Selat Klang mempercayai penntadbiran Pakatan di Selangor adalah yang terbaik berbanding Umno-BN sebelum ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Jambatan


Skuad Briged Amal Selat Klang



Quranic Botanical garden SRA Kg Delek

Pemberian Anugerah dn Penghormatan Kpd Individu Penting spt Penjaga Kunci Air




-tempat Menarik Dalam DUN Selat Klang
Tanjung Harapan Tempat Perkelahan dn Memancing
Jeti P Ketam

Tempat Memancing

Bersama Ust Azhar Idrus dn Dr  YB Yaakub Sapari




Kampung Delek, baru-baru ini.

Dalam tempoh lima tahun memegang kerusi DUN itu, Dr Halimah berkata banyak kemudahan prasarana dan insfrastruktur di bangunkan di situ.

"Antaranya, kemudahan lalu lintas di jalan-jalan besar dan kecil serta pembangunan modal insan seperti perpustakaan dan pusat-pusat tuisyen.

"Kita juga banyak membina gelanggang futsal untuk belia dan membangunkan semula pusat berdaya wanita," katanya.

Dr Halimah turut menawarkan tiga komitmen penting khusus rakyat Selat Klang sekiranya diberi mandat pada Ahad ini.

Katanya, beliau akan membaiki sistem perparitan yang tidak sempurna di kawasan sekitar bagi mengelakkan banjir besar.


Selain itu, beliau juga menawarkan untuk mengukuhkan institusi kekeluargaan.

" Bagi wanita yang bekerjaya, saya tahu mereka tertekan dengan kerja dan rumah tangga, jadi dengan itu saya akan membina pusat riadah untuk wanita supaya mereka boleh mengurangkan 'stress'.

"Pusat itu akan disediakan secara percuma meliputi pusat rawatan kecantikan (SPA). Ia juga sebagai inisiatif mengelakkan penceraian berlaku," katanya.

Dr Halimah menambah komitmen yang ketiga adalah untuk membanteras gejala sosial bagi golongan muda.

Merdeka Centre: Populariti Najib Merudum, Pakatan menang kira-kira 89 kerusi Parlimen

Posted: 03 May 2013 05:38 AM PDT

Kajiselidik: Populariti Najib merosot, BR1M tak jalan...
    


 Mei 3 2013/Malaysiakini     

Ketika negara semakin menghampiri hari pengundian Ahad ini, kajiselidik terbaru Merdeka Centre mendapati rating Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot 3 peratus berbanding tinjauan terakhirnya sebelum ini.



Populariti Najib menurun sedikit daripada 64 peratus dalam kajiselidiknya yang dijalankan pada bulan Mac, kepada 61 peratus sekarang - beberapa hari sebelum hari pengundian Ahad ini.

Merdeka Centre berkata angka itu mencerminkan penurunan faktor "feel good" yang sebelum ini dijana ketika pengagihan besar-besaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan juga bentuk sumbangan wang tunai yang lain.

Kebimbangan terhadap ekonomi mendahului senarai isu-isu yang pengundi mahu diperbincangkan, iaitu pada 25 peratus.

Kerusi marginal tentukan pemenang

Berdasarkan hasil kajiselidik, Merdeka Center berkata pemenang pilihan raya umum kali ini akan ditentukan oleh pihak mana yang berjaya memenangi sebahagian besar daripada 46 kerusi marginal parlimen di seluruh negara - semuanya dalam margin 3 peratus undi.

Tiga puluh empat daripada kerusi marginal itu adalah di Semenanjung Malaysia manakala masing-masing enam kerusi di Sabah dan Sarawak.

Selain daripada kerusi marginal, pusat itu meramalkan bahawa BN akan menang kira-kira 81 kerusi Parlimen manakala Pakatan akan menang kira-kira 89 kerusi.

Kajiselidik itu dijalankan di kalangan 1,600 pengundi berdaftar melalui temubual telefon, dengan 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. 

Semenanjung antara 28 April hingga 2 Mei itu juga meletakkan Pakatan Rakyat mendahului BN dari segi parti pilihan untuk membentuk kerajaan.


Tiada ulasan:

Nuffnang