:: cina islam | 2011 :: |
- Akhirnya Najib dapat 2/3 majoriti...
- Khairy, Waytha sertai 'kabinet berimbang' Najib
- Tiada rancangan demonstrasi jalanan, tetapi protes tempat tertutup berterusan
- PRU13: Bukan tsunami bangsa tapi tsunami nilai
- Anggota polis parah dilanggar ketika buat rondaan
- Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR
- PAS harap Khalid mampu angkat imej polis
- Ahmad Said tidak layak jadi Menteri Besar - Mustafa
- Persempadanan: Pengundi Cina dalam satu kelompok
- 30,000 sertai himpunan 'Blackout 505' Kuantan
- Dua maut motosikal bertembung
- Tolak rasuah jadi formula kejayaan
Akhirnya Najib dapat 2/3 majoriti... Posted: 15 May 2013 03:24 AM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR:Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat. Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu. Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam. "Satu semakan menggunakan perisian 'online Fake Follower Check' mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut Perdana Menteri Najib adalah palsu," kata Meld Magazine bertarikh May 3. Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari). Di belakang Najib, ialah rakan sejawat daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh, pada 55 dan 54 peratus. Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15 peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif. Di Twitter Obama pula, hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu. Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, "100 dan ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan." Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi. "Saya rasa tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang berlainan. Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan," katanya. Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia. Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda. "Ini menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga di dunia," kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu. Harakahdaily/- |
Khairy, Waytha sertai 'kabinet berimbang' Najib Posted: 15 May 2013 03:22 AM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai "kabinet berimbang". Berikut adalah senarai menteri dalam kabinet yang diumumkan NajibAntara yang menjadi perhatian adalah pelantikan ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebagai menteri belia dan sukan serta, pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Perdana menteri: Datuk Seri Najib Razak Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin Jabatan Perdana menteri: Datuk Seri Jamil Khir Bahrom Menteri Kewangan 1:Datuk Seri Idris Jala Datuk Seri Abdul Wahid Omar Tan Sri Joseph Kurup Puan Hajah Nancy Shukri Joseph Entulu Paul low Seng Kuan Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri di JPM Datuk Razali Ibrahim P Waythamoorthy Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Menteri 1: Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri 2: Tan Sri Idris Jusoh Timbalan Menteri: Yap Kain Ching P Kamalanathan Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan: Datuk Rahim Bakri Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin (pemangku) Menteri Pelancongan: Datuk Seri Nazri Abdul Aziz Menteri Luar Negeri: Datuk Anifah Aman Timbalan Menteri Luar: Datuk Hamzah Zainudddin Menteri Kerja Raya: Datuk Fadhilah Yusof Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Menteri Kesihatan: Datuk Dr S Subramaniam Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin Timbalan menteri: Datuk M Saravanan Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal-Ehwal Pengguna: Datuk Hassan Malek Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Mustapa Mohamad Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Ewon Ebin Timbalan: Datuk Abu Bakar Mohd Diah Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli: Datuk Seri G Palanivel Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau: Datuk Seri Maximus Ongkili Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar: Datuk Shafie Apdal Menteri Industri Perladangan dan Komoditi: Datuk Douglas Uggah Embas Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar: Datuk Abdul Rahman Dahlan Perdagangan Perdagangan Antarabangsa dan Industri:Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan: Datuk Hamim Samuri Menteri Komunikasi dan multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Timbalan: Loga Balamohan Menteri Pembangunan Wanita: Datuk Rohani Abdul Karim Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun Malaysiakini/- |
Tiada rancangan demonstrasi jalanan, tetapi protes tempat tertutup berterusan Posted: 15 May 2013 01:07 AM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA, 15 Mei — Pakatan Rakyat (PR) hari ini menjauhkan diri dari desakan untuk demonstrasi jalanan bagi membantah keputusan Pilihan Raya 2013 tetapi mengatakan akan meneruskan perhimpunan tempat tertutup bagi memberikan peluang kepada pengundi untuk "menyuarakan kemarahan" mereka terhadap tuduhan kecurangan pilihan raya 5 Mei lalu. Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) mengatakan desakan untuk PR menganjurkan demonstrasi jalanan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah cadangan dari NGO dan bukan pendirian rasmi gabungan tersebut. "Ini hanyalah cadangan dan tidak pernah dibangkitkan kepada kepimpinan dan bukan sesuatu yang akan dipertimbangkan oleh kepimpinan," kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PR di sini. Malaysian Insider/- |
PRU13: Bukan tsunami bangsa tapi tsunami nilai Posted: 15 May 2013 01:05 AM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menolak sama sekali pandangan yang mengaitkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tsunami bangsa. Sebaliknya menurut Raja Bahrin, apa yang belaku adalah lebih tepat dipanggil sebagai tsunami nilai. "Ini bukan tsunami bangsa, ini tsunami nilai. "Pengundi bukan memilih warna kulit lagi, mereka memilih wakil rakyat melihat kepada apa nilai yang akan dibawa oleh wakil rakyat itu," katanya. Beliau berkata demikian dalam wacana Sinar Harian yang bertajuk "Pasca PRU13: Ke mana haluan politik Melayu" yang diadakan di Auditorium Kompleks Karangkraf, di sini petang ini. Pandangan itu turut dikongsi oleh seorang lagi panel, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga menolak berlakunya tsunami bangsa pada PRU13 lalu. Beliau berpendapat, keputusan PRU13 lalu dipengaruhi oleh keputusan yang dibuat oleh dua kelompok. Kelompok pertama katanya mereka yang mengundi dengan harapan pembangunan, manakala kelompok kedua adalah yang mengundi dengan harapan demokrasi. "Kita boleh melihat bahawa kawasan kelompok pengundi mahukan pembangunan ini BN menang, tetapi di kelompok pengundi yang mahukan demokrasi ini BN kalah," katanya. Menurutnya, jika BN ingin lebih selamat pada pilihan raya akan datang, parti itu perlu menangani kelompok demokrasi dengan baik. "Pada PRU14 harapan demokrasi tentunya akan mengatasi harapan pembangunan," katanya. Wacana hari ini juga turut menampilkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. Harakahdaily/- |
Anggota polis parah dilanggar ketika buat rondaan Posted: 15 May 2013 01:03 AM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - SETIU - Seorang anggota polis berpangkat Koperal cedera akibat sengaja dilanggar seorang lelaki di Kampung Telaga Papan di sini semalam. Anggota yang berusia sekitar 40-an itu terpaksa dirawat di hospital akibat cedera di muka, kepala dan kaki sementara suspek yang berusia 30 tahun berjaya ditahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang ketika anggota polis tersebut dari balai Setiu beserta rakannya yang berpangkat Lans Koperal sedang membuat rondaan dengan kereta peronda apabila mereka terserempak dengan sekumpulan penunggang motosikal di simpang Kampung Bukit Putera Chalok. Beliau berkata curiga dengan kumpulan itu, kereta peronda tersebut menghampiri kumpulan berkenaan yang kemudiannya melarikan diri ke dalam hutan. "Lalu kedua-dua anggota itu meneruskan rondaan mereka dan apabila tiba di Kampung Telaga Papan, mereka telah diekori dua lelaki bermotosikal. "Kedua-dua anggota itu keluar dari kereta mereka dan cuba menghampiri penunggang motosikal tersebut dan ketika itu suspek memecut motosikalnya dan melanggar kedua-dua anggota itu menyebabkan salah seorang daripada mereka rebah manakala rakannya tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita. Manoharan berkata salah seorang suspek turut terjatuh dari motosikal akibat rempuhan itu dan dapat diberkas manakala rakannya melarikan diri. Beliau berkata pihaknya percaya kumpulan tersebut yang berasal dari Kampung Telaga Papan terlibat dalam kes jenayah di daerah ini. "Kita masih mengesan saki baki kumpulan ini," katanya dan menambah suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - Bernama |
Petugas SPR dikurung untuk pangkah kertas undi - PKR Posted: 14 May 2013 11:51 PM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PKR semalam mendedahkan satu maklumat yang didakwa mereka sebagai bukti berlakunya penipuan dalam proses Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Maklumat tersebut berkaitan 24 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa dikurung untuk memangkah kertas undi di Parlimen Besut. Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut dipetik portal rasmi parti itu, KeadilanDaily. Portal itu memetik Saifuddin sebagai berkata, bukti tersebut baru diterima Sekretariat Pakatan Rakyat pagi semalam dan ia dihantar oleh petugas SPR di Besut. Bukti tersebut berupa satu laporan polis yang mendakwa pada hari mengundi 5 mei lalu, beliau dan 23 lagi petugas SPR telah dikurung untuk memangkah kertas undi. Salinan laporan polis tersebut diserahkan kepada pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan Rakyat yang diketuai Rafizi Ramli, lapor portal itu lagi. "Kita ada bukti kukuh untuk menjelaskan kenapa kita menolak keputusan di sesetengah kawasan, dan proses pengumpulan bukti masih berjalan," katanya. Pada pilihan raya umum lalu, calon BN Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menewaskan calon PAS Riduan Mohamad Nor dengan majoriti 8,342 undi. Idris memperoleh 35,232 undi manakala Riduan mendapat 26,890 undi. Harakahdaily/- |
PAS harap Khalid mampu angkat imej polis Posted: 14 May 2013 11:47 PM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar diharap berupaya membersih dan mengangkat imej polis kepada satu tahap yang lebih tinggi. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kepimpinan Khalid ini sangat diharap untuk mengembalikan imej PDRM sebagai sebuah badan yang lebih berintegriti dan profesional termasuklah bebas dari campur tangan politik. "Imej polis hari ini banyak menimbulkan pelbagai persepsi negatif di mata masyarakat dan inilah masanya yang sesuai untuk kepimpinan baru PDRM membuat perubahan agar PDRM dilihat sebuat institusi keselamatan yang terus mendapat kepercayaan rakyat," katanya kepada Harakahdaily. Malah katanya harapan rakyat amat besar kepada PDRM dan imej mereka boleh terus dilonjakkan dengan syarat kepimpinan baru mempunyai iltizam yang tinggi untuk membuat perubahan. Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuat kuasa Jumaat ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara baru berkuat kuasa tarikh sama. Khalid menggantikan Tan Sri Ismail Omar, yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak esok. Khalid, 56, yang berasal dari Seremban dan memiliki ijazah perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA), menjalani latihan sebagai inspektor di Pusat Latihan Polis pada 5 Disember 1976, dan pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Anti-Narkotik Kedah pada 1997. Harakahdaily/- |
Ahmad Said tidak layak jadi Menteri Besar - Mustafa Posted: 14 May 2013 09:54 PM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyelar tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menyatakan pembinaan rumah mampu milik hanya akan dibina di kawasan Dun yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sahaja. "Sebagai Menteri Besar kita jangan meletakkan diri kita setaraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab. "Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang Menteri Besar, tindakan tersebut juga menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri Besar. "Membina rumah kos rendah ini adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih, siapa pun kerajaan menjadi tanggungjawab dia bagi memberi kemudahan kepada rakyat," ujar beliau kepada Harakahdaily. Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu merupakan politik balas dendam serti bersifat peribadi. Beliau berkata, politik balas dendam intu tidak sepatutnya berlaku di dalam negara ini. "Semua ini disebabkan oleh sikap balas dendam dan peribadi, sepatutnya sebagai sebuah negara maju politik sedemikian sudah tidak ada lagi dalam negara ini," kata beliau mengulas kenyataan Ahmad yang meminta rakyat di kawasan Parlimen dan Dun dimenangi Pakatan Rakyat meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih. Mustafa berkata, jika cukai yang diperolehi dari rakyat dikembalikan kepada calon Pakatan Rakyat yang menang di sesebuah kawasan parlimen, ia tidak menimbulkan masalah. "Duit yang diambil dari cukai rakyat jika dikembalikan kepada Pakatan Rakyat pasti tidak timbul masalah untuk kita meneruskan menyediakan kemudahan kepada rakyat. "Tapi ini tidak berlaku, kerajaan jangan ingat itu duit Barisan Nasional atau Umno, dan siapa yang menjadi kerajaan ia bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat setempat bukannya kepada mereka yang menyokong sahaja," tegasnya. Beliau mengulangi bahawa kerajaan Terengganu tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih. "Ahmad ini tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih, hentikan politik balas dendam serta bersifat peribadi tetapi jika ini yang beliau tekankan saya rasa beliau tidak layak menjadi seorang Menteri Besar," jelasnya. Beliau yang berharap sebagai rakyat yang perihatin seharusnya tahu bahawa tindakan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh kerajaan. Ini, katanya proses demokrasi apabila pilihanraya selesai, maka siapa yang dipilih bertanggungjawab untuk semua rakyat tanpa mengira mereka menyokong Pakatan Rakyat ataupun BN. Pada PRU13 ini, BN Terengganu kekal memerintah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 Dun manakala PAS (14) dan PKR (satu). Harakahdaily/- |
Persempadanan: Pengundi Cina dalam satu kelompok Posted: 14 May 2013 07:26 PM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - KAJANG: Pengarah Institut Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman (gambar) menjangkakan BN akan memastikan pengundi-pengundi Cina dikelompokkan kepada satu kelompok dalam persempadan semula kawasan pilihan raya yang akan dibuat akhir tahun ini. Ini kerana katanya, persempadanan semula kawasan pilihan raya merupakan senjata yang terbukti memberi kemenangan besar kepada BN. Misalnya kata beliau, persempadanan semula pada tahun 2003 telah dibuat untuk mewujudkan kerusi campuran kerana selama ini pengundi Cina dan India adalah simpanan tetap kepada BN. Namun, pada tahun 2008 berlaku tsunami politik yang memberi undi kepada Barisan Alternatif akhirnya usaha itu dilihat umpama 'senjata makan tuan'. Redzuan yakin, jika persempadanan semula dilakukan, BN akan membuat seperti mana pada tahun 1974 di mana digabungkan kawasan-kawasan Cina terutama di bandar. "Apa yang dibuat sebelum ini kawasan-kawasan Cina dipadatkan saya ambil contoh Lembah Pantai bersempadan dengan Seputeh. 99 peratus adalah pengundi Cina di Seputeh dipecahkan dan akan pergi ke Lembah Pantai, ini yang akan berlaku. "Dan kalau persempadanan dibuat, dia akan banyakkan kawasan Felda, sekarang ada 54 Felda tambah 20 lagi Felda. BN akan menang sebab Felda memang sapu bersih," katanya dalam Wacana Isu Semasa: Analisis Keputusan PRU13; Memahami Makna Pilihan Rakyat anjuran Abim, PKPIM dan Wadah. Bagaimanapun katanya, oleh kerana tidak ada dua pertiga majoriti, BN tidak semudah itu untuk membuat persempadanan semula sebagaimana yang dijangka. Jika diteruskan juga persempadanan semula, katanya sudah tentu Pakatan Rakyat akan memohon dan menuntut persempadanan yang adil. "Kalau ini tidak adil, Pakatan Rakyat buat penat sahaja. Tetapiitulah yang berlaku sebelum ini persempadanan semula dibuat sewenang-wenangnya," kata beliau. Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu. Kajian UMCEDEL ini telah dibuat bermula hari pembubaran parlimen sehingga hari penamaan calon PRU13 dengan seramai 1407 respondan. Turut bersama menjadi ahli panel wacana yang berlangsung malam tadi antaranya, Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Idris Jauzi, manakala Prof Madya Dr Saharuddin Badaruddin selaku moderator. Harakahdaily/- |
30,000 sertai himpunan 'Blackout 505' Kuantan Posted: 14 May 2013 07:01 PM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - KUANTAN: Himpunan ke empat Suara Rakyat Suara Keramat membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang berlangsung di Kuantan malam tadi sekali lagi menarik puluhan ribu rakyat turut menyertainya. Himpunan bertempat di kawasan letak kereta berhampiran pejabat PKR di Jalan Beserah di sini itu menyaksikan lautan manusia berpakaian hitam, warna tema protes tanda terkuburnya demokrasi pada 5 Mei lalu atau disebut 'Blackout 505'. Seperti biasa, pelbagai spanduk dan poster membawa mesej bantahan terhadap ketelusan pilihan raya turut dibawa oleh peserta. Selain Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pimpinan parti itu yang hadir termasuk Datuk Johari Abdul, Badrul Hisham Shaharin, Ketua Srikandi PKR Siti Aishah Shaik Ismail serta Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman. Wakil PAS pula termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli. Anwar dalam ucapannya berkata, himpunan tersebut adalah manifestasi bantahan rakyat terhadap "kemenangan yang dirompak". "Perhimpunan ini hasrat rakyat. Kami menang pilihan raya kamu rompak kemenangan ini. Orang Umno kata terimalah keputusan ini. Keptusan apa, keptusan rompak? "Kamu terima orang rompak kereta kamu, harta kamu, tanah kamu, kamu nak suruh rakyat terima? "(Perhimpunan) ini menengenai maruah rakyat menuntut pilihan raya bebas dan adil," katanya. Sementara itu penganjur menganggarkan kehadiran malam tadi mencecah 30,000 orang. Jumlah itu difahamkan tidak termasuk mereka yang beradal di kawasan luar padang yang tidak dapat masuk akibat kawasan penuh. Kehadiran itu disifatkan sebgai memberangsangkan biarpun tempat himpunan terpaksa bertukar di saat-saat akhir atas arahan pihak polis. Himpunan malam tadi itu pada asalnya dijadual berlangsung di Padang Mahkota Aman, Kuantan. Harakahdaily/- |
Posted: 14 May 2013 06:54 PM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - BALING - Dua pemuda maut dalam kemalangan di Kilometer 32.9 Jalan Sungai Petani - Baling di Kampung Binjul Luar di sini kira-kira jam 8.25 malam kelmarin. Mangsa terbabit ialah Mohd Hafiz Amirulzaman Zainol Abidin, 28, dan V Punithan, 26, kedua-dua dari Taman Sheikh Fadzir, Tawar. Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, kedua-dua motosikal itu bertembung antara satu sama lain menyebabkan mereka terpelanting beberapa meter dari tempat kejadian. Menurutnya, kedua-duanya cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkam, mereka dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Kulim dan Butterworth ke rumah masing-masing. Mohd Hafiz merupakan anak sulung kepada Pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Baling, Zainol Abidin Saleh. Mat Daud berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga. Kes disiasat bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sinar/- |
Tolak rasuah jadi formula kejayaan Posted: 14 May 2013 05:19 PM PDT 5 Rejab 1434 H. [MOD] - Ada beberapa orang ahli politik yang saya tabik, terutama selepas debu-debu PRU13 mulai mendap. Antara mereka ialah ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan. Secara kebetulan mereka bertanding untuk kerusi Parlimen Temerloh, Pahang. Menang atau kalah dalam pertandingan satu perkara, tetapi sikap, adab, pendekatan dan kewajaran fikiran adalah satu perkara lain. Pembaca budiman tentu masih ingat, sebaik sahaja keputusan PRU13 diketahui Ahad lalu, Nasrudin menjemput Saifuddin menyertai panel perunding "Temerloh Daerah Berkebajikan" untuk menyumbang idea ke arah pembangunan rakyat dan kemajuan daerah berkenaan. Tempat dan tugas yang ditawarkan tidaklah sehebat mana pun, apabila kita mengambil kira ketokohan Saifuddin, termasuk jawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang pernah dipegangnya. Beliau juga salah seorang pemimpin Umno yang diramalkan akan pergi jauh dalam perjuangan politik tanah air kerana sikapnya yang progresif dan kewajarannya apabila berhujah dan memberi idea. Tetapi apa yang menjadi perkiraan di sini ialah sikap ahli-ahli politik dan pendekatan yang mereka ambil. Barangkali, setakat ini, itu yang mampu difikir dan dilakukan oleh Nasrudin bagi menimba pengalaman dan kebijaksanaan Saifuddin untuk kepentingan penduduk Temerloh, apatah lagi ia adalah bekas kawasan Parlimen di bawah penyeliaan Saifuddin. Saya rasa Nasrudin juga mungkin hairan sedikit boleh mengalahkan tokoh Umno yang dihormati seperti Saifuddin. Tentu Nasrudin sendiri sudah tahu kemenangan beliau di Temerloh dengan undi majoriti 1,070 bukan kerana pengundi menolak Saifuddin secara total, atau kerana Nasrudin lebih kuat, tetapi, kerana Saifuddin bertanding sebagai wakil pihak yang ramai pengundi di situ tidak berapa suka ketika ini. Saya kira Nasrudin sendiri bukan calang-calang orang kerana mampu menewaskan lawan seperti Saifuddin, yang menjadi jenama kepada Umno. Sebahagian daripada tarikannya tentulah sikap, perwatakan, ketokohan dan kemampuannya sebagai pemimpin muda. Kalau kita masih ingat, kedua-dua Nasrudin dan Saifuddin antara segelintir tokoh politik tanah air yang awal-awal, secara sukarela, telah menyatakan kesediaan mereka untuk mengisytiharkan harta. Malah, Nasrudin sudah pun mengisytiharkan hartanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat November lalu. Untuk rekod, beliau memberitahu beliau mempunyai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap, pendapatan isteri (RM4,000 sebulan) sebagai guru, elaun daripada Dewan Pemuda Pas (RM2,500) dan hasil daripada rumah sewa (RM300). Saifuddin pula pernah berkata beliau bersedia mengisytiharkan hartanya kepada umum, bergantung kepada pendirian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu. Beliau menyatakan demikian ketika menjadi ahli politik pertama yang secara rasmi menandatangani ikrar integriti pilihan raya di lobi Parlimen pada Mac 2012, di hadapan Presiden Transparency-International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low. Ikrar itu adalah usaha TI-M untuk meminta calon-calon pilihan raya menolak politik wang dan rasuah. Sebenarnya, apa yang jelas di ialah tidak susah untuk menjadi orang yang dihormati, dipercayai dan dipilih sebagai pemimpin atau wakil rakyat dalam dunia politik tanah air kita masa ini. Tidak perlu retakkan otak dan membuang duit dengan adakan perhimpunan, pesta dan jamuan hebat-hebat bagi mencari formula dan mendapatkan sokongan, kepujian serta kemenangan. Sudah pasti bukan juga melalui cara kurang etika - maki-hamun, bersikap samseng, ugut, serang, cabar, tipu, fitnah dan seumpamanya. Di samping kelayakan, ketokohan, ahli politik hanya perlu jauhkan diri daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, serta mengamalkan pimpinan melalui teladan; berprinsip, tidak sombong, tidak tamak dan patuh kepada ajaran agama. Kepercayaan tidak mudah didapati kembali apabila ia hilang, seperti cerita dalam buku yang saya baca masa dalam darjah dua, mengenai sorang lelaki yang cuba perbodohkan orang kampung, dengan menjerit kononnya dia diserang harimau. Kali pertama orang percaya, kali kedua masih percaya, tetapi apabila dia menjerit minta tolong kali ketiga, siapa pun tidak peduli kerana ingatkan dia menipu lagi. Rupa-rupanya itulah masanya dia betul-betul dibaham harimau. Kan sudah ada pantun dua kerat: siakap, senohong, gelama, ikan duri; bercakap bohong.....!!! Sinar/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan