Nuffnang

:: cina islam | 2011 ::

Posted by Unknown | Posted on 7:54 PG

:: cina islam | 2011 ::


Gitar yang pernah diguna Lennon, Harrison dilelong

Posted: 22 Mar 2013 01:33 AM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

LOS ANGELES - Sebuah gitar yang pernah digunakan oleh penyanyi terkenal, John Lennon dan George Harrison akan dilelong pada bulan Mei depan. 

Rumah Lelongan Julien's Auctions semalam menyatakan, gitar berkenaan dijangka dilelong antara AS$200,000 (RM624,199) hingga AS$300,000 (RM936,299).

Kedua-dua mereka merupakan bekas anggota kumpulan The Beatles.
Lennon mati ditembak di New York pada tahun 1980.

Harrison meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada tahun 2001 di Los Angeles. Lelongan itu akan diadakan di New York. - Agensi

Pesawat bawa pasukan Itali disambar petir

Posted: 22 Mar 2013 01:26 AM PDT

Cesare Prandelli10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


 PEMAIN dan pegawai skuad kebangsaan Itali menempuh saat cemas apabila pesawat mereka disambar petir ketika dalam perjalanan menuju ke Switzerland, semalam.

The Azzurri berlepas ke negara berkenaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brazil.

Bagaimanapun tiada kerosakan dan kecederaan dilaporkan, namun insiden berkenaan benar-benar mengejutkan semua penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut.

"Semua orang terkejut. Ini pengalaman yang mengerikan," kata pemain Juventus, Claudio Marchisio. Sementara itu, pengendali Itali, Cesare Prandelli mahu segera melupakan insiden berkenaan.

"Ada bunyi letupan yang kuat ketika petir menyambar sayap pesawat. Ini pengalaman paling mengerikan kerana semua orang dalam ketakutan," katanya.


sinar/-

Singa laut berjalan di atas lintasan pejalan kaki

Posted: 22 Mar 2013 01:20 AM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

BALNEARIO CAMBORIU, Brazil - Seekor singa laut berjalan di atas lintasan untuk pejalan kaki di sebatang jalan raya di sini pada Sabtu lalu.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut apabila mereka melihat haiwan itu menyeberangi jalan.

Singa laut sepanjang tiga meter itu keluar dari laut dekat bandar ini.

Beberapa buah kereta dan sejumlah orang ramai berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut menyeberangi jalan.

Anggota-anggota polis dan ahli bomba mencurahkan air ke arah haiwan itu bagi mengelakkan badannya menjadi kering.

Bagaimanapun, haiwan tersebut kembali semula ke laut selepas satu jam 30 minit ia berada di daratan. - Agensi

Program Deklarasi Pendidik Se-Malaysia di Shah Alam esok

Posted: 22 Mar 2013 01:11 AM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor dibawah Jawatankuasa Tetap Pendidika, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor akan menganjurkan Majlis Hi-Tea dan Deklarasi Pendidik Se-Malaysia.

Program bertemakan Bangkit Pendidik Memartabatkan Pendidikan  itu akan diadakan di Hotel De Palma Inn, Shah Alam esok bermula jam 2 hingga 5 petang.

Program ini adalah anjuran bersama dengan Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) dan Majlis Pemuafakatan Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS).

"Kita mengalukan penyertaan dari semua pihak termasuk mahasiswa, wakil-wakil parti politik dan juga NGO yang memperjuangkan profesionalisma perguruan," kata Presiden Pendidik Normala Sudirman kepada Harakahdaily.

Program ini dijangka dirasmikan oleh EXCO Pendidikan Kerajaan Selangor Dr. Halimah Ali.

harakahdaily/-

Pemfitnah Tegar Itu Seorang Pengundi Hantu Rupanya!

Posted: 22 Mar 2013 01:10 AM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Pemilik blog Papagomo yang kerap memapar kandungan berunsur fitnah dan lucah sebelum disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, didedah hari ini merupakan pengundi hantu berdasarkan bukti senarai daftar pemilih yang disemak KEADILAN.

Pendedahan terbaru ini dibuat Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti, di sini pagi tadi.

Berikut kenyataan penuh pendedahan tersebut:

Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.

(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di SINI, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM) Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR.

Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.


Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.


Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor

Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?

Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.


Memahami 'Amanat Tun Mahathir'

Posted: 22 Mar 2013 01:03 AM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Amanat Tun Dr Mahathir Mohammad berbunyi, "Lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali" adalah satu sindiran tajam supaya rakyat jangan lagi menyokong Umno dan BN bersamanya.


Walaupun ada kalangan yang berhujah bahawa perkataan "devil" dan "angel" dalam ungkapan asal Tun Mahathir adalah suatu metafora atau kiasan, tetapi ianya tidak menafikan hakikat bahawa Tun Mahathir sendiri telah membuat dua cabang kelas bahawa Umno BN berada di pihak yang "buruk dan rosak" manakala Pakatan Rakyat berada di pihak yang "baik".


Tun Mahathir adalah Tokoh Besar UMNO, Mantan Presidennya dan Mantan Perdana Menteri, yang paling lama memegang jawatan dalam UMNO. Tun Mahathir mendedahkan beberapa kali, dalam ayat dan perkataannya sendiri, bahawa UMNO adalah parti berpenyakit kronik, mungkin tidak dapat diubati kerana sudah melarat ke dalam usus. Penyakit rasuah dan gila mendapat kuasa. Sebagai seorang ahli perubatan yang tahu bagaimana parahnya sesuatu penyakit itu, sehingga beliau memberi gambaran penyakit kronik yang melarat ke dalam usus, atau dalam kata lain ianya tidak mampu diberi rawatan.

Penyakit politik wang (rasuah) menjalar dalam pemilihan UMNO daripada akar umbi sehingga ke hujung pucuk, tidak lagi menjadi rahsia kepada umum. Penyakit ini dimasukkan ke dalam gelanggang rakyat dalam setiap kali Pilihanraya Umum dan kecil dan membahayakan seluruh jentera kerajaan.

Betapa parahnya penyakit itu sehingga terpaksa diselamatkan dengan Amanat Tun Mahathir yang begitu jelas ucapan dan ungkapannya. Kalau mahu hidup mati bersama UMNO juga, maka begitulah konsepnya.

Sila fahami pula Firman Allah dalam surah An-Nas, ayat 1-6 :

Maksudnya : "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia, Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia, "Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam (syaitan), Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

Maksud peringatan Allah ini ialah supaya semua umat manusia berwaspada menghadapi tipu daya syaitan, sama ada yang dikenali atau tidak, samada terdiri dari kalangan makhluk manusia yang dapat dilihat, atau juga bisikan makhluk jin yang tidak dapat dilihat kerana termasuk kalangan alam ghaib yang wajib beriman wujudnya.

Adalah menjadi hikmat paling besar, surah ini diletakkan di akhir penyusunan al-Quran, dengan perhatian lebih khusus pula kepada ayatnya yang terakhir, mendedahkan adanya syaitan di kalangan manusia yang lebih mudah dikenali.

Permulaan al-Quran pula Surah al-Faatihah, yang menjadi rukun solat pada tiap-tiap rakaat, termasuk rukun solat jenazah yang tidak ada rakaat. Ianya adalah merupakan doa yang diulang, supaya Allah memberi petunjuk ke jalan yang benar. Selepasnya pula Surah al-Baqarah, yang menegaskan al-Quran adalah petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa. Seterusnya membahagikan manusia kepada tiga kumpulan : Beriman dan beramal soleh , kafir dan munafiq.


Berikutnya pula, dibawa kesah kejadian Adam a.s. dan tujuan kejadiannya di bumi, diikuti dengan pertarungan di antara Adam dan Iblis sehingga dihalau dari syurga dan bertarung di bumi sehingga hari kiamat.

Adam dilantik menjadi Rasul memimpin keluarganya berpegang teguh dengan ajaran Allah dan petunjuknya, dan seterusnya dilahirkan para Rasul untuk meneruskan perjuangan Adam dengan petunjuk Allah sehingga hari kiamat pula.

Iblis pula mengumpulkan pengikutnya yang dinamakan syaitan, terdiri daripada kalangan manusia dan jin, yang meneruskan perjuangan menentang Adam dan para rasul dan pengikutnya yang berpegang dengan petunjuk Allah.


Al-Quran bukan sahaja menyatakan petunjuk akidah, syariat dan akhlak serta sistemnya secara menyeluruh bahkan al-Quran juga membawa kisah syaitan manusia seperti al-Malaa, Namrud, Firaun, Abu Lahab, Abu Jahal dan lain-lain yang menentang para rasul di sepanjang zaman.

Semua syaitan itu kalah berhujah dengan para rasul yang membawa ajaran yang benar. Demi meneruskan cita-cita jahatnya, maka syaitan ini meneruskan juga kerjanya dengan cara menggoda seperti iblis pernah menggoda Adam a.s. di zaman dahulu, tetapi caranya berubah dari semasa ke semasa, zaman ke zaman yang berterusan, menggoda dengan fitnah, menipu, menggunakan harta dan kemewahan hidup.


Allah mengesahkan Iblis (bapa syaitan) menggoda Adam dan Hawa, seperti yang disebut dalam Surah Thoha ayat 120 – 121 :


Maksudnya : Setelah itu maka Syaitan (iblis) membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: "Wahai Adam! Mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya (tidak mati), dan kekuasaan (kerajaan) yang tidak akan hilang lenyap?".

"Kemudian mereka berdua (Adam dan Hawa) memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya)."

Allah juga menceritakan para pemimpin yang tersebut nama-namanya di atas, menentang para rasul di zaman masing-masing, secara fitnah dan menuduh para rasul membawa ajaran sesat, serta menggoda dengan menawarkan kesenangan pangkat harta kepada sesiapa yang menyokongnya berkuasa dan menghalang para rasul membawa ajaran Allah yang sebenar.

Firaun menyampaikan ucapan bahawa dialah yang memberi segala kemudahan, seperti mengalirkan tali air yang menyuburkan bumi Mesir, mendirikan bangunan-bangunan dan lain-lain. Firaun juga menjelaskan bahawa Nabi Musa pula hanya membawa ajaran secara berucap tidak jelas dan tidak membawa apa-apa kesenangan bahkan tidak mengenang budi dan tidak bersyukur, kerana menjadi anak angkat yang pernah dibesarkan di bawah naungan istananya yang indah dan mewah.

Pendekatan yang sama dilakukan oleh mereka yang menentang Nabi Akhir Zaman Muhammad S.A.W. Firman Allah :

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan berulang-ulang kepada manusia, di dalam al-Quran ini, dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); Dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran. Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (Wahai Muhammad), sehingga Engkau memancarkan mata air dari bumi, bagi kami. Atau (sehingga) Engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian Engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) Engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang Engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) Engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) Engkau mempunyai sebuah Rumah terhias dari emas; atau (sehingga) Engkau naik ke langit; dan Kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum Engkau turunkan kepada kami sebuah Kitab yang dapat kami membacanya".  Katakanlah (Wahai Muhammad):" Maha suci Tuhanku ! Bukankah Aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?. [al-Isra' : 89 – 93]

Syaitan juga menggunakan para ulama yang mencari kesempatan hidup senang sehingga lupa hari akhirat. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami (seorang yang alim ilmu kitab Allah). Kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya : ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. [Surah Al A'araf : 175 – 176].

Semua kisah al-Quran itu adalah wahyu yang dibawa oleh malaikat yang wajib dikenali sifatnya paling baik, walau pun tidak mengenali wajahnya kerana mereka makhluk ghaib. Al Quran pula wajib dipercayai petunjuknya di sepanjang zaman. Sila bandingkan secara insaf dengan apa yang dilakukan oleh UMNO- BN sekarang.

Amanat Tun Mahathir adalah sindiran tajam supaya ahli UMNO dan penyokongnya, serta parti komponen yang bersekongkol dengannya secara nyata dan bersembunyi. Beliau sendiri sudah dua kali keluar masuk UMNO, secara sifat kemanusiaan yang wajib merawat pesakit walau pun tidak ada harapan sembuhnya.

Seruan saya kepada rakan taulan dalam UMNO-BN. Tinggalkanlah UMNO dan BN bersama syaitan yang dikenali atau tidak dikenali. Jadikan PAS Ganti UMNO, Pakatan Rakyat ganti BN. Disebabkan juga pendekatan berbeza, maka PAS bertahaluf dengan bukan Islam dan masyarakat majmuk bersama prinsip dan konsep Islam yang teguh. UMNO pula berwala' dengan bukan Islam dan bukan melayu dengan prinsip dan konsep nasionalisma yang rapuh sehingga menghilangkan jati diri bersama syaitan yang dikenali dan tidak dikenali. Fahamilah secara ilmu dan ikhlas jangan menolak secara jahil murakkab.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Najib gagal bawa Malaysia capai negara berpendapatan tinggi – Azmin

Posted: 22 Mar 2013 12:57 AM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan gagal mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak enam peratus tahun ini sebagai syarat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

"Unjuran kadar pertumbuhan KDNK tahunan yang realistik adalah antara 4.5 peratus hingga lima peratus bagi 2011 dan lima hingga 5.5 peratus bagi 2012, kedua-duanya di bawah sasaran.

"Malah, Gabenor Bank Negara meramalkan pertumbuhan KDNK tahunan bagi 2011 adalah kurang lima peratus iaitu nilai lebih rendah dari julat ramalan iaitu lima hingga enam peratus," katanya pada kenyataan media, hari ini.

Azmin berkata, angka itu mengulangi kitaran kegagalan sasaran pertumbuhan ekonomi yang dilalui Malaysia pada dekad lalu apabila pertumbuhan sebenar sentiasa lebih rendah daripada sasaran yang dicanangkan.
"Ini jelas menandakan kegagalan dasar ekonomi pentadbiran kerajaan Persekutuan sejak peringkat awal," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negara yang lembap pada suku kedua tahun 2011 – KDNK merosot kepada hanya 4 peratus berasaskan tahun ke tahun, paling perlahan sejak suku keempat 2009 – menunjukkan tanda membimbangkan.

"Mudah untuk menyalahkan kelembapan pertumbuhan berpunca dari iklim ekonomi global tetapi penelitian terperinci menunjukkan wujud faktor domestik yang mempengaruhi hasil pertumbuhan dalam suku kedua 2011," katanya.

Azmin berkata, suasana ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada pendapatan dari sumber hidrokarbon yang kian  berkurangan hanya berupaya menjana ekonomi Malaysia sehingga ke dekad akan datang.

"Ketaksuban kerajaan terhadap industri minyak dan gas perlu dilihat dengan berhati-hati kerana ini akan menganggu tumpuan terhadap pembangunan sektor ekonomi lain yang lebih mampan untuk generasi akan datang.

"Meskipun industri minyak dan gas memberi pulangan tinggi dalam jangka masa singkat; ketagihan terhadap hasil keuntungan

petroleum untuk meningkatkan pertumbuhan sektor-sektor lain yang lembap adalah berbahaya," katanya.

keadilandaily/-

BR1M bukti ramai rakyat miskin, kata Nurul Izzah

Posted: 22 Mar 2013 12:52 AM PDT

Nurul Izzah Anwar10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -
 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan kadar pendapatan perkapita di bawah RM1,500 sebulan di negara ini masih jauh ketinggalan walaupun kerajaan baru-baru ini mengatakan kehidupan rakyat semakin baik di bawah program transformasi.

Nurul Izzah berkata, hakikatnya pendapatan di bawah angka tersebut dapat dilihat daripada jumlah penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) tahun ini mencecah 40 peratus jumlah penduduk negara.

"Kita ingin pastikan 40 peratus rakyat yang gajinya RM1,500 ke bawah dan telah terima BR1M dibantu kerana ramai miskin lagi.

"... sebab itu kita ingin laksanakan gaji minimum RM1,100 jika kita diberi peluang ambil alih Putrajaya nanti," katanya pada Ceramah Perdana Manifesto Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi.

Dalam pada itu, kegagalan kerajaan mengutip kembali pinjaman pelajaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara sebab Pakatan Rakyat mahu melaksanakan pendidikan percuma.

"Kita hadapi RM30 bilion PTPTN, kerajaan hanya mampu kutip RM2 bilion saja.

"... sebab apa? Kertas perjanjian bila kena hujan koyak, jadi sukar nak cari balik mereka yang meminjam, inilah kelemahan sistem ini sejak 1997 diperkenalkan," dakwanya.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah sesekali menghina dan memperlekeh pengorbanan pasukan keselamatan dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Malah beliau yang juga Ahli Parlimen Batu berkata, Pakatan Rakyat tidak pernah mempromosikan keganasan dalam menuntut keadilan walaupun sering kali disalah anggap oleh rakyat kerana manipulasi Umno-Barisan Nasional untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat (PR).

"Pernahkan kita guna kekerasan dengan kekerasan terhadap anggota keselamatan dalam banyak perhimpunan seperti Bersih dan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKP)?

"... kami menghormati dan memahami pihak polis hanya menjalankan tugasnya, namun kami hanya kecam arahan yang diberikan kepada mereka yang tidak bermoral itu," katanya.

Tegas beliau, pihaknya tidak bermusuh dengan pihak polis, malah telah berunding dengan baik dan berhimpun dengan tertib pada HKR pada 12 Januari lalu.

metro/-

ADUN PAS Kedah Menang Saman RM150,000 Ke Atas RTM

Posted: 22 Mar 2013 12:42 AM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


RTM diarah bayar RM150,000 kepada Adun PAS

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa.

Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.

Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000.

Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli.

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan "Titik Sentuhan" yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387. -HD



LAPORAN SEBELUM INI

Adun Kubang Rotan lapor polis dakwa difitnah



KUALA KEDAH, 22 Dis: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa tampil membuat laporan polis terhadap RTM yang didakwa memfitnahnya.

Nasir membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar dengan ditemani beberapa pegawai dan penyokongnya, semalam.

Beliau mendakwa RTM menerusi rancangan Titik Sentuhan pada 18 Disember lalu secara terancang telah melemparkan tuduhan tidak berasas terhadapnya dan kerajaan negeri berhubung isu jalan rosak di Kampung Hilir, Telok Talipon yang berada dalam Dun Kubang Rotan.

"Rancangan televisyen itu menyiarkan temubual penduduk yang menuduh saya tidak berperanan sebagai wakil rakyat serta meminggirkan mereka daripada arus pembangunan negeri.

"Bagi saya tuduhan itu adalah tidak berasas dan ianya merupakan fitnah yang terancang terhadap diri saya kerana jalan yang dimaksudkan itu telah dibaiki dengan inisiatif saya melalui kerajaan negeri,"
tegas beliau.

Menurut Nasir, pihaknya telah membuat permohonan secara bertulis kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) bagi menaik taraf dan penurapan jalan-jalan di kawasan Kubang Rotan termasuk jalan di Telok Talipon itu.

"Pada Januari yang lalu, saya telah mengajukan permohonan kepada UPEN apabila aduan dan permohonan kepada pihak Koridor Utara langsung tidak mendapat maklum balas positif.

"Berdasarkan permohonan tersebut, Pejabat Daerah Kota Setar pada Julai telah mengeluarkan tender bagi membaik pulih dan menurap jalan terbabit sepanjang 1.1 kilometer dan kerja tersebut siap sepenuhnya pada 27 Julai lalu.


"Dakwaan jalan tersebut dibaiki oleh agensi kerajaan pusat seperti dalam rancangan itu adalah tidak benar dan lebih kepada fitnah terhadap saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini dan juga fitnah terhadap kerajaan negeri," jelasnya.

Nasir yang kesal dengan fitnah itu turut menimbangkan tindakan tegas jika pihak yang terbabit dengan rancangan tersebut.

Selain itu, beliau turut mengesyaki berlakunya tuntutan bertindih terhadap kerja pembaikan jalan tersebut berdasarkan kandungan rancangan tersebut.

Sejurus laporan polis itu, Nasir turut membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) Negeri Kedah berkaitan tuntutan bertindih.

"Kerajaan negeri yang menurap jalan itu, tetapi mereka mendakwa pihak MADA pula yang telah melakukan kerja-kerja penurapan jalan tersebut.

"Memang jalan tersebut berada di bawah pengendalian MADA, tapi kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penurapan sepenuhnya setelah tiada tindakan dari pihak yang berwajib.


"Berdasarkan apa yang terkandung dalam rancangan Titik Sentuhan di TV1 tempohari, seolah-olah merekalah yang melakukan kerja-kerja tersebut dan saya syak mungkin berlaku tuntutan bertindih ke atas kerja-kerja tersebut," ujarnya.
-HD

3 bulan tak ke sekolah

Posted: 22 Mar 2013 12:00 AM PDT

Foto10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Bachok: Meskipun tidak hadir ke sekolah selama tiga bulan kerana mengalami kemurungan dan tekanan yang sukar diramal dikenali sebagai 'panic disorder' ia tidak menghalang seorang pelajar untuk meraih 6A dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan, semalam.

Mohamad Hakimi Mamat, 18, meraih keputusan A dalam Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan dan Fizik manakala B dalam Biologi serta dua C dalam Bahasa Inggeris dan Kimia.

Katanya, disebabkan masalah itu, dia hanya belajar bersendirian di rumah sambil ditemani ibunya Mek Kiah Mat Daud, 55, sementara bapanya Mamat Abdullah, 56, keluar bekerja sebagai pencari barang lusuh.

"Selepas mengalami masalah tekanan, saya akui tidak boleh berada di sesuatu tempat yang ramai orang kerana menyebabkan saya menjadi cepat panik dan berpeluh.

MOHAMAD Hakimi mencium ibunya selepas memperoleh 6A dalam SPM.

"Ekoran keadaan itu, saya tidak boleh belajar di sekolah bersama rakan lain. Namun begitu, setiap kali peperiksaan guru akan mengirimkan kertas soalan melalui rakan supaya saya menjawabnya," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bachok, di sini, semalam.

metro/-

Bagaimana pengganas Sulu jadi pegawai kerajaan?

Posted: 21 Mar 2013 11:57 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Persoalan yang lebih besar perlu dijawab, bagaimana seorang warga asing boleh dengan begitu mudah diberi kad pengenalan dan akhirnya diberi pula hak mengundi.

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan.

"Apa keistimewaan Azzimudie sehingga beliau diberi layanan istimewa menjadi hak warganegara malah dibenarkan berkhidmat dengan pegawai kerajaan?" tanya beliau kepada Harakahdaily.

Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Di sebalik krisis pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, di mana aspek keselamatan dan kedaulatan negara menjadi perhatian utama, timbul pula isu identiti Agbimudin @ Azzimudie Kiram, ketua pengganas Sulu serta adik 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram yang sebenarnya pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Kudat, Sabah sekitar tahun 1970-an.

Pendedahan terbaru itu pastinya mengheret satu lagi lembaran baru dalam kes penyiasatan ini. Bagaimana seorang pengganas yang menceroboh masuk ke negara ini adalah bekas seorang pegawai kerajaan di negara ini.

Bukankah ia bermakna Azzimudie Kiram juga memiliki kad pengenalan Malaysia?

Persoalan yang lebih besar perlu dijawab, bagaimana seorang warga asing boleh dengan begitu mudah diberi kad pengenalan dan akhirnya diberi pula hak mengundi?

Apa keistimewaan Azzimudie sehingga beliau diberi layanan istimewa menjadi hak warganegara malah dibenarkan berkhidmat dengan pegawai kerajaan?

Pendedahan Rafizi Ramli mengimbau kembali pendedahan beberapa orang bekas kerajaan termasuk bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kepada Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat skandal pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah sekitar tahun 1980-an dahulu.

Dilaporkan sejumlah berpuluh ribu kad pengenalan diproses dan diserahkan kepada waga asing, yang tujuannya adalah bagi memastikan mereka mendapat kerakyatan dan seterusnya mengundi dalam pilihanraya.

Isu ini akhirnya menjadi senjata makan tuan, apabila pengganas tiba-tiba mendarat di Lahad Datu dan menuntut Sabah kepada mereka.

Siapakah yang harus dipersalahkan tatkala melihat beberapa orang tentera Malaysia gugur syahid di medan perang menentang kelompok pengganas ini?

Soal kedaulatan bukan perkara yang boleh dianggap kecil dan mudah. Ia adalah persoalan penting negara. Sebarang penyelewengan perlu dibongkarkan dan tiada siapa yang perlu dilindungi.

Wajarlah mereka yang terlibat dalam pemberian kad pengenalan tersebut dihukum dengan hukuman yang keras termasuk bekas-bekas pemimpin negara.

PM perlu menjawab segala dakwaan berhubung identiti pengganas terbabit. Jawapan PM adalah pada ketegasannya mengambil tindakan dengani menyiasat dakwaan tersebut sehinggalah kepada mengheret dalang penjual kedaulatan negara ke muka pengadilan tanpa tangguh.

Beliau tidak boleh berlengah lagi atau terus mendiamkan diri dari menjawab persoalan yang dikemukakan. Kegagalan PM bertindak, atau lambat respons akan memberi kesan besar kepada dirinya dan partinya dalam PRU13.

Pastinya rakyat Sabah menjadi semakin marah kerana hak mereka sebagai rakyat dikongsikan oleh pendatang asing, bahkan pengganas di negeri itu.

harakahdaily/-

Budak maut akibat letupan bom di Pattani

Posted: 21 Mar 2013 11:37 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

HAT YAI – Anggota-anggota gerila pemisah semalam meletupkan sebuah bom yang mengorbankan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan mencederakan 10 yang lain di Pattani, Selatan Thailand, kata polis.
Jurucakap polis, Kolonel Tuanday Juthanan berkata, para gerila itu menyembunyikan bom itu pada sebuah motosikal dan meletupkannya pada waktu makan tengah hari.

Letupan tersebut turut merosakkan tujuh buah kereta dan tiga buah motosikal. – AP


SPM: 73 pelajar Maahad Perempuan cemerlang

Posted: 21 Mar 2013 11:19 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -




KOTA BHARU: Maahad Muhammadi Perempuan mencipta rekod baru apabila seorang pelajarnya mendapat 11A+ dalam sejarah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumum semalam.

Nurul Ain Afifah Shaharuddin mengejutkan sekolah dan keluarga apabila muncul pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan.

Manakala pelajar yang memperolehi 11A juga meningkat kepada 31 orang berbanding 23 pelajar tahun 2011. Begitu juga pencapaian 10A meningkat kepada 22 calon berbanding 13 orang sebelumnya.

Pengetuanya, Mansur Daud berkata, sekolah tersebut mengekalkan pencapaian 100 peratus sejak 2009.

"Seramai 73 pelajar yang cemerlang dengan mendapat 9A ke atas pada SPM tahun lepas. Mereka pastinya layak menerima insentif kerajaan negeri sebanyak RM500 seorang.

"Seramai 412 calon menduduki SPM tahun lepas di Maahad Muhammadi Perempuan," katanya pada majlis pengumuman keputusan SPM 2012 semalam.

Berucap pada majlis itu beliau berharap pelajar lepasan SPM yang tidak berhasrat menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun ini dapat mencipta nama baik sekolah ketika belajar di universiti nanti.

Mansor juga berkata, Maahad Muhammadi Perempuan mencatat keputusan terbaik peringkat negeri dalam peperiksaan Sijil Menengah Ugama dan STAM tahun lalu.

Manakala bagi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah menduduki tempat kedua.

harakahdaily/-




Kajian: Orang muda bakal penentu PRU 13

Posted: 21 Mar 2013 11:13 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


PETALING JAYA: Pengundi pertama kali dan pengundi muda dijangka akan menjadi pengundi penentu dalam pilihan raya ke 13 apabila jumlah mereka 24.6 peratus dari semua pengundi.

Angka ini adalah paling tinggi dalam sejarah pilihan raya di negara ini, kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Sufian (gambar kanan) dalam satu seminar dekat sini semalam.

Menurut Ibrahim, pengundi muda pula dianggarkan 25 peratus dari jumlah pengundi yang berdaftar sehingga bulan Disember 2012.

Pengundi di bawah 30 tahun dalam daftar kali ini adalah 27 peratus dan dibawah 40 tahun adalah 52 peratus.

Profesor Dr Ridhuan Othman (gambar bawah) pula dalam kajian Pusat kajian Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) berkata, 21 peratus pengundi di negara ini belum membuat keputusan siapa yang akan mereka pilih dalam pilihan raya ini nanti.

Dari 21 peratus itu pula, 53 peratus adalah berbangsa Cina dan 37 peratus Melayu.

Dari segi umur pula, 51 peratus dari mereka adalah berumur 21 - 30 tahun manakala dari segi pendidikan pula, 49 peratus dari mereka adalah pemegang ijazah.

48 peratus dari mereka yang belum membuat keputusan ini adalah pengundi pertama kali, kata Ridhuan yang menjadi penal dalam seminar itu.

Data ini diperolehi berdasarkan kajian UMCEDEL dua bulan lalu (Januari) melalui kajian bersemuka dengan 1,409 respondan, beritahu Ridhuan.

harakahdaily/-

Dilahir tanpa tulang kering

Posted: 21 Mar 2013 11:04 PM PDT

Foto10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Melbourne: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilahirkan tanpa tulang kering, lutut atau buku lali akhirnya mampu memiliki sepasang kasut selepas dipasangkan kaki palsu. 

Kaki baru Ted Johnson, 3, mempunyai jari tidak seperti beberapa kaki palsunya yang lain. Minggu ini, dia cuba memakai kaki palsu kaca gentian baru berwarna biru buat kali pertama di gelanggang bola keranjang di Hospital Kanak-Kanak Diraja di Melbourne.

Mesin pengimbas gagal mendedahkan Ted mengalami keadaan yang jarang berlaku tibial hemimelia ketika dalam kandungan ibunya, Abbie.

Di sinilah tibia tulang kering sama ada hilang sebahagian atau sepenuhnya ketika dilahirkan. Kakinya mungkin cacat atau mempunyai jari berlebihan. Keadaan Ted itu bermakna ibu bapanya, Abbie dan Peter terpaksa mengambil keputusan genting agar kakinya dipotong ketika dia berusia setahun.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilengkapi dengan dua lagi jenis kaki palsu tetapi ini adalah set kaki palsu pertama lengkap dengan jari kaki.

Dan sebaik saja kaki kaca gentian baru berwarna biru itu dipasang pada Velkro, Ted sudah boleh bergerak. Ibunya berkata: "Dia sangat hebat - tiada apa yang boleh menghalangnya.
JOHNSON tanpa kaki palsu.
"Kami menyangka dia mungkin tidak memerlukannya untuk bergerak, jadi saya tidak percaya betapa hebatnya dia. Buat pertama kali kami akan membeli kasut untuknya esok." Pakar protestik, Jim Lavranos yang membuat dan memperbaiki tiga pasang kaki palsu Ted berkata, biasanya kanak-kanak mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk bergerak seiring dengan perkembangan pemanjangan kaki. "Ted mendapatnya lebih awal daripada yang biasa kami alami kerana dia sangat yakin dan cepat. Dia akan terbang dengan kaki palsu ini." - Agensi

Enjin roket hantar angkasawan ke bulan dikeluarkan dari laut

Posted: 21 Mar 2013 10:55 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


CAPE CANAVERAL - Sebuah pasukan yang dibiayai oleh pengasas Amazon, Jeff Bezos berjaya mengeluarkan beberapa komponen enjin roket Saturn V dari Lautan Atlantik.

Pendedahan itu dibuat oleh Bezos di laman web projek untuk mengeluarkan komponen enjin roket yang telah menghantar dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) ke bulan lebih 40 tahun lalu.

Enjin itu yang masih menjadi milik pemerintah AS akan dibaik pulih sebelum dipamerkan kepada orang ramai.

Kapal Seabed Worker yang membawa enjin itu berlabuh di Port Canaveral, Florida semalam selepas tiga minggu ia berada di laut.

Enjin itu berada hampir lima kilometer (km) di dasar Lautan Atlantik dan terletak 579km dari sini.
Roket Saturn V itu membawa beberapa angkasawan ke bulan pada tahun 1960-an dan 1970-an.
Selepas berlepas, roket itu jatuh ke dalam lautan, manakala kapal angkasa Apollo berlepas ke bulan. - 
Agensi

Tubuh RCI siasat skandal Ketua Menteri Sarawak

Posted: 21 Mar 2013 10:45 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Perdana Menteri menubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan rasuah di Sarawak oleh Ketua Menteri dan ahli keluarga beliau.


Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ini ekoran pendedahan video bertajuk 'Inside Malaysia's Shadow State' yang dihasilkan oleh sebuah NGO antarabangsa, Global Witness mengenai skandal balak di negeri Sarawak baru-baru ini,".

"Pendedahan ini pastinya menggemparkan negara kerana ia menggambarkan magaimana modus operandi yang dilakukan secara terancang oleh keluarga pemimpin kerajaan di negeri tersebut menggunakan mekanisme tertentu bagi menghalalkan kegiatan mereka," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Justeru, ujarnya DPPM merasa terkejut bagaimana kumpulan aktivis tersebut boleh menghasilkan dokumentari berdasarkan hasil penyamaran dan pengintipan mereka terhadap kegiatan keluarga Ketua Menteri Sarawak.

Ini, kata beliau menandakan masyarakat antarabangsa juga sudah lama memerhati terhadap penyelewengan dan salah laku pemimpin negara, khususnya KM Sarawak.

"Bayangkan sekiranya video ini tidak didedahkan untuk tatapan umum, dimanakah rakyat akan mengetahui kebenaran di sebalik penyelewengan ini?" ujarnya lagi.

Beliau menambah, rakyat yang menonton video ini pastinya merasa malu, marah dan terkejut melihat bagaimana pemimpin sebuah kerajaan menyelahgunakan kuasa dan kekayaan yang mereka miliki untuk kepentingan diri dan keluarga mereka.

Justeru, beliau bertanya di mana hendak diletakkan air muka tatkala masyarakat dunia menonton skandal yang tidak bermaruah ini yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpn negara.

Justeru, rakyat tidak lagi boleh menutup mata melihat segala penyelewengan yang berlaku.

Katanya, dalam keadaan rakyat di Sarawak hidup dalam serba kedhaifan, miskin dan melarat, pemimpinnya pula bermewah dengan kekayaan yang melampau.

Bahkan, ujarnya harta kekayaan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat hanya diagih-agihkan antara sanak saudara dan keluarga mereka sahaja.

"Beginilah sikap yang dipamerkan oleh pemimpin parti pemerintah yang telah memerintah negara ini berpuluh tahun lamanya.

"Pendedahan ini membuktikan bahawa kerajaan BN sekarang terlalu parah. Amalan rasuah, korupsi, kronisme serta penyelewengan kuasa untuk kepentingan peribadi telah menjadi budaya dan membarah dalam pemimpin-pemimpin negara," ujarnya lagi.

Tambahnya, rakyat perlu meletakkan noktah terakhir kepada BN pada PRU13 tanpa ragu lagi.

"Menafikan kekuasaan BN untuk terus memerintah bererti menyelamatkan negara dari dipimpin oleh pemimpin yang korup dan tidak amanah," katanya.

harakah/-

Sabah diceroboh: Tertuduh dakwa dia diupah

Posted: 21 Mar 2013 10:34 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

TAWAU – Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.
Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) 

memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.
Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan

berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.
Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi. – Bernama

Bangunan Istana Presiden terbakar

Posted: 21 Mar 2013 10:30 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

JAKARTA - Kepulan asap berwarna hitam menjulang dari bumbung sebuah bangunan pentadbiran yang terletak di dalam kawasan Istana Presiden Indonesia semalam.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Seorang pegawai khas kepada Presiden Indonesia, Daniel Sparingga berkata, tingkat tiga dan empat di bangunan Sekretariat Negara itu terbakar pada pukul 5 petang waktu tempatan.
Ketika kejadian, semua pekerja telah pulang ke rumah masing-masing.

Sparingga berkata, sebanyak 30 buah jentera bomba dihantar ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Kebakaran itu berlaku dalam tempoh lebih sejam.

Bangunan yang terbakar itu terletak kira-kira 50 meter dari pejabat Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Ketika kejadian, Susilo mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Sparingga berkata, tiada dokumen penting pentadbiran yang disimpan di bangunan yang terbakar itu.
Bahagian paling atas bangunan itu yang menempatkan stor dan bilik mesyuarat mengalami kerosakan yang teruk.

Punca kejadian masih belum diketahui. - AP

Bawa lembu naik Persona

Posted: 21 Mar 2013 10:10 PM PDT

Foto10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Alor Gajah: Tindakan seorang lelaki menjual seekor lembu yang baru beberapa jam dicuri kepada rakannya memakan diri apabila kedua-dua mereka dibelasah penduduk di sebuah kampung di sekitar Masjid Tanah, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, seorang penduduk di Kampung Seri Tanjung di sini, menyedari kehilangan seekor lembu betinanya kira-kira jam 8.30 pagi sebelum berjaya mengesan semula binatang berkenaan, empat jam kemudian.

Sumber berkata, suspek berusia 28 tahun dipercayai melarikan lembu itu menggunakan kereta Proton Persona dan menempatkannya di sebuah kandang untuk dijual kepada seorang lagi suspek berusia 43 tahun.

"Menyedari kehilangan itu, mangsa kemudian meminta beberapa rakannya mencari lembu berkenaan dengan meninjau beberapa kandang di sekitar Masjid Tanah dan berjaya mengesan binatang itu diikat di kandang di depan rumah seorang daripada suspek.
LEMBU yang hilang ditemui semula.

"Apabila ditanya, suspek berdegil mendakwa lembu itu kepunyaannya hingga menyebabkan penduduk membelasahnya dan menjadikan peraih lembu berkenaan sebagai umpan memerangkap pencuri sebenar," katanya di sini, semalam.

metro/-

Penumpang bas Cityliner cemas

Posted: 21 Mar 2013 08:34 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Penumpang bas Cityliner cemas

Keadaan kereta dan bas yang terlibat dengan kemalangan.
PORT DICKSON – Kira-kira 23 penumpang dan pemandu bas Cityliner melalui detik cemas apabila kenderaan itu terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Saga, di Batu 2 Jalan Pantai berhampiran Hotel Corus, semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi ketika bas dipandu dari arah Port Dickson ke Telok kemang.

Penumpang bas, Albaniah Malik, 66, berkata, sepanjang usianya , ini adalah kali pertama melihat insiden kemalangan di depan mata dan lebih memeranjatkan dia turut terlibat dalam insiden berkenaan.

"Rasa nak gugur jantung mak cik tengok kemalangan tadi. Kalau ada sakit jantung mesti mak cik pengsan.

"Dah lah mak cik duduk depan sekali. Walau macam mana sekalipun mak cik tetap bersyukur sebab kami semua selamat, cuma orang yang dalam kereta itu sahaja mengalami cedera," katanya.

Menurutnya, dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Telok Kemang dari Bandar Port Dickson bersama anak dan dua cucunya.

Anak Albaniah, Azlina Azman, 29, berkata, kejadian berlaku begitu pantas.

"Apa yang saya perasan, bas dipandu dengan perlahan lebih-lebih lagi bas baru sahaja berjalan selepas berhenti di lampu trafik.

"Tiba-tiba ada sebuah kereta memotong bas dan mungkin pemandu kereta berkenaan hilang kawalan sebelum terus merempuh tembok di kiri jalan dan kereta itu terpusing dua kali.

"Pemandu bas sempat membrek namun bertembung dengan kereta itu yang menghalang laluan bas," katanya.

Azlina berkata, ketika kejadian dua anaknya sedang tidur dan berada di pangkuannya. Mujur pertembungan bas dan kereta itu tidak kuat, jika tidak pasti kami akan terhumban atau jatuh ke depan.

Penumpang, Nurul Syafika Abd Shukor, 20, berkata, dia dalam perjalanan ke Politeknik Port Dickson dan duduk di bahagian belakang bas.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, saya ada mendengar bunyi dentuman yang agak kuat dan melihat ada kepulan asap di bahagian bas.

"Keadaan panik seketika selepas mengetahui bas yang saya naiki terlibat dengan kemalangan," katanya.

Dalam pada itu, Penyelaras Trafik Cityliner Port Dickson, Rahim Jolan berkata, semua penumpang termasuk pemandu bas  tidak mengalami kecederaan.

"Semua penumpang yang terlibat juga dipindahkan ke sebuah bas yang lain dengan kadar segera untuk mengelakkan penumpang menunggu terlalu lama," katanya.

Rahim berkata, bas Cityliner yang terbabit dalam kemalangan itu baru sahaja keluar daripada platform perhentian bas Port Dickson sekitar 11.30 pagi untuk ke Tanjung Agas mengikut laluan Port Dickson-Telok Kemang dan Pasir Panjang.

Dalam pada itu, pemandu dan tiga penumpang kereta yang cedera dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut.

Sinar harian/-

Cantik mengikut syarak

Posted: 21 Mar 2013 08:31 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sekadar gambar hiasan.

Sekadar gambar hiasan.
kecantikan

Percayalah, kecantikan sebenar lahir dari hati yang tulus dan ikhlas.
SYEIKH Dr Yusuf al-Qardawi menegaskan dalam kitab nukilan beliau al-Halal wal Ahkam fil Islam sekiranya ada kecacatan yang menjelikkan pada pandangan mata sehingga menimbulkan sakit di jiwanya, boleh dirawat dan diubat kecacatan itu dengan tujuan menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam nyawanya kerana ALLAH SWT tidak menjadikan agama ini dengan penuh kesukaran.

Al-Qardawi juga menegaskan perbuatan bertatu, mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali, menjarangkan gigi dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar.

Beliau secara tegasnya menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk kecantikan adalah pengaruh budaya materialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara.

Manakala Dr Abdul Karim Zaidan menyatakan dalam buku beliau al-Mufassal fi Ahlam al-Mar'ah wa Bait al-Muslim fi al- Syariah al-Islamiyyah turut membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas.

Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk
dalam a'mal al-tajmil.

PENGUBAHSUAIAN ciptaan Ilahi sering menjadi persoalan ramai. Jika diperhatikan ramai sahaja yang bertanya pada golongan ilmuwan mengenai topik berkenaan. Minggu ini, Rehal berkesempatan mengupas adakah menjadi satu keharusan atau kelonggaran bagi kita untuk mengubah sesuatu yang buruk kepada kecantikan dan kesempurnaan.

Sesuai dengan arus kemodenan kini, banyaknya pembaharuan dalam dunia kecantikan antaranya, teknologi nano, teknologi ortodontik, pembedahan plastik, suntikan botox dan vitamin C. Semua itu menghiasi diari wanita moden bercita rasa tinggi.
Dibolehkan jika menimbulkan kejelikan

Siapa tidak mahu dipandang cantik dan pastinya tidak ada sesiapa pun mahu berbadan besar serta bergigi rongak, namun seseorang Muslim itu perlu bersikap berpada-pada. Usah diikutkan kata hati untuk menjadi cantik sehingga melupakan batas-batas yang dilarang Islam. Menurut Pensyarah Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood berkata, topik mengenai pengubahsuaian diri ciptaan ALLAH SWT perlu dilihat dari banyak sudut. Harus bagi kita untuk menyelidiki terlebih dahulu sebelum menjatuhkan apa-apa hukum.

"Pada pandangan saya mengenai pemakaian pendakap gigi (braces), ia dibolehkan (keharusan) dengan bertujuan untuk merapikan dan meratakan gigi yang tumbuh tidak sekata atau sedikit terkeluar bagi memudahkan seseorang itu supaya dapat makan dan bercakap dengan sempurna.

"Mengenai kaedah implan atau menanam gigi, ia juga dibenarkan untuk menggantikan gigi yang sudah tidak ada atau tercabut dan konsepnya sama seperti gigi palsu," katanya.

Menurutnya, keharusan mengubahsuainya bergantung kepada keadaan, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan sehingga si polan itu tidak dapat makan maka ia perlu diubati  dengan cara bersesuaian.

ABDULLAH bin Mas'ud menerangkan bahawa Rasulullah melaknat wanita yang merenggangkan giginya demi kecantikan bagi mengubah ciptaan ALLAH SWT (Sahih Muslim no: 3966).

Pengecualian diberikan kepada gigi yang tercedera disebabkan kemalangan, peperangan atau sebagainya, boleh dibetulkan kedudukannya agar orang tersebut dapat makan seperti biasa. Demikian juga dibolehkan memakai gigi palsu bagi orang yang sudah tidak ada gigi.

Adapun memutihkan gigi, maka ia termasuk dalam anjuran agama untuk menjaga kebersihan. Namun berlebih-lebihan dalam memutihkan gigi seperti menggunakan pencuci kimia atau menghakis lapisan luar yang kuning boleh merosakkan gigi untuk jangka masa yang lama, maka elakkanlah ia.


Boleh jatuh haram walaupun suci bersih

Mengulas mengenai teknik rebonding rambut  dan  inai rambut, Siti Fatahiyah berkata, ia dibenarkan kerana bersifat sementara dan kaum wanita adalah bertudung.

"Terutamanya sekiranya perbuatan dilakukan untuk menjaga keharmonian rumah tangga seperti isteri mewarnakan rambut atau rebonding rambut ianya dibenarkan.

"Tapi dalam bab mewarnakan rambut, perlu diingatkan bahawa penggunaan pewarna rambut yang bersifat tidak resap air adalah tidak dibenarkan. Label halal yang dipamerkan di produk-produk pewarna rambut menyatakan bahawa bahan tersebut tidak mempunyai bahan yang dilarang syarak tetapi tidak membawa maksud ianya resap air," jelas adik kepada penceramah terkenal Ustazah Siti Nurbahyah ini.

Menurutnya, sehubungan itu, gunakan bahan semula jadi daripada tumbuh-tumbuhan seperti inai. Perkara ini perlu dipertimbangkan kerana ia melibatkan hukum mandi wajib dan berwuduk iaitu memerlukan rambut tersebut dibasahkan. Ini bererti jika bahan kimia tersebut kalis air maka hukumnya boleh jatuh haram sekalipun suci dan bersih.


Mahu kekal rupawan

Ketika ini, ramai antara kita melebihkan kecantikan paras rupa dengan mencuba pelbagai bahan-bahan yang boleh dipertikai seperti suntikan vitamin C.

Siti Fatahiyah menerangkan jika kegunaannya semat-mata untuk kecantikan hukumnya haram sebaliknya sekiranya dilakukan untuk kesihatan dan keharmonian rumah tangga ia diharuskan.

"Kita ambil contoh produk kecantikan Safi Rania Gold. Produk ini apabila dipakai di wajah tidak berkekalan sifatnya. Ia akan meresap ke dalam wajah dan lama kelamaan akan hilang dengan sendirinya. Ini dibenarkan.

"Berbeza dengan mereka yang memakai susuk, apabila melalui sinar  X, bahan susuk (emas atau berlian) tersebut masih kelihatan di bawah lapisan kulit menunjukkan ianya berkekalan sekali gus diharamkan," ulasnya lagi.

Konklusinya, apabila membuat perubahan yang kekal pada badan sama ada melalui suntikan atau pembedahan atau rawatan sekalipun adalah diharuskan jika bertujuan untuk kesihatan atau membaiki kecacatan yang menjelikkan yang ada supaya  kembali normal.

Jika semata-mata  tujuannya untuk kecantikan adalah dilarang sama sekali terutamanya yang melibatkan perbelanjaan sehingga membazir dan dikhuatiri akan memudaratkan di kemudian hari.


Hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 membincangkan hukum pemakaian inai bercorak mengikut syarak. Muzakarah memutuskan:

1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki diharuskan bagi wanita sama ada telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk perubatan. Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 hingga 6 April 2006 membincangkan hukum suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA).

Muzakarah memutuskan:

1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan bahan-bahannya ialah khinzir.

2. Suntikan botox ini juga didapati boleh memberi mudarat bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan penipuan.

3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan botox digunakan komersialnya botox adalah haram.

4. Walau bagaimanapun untuk perubatan, suntikan Botulinum A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh SUMBER: e-fatwa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sinar harian/-


Empat pengganas ikat suri rumah

Posted: 21 Mar 2013 08:16 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Empat pengganas ikat       suri rumahMutia bersama dua anaknya Herwan Shah Herma (kiri) dan Herrunsyah menceritakan bagaimana jirannya ditawan empat pengganas di Kampung Kembara Sakti.
Lahad Datu: Seorang suri rumah ditawan empat pengganas lebih dua jam selepas rumahnya dipecah masuk di Kembara Sakti, FELDA Sahabat 43 di sini, petang semalam.

Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang tinggal bersendirian didatangi empat pengganas terbabit sebelum kedua-dua kaki dan tangan diikat. 

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri ketika dua pengganas itu leka mencari makanan, manakala dua lagi bersembunyi atas siling. 

Pengganas minta makanan

Jiran mangsa, Mutia Mambalusah, 41, ketika ditemui di sini berkata, penduduk menyedari kehadiran kumpulan pengganas terbabit sebaik mangsa menjerit memberitahu supaya lari meninggalkan kampung kerana ada pengganas bersenjata.

"Terkejut dengan jeritan mangsa, saya segera lari meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang.

Berita Harian/-

AJK Pemuda Umno Bahagian sertai PAS di Johor

Posted: 21 Mar 2013 08:08 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


(Mazlan Aliman memberikan taklimat kepada Presiden dan Setiausaha Agung PAS tentang pemindahan kubur di Pengerang yang menjadi isu penduduk tempatan)

JOHOR BHARU: Tindakan berani ahli-ahli Umno Bahagian Tebrau yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian tersebut, Jayen @ Supaat Taros, menyertai PAS, bukan sahaja memberi tamparan yang cukup hebat kepada Umno Bahagian Tebrau malahan tindakan tersebut juga membuktikan Umno semakin ditolak oleh rakyat.


(Javen [kanan sekali] bergambar kenangan selepas menyertai PAS)


Jayen yang juga Ketua Pemuda Umno Zon Taman Nora Ulu Tiram bersama mantan Ketua Pemuda Umno Zon Bandar Tiram, Azmi Sarmin, telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis ceramah yang diadakan di Kampung Sungai Tiram Ulu Tiram.

Harakahdaily/-

Berlari bawa anak berlumuran darah

Posted: 21 Mar 2013 08:02 PM PDT

10 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Berlari  bawa anak berlumuran darah
Banee Yamin menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, semalam. Nurdamia (gambar kecil) maut terkena bilah helikopter kawalan jauh.
Tiga turut cedera terkena serpihan badan helikopter

Seremban: Dalam keadaan tidak nampak kerana cermin mata terjatuh, Banee Yamin Idris, 35, gagahkan diri berlari membawa Nurdamia Husnina ke ambulans selepas melihat sebahagian kepala anaknya terkoyak.

Bagaimanapun, anak bongsunya, Nurdamia Husnina, 18 bulan, maut apabila kepalanya terkena bilah helikopter kawalan jauh model Align T-REX 700 Nitro yang terhempas di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, malam kelmarin. 

Menceritakan kejadian ngeri itu, pembantu akauntan di Jabatan Akauntan Negara di sini, berkata nahas berlaku terlalu pantas dan hanya sedar sebaik melihat kepala Nurdamia yang sebelum itu tidur di pangkuannya berdarah. 

"Saya berlari sejauh kira-kira 100 meter ke arah ambulans yang memang ada di situ. Apabila sampai, baru saya sedar kepala saya juga cedera manakala mata dan bibir bengkak menyebabkan saya hampir pengsan kerana mabuk darah.

"Jika tidak pakai cermin mata, mungkin saya buta terkena bilah helikopter itu," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini, semalam.

Gimik majlis

Dalam kejadian pada jam 9.55 malam itu, Nurdamia meninggal dunia selepas kepalanya terkena bilah helikopter kawalan jauh ketika gimik majlis perasmian padang bola sepak sintetik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. 
Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Turut hadir Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Tiga pengunjung lain yang berada di tempat kejadian turut cedera terkena serpihan badan helikopter, tetapi hanya dirawat sebagai pesakit luar di HTJS.

Menteri Besar yang ditemui ketika melawat Banee Yamin di HTJS, tengah hari semalam, berkata, bapa kanak-kanak itu akan menjalani sesi kaunseling traumatik untuk mengurangkan perasaan trauma akibat kejadian itu.

Pengendali helikopter ditahan

Sementara itu, ibu mangsa, Rafeah Zainal Abidin, 35, yang sedih dengan kehilangan anaknya berkata, ketika kejadian dia berada di rumah kerana dua anaknya yang berusia enam dan 11 tahun turut mengikut bapa mereka.

Jenazah Nurdamia dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Geduhum, Dangi, Kuala Pilah, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata polis menahan pengendali helikopter itu yang juga seorang pemandu teksi berusia 40 tahun, semalam.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304A kerana menyebabkan kematian dengan cuai.

Berita Harian/-

Comments posted (0)

YB BN

YB PAS

YB PKR

YB DAP