Rabu, 15 Mei 2013

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


MAJLIS RAI PETUGAS PAKATAN RAKYAT DUN KOTA

Posted: 14 May 2013 11:00 PM PDT




Majlis Meraikan Petugas Pakatan Rakyat DUN Kota dan Anugerah UPU Terbaik Keseluruhan, UPU Cemerlang dan UPU Harapan.
Tarikh : 18 Mei 2013 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Teratak Amal, Kg Bongek, Rembau

Aturcara Majlis :
9.00 mlm - Ucapan Pengerusi Majlis
9.05 mlm - Ucapan Pengarah MTD DUN Kota
9.10 mlm - Ucapan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan , Hj Mohamad Taufek Abd Ghani
9.40 mlm - Penyampaian Anugerah
9.50 mlm - Jamuan
10.30 mlm - Bersurai

Semua dijemput hadir


GPMS sepatutnya membela pelajar Melayu yang nak masuk IPT

Posted: 14 May 2013 06:36 PM PDT


GPMS sepatutnya memikirkan bagaimana hendak membantu puluhan ribu pelajar Melayu lepasan SPM/STPM 2012 yang akan masuk ke IPTA/IPTS tidak lama lagi. Jika sekiranya Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menang PRU-13 yang lalu sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf akan diberikan.

Manakala aku janji BN N.Sembilan semasa kempen PRU-13 ialah "Pemberian insentif kepada anak-anak Negeri Sembilan yang berjaya memasuki Pusat Pengajian Tinggi".

Sehingga saat ini Menteri Besar Negeri Sembilan belum mengumumkan berapa banyak insentif yang akan diberikan dan bila boleh diberikan kepada semua anak-anak Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa yang akan masuk ke IPT tidak lama lagi.

*****
Lucut kerakyatan peserta protes
13 Mei 2013

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan supaya melucutkan kerakyatan 21 rakyat Malaysia yang mengadakan perhimpunan haram sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Singapura pada Rabu lalu.

Setiausaha Agungnya, Zambri Mohd. Isa berkata, demonstrasi haram yang diadakan di Singapura itu memalukan dan menjatuhkan imej Malaysia serta telah memberi gambaran salah mengenai kerajaan di negara ini kepada pihak luar.

"Tindakan mereka boleh memberi kesan buruk kepada industri pelancongan dan menjejaskan keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia.

"Kami minta kerakyatan mereka (peserta perhimpunan haram di Singapura) dilucutkan," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


NGO Islam gesa boikot produk syarikat biayai himpunan haram

Posted: 14 May 2013 05:59 PM PDT




Sebelum NGO Islam ini menggesa orang Melayu memboikot syarikat-syarikat Cina di Malaysia ini , lebih baik NGO Islam ini menggesa umat Islam terutamanya orang Melayu memboikot syarikat judi berlesen dan syarikat arak berlesen milik orang Cina yang lembaga pengarahnya pun ada di kalangan orang Melayu Islam.

"Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak"

************************
NGO Islam gesa boikot produk syarikat biayai himpunan haram
Utusan Malaysia 15 Mei 2013

Tindak tanduk sebahagian besar anak muda kaum Cina yang telah menyertai tiga perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) menyebabkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula bertindak balas.

Mereka menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum tersebut yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika memberi kata dua itu menegaskan, tindakan itu perlu kerana syarikat-syarikat berkenaan menjadi penyumbang dana menjayakan agenda perpecahan rakyat di negara ini.

Malah, beliau cukup bimbang selagi mereka memberi sokongan dengan menyertai siri perhimpunan haram pembangkang itu, perbuatan itu akan mengundang kejadian tidak diingini serta menggugat keharmonian kaum.

Kena saman tak pakai talipinggang keledar di bandar Seremban

Posted: 14 May 2013 03:52 AM PDT


Tadi seorang pekerja kilang di Senawang mengadu. Baru-baru ini selepas PRU-13 dia bawa kereta di Seremban, kena saman polis kerana tak pakai tali pinggang keledar ketika memandu kereta. Saman pula kena saman maksimum iaitu RM300.

Katanya sekarang sedang banyak operasi saman menyaman. Salah memang tetap salahlah.

Harap kita semua lebih berhati-hati di jalanraya, patuhi undang-undang sedia ada, bukan hanya untuk mengelakkan disaman, tetapi untuk keselamatan diri sendiri.

Niatkan pakai tali pinggang keledar itu kerana Allah, baca Bismillah, insyaAllah pahala dapat, saman pun tiada.

Polis yang menyaman pun niatkan kerana Allah, untuk mendidik para pengguna jalanraya, baca Bismillah bila keluar saman, insyaAllah pahala dapat, orang yang kena saman pun bekurangan.

Seminar The Beauty of Surah Al-Fatihah 19 Mei 2013 di Seremban

Posted: 14 May 2013 01:57 AM PDT




SEMINAR THE BEAUTY OF SURAH AL-FATIHAH
19 MEI 2013 | AHAD
8.00 PAGI HINGGA 5.30 PETANG
PUSAT DAKWAH ISLAMIYYAH, PAROI, NEGERI SEMBILAN

Panel Pembentang :
- Syeikh Solah Mohamad Zaki al-Qadiri (MAINS dan USIM)
- Dr Zulkifli al-Bakri (TV Al-Hijrah)
- Dr Syuhadak Mahmud (KUIS)
- Ust Syed Nor Hisyam (Tanyalah Ustaz TV9)
- Dr Yusri Mazlan (Jabatan Mufti Negeri Sembilan)
- Ust Hamdan Muda (Darussyifa')
- Ust Zarimi Abu Zih (Al-Baghdadi Academy)
- Ust Danial Farhan Dolmat (Muamalah Events)

Tajuk Pembentangan & Diskusi :
1. Tafsir Surah al-Fatihah: Suratan & Siratan
2. Rawatan Islam dengan Surah Al-Fatihah
3. Kaedah Pendidikan dengan Surah al-Fatihah
4. Membentuk keperibadian dengan Surah al-Fatihah
5. Teknik al-Baghdadi dalam pembacaan al-Quran
6. Kaedah Pembacaan Surah al-Fatihah dengan betul
7. Majlis penyerahan sanad Surah al-Fatihah

Anjuran : Muamalah Events dengan kerjasama MAINS dan Al-Baghdadi Method Sdn Bhd

Yuran Penyertaan (sebelum 15 Mei 2013)
RM40 Dewasa
RM30 Pelajar
termasuk makan, fail dan kertas kerja, serta sanad

Pendaftaran
1. Pendaftaran terhad kepada 600 orang sahaja
2. Sila hubungi 06 775 9610 atau 017 288 6177 untuk pendaftaran dan pembayaran
3. Pendaftaran selepas 15 Mei 2013 adalah RM50 bagi dewasa dan RM 40 bagi pelajar

Hubungi 06 775 9610 atau 017 288 6177 untuk makluman lanjut


MAJLIS PELANCARAN BUKU ELEKTRONIK

Posted: 14 May 2013 01:56 AM PDT



MAJLIS PELANCARAN BUKU ELEKTRONIK
Jemputan untuk semua penulis dan pelukis, AJK PEN, ahli PEN, pendidik, penulis, penggiat bahasa, sastera dan budaya, sarjana, peminat dan pencinta ilmu.

Majlis Pelancaran Buku Elektronik 'Koleksi Karya Negeri Sembilan' dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) (sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Negeri Sembilan)

Tarikh:   17 Mei 2013 (Jumaat)
Masa:     11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat:  Dewan Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Negeri Sembilan
Tamu:     YBhg. Datuk Zainal Abidin Borhan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan merangkap Ketua Dua GAPENA

'Koleksi Karya Negeri Sembilan' menghimpunkan karya-karya penulis Negeri Sembilan.
Pelancaran karya kreatif yang menasik hasil Bengkel Penulisan dan Ilustrasi Buku Kanak-kanak (anjuran KB, PEN dan Galeri Yusof Gajah, 2012 di Seremban)

Bawalah keluarga anda bersama-sama.

Bahasa dan Sastera berpisah tiada!

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya!

Sumber dari : penulisn9.blogspot.com

Tiada ulasan:

Nuffnang