N50 Dun Sri Muda |
- Pengundi Atas Pagar Lebih Yakin DSAI Sebagai Perdana Menteri
- Panglima Sulu Ditangkap
- 10 Minit Untuk Parti Politik Bentangkan Manifesto Pilhan Raya di RTM Tidak Masuk Akal
Pengundi Atas Pagar Lebih Yakin DSAI Sebagai Perdana Menteri Posted: 24 Mar 2013 08:29 PM PDT Sebuah kajian Universiti Malaya mendapati majoriti pengundi atas pagar percaya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) nanti. Kajian yang dijalankan dari 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 itu mendapati 44 peratus responden yang dikategorikan pengundi atas pagar percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri. Pada masa sama hanya 31 peratus pengundi atas pagar di dalam kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, melihat Najib sebagai lebih layak. Seramai 41 peratus responden yang dianggap pengundi atas pagar menganggap Anwar lebih berwibawa sebagai pemimpin dalam pentadbiran kerajaan. Pada masa sama hanya 36 peratus daripada mereka melihat Najib sebagai lebih berwibawa. Dalam soalan sama, 45 peratus pula tidak bersetuju sekiranya Najib dianggap pemimpin berwibawa berbanding Anwar 11 peratus. Kategori pengundi atas pagar itu merupakan 21 peratus daripada 1,409 responden yang dibanci di dalam kajian itu dan yang menjawab "tidak pasti" kepada soalan: "Parti manakah yang dijangka menang di peringkat nasional dalam PRU-13 dan menguasai Putrajaya." Manakala 42 peratus yang dibanci menjangkakan Umno-BN akan memenangi PRU-13 berbanding 37 peratus untuk Pakatan Rakyat. Profil 21 peratus golongan atas pagar tersebut didapati pengundi Cina adalah golongan tertinggi dengan 53 peratus, Melayu 37 peratus dan India 10 peratus. Golongan berpendidikan ijazah pula mencatatkan 49 peratus dari golongan sama, pengundi bawah umur 30 tahun sebanyak 51 peratus dan kali pertama mengundi 48 peratus. Kajian tersebut dibentangkan oleh Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam 'Forum Pra Pilihan Raya: Siapa Akan Menang PRU-13?' di Hotel Singgahsana malam tadi. Dr Mohammad Redzuan berkata sokongan golongan tersebut boleh dianggap penting kerana mereka adalah pengundi penentu kemenangan sesuatu parti dalam PRU-13 nanti. "Kajian kami mendapati dari 1,409 responden, masih terdapat 21 peratus golongan tidak pasti yang masih boleh direbut, ia satu jumlah besar" ujarnya. Kajian sama juga menunjukkan jangkaan bahawa PR akan terus menang di peringkat nasional meningkat manakala kepercayaan terhadap kemenangan Umno-BN dilihat merosot. Dalam tempoh 1-16 September 2012, 44 peratus responden menjangkakan Umon-BN akan menang, 30 peratus PR dan tidak pasti 26 peratus. Manakala kajian 31 Mac – 15 April 2012 menunjukkan BN memperolehi 49 peratus, PR 21 peratus dan tidak pasti sebanyak 30 peratus. selangorku | ||
Posted: 24 Mar 2013 08:07 PM PDT
LAHAD DATU: Pasukan keselamatan hari ini mengesahkan panglima tentera Sulu yang ditangkap di Semporna semalam ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram. Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata lelaki berusia lewat 40-an yang juga menteri pertahanan Sulu itu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sejak pencerobohan di Lahad Datu 12 Feb lepas. "Dia kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012," katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Zulkifeli Mohd Zin di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini. Semalam, pasukan keselamatan menahan seorang pemerintah kumpulan penceroboh itu bersama isterinya di sebuah kawasan paya pada pukul 1.30 pagi. Mengenai penduduk Kampung Tanduo yang dipindahkan, Khalid berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bersama ketua-ketua keluarga dan ketua kampung itu untuk membawa mereka masuk ke kampung berkenaan Selasa ini. Langkah itu adalah sebahagian daripada proses penilaian yang sedang dijalankan Majlis Keselamatan Negara dan mereka akan diiringi pegawai daripada Pejabat Daerah Lahad Datu dan pasukan keselamatan. Mengenai statistik terkini Operasi Daulat, Khalid berkata sehingga kini 416 individu ditangkap dan daripada jumlah itu 110 orang ditahan mengikut Sosma. Dua tangkapan terbaharu Sosma itu ialah panglima tentera Sulu terbabit dan isterinya. Sementara itu, Zulkifeli berkata kawasan Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dengan bilangan pasukan keselamatan yang ditugaskan di kampung itu turut dikecilkan. Mengenai Operasi Daulat, beliau berkata operasi itu masih diteruskan. "Kini, fokus utama Operasi Daulat ialah meneruskan pembersihan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan yakin ia mampu diselesaikan dalam masa terdekat," katanya. Bernama | ||
10 Minit Untuk Parti Politik Bentangkan Manifesto Pilhan Raya di RTM Tidak Masuk Akal Posted: 24 Mar 2013 08:01 PM PDT KUALA LUMPUR 23 Mac: Tempoh 10 minit untuk parti politik membentang manifesto pilihan raya di RTM disifatkan tidak masuk akal, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty. "Saya melihat idea ini tidak masuk akal, hanya melepaskan batuk ditangga. Mana cukup 10 minit nak bentang manifesto. "Ini menunjukkan mereka (Umno BN) semakin takut terhadap Pakatan Rakyat. Ia tidak lebih untuk menunjukkan mereka terbuka dalam usaha menarik undi," katanya dihubungi. Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim membenarkan semua parti politik membentang manifesto mereka menerusi RTM selama 10 minit. Muhammad Nur berkata, sebelum ini, cabaran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan perdana menteri dan disiar secara langsung juga tidak diendahkan. Katanya, ia berbeza dengan media negara luar yang lebih bersikap terbuka dengan memberi ruang kepada parti politik mengemukakan idea masing-masing. "Di Indonesia sejak pemerintahan BJ Habibie, kesemua parti politik diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengguna ruang media tanpa sekatan. "Di India, pemerintah mahupun pembangkang diberi kebebasan sama rata, 50 peratus untuk televisyen dan 50 peratus untuk radio. "Tunku Abdul Rahman (mantan Perdana Menteri) dulu pun beri ruang selama 30 minit untuk parti pembangkang," katanya. Pakatan Rakyat, pada 25 Februari lalu melancarkan manifestonya, dengan menekankan 4 tonggak utama dalam usaha merakyatkan ekononomi, memupuk perpaduan kaum dan mensejahterakan negara. Antara lain mewujudkan sejuta pekerjaan baru, menetapkan gaji minima sebanyak RM1,100 dan menurunkan harga kereta. Pakatan juga berikrar meringankan kos sara hidup dengan menurunkan harga barang, harga petrol dan diesel, caj elektrik dan air, menghapuskan tol secara berperingkat, selain menyediakan 150,000 rumah mampu milik. | ||
Posted: 24 Mar 2013 02:45 AM PDT |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan