Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:19 PTG

N45 Dr Halimah Ali


Padah bila personaliti Melayu yang bijak mula bersuara

Posted: 14 May 2013 08:49 PM PDT

Tulisan bos AirAsia X buat PERKASA berang 2:01PM Mei 14 2013 Ketua pegawai eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani menjadi sasaran cemuhan balas dari pelbagai penjuru hari ini ekoran tulisannya di laman sosial yang didakwa memperlekehkan pertubuhan pro-Melayu PERKASA dan akhbar Utusan Malaysia. Dalam reaksi balas, akhbar milik Umno itu hari ini menyiarkan kenyataan dari pemimpin PERKASA, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga kenyataan aktivis anti-PKR yang antara lainnya menyelar sikap "bongkak" dan "lupa diri" Azran. NONEBerang dengan tulisan Azran, pemangku presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Bakar dalam laporan Utusan berkata eksekutif tersebut "angkuh" kerana lupa bahawa beliau mungkin tidak mampu berada di kedudukan tersebut tanpa "kuasa Melayu yang diperjuang Utusan Malaysia". "Tidakkah Azran terfikir lesen yang dikeluarkan kerajaan kepada Air Asia adalah kerana pada peringkat awalnya syarikat penerbangan itu dimiliki orang Melayu? "Dia menuduh kerana fikiran sempit Perkasa menyebabkan orang Melayu ketinggalan, tetapi tidakkah dia tahu dengan kuasa politik di tangan orang Melayu sahaja segala agenda dan kepentingan Melayu dapat direalisasikan sehingga kita mampu memiliki syarikat penerbangan yang sama sekali tidak terfikir boleh berlaku?," kata Abdul Rahman seperti dipetik Utusan. Menurut laporan berkenaan, Azran menulis di Twitter dan Facebook bahawa beliau meluat dengan Utusan Malaysia dan menyalahkan akhbar tersebut kerana menyiarkan laporan muka depan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?'. Turut dibariskan dalam laporan Utusan hari ini ialah ketua aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan yang menyifatkan Azran sebagai individu yang "lupa asal usul" kerana mengecam peranan akhbar tersebut. "Dalam konteks ini tidak kira setinggi mana pendidikan dan taraf kehidupan seseorang Melayu itu, tetapi dia tidak berhak sama sekali mengkritik suara Utusan Malaysia dalam mempertahankan hak orang Melayu," katanya. Sementara itu, seorang aktivis anti-PKR Abdul Ghani Haroon pula dalam laporan di halaman sama menyebut, tindakan Azran tidak mencerminkan pemikiran moden seorang tokoh korporat kerana turut menarik balik iklan AirAsia X di akhbar berkenaan. "Orang seperti ini adalah mereka yang lupa daratan dan lupa sejarah tentang perjuangan memartabatkan anak bangsa sendiri di bumi Malaysia," katanya.

Pucuk Pimpinan BN kesal Strategist "War Room" UMNO tersasar

Posted: 14 May 2013 09:50 AM PDT


Di antara ahli bilik perang ("war room") BN ialah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pengerusi PWTC Datuk Seri Alies Anor Abdul, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh.

Sumber Umno mengatakan BN melakukan penyumber luaran ("outsourcing")  strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

Kemenangan tipis BN gugat kredibiliti ahli strategi 'bilik perang'

Oleh Jahabar Sadiq/ Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 14 Mei — Persoalan timbul mengenai ahli strategi "bilik perang" Barisan Nasional (BN) yang menggunakan jumlah dana besar akan tetapi gagal untuk menghentikan gabungan pemerintah itu daripada kalah lebih banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya 5 Mei lalu.

Bilik perang BN ditugaskan untuk memilih calon dan memberikan beberapa nasihat tentang strategi untuk menang pilihan raya. Diantara ahli bilik perang BN termasuklah ahli Parlimen Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, pengerusi PWTC Datuk Seri Alies Anor Abdul, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas menteri Datuk Seri Idris Jusoh sebagai sebahagian daripada ahlinya.

"Ianya tidak berguna. Idea mereka tidak menjadi dan jangkaan senarai putih mereka salah," kata seorang ketua bahagian Umno kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya tidak disiarkan.

Bilik perang meramalkan BN akan menang diantara 145 hingga 150 kerusi Parlimen dan akan merampas kembali Selangor dalam Pilihan Raya 2013 walaupun sesetengah pemimpin kanan BN meragui angka itu.

Pada tengah hari hari mengundi, bilik perang mengeluarkan "senarai putih" 118 kerusi dijamin menang akan tetapi sesetengahnya seperti Pasir Mas, Shah Alam dan Lembah Pantai kalah, dimana sebahagian ketua bahagian Umno mengatakan terdapat jurang diantara kepimpinan dengan akar umbi.

'Budak poster' melambangkan Umno tidak sensitive

The Malaysian Insider difahamkan, Jamaluddin adalah dibelakang tindakan BN meletakkan Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon langsung mereka di Shah Alam walaupun Zulkifli pernah mengeluarkan kenyataan menghina kaum India dan agama Hindu.

Difahamkan juga Jamaluddin merasakan pencalonan Zulkifli tidak akan menimbulkan banyak masalah oleh kerana beliau telah memohon maaf kepada masyarakat India dan mendakwa kenyataan itu dibuat semasa masih bersama PAS.

Akan tetapi sumber mengatakan ahli strategi itu tidak merasakan langkah Umno meletakkan Zulkifli sebagai "budak poster" adalah satu tindakan melambangkan parti itu tidak sensitif kepada bukan Melayu.

"Yang paling menyakitkan hati adalah mereka meletakkan Shah Alam dalam senarai putih oleh kerana mereka fikir orang Melayu akan menyokong Zulkifli. Betapa silapnya mereka, kata sumber Umno memberi komen tentang strategi memakan diri bilik perang.

"Terdapat conservative dengan 'C' besar dan terdapat conservative dengan 'c' kecil. Ahli strategi hanya membuat analisis menggunakan komputer akan tetapi terlupa terdapat sebahagian besar pengundi baru selain pengundi Cina dan India di situ," tambah beliau.

Beliau menerangkan analisis menggunakan komputer dilakukan oleh bilik perang menyebabkan timbulnya kepercayaan BN akan melakukan dengan baik dan akan mendapat kembali majoriti dua pertiga yang mereka hilang dalam Pilihan Raya 2008.

"Kamu tidak boleh menganggap kerusi majoriti Melayu akan kembali pada kamu atau kamu fikir akan dapat berkongsi undi Cina dan India dan merasakan akan menang besar di peringkat kebangsaan dan Putrajaya," tambah sumber tersebut.

Ahli strategi luaran

Satu lagi sumber Umno mengatakan BN juga melakukan penyumber luaran strategi berkaitan dengan perhubungan awam dan pakar jenama seperti kepada Paul Stadlen dari APCO dan Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dari TV3 akan tetapi kelihatan sia-sia.

Stadlen telah menjadi orang utama bagi hubungan Putrajaya dengan media antarabangsa sementara Farid dipinjamkan dari keluarga TV3 Media Prima Bhd kepada Jabatan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lepas.

"Mereka membelanjakan wang di akhbar tempatan yang semakin mengecut edarannya dan stesen TV yang tidak menarik minat orang muda. Buang masa dan wang," katanya.

Dianggarkan BN telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta secara langsung dan tidak langsung untuk kempen media agresif termasuk media cetak, televisyen, papan iklan dan laman sesawang untuk Pilihan Raya 2013.

Sumber yang telah terlibat dengan kempen pilihan raya semenjak 1999 itu mengatakan bilik perang mempunyai orang berpengalaman seperti Idris, Tengku Adnan dan Jamaluddin akan tetapi mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melawan media baru atau mengadaptasi strategi untuk menarik undi daripada generasi lebih muda.

"Media arus perdana telah menyekat pembangkang akan tetapi di media sosial, apa sahaja keburukkan kami atau media arus perdana lakukan, ia dikuatkan di atas talian dan orang lebih benci kepada kita. Ini menyebabkan mereka tidak membaca atau menonton seperti kami," tambah beliau.

Jentera pilihan raya tidak bermaya

Satu lagi sumber dari BN memberitahu, jentera pilihan raya gabungan pemerintah itu tidak bergerak seperti diharapkan, mengulangi apa yang berlaku pada Pilihan Raya 2008 berbanding dengan jentera Pakatan Rakyat (PR) - dibarisi oleh pemimpin akar umbi dan anak muda.

"Ahmad Maslan dengan bangganya mengatakan akan ada 66,600 ceramah tetapi dimana? Amat sukar untuk menganjurkan walaupun satu kerana tiada penceramah bertaraf nasional atau dari parti komponen lain," kata calon BN yang menang tetapi tidak mahu dinamakan.

"Saya terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri dan mencari orang untuk berceramah dalam satu ceramah utama yang saya adakan," katanya dan menambah: "Saya lihat yang lain hanya bercakap kepada jentera pilihan raya mereka."

Walaupun kekurangan bantuan, calon BN itu mengatakan beliau melakukan lebih baik daripada Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kalah di Lembah Pantai walaupun telah menggunakan sumber dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di kerusi bandar itu.

"Raja Nong Chik adalah menteri dan menumpukan kepada usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Lembah Pantai tetapi masih gagal untuk menang. Bilik perang memikirkan beliau boleh menang jadi mereka masukkan dalam senarai putih kawasan itu akan tetapi anda boleh lihat betapa gagalnya mereka," tambah beliau.

Perubahan taktik saat akhir

Sumber BN itu bersetuju ahli strategi bilik perang telah membuat kesimpulan tanpa menyemak dengan pegawai bahagian dan laporan akar umbi.

"Terdapat terlalu banyak data mentah masuk akan tetapi tidak banyak analisis kerana semua orang simpan untuk diri sendiri kerana takut bocor," kata satu sumber.

"Mereka juga mengubah taktik tanpa memikirkan apa yang telah dilakukan sejak beberapa tahun lalu di akar umbi," tambahnya menegaskan meletakkan menteri besar empat penggal Datuk Abdul Ghani Othman sebagai calon adalah satu kesilapan.

Beliau mengatakan calon MCA Jason Teoh telah melakukan kerja-kerja akar umbi sepanjang dua tahun lalu di Gelang Patah "akan tetapi bilik perang panik seperti MCA hanya kerana Lim Kit Siang bertanding di sana".

"Jadi, mereka fikirkan Ghani boleh melakukannya akan tetapi kalah besar oleh kerana beliau tidak tahu kawasan tersebut dengan baik walaupun pejabatnya di sana. Mungkin Teoh akan melakukannya lebih baik kerana apa yang beliau perlu lakukan adalah untuk memenangi pengundi Cina," kata sumber tersebut.

Beliau menambah kehadiran Lim dengan pemimpin utama DAP lain mengurangkan undi popular BN kerana kalah di negeri kubu kuat Umno itu, "jentera takut dengan Lim dan mereka terus putus asa", tambah beliau.

Sumber mengatakan ini turut berlaku di negeri lain dimana DAP telah melakukan penolakkan besar seperti Negeri Sembilan dan Selangor akan tetapi ahli strategi bilik perang tidak bertindak kerana hanya menumpukan untuk menang lebih banyak kerusi Parlimen.

"Terdapat perbezaan besar diantara yang diharapkan dengan sebenar. Ini dicerminkan dalam keputusan yang diharapkan dan apa yang akhirnya kita dapat," katanya.

Laporan selanjutnya di SINI

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP