:: cina islam | 2011 :: |
- PRU13: PAS lancar web khas dan hijau.fm
- Pengerusi, AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS
- Anwar umum Kit Siang tanding Gelang Patah
- Isu rakyat : Teruknya Bas di Kuala kangsar
- Aquino Gesa Proses Rundingan Berhubung Tuntutan Ke Atas Sabah
- 'Kami tak pernah terima bantuan sebegini sebelum ini'
- 112,000 orang awam Iraq maut
- Mangsa tetak lari 2 kilometer
- Tambahan Bonus Sebulan Gaji Bagi Kakitangan PNB
- Wanita mengandung dijel lapan bulan
- Lagi pengganas ditembak mati
- Dua saksi "Lahad Datu" di pentas forum malam ni
- Ditemui mati dalam rumah
- Pengerusi panel rayuan Umno Tan Sri Zuki meninggal dunia
- Empat maut nahas
- Ulama Afghanistan beri amaran pada AS
- Surat terbuka kepada Dr Mahathir
- Mandat kerajaan 5 tahun sepanjang 12 kali p'raya
- Pakar sejarah: Filipina perlu gugur tuntut Sabah
- Angka kematian letupan bunga api di Mexico meningkat 17 orang
- Dun Selangor tetap dibubar hujung Mac - Khalid
PRU13: PAS lancar web khas dan hijau.fm Posted: 18 Mar 2013 07:27 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan IT PAS Pusat (JITP) membangunkan satu laman web PRU13 untuk menyebarkan maklumat-maklumat berkaitan dengan PAS bagi Pilihanraya Umum ke-13 melalui capaianhttp://pru13.pas.org.my Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laman PRU13 ini akan diisi dengan maklumat-maklumat seperti biodata calon-calon Dun dan Parlimen yang PAS bertanding serta berita-berita dan aktiviti pilihanraya yang berkaitan yang dihubungkan dengan laman web induk, PAS yang boleh dicapai melalui http://www.pas.org.my Katanya, selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan media baru yang telah sedia ada sebelum ini seperti webtv, facebook dan twitter, mulai 16 Mac juga Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau.fm dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol. "Radio hijau.fm ini boleh dilayari menerusi http://www.hijau.fm akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat serta program-program dan aktiviti-aktiviti pilihanraya setelah parlimen dibubarkan," ujarnya. Menurutnya, mulai 16 Mac laman utama PAS versi2 juga dipertingkatkan dari menggunakan aplikasi Joomla 1.5 kepada Joomla 2.5 dengan design baru yang lebih segar untuk menyebarkan maklumat-maklumat parti dan kenyataan-kenyataan rasmi sebagai rujukan semua pihak yang berminat. |
Pengerusi, AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS Posted: 18 Mar 2013 07:24 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - BERUAS: Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, Raja Rozmal Raja Yaacob mengisytiharkan menyertai PAS. Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi. Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar. Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti. Di akhir ucapannya, Raja Rozmal membacakan ikrar dengan mengatakan akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat. "Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS," katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (Gambar atas.) Sementara itu, Mohammad Sabu berkata, kemasukan Raja Rozmal itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat di semua peringkat dan golongan inginkan perubahan. Kata beliau, Umno tidak senang dengan suasana sekarang kerana ia telah menggugat impian mereka untuk terus berkuasa di negara ini. Tegasnya, momentum perubahan tersebut telah memuncak dan tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat untuk terus membuat perubahan. Harakahdaily/- |
Anwar umum Kit Siang tanding Gelang Patah Posted: 18 Mar 2013 07:20 AM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi parlimen Gelang Patah. Beliau membuat pengumuman itu dalam majlis sambutan ulangtahun ke-47 DAP di Skudai menjelang jam 9.30 malam ini. Pemimpin MCA Tan Ah Eng memenangi kerusi itu dalam pilihan raya umum 2008. Ia merupakan salah satu daripada beberapa kerusi parlimen di Johor dengan lebih 50 peratus pengundi Cina. Anwar (kanan) dalam ucapannya di majlis itu yang dihadiri kira-kira 20,000 orang mengakui bahawa Gelang Patah merupakan kerusi PKR, namun perkara itu boleh dirunding, katanya. "Saya masih berpendapat bahawa ia masih kerusi PKR. Tapi jika Kit Siang datang dan bantu kita, pimpin kita dan menjadi calon Gelang Patah, saya beri sokongan penuh," katanya. Beliau kemudiannya menjemput Lim serta pemimpin DAP lain untuk tampil ke atas pentas sebelum mengumumkan sokongannya kepada pemimpin veteran tersebut untuk bertanding di kerusi berkenaan. Kerusi berkenaan ditandingi PKR dalam dua pilihan raya umum terakhir. Perebutan kerusi tersebut sebelum ini mencetus pergeseran di antara ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau dan ketua PKR negeri Datuk Seri Chua Jui Meng. Malaysiakini/- |
Isu rakyat : Teruknya Bas di Kuala kangsar Posted: 17 Mar 2013 09:23 PM PDT 5 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA KANGSAR : ADUN Titi Serong, YB. Idham Lim meneruskan usahanya untuk merasai kesusahan rakyat di dalam Parlimen Kuala Kangsar dengan menaiki sendiri Bas berhenti-berhenti dari stesen bas Kuala kangsar ke Manong pagi ini. Beliau bersama beberapa orang pembantu yang lain telah menaiki bas pada jam sekitar 9 pagi dan sampai ke Kg. Ulu Piul sekitar jam 9.40 minit. Dari tinjau yang dia dapati, dimaklumkan bahawa bas yang beroperasi dari Kuala kangsar dan berakhir di Simpang 3 Beruas sebanyak 2 buah sengan setiap buah bergerak 6 kali pergi balik dengan jumlah kesseluruhan pulang pergi sebanyak 12 kali. Usia bas tersebut telah menjangkau usia selama 55 tahun dan perkara itu telah disahkan oleh seorang rakan fb yang memberi komen segera dengan beberapa keping gambar yang disiarkan kami dalam fb YB. Idham sebentar tadi memberi komen seperti berikut : Sekalung tahniah... Tak mahu komen panjang-pajang.. Dari saya bersekolah di SMK RMM Jalan Kenas (1969-1974), sampai la ni, bas itulah yang digunakan atau mungkin bas yang dah kategori uzur. Elok tukar 'orang lain' pula. Beginilah nasib malang yang dialami oleh penduduk sekitar Kuala kangsar khususnya dalam DUN Manbong, sedangkan ADUNnya adalah seorang Exco kerajaan negeri perak Saya difahamkam oleh banyak pihak dengan pelbagai aduan dan persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat setempat mengenai bagaimanakah pihak JPJ masih meluluskan dan membenarkan bas ini beroperasi sedangkan usianya yang sangat lama dan tidak sesuai lagi dimasa sekarang. Selain itu kami mendapat maklumat pada masa hari persekolahan bas yang sudah terlalu uzur ini (rujuk gambar) masih menampung keperluan pelajar sekolah sekitar 50 orang pulang dan pergi ke sekolah pada setiap hari persekolah yang mendedahkan murid kepada resiko keselamatan. Pendedahan lanjut dalam isu tersebut akan diteruskan di masa akan datang :- YB. Idham lim mengambil tempat duduk dibahagian hadapan berdekatan pintu Membayar tiket Berkata sesuatu kepada seorang penumpang yang baru naik. Keadaan bumbung bas yang sangat uzur dan dikatakan tiris bila hujan Nilailah sendiri kepada tempat duduk pemandu dan pemadam kebakaran yang ada Keadaan hadapan bas dan gear bas . |
Aquino Gesa Proses Rundingan Berhubung Tuntutan Ke Atas Sabah Posted: 17 Mar 2013 08:22 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - MANILA: Presiden Filipina, Benigno Aquino pada Ahad berkata proses rundingan adalah satu-satunya jalan untuk menyelesaikan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah dan beliau turut mengkritik tindakan kumpulan bersenjata menyerang Malaysia. Aquino turut mengecam konspirasi terancang pihak tidak bertanggjungjawab yang menghantar pengikut-pengikut kesultanan Sulu ke Sabah kerana ia telah mengancam keselamatan 800,000 rakyat Filipina yang tinggal dan bekerja di negeri itu. Bercakap di Akademi Elit Ketenteraan di Filipina pada Ahad, beliau turut mengutuk tindakan pengikut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III yang membunuh dengan kejam sembilan anggota pasukan keselamatan di Malaysia. "Insiden seperti ini akan hanya menyebabkan lebih banyak masalah kerana anda cuba menyelesaikan dengan tergesa-gesa atau menggunakan kekearasan. Kita memerlukan perbincangan mendalam dan ikhlas jika mahu mencari jalan penyelesaian yang betul," katanya ketika menghadiri majlis graduasi kadet tentera pada Ahad. "Kita sudah tahu betapa rumitnya isu ini. Bolehkan mana-mana Perdana Menteri Malaysia dengan mudah melepaskan sebuah negeri yang sudah lama tertakluk di bawah undang-undang mereka?," soal Aquino. Lebih 200 pengikut Kiram, dengan sebahagiannya membawa senjata menceroboh Sabah dengan tujuan untuk menuntut semula Sabah yang merupakan sebahagian daripada wilayah itu satu ketika dahulu. Pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan 61 anggota kumpulan bersenjata ditembak mati sementara lapan anggota polis dan seorang anggota tentera turut gugur dalam Operasi Daulat yang dilancarkan 5 Mac lalu. Sementara itu lebih 100 orang turut ditahan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan berkenaan turut ditahan di Sabah. Bagaimanapun, ketua kumpulan pengganas berkenaan, Azzimudie Kiram yang juga adik bongsu kepada Jamalul Kiram III tidak dapat ditangkap sehingga kini. Minggu lalu, Tentera Laut Filipina menahan 35 suspek penceroboh Filipina kerana mereka cuba berlayar pulang ke tanah air. Aquno turut mendakwa ada pihak ketiga yang terlibat dalam membiayai pengikut Kiram berhubung insiden pencerobohan di Sabah ia memerlukan wang yang banyak. Dalam pada itu, jurucakap keluarga Kiram, Abraham Idjirani berkata pihak kesultanan terpaksa mengambil tindakan kekerasan kerana kerajaan Filipina tidak mengambil tindakan berhubung tuntutan mereka. Beliau turut menafikan ada pihak menaja kumpulan penceroboh berkenaan, dengan mendakwa pengikut Sultan Sulu bertindak sedemikian atas kemahuan mereka sendiri. Idjirani berkata beliau telah bercakap telefon dengan Azimmudie Kiram pada lewat malam Sabtu dan mengesahkan dia masih berada di Sabah dan tidak mengalami kecederaan. – AFP |
'Kami tak pernah terima bantuan sebegini sebelum ini' Posted: 17 Mar 2013 08:11 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah Norizah Marwan, 48, tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan gembira apabila keluarga beliau antara yang menerima bantuan tambang bas sekolah yang diperkenal kerajaan Negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat. Beliau berkata, bantuan seperti ini sangat diperlukan keluarganya apatah lagi beliau mempunyai lima orang anak dalam keadaan suaminya hanya bekerja sebagai pemandu lori. "Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang amat mengambil berat kesusahan rakyat. Saya amat gembira. "Ia sangat membantu keluarga saya. Suami saya hanya bekerja sebagai pemandu lori dan lima orang anak masih bersekolah, jadi ia banyak mengurangkan beban keluarga," katanya. Beliau dipetik berkata demikian kepada Selangorku semalam, selepas anaknya Amir Irfan, 13, menerima sumbangan tambang bas sekolah RM300 dari kerajaan negeri di Dewan Sukan Majlis Perbandaran Klang, Andalas, Klang. Bantuan itu disampaikan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar. Seramai 62 keluarga dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Andalas menerima bantuan tersebut dalam majlis itu dengan peruntukkan sebanyak RM18,600. Bantuan subsidi tambang bas sekolah itu adalah salah satu program yang dilaksanakan Kerajaan Negeri sejak tiga tahun lalu di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Ianya diberi kepada keluarga yang layak yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500. Seorang lagi penerima, Miswan Salleh, 58, turut berterima kasih kepada kerajaan negeri atas bantuan yang cukup bermakna itu. Beliau yang juga Ketua Kampung Sungai Kandis berkata, pentadbiran kerajaan negeri pada masa kini jauh lebih baik dan perihatin terhadap nasib rakyat berbanding kerajaan sebelum ini. "Kami berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana prihatin dengan masalah kami. Saya berharap pemberian subsidi bas sekolah ini akan berterusan pada masa akan datang," katanya. Xavier dalam pada itu berkata, memandangkan sambutan terhadap bantuan itu sangat menggalakkan, beliau akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk memperluas bantuan itu kepada keluarga berpendapatan di bawah RM3000. Terdahulu beliau menyampaikan sijil dan wang sagu hati kepada lebih 300 pelajar cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang melibatkan 15 buah sekolah. Harakahdaily/- |
Posted: 17 Mar 2013 08:06 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Baghdad: Sekurang-kurangnya 112,000 penduduk awam terbunuh dalam masa 10 tahun sejak serangan diketuai Amerika Syarikat pada 2003 terhadap Iraq yang menggulingkan Saddam Hussein, kata satu laporan terbaru yang disiarkan semalam. Jika termasuk pejuang kedua-dua pihak sepanjang konflik sedekad itu selain kematian orang awam lain yang tidak dilaporkan, angka itu boleh mencecah sehingga 174,000, kata kumpulan Iraq Body Count (IBC) berpejabat di Britain. - AFP |
Posted: 17 Mar 2013 08:03 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - ALOR GAJAH - Seorang mangsa tetak berlari sejauh kira-kira dua kilometer untuk mendapatkan bantuan majikannya, sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan. Kejadian berlaku di sebuah rumah di Simpang Ampat di sini, kira-kira 4.30 pagi, semalam. Mangsa, seorang warga Bangladesh berusia 25 tahun ditetak di belakang badan oleh rakan rumahnya sendiri yang berusia 23 tahun ketika sedang tidur di sebuah bilik dalam rumah berkenaan. Sumber berkata, mangsa yang sedang nyenyak tidur tidak mengunci pintu bilik sebelum didatangi suspek, secara tiba-tiba menghunus pisau di bahagian belakang badan mangsa. "Mangsa yang kesakitan bangun dan cuba melawan. Bagaimanapun gagal kerana keadaannya parah. Suspek kemudian keluar rumah dan melarikan diri dengan sebuah kereta Proton Waja. "Dalam keadaan darah penuh atas katil, mangsa keluar dari rumah mendapatkan bantuan majikannya," katanya. Menurut sumber, mangsa yang bekerja sebagai penyelenggara berlari sejauh kira-kira dua kilometer ke rumah majikannya. "Setiba di rumah majikan, mangsa mengetuk tingkap rumah sebelum majikannya meninjau dari dalam menerusi tingkap, lalu membuka pintu. "Mangsa yang berlumuran darah kemudian rebah dalam keadaan mengiring sambil meraung kesakitan. Majikannya datang menekap belakang badan mangsa yang berdarah menggunakan kain," katanya. Melihat kepada keadaan mangsa, katanya, majikan terbabit memapah mangsa ke dalam kereta lalu menghantarnya ke Hospital Tampin. "Selepas menghantar mangsa, majikan berkenaan pergi ke rumah mangsa bersama dua rakannya. Bagaimanapun, suspek tiada di rumah, sebaliknya hanya seorang rakan serumah mangsa sedang tidur di bilik belakang," katanya. Menurutnya, kereta dilarikan suspek juga adalah milik majikan berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Sinar harian/- |
Tambahan Bonus Sebulan Gaji Bagi Kakitangan PNB Posted: 17 Mar 2013 08:01 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - SERDANG, 18 Mac (Bernama) -- Kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan menerima bonus tambahan sebulan gaji bagi tahun 2012, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada bonus tahun lepas akan menyuntik semangat warga PNB untuk meneruskan pencapaian kumpulan itu selama 35 tahun. "Saya berharap dengan imbuhan ini seluruh warga kerja akan bekerja lebih kuat lagi, lebih tekun dan lebih gigih lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun PNB ke-35 di sini, Ahad malam. Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. Selain pemberian bonus, Perdana Menteri juga mengumumkan bahawa seramai 2,474 anak kakitangan PNB berumur 23 tahun ke bawah dan masih belum bekerja akan menerima RM1,000 seorang dalam bentuk unit Amanah Saham 1Malaysia bagi tahun ini. Najib, yang juga Menteri Kewangan, juga melancarkan perkhidmatan terbaharu berkaitan pewarisan unit amanah, iaitu Hibah Amanah dan Pengisytiharan Amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASBN) yang mana bakal memberi manfaat kepada 11 juta pemegang unit berkenaan. Katanya, Hibah Amanah dikhususkan kepada pemegang unit beragama Islam sementara Pengisytiharan Amanah kepada bukan Islam. "Perkhidmatan terbaharu ini membantu pemegang unit ASBN merancang harta pusaka membabitkan amanah ASBN agar dapat diagihkan kepada waris dengan mudah dan pantas berbanding proses tuntutan harta pusaka biasa, selepas pemegang unit meninggal dunia," katanya. Beliau mengingatkan warga syarikat kumpulan PNB bahawa segala kejayaan yang dikecapi PNB hanya dapat diteruskan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir negara. Menurutnya kerajaan begitu prihatin dalam merancang dan menjamin kejayaan PNB bukan sahaja di dalam negara, bahkan juga di peringkat antarabangsa, sekali gus melahirkan ramai pentadbir dan pengurus anak-anak Melayu yang berjaya dan berwibawa untuk mengendalikan badan-badan korporat. "Kalau dulu mereka tidak ada peluang tetapi sejak penubuhan PNB, ramai anak bangsa yang kini dapat kita gariskan di kalangan mereka yang begitu cekap menguruskan perniagaan bernilai berbilion-bilion ringgit dan mereka telah diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya. Beliau bangga dengan kecekapan PNB menguruskan pelbagai saham yang menaja keuntungan seperti Amanah Saham Nasional dan skim Amanah Saham Bumiputra. "Dividen dan bonus sebanyak RM103.5 bilion yang telah dibayar selama ini menunjukkan bahawa pengurusan PNB dan syarikat kumpulan itu telah diuruskan dengan cekap dan telah berjaya menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan," katanya. Najib berkata aset PNB kini bernilai RM237 bilion serta mencatat keuntungan lebih RM2 bilion tahun lepas, iaitu pencapaian terbaik sejak penubuhannya. "Jumlah keuntungan yang begitu menggalakkan itu tidak termasuk keuntungan RM11.81 bilion yang dijana menerusi dana-dana unit amanah ASNB," katanya. --BERNAMA |
Wanita mengandung dijel lapan bulan Posted: 17 Mar 2013 07:52 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU - Seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan dihukum penjara lapan bulan oleh mahkamah majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan memiliki pelbagai jenis dadah tahun lalu. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman itu selepas Norhasliza Muhamad, 30, mengaku bersalah bagi kesemua tuduhan iaitu dua daripadanya memiliki pil kuda, satu tuduhan memiliki heroin, satu tuduhan lagi memiliki Nimetazepam dan satu tuduhan lain memiliki ganja. Norhasliza dari Kampung Guchil, Jalan Bayam itu didakwa melakukan kesemua tuduhan terbabit pada 2 September tahun lalu jam 6.45 petang bersama tiga lelaki lain yang tidak mempunyai hubungan dengannya di sebuah rumah di Jalan Pondok Pasir Tumboh, Kampung Machang, Limbat di sini. Manakala, dua daripadanya iaitu Tuan Mohd Azharaf Tuan Jaafar, 27, dan Mohammad Nuriman Hafiz Roslan, 25, mengaku tidak bersalah manakala seorang lagi, Tuan Affendi Tuan Jaafar, 36 tidak hadir ke mahkamah. Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa memiliki pil kuda seberat 0.17 gram (g), kedua didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 0.12 g, ketiga pula secara bersama-sama didakwa miliki pil kuda seberat 0.19 g. Seterusnya pertuduhan keempat pula didakwa memiliki dadah jenis kanabis (ganja) seberat 2.18 g manakala untuk pertuduhan kelima mereka didakwa memiliki Nimetazepam seberat 0.01 g. Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) kecuali pertuduhan keempat didakwa mengikut Seksyen 6 ADB. Seksyen 12(2) memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tidak lebih lima tahun manakala Seksyen 6 memperuntukkan denda tidak lebih daripada RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Limbat dan menahan tiga lelaki bersama seorang wanita yang berada di ruang tamu rumah. Hasil pemeriksaan polis menjumpai dadah terbabit. Ketika prosiding Norhasliza yang hadir tanpa peguam itu meminta mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadapnya. Kemudiannya Nik Habri menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan bagi kesemua pertuduhan dan diarahkan berjalan serentak berkuat kuasa dari tarikh tangkapan. "Saya mempertimbangkan anak kamu yang dalam kandungan, saya jatuhkan hukuman penjara lapan bulan sahaja kepada kamu. Saya harap kamu menyesal dan tidak buat lagi, Kalau selepas ini buat lagi tidak ada gunanya," katanya. Sinar harian/- |
Posted: 17 Mar 2013 07:48 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Lahad Datu: Pertempuran terbaru berlaku di Kampung Tanjung Batu, FELDA Sahabat 22 dekat sini, semalam menyebabkan seorang lagi pengganas Sulu terkorban, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang. Untuk berita lanjut dapatkan naskhah BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Dua saksi "Lahad Datu" di pentas forum malam ni Posted: 17 Mar 2013 07:47 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dua orang saksi hidup berhubung peristiwa berdarah di Lahad Datu akan tampil menceritakan pengalaman mereka di Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam ini. Dua saksi tersebut, Siti Aminah dan Mat Swadi akan sepentas dengan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen. (B) Dato' Ghafir Abd Hamid. Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM, Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby. "Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani. "Untuk itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi. "Rakyat perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit lawan politik," kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada pihak penganjur sila hubungi penganjur di talian 010-2675872. Di program malam ini juga, SAMM akan melancarkan risalah khas penerangan kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk "smoke operation". Justeru orang ramai dijemput hadir ke program yang akan bermula jam 8.45 malam ini. Harakahdaily/- |
Posted: 17 Mar 2013 07:46 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - PASIR PUTEH - Seorang warga emas yang tinggal bersendirian ditemui mati di dalam rumahnya di Kampung Air Tawar, Semerak dekat sini pagi semalam. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan daripada orang ramai jam 8 pagi yang memaklumkan kematian Rakiah Ibrahim, 71. Ketika polis sampai di rumah tersebut katanya, terdapat anggota keluarga si mati di luar rumah itu. "Polis mendapati kesemua pintu rumah berkunci dan terpaksa memecahkan tingkap untuk masuk ke rumah bagi membuat pemeriksaan," katanya kepada Sinar Harian semalam. Mohd Kamal berkata, siasatan awal mendapati kematian itu tiada kaitan dengan jenayah dan pihaknya mengklasifikasikannya sebagai mati mengejut. Bagaimanapun katanya, punca sebenar kematian hanya akan diketahui selepas bedah siasat dilakukan di Hospital Tengku Anis. "Kes ini masih dalam siasatan dan kita akan mengetahui punca sebenar kematiannya selepas post mortem (bedah siasat) nanti," katanya. Sementara itu, jiran si mati, Norizan Yusof, 42, berkata, dia menyedari Rahimah meninggal dunia ketika melalui rumah itu jam 6.30 pagi. Katanya, dia memeriksa rumah itu selepas melihat pintu rumah dan lampu terbuka tetapi pintu gril masih berkunci, tidak seperti mana lazimnya. "Saya keluar awal dari rumah hari ini kerana mahu menyertai program 1 Million Women Purple Walk di Pejabat Pelajaran Daerah, ketika melalui rumah Rakiah saya mengesyaki sesuatu. "Saya melihatnya melalui luar rumah, cuba memanggilnya tapi tiada tindak balas dan ketika itulah saya mengesyaki dia sudah meninggal dunia," katanya. Sinar harian/- |
Pengerusi panel rayuan Umno Tan Sri Zuki meninggal dunia Posted: 17 Mar 2013 07:44 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaludin meninggal dunia semalam. Menurut Umno Online, Zuki, 77, meninggal dunia pada pukul 5.45 petang. Bagaimanapun, laman web itu tidak memaklumkan sebab kematian Allahyarham. Jenazah Allahyarham kini berada di rumah anaknya Datuk Dr Zamin di No 177, Jalan BK5b/1, Bandar Kinrara, Puchong, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bohol, Puchong, pada pukul 10 pagi ini. Zuki, berkelulusan ijazah undang-undang dari Lincoln's Inn London, pernah menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang pada 1986 dan pernah dilantik sebagai senator pada 1995. Alllahyarham juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Benta Pahang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1978. - Bernama |
Posted: 17 Mar 2013 07:43 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - BATU PAHAT – Seorang wanita mengandung lima bulan iaitu Noraslina Ibrahim, 28, antara empat yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 37, Jalan Kluang – Ayer Hitam, semalam. Kemalangan yang berlaku ketika hujan lebat pada jam 2.55 petang itu turut meragut nyawa ibunya, Fatimah Yusof, 48, dan neneknya. Siti Omar, 75. Turut terkorban dalam kemalangan ngeri itu, pemandu kereta Hyundai Matrix, Sim Kock Hwa, 35. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu Kock Hwa menghala ke Kluang terbabas dan masuk ke laluan bertentangan, dipercayai akibat jalan licin. "Hyundai Matrix itu pula bertembung dengan kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Kluang dinaiki lima sekeluarga iaitu tiga daripadanya maut manakala dua lagi cedera. "Selepas itu sebuah lagi kereta yang berada di belakang Perodua Myvi itu iaitu Perodua Alza tidak sempat mengelak dan merempuh Perodua Myvi itu dari arah belakang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Din berkata, pemandu Hyundai Matrix dan tiga penumpang Perodua Myvi maut serta-merta manakala pemandu Perodua Alza tidak mengalami kecederaan. "Sementara pemandu Myvi, Mohd Sufian Mohd Saleh berusia lewat 20-an dan seorang lagi penumpang kereta itu berusia 10 tahun dikenali sebagai Boboy mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang. "Keempat-empat mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses selanjutnya sebelum dituntut keluarga untuk disempurnakan," katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Saksi kejadian yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Sementara itu, sebelum kejadian, jiran kepada tiga sekeluarga yang maut sempat melambai tangan ketika mereka hendak keluar ke Pontian. "Saya hanya tahu mereka bercadang untuk bercuti, tetapi tidak menyangka itulah lambaian terakhir mereka kepada saya," kata, Siti Zaida Jamhari, 28. Menurutnya, keluarga itu yang berasal dari Taman Sri Impian, Kluang, kelihatan gembira dan dia sangat terkejut selepas menerima berita mengenai kemalangan yang meragut nyawa tiga daripadanya dan bayi dalam kandungan Noraslina," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, semalam. Menurut Siti Zaida, kejadian itu amat menyedihkan kerana Noraslina dan suaminya, Mohd Sufian tidak sempat menyambut kelahiran anak sulung mereka. "Sudah beberapa kali Ina (Noraslina) keguguran namun kali ini hasrat mereka untuk menyambut anak tidak juga kesampaian selepas mereka terbunuh. "Mereka sekeluarga sangat baik dan ibu kepada Noraslina iaitu Fatimah yang kami panggil mak cik itu menjaga anak saya dan hubungan kami sangat baik," katanya. Sinar harian/- |
Ulama Afghanistan beri amaran pada AS Posted: 17 Mar 2013 07:42 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KABUL - Majlis Ulama Kebangsaan memberi amaran bahawa kehadiran pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara itu bakal menerima padah, sekiranya mereka enggan membebaskan tahanan Afghanistan di penjara Bagram, Wardak, utara Kabul. "Jika AS tidak akur dengan permintaan Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, maka tentera AS akan menerima serangan daripada kumpulan anti-AS," kata jurucakap Majlis Ulama itu, dipetik daripada Reuters. Kelmarin, Karzai berulang kali mendesak AS berbuat demikian selepas mengetahui tahanan di penjara itu menerima layanan kejam. Beliau juga mengarahkan AS meninggalkan wilayah Wardak dan melarang askar memasuki kawasan universiti serta memberhentikan serangan udara di negara itu. Namun, komander pasukan gabungan Nato di Afghanistan, Jeneral Joseph Dunford berkata, sekiranya tahanan itu dibebaskan ia akan menimbulkan ancaman besar kepada Afgahnistan sekali gus negara itu akan kembali bergolak. Sementara itu, beratus penduduk melakukan tunjuk perasaan dengan berarak ke kompleks Parlimen di Kabul bagi menuntut pasukan khas AS itu berundur dari wilayah tersebut. Timbalan Ketua Polis, Daud Amin berkata, penunjuk perasaan mendesak ahli Parlimen supaya memberi tekanan kepada AS bagi membebaskan kesemua tahanan di penjara tersebut. Sinar harian/- |
Surat terbuka kepada Dr Mahathir Posted: 17 Mar 2013 07:40 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Tuduhan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya masa depan, hak keistimewaan orang Melayu dan kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat (PR) terus berkuasa di Selangor baru-baru ini melampaui batas. Kenyataan tersebut lebih bersifat liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang cuba dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kenyataan itu menunjukkan beliau tertinggal jauh dari perkembangan politik tanah air. Dr Mahathir masih menyanyi lagu lama, lagu perkauman dan menakut-nakutkan orang Melayu. Dr Mahathir mahu menyegarkan pertembungan kaum setelah bibit-bibit kebencian terhadap kaum dan penganut agama lain beliau tanam dalam kalangan rakyat di sepanjang 22 tahun pemerintahannya. Kesucian agama Islam tidak mungkin terancam di bawah pentadbiran kerajaan PR yang akur, patuh dan menghormati apa sahaja keputusan Sultan Selangor berkenaan kesucian dan pembangunan agama Islam. Di Selangor, Jais memperoleh peruntukan paling tinggi di dalam Belanjawan Negeri, melebihi RM130 juta setahun di mana lebih RM405 juta (pembinaan masjid dan sekolah agama) dan lebih RM46 juta (baik pulih masjid dan sekolah agama) sepanjang tempoh 2008-2012. Kerajaan negeri menaikkan elaun guru-guru Sekolah Kafa dari RM400 ketika pemerintahan Dr Mahathir kepada RM1,300 hari ini. Pengiktirafan ini antara salah satu cara meningkatkan ilmu agama di kalangan anak-anak Melayu Islam sebagai pelaburan modal insan. Sebaliknya pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, Sekolah-sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Tahfiz sering kali diugut dengan pembubaran. Rakyat di negeri ini masih belum lupa penghinaan tersebut jika mahu disebut satu persatu perlakuan Dr Mahathir terhadap agama Islam serta penghinaan terhadap umat Islam. Kita sendiri yang akan terasa malu dengan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam kerana ada di antara kita bersikap jelik begitu. Tiba-tiba hari ini Dr Mahathir cuba menjadi jaguh agama. Tidak dinafikan Dr Mahathir meneruskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang matlamat asalnya membantu orang Melayu tetapi dasar itu ternyata gagal dalam pelaksanaannya kerana agihan kekayaan tidak adil dan tidak telus. Amalan kronisme; memperkaya suku sakat sangat berleluasa dan 'dihalalkan' atas dasar menjaga kepentingan Melayu. Sasaran 30 peratus ekuiti orang Melayu tidak tercapai kerana salah guna kuasa dan kecurangan yang diamalkan. Hanya segelintir Melayu yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno menikmati keistimewaan tersebut manakala masyarakat Melayu teramai ketinggalan dan kekal di takuk lama. Melalui semakan rambang, kita dapati ratusan ekar tanah dimiliki Umno Selangor atas dasar Melayu dan Bumiputera. Apabila didedah di Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, mereka dengan angkuh mengatakan apa salahnya mereka mengambil tanah ini kerana kononnya merekalah yang membangunkan negeri ini!! Ratusan ekar tanah mereka peroleh hanya dengan membayar premium paling minimum RM100 setiap ekar. Kebanyakan tanah tersebut kini dimajukan dan dijual dengan harga ratusan juta kepada syarikat swasta yang bukan milikan Bumiputera. Saya tidak bermaksud mempersoalkan pemilikan tanah oleh bukan Bumiputera tetapi sikap hipokrasi Umno begitu menjengkelkan. Peliknya, ketika menjual hartanah tersebut kepada syarikat swasta dengan keuntungan berlipat ganda, tidak pula mereka bertempek 'Hidup Melayu"!! Mengapa Dr Mahathir tidak menghalang pimpinan Umno dari menggadai tanah-tanah orang Melayu ini kepada orang bukan Melayu? Mana perginya kedaulatan, maruah dan harga diri orang Melayu yang dilaung-laungkan? Kita mendapati ketika pemerintahan Umno di Selangor, ribuan ekar Tanah Rezab Melayu di bandar ditarik keluar dan dijadikan milikan bebas. Diganti dengan tanah di hujung kampung seperti di Panchang Bedena, Sabak Bernam serta di Hulu Selangor. Maka terletaklah Tanah Rizab Melayu jauh dari kota kerana pada Umno, orang Melayu layaknya hidup terperosok di kampung-kampung. Kerana itu jugalah, apabila PR berusaha meningkat taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang memiliki aset bertaraf dunia seperti pembangunan Datum Jelatek, hiruk pikuk Umno membantah pembangunan tersebut dan mahu Melayu kekal berniaga di warung dengan bermentaliti pemilik gerai. Dr Mahathir juga bertanggungjawab memperkenalkan konsep penswastaan di negara ini. Seperti DEB, penswastaan juga bermatlamat murni namun pelaksanaan tempang dan curang menjadi beban kepada rakyat tetapi syurga kepada kroni dan pimpinan Umno. Tidak terdengar satu ayatpun dari Dr Mahathir ketika rakyat Selangor berjuang berhabisan mempertahankan hak air mereka. Dr Mahathir berpura-pura seolah-olah hidup di dunia berbeza. Tahu atau tidak Dr Mahathir bahawa PR mempunyai kekuatan politik untuk mengutip hutang-hutang tersebut? Sedarkah Dr Mahathir PR memulangkan jumlah RM390 juta tersebut kepada rakyat miskin di negeri ini yang sebahagian besar adalah orang Melayu? Tidak terbayang di minda kita bagaimana beliau boleh menuduh PR akan menghancurkan orang Melayu kecuali kita menerima hakikat bahawa faktor usia melemahkan daya pemikiran beliau. Seawalnya saya cuba untuk tidak mengingati kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir pada kebanyakan institusi penting negara selama 22 tahun pemerintahannya. Tetapi memandangkan beliau ghairah beraksi selaku 'de facto' Perdana Menteri mungkin kerana Perdana Menteri hari ini begitu lemah dan gagal maka rakyat terutama orang Melayu yang 'mudah lupa' perlu diingatkan bahawa insan bernama Mahathir yang memporakperandakan kesatuan orang Melayu khusus ketika peristiwa hitam Badan Kehakiman 1988 dan insiden Mata Lebam 1998. Faekah Husin Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Sinar harian/- |
Mandat kerajaan 5 tahun sepanjang 12 kali p'raya Posted: 17 Mar 2013 07:38 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Dakwaan pihak-pihak tertentu menggunakan jentera kerajaan bagi tujuan politik sempit bukanlah baru di negara ini umumnya dan Kelantan khususnya. "Semakin hampIr PRU13, semakin banyaklah acara-acara yang dianjurkan atas nama kerajaan sebaliknya digunakan untuk berkempen bagi pihak tertentu," ujar Ketua Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof dalam satu kenyataan. Sehubungan itu, katanya sekali lagi Pemantau Pilihan Raya Kelantan menegaskan dan menggesa semua pihak terutamanya Umno dan Barisan Nasional yang menguasai kerajaan Persekutuan menghormati prinsip-prinsip demokrasi yang telah menjadi amalan di seluruh dunia hari ini. Apatah lagi, kata beliau konvensyen yang terpakai kini meletakkan kerajaan selepas 8 Mac sebagai sebuah kerajaan sementara. Beliau berkata, haruslah diingat sepanjang 12 kali pilihan raya umum sebelum ini, rakyat telah mempunyai suatu tanggapan sah legitimate expectation bahawa mandat mereka melalui peti undi adalah bagi tempoh lima tahun. "Kami menegaskan bahawa legitimate expectation yang diiktiraf oleh undang-undang pentadbiran bersama konvensyen sejagat berkaitan caretaker government tidak harus dipandang enteng. "Kami amat kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang terus memberi tekanan kepada penjawat awam melalui arahan-arahan jabatan untuk berkempen secara tidak sah bagi pihak Umno dan Barisan Nasional," katanya. Menurutnya, melalui sumber ibu bapa yang prihatin, pihaknya telah menerima satu rakaman program yang dianjurkan oleh sebuah jabatan kerajaan yang menghimpunkan penjawat-penjawat awam bagi mendengar kempen Umno Barisan Nasional. Lebih mendukacitakan lagi, jelasnya kempen tersebut menjadi medan untuk pelbagai fitnah dan tohmahan liar dilemparkan terhadap Pakatan Rakyat berserta hasutan perkauman sempit yang amat membahayakan. Justeru, kata beliau, pihaknya menyeru semua pihak menghormati hak-hak rakyat untuk terlibat secara adil dalam pembentukan sebuah kerajaan sebagaimana dinyatakan dalam Artikel 21, Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang diterimapakai di Malaysia melalui penguatkuasaan S.4 (4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999. Tambahnya, pelbagai amalan yang tidak demokratik dan menghasut hendaklah dihentikan serta merta. Dalam tempoh yang ada, ujar beliau setiap jentera pentadbiran dan kakitangan awam perlu diberi kebebasan yang cukup bagi menjalankan tugas tanpa dikongkong dengan pelbagai kempen politik kepartian. "Pilihan raya yang bebas dan adil adalah hak rakyat dan semua pihak mestilah menghormatinya," tegasnya. Harakahdaily/- |
Pakar sejarah: Filipina perlu gugur tuntut Sabah Posted: 17 Mar 2013 07:36 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - Isu Lahad Datu akan berterusan jika tidak dihentikan. Ia memerlukan rundingan pemimpin tertinggi Malaysia dan Filipina untuk menyelesaikannya. Rakyat perlu ingat Sulu memulakan penentangan pada 1521. Bagaimana Tan Sri boleh menghafal fakta sejarah? Sejarah perlukan perbincangan. Tidak perlu menghafal. Kalau hafal boleh cepat lupa. Ia akan jadi sebahagian daripada kehidupan kita. Apabila ada perbincangan dengan apa yang berlaku sekitar 50 tahun dahulu, saya terpaksa kembali ke zaman dulu dan jika menghafal dan tidak faham, ia akan menyulitkan keadaan. Adakah sejarah sebenar negara ini terdapat dalam buku teks di peringkat sekolah? Sejarah yang dibukukan (buku sekolah) tidak mencukupi. Biasanya yang menulis buku itu kurang faham apa sebenarnya telah berlaku. Seperti contoh, baru-baru ini, saya sedang berbincang mengenai sejarah yang berlaku sekitar lewat 1945 dan awal 1946 iaitu kekacauan dan konflik antara kaum Melayu dan Cina. Secara umum, ia benar berlaku. Tapi, berdasarkan saya yang hidup sekitar tahun itu, pergaduhan sebenar adalah antara kaum Banjar dengan orang Cina yang menyokong gerakan komunis. Tetapi, kaum bukan Cina tidak dapat membezakan antara orang Cina yang menyokong gerakan komunis dan bukan penyokong sedangkan gerakan anti-komunis juga ramai ketika itu. Di bandar juga tidak ada masalah kerana tidak ada orang Banjar dan tidak wujud pergaduhan. Adakah Sabah atau Borneo pernah berada dalam pemerintahan Sulu? Ya, pernah. Bahagian Timur Sabah pernah berada di bawah pemerintahan Sulu. Tetapi pada 1885, Syarikat Borneo Utara telah mengambil alih Borneo Utara. Orang Sulu ini garang. Dari dulu mereka suka bergaduh. Mereka tidak bersetuju apabila Amerika Syarikat memerintah Filipina dan mula bergaduh. Kemudian, apabila Amerika Syarikat membebaskan Filipina pada 1946 dan menjadi negara bebas, orang Sulu di Utara tidak berpuas hati dan tidak bekerjasama dengan Filipina. Mereka mahu menubuhkan negara sendiri. Sehingga ke hari ini, Sulu dan Filipina bergaduh. Sulu juga pernah bergaduh dengan Sepanyol yang pernah menjajah Filipina. Penduduk di satu-satu kawasan itu berbeza. Samalah juga dengan negara kita yang suatu ketika dahulu masyarakat dunia tidak faham mengapa negara kita ada sembilan raja berdaulat. Ramai orang Malaysia tidak tahu. Tidak ada satu negara pun di dunia ada sembilan raja berdaulat. Kemudian digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu. Tapi, autonomi sembilan raja itu masih ada. Kalau bandingkan orang Kelantan dan Johor, tidak sama. Loghat Kelantan juga ramai yang tidak faham. Adakah benar wujudnya janji atau tuntutan bahawa Sabah masih lagi kepunyaan Sultan Sulu dan Filipina? Bagaimana Sulu mahu tuntut Sabah sedangkan Filipina sendiri tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu. Kalau dulu, ada yang cakap wujud keturunan Sultan Melaka. Apabila saya tanya, sultan mesti dipilih, kamu siapa yang tabal? Orang itu tidak menjawab kerana tidak ada pertabalan untuk diri sendiri. Sekarang panggil sultan kurang tepat kerana ia hanya gelaran seperti Sultan Abdul Samad. Gelaran yang betul adalah Yang Di-Pertuan Negeri Selangor dan segala jajahan takluknya. Mereka biasa gunakan kerajaan, tapi ia bukan goverment. Kalau ditafsirkan, sepatutnya monarki. Manakala goverment tidak perlu ada raja. Adakah masih relevan tuntutan Sulu terhadap Sabah? Pada 1962, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk menyiasat sama ada Sabah dan Sarawak setuju dengan penubuhan Malaysia. Setelah selesai siasatan dan pengumuman penubuhan Malaysia dan perlembagaan diumumkan, tiada ada protes. Itu bermakna mereka setuju dan Sabah untuk penubuhan Malaysia. Jadi, tuntutan mereka itu tidak relevan lagi. Ketika Sabah dan Sarawak sertai Semenanjung dalam membentuk Malaysia, adakah kaji selidik dibuat? Suruhanjaya tersebut mengkaji dengan cara pertemuan dengan pemimpin di satu-satu kawasan. Berdasarkan pertemuan itu, rakyat Sabah memberi kata persetujuan secara majoriti, jika tidak, sudah pasti penubuhan Malaysia dibuat tanpa Sabah. Adakah di Sabah sememangnya mempunyai etnik Sulu sejak sebelum zaman merdeka lagi? Ya, pada zaman dahulu mereka sudah berada di Sabah. Kemudian mereka berpecah. Seperti Gugusan Kepulauan Melayu. British dan Belanda telah membahagikan Gugusan Melayu kepada dua bahagian menerusi perjanjian 1824. Kawasan utara di bawah British dipanggil British Malaya. Kawasan lain pula adalah Hindia Timur Belanda. Pada Ogos 1945 ia diberi nama baru iaitu Indonesia. Di Utara, British Malaya tidak diterima orang Melayu. Kawasan itu dipanggil Tanah Melayu. Jika diperhatikan, ada parti-parti yang ditubuhkan menggunakan istilah Malaya seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Ia ditubuhkan oleh Mokhtaruddin Lasso di Ipoh, kawasan yang kebanyakan orang Cina. PKMM tidak disokong oleh orang bukan Melayu. British tidak mengiktiraf PKMM sebagai parti yang ada hak berbincang masa depan orang Melayu. Sama juga parti Pas. Dulu nama mereka Parti Islam se-Tanah Malaya. Sebelum Perang Dunia Kedua, hanya orang Melayu, lahir di Semenanjung Tanah Melayu dianggap sebagai rakyat beraja. Itu sangat penting, hanya yang mengkaji sejarah yang faham. Apakah komen Tan Sri mengenai laporan negatif media Filipina terhadap anggota keselamatan kita? Filipina juga sudah lama menuntut Sabah. Tetapi tulisan media Filipina tidak memberi impak negatif terhadap kita. Dunia sudah tahu perkara ini. Pendapat saya, secara umum, dunia masih pro Malaysia. Dunia tidak faham. Kita sendiri tidak menulis buku untuk penjelasan kepada dunia. Malaysia begitu kompleks. Orang Bugis tubuhkan Kerajaan Negeri Selangor, Minangkabau wujudkan kerajaan Negeri Sembilan. Johor Lama dicipta oleh Britain. Apabila berlaku peristiwa Sultan Mahmud mangkat dijulang, bendahara pula menjadi raja. Apakah harapan Tan Sri supaya isu di Lahad Datu dapat diselesaikan dengan segera? Saya berharap supaya pemerintah Filipina bekerjasama dengan Malaysia. Jika kedua-dua pihak memberi kerjasama, Sulu tidak boleh berbuat apa-apa. Mereka (Sulu) tidak ada tentera. Kalau benar-benar nak lawan, mereka tidak akan menang. Kita ada tentera terlatih dan bermacam jenis senjata. Kita ada kapal terbang, mereka tidak ada. Apa maksud Tan Sri kalau betul-betul mahu berperang, adakah ia berkait dengan politik? Ya, tentu pemerintahan Filipina akan campur tangan. Kita perlu adakan persetujuan dengan mereka dahulu sebelum menggunakan kapal terbang untuk mengebom mereka (Sulu). Jika Sultan Sulu membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa, adakah ini boleh memungkinkan Sabah beralih kuasa? Ia sudah kalah. Mahkamah sini (Malaysia) pernah membuat keputusan Sulu tidak berdaulat. Kalau pergi ke mahkamah, Sulu akan kalah. Tidak mungkin berlaku peralihan kuasa kerana Sulu telah menyerahkan kawasan tersebut kepada Syarikat British pada 1886. Selepas Perang Dunia Kedua, Britain pula mengambil alih kawasan itu. Jadi 1946 hingga penubuhan Malaysia, Sabah dan Sarawak hanyalah tanah jajahan British. Adakah Malaysia perlu menghentikan pembayaran sagu hati kepada Sulu? Mungkin mereka salah faham. Pembayaran perlu diteruskan seperti biasa. Mereka (Sulu) jangan garang dan RM5,000 apa sangat kerana kita membayar berjuta ringgit kepada rakyat di negara ini. Adakah ada 'udang di sebalik batu' dalam pencerobohan ini? Ya. Saya rasa Sulu mahu menuntut Sabah. Jika mereka berjaya mendapatkan Sabah, Sulu akan menubuhkan kerajaan yang berasingan. Sabah kaya, maju, ramai pelancong China, Korea dan Jepun. Faktor lain adalah perdagangan di Sabah kerana mempunyai minyak. Dalam perdagangan, Asia Timur kini berada di tempat pertama di dunia, Amerika pun tidak sehebat Asia Timur. Apa pandangan Tan Sri mengenai penghantaran polis sebelum Angkatan Tentera Malaysia ambil alih di Lahad Datu? Kita mesti faham kerana Malaysia sebenarnya tiga bahagian iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Jadi, Sabah dan Sarawak tidak begitu menggalakkan tentera dari sini (Semenanjung) pergi ke sana. Polis ok, Sabah dan Sarawak banyak hak istimewa. Mereka tidak boleh disamakan dengan negeri lain seperti Perak, Selangor dan Pahang. Mereka adalah satu pertiga daripada Malaysia sebab itu mereka tidak terima Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Mereka (Sabah dan Sarawak) menyatakan 31 Ogos mereka masih lagi di bawah jajahan British. Mereka mahu Hari Malaysia iaitu pada 16 September. Ini semua tidak ada dalam buku Sejarah. Orang yang menulis buku itu tidak faham. Adakah Tan Sri berusaha mengumpulkan bahan sejarah untuk dibukukan? Ada banyak tetapi untuk menerbitkan buku bukan senang. Banyak penerbit suka menipu. Saya ditipu beberapa kali. Apakah pesanan Tan Sri kepada anggota keselamatan yang bertugas di Sabah? Saya rasa masalah ini perlu diselesaikan oleh pemimpin kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Filipina. Dua pihak ini penting. Apabila Filipina bekerjasama dengan Malaysia, Sulu tidak boleh buat apa- apa. Adakah sikap tidak campur tangan Filipina mengundang masalah? Ya, sebab dia (Sulu) belum lagi sanggup menghentikan tuntutan ke atas Sabah. Belum lagi menggugurkan. Adakah jalan penyelesaiannya? Kita jangan lupa, Sulu mula-mula menentang Sepanyol pada 1521, apabila Amerika mengambil alih pemerintahan Filipina pada 1898, dia (Sulu) menentang Amerika. Apabila Filipina menjadi bebas negara bangsa pada 1946, Sulu tidak bersetuju dengan Manila. Sejak 1521 hingga sekarang, tak kan dengan begitu mudah hendak berhenti. Sulu terletak di Selatan Filipina dan tidak ramai tetapi mempunyai keazaman mereka luar biasa. Barat memanggil mereka Moro. Adakah perlu kerajaan Malaysia perlu ketatkan pemberian kad pengenalan di Sabah? Ini kita punya politiklah. Jangan bangkitkan perkara lain pula. Pada masa dahulu kerana mahu undi, kita memberi kad pengenalan kepada mereka. Rakyat Sulu ramai duduk di Kota Kinabalu dan ada yang tinggal di dalam kapal. Rakyat Sulu menegaskan mereka bukan orang asing di sini (Malaysia), ini negara kami. Itu sikap mereka. Apa pendapat Tan Sri dengan sesetengah pihak menganggap ada dalang dalam pencerobohan ini? Saya tidak mahu sebut mengenai politik. Saya pun tidak tahu apa mereka buat, kita hanya membaca dalam akhbar. Saya tidak baca blog dan internet kerana banyak temberang. Apakah kesimpulan yang Tan Sri boleh buat untuk menghentikan kemelut Sulu? Filipina perlu berunding dengan Malaysia. Bersama-sama menyelesaikan isu ini. Jika perlu, kedua-dua pihak perlu membawa isu ini ke mahkamah antarabangsa. Pada zaman sekarang, semuanya mesti berasaskan undang-undang bukan senjata. Ini zaman moden. Adakah isu Lahad Datu ini besar? Di Semenanjung tidak ada tetapi penduduk Sabah banyak masalah. Terutamanya kepada mereka yang bukan berasal dari Sulu menghadapi banyak masalah, kasihan mereka. Adakah Tan Sri bersedia tampil ke hadapan dan menerangkan sejarah? Saya selalu memberikan ceramah, masa kes Mat Indera. Saya pergi untuk memberikan penjelasan kerana mereka menyatakan Mat Indera bukan komunis. Mana dapat senjata? Mereka takut kepada Britain yang membayar mereka. Saya kata Britain tidak pernah bayar. Polis dan tentera kita bukan dibayar oleh Britain. Negara ini, negara kaya. Kita pula yang selalu hantar hasil ke Britain. Britain tidak bayar kepada kita, orang tidak tahu. Negara ini luar biasa. Banyak rakyat tidak tahu. Tanah Melayu sangat istimewa. Jika mahu mengkaji sejarah moden Tanah Melayu tetapi tidak tahu sejarah China dan India, Indonesia dan Eropah, ia tidak boleh dilakukan. Ia saling berkait, banyak peristiwa yang berlaku di China dan India berlaku di negara ini. MIC ditubuhkan untuk memperjuangkan kemerdekaan India. Indonesia juga. Kesatuan Melayu Muda (KMM) adalah nasionalis pertama. Saya kata 1939 buat kali pertama diadakan Kongres Melayu Se Tanah Melayu, KMM tidak dijemput kerana kebanyakan ahlinya orang Melayu Boyan. Ia tidak sama. Rawang dipanggil kerana orang Rawa yang duduk di situ. Dulu Kuala Lumpur ada Sungai Lumpur dipindah nama menjadi Sungai Gombak sebab itu dipanggil Kuala Lumpur. Apa nasihat Tan Sri kepada generasi muda yang tidak mahu mempelajari sejarah negara? Tidak tahu mengenai sejarah, perlukan guru yang faham sejarah. Tidak guna ada sejarah sekiranya guru tidak faham. Guru mesti diberikan latihan dahulu. Saya pernah terlibat sejak dahulu lagi tubuhkan Persatuan Guru Sejarah dan mengeluarkan majalah Peninjau Sejarah pada 1960- an tetapi guru tidak beli. Sejarah perlu perbincangan. Jika tidak faham, tidak boleh. Sejarah tidak boleh dikaji tanpa geografi. Contohnya orang tidak tahu di mana Sulu. Jika ditanya kepada generasi muda, kebanyakan mereka membenci sejarah. Tidak perlu menghafal. Kalau ada filem, ia membantu memberikan kefahaman. Jarang ada filem Melayu yang menceritakan mengenai sejarah. Apa sudah jadi? Apa pendapat Tan Sri mengenai ahli politik yang bercakap tetapi tidak tahu sejarah? Perkara dan peristiwa yang berlaku kadang-kadang mengelirukan. Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku terutama ahli politik bergaduh. Saya tidak ada masa untuk itu. Politik zaman sekarang ahli politik suka menipu orang. Naib Presiden PKR, Tian Chua, apa yang dia buat? Dulu gigit polis, orang macam itu. Dakwaan beliau tu, beliau perlu ditangkap dan dibuang dalam penjara. Tidak ada bukti boleh bercakap. Ahli politik, tidak ada bukti, bercakap. Jangan bercakap mengenai sejarah jika tak tahu sejarah. Saya sakit hati dengan tindakan Tian Chua. Apakah makanan kegemaran dan aktiviti Tan Sri di waktu lapang? Sejak kecil, saya sudah didedahkan dengan pelbagai budaya. Jadi, saya senang menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis makanan. Makanan Cina sendiri ada pelbagai loghat seperti Hokkien dan Kantonis. Jika saya makan laksa, saya sudah tahu dari mana, Pulau Pinang atau bukan. Saya pernah makan mi jawa di Teluk Anson (Teluk Intan). Orang Jawa yang buat. Sangat sedap. Tapi, sekarang susah nak jumpa mi Jawa yang rasa macam tu lagi. Mengenai aktiviti pula, saya suka menulis sebab itu saya boleh ingat. Banyak perkara yang perlu dijelaskan. Kalau tidak ramai yang akan bergaduh mengenai perkara yang bukan-bukan. Sinar harian/- |
Angka kematian letupan bunga api di Mexico meningkat 17 orang Posted: 17 Mar 2013 07:33 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - MEXICO CITY: Angka kematian dalam letupan bunga api semasa perarakan agama di Mexico meningkat kepada 17 orang, selepas empat mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius. Beratus penduduk berkabung semalam dalam upacara pengebumian besar-besaran untuk 13 mangsa pertama letupan itu, yang berlaku pada Jumaat lalu di sebuah kampung kira-kira 112 kilometer timur Mexico City. - AP |
Dun Selangor tetap dibubar hujung Mac - Khalid Posted: 17 Mar 2013 07:31 PM PDT 6 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau tetap akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor pada hujung Mac ini. Menurut Abdul Khalid, hujung Mac ini adalah tempoh terakhir bagi pihak kerajaan negeri mendengar keputusan Perdana Menteri sama ada mahu membuarkan parlimen bulan ini ataupun masih mahu bertangguh. "Saya masih tunggu PM. Tetapi saya akan buat keputusan jika tidak berlaku pembubaran dewan Parlimen sebelum akhir bulan Mac, saya akan lakukan," katanya dipetik Selangorku. Beliau berkata demikian menjawab soalan pemberita sewaktu mengadakan sidang media membantah pemungut parkir yang didakwa tidak berlesen di pasaraya Giant Taman Connought, semalam. Kenyataan Abdul Khalid ini adalah penegasan kedua dalam tempoh dua minggu bahawa beliau akan bertindak membubarkan Dun Selangor pada hujung Mac ini walau apa pun keputusan Datuk Seri Najib Razak. Sebelum ini, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak membuat kenyataan serupa selepas menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri itu. Sultan Selangor menunut Abdul Khalid, telah menyatakan tidak menghalang keputusan kerajaan negeri untuk membubarkan Dun lebih awal dari parlimen. Harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan