NUR FARHANA ABDUL MANAN
21 Mac 2013
Abdul Khalid Ibrahim - NRW
Abdul Khalid ketika mengulas mengenai NRW.
SUBANG JAYA – "Kerajaan Negeri (Selangor) ada mempunyai tarikh-tarikh tertentu untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor dan perbincangan mengenainya sentiasa dilakukan," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau ketika diminta mengulas dakwaan Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat, Azmin Ali yang mendakwa tidak tahu mengenai adanya tarikh pembubaran Dun itu berkata, perbincangan ada namun strategi untuk menentukan bila pilihanraya tidak ditetapkan sehingga persetujuan
untuk membubarkan Dun dicapai.

Menurutnya, tarikh pembubaran Dun akan berlaku jika kerajaan persekutuan mengumumkan pembubaran Parlimen.

"Kalau kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen esok, kerajaan negeri akan berbincang untuk membuat keputusan sama ada akan bersama Kerajaan Persekutuan atau tidak.

"Bagaimanapun,  pembubaran Dun akan dibuat dalam masa yang terdekat," katanya.

Sebelum ini , Azmin dilapor belum mendapat sebarang maklumbalas daripada Abdul Khalid yang mendakwa mempunyai tarikh pembubaran Dun Selangor.