Nuffnang

N45 Dr Halimah Ali

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 11:14 PTG

N45 Dr Halimah Ali


MANA ADA "PERCANGGAHAN KEPENTINGAN, RASUAH ATAU KRONISME" DALAM KAMUS UMNO

Posted: 18 Mar 2013 06:55 PM PDT

SHAHRIZAT BERSAMA PEGUAMNYA
 Apa beza kes skandal projek lembu fidlot Sharizat (Ketua Wanita UMNO Malaysia) dengan kes skandal pemberian  AP permit import kereta Rafidah Aziz (bekas Ketua Wanita Umno Malaysia). Cuba anda senaraikan persamaan dan perbezaan keduanya. Bincangkan  dalam kumpulan kecil. Anda boleh merujuk kepada sebarang bentuk bahan bacaan dan media eletronik kecuali Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV 3/4 .

Shahrizat: Kenapa saya perlu minta maaf?


Bekas menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memberitahu mahkamah bahawa beliau berasa tersinggung apabila diminta oleh pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk meminta maaf berhubung skandal projek lembu fidlot.

Beliau berkata demikian ketika disoal peguam Ranjit Singh sama ada beliau tersinggung dengan desakan Rafizi dalam kenyataan akhbar itu – yang menjadi isu dalam perbicaraan fitnah ke atas pemimpin PKR itu.

Shahrizat ketika ditanya berkata beliau berasa tersinggung dengan desakan tersebut.

"Kenapa saya perlu minta maaf? Minta maaf kepada rakyat Malaysia atas pendedahan yang membuatkan rakyat marah? Saya perlu minta maaf pada rakyat untuk apa?," katanya.

Ranjit seterusnya mencadangkan, permohonan itu adalah untuk kesalahan yang didakwa dilakukan keluarga bekas menteri tersebut dalam skandal berkenaan.

Ranjit seterusnya meminta Shahrizat berhenti daripada membuat kenyataan politik dan beralih ke soalan lain.

SUMBER malaysiakini

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP