Selasa, 14 Mei 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


TG Nik Aziz berjaya tumpulkan keris nasionalis

Posted: 14 May 2013 02:50 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Antara kejayaan besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah berjaya menonjolkan nilai Islam yang menolak perkauman dan tidak sesekali menzalimi kaum-kaum lain.


Menurut Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub, pendekatan Tuan Guru Nik Aziz itu telah menyebabkan bukan sahaja Islam itu dipandang tinggi, malah orang bukan Islam juga menyambut baik perjuangan Islam itu sendiri.

"Saya yakin, misi dakwah yang merentasi bentang perkauman dan darah bangsa yang dibawa oleh Tuan Guru telah berhasil menumpulkan keris nasionalis yang diasah oleh golongan-golongan tertentu. 

"Hasilnya, non muslim begitu menyambut baik perjuangan Islam dan tanpa segan silu mengangkat panji-panji perjuangan Islam kerana yakin bahawa Islam tidak pernah menzalimi penganut agama lain sebagaimana yang telah terbukti di Kelantan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Serah Tugas Menteri Besar di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim hari ini.

Selain itu juga kata Ahmad, 23 tahun memerintah Kelantan Tuan Guru juga telah membuktikan bahawa golongan ulamak juga mampu mengurus tadbir negeri.

Katanya, bekas Menteri Besar Kelantan itu telah berjaya memecahkan persepsi sebahagian besar rakyat Kelantan bahkan seluruh negara khususnya terhadap golongan ulama. 

"Jika sebelum ini, persepsi rakyat terhadap golongan ulama ialah ulama tidak boleh mentadbir dan hanya layak berada di beranda madrasah atau masjid membelek kitab kuning untuk dibaca di dalam kuliah, tetapi hari ini dengan kejayaan YB Tuan Guru mentadbir negeri Kelantan lebih daripada dua dekad, persepsi ini telah berjaya diranapkan," katanya.

Tuan Guru ujarnya telah membuktikan keupayaan dan kecekapan beliau memimpin kerajaan Islam di negeri Serambi Mekah itu sejak tahun 1990 lalu. 

Ianya boleh diukur denga pelbagai saranan dan pembaharuan dibuat sehingga membuka mata ramai pihak bahawa sebenarnya Islam lebih layak untuk mentadbir berbanding syariat ciptaan manusia.

Menurut Ahmad lagi, kejayaan pentadbiran Tuan Guru yang memandu masyarakat dengan agama, lebih penting dari kejayaan membina bangunan yang tinggi dan jalan raya yang bersimpang siur. 

Umum maklum katanya, bahawa Tuan Guru memotong gajinya sebanyak 40 peratus untuk perjuangan parti bahkan beliau enggan menerima elaun tahunan untuk menyediakan pelbagai juadah kerana menyambut hari raya. 

Tuan Guru juga sering memberi amaran supaya para Exco, ADUN dan kakitangan kerajaan tidak melibatkan diri di dalam apa jua bentuk rasuah dan penyelewangan malah beliau mengambil pelbagai langkah lain lagi bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih, adil dan Islamik.

"Sungguh ketara sekali, di sebalik tubuh yang kecil itu, terhimpun segala kekuatan dan keberanian yang boleh melemahkan pihak musuh, betapa pun kuat dan ramai bilangan mereka. 

"Hasilnya, sekalipun silih berganti pemimpin di peringkat kerajaan pusat, kerajaan Kelantan alhamdulillah gagal dijatuhkan dalam enam kali pilihanraya umum berturut-turut, satu tempoh yang cukup lama bagi sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan untuk bertahan sekalipun diasak dengan pelbagai serangan," kata Ahmad.


harakah/-

TG Nik Aziz serah tugas secara rasmi kepada MB baru

Posted: 14 May 2013 02:15 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


(Tg Nik Aziz menyerahkan tugas sebagai MB secara rasmi kepada Datuk Ahmad Yaacob hari ini)

KOTA BHARU: Bekas Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyerahkan tugas secara rasmi kepada Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaacob hari ini.

Penyerahan tugas itu diadakan sempena majlis jamuan perpisahan 'Jasamu Dikenang', khusus untuk Tuan Guru setelah mentadbir Kelantan hampir 23 tahun lalu.

Majlis berkenaan anjuran kerajaan negeri diadakan di Dewan Jamuan Utama Kota Darulnaim.

Semua anggota exco, pegawai kanan kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, Adun serta kakitangan kerajaan negeri hadir pada majlis tersebut.

Selepas PRU 13 lalu, Tuan Guru tidak lagi bersedia untuk meneruskan tanggungjawab itu kerana keletihan serta masaalah kesihatan.


(Bergambar kenangan selepas selesai majlis)

Ustaz Ahmad ketika berucap pada majlis itu berkata, Tuan Guru merupakan seorang pemimpin serta role model yang cukup istimewa.

Ini kerana, katanya Tuan Guru telah berjaya mencipta tugu perpaduan khususnya bersama masyarakat bukan  Islam yang sebelum ini digambarkan imej yang buruk bagi mereka.

"Dengan kehebatan Tuan Guru, beliau telah berjaya menyatu padukan semua bangsa di negara ini sehingga mereka tidak lagi menganggap Islam sebagai agama ekstrem.

"Ianya dibuktikan lagi dengan penterjemahan sikap Tuan Guru sendiri yang menyantuni masyarakat pelbagai kaum di negara ini,"ujarnya.

Beliau turut mengakui tanggungjawab memikul amanah sebagai Menteri Besar begitu besar dan bukan mudah untuk dilaksanakan.

Tegasnya, beliau memerlukan bantuan semua pihak untuk membantu rakyat melalui kepimpinan yang ada.

"Saya juga berharap ilmu dan idea dapat lagi disumbangkan oleh Tuan Guru walaupun tidak lagi sebagai menteri besar,"ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru mengakui hatinya begitu tenang mentadbir Kelantan kerana tidak ada  masaalah yang ditimpakan ke atasnya.

Sambungnya, hasil kerjasama kakitangan kerajaan negeri, orang politik serta rakyat Kelantan sendiri yang baik membuatkan tugasnya begitu mudah diurus.

"Cuma yang sukar nak berhadapan dengan pihak lawan kita ni, dia ni teruk sangat, bukan setakat Islam dia lawan, demokrasipun dilawannya,"ujarnya.

Sambungnya, apa yang berlaku kerana tiadanya roh Islam dalam jiwa menyebabkan peranan pemimpin sedemikian akan ikut acuan yang tidak berlandaskan Islam.


harakah/-

Jet tentera Yemen terhempas di kawasan kediaman

Posted: 14 May 2013 02:11 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


SEBUAH lubang terbentuk di lokasi jet itu terhempas.


SANAA - Sebuah jet buatan Rusia Sukhoi SU-22 milik tentera Yemen terhempas di sebuah kawasan kediaman di sini semalam menyebabkan seorang juruterbang terbunuh, kata seorang pegawai tentera.
Menurut pegawai berkenaan, saksi-saksi memberitahu, ia meletup di udara sebelum terhempas manakala serpihan jet itu bertaburan di kawasan itu.
Kementerian Pertahanan Yemen menyatakan di dalam laman webnya, 26sep.net, ketika kejadian, jet tempur itu berlepas pulang daripada sesi latihan dari wilayah Marib dan Khawlan.
Pihak kementerian menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu. - AFP


MCA terima Exco Johor kerana perintah Sultan?

Posted: 14 May 2013 01:59 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR:
 Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek menyalahkan Sultan Johor kerana terus melantik pemimpin MCA untuk menjadi Exco negeri Johor.

Soi Lek dalam kenyataannya berkata, MCA tidak memberikan sebarang rokomendasi agar Adun Pulai Sebatang dari MCA, Datuk Tee Siew Keong dilantik sebagai Exco.

"Perlantikan Tee sebagai Exco adalah decree (perintah) Sultan Johor yang berkuasa untuk berbuat demikian," kata Chua dalam kenyataannya.

MCA di bawah kepimpinan Chua sebelum ini membuat keputusan tidak akan menerima sabarang jawatan kerajaan jika pencapaian MCA lebih lemah berbanding sebelum ini.

Ia adalah resolusi MCA yang dibuat pada tahun 2011 dan 2012.

"Sultan mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar dan Exco kerana keunikan Perlembagaan Negeri," kata Chua dalam kenyataannya.

Ekoran cadangan perlantikan ini, Chua berkata beliau telah meminta pandangan Perdana Menteri mengenainya dan Datuk Seri Najib telah menasihatkan beliau mendengar perintah sultan.

"Suka saya tekankan di sini, MCA akan mengekalkan keputusannya yang diluluskan dalam mesyuarat agung tahunan 2011 dan diluluskan lagi dalam mesyurat 2012, untuk menolak semua jawatan kerajaan.

"Jawatankuasa Pusat MCA akan membincangkan kes Tee dan dia mungkin menghadapi tindakan disiplin berikutan perlantikan sebagai Exco Johor," tambah Chua dalam kenyataannya.
harakahdaily/-

9 suspek serangan Reyhanli serah diri

Posted: 14 May 2013 01:48 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


suspek serangan Reyhanli serah diri

Ratusan mangsa mengalami cedera parah apabila bangunan musnah dan puluhan kenderaan rosak teruk dalam kejadian serangan bom di bandar Reyhanli, sempadan Turki-Syria, kelmarin.
ANKARA - Sembilan lelaki penduduk tempatan menyerah diri selepas mengaku terlibat dalam dua serangan bom kelmarin di bandar selatan Reyhanli, sempadan Syria-Turki hingga menyebabkan lebih  50 penduduk maut manakala ratusan yang lain cedera.

Timbalan Perdana Menteri, Besir Atalay berkata, sembilan suspek itu ditahan selepas mereka menyerah diri dan mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Menurut sumber polis, lima daripada suspek adalah ahli Parti Pembebasan Revolusi Rakyat (DHKP), manakala empat yang lain mendakwa mereka sebagai ahli kumpulan militan Acilciler.

Sementara itu, Syria menyelar tindakan Turki yang menuduh negara itu mendalangi pengeboman terbabit.

Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi berkata, Damsyik tidak melakukan dan tidak 'akan' melakukan perbuatan itu kerana perbuatan terbabit menyalahi undang-undang negara dan kemanusiaan.

"Anda perlu tanya kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau yang perlu dipertanggungjawabkan, " katanya dalam temu bual di sebuah stesen televisyen tempatan.

Beliau mendakwa, Turki sebenarnya merancang serangan bom itu bagi mencari alasan kukuh untuk membenarkan campur tangan asing di Syria.

Kejadian itu juga mendapat kutukan Iran apabila Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki menyelar perbuatan Turki yang sanggup memperjudikan nyawa rakyatnya untuk kepentingan politik, laporan dipetik daripada Reuters.
WARTAWAN SINAR HARIAN
14 Mei 2013
suspek serangan Reyhanli serah diri

Ratusan mangsa mengalami cedera parah apabila bangunan musnah dan puluhan kenderaan rosak teruk dalam kejadian serangan bom di bandar Reyhanli, sempadan Turki-Syria, kelmarin.
ANKARA - Sembilan lelaki penduduk tempatan menyerah diri selepas mengaku terlibat dalam dua serangan bom kelmarin di bandar selatan Reyhanli, sempadan Syria-Turki hingga menyebabkan lebih  50 penduduk maut manakala ratusan yang lain cedera.

Timbalan Perdana Menteri, Besir Atalay berkata, sembilan suspek itu ditahan selepas mereka menyerah diri dan mengaku bertanggungjawab dalam kejadian itu.

Menurut sumber polis, lima daripada suspek adalah ahli Parti Pembebasan Revolusi Rakyat (DHKP), manakala empat yang lain mendakwa mereka sebagai ahli kumpulan militan Acilciler.

Sementara itu, Syria menyelar tindakan Turki yang menuduh negara itu mendalangi pengeboman terbabit.

Menteri Penerangan Syria, Omran al-Zohbi berkata, Damsyik tidak melakukan dan tidak 'akan' melakukan perbuatan itu kerana perbuatan terbabit menyalahi undang-undang negara dan kemanusiaan.

"Anda perlu tanya kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Beliau yang perlu dipertanggungjawabkan, " katanya dalam temu bual di sebuah stesen televisyen tempatan.

Beliau mendakwa, Turki sebenarnya merancang serangan bom itu bagi mencari alasan kukuh untuk membenarkan campur tangan asing di Syria.

Kejadian itu juga mendapat kutukan Iran apabila Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki menyelar perbuatan Turki yang sanggup memperjudikan nyawa rakyatnya untuk kepentingan politik, laporan dipetik daripada Reuters.

Jatuh macam nangka buruk

Posted: 14 May 2013 01:39 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -



Jatuh macam nangka buruk

Pihak Imigresen menahan seorang warga Indonesia yang cedera ringan setelah terjatuh dari siling rumah ketika cuba bersembunyi dalam satu serbuan, semalam.
IPOH – Tindakan pendatang tanpa izin warga Indonesia bersembunyi di siling rumah untuk elak diberkas dalam satu serbuan penguatkuasa Imigresen terbongkar apabila terjatuh dari ketinggian empat meter di sebuah rumah di pengkalan di sini, semalam.

Dalam operasi pada jam 2 pagi itu, lelaki berusia 30-an itu terjatuh seperti nangka buruk apabila siling rumah pecah akibat tidak dapat menampung berat badannya.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Negeri, Irwan Zahid berkata, operasi dilakukan membabitkan kediaman, restoran dan kilang sekitar kawasan Batu Gajah, Simpang Pulai, Pengkalan dan Kampung Tawas.

Menurutnya, operasi khas itu membabitkan 34 anggota Imigresen dan lapan anggota Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak bagi menjejaki golongan itu yang bekerja secara haram.
 
"Lelaki warga Indonesia terbabit ditahan dan hanya mengalami kecederaan ringan dan diberkas bersama tiga rakan lain yang sedang tidur dalam rumah berkenaan.

"Sebelum itu, keempat-empat mereka mempamerkan MyKad kemudian ditahan oleh pegawai JPN selepas didapati MyKad terbabit adalah palsu. Berkemungkinan dibeli dari sindiket tertentu," katanya.

Selain itu, Irwan berkata, pihaknya turut menahan lima individu di beberapa premis perniagaan di sekitar Simpang Pulai dan Batu Gajah setelah gagal mengemukakan dokumen sah memasuki negara ini.

"Kelima-lima mereka adalah warga Myanmar dan Indonesia dan seramai 71 warga asing diperiksa sepanjang operasi itu.

"Kesemua ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal di negara ini tanpa pas sah dan ditahan di Depot Imigresen Langkap untuk siasatan lanjut," katanya.

sinar/-

Kerajaan minoriti buat perangai

Posted: 14 May 2013 01:36 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Ketika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan.

Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar kiri) menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu.

"itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam.

"Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) mengulas isu ini.

Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%,  DAP- 15.4% dan PKR-20%).

Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen.

Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja.

Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya.

Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13.

Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.

sedlangorku/-

Buih misteri keluarkan bau busuk di Nanjing

Posted: 14 May 2013 01:34 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


BEBERAPA orang menyaksikan buih yang muncul di Jalan Wende, Nanjing kelmarin.


NANJING, China - Penduduk di bandar ini dikejutkan dengan kemunculan buih berwarna putih di Jalan Wende, di Nanjing, dalam wilayah Jiangsu pada Sabtu lalu.
Buih tersebut itu muncul selepas sebuah kawasan kaki lima merekah.
Penduduk setempat mengadu buih itu mengeluarkan bau yang amat busuk.
Media tempatan melaporkan orang ramai percaya kejadian itu berpunca daripada pembinaan laluan tren bawah tanah yang terletak tidak jauh dari lokasi tersebut. - AFP


Siang doktor, malam penyamun

Posted: 14 May 2013 01:32 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


Siang doktor, malam penyamun

Chang Keong bersama Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Ahmad Dzaffir Mohd Yusof (kiri) menunjukkan pistol mainan yang digunakan dalam kes samun semalam.
IPOH – Siang bergelar doktor tidak bertauliah, malam pula, lelaki yang baru setahun menjalani latihan di sebuah hospital di sini bertindak menyamun seorang peniaga dengan menyamar sebagai pegawai polis.
Kegiatan itu terbongkar selepas polis menahan empat lelaki termasuk doktor berusia 27 tahun yang menaiki kereta jenis Mercedes Benz berhampiran sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah awal pagi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun dihalang kereta yang dinaiki suspek bersama tiga rakannya lalu memperkenalkan diri sebagai polis menerusi vest yang tertera perkataan polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, doktor terbabit menumbuk dada mangsa dan meminta wang RM350 untuk tidak memanjangkan kes terbabit.

"Mangsa diugut dengan menunjukkan suatu objek berupa pistol dipinggangnya. Mangsa yang tidak mempunyai wang dibawa ke sebuah bank untuk mengeluarkan wang namun, mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak berfungsi.

"Suspek berang tidak mendapat wang menaikkan jumlah terbabit kepada RM450 dan merampas MyKad mangsa.

"Namun, nasib mereka tidak panjang apabila pasukan rondaan polis berjaya menahan suspek menerusi maklumat awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, semalam.

Menurutnya, ketika ditahan suspek memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dari Balai Polis Sungai Senam namun, gagal mengemukakan kad kuasa.

"Suspek hanya mengemukakan kad kuasa Agensi Ranger Khas Malaysia sambil menyatakan boleh menahan mana-mana individu yang didapati bersalah. Keempat-empat mereka dibawa ke Balai Polis Pekan Baru untuk siasatan.

"Turut dirampas vest polis yang berpangkat Asisten Superintendan, gari dan pistol mainan yang terselit pada suspek yang digelar doktor itu," katanya.

Chang Keong berkata, doktor terbabit bersama rakannya berusia 24 hingga 21 tahun yang juga merupakan pelajar di sebuah kolej swasta akan ditahan reman sehingga 17 Mei ini untuk siasatan lanjut.

"Mereka ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan dan Seksyen 6 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Ini adalah kes kedua penahan suspek yang menyamar sebagai penjawat awam untuk menyamun sehingga Mei ini," katanya.


sinar/-

Bapa bawa anak mencuri

Posted: 14 May 2013 01:28 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -



Bapa bawa anak mencuri

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki yang mendukung anak melarikan dua TV dari sebuah kedai elektrik di Temerloh Mall Jumaat lalu.
TEMERLOH – Dua lelaki yang melarikan dua televisyen (TV) jenama Toshiba 40 inci dari sebuah kedai elektrik di sini pasti tidak senang duduk jika tahu tingkah laku mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit.

Kejadian berlaku di Temerloh Mall hanya disedari penyelia dan pengurus kedai terbabit kira-kira 10 minit sejurus dua suspek terbabit melarikan TV tersebut.

Berdasarkan maklumat daripada pengurus premis terbabit yang dikenali sebagai Wong, dua lelaki datang ke premisnya kira-kira jam 11.50 pagi, Jumaat lalu dan seorang daripada mereka mendukung anak.

Menurutnya, seorang daripada lelaki terbabit berpura-pura berminat hendak membeli mesin hampagas dipercayai sebagai usaha mengalih perhatian pekerja.

"Manakala lelaki yang mendukung anak mundar-mandir dengan membawa sebuah troli kosong sebelum mengambil dua TV jenama Toshiba 40 inci yang diletakkan di hadapan kedai.

"Namun tindakan lelaki terbabit ketika melarikan dua TV bernilai RM1,500 setiap satu itu tidak disedari pekerja," katanya.

Berikutan itu, Wong membuat laporan polis pada hari sama.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika premis terbabit membuat promosi jualan dan meletakkan empat TV di hadapan kedai, masing-masing dua TV 32 inci dan 40 inci.

Dua TV 40 inci itu diletakkan di bawah secara bertindih dengan dua TV 32 inci berjenama sama.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Pemangku Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan dijalankan berdasarkan rakaman CCTV tersebut.

sinar/-

15 maut di Benghazi

Posted: 14 May 2013 01:25 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

BEBERAPA orang mengerumuni lokasi sebuah bom kereta meletup dekat sebuah hospital di Benghazi semalam.- REUTERS




BENGHAZI - Sebuah bom kereta yang meletup dekat sebuah hospital di bandar ini semalam telah menyebabkan 15 orang terbunuh, kata seorang pegawai semalam.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Abdullah Massoud menyatakan angka tersebut merupakan perangkaan awal selepas letupan tersebut memusnahkan sebuah restoran dan beberapa buah bangunan lain.
Beliau berkata, seramai 30 orang lagi mengalami kecederaan.
Seorang saksi memberitahu, dia mendengar letupan yang kuat semasa kejadian tersebut berlaku.
Serangan itu adalah yang terbaharu selepas sebahagian penduduk berjaya menggulingkan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi pada tahun 2011 ekoran kebangkitan rakyat di Asia Barat.
Sebelum ini, empat buah balai polis dibom di bandar ini dalam tempoh beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, serangan tersebut tidak menyebabkan kerosakan teruk dan kematian. Pihak berkuasa menyalahkan golongan radikal Islam berhubung kejadian keganasan yang berlaku di bandar ini.
Pada September tahun lalu, Duta Amerika Syarikat (AS) di Libya, Chris Stevens dan tiga lagi warga AS terbunuh di Benghazi.
Mereka terbunuh dalam serangan yang berlaku di Pejabat Konsulat AS. - Agensi

Tamrin cadang tubuh NGO anti perkauman

Posted: 14 May 2013 01:24 AM PDT


4 Rejab 1434 H. [MOD] -



KUALA LUMPUR: Veteran Umno Datuk Tamrin Ghafar yang kini merupakan ahli PAS mencadangkan penubuhan NGO baru bagi memantau sebarang kenyataan berbaur perkauman.



Beliau menyarankan NGO tersebut dinamakan Gerakan Anti Perkauman (GAP) dan dianggotai seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan dan keamanan.

"Kita tubuhkan NGO Gerakan Anti Perkauman dalam masa terdekat ini yang dianggotai oleh seluruh rakyat yang cintakan keamanan.

"Kita akan gerakkan dan akan libatkan peguam-peguam yang akan siasat pemimpin-pemimpin yang keluarkan kata-kata berbaur perkauman," katanya.

Beliau membuat saranan tersebut dalam pidato di Sambutan Hari Bangsa Malaysia - Selamatkan Demokrasi anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Di hadapan ribuan hadirin pelbagai kaum yang hadir, Tamrin juga berkata sudah sampai masanya rakyat menolak politik perkauman yang diamalkan Umno.

Menyentuh mengenai kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang mengapi-apikan orang Melayu dan Cina, Tamrin mahu beliau disiasat dan dikenakan tindakan.

"Hari ini kita dengar kenyataan Mohd Noor memberi amaran kononnya orang Cina patut bersedia menghadapi kebangkitan orang Melayu.

"Beliau ini patut disiasat, bukan siasat pemimpin Pakatan yang berceramah di Stadium Kelana Jaya minggu lepas.

"Kita ditakutkan dengan isu perkauman. Najib dengan tindakannya, Utusan dengan kata-kata kesat kepada orang Cina. Bagaimana Najib nak melaksanakan 1Malaysia dalam masa sama membenci orang Cina," katanya.

Turut berpidato malam tadi ialah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, pakar Perlembagaan Prof Aziz Bari, wakil NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris Ibrahim, Presiden Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama (Panglima) Sulaiman Ibrahim (Leman Raja Lawak) dan pengarah serta penerbit drama Adam Hamid.
harakah/-

Terkejut remaja serah bayi 3 pagi

Posted: 14 May 2013 01:22 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


Roszita

Roszita (kanan) melakonkan semula detik seorang remaja perempuan menyerahkan bayi kepadanya di muka pintu rumah di Kampung Meraga Beris, Kijal, jam 3 pagi.
Roszita

Roszita bersama bayi misteri yang masih belum diketahui identiti.
Roszita

Di rumah Roszita inilah seorang remaja perempuan datang memberi salam dan mengetuk pintu sebelum meninggalkan bayinya tanpa sebarang nota dan dokumen.
KIJAL – "Kak, tolong jaga 'baby' saya," kata seorang gadis berusia lingkungan18 tahun sambil menghulur bayi perempuan kepada Roszita Mat Yasin, 27, selepas mengetuk pintu rumah pembantu kedai makan itu di Kampung Meraga Beris, di sini, kira-kira jam 3 pagi.

Roszita berkata, dia yang masih separuh sedar kerana baru terkejut dari tidur segera menyambut sekujur tubuh kecil seberat 2.8 kilogram itu yang lengkap berpakaian, tetapi masih terdapat tompokan darah dan lendir kering pada bahagian kepala bayi itu.

"Namun tak dan (sempat) saya tanya apa-apa, remaja perempuan itu terus tinggalkan saya terpinga-pinga di muka pintu. Dia segera masuk ke dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang menunggu di depan rumah dan saya nampak kelibat seorang
lelaki dalam kereta tu.

"Kereta itu kemudian meluncur laju menuju ke arah Chukai, tapi saya tak cam warna dan nombor plat (pendaftaran) kereta itu sebab gelap dan saya masih mamai," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Ketika kejadian tiga minggu lalu itu, Roszita tinggal berdua bersama anak tunggalnya, Muhammad Amirul Shah Muhamad Jamri, 9, kerana suaminya, Muhamad Jamri Abd Kadir, 42, bekerja di kilang papan tidak jauh dari rumah mereka.

Namun, ketika nyenyak tidur, Roszita terdengar pintu rumahnya diketuk sambil mendengar orang memberi salam.

"Saya tidak rasa takut ketika membuka pintu kerana sangka yang mengetuk itu adik-beradik saya yang tinggal sebelah menyebelah, kerana mereka biasa juga ketuk pintu awal pagi. Dia berikan bayi itu sehelai sepinggang tanpa nota atau sebarang dokumen," katanya.


Badan bayi berbau busuk 

Menurutnya yang bekerja di kedai makan ibunya, walau dalam cahaya samar-samar, dia nampak jelas muka gadis memakai tudung, baju T dan berkain batik itu, tetapi keadaan bayi misteri itu agak menyedihkan kerana badannya berbau busuk.

Ketika diserahkan, bayi misteri itu dipercayai berusia dua minggu berdasarkan keadaan tali pusat telah tertanggal.

Begitu pun, Roszita tidak segera melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa kerana menyangka remaja perempuan itu akan datang kembali mengambil bayi itu di rumahnya.

"Selepas dua hari berlalu remaja itu masih tidak muncul, jadi saya bersama suami merujuk kes itu di Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kemaman sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Chukai pada hari sama.

"Pihak polis kemudiannya mengarahkan saya membawa bayi itu ke Hospital Kemaman dan ditahan di wad selama tiga hari kerana bayi ini tidak mendapat suntikan sebagaimana bayi lain ketika dilahirkan," katanya.

Beri susu badan Roszita berkata, walaupun kemunculan bayi itu sangat misteri dan menjadi tanda tanya buatnya sekeluarga tetapi perasaan sayang seperti anak sendiri wujud dalam dirinya selepas selepas seminggu menjaga bayi itu.

"Saya dapatkan suntikan untuk memberi susu badan kepada bayi ini dan ia diselang seli dengan susu botol," katanya yang kebetulan menginginkan lagi zuriat kerana sukar hamil disebabkan masalah buah pinggang dihidapi ketika kecil.

Urusan pendaftaran kelahiran diuruskan JKM dan bayi tersebut dinamakan Nur Aishah Humaira yang mana nama itu diberikan oleh anak tunggal Roszita sendiri.


Minta waris tampil 

Sementara itu, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Bahagian Kanak-kanak Pejabat JKM Daerah Kemaman, Salmi Abdullah meminta waris bayi itu tampil bagi  merungkai misteri kerana identiti bayi itu belum diketahui.

"Setakat ini, kita tidak tahu bangsa bayi ini dan apa-apa maklumat lain mengenainya jadi waris diharap dapat menghubungi JKM menerusi talian 09-8581686 atau terus datang ke Pejabat JKM Daerah Kemaman," katanya.

Katanya, berdasarkan perintah sementara oleh mahkamah, bayi kini di bawah pengawasan Pejabat JKM Daerah Kemaman.

sinar/-

Adun Alor Limbat beri kek hargai jasa jururawat

Posted: 14 May 2013 12:41 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


MARANG: Walau pun baru seminggu bergelar 'YB' Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman tidak henti-henti berputar di kawasan Dun itu menemui para pengundi dan pihak lain termasuk mengunjungi pusat kesihatan.


Bukan sekadar mengucapkan 'Selamat Hari Jururawat' melalui laman sosial atau melalui kad ucapan, Ariffin yang menganggap dirinya sebagai 'budak baru belajar' menghantar sendiri kek ke pusat kesihatan yang terdapat dalam Dun Alor Limbat.

"Saya hantar sendiri kek untuk menghargai jasa-jasa 'misi' (jururawat) sempena Hari Jururawat Sedunia, kebetulan ada empat buah klinik dalam Dun Alor Limbat, saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya, maklumlah 'saya budak baru belajar'," ujarnya.

Pusat kesihatan yang dilawati beliau adalah Pusat Kesihatan Kepong, Pusat Kesihatan Gelugor, Pusat Kesihatan Rawai dan Pusat Kesihatan Tasek.

Menurutnya, kek tanda ingatan itu telah diterima oleh ketua jururawat pusat kesihatan terbabit dan beliau sangat sukacita kerana para jururawat sudi dan gembira menerima pemberiannya sempena hari jururawat itu.

Ariffin turut menyeru semua pihak supaya menghargai kesihatan kerana ia adalah faktor yang penting dalam kehidupan dan sumber kekuatan produktiviti dan pembangunan insan.

Katanya, Rasulullah SAW adalah contoh seorang tokoh yang mengutamakan kesihatan dalam kehidupannya.

"Sebagai contoh, untuk mengelakkan obesiti yang boleh membawa pelbagai penyakit, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak.

"Rasulullah menjaga kesihatan dengan selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, ke medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar," ujarnya.


Pada PRU13 ini, beliau berjaya menewaskan penyandang kerusi Dun Alor Limbat daripada BN, Alias Abdullah dengan majoriti 645 undi. Alias menang pada PRU12 dengan majoriti 799 undi.

harakahdaily/-

Saya tak terasa banyaknya jasa saya – TG Nik Aziz

Posted: 14 May 2013 12:28 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, banyak pihak menyebut jasa-jasanya di Kelantan, sedangkan beliau sendiri tidak terasa banyaknya jasa itu.

"Ramai pihak menyebut jasa-jasa saya di Kelantan, sedangkan saya sendiri tidak terasa banyaknya jasa saya, yang banyak membantu saya ialah para exco dan pegawai-pegawai kerajaan," ujarnya pada Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Dewan Jamuan Utama, Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini.

Dipetik daripada Facebooknya, bekas Menteri Besar Kelantan itu menambah, beliau umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak.

"Saya umpama tuan punya restoran, jika masakannya baik, tuan restoran mendapat pujian sedangkan yang memasaknya ialah tukang masak, yang membeli lauk pauknya ialah pekerja dan yang menyediakan hidangan pun ialah pekerja, tetapi akhirnya yang dipuji ialah tuan restoran," ujar beliau lagi.

Harakahdaily/-

Khaled Nordin angkat sumpah MB Johor

Posted: 14 May 2013 12:27 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

Beliau menggantikan Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun.
JOHOR BAHARU: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Permas, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baru hari ini.

Mohamed Khalid yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini kira-kira 10.40 pagi ini.
Beliau mengambil alih jawatan menteri besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman yang memegang jawatan itu selama 18 tahun bermula daripada 1995.
Turut mengangkat sumpah hari ini ialah sembilan ADUN daripada Barisan Nasional (BN) bagi mengisi sembilan jawatan sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini, BN Johor berjaya memenangi 38 kerusi DUN daripada 56 yang dipertandingkan dan 21 daripada 26 kerusi parlimen.
- Bernama

Sebungkus nasi lemak, karipat dan susu cultured

Posted: 14 May 2013 12:25 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

Hari adalah mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang setelah berjaya mempertahankan Pulau Pinang pada PRU 13 yang lalu.

Para ahli Exco termasuk SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri hanya disediakan sebungkus nasi lemak, kueh gulung, dan karipap, sepiring buah segar dan susu cultured"...


Klik untuk lihat laporan penuh.

Najib bertambah seksa selepas menang

Posted: 14 May 2013 12:24 AM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Setelah menang, Presiden Umno sepatutnya gembira dan senyum lebar tetapi nampaknya Datuk Seri Najib Razak bertambah seksa selepas menang.

Yang paling ketara, beliau gagal markah lulus 'kembalikan 2/3 majoriti BN bahkan merosot pula iaitu dari 140 kerusi Parlimen merosot kepada 133. 

"Ia pula adalah hasil sumbangan Borneo yang masih tidak terkena tsunami semenanjung," kata Dr Dzulkefly Ahmad dalam analisis awalnya tentang pilihan raya umum kali ini.

Dr Dzulkefly, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP) berkata, Najib juga malu besar apabila gagal projek 'tawan Selangor'nya.

Sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dan menyerang Pakatan habis-habisan, kononnya rakyat tersiksa dan jangan ulangi kesilapan, namun semuanya gagal. 

"Sebaliknya  PR semakin kuat dan menguasai 2/3 majoriti di DUN Selangor," kata Dr Dzulkefly.

Kata beliau, Najib (gambar kanan)kini adalah PM sebuah kerajaan minoriti pertama dalam sejarah politik tanah air. 

Undi popular BN yang diketuai Najib merosot ke paras 48% sementara PR mendapat 52%. 

Ini bermakna, lebih ramai rakyat yang mahukan PR atau lebih ramai rakyat yg menolak BN, katanya. 

BN hanya menang kerana sistem British yang berasaskan pertama lepasi tiang atau 'First pass the post'.

Kalau kalau sistem 'perwakilan berkadar' (Proportional Representation),  sudah sah BN sudah tumbang, tambahnya.

Katanya lagi, yang paling malang bagi Najib kini rakyat tahu bahawa 'BN menang dengan pelbagai penipuan'.  

"Ia macam budak yang meniru diangkat menjadi ketua kepada pelajar cemerlang, masakan mahu diterima rakan-rakan  seangkatannya. Ekoran itu, kerajaan Najib telah menjadi begitu buruk," tambah beliau.

Menurut beliau yang juga timbalan pengerusi pasukan Post Morterm PRU 13 yang ditubuhkan PAS, pelbagai faktor serta bukti sedang dihimpunkan.

Antaranya membeli, menyogok dan merasuah pengundi dengan bayaran RM300 ke RM1000 satu undi.

"Petisyen akan dimajukan sebaik saja pewartaan keputusan PRU dibuat. Andainya mahkamah masih punya kewibawaan kerajaan minoriti diramalkan akan bakal tumbang dalam enam bulan pertama..insya AlLah.

"Kita redha takdir tetapi tidak samasekali boleh menerima penipuan....sampai bila mahu begini?" katanya tegas.

Harakahdaily/-

Mampat gesa tukar Menteri Besar Terengganu

Posted: 13 May 2013 09:39 PM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail kesal dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah seperti dilaporkan Bernama, kelmarin.

Katanya, kenyataan itu amat mendukacita dan memalukan rakyat Terengganu.

"Ini menunjukkan dan menggambarkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu amat tidak berwibawa dan cetek di dalam pemikiran beliau sebagai pemimpin yang baru dilantik semula sebagai Menteri Besar," katanya ketika dikunjungi wakil Harakahdaily.

Beliau berkata, kerajaan seharusnya menggunakan wang royalti minyak kepada projek-projek yang akan menaikkan taraf hidup rakyat dan bukannya projek-projek membazir seperti apa yang berlaku sebelum ini.

"Dengan pendapatan wang royalti minyak yang begitu lumayan pada tiap-tiap tahun seharusnya dibelanjakan untuk rakyat miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

"Kita tak mahu lagi mendengar panggilan 'Terengganu Kaya Rakyat Miskin'," ujar bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu.

Katanya lagi, para nelayan, petani dan penoreh getah dan mereka yang bekerja di kampung-kampung masih perlu kepada pembelaan kerajaan bagi menaikkan taraf hidup mereka.

Beliau berharap rakyat Terengganu khususnya pemimpin-pemimpin Umno negeri ambil iktibar dengan perangai tidak rasional yang diambil oleh Ahmad itu.

Di samping iru, ujar beliau Umno BN yang hanya menang 17 kerusi Dun dapat mengawasi projek-projek yang diberikan pada masa hadapan dilakukan secara kolektif dan bukannya ditentukan oleh Ahmad mengikut kehendak dan seleranya sahaja.

Beliau menegaskan, Terengganu berkehendakkan seorang Menteri Besar yang baru yang dapat memberi nafas kepada seluruh rakyat, bukan kepada 17 Dun yang dimenangi oleh BN sahaja serta cara pentadbiran yang lebih matang untuk membangunkan negeri ini.

Harakahdaily/-

‘Saya berjaya tebas hutan belantara di Johor’

Posted: 13 May 2013 08:40 PM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Saya berjaya menebas hutan belantara di Johor," begitulah ungkapan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Puteri Wangsa, Ustaz Abdullah Hussin (gambar) yang pertama kali bertanding di Johor kira-kira 27 tahun lalu.


Sewaktu diamanahkan calon PAS di Tanjung Puteri pada Pilihan raya Umum 1986 dahulu, Abdullah berkata beliau telah hilang deposit gara-gara bertanding di suatu tempat yang asing bagi PAS.


"Saya bertanding banyak kali. 5 kali sama dengan Pak Ungku (calon PAS Pulai Sebatang). Apa ada hal. Orang kata tempat saya (Puteri Wangsa) tempat selamat. Mana ada jamin selamat, harapan menang ada sebab Pakatan Harapan Rakyat.


"Saya pernah hilang deposit tahun 1986, pertama kali bertanding di Dun Tanjung Puteri. Hanya dapat 400 undi, lebih sikit daripada tentera Badar. Wartawan datang jumpa saya, apa perasaan. Dalam hati, sabar aje lah.

"Saya kata, saya amat puas. Semua terkejut sebab apa? Saya amat berpuas hati masuk (bertanding). Ini ibarat berjaya 'tebas hutan belantara di Johor," katanya lagi dipetik Selatan Online.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di hadapan lebih 1,000 orang dari pelbagai kaum pada majlis kesyukuran di pekarangan Markas Tarbiyyah Parit Markom Benut, Pontian dekat sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Pontian dan Tanjung Piai, Raden Sarobo Pono, dan Ustaz Ahmad Sani serta bekas calon PAS Pulai Sebatang dan Machap, Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood dan Ustaz Mohd Khalid Salikan.

Kemenangannya kini, kata beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Johor adalah kemenangan bersama.


Ujarnya, hutan yang tebal dengan frasa keramat 'Tiang Seri Umno' sudah ditebas dan petanda lonjakan sokongan PAS naik 100 peratus di negeri Johor.

"Masa dulu Cina takut (dengan PAS). Sekarang tidak. Ini yang Umno tak boleh tidur.

"Tahun 1999 saya bertanding di Serom, Tempat Abdul Ghani Othman, lawan Menteri Besar. ingat hilang deposit tapi saya dapat undi 7,000 dia dapat 15,000, kata orang not bad.

"Tahun 2004, saya bertanding di Machap. Dulu banyak kali kalah. Alhamdulillah, sekarang menang dengan majoriti lebih 3,000. Ini kemenangan semua, bukan saya seorang. Saya wakil rakyat semua orang di Johor," jelas beliau lagi.


Pada PRU13 ini, beliau yang mendapat 20,357 undi menewaskan calon BN dan Bebas dengan majoriti 3,469 undi. Pada PRU12, calon BN menang dengan majoriti 5,721 undi.

Harakahdaily/-

Pengerusi Dan Ahli SPR Perlu Letak Jawatan - Prof. Mohammad Agus

Posted: 13 May 2013 08:00 PM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

Setelah hampir seminggu pilihan raya selesai, masih ada suara yang tidak puas hati. Saya tidak lihat sebabnya adalah keengganan rakyat untuk menerima keputusannya, tetapi ada sebab lain berkaitan hal ini.

Jika ditanya apa sebabnya, saya akan katakan ia bukan berkaitan dengan pengundi hantu dari Bangladesh, Nepal, India dan Pakistan kerana sukar untuk saya membuktikannya.

Saya juga tidak akan katakan soal berat sebelah media perdana kerana laporan media pembangkang dan alternatif lainnya pun sama. Saya juga tidak akan katakan kerana senarai nama pengundi yang bertindih kerana ramai yang sukar mempercayainya.

Tetapi saya akan katakan saya tidak puas hati kerana saya berasa tertipu dengan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Soalan saya ialah kenapa susahnya SPR menyediakan dakwat kekal? India, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan yang gunakan dakwat ini tidak ada masalah pun untuk kekal selama tujuh hari. Dakwat kita belumpun sampai tujuh jam sudah tanggal dan ini boleh dirasai oleh semua pengundi.

Maka, siapa yang patut dipersalahkan? Saya tidak salahkan UMNO dan BN, tetapi saya salahkan SPR. Dengan kegagalan ini, jika tanpa jawapan yang memuaskan, sampai ketikanya Pengerusi SPR dan ahli-ahlinya meletakkan jawatan.

Semoganya kelemahan dalam pengendalian pilihan raya kali ini tidak berlaku lagi dalam PRU ke-14 nanti. Negara kita berhak mendapat pengurusan pilihan raya yang lebih baik. 

Abdul Khalid selesai angkat sumpah MB S'gor

Posted: 13 May 2013 07:56 PM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua di hadapan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, Klang  pagi ini.

Perkara itu turut dimaklumkan beliau dalam satu kenyataan di twitter beliau sebentar tadi.

"Alhamdullilah, selamat angkat sumpah sbg MB. Terima kasih atas segala sokongan. 

"Cadangan rakyat diterima baik dan usaha kita akan digandakan," katanya.


Abdul Khalid mengangkat sumpah pertama kali sebagai menteri besar pada 13 Mac 2008, empat hari selepas PRU 2008 manakala barisan anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor mengangkat sumpah pada 23 Mac, iaitu 10 hari selepas itu.

Semalam, Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam berkata, barisan baharu exco kerajaan negeri Selangor akan dibuat selewatnya-lewatnya dalam tempoh dua minggu.

Harakahdaily/-

Tsunami ais melanda Kanada

Posted: 13 May 2013 07:29 PM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

Tsunami ais

Tsunami ais menyebabkan rumah musnah di pinggir Tasik Dauphin, Kanada.
OTTAWA - Kira-kira 15 buah kediaman di pinggir Tasik Dauphin, Kanada, musnah sekali gus memaksa penghuni berpindah akibat dilanda timbunan ais, kelmarin.

Jurucakap pegawai tempatan memberitahu, kejadian disifatkan sebagai tsunami ais ini pernah berlaku tahun lalu namun tidak membabitkan kuantiti yang begitu banyak.

"Kejadian ini berpunca daripada tekanan angin kuat berkelajuan 88.51 kilometer sejam," katanya.

Menurutnya, tujuh rumah musnah selepas ais setebal satu meter memenuhi kediaman tersebut dalam tempoh seminit.

Sementara itu, sebanyak 27 kediaman di kawasan penempatan sepanjang Pantai Ochre juga dilaporkan rosak teruk.

Fenomena sama turut berlaku di kawasan peranginan Tasik Minnesota di Amerika Syarikat namun sehingga kini beluam ada  kematian atau kecederaan dilaporkan, laporan dipetik daripada MailOnline.

Sinar/-

Kilang perabot di Kajang musnah dijilat api

Posted: 13 May 2013 07:28 PM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Sebuah kilang perabot mengalami kerugian puluhan ribu ringgit apabila kilang itu yang terletak di kawasan perindustrian Bandar Teknologi Kajang dekat sini musnah dalam satu kebakaran pukul 7.16 malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan I Hamzah Mohammad Shariff berkata selepas pihaknya menerima panggilan pada 7.20 malam, jentera pertama dikejarkan ke lokasi pada 7.21 malam.
"Enam jentera bersama 35 anggota dari Balai Bomba Semenyih, Balai Bomba Bangi, Balai Bomba Mantin, dan dua dari Balai Bomba Kajang serta satu tangki air dari Kuala Lumpur dihantar ke tempat kejadian.
Kebakaran itu dapat dikawal sejam kemudian.
"Turut memberi bantuan lapan anggota bomba sukarela dari Balakong dan Hulu Langat," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata kebakaran kilang seluas kira-kira 8,000 meter persegi itu dipercayai bermula dari bahagian tengah sebelum merebak ke bahagian lain.
Hamzah berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. 
— Bernama

Di sebalik lima tahun dahulu...

Posted: 13 May 2013 06:35 PM PDT

4 Rejab 1434 H. [MOD] -

KARIM RASLAN

KARIM RASLAN
Lima tahun dahulu, sejurus selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-12 di mana kita menyaksikan kebangkitan drastik pihak pembangkang Pakatan Rakyat, saya menyedari bahawa tiada satu pun pemimpin pembangkang saya kenali.

Dibesarkan pada zaman yang dimonopoli Umno dan Barisan Nasional (BN), idea pertemuan dengan pihak pembangkang tampak lucu dan gila. Namun setelah meneliti keputusan PRU12 dengan penuh mendalam, saya ambil keputusan untuk mengenali dengan lebih dekat kuasa politik baru Pakatan Rakyat (PR). Pendek kata, saya ingin ikuti cerita mereka.

Dari situlah bermulanya perjalanan saya mengenali hati budi politikus daripada PR. Hampir kesemua rakan saya daripada golongan elit Umno merasakan persahabatan saya dengan pemimpin muda Pakatan sesuatu yang aneh.

Mereka menyoal tindakan saya bergaul dengan orang yang tiada kuasa dan wang ringgit. Adakah Tukang Cerita kini sudah gila? Namun apabila Perdana Menteri sendiri mencanangkan idea 'rekonsiliasi' nasional, jelas apa yang saya lakukan sepanjang lima tahun lalu tidak langsung bertentangan dengan idea itu.

Namun, keterbukaan saya tidak mungkin berlaku jika tidak kerana masa saya banyak diluangkan di Indonesia. Setelah bertahun-tahun mengikuti perkembangan politik di republik itu dan melihat sendiri bagaimana arus sentimen rakyat menjurus kepada pelbagai kesudahan  mengejutkan, ia mengajar saya tentang pentingnya mengenali pemimpin-pemimpin daripada setiap sudut spektrum politik.

Saya berasa senang dengan Parti Golkar (yang tidak jauh beza dengan Umno kerana ramai ahli parti yang kaya-raya), Parti Demokrat pimpinan Susilo (yang kini dalam proses rombakan besar-besaran susulan pelbagai skandal rasuah) dan PDI-P pimpinan Ibu Megawati (secara tradisionalnya disokong 'wong cilik' atau golongan ditindas).

Di Indonesia, terdapat pelbagai peringkat jawatan politik dari Kabupaten dan Walikota (daerah dan bandar) hingga ke provinsi dan nasional, terdapat pelbagai pilihan raya untuk diikuti.

Saya merantau hampir ke seluruh republik itu, mengambil kira pelbagai faktor yang mungkin meninggalkan kesan, tak kira ketika di Bali -  di mana saya kini memerhati pertarungan sengit antara pemangku jawatan, Mangku Pastika yang disokong parti SBY dan ditentang bekas timbalan beliau, seorang ahli politik tempatan, Puspayoga yang membawa slogan "Pas untuk Bali" – 'pas' dalam konteks ini bermaksud sempurna, bukannya Parti Islam Se-Malaysia.

Sekembali ke Malaysia, terutama sejak 2008, saya banyak meluangkan masa bertemu dan menemuramah pemimpin pembangkang untuk mengenali mereka. Saya masih ingat saat bertemu Teresa Kok dan Gobind Deo di suatu acara di Puchong walaupun tidak diundang. Saya tertarik dengan sikap terus-terang Teresa serta sambutan meriah yang diterima ayah Gobind, Karpal Singh yang berkerusi roda.

Beberapa tahun kemudian, saya berpeluang menonton secara langsung perbahasan antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli di London. Terpegun dengan kepintaran Rafizi ini yang memulakan hujah beliau dengan memuji Dr Mahathir, saya tertarik untuk mengenali beliau secara mendalam.

Saya juga berpeluang mendengar dan belajar sendiri daripada tokoh Pas dan pakar toksikologi, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut mengundang saya mengikuti beliau semasa pertemuan dengan tokoh dari parti Islam terkenal di Indonesia, Parti Keadilan Sejahtera, Ustaz Hilmi Awaluddin.

Di sebalik kegagalan Dr Dzul mempertahan kerusinya di Kuala Selangor, saya secara peribadi, mula memahami faktor yang mendorong kebangkitan Ikhwan dan cabangnya di seluruh dunia. Malahan, Dr Dzul berjanji untuk bawa saya ke Egypt dan Tunisia untuk lebih memahami pola ini.

Jadi apakah yang cuba saya sampaikan di sini? Tentu sekali ini berkait tentang betapa pentingnya kita mendengar pendapat orang lain – dengan membuka minda menjangkaui aspek politik dan perpecahan yang timbul serta menumpu kepada tema sebenar yang membentuk kehidupan kini.

Pengalaman ini sungguh berguna,  mendidik saya erti rendah diri. Interaksi dengan satu pihak hanya kerana mereka sahaja yang kamu kenali dan setujui adalah tindakan yang merugikan diri. Keadaan ini hanya akan membawa kepada perpecahan dan ketidakharmonian di kalangan penduduk.

Negara kita sedang alami perubahan dan kita hendaklah mengadaptasi diri, terutama jika kita mahu memahami dan belajar daripada arus perubahan budaya dan sosiopolitik baru masa kini. Justeru, bagi saya sebagai Tukang Cerita dan bagi kamu sebagai pembaca dan rakyat Malaysia, kinilah masanya untuk memulakan dialog…

Sinar/-

Tiada ulasan:

Nuffnang