Isnin, 18 Mac 2013

DUN BUKIT PAYONG

DUN BUKIT PAYONG


Suami mengamuk bakar tilam

Posted: 17 Mar 2013 11:42 PM PDT

Petikan : Sinar Harian
Suami mengamuk bakar tilam
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan
MARANG – Harapan seorang isteri supaya suami dapat menjaga dirinya selepas kematian bapa hanya tinggal harapan, sebaliknya hidupnya pula jadi tidak tentu arah apabila suami terjebak najis dadah.

Malah, suaminya itu tergamak membakar katil dan tilam di bilik tidur mereka di Kampung Surau Haji Mat Zain di sini, petang kelmarin selepas permintaannya mendapatkan RM50 tidak dapat ditunaikan.

Dalam kejadian antara jam 2.30 hingga 3 petang itu, suspek berusia 31 tahun itu membakar katil dan tilam bernilai RM1,000, bertujuan merosakkan harta milik mereka di rumah keluarga isterinya.

Mangsa berusia 29 tahun berkata, sebelum kejadian, suaminya datang ke tempat kerjanya di Kampung Padang Midin untuk meminta sejumlah wang.

"Saya tiada wang dan kemudian, suami seperti mengugut akan melakukan sesuatu sebab saya tidak dapat tunaikan permintaannya.
 
"Suami terus pulang ke rumah dan melepaskan geram dengan membakar katil serta tilam," katanya.
Mangsa yang belum mempunyai anak dan tinggal bersama ibu dan empat adik beradiknya di rumah terbabit berkata, dia sering berdepan dengan kejadian seumpama itu.
Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis.
 
Difahamkan, suspek yang pernah terlibat dalam kes penagihan dadah sebelum ini dan dipercayai masih dalam pengawasan polis ditahan untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan kejadian berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Harapan cerah rampas Pengkalan Berangan

Posted: 17 Mar 2013 08:40 AM PDT

Jambu Bongkok : PAS Pengkalan Berangan yakin dan percaya peluang dan harapan untuk merampas kembali Dun Pengkalan Berangan daripada BN semakin cerah.

Keyakinan itu bukan hanya satu mimpi tetapi ianya bersandarkan kepada hakikat penerimaan perjuangan PAS oleh rakyat Pengkalan Berangan sejak akhir-akhir ini semakin meningkat.
Ini terbukti dengan kemasukan seramai 190 orang ahli baru  yang  baru sahaja dianugerahkan sijil keahlian di Cawangan Jambu Bongkok dalam satu majlis di sini baru-baru ini.
Menurut Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Pengkalan Berangan Ustaz Sulaiman Sulong (kiri)sebahagian besar ahli baru daripada keseluruhan jumlah itu adalah terdiri dari golongan muda.
Beliau berkeyakinan bahawa kemasukan ahli-ahli baru ini adalah hasil dari gerak kerja semua ahli yang tidak mengenal putus asa dalam mempromosikan PAS dan dasarnya kepada masyarakat sekeliling.
"Kita yakin dan percaya mereka ini telah memahami dengan jelas dasar perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam secara menyeluruh. Oleh itu mereka menyertai kita.
Tawaran dalam manifesto PAS juga menarik minat mereka untuk turut serta dalam jemaah kita dan seterusnya kita berharap mereka akan berusaha memberi kefahaman kepada rakan-rakan mereka di luar sana," ujar beliau.
Beliau yang juga Pengarah PASTI Terengganu juga menyeru agar semua lapisan masyarakat yang masih di luar PAS agar mencontohi perubahan yang telah dilakukan oleh golongan muda Jambu Bongkok ini.
Setiausaha UPU Jambu Bongkok Saudara Saifillah Ismail (kiri) menerima sijil keahlian mewakili 190 orang ahli baru PAS di Jambu Bongkok daripada Adun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah baru-baru ini
 
Majlis penyerahan sijil keahlian itu telah disempurnakan oleh Adun Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga sebagai penceramah jemputan dalam majlis tersebut.
Turut diundang sebagai penceramah ialah wakil muslimat PAS Puan Rusni Hassan, bekas ahli Puteri Umno Banggol Donas yang turut mendedahkan pelbagai penyelewangan yang telah dilakukan oleh Umno.

Tiada ulasan:

Nuffnang