Isnin, 25 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Najib tidak tahu malu ciplak idea orang

Posted: 25 Mar 2013 12:26 AM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak didakwa seorang pemimpin yang tidak tahu malu apabila menciplak idea pihak lawannya menjelang pilihan raya umum ini.

Ia terbukti apabila Najib mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi kepada pemandu teksi terpilih baru-baru ini.

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa 1,000 permit teksi akan diberikan kepada pemandu-pemandu teksi terpilih mengesahkan beberapa perkara.

Demikian dinyatakan oleh Rafizi Ramli (gambar), Pengarah Strategi PKR dalam satu kenyataannya hari ini.

Bagi beliau, pengumuman Najib itu memberi tiga implikasi.

Pertama, ia pengakuan terbuka Umno/Barisan Nasional bahawa dasar dan program ekonomi yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (melalui Dasar Bersama, Buku Jingga dan Manifesto Rakyat) benar-benar memenuhi citarasa dan tuntutan rakyat.

Kedua, ia mengesahkan bahawa program-program ini mampu dilaksanakan dan tidak mengundang kesan kewangan yang buruk, seperti yang dituduh oleh Umno/Barisan Nasional.

Ketiga, ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak sehinggakan beliau tidak lagi mempunyai perasaan malu untuk menciplak idea dasar dan program yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

"Pun begitu, saya mengkritik sekerasnya kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengumpan pemandu teksi untuk mengundi Barisan Nasional," katanya.

Ucapan beliau, katanya, berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah "bai'ah" (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan.

Setakat ini, Umno/Barisan Nasional terus gagal untuk mengumumkan manifesto mereka sendiri. 

Sebaliknya, Najib Tun Razak menciplak idea dasar Pakatan Rakyat dan mengumpan rakyat dengan berjanji akan melaksanakan program-program Pakatan Rakyat itu sekiranya Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

"Oleh sebab itu, saya tidak hairan lagi kenapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dasar-dasar dan program ekonomi. 

"Beliau nampaknya tidak mempunyai idea dan kepakaran ekonomi kerana sering terpaksa bergantung kepada idea orang lain, termasuklah idea Pakatan Rakyat sendiri.

"Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini," katanya.

Bagi Rafizi, penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini.

Harakahdaily/-

Polis: Mangsa potong kemaluan masih kritikal

Posted: 25 Mar 2013 12:09 AM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU - Mangsa yang kemaluannya dipotong oleh anaknya masih kritikal dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata kemaluan mangsa berjaya disambung semalam namun lelaki berusia 67 tahun itu masih belum sedarkan diri.

Pihak hospital juga berjaya menyambung semula kemaluan suspek dan dia kini dilapor stabil serta ditempatkan di wad biasa di hospital sama, katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Manoharan, polis masih menunggu laporan daripada hospital untuk mengetahui sama ada suspek mengalami gangguan mental atau sebaliknya.

"Pihak kami juga akan menahan suspek sebaik suspek pulih dari kecederaan dalam masa terdekat," katanya.

Dalam kejadian 1.30 pagi semalam di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, suspek yang berusia 40 tahun bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluan sendiri.

Suspek yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di ibu negara di percayai terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi Internet.

Suspek sebelum itu dikatakan bertindak agresif denga merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas berkenaan menangis untuk mengeluarkan "semangat Imam Nawawi" daripada badan bapanya.

Setelah gagal membuatkan bapanya menangis, suspek kemudian meminta sebilah pisau daripada abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan warga emas itu sebelum memotong kemaluan sendiri.

Dia juga turut memaksa abang iparnya berbuat demikian namun lelaki itu berjaya melarikan diri. - Bernama

Pemilih tanpa parti penentu dalam PRU 2013 — A. Kadir Jasin

Posted: 24 Mar 2013 11:48 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


 Pilihan raya bukanlah kompleks sangat. Mula-mula Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Lepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
Yang susah ialah memilih parti atau calon untuk diundi. Itu pun bagi pemilih atas pagar dan pemilih baru saja. Bagi pemilih partisan, mereka sudah buat pilihan. Buruk baik, datang hujan atau matahari terik, mereka akan pangkah parti mereka sekalipun mereka tidak senang hati dengan pemimpin parti.
Ada yang taasub kepada parti kerana agama. Masih ramai penyokong PAS, contohnya, percaya iaitu ada kaitan antara akidah dengan mengundi parti itu. Bagi segelintir daripada mereka, mengundi PAS memisahkan antara syurga dan neraka.
Ada yang taasub kepada parti kerana bangsa dan nasionalisme. Banyak penyokong Umno yakin parti itu masih berpaksikan nasionalisme dan perjuangan orang Melayu walaupun ada di kalangan pemimpinnya yang berkata agenda Melayu sudah ketinggalan zaman manakala yang lain pula memperjuangkan keterangkuman (inclusiveness).
Ada yang taasub kepada kaum dan kepentingan kaum. Penyokong DAP, secara sedar atau separa sedar, menganggap parti itu sebagai parti orang Cina. Walaupun DAP memperkenalkan dirinya sebagai parti pelbagai kaum dan melandaskan perjuangan di atas konsep Malaysian Malaysia dan sosialisme namun kepemimpinan, keahlian dan orientasinya adalah Cina. Sejak awal-awal lagi, orang Melayu dan India sekadar biola kedua (second fiddle) dalam parti itu.
Sejak mencapai prestasi baik dalam PRU 2008, DAP nampak lebih ikhlas dan tekun untuk membawa masuk orang Melayu yang boleh memberikan wajah Malaysia kepada perjuangan, tetapi tidak begitu berjaya. Namun dalam PRU kali ini ia mungkin meletakkan lebih banyak calon Melayu-Bumiputera.
Ada juga pengundi yang taasub kepada watak seperti PKR yang berkisar di sekitar perwatakan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim. Tetapi unsur ketaasuban kepada pemimpin dan pemujaan kultus (cult worshiping) tidak terhad kepada PKR saja. Ciri yang serupa wujud dalam hampir semua parti, termasuk Umno, apabila ada pemimpin yang mengutamakan peribadi mereka daripada dasar dan perjuangan parti.
Dalam PAS ada beberapa watak kultus yang kuat pengaruhnya. Terulung adalah Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pemujaan penyokong PAS terhadapnya sudah mencapai tahap taasub dan pemujaan kultus. Ciri yang serupa turut dipamerkan terhadap Lim Kit Siang (DAP) dan Abdul Taib Mahmud (Parti Bumiputera Bersatu Sarawak).
Faktor pengundi atas pagar
Bagi pengundi tanpa parti dan atas pagar, membuat pilihan lebih rumit. Bilangan pengundi atas pagar dijangka lebih besar kali ini dengan bertambahnya bilangan pemilih baru.
Ramai pemilih baru, termasuk yang direkrut oleh parti-parti politik, tidak berparti. Selain pemilih baru, sebahagian penyokong Umno/BN yang berpaling tadah pada PRU 2008 mungkin kekal sebagai pengundi atas pagar.
Memperoleh undi pemilih baru ini lebih sukar kerana mereka belum biasa mengundi dan tidak terikat dengan mana-mana parti.
Mereka juga lebih sukar untuk dipengaruhi kerana majoriti tidak mengikuti media arus perdana atau tidak yakin kepada MAP. Kemungkinannya mereka lebih terdedah dan mempercayai media baru dan media alternatif.
Dalam konteks ini, penggunaan media baru berasaskan Internet adalah sangat penting. Siapa yang lebih meyakinkan atau lebih lantang akan mendapat perhatian. Tuduhan dan dakwaan yang tidak dijawab akan disimpulkan sebagai kebenaran. 
Aliran pengundian PRU 2013 
Adalah tidak memeranjatkan kalau aliran berikut berlaku pada PRU 2013:
1. Sebahagian penyokong Umno/BN yang merajuk pada PRU 2008 dan mengundi pembangkang akan kembali menyokong Umno/BN;
2. Yang masih berasa marah mungkin tidak akan keluar mengundi atau membuat undi protes dengan merosakkan kertas undi;
3. Umno/BN mungkin dibantu oleh ahli parti yang sebelum ini tidak mendaftar sebagai pemilih tetapi kini sudah didaftarkan dan oleh kegiatan memindahkan pengundi Melayu dari kerusi di mana BN tidak ada harapan menang ke kerusi di mana BN ada harapan merampas balik kerusi daripada pembangkang;
4. Majoriti pengundi baru bandar akan mengundi pembangkang manakala pengundi baru luar bandar akan mengundi BN; dan
5. Aliran pengundian akan mempamerkan ciri polarisasi kaum yang lebih buruk kerana kegiatan merekrut pemilih baru oleh parti-parti politik dibuat berasaskan perkiraan kaum. Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com
The Malaysian Insider/-

Solat Terakhir

Posted: 24 Mar 2013 11:39 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


"Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman, yaitu orang yang khusyuk dalam shalatnya" (QS. al Mukminun: 1-2).

LAZIMNYA, kalau seseorang hamba merasakan hidupnya di dunia ini sudah berada di hari-hari terakhir, akan berusaha untuk taat beribadah. Namun, saat terakhir hidup seseorang merupakan rahasia Allah. Sedangkan manusia diajak untuk senantiasa memaksimalkan penggunaan waktu untuk menghadapi saat terakhir di dunia ini.

Rasulullah saw, antara lain, mengajak untuk melaksanakan shalat bagaikan untuk yang terakhir kalinya. Shalat yang terasa terakhir kali, akan membuat diri kita tergugah untuk melaksanakannya secara maksimal. Juga muncul rasa takut kalau-kalau shalat yang dilakukan tidak diterima Allah. Dengan sendirinya, akan berusaha untuk menjaga setiap bacaan dan menghayati maknanya, serta menyempurnakan segala rukunnya. Semua ini akan membantu kekusyukan dalam shalat. Hal ini sangat penting dilakukan, mengingat kusyuk adalah syarat diterimanya shalat.

Bukan hanya itu, shalat adalah ibadah yang paling utama diperiksa di akhirat kelak. Kalau ia baik, maka baiklah ibadah-ibadah yang lain. Demikian juga sebaliknya, kalau ia buruk, maka buruklah amal yang lain. Bahkan, orang yang tidak menyempurnakan shalatnya pernah dilabelkan dengan pencuri dalam shalat. Para sahabat bertanya apakah yang dimaksud dengan mencuri dalam shalat. Dijawabnya, yaitu orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud dalam shalatnya.

Serambi Indonesia/-


Najib tekan pemandu teksi guna permit persendirian, kata PKR

Posted: 24 Mar 2013 11:29 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak semalam menekan pemandu teksi dakwa PKR hari ini ekoran tindakan perdana menteri menyuruh pemandu teksi perlulah "bai'ah" (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional (BN) jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mengecam ucapan Najib yang dianggapnya sebagai ketandusan idea dan membuktikan BN terdesak sehingga terpaksa mengambil langkah sedemikian.
"Ia membuktikan terdesaknya Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Rafizi.
"Saya mengkritik sekerasnya kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengumpan pemandu teksi. Ucapan beliau berbaur ugutan politik apabila beliau menyatakan bahawa pemandu teksi perlulah 'bai'ah' (mengikat janji) untuk mengundi Barisan Nasional jika mahu mendapatkan lebih banyak permit persendirian di masa hadapan," katanya.
Semalam, Putrajaya menyerahkan 1,000 permit teksi individu dan menjanjikan lebih lagi yang mana Najib berkata ianya merupakan bukti kerajaan BN menunaikan janjinya.
"Ini satu lagi janji ditepati kerajaan," kata Najib kepada 5,000 pemandu teksi dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Rafizi dalam pada itu turut menuduh Najib telah menciplak idea dasar Pakatan Rakyat (PR) dan mengumpan rakyat dengan berjanji akan melaksanakan program-program PR itu sekiranya Barisan Nasional menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.
"Setakat ini, Umno dan Barisan Nasional terus gagal untuk mengumumkan manifesto mereka sendiri. Sebaliknya, Najib telah menciplak," tambah Rafizi.
Walaupun demikian, beliau tidak bimbang dengan langkah terbaru terbaru tersebut serta menyifatkannya sebagai satu gimik politik dan tidak akan berkesan untuk menarik sokongan pemandu teksi.
"Saya pasti pemandu-pemandu teksi yang ada di seluruh negara faham bahawa pengumuman Dato' Seri Najib Tun Razak hanyalah satu gimik politik untuk menenangkan kemarahan mereka selama ini.
"Penyelesaian berpanjangan isu permit teksi ini terletak di tangan Pakatan Rakyat yang mula-mula sekali memperjuangkan isu ini," kata Rafizi yang memberi janji PR akan menyelesaikan masalah yang dihadapi pemandu teksi sebaik memerintah Putrajaya.
Baru-baru ini, kumpulan pendesak mewakili pemandu teksi Lembah Klang menuntut permit teksi, dan berharap Putrajaya akan menerima permohonan permit teksi tanpa syarat kepada pemohon individu.
Sistem sewaan sedia ada yang mana teksi dikehendaki membayar setinggi tiga kali pendapatan mereka kepada syarikat yang kebiasannya dikaitkan dengan politik yang digambarkan sebagai "perhambaan alaf baru".
Kumpulan yang mendakwa mereka daripada Gerakan Tuntutan Pemandu Teksi (TEKSI), menuntut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Datar (SPAD) untuk mendengar tuntutan mereka, yang telah dibawa untuk perbincangan.
Dengan pilihan raya yang semakin hampir, pentadbiran Najib dilihat cuba mengrlakkan perselisihan dengan kumpulan pengundi sasaran seperti pemandu teksi bagi menghadapi pilihan raya yang getir kali ini.
TEKSI dibentuk Oktober lalu selepas sejumlah pemilik teksi di Lembah Klang bersatu menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kepada Putrajaya agar memudahkan mereka memperolehi permit teksi.
Kumpulan itu juga sebelum ini mengugut untuk menjadi duta Pakatan Rakyat sekiranya tuntutan mereka tidak diendahkan.
Terdapat hampir 80,000 teksi di Malaysia dengan kebanyakannya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang, namun rekod rasmi menunjukkan  79,571 pemandu teksi berdaftar, dan 1,303 syarikat teksi seluruh negara.
Syarikat-syarikat ini memiliki 31,978 permit atau 48 peratus jumlah permit teksi di negara ini.
The Malaysian Insider/-

Pekerja tol maut tersepit

Posted: 24 Mar 2013 11:25 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


kemalangan

Mangsa maut selepas keretanya merempuh belakang sebuah bas di Kilometer 24.5 Lebuhraya Silk berhampiran Plaza Tol Sungai Ramal, awal pagi kelmarin.
KAJANG - Seorang pekerja tol maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 24.5 Lebuhraya Silk berhampiran Plaza Tol Sungai Ramal, di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, mangsa, Nor Apizi Md Isa, 32, ketika kejadian jam 5.52 pagi itu mangsa dalam perjalanan ke Semenyih.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta Kancil  dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh belakang bas yang berhenti di tepi jalan itu.

"Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan meninggal di lokasi kejadian. Pemandu dan penumpang bas terbabit tiada di lokasi kejadian," katanya.

Menurutnya, enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Sardan Sakiman mengambil masa 20 minit mengeluarkan mangsa yang kemudian dihantar ke Hospital Serdang.

Sinar harian/-

PAS desak Najib arah Taib Mahmud bercuti

Posted: 24 Mar 2013 11:23 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengarahkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud bercuti supaya membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat pendedahan video Global Witness berhubung isu penerokaan hutan dan pembalakan di negeri itu.

Pada masa yang sama, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar mendesak SPRM supaya segera menyiasat pendedahan yang dibuat sekalipun tiada laporan dibuat mengenainya.

Katanya lagi, kakitangan kerajaan negeri yang didakwanya terlibat dalam tuduhan salah urus tadbir itu termasuk ketua menteri Sarawak perlu mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan yang adil dan menyeluruh dapat dijalankan oleh suruhanjaya itu.

"(SPRM) jangan tunggu lagi. Pergi (siasat) sekarang, walaupun tak buat lagi laporan.

"Kita akan buat laporan, jika tiada siasatan. Atau PM arahkan (ketua menteri) cuti sementara. Kita nak melihat tranformasi kerajaan khususnya melibatkan rasuah," katanya.

Bercakap dalam sidang media pagi ini, Zulkefly juga berkata setakat ini perdana menteri juga masih belum menjawab berhubung pendedahan tersebut, bahkan penafian juga masih belum dibuat olehnya.

"Kalau tak betul saman. Tetapi setakat ini tak ada... Kita tak nampak pejabat ketua menteri digeledah atau (Taib) diminta bercuti.

"Kalau di Selangor (bawah Pakatan Rakyat), segera tindakan diambil. Kalau tidak betul buat penafian atau saman Global Witness," katanya yang juga ahlin jawatankuasa PAS Pusat.

Zulkefly berkata pendedahan yang dibuat Global Witness melalui penyamaran sebagai pelabur antaranya melibatkan dakwaan habuan kepada ketua menteri kerana kelulusan lesen pertanian, dakwaan korupsi dari perjanjian tanah dan dakwaan pembabitan peguam tempatan yang didakwa membantu transaksi yang bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.

Bagaimanapun dilaporkan Taib Mahmud memberi amaran supaya rakyat tidak mudah percaya kepada sesiapa yang mendakwa bertindak sebagai agennya untuk membeli tanah di Sarawak dan SPRM juga dilaporkan akan menyiasat mengenai perkara itu. 

Ditanya bila pihaknya akan membuat laporan berhubung perkara itu, Zulkefly berkata pihaknya akan berbuat demikian dan tempoh seminggu.

"Selepas itu kita akan buat roadshow di seluruh mengenai (menjelaskan isu ini)," katanya termasuk berbincang dengan peguam untuk meneliti tindakan saman terhadap kerajaan negeri.

Malaysiakini/-

Kuala Nerus: Peluang PAS sangat cerah

Posted: 24 Mar 2013 11:21 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kuala Nerus disambungkan dengan Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang merentas Sungai Terengganu.

Setiap kali rakyat Terengganu mahu melalui jambatan ini, mereka dikenakan tol 50 sen. Namun itu kisah lama. Pada malam keputusan pilihan raya umum diumumkan pada tahun 1999, tol 50 sen itu telah dimansuhkan.

Ia berlaku sebagaimana janji PAS dalam pilihan raya itu, mahu menghapuskan tol di atas jambatan itu. Sebaik saja PAS menang dalam pilihan raya 1999, belum lagi kerajaan dibentuk, tol di situ sudah dimansuhkan melalui arahan pentadbiran. Kini yang tinggal hanya rumah tol sahaja.

50 sen bagi orang berada mungkin tidak besar tetapi bagi peraih ikan, petani atau nelayan, RM1 pergi dan balik melalui jambatan itu satu nilai yang besar.

30 hari atau sebulan bermakna RM30 mereka belanjakan untuk tol sahaja. Sebab itu selepas ia dimansuhkan, ia menjadi satu perkara yang melegakan banyak pihak.

Apabila naik ke jambatan ini dari Kuala Terengganu, kita boleh melihat arca-arca menarik yang dibina oleh bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dengan menggunakan wang ehsan.

Namun ianya semua arca sahaja yang tidak boleh digunakan. Masjid kristal nama sahaja masjid tetapi tidak dibuat solat Jumaat di situ.

Kini pembangunan di Terengganu tertumpu kepada kawasan Parlimen Kuala Nerus. Banyak bangunan menarik dibina di sini termasuklah Stadium Sultan Mizan yang roboh itu.

Kini stadium itu tinggal bahagian konkrit sahaja kerana bumbungnya yang runtuh sudah mula dibuang(gambar). Pelik juga, bahagian konkrit hingga ke bawah gagah berdiri tetapi bumbungnya sudah hilang.

Rupa-rupanya, konkrit direkabentuk oleh arkitek terkenal Terengganu Datuk Raja Bahrin manakala bumbungnya direkabentuk dan dipasang oleh pihak lain iaitu syarikat Sohwon dari Korea.

Selain stadium, di Kuala Nerus juga ada dua universiti, Institut Pendidikan Guru (IPG) pusat latihan Petronas dan lain-lain. Pendekata Kuala Nerus bergerak laju bersama arus pembangunan negara.


Pilihan raya

Dalam pilihan raya 1999 juga, PAS buat pertama kali menang di Parlimen Kuala Nerus. Ia dimenangi oleh Mohd. Shukrimun Shamsuddin mengalah calon Umno.

Namun pada pilihan raya 2004 dan 2008, Shukrimun yang kini Yang Dipertua PAS Kuala Nerus gagal mempertahankan kerusi itu. 

Pada amalan biasa PAS, mereka yang kalah dua kali berturut-turut jarang diletakkan sekali lagi sebagai calon. Jadi besar kemungkinan PAS akan meletakkan calon baru di kerusi itu dalam pilihan raya ini.

Nama yang paling popular adalah Dr Khairudin Aman Razali(gambar kiri) atau lebih dikenali dengan nama Khairudin At-Takiri. Beliau adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat. 

At-Takiri adalah sempena dengan nama kampung kelahirannya Seberang Takir, sebuah kampung yang terletak di kawasan Kuala Nerus. Seberang Takir terkenal dengan nelayannya dan keropok lekornya yang sedap, sehingga ada sebuah kampung di di situ yang dinamakan Mengabang Lekor.


Dewan Undangan Negeri

Di bawah Parlimen Kuala Nerus ada empat kawasan DUN iaitu Bukit Tunggal, Tepoh, Teluk Pasu dan Seberang Takir.

Kini PAS hanya menang di Bukit Tunggal melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak. Dalam pilihan raya umum 2008, Dr Alias menang dengan majoriti 336 undi mengalahkan calon BN, Tuan Arif Sharibu Fadilah Tuan Ahmad.

Menurut desas desus di Pekan Batu Enam, Dr Alias akan kekal bertanding di Bukit Tunggal. Begitu juga calon PAS di Teluk Pasu pada tahun 2008, Ridzuan Hashim.

Dalam pilihan raya akan datang ini, seorang jurutera JKR, Mohamad Yasin dikatakan menjadi calon yang paling popular dari Umno untuk merampas kerusi Bukit Tunggal dari Dr Alias.

Calon PAS di Tepoh dikatakan akan bertukar kepada calon baru. Seorang tokoh baru yang merupakan Exco Pemuda PAS Terengganu, Hishamudin Abdul Karim (gambar kanan)dilihat banyak memimpin program-program PAS di Tepoh.

Jika benar, beliau bakal bertembung dengan Ustaz Ramli Nuh, Timbalan Exco Agama Terengganu yang lebih dikenali Adun 10 peratus ini. Sudah beberapa kali Ramli Nuh mencabar tokoh muda ini berdebat melalui ceramah-ceramahnya.

Namun apabila dihantar surat rasmi untuk berdebat, Ramli tidak pula menerimanya. Beliau hanya diam dalam rumah besarnya sahaja. Yang pasti sejak itu, tidak ada lagi cabaran berdebat dari Ramli.

Jika benar ada dua muka baru PAS di Kuala Nerus ini, bermakna sasaran untuk mencalonkan 40 peratus muka baru PAS di Terengganu, ia bakal menghampiri kenyataan. Di Kuala Nerus saja, dua muka baru akan bertanding iaitu Tepoh dan Kuala Nerus.

Berdasarkan persetujuan 2008, DUN Seberang Takir akan ditandingi oleh calon PKR. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang kelibat siapakah akan  bertanding di Seberang Takir dari PKR. 

"Jika PKR tidak bersedia, PAS sedia untuk mengambil alih tempat ini," kata Penyelaras DUN Seberang Takir dari PAS, Zakaria Dagang.

Sejak dari dulu, Seberang Takir adalah kubu Umno. Ini kerana, di situ ada sebuah kem tentera yang selama ini menjadi 'deposit tetap' untuk BN.

Namun senario kebelakangan ini agak berubah. Tentera tidak lagi akan mengundi secara tertutup di dalam kem masing-masing. Wakil calon (polling agent) parti-parti yang bertanding kini dibenarkan memerhatikan proses pengundian.

Menurut Zakaria, undi tentera di kem itu kini hanya  kira-kira 1,600 sahaja kini berbanding dengan hampir 2,000 sebelum ini.

Dalam pilihan raya 2008, calon PKR Muzafeq Affyuzaifuzan Mamat kalah kepada calon BN Ahmad Razif Abdul Rahman dengan majoriti 2,430 undi.


Prospek Kuala Nerus

Menurut Dr Briget Welsh, pengkaji sains politik Asia Tenggara, PAS hampir pasti menang di  Parlimen Marang manakala BN hampir pasti menang di Kemaman, Besut dan Setiu di Terengganu.

Ini bermakna, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Hulu Terengganu masih kelabu. Ia boleh pergi ke PAS atau kepada Umno dalam pilihan raya umum kali ini.

Bagi satu kajian lain pula, PAS hampir pasti akan menang di Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.  Namun semuanya boleh berlaku dalam pilihan raya kali ini.

"Saya yakin kita (PAS) boleh menang dengan majoriti lebih 1,000 undi di Parlimen Kuala Nerus," kata Zakaria Dagang (gambar kiri), petugas veteran di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.

Di samping itu, Zakaria juga menjangkakan PAS akan menang di DUN Tepoh, Telok Pasu dan sudah pasti di Bukit Tunggal dalam pilihan raya ini.

Harakahdaily/-

PRU13: Polis beri tumpuan kawasan panas di Perak

Posted: 24 Mar 2013 11:18 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


IPOH - Polis Perak akan memberi lebih penekanan terhadap beberapa kawasan yang dianggap panas di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim.
Beliau berkata polis telah mengenal pasti enam atau tujuh daerah yang dipercayai kawasan berisiko bagi sesetengah pihak mencetuskan provokasi.
"Memang ada tempat yang dijangka menjadi kawasan panas pada pilihan raya umum nanti. Polis sudah kenal pasti tempat dikatakan panas itu.
"Polis memberi tumpuan kepada kawasan panas itu bagi memastikan tidak berlaku sebarang provokasi di kawasan tersebut yang boleh menjejaskan proses PRU-13," katanya kepada pemberita selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-206 di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan kawasan tersebut dan jumlah anggota yang akan mengawal keadaan keselamatan pada PRU-13.
Bagaimanapun, beliau berkata polis Perak sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
"Kontinjen Perak bersedia untuk bertugas menjaga kawasan panas pada pilihan raya nanti tetapi keadaan boleh berubah dari semasa ke semasa," katanya.
Sementara itu, mengenai Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Mohd Dzuraidi berkata unit baharu yang diperkenalkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013 itu sudah mula beroperasi bagi memerangi jenayah di Perak.
Beliau berkata setiap daerah akan mempunyai kira-kira 10 unit motosikal bergantung kepada keperluan kawasan terbabit terutama lokasi yang dikenal pasti sebagai panas.
"Sebanyak 135 unit motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 akan mula digunakan oleh pegawai dan anggota polis terpilih bermula, awal April ini.
Katanya unit bermotosikal ini akan menjalankan tugas rondaan di beberapa daerah terpilih khususnya di kawasan yang tidak boleh dilalui kereta peronda MPV.
"Mereka akan berinteraksi dengan masyarakat dan melakukan rondaan selama 15 minit dan berhenti untuk berjumpa penduduk setempat," katanya. - Bernama

Penyelewengan penerokaan hutan Sarawak sangat serius

Posted: 24 Mar 2013 09:02 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Zulkifli  [tengah] dan rakan-rakan menceritakan masalah alam sekitar di Sarawak yang semakin terdedah)

KUALA LUMPUR: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud berhubung pendedahan Video Global Witness mengenai penerokaan hutan di negeri itu.

Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar berkata, Taib dan juga kakitangan kerajaan negeri yang terlibat dalam dakwaan urus tadbir itu harus mengambil cuti buat sementara waktu agar siasatan dapat dijalankan oleh SPRM.

"Sudah seminggu pendedahan ini dibuat tapi belum ada siasatan dijalankan.

"Sebagai sebuah kerajaan yang dimomokkan adil dan telus dalam setiap urus tadbir mereka, seharusnya tindakan ini diambil," kata beliau pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Video selama 16 minit 24 saat itu meliputi empat hasil siasatan melalui penyiasat persendirian yang menyamar sebagai pelabur untuk penanaman kelapa sawit di Sarawak antaranya ialah habuan kepada Taib dari kelulusan Lesen Penanaman / Pertanian.

Global Witness yang berpengkalan di London itu juga mendedahkan terdapat korupsi dari Perjanjian Tanah di mana sebahagian ahli keluarga Taib itu diberikan tanah atas arahan Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar yang dipimpin oleh Taib sendiri dan mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit darinya.

Selain itu, sebuah syarikat perkongsian di antara sepupu Taib, seorang Ahli Parlimen dari parti Taib dan kakak ipar Najib ditawarkan untuk jualan melalui transaksi tidak sah di Singapura yang direka untuk mengelak cukai dari Kerajaan Malaysia.

Korupsi juga berlaku dalam perkhidmatan yang ditawarkan peguam tempatan untuk membantu transaksi haram dan bercanggah dengan undang-undang Malaysia dan Singapura.

"Jika proses kelulusan lesen balak boleh dimanipulasi untuk kepentingan jahat pihak yang berkepentingan sehingga akhirnya mendorong kemusnahan hutan malah sistem ekologi yang menjadi sumber makanan dan minuman kepada haiwan liar serta Orang Asal di Sarawak," katanya lagi.

Zulkefly juga berkata, jika pendedahan itu tidak benar, Taib harus membuat penafian atau menyaman Global Witness.

"Kalau Global Witness salah buat laporan, Taib seharusnya membuat penafian atau mengambil tindakan undang-undang.

"Sekarang ini beliau mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjawab apa-apa," katanya.

Justeru beliau berkata, sekiranya SPRM tidak mengambil apa-apa tindakan, pihaknya sendiri akan membuat aduan ke institusi tersebut.

"Sebelum ini dah ada beberapa kenyataan daripada pemimpin BN mengenai isu ini tapi SPRM tak siasat pun.

"Jadi kalau dalam masa seminggu ini tiada apa-apa tindakan juga, kami sendiri akan ke pejabat SPRM," katanya sambil menambah akan melakukan siri jelajah berhubung isu ini.

Harakahdaily/-

AR Badul: 'Lahad Datu buat saya rasa nak berperang'

Posted: 24 Mar 2013 08:58 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


AR Badul

AR Badul .- Foto Sinar Harian MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI
AR Badul

Salah satu babak dalam filem Darah Satria
Filem Darah Satria dan Prebet Lapok cukup hebat suatu ketika dahulu. Paling terkesan filem Darah Satria yang mana memperlihatkan perjuangan tentera menentang komunis di hutan. Realitinya hari ini, ia dianggap lebih kurang sama dengan situasi yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.
Penerbit, pengarah, penulis skrip dan pelawak terkenal, AR Badul punyai seribu satu kenangan mengenai hidup ala tentera. Berkampung dalam tempoh lama bagi menyiapkan filem tersebut, sudah pasti Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie terasa terkesan apabila ada yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan kita di Sabah. Wartawan Sinar Harian, HASLI NA KAMALUDIN dan NOR FAIZAL GHAZALI bersama jurufoto ZULFADHLI ZAKI mendapatkan reaksi Badul mengenai insiden ini

Bagaimana tercetusnya idea untuk menghasilkan filem Darah Satria?

Idea ini bermula daripada produser ketika itu yang mahukan genre berbeza daripada cinta. Tetapi dalam masa sama, tidak meninggalkan terus elemen cinta dalam filem. Menerusi perbincangan, kami ambil keputusan untuk mengetengahkan kisah tentera. Mesejnya mudah, iaitu tugas sebagai tentera adalah lain daripada yang lain yang sedia berkorban diri untuk negara. Masih wujud unsur cinta tetapi dengan cara positif di mana tunang anggota tentera ini rela dan mendoakan orang tersayang pergi berjuang di medan perang. Selain berlakon, saya bertindak sebagai penolong pengarah, di samping Datuk Aziz Satar sebagai pengarah.

Bagaimana dengan pra-perfileman, memandangkan ia berkaitan tentera?

Kita sangat bertuah dan berterima kasih kepada Kementerian Pertahanan yang memberi sepenuh sokongan terhadap filem ini. Penggambaran dilakukan dalam kem dan di hutan Gombak. Pegawai tentera ketika itu memberi tunjuk ajar serta latihan kepada kami sebelum memulakan penggambaran. Kami juga dibenarkan menggunakan senjata, lokasi, pakaian sebenar seorang tentera. Kami juga direkrut pegawai khas sepanjang penggambaran.

Berapa kos filem dan berapa lama penggambaran di dalam hutan?

Untuk filem Darah Satria, kos filem mencecah RM100,000. Ia jumlah yang besar pada ketika itu dan merangkumi semuanya termasuk promosi. Kami berkampung selama dua minggu di hutan. Kami melalui kehidupan seperti tentera seperti mengalami sendiri pengalaman tidur dalam khemah, makanan dan semua perkara yang dilakukan tentera. Bukan senang kerana selain daripada pelakon tambahan yang ramai, kami juga menggunakan senjata sebenar. Berat dan kami perlu berhati-hati. Semua ini demi untuk memastikan filem ini sukses.

Apakah kesukaran dalam menyiapkan filem tersebut?

Kami diberi peluang untuk menggunakan helikopter dalam beberapa babak. Kebanyakan aksi dilakonkan pelakon sendiri. Aksi paling sukar adalah situasi di dalam helikopter. Pelakon perlu turun dari helikopter menggunakan tali. Bukan sahaja tinggi, malah angin yang kuat juga menambah kesukaran. Kami hanya diberi latihan terjun tiga hari. Tetapi segala-galanya berjalan lancar. Selain itu, memegang senjata sebenar juga adalah masalah besar buat kami. Kami risau takut perkara yang tidak diingini berlaku.
 
Adakah pada ketika itu mahu menaikkan semangat patriotik rakyat Malaysia?

Pada asalnya, kita hanya ingin tukar tajuk sahaja. Tapi, apabila ditayangkan, mendapat sambutan kerana genre berbeza, ia secara langsung memberi impak positif kepada penonton dan lebih patriotik daripada biasa.
Selain Darah Satria, anda turut terlibat dalam filem ala tentera iaitu Prebet Lapok.

Ya, filem Prebet Lapok, saya diberi peranan utama. Masih mengisahkan hidup ala tentera. Ia juga disampaikan secara ringan iaitu bagaimana kehidupan tentera di kem. Ada juga tentera keluar malam, masalah disiplin dan sebagainya. Filem ini berjaya menarik ramai anak muda ketika itu untuk menyertai tentera. Untuk jadi tentera, hanya perlu ada semangat, disiplin dan rela berkorban nyawa untuk agama, bangsa dan negara.    
 
Melihat situasi sebenar tentera berperang di Lahad Datu, apakah anda boleh digambarkan?

Pertama, ia mengingatkan kenangan saya berlakon di hutan dulu. Walaupun hanya berlakon, tetapi bukan mudah. Beg dan senjata yang berat. Kami perlu fokus. Melihat apa yang berlaku di depan mata kita ini membuatkan saya terasa ingin berjuang bersama mereka. Saya dapat rasakan betapa sukarnya mereka menjaga keamanan negara kita dan bagaimana mereka perlu berdepan dengan musuh sebenar. Semangat mereka ada dengan saya. Tapi, apa yang boleh, saya hanya doakan yang terbaik. Mereka adalah tentera terlatih. Saya bangga dengan mereka.

Khabarnya, ada antara ahli keluarga anda juga seorang tentera?

Ya, anak lelaki saya adalah komando VAT69. Dia juga dihantar ke Lahad Datu dan juga banyak misi di luar negara. Kerana itu, saya sangat faham perasaan keluarga tentera.

Apakah kewajaran untuk pengarah filem menghasilkan filem patriotik pada masa sekarang?

Kita sebenarnya tidak banyak sejarah perang, soal buat filem itu terserah kepada produser. Pada masa sekarang perlu buat filem yang melambangkan kedaulatan negara dan keperkasaan tentera kita. Jangan buat filem 'pak turut dan pak sangkut' saja yang akan merosakkan institusi Malaysia.

Apakah anda akan menghasilkan filem patriotik?
Kalau ada permintaan saya akan pertimbangkan untuk mengarah.  
 
Apa komen anda mengenai persepsi yang mempertikaikan perjuangan anggota keselamatan di Lahad Datu?

Negara kita jarang berperang. Kerana itu, mereka seperti tidak ada perasaan kasih sayang. Sudah macam hilang akal dengan melemparkan pelbagai tohmah dan kata-kata negatif. Sedangkan kalau ada berlaku kemalangan jalan raya pun kita rasa simpati. Inikan pula tentera yang ingin mempertahankan kedaulatan negara. Seharusnya mendengar tentera perlu bertugas ke Lahad Datu itu pun kita sudah sugul dan sedih. Apabila kena tembak, mengapa tergamak mengatakan ini sandiwara. Mereka tidak fikir orang lain. Cuba kalau saudara mereka ditembak. Pasti sedih. Inilah yang berlaku apabila wujud pihak-pihak yang tidak pernah fikir perasaan orang. Seolah-olah dalam otak mereka ada 'cip' yang ikut sahaja cakap beberapa pihak yang mengaitkan isu ini dengan politik.
 
Apakah situasi tentera hari ini melawan Sulu lebih teruk daripada zaman melawan komunis dulu?

Bagi saya, Sulu ni komunis moden. Ada duit, kedudukan dan penyokong. Jika mereka berjaya, mereka akan dapat habuan dan bahagian tertentu. Komunis tidak kerana mereka ada fokus. Saya lihat Sulu tiada fokus. Kenapa mereka mahu Sabah? Mereka muncul tiba-tiba dalam keadaan dan saat sekarang (musim Pilihan Raya).

Bagaimanakah pandangan anda dengan moral rakyat Malaysia terhadap anggota keselamatan?

Pasukan keselamatan perlulah dihormati. Mereka ini harga yang tidak ternilai kepada negara. Sekiranya negara menghadapi perang, merekalah benteng utama, bukan bomba atau jururawat. Tanpa mereka habislah kita. Saya sangat bersimpati kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban. Masyarakat perlu menghargai jasa dan tanggungjawab mereka bukan menghina.
 
Apakah harapan anda terhadap insiden Lahad Datu ini?

Saya tahu ini adalah detik sukar untuk semua warga Malaysia dan pasukan keselamatan kita. Perkara ini sudah pasti memakan masa agak lama untuk berakhir. Tetapi, saya berharap tidak akan ada lagi kata-kata negatif terhadap pasukan keselamatan. saya berdoa perkara ini akan dapat ditamatkan dengan penuh diplomasi. 

Perlukah kisah Lahad Datu difilemkan sebagai pengajaran kepada generasi akan datang?

Saya rasa ia tidak perlu menjadi filem. Lebih baik dijadikan dokumentari. Pada saya, siapa juga yang nak buat filem, ia tidak lari daripada nak dapat untung. Kalau dokumentari ia akan lebih diberi perhatian. Minta maaf cakap, filem hanya untuk untung. 

Apakah pandangan mengenai seniman atau artis yang memilih politik?

Pada saya, mereka ini tidak jujurlah. Mereka kena tahu apa tujuan masuk politik? Tidak perlu hipokrit. Kalau artis itu mahu bersihkan diri dan dekatkan diri dengan agama, mereka tidak semestinya kena masuk politik. Sepatutnya mereka perlu belajar dulu. Bila mereka masuk platform politik, secara tidak langsung kita akan mengata orang juga, baik masuk pondok. Kita mahu berdakwah, kenalah sedar standard diri kita. Contohi Ustaz Akhil Hayy, belajar dulu betul-betul lepas itu bolehlah nak berceramah dan berdakwah.

Ada sesetengah pihak dilihat terlalu ekstrem dengan politik, bagaimana anda melihat situasi ini?

Pada saya kita tidak perlu terlalu ekstrem dalam hal politik. Mana yang elok kita turut, tak perlu ekstrem mana-mana parti politik. Siapa pun yang memerintah negara, saya tetap macam ini juga. Kita perlu terbuka, jangan terlalu terikut dengan apa yang orang cakap. Jadi kita ikut mana yang elok, mana yang kita rasa betul. Satu hal lagi, mengapa jika ada pihak yang menghina negara diberi muka? Kenapa kita terlalu berlembut? Minta maaf, paling tidak saman. Kalau orang minum air ketum kita lempang pula. Ini orang yang sah-sah hina negara.

Sinar harian/-

Najib umum pewujudan Zon Selamat Sabah Timur

Posted: 24 Mar 2013 08:33 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pewujudan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah Safety Zone (ESSZONE) di kawasan timur Sabah merangkumi 10 daerah.
Beliau berkata ESSZONE membabitkan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau itu berkuat kuasa hari ini.
"Sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan bagi memelihara hak demokratik serta proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan di kawasan timur Sabah, saya dengan ini mengumumkan, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962, mengisytiharkan pewujudan ESSZONE di kawasan timur Sabah merangkumi 10 daerah.
"Sepuluh daerah ini akan ditadbir oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh menteri dalam negeri," katanya ketika berucap pada perbarisan sempena peringatan Hari Polis ke-206 di Pulapol, Jalan Semarak di sini hari ini. 
Menurut beliau, jawatankuasa dikenali Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur akan dipengerusikan ketua menteri Sabah dan dibantu seorang ketua pegawai eksekutif serta anggota-anggota yang akan diumum kelak. — Bernama

Hishammuddin mesti kutuk ugutan ‘Bunuh Tian Chua’, kata Ambiga

Posted: 24 Mar 2013 08:28 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ambiga: Hishammuddin harus memperbetulkan keadaan. — Gambar fail Saw Siow Feng
KUALA LUMPUR — Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini mendesak Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mencela penyokong Umno kerana mengancam untuk membunuh Chua Tian Chang dari PKR, atau berisiko disenarai hitamkan oleh pemantau pilihan raya Bersih 2.0 kerana membiarkan keganasan politik.

Pekerja parti tersebut menjeritkan "Bunuh Tian Chua" apabila naib presiden Umno itu menggesa mereka bersatu di belakang Barisan Nasional (BN) dan "menghapuskan pengkhianat" seperti naib presiden PKR — lebih dikenali sebagai Tian Chua di mana sekutunya dalam Pakatan Rakyat (PR) telah dituduh menghasut serangan Sulu terhadap Sabah.
"Dia (Hishammuddin) harus ke depan dan memperbetulkan keadaan, dan menyatakan beliau tidak menyokong respon dari hadirin," kata Ambiga kepadaThe Malaysian Insider hari ini.
"Beliau harus tampil ke hadapan untuk menentang keganasan politik oleh semua pihak… jika tidak, beliau akan masuk kedalam senarai ahli politik yang menggalakkan keganasan," tambah pengerusi bersama Bersih 2.0 itu.
Ambiga berkata Sabtu lepas mana-mana calon Pilihan Raya 2013 yang bertanggungjawab terhadap insiden keganasan semasa acara politik akan "dinamakan dan dimalukan" oleh Bersih 2.0 dalam media sosial seperti Twitter.
Hishammuddin mengakui semalam keganasan politik dalam negara semakin memburuk, tetapi menuduh PR yang mengeksploitasi keadaan untuk menimbulkan kebencian terhadap kerajaan dan polis.
Beliau juga menjangkakan lebih banyak insiden keganasan mungkin berlaku semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013, yang dijangkakan akan diadakan beberapa minggu lagi, kerana kekurangan tenaga dalam pasukan polis.
Ambiga mengatakan hari ini Hishammuddin sepatutnya menghentikan hadirin secara serta merta apabila mereka mengancam Tian Chua, mengatakan naib presiden Umno itu mempunyai kawalan terhadap penyokong partinya.
"Ini adalah intimidasi. Apabila ianya ugutan untuk membunuh, ia adalah kesalahan di bawah Seksyen 503, Kanun Keseksaan yang berurusan dengan intimidasi jenayah. Berbanding orang lain, beliau seharusnya tahu tentang itu," kata bekas presiden Majlis Peguam itu.
"Ini termasuk kepada semua diluar sana yang berkempen, bercakap kepada penyokong mereka. Mereka harus menjadikannya sangat jelas tidak akan menyokong sebarang keganasan dan perlakuan ganas. Saya mengharapkan semua yang bertanding dalam pilihan raya untuk berkelakuan seperti pemimpin dan menunjukkan contoh yang baik," tambah Ambiga.
Peguam tersebut juga meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengutuk ancaman bunuh terhadap Tian Chua, membangkitkan Najib telah menandatangani ikrar perlakuan beretika dalam Pilihan Raya 2013.
"Ini adalah sebahagian daripada perlakuan beretika dalam berkempen. Adalah penting kenyataan dibuat bahawa mereka yang berkempen mesti melakukannya secara bertanggungjawab dan beretika," kata Ambiga.
Ambiga mengatakan Sabtu lalu telah menjadi amalan biasa pemimpin kebangsaan untuk menjauhkan diri mereka dari tindakan keganasan oleh penyokong mereka walaupun bersetuju dengan etika semasa pilihan raya.
Najib bersama dengan pemimpin parti komponennya baru-baru ini telah menandatangani Ikrar Pilihan Raya Transparency International — Malaysia, langkah yang mereka katakan menunjukkan kesungguhan untuk berlawan secara adil dalam pilihan raya akan datang.
Tetapi Najib dan gabungan yang dipimpinnya dikritik kerana mendiamkan diri berhubung beberapa serangan ganas ke atas pembangkang yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN atau ahli Umno, parti Melayu tunjang gabungan tersebut.
Insiden keganasan yang telah berlaku sejak Januari tahun ini termasuk serangan fizikal ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Johor di mana ahli Umno dikatakan membaling batu, kayu dan mercun.
Pada insiden lain di Pahang bulan lepas, anak perempuan Anwar, Nurul Izzah Anwar, hampir diserang secara fizikal oleh penyokong Umno dan walaupun penyokong beliau telah berjaya untuk mengelakkannya, naib presiden PKR itu terus didera secara lisan.
Pada 12 Mac, ahli Umno disyaki terlibat dalam satu serangan ganas terhadap pembangkang, termasuk ugutan membakar ibu pejabat PKR beberapa hari selepas pemimpin parti mendakwa diserang penyokong kerajaan di Melaka.
Ahli-ahli dari kumpulan sayap kanan itu melontar batu, kayu dan kon trafik ke arah bangunan tersebut. Beberapa telah membakar bendera parti. Kejadian itu berlaku di bawah pemerhatian polis. Walau bagaimanapun, tiada tindakan diambil.
The Malaysian Insider/-

Dun Selangor bubar minggu ini?

Posted: 24 Mar 2013 08:15 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor dikatakan akan menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).

Abdul Khalid juga dikatakan akan mengadakan mesyuarat Exco yang terakhir hari ini untuk membincangkan mengenai 'caretaker government', penyerahan tugas dan perkara berkaitan pembubaran tidak lama lagi.

Lebih mengukuhkan lagi apabila beliau dikatakan memilih hari Isnin untuk mengadakan MMKN berbanding kebiasaannya pada Rabu setiap minggu.

Sumber dalaman tidak menolak kemungkinan mesyuarat Exco diubah ke Isnin iaitu hari ini kerana Abdul Khalid akan mengadakan perbincangan dengan barisan Exconya berhubung pembubaran Dun Selangor pada Rabu.

Menurut sumber lagi, pihak istana mahukan pembubaran diadakan dalam satu majlis rasmi yang sempurna dan teratur sebagai mana mereka menghadap baginda ketika mula mengambil alih Selangor Mac 2008.

Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid mengumumkan kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap Goh Meh.

Beliau berkata, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.

"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa induktor berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan Dun).

"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya sebelum ini.

Bagaimanapun cadangan tersebut dikecam banyak pihak terutamanya Barisan Nasional (BN) kerana sehingga hari ini beliau belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Sinar harian/-

Rakyat Bentong bangkit mahu lihat telinga Tok Nan dipotong

Posted: 24 Mar 2013 08:11 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Rakyat Bentong tidak kira apa kaum kini bertekad bangkit mau melihat agar Tok Nan Yaakub menunaikan janjinya mau potong telinga dan terjun Sg Pahang jika DAP/PR mampu menang Parlimen P89 Bentong pada PRU 13 nanti.

Kesungguhan ini dibuktikan apabila ribuan warga Bentong, Pahang turun ramai-ramai memberikan sokongan padu pada ceramah anjuran DAP/PR di Benus, Bentong Pahang untuk mendegar ceramah yang disampai oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Indera Mahkota YB Azan Ismail dan calon DAP/PR Parlimen Bentong Sdr Wong Tack.

Parlimen P89, Bentong kini disandang oleh Timbalan Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai.

Jika dilihat pada mood rakyat kini yang mau melakukan perubahan maka peluang untuk rakyat melihat Tok Nan potong telinga dan terjun Sg Pahang amatlah cerah sekali.

Harakahdaily/-

Merenung watak Qarun dalam politik Melayu

Posted: 24 Mar 2013 08:10 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Al-Quran adalah sumber petunjuk  umat manusia. Petunjuk-petunjuk Ilahi itu disampaikan dengan pelbagai cara. Sebahagiannya berbentuk perintah dan larangan, teguran dan amaran, tetapi tidak sedikit yang disampaikan melalui rekod sejarah penuh pengajaran. Misalnya menerusi kisah dan teladan. Penyampaian cerita-cerita tersebut di dalam al Quran bukan sekadar untuk diketahui, tetapi adalah mesej petunjuk daripada Yang Maha Agung.

Sekiranya anda pernah ke Mesir, sebagai penuntut mahupun pelawat, penulis yakin anda pernah menjejaki tempat yang dipercayai menjadi kawasan Qarun bermukim. Ma'bad Qarun, Buhaira Qarun, Qasru Qarun, Qaryah Qarun antara nama-nama tempat yang lazimnya menjadi lokasi penjelajahan para pengunjung dan tetamu dermawan yang teguh membayar tiket puluh-puluhan junaih untuk menyaksikan Qarun yang telah ditenggelamkan. Persoalannya, insafkah kita kepada hakikat yang diberitakan Allah tentang nasib Qarun?

Ketika fatrah penyebaran dakwah Nabi Musa alaihissalam kepada kaumnya Bani Israel, Baginda pernah digawatkan dengan kemunculan satu watak penderhaka yang seangkuh Firaun, selicik Haman, iaitu Qarun. Qarun tampil di hadapan Baginda Musa dengan citra kerakusan konglomerat lupa daratan. Hartanya yang melimpah ruah digunakan untuk memaksa "Satu Israel" (seluruh bangsa Israel) memulaukan dakwah Baginda Musa yang giat menyebarkan risalah syariat dan tauhid.

Al-Quran memperkenalkan Qarun sebagai orang yang berasal daripada kaum Nabi Musa. Ini bermakna, Qarun juga daripada bangsa Yahudi, ras yang sama seperti Baginda Musa alaihissalam. Begitupun, bukanlah bererti Qarun menyebelahi nasib kaumnya, bahkan dengan bongkak menindas dan memeras saudara yang sebangsa dengannya. Apa-apa yang menimpa nasib kaumnya tidak dipedulikan, yang penting nafsu temboloknya dipenuhi setiap hari.

Qarun terkenal mempunyai kekayaan luar biasa. Imam Ibnu Kathir menyatakan bawaha kunci khazanahnya sahaja tidak terpikul oleh sejumlah orang kekar perkasa. Beliau mendakwa kekayaannya adalah hasil usahanya sendiri.

"Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya)." (Surah al-Qasas : ayat 78)

Dengan mempamerkan segala kemewahannya, Qarun seolah-olah ingin memberikan isyarat kepada kaumnya bahawa dia mampu melakukan segala-gala, mengupah, membeli, membiayai dan menyumbang apa dan berapa sahaja - 3 juta, 4 juta, 5 juta, semua itu dihujung telunjuk dan mulus suara yang mampu ditunaikan oleh Qarun. Sesiapapun bakal disihir dan terpegun menyaksikan kemewahan Qarun.

Kemampuan material yang luar biasa dimiliki oleh Qarun menyebabkan ramai kaumnya yang tertewas daripada landasan kebenaran yang disebarkan oleh Nabi Musa.

Jangan cuba mencabar Qarun!

Jangan berani melangkah Qarun!

Jangan sekali-kali berusaha menjatuhkan Qarun!

Qarun mampu menakluk, merasuah sesiapa sahaja untuk menewaskan sesiapa sahaja dengan longgokan hartanya. Inilah sedikit gambaran betapa rakusnya Qarun menindas, mengancam dan mencengkam sesiapa yang menjadi mangsa.

Qarun yang juga merupakan salah seorang anggota kabinet Firaun, telah menggunakan posisi politiknya untuk memintas pengaruh Musa alaihissalam sebagai pautan Bani Israel. Qarun pernah menggunakan kekayaannya untuk membiayai rancangan memusnahkan personaliti Musa. Qarun turut mengupah mata-matanya yang mengawasi setiap gerakan, aktiviti dakwah Nabi Musa dengan tujuan mengekang kemaraan dan memusnahkan reputasi Baginda.

Dalam satu riwayat yang dinaqalkan oleh Imam Ibnu Jarir at-Tabari, pernah satu ketika Qarun menaja seorang pelacur supaya mengaku bahawa Musa pernah menidurinya. Lalu pelacur yang ditugaskan tersebut berteriak di tengah khalayak bahawa dia pernah berzina dengan Nabi Musa. Belum pun terbukti Nabi Musa melakukan, Baginda dilihat di dalam kandang pesalah.

Pelacur itu mendakwa bahawa anak yang sedang dihamilinya, merupakan hubungan terlarang bersama Musa alaihissalam. Sedih dengan fitnah yang melampau ini, Baginda langsung berdoa kepada Allah agar kebenaran menyerlahkan cahayanya, "Ya Allah perlihatkan kebenaran. Ya Allah tunjukkan hati wanita ini supaya menyebut perkataan yang benar. Ya Allah janganlah Engkau mengaibkan hamba-Mu dan Nabi-Mu ini."

Sayunya rintihan Musa alaihissalam itu menyebabkan pelacur tersebut memohon maaf kepadanya dan menceritakan bahawa apa yang dilakukan adalah kerana arahan dan sogokan yang dilakukan oleh Qarun.

"Musa tidak melakukan apa-apa. Dia orang baik. Aku hanya diupah oleh Qarun untuk mengatakan bahawa aku dihamili oleh Musa," lanjut pelacur tersebut.

Mendengar penjelasan pelacur itu, Nabi Musa menyatakan rasa syukurnya kepada Allah. Sebahagian mufassirin menyatakan kisah ini menjadi sebab turun ayat ini;

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi) yang telah mencaci Nabi Musa lalu Allah membersihkannya daripada segala cacian yang mereka katakan; dan adalah dia (Musa) seorang yang mulia di sisi Allah." (Surah al-Ahzab : ayat 69)

Al-Quran turut menyebut tentang kewujudan kelompok yang mengagumi Qarun; iaitu golongan penyokongnya yang mata duitan, terlalu ghairah untuk menjadi kaya dengan apa cara sekalipun. Bagi kelompok ini, Qarunlah idola pujaan, Qarunlah "hero" sanjungan. Qarunlah pejuang rakyat yang mampu memastikan kestabilan ekonomi rakyatnya terjamin. Malah ada yang menganggap bahawa kekayaan Qarun adalah bukti keredhaan Allah padanya.

Oleh sebab nafsu yang dituruti ingin menjadi kaya seperti Qarun, maka kejayaan diukur daripada harta yang diperoleh tanpa mengambil kira dari mana hasilnya dan ke mana ia dibelanjakan.

"Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. (Pada saat itu) berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik." (Surah al-Qasas : ayat 79)

Kekaguman Bani Israel terhadapnya menyebabkan Qarun terus mencabar kebenaran Musa. Qarun merendah-rendahkan kenabian Musa. Qarun memicingkan mata mendengar amaran Allah yang disampaikan oleh Nabi Musa. Qarun menuduh Musa sebagai penipu demi memenuhi tujuan politiknya. Qarun mendakwa Musa sebagai sesat supaya para pengikutnya lari meninggalkan ajaran Allah. Qarun menghukum rakyatnya bahawa haram bersama-sama dengan gerakan yang dipimpin oleh Musa.

"Dan sesungguhnya Kami telah utuskan Musa dengan ayat-ayat Kami dan kekuasaan yang jelas (hujjah yang nyata). Kepada Firaun, Haman dan Qarun, lalu mereka mengatakan (menuduh Musa) sebagai ahli sihir yang menipu." (Surah Ghafir : ayat 23-24)

Sudah menjadi hakikat dunia, orang yang ingkar kepada Allah punya tenaga yang kuat, dana yang begitu besar dan kudrat "super mega". Penderhaka-penderhaka yang dibarisi barisan jentera kerajaan Firaun, Haman dan Qarun, masing-masing bekerjasama bertindak memusnahkan karier Nabi Musa alaihissalam.

Bagaimanapun, pemeliharaan dan pembelaan Allah kepada hamba-Nya yang beriman terutamanya utusan yang dikasihi tidak diabaikan. Qarun mengakhiri hayatnya dengan nasib yang sangat tragis, hancur luluh ketulahan bumi. Tidak ada satupun kekayaan Qarun yang tersisa, selain puing-puing istananya yang sampai saat menunggu saat runtuhnya.

"Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golonganpun yang menolongnya terhadap azab Allah. Dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya)." (Surah al-Qasas : ayat 81)

Selain tidak menunaikan zakat, Qarun bersalah kerana menyalahgunakan kekayaan untuk membiayai kegiatan-kegiatan khianat dan pelbagai kezaliman lagi seperti kempen menjatuhkan Musa alaihissalam. Tetapi ada lagi yang wajar disalahkan, iaitu sistem yang mengizinkan fenomena keqarunan itu berlaku.

Jatuhlah politikus seperti Qarun!

Jatuhlah parti syaitan yang membiarkan orang seperti Qarun!

Jatuhlah dengan izin Allah Taala.

http://www.tarbawi.my

Gambar samseng Umno kena cekup kacau program orang

Posted: 24 Mar 2013 08:09 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -




Lihatlah betapa kecut dan menikusnya samseng-samseng upahan UMNO apabila kena cekup oleh AMK dengan bantuan pihak polis semasa mereka cuba buat ganggu kacau satu program di Kota Kinabalu, Sabah, petang tadi, 24hb Mac 2013...

Sebiji seketul macam tikus kena simbah air panas..Tunduk ketakutan.. Kalau tidak bukan main garang dan berlagak lagi...Ingatkan hebat sangat!!!

Bila kena cekup tahu pula kecut perut..Tapi jangan salahkan mereka.. Itulah sebenarnya peribadi juak-juak UMNO..Belum kena buku dengan ruas dialah hero. Bila dah kena cekup, senyap terus!!!!

Masa kena cekup ketua-ketua mereka pun hilang lesap tak nampak batang hidung.

Syabas kepada PDRM kerana bersikap profesional dalam melaksanakan tugas dan juga AMK yang bertindak pantas dan berani membantu pihak PDRM dalam menagkap para penyangak upahan UMNO ini.

Omak kau tabik spring pada anda kalian.

Harakahdaily/-

Jika parlimen tidak bubar awal minggu ini

Posted: 24 Mar 2013 07:41 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun.

"Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013," ujar Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.

Teka-teki pembubaran parlimen telah masuk ke kancah lebih kritikal setelah banyak jangkaan pembubaran pada minggu-minggu yang lalu meleset.

Kali pertama dalam sejarah, pentadbiran negara telah melepasi lima tahun mandat yang diberi pasca 8 Mac 2008.

Lebih parah, hanya tinggal sehari sebelum satu Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar secara automatik iaitu Dun Negeri Sembilan dan seterusnya Dun Pahang pada 7 April.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan perkembangan ini sebagai tidak sihat.

SAMM percaya kesempatan cuba diambil oleh kerajaan pemerintah susulan daripada pembubaran automatik Dun yang bakal berlaku sebelum parlimen dibubar.

Dengan perkembangan ini juga, tidak mustahil boleh berlaku pilihanraya negeri ketika kerajaan pusat masih di bawah pemerintahan BN, bukan di bawah kerajaan sementara seperti yang sepatutnya.

Kuasa yang ada pada pemerintah multak membolehkan segala peruntukkan terutamanya peruntukkan kewangan digunapakai dalam kempen pilihanraya negeri berbanding kuasa sebagai pemegang kerajaan sementara yang agak terbatas.

Implikasi dari pilihanraya di dua buah negeri ini ialah, Barisan Nasional mencari kemenangan awal yang mampu menaikkan moral sokongan sebelum pertembungan sebenar.

Kedudukan Negeri Sembilan yang dijangka jatuh ke tangan Pakatan Rakyat mampu dikekang secara maksimum dengan taktik ini dan kemenangan ke atas negeri Pahang akan memberi jaminan yang lebih selesa kepada BN demi kempen pilihanraya seterusnya.

Malah, jika kerajaan Selangor membubarkan Dun lebih awal seperti yang digemburkan sebelum ini, ia adalah bonus besar buat BN dan mungkin pilihanraya tiga negeri serentak akan disaji sejurus sebelum parlimen dibubar 28 April.

Jika inilah perancangan Barisan Nasional, maka tidak hairan mengapa parlimen masih belum dibubar.

Rakyat harus melihat dan menilai betapa bacul dan jahatnya kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib. Ia sama sekali tidak 'gentleman'.

Justeru, SAMM mendesak keras agar pembubaran parlimen wajib berlaku sebelum mana-mana pembubaran automatik Dun. Ia juga bermaksud, pembubaran parlimen harus berlaku pada awal minggu ini sebelum 27 Mac 2013.

Harakahdaily/-

Stor kilang proses tisu musnah dalam kebakaran

Posted: 24 Mar 2013 06:41 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


stor kilang proses tisu

Keadaan stor kilang proses tisu yang musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.
KRUBONG - Tidur malam sepasang suami isteri terganggu apabila pintu pagar rumah mereka digegarkan jiran memaklumkan sebuah kilang dengan jarak tidak sampai 10 meter terbakar, awal pagi semalam.

Ajidah Bebbi Raja Hussain, 28, berkata, dia dan suaminya yang kemudian keluar terkejut melihat api di sebelah rumahnya sebelum bergegas menyelamatkan anak lelaki berusia setahun empat bulan yang sedang tidur jam 2 pagi.

Menurutnya, sejak itu dia dan suami tidak tidur hingga siang kerana bimbang keselamatan mereka tiga beranak yang tinggal di rumah teres di Taman Seri Krubong sejak lima bulan lalu.

"Sebelum itu, jiran kami ada bunyikan hon motosikal tetapi kami tidur semula selepas memikirkan mungkin tiada apa-apa berlaku namun apabila pintu pagar digegarkan, kami berdua segera keluar sebelum dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

"Saya segera mengambil anak lelaki saya lalu diserahkan kepada jiran untuk dijaga sementara saya dan suami menyelamatkan sijil nikah, surat beranak selain kereta dan motosikal yang berada di hadapan rumah," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan 15 rumah berhampiran daripada hangus apabila sebuah stor kilang proses tisu musnah terbakar dalam kejadian di Kawasan Perindustrian Krubong di sini.

Timbalan Penguasa Bomba negeri Kamarulzaman Mohd Din berkata, pihaknya juga berjaya menghalang api daripada merebak ke sebuah blok yang memproses tisu berharga RM1 juta ringgit.

"Sebanyak tujuh jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Katil, Jalan Kubu, Ayer Keroh dan Tangga Batu dengan kekuatan anggota seramai 36 orang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 2.22 pagi sebelum jentera pertama tiba 13 minit kemudian.

"Api yang sudah marak ketika kami sampai bagaimanapun berjaya dikawal jam 2.44 pagi dengan bantuan air dari kolam dan pili bomba taman perumahan berhampiran," katanya.

Kamarulzaman berkata, kilang tersebut tidak beroperasi ketika terbakar dan difahamkan terdapat 20 pekerja warga asing cuba memadamkan sendiri ketika api kecil namun tidak berjaya malah api semakin besar sebelum menghubungi pihak bomba

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian kilang yang telah berusia 26 tahun ini masih dalam siasatan dan kerja-kerja pemadaman api masih dijalankan sehingga jam 4.30 petang hari ini (semalam)," katanya.

Sinar harian/-

Pekerja kilang maut bertembung treler

Posted: 24 Mar 2013 06:15 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


LEDANG - Seorang pekerja kilang yang mengalami kecederaan parah di kepala maut setelah terbabit dalam satu kemalangan di Kilometer 24 Jalan Muar-Segamat di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu melibatkan sebuah treler dengan motosikal yang mengorbankan penunggang motosikal berkenaan, Haris Harun, 48, maut serta merta di tempat kejadian.

Mangsa merupakan pekerja kilang elektronik di Tangkak dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jasin, Melaka.

Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Muar menghala ke Segamat bertembung dengan sebuah treler dari arah Segamat menghala ke Muar.

Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.

"Pemandu treler itu yang berusia dalam lingkungan 30an tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah membuat laporan di balai polis berhampiran," katanya.

Sinar harian/-

200 kontraktor disenarai hitam SPNB

Posted: 24 Mar 2013 06:10 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sultan Ibrahim

Sultan Ibrahim berkenan menandatangani plak Taman Persiaran Al Hijrah dan Surau Al Hijrah, semalam.
KOTA TINGGI - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tidak akan bertolak ansur dan akan menyenaraihitamkan mana-mana kontraktor yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang baik.

Pengerusinya, Datuk Idris Haron berkata, masalah yang ditimbulkan kontraktor terbabit akan menjejaskan prestasi dan niat baik kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik bagi kumpulan sasar yang memerlukan.

Menurutnya, sejak 2002, lebih 200 kontraktor telah disenarai hitam kerana tidak menjalankan tugas mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Ada kontraktor yang menjalankan tugas dengan baik dan ada pula sebaliknya.

Setakat ini dan yang terbaru, empat kontraktor besar di bawah projek Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia telah disenaraihitamkan.

"SPNB tidak akan bertolak ansur jika mereka tidak menjalankan tugas dengan baik kerana pada akhirnya yang akan terkesan adalah kerajaan yang berniat baik untuk membantu penduduk memerlukan," katanya pada sidang media sempena Majlis
Perasmian Perumahan Generasi Kedua Felda Sungai Sayong di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia generasi kedua kawasan Parlimen Tenggara ini, pihaknya telah melantik empat kontraktor meliputi pembinaan di empat Felda iaitu Felda Sungai Sayong, Felda Bukit Ramun, Felda Bukit
Besar dan Felda Pasir Raja.

Tegasnya, seperti yang dijanjikan kepada bakal pemilik rumah tersebut, jika kontraktor tidak menjalankan tugas dengan baik mereka akan disingkirkan pada bila-bila masa sahaja.

"Sehingga kini, sebanyak 19,899 Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia di bawah SPNB telah siap dibina di seluruh negara," katanya.

Menurutnya, bagi kawasan Parlimen Tenggara sebanyak 499 rumah mesra rakyat 1 Malaysia generasi kedua Felda akan dibina di bawah SPNB melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM25 juta yang mana setiap seunit rumah berharga RM65,000.

Idris berkata, bagi projek rumah mesra rakyat generasi kedua di Felda Sungai Sayong, sebanyak 40 rumah telah berjaya disiapkan dan 139 lagi kini sedang dalam pembinaan.

Tambahnya, manakala di kawasan lain pula, sedang dalam peringkat awal mobilisasi bahan binaan dan perancangan pembinaan termasuk sokongan dalam bentuk jalan dan kemudahan infrastruktur.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia buat generasi kedua Felda itu jelas membuktikan kerajaan menepati janji.

Menurutnya, semua pemilik kediaman tersebut dijangka akan dapat memasuki rumah sebelum sebelum Ramadan ini.

"Inilah janji kerajaan, janji ditepati. Terima kasih kepada semua pihak terutamanya perdana menteri kita kerana telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM2.6 juta untuk kemudahan air dan kementerian terlibat yang telah memberi infrastruktur seperti jalan raya yang akan menjadi kemudahan buat generasi kedua Felda di sini.

Terdahulu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan menyempurnakan majlis perasmian tersebut.

Baginda tuanku turut berkenan menandatangani plak Taman Persiaran Al Hijrah dan Surau Al Hijrah serta menyerahkan kunci rumah kepada 20 penerima.

Hadir sama, Adun Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba dan Adun Panti merangkap Ketua Umno Bahagian Tenggara, Datuk Baderi Dasuki.

Sinar harian/-

2 pengganas cuba lolos ditembak

Posted: 24 Mar 2013 05:59 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


2 pengganas cuba lolos ditembak
ANGGOTA tentera membawa mayat dua pengganas yang ditembak dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu, pagi semalam.
Dua budak maut, seorang komando cedera dalam pertempuran di Kampung Tanjung Batu

Lahad Datu: Dua pengganas dan dua kanak-kanak terbunuh dalam pertempuran terbaru dengan pasukan keselamatan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu dekat sini, pagi semalam. Dalam pertempuran jam 9.15 pagi itu, seorang lagi kanak-kanak dan seorang anggota pasukan keselamatan turut cedera.

Anggota tentera dari Grup Gerak Khas (GGK) dipercayai terkena tembakan di paha kanan ketika menjalankan operasi menggeledah, namun keadaannya dilaporkan stabil. 

Dipercayai warga asing 

Pengganas dan kanak-kanak yang terbunuh serta yang cedera itu dipercayai warga asing, namun tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, berkata pertempuran itu berlaku ketika pasukan keselamatan menggeledah Kampung Tanjung Batu sebelum terserempak dengan dua pengganas.

"Ketika pertempuran berlaku, pengganas berundur dan berlari masuk ke dalam sebuah rumah menyebabkan pasukan keselamatan mengejar mereka.

"Sebaik menghampiri rumah itu, berlaku kejadian berbalas tembakan antara kedua-dua pihak. Ketika itu, seorang musuh cuba melarikan diri ke sebuah rumah lain selepas membakar rumah pertama, dipercayai taktik untuk meloloskan diri. 
"Pasukan keselamatan kemudian melepaskan tembakan ke arah rumah pertama untuk tujuan keselamatan sebelum membuat penggeledahan.

Temui empat mayat

"Hasil penggeledahan, kita menemui empat mayat di dalam rumah berkenaan, iaitu dua dewasa masing-masing seorang lelaki dan wanita serta dua kanak-kanak, termasuk seorang perempuan. Seorang lagi kanak-kanak ditemui cedera. 

Bagaimanapun, tiada pengenalan diri ditemui bersama mereka," katanya pada sidang media bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar di sini, semalam.

Kematian empat pengganas itu menjadikan jumlah militan ditembak mati pasukan keselamatan sepanjang Ops Daulat menjadi 67 orang. Ops Daulat memasuki hari ke-20 semalam, manakala jumlah mayat pengganas yang berjaya dikeluarkan sehingga kini 42.

Zulkifeli berkata, semakan di lokasi kejadian turut menemui bekalan makanan milik pengganas dan kediaman berkenaan dipercayai dijadikan lokasi persembunyian mereka.

"Hasil siasatan awal, kami tidak menolak kemungkinan semua lima individu, termasuk empat yang ditemui mati itu anggota kumpulan pengganas. Sekiranya mereka bukan pengganas, mereka mungkin tali barut.

"Semua empat mayat sudah dikeluarkan untuk dibedah siasat, manakala kanak-kanak yang cedera diterbangkan menggunakan helikopter pasukan keselamatan ke Hospital Sandakan. Kita tidak dapat pastikan umur kanak-kanak yang mati dan cedera sehingga bedah siasat selesai," katanya.

Berita Harian/-

Gempa bumi sederhana gegar Trinidad & Tobago

Posted: 24 Mar 2013 05:43 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PORT-OF-SPAIN (Trinidad): Gempa bumi sederhana berukuran 4.8 magnitud menggegarkan Trinidad & Tobago awal pagi tadi, mengakibatkan amaran berjaga-jaga dikeluarkan. 

Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu melanda pada kedalaman 46 kilometer, kira-kira 81 kilometer di utara Roxborough, di timur sebuah pusat pelancongan Tobago. 

Gempa turut melanda wilayah Caribbean, Barbados. 

Sementara itu, pegawai polis berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan daripada penduduk yang bergegas keluar dari kediaman masing-masing selepas gempa berlaku. 

Bagaimanapun, tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan setakat ini. - AP

Ribut: Kediaman, premis perniagaan rosak

Posted: 24 Mar 2013 05:38 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Kediaman, premis perniagaan rosak

Keseluruhan atap kedai musnah diterbangkan ribut yang berlaku petang kelmarin.
KULIM - Hampir 500 kediaman dan premis perniagaan di beberapa kawasan di sekitar bandar ini musnah dilanda ribut kira-kira jam 6 petang kelmarin.

Antara kawasan yang terlibat ialah pusat bandar, Lunas, Padang Serai dan Sungai Kop.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh menyifatkan kejadian ribut kali ini adalah yang terburuk sejak beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, sehingga ini belum ada sebarang laporan melibatkan kecederaan dan maut akibat kejadian itu.

Menurutnya, bilangan premis yang terlibat mungkin didapati lebih banyak sekiranya lebih ramai mangsa membuat laporan polis.

"Saya minta semua mangsa membuat laporan polis jika berlaku sebarang kerosakan ke atas rumah atau harta benda mereka akibat ribut itu," katanya.

Seorang ibu tunggal, Jemilah Ismail berkata, ketika kejadian dia bersama keluarganya sedang minum petang di belakang rumah.

"Kami terkejut dengar bunyi angin yang sangat kuat. Timbul rasa tak sedap hati.

"Sejurus selepas itu, kami terdengar bunyi berdentum di dapur dan mendapati beberapa keping atap rumah sudah diterbangkan angin.

"Alhamdulillah, kami sekeluarga tidak cedera. Atap rumah juga sudah digantikan," katanya.

Seorang suri rumah, Norizan Che Daud, yang tinggal bersama keluarganya di Kampung Simpang Tiga Keladi berkata, terdapat tiga putaran angin ketika kejadian berlaku.

Norizan berkata, putaran angin itu mengakibatkan banyak kerosakan teruk kepada kediaman, terutama di bahagian atap.

"Ketika kejadian, saya berada di hadapan rumah dan saya cemas apabila menyedari ada tiga putaran angin..

"Selain pokok dan bumbung rumah, angin itu turut menumbangkan beberapa motosikal kami.

"Bumbung di bengkel suami yang terletak di sebelah rumah juga diterbangkan. Jumlah kerugian dialami sekitar RM19,000 kerana atap tambahan diterbangkan itu dibina dengan kos yang sama sebelum ini," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Pondok Labu Hujung, Norhayati Walad berkata, kerajaan persekutuan seharusnya menyediakan dana segera bagi kawasan yang sering dilanda masalah bencana alam seperti ribut dan banjir.

"Saya mencadangkan supaya dana khas diwujudkan bagi meringankan beban semua mangsa ribut.

"Ini bukan kali pertama masalah seperti ini berlaku. Bencana alam ini sering berlaku di kawasan Parlimen Padang Serai.

Beliau ucapkan terima kasih kepada pihak polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kulim, sukarelawan, Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM), Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan semua agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bertungkus-lumus membantu mangsa ribut di kawasan terlibat.

Sinar harian/-

6 terkorban dalam serangan sekumpulan lelaki bersenjata di Iraq

Posted: 24 Mar 2013 05:36 PM PDT

13 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


BAGHDAD: Sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang calon pilihan raya terbunuh susulan serangan yang dilancar ke atas pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul, hari ini, demikian menurut pihak berkuasa Iraq. 


Pegawai polis berkata, sekumpulan lelaki bersenjata menyerang dua pusat kawalan tentera di utara bandar Mosul yang mengakibatkan lima anggota terkorban manakala tiga yang lain cedera. 

Mosul terletak 360 kilometer di barat laut Baghdad. 


Sementara itu, kumpulan lelaki bersenjata berkenaan turut menembak mati seorang calon pilihan raya, Salah Khabat ketika mangsa sedang memandu. 


Pegawai Hospital mengesahkan angka korban itu, hari ini. 



Bagaimanapun, semua pegawai terbabit enggan nama mereka disiarkan atas sebab keselamatan. - AP

Tiada ulasan:

Nuffnang