N50 Dun Sri Muda |
- Baginda Bangga Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
- Rumah Mampu Milik Di Selangor Dipertingkat
- Bicara Soal Polisi Bukan Peribadi Baru Ketamadunan Terjadi
Baginda Bangga Dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Posted: 17 Mar 2013 08:10 PM PDT DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa bangga dengan integriti dan kecekapan Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri yang telah bersungguh-sungguh mentadbir Selangor dengan jayanya. Menurut Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pujian tersebut dititahkan kepadanya sendiri dalam satu pertemuan sedikit masa dahulu. "Ada masanya, kami berbual ringan dan dalam perbualan kami Baginda kata bahawa Baginda bangga dengan 'team' Kerajaan Negeri sekarang," kata Abdul Khalid dalam Majlis Penyampaian Cek Sekolah-sekolah Tamil Negeri Selangor malam tadi. Menurut Abdul Khalid, penghargaan Sultan Selangor itu tidak pernah diceritakan kepada mana-mana ahli Exco supaya mereka tidak riak dan lalai dengan pujian tersebut. Dalam ucapan sama, Abdul Khalid turut menyelar Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini mendakwa pentadbirannya gagal mentadbir Kerajaan Negeri dengan baik. Sedangkan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jauh lebih baik daripada prestasi pentadbiran Umno-BN selama 11 penggal sebelum ini. Kejayaan tersebut termasuklah peningkatkan rizab negeri daripada hanya RM 400 juta yang tinggalkan pentadbiran Umno-BN kepada RM 2.6 bilion semasa PR Selangor. Selangor turut mencatatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 49.75 bilion sepanjang 2008 ke 2012 sekaligus mengekalkan prestasi negeri itu sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia. selangorku |
Rumah Mampu Milik Di Selangor Dipertingkat Posted: 17 Mar 2013 08:06 PM PDT Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan satu seminar bagi memastikan rumah mampu milik (RMM) di Selangor bukan sahaja berkualiti, malah dapat dijual pada harga lebih rendah dan disiapkan pada masa yang singkat. Bagi menjayakan visi tersebut, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar yang bakal menampilkan pakar-pakar industri perumahan dalam dan luar negara di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya. Ini merupakan initiatif untuk menambah lebih RMM untuk rakyat selepas Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melancarkan projek RMM ke-6 di Sutera Damansara. Menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad pakar luar tersebut dipilih berdasarkan kejayaan mereka di negara masing-masing dalam membina perumahan pada harga yang rendah, berkualiti dan disiapkan dalam tempoh yang cepat. "Sehubungan usaha kita untuk menerokai teknologi-teknologi baru ini, pada 21 Mac ini akan diadakan satu seminar yang dihadiri pakar-pakar perumahan dalam dan luar negeri, terutamanya daripada United Kingdom dan Jepun," ujar Iskandar. Beliau berkata demikian di dalam Majlis Pecah Tanah projek Rumah Mampu Milik Sutera Damansara di sini yang turut dihadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Selain wakil pemaju dan kontraktor, seminar tersebut juga bakal dihadiri oleh pensyarah-pensyarah universiti bagi memastikan perbincangan dapat dijalankan dengan lebih menyeluruh. Sementara itu, Abdul Khalid dalam majlis sama pula berkata dasar rumah kos rendah Kerajaan Negeri era Umno-BN sebelum ini gagal menyediakan penempatan yang selesa kepada masyarakat Selangor. Antara masalah yang kerap dihadapi penduduk rumah kos rendah termasuklah kerosakan struktur bangunan dan persekitaran yang tidak sihat. "Di PJ lebih 100,000 unit (rumah kos rendah) telah dibina, selepas 10 tahun taraf hidup dan kediaman masyarakat di pangsapuri kos rendah dalam keadaan yang tidak memuaskan. "Sekarang lebih 15 tahun selain keadaan yang buruk, harga rumah tersebut lebih rendah dari mereka beli sehingga ada di sesetengah tempat kurang dari RM20,000," ujar Abdul Khalid. TV Selangor juga difahamkan Kerajaan Negeri hari ini terpaksa membelanjakan sehingga RM 70 juta bagi menampung kos membaiki kerosakan pangsapuri kos rendah. Ia adalah projek usahasama anak syarikat Kerajaan Negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Semponia Sdn Bhd dan Country Wheel Sdn Bhd. Ia dibangunkan oleh OSK Property Holding Berhad yang bertindak sebagai pengurus projek. Projek tersebut bakal menyediakan 236 unit kediaman mampu milik dan dijual pada harga RM89,000 seunit. selangorku |
Bicara Soal Polisi Bukan Peribadi Baru Ketamadunan Terjadi Posted: 17 Mar 2013 06:53 PM PDT KUALA LUMPUR - "(Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) terlalu sibuk berkempen. Tiada masa untuk lakukan itu semua." Demikian reaksi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulas berhubung kontroversi terbaru dikaitkan dengan ketua pembangkang itu. Abdul Khalid berkata, Pakatan Rakyat (PR) menganggap perkara yang ditonjolkan itu taktik lama Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Justeru tegas beliau, rakyat perlu membuat penilaian semula dalam memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kali ini. "Apabila ada PRU, ada orang hilang seluar dan baju. Jadi saya ingat, rakyat tak payahlah... itu bukan... ini tujuan untuk memilih pemerintah yang bersedia berkorban untuk rakyat. "Jadi walaupun cerita-cerita ini yang sedap didengar, tidak akan menyelesaikan masalah ekonomi tidak baik, rasuah,.. hilang baju bukan rasuah," katanya ditemui Sinar Harian di Taman Connought, Cheras, di sini hari ini. Abdul Khalid berkata, dakwaan terbaru ini tidak berasas sama sekali melihat kepada kesibukan Anwar, yang Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum PKR, menghadiri program-program PR. "Jika saudara ikut dia, seperti berapa orang wartawan ikut dia, saya ingat, wartawan pun pengsan, tak larat. "Jadi saya rasa, kalau itulah taktik BN, tak perlu undi BN lagi. Kita perlu hentikan mengundi golongan seperti ini," katanya. sinarharian |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan