Mohamad Taufek Abd Ghani |
Posted: 24 Mar 2013 08:23 PM PDT Alhamdulillah...itulah ucapan hati, bila tengok kereta diguris dengan besi oleh pihak yang tak bertanggungjawap. Semalam ceramah di Taman Seri Pagi mendapat sambutan yang baik dari masyarakat setempat. Saya doakan anak-anak muda yang terlibat mendapat petunjuk dari Allah supaya terbuka hati untuk dengar penjelasan kedua-dua pihak dan buat penilaian demi masa depan agama, bangsa dan negara |
Posted: 24 Mar 2013 07:22 AM PDT Ajal kita semua sudah tertulis di Lauh Mahfudz. Beruntunglah mereka yang selalu mengingati mati dan membuat persiapan selepas mati. Meninggal atas kerusi roda 24 Mac 2013 SEREMBAN - Program penyampaian bantuan di sebuah rumah dekat Taman Perwira, di sini, petang kelmarin dikejutkan dengan pemergian mengejut penerima sumbangan. Mohamad Ramlan Mohamad Janor, 58, seorang bekas anggota tentera yang menderita lumpuh sejak setahun lalu, meninggal dunia atas kerusi roda selepas kira-kira empat minit menerima bantuan. Kejadian disedari kira-kira 4 petang selepas dia didapati langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan. Ketika kejadian, arwah dikunjungi wakil Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sikamat bersama Ketua Puteri Umno Seremban, Wan Salwati Abdullah dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk menyampaikan sumbangan barangan keperluan. Pegawai Khas pusat khidmat berkenaan, Taslim Khan Kutub Din berkata, rumah arwah merupakan lokasi keempat dikunjungi mereka sempena program menyampaikan bantuan barangan keperluan. "Kita sedia maklum arwah sakit dan sebelum ini pun kita pernah datang melawatnya untuk kita hulurkan bantuan. "Tapi tidak sangka pula, kunjungan kita kali ini dikejutkan dengan pemergian arwah yang sudah terlantar sakit sejak setahun lalu," katanya. Menurutnya, sebelum itu, semua yang hadir mengerumuni arwah yang duduk atas kerusi roda sambil bertanya khabar dengan isterinya. Bagaimanapun, katanya, masing-masing mula berasa tidak sedap hati apabila arwah langsung tidak menunjukkan sebarang pergerakan dan matanya langsung tidak berkelip. "Jadi, kita pun angkat arwah dan baringkannya ke atas katil sebelum menghubungi Jabatan Pertahanan Awam dan Hospital Tuanku Ja'afar. "Selepas pegawai perubatan membuat pemeriksaan, mereka mengesahkan arwah telah meninggal dunia," katanya kepada Sinar Harian di sini. Taslim berkata, kejadian itu amat mengejutkan semua yang hadir kerana ia berlaku tanpa dijangka. Paling menyedihkan, katanya, arwah baru sahaja siap dimandikan oleh isteri sebelum rombongan menyampaikan bantuan tiba. "Arwah mempunyai tiga orang anak dan isterinya pula seorang suri rumah. Ketika kejadian, hanya isteri dan salah seorang anak arwah ada di rumah," katanya. Berikutan insiden mengejut itu, pusat khidmat berkenaan turut menyampaikan RM1,000 bagi urusan pengkebumian. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan