Khamis, 21 Mac 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Air percuma: Tindakan kerajaan PR S'gor selaras PBB

Posted: 21 Mar 2013 02:56 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Tindakan proaktif kerajaan Selangor memberi air percuma kepada rakyat adalah selaras dengan kehendak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menetapkan bahawa air adalah hak mansia dan ianya tidak boleh dikomersilkan ataupun dipolitikkan.

Pengerusi Lajnah Air dan Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkifli Omar berkata, tindakan mengkomersilkan agensi air untuk keuntungan semata-mata adalah satu tindakan yang tidak bertanggjawab dan melanggar hak asasi manusia. 

Katanya, mana-mana kerajaan negeri tidak seharusnya menjadikan air untuk mendapat keuntungan semata-mata kerana ianya bercanggah dengan PBB.

Malangnya, kata beliau, langkah kerajaan Malaysia yang mempolitikkan air adalah satu tindakan silap seperti yang berlaku di Selangor di mana kerajaan negeri menghadapi masalah untuk mengambil alih syarikat yang mengendalikan air di negeri itu.

Bersempena Hari Air Sedunia yang akan disambut pada 22 Mac 2013, ianya merupkan program yang dianjur dan disambut oleh PBB kerana Plan Agenda 21.

Agenda 21 adalah plan tindakan yang diguna pakai di Persidangan Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio De Jeneiro Brazil semenjak 1992

Ia adalah pelan tindakan untuk mengawal aktiviti manusia yang mungkin memberi kesan kepada alam sekitar.

Sehubungan itu, Zulkifli melahirkan kekecewaan di atas sikap kerajaan pusat yang tidak menyediakan peruntukan besar untuk menyelesaikan masalah air di seluruh negara seperti yang berlaku di Pahang, Sabah Sarawak, Johor dan lain-lain.

"Misalnya di Sabah hasil lawatan kerja lujnahnya mendapati 40 peratus rakyat Sabah yang menikmati bekalan air dan kualiti air amat membimbangkan," katanya.

Oleh yang demikian, katanya amat bersetuju dengan janji Pakatan Rakyat yang akan memberi keutamaan soal keperluan asas seperti air dan lain-lain di mana komitmen Pakatan Rakyat sekiranya berjaya menawan putrajaya sebarang pembangunan akan memberi keutamaan kepada soal kepentingan alam sekitar dan kehidupan lain. 

Bagaimanapun,  apa yang berlaku hari ini katanya, penyediaan bajet yang tidak seimbang malah tidak diberi keutamaan dalam bajet 2013 menyebabkan banyak negeri menghadapi masalah air yang tidak mencukupi.

Beliau berpendapat sekiranya peruntukan sebanyak RM15 billion disalurkan ianya boleh membantu mengatasi masalah air di seluruh negara termasuk penyediaan infrastruktur dan teknikal penjagaan kawasan sumber air. 

"Kita berharap atas kesedaran sambutan kali ini akan membantu menjaga sungai-sungai kita yang dicemari di mana negara-negara maju seperti Jerman dia mampu menjaga sungai dengan baik sehingga air sungainya boleh minum," katanya ketika mengunjungi Harakahdaily. 

Sebelum ini, Lujnah Alam Sekitar PAS Pusat telah menganjurkan beberapa siri program sebelum ini khususnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dan isu-isu yang boleh menjejaskan sumber air.

Antara siri program yang iaitu mengadakan program hijaukan bumi di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Lujanah  juga telah mewujudkan deklarasi air  bersama dengan gabungan Ngo Solidariti Hijau yang menggabungkan 80 Ngo berdaftar dalam negara. 

Di antara dekralasi ini ialah memberi penekanan kepada pihak kerajaan dan masyarakat supaya sentiasa melindungi sumber air,  kedua, air adalah merupakan hak asasi manusia yang diiktiraf oleh PBB yang mana setiap rakyat berhak mendapat bekalan air yang bersih, ketiga sebarang pembangunan yang merosakkan kawasan tadahan dan sumber air dan sungai mestilah dikawal dan diselia dengan baik dan keempat, air tidak boleh dipolitikan kerana sudah menjadi satu kewajipan kepada kerajaan memberi bekalan air yang bersih kepada rakyatnya. 

Harakahdaily/-

Bekas pemimpin PKM Suriani Abdullah meninggal dunia

Posted: 21 Mar 2013 02:53 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


NONE
NONESuriani Abdullah, srikandi yang amat dikenali dalam Parti Komunis Malaya (PKM), meninggal dunia pada kira-kira jam 6 pagi ini di kediamannya di Narathiwat, Thailand.

Suriani, 89, yang mengalami masalah kesihatan sejak lima tahun lalu, selain masalah ingatan, meninggalkan suaminya – bekas pemimpin PKM Abdullah CD – dan seorang anak perempuan, Karisma.

Jurucakap PKM yang ingin dikenali sebagai Mat Amin berkata masyarakat bekas tentera PKM itu, yang tinggal di perkampungan yang sama memberi penghormatan terakhir untuk "komrad dan ibu yang amat mereka sayangi".

"Walaupun terlantar sakit, beliau setiasa bertanya mengenai kampung tersebut dan kemajuannya. Beliau sentiasa menasihati kami untuk meningkatkan pendapat dan amat cakna dengan keadaan kampung dan penduduknya," katanya dalam satu kiriman emel kepadaMalaysiakini.

Suriani dilahirkan pada tahun 1924 dengan nama Eng Ming Ching, di Setiawan, Perak dan menyertai pergerakan bawah tanah PKM pada tahun 1940 pada usia 16 tahun.

Beliau aktif menyusun golongan pekerja wanita di Lembah Kita dan kemudiannya menyertai kumpulan gerila anti-fasis Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA).

Beliau belajar di Sekolah Tinggi Nan Hwa di Setiawan bersama setiausaha agung PKM Chin Peng dan menjadi anggota yang dipilih ke jawatankuasa pusat parti yang diharamkan itu, pada 1975.

malaysiakini/-

Agbimuddin Kiram tinggalkan Sabah 11 Mac, sembunyi selatan Filipina

Posted: 21 Mar 2013 02:48 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Zulkifeli Mohd Zin

Zulkifeli Mohd Zin - Foto ehsan Berita Kini
LAHAD DATU - Ketua pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Feb lepas, Azzimudie atau Agbimuddin Kiram telah meninggalkan negara ini sejak 11 Mac dan kini bersembunyi di pulau-pulau kecil di selatan Filipina.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perkara itu disahkan hasil risikan pasukan keselamatan yang antara lain mendapati Azzimudie meninggalkan pengikutnya di Sabah lalu menyembunyikan diri dan bergerak dari satu pulau ke pulau lain di selatan Filipina.
"Azzimudie bertindak sedemikian dipercayai kerana tidak mahu kedudukannya diketahui Bangsamoro dan kerana takut ditangkap pihak berkuasa Filipina," katanya pada sidang akhbar bersama Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di Markas Operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Beliau mengulas dakwaan terbaru sebuah blog bahawa Azzimudie Kiram mati ditembak pengawalnya sendiri dan mayatnya dikatakan ditanam di sebuah kubur kecil yang hanya diketahui pengikut elitnya.
Kepada soalan sama ada pasukan keselamatan mengekori dan menjejaki kelibat Azzimudie ke Filipina, Zulkifeli berkata itu di luar bidang kuasa mereka.
Beliau percaya tindakan lanjut boleh diambil melalui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Azzimudie Kiram mengetuai insiden pencerobohan bersama kira-kira 200 militan bersenjata dari selatan Filipina pada 12 Feb lepas yang menyaksikan 63 militan terbunuh termasuk seorang yang ditembak mati pagi semalam manakala di pihak Malaysia 10 anggota keselamatan gugur. - Bernama

Pelajar terbaik: Tak perlu usaha keras untuk cemerlang SPM

Posted: 21 Mar 2013 02:46 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR - Tidak perlu berusaha keras tetapi perlu tahu konsep belajar secara bijak merupakan kunci kejayaan seorang pelajar mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.

Nadine Amina Mohd Azman, 18, pelajar aliran sains tulen Sek Men Keb Aminuddin Baki di sini, berkata di samping itu, tumpuan sepenuhnya terhadap
pembelajaran di dalam kelas diikuti dengan doa banyak membantu kejayaannya.

Beliau memperolehi 8A+ dan 1A dan bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian.

"Setiap hari, saya mesti mengulang kaji empat subjek dan ia telah menjadi rutin sejak di bangku sekolah rendah lagi. Saya juga banyak membuat latih tubi dan latihan menerusi kertas-kertas soalan peperiksaan lepas," katanya kepada Bernama.
Lee Tze Min dari Sek Men Keb Seri Titiwangsa di sini yang mendapat keputusan 9A pula terpaksa membahagi masa antara menolong ibu bapanya berniaga di pasar borong dan mengulang kaji pelajaran. 

"Saya berharap kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk mengubah nasib keluarga saya kepada keadaan yang lebih baik," katanya.

Katanya beliau mengulang kaji pelajaran selama empat jam sehari di samping membahagikan masa untuk membantu ibu bapanya berniaga.

Turut berkongsi kegembiraan, Liew Jia En berkata kejayaannya mendapat keputusan 9A+ didorong oleh keinginannya untuk membuktikan pelajar aliran kemanusiaan juga mampu meraih keputusan cemerlang.

"Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan di universiti tempatan dan seterusnya menceburi diri dalam bidang perbankan,"
katanya yang merupakan satu-satunya pelajar aliran kemanusiaan mendapat keputusan cemerlang di sekolahnya.

Kegigihan anak seorang peniaga pasar borong Selayang, Lee Tze Min (he) berhasil apabila berjaya mendapat keputusan terbaik 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 yang diumumkan pagi tadi.

Beliau yang juga pelajar terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa di sini berkata kejayaan itu diharap dapat menjadi permulaan mengubah nasib keluarganya kepada lebih baik.

Berhasrat menjadi seorang jurutera, pelajar jurusan sains tulen di sekolah harian itu amat berpuas hati dengan keputusan 4A+ 3A dan 2A- dalam peperiksaan tersebut sekaligus meletakkan beliau sebagai pelajar terbaik keseluruhan daripada 149 calon yang mengambil peperiksaan di sekolah itu.

"Saya tidak menjangka mendapat keputusan seperti ini sebab masa peperiksaan percubaan saya dapat 6A sahaja.

"Saya amat bersyukur dengan usaha yang bersungguh dan semangat yang diberikan  keluarga dan guru-guru, saya akhirnya berjaya mencapai sasaran untuk menjadi pelajar terbaik sekolah," katanya kepada Bernama semasa tinjauan SPM di sini hari ini. 

Lee, 18, berkata beliau akan menyambung persekolahan ke tingkatan enam dan mahu mendapatkan kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) kerana peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda lebih cerah serta peluang untuk memilih bidang pengajian lebih luas.

Bagi Nadine Amina Mohd Azman, 18, pelajar aliran sains tulen Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki berkata tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran di dalam kelas merupakan faktor utama kejayaan beliau meraih keputusan 9A dalam peperiksaan SPM tahun lepas.

Selain itu Nadine Amina yang mendapat keputusan 8A+ dan 1A berkata usaha yang tidak putus dan sentiasa berdoa menjadi pencetus kepada kejayaannya biarpun pada mulanya, beliau hanya meraih keputusan 7A dan 2B dalam peperiksaan percubaan SPM tahun lepas.

"Setiap hari saya mesti mengulang kaji empat subjek dan dan ia telah menjadi rutin sejak di bangku sekolah rendah lagi. Biasanya, selepas peperiksaan pertengahan tahun, saya akan membuat banyak latih tubi dan membuat latihan menerusi kertas-kertas soalan peperiksaan lepas.

"Secara peribadi, saya rasa ia merupakan resipi kejayaan saya kerana kita tidak perlu berusaha keras tapi perlu tahu konsep belajar secara bijak," katanya yang bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pergigian suatu hari nanti.

Berkongsi kegembiraan tersebut, Liew Jia En (she),18 berkata meskipun beliau bukan daripada aliran sains tulen tetapi beliau tetap optimis membuktikan pelajar aliran kemanusiaan mampu memberi saingan dengan meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM kali ini.

Pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri Titiwangsa itu merupakan satu-satunya pelajar aliran tersebut yang mendapat keputusan cemerlang 9A+.

"Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kewangan di universiti tempatan dan seterusnya menceburi diri dalam bidang perbankan," kata anak kepada seorang penyelia tapak pembinaan itu.

Sebagai anak sulung daripada dua beradik, K. Moohita Jazvini (she) memberikan contoh terbaik pada adiknya, K.Shabita Jazvini berusia sembilan tahun untuk belajar bersungguh-sungguh pada masa akan datang.

Beliau merupakan satu-satunya pelajar Sekolah Menengah Sains Seri Puteri mendapat keputusan cemerlang 9A+ di sini amat berpuas hati dengan kejayaan yang dicapainya hari ini.

"Saya sangat teruja kerana sebelum ini pihak sekolah mensasarkan 11 pelajar untuk meraih 9A cemerlang. Saya harap dengan kejayaan ini dapat membalas budi guru-guru dan ibu bapa yang banyak  menyokong dan memberi motivasi kepada saya," kata pelajar yang bercita-cita menjadi seorang saintis itu. - Bernama

MP kata laporan NST 'menyeleweng, berniat jahat'

Posted: 21 Mar 2013 02:44 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menuntut New Straits Timesmemohon maaf atas satu laporan akhbar itu yang didakwa menyeleweng ucapannya dalam satu ceramah di Negeri Sembilan pada hari Selasa lalu.

Akhbar berkenaan melaporkan ucapan itu dengan tajuk "Nurul Izzah hits out at police (Nurul Izzah selar polis", yang menurutnya "berniat jahat" dan "menyeleweng" daripada yang yang diucapkannya.

Beliau juga mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut, kata Nurul Izzah lagi dalam kenyataannya. 

"Saya menuntut New Straits Times memohon maaf dalam masa 24 jam melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana berbaur fitnah itu telah disebarkan," katanya.

Dalam laporan itu, akhbar berkenaan antara lainnya mendakwa, Nurul Izzah menyatakan bahawa fungsi utama polis adalah untuk membuat intipan ke atas rakyat Malaysia.

Pasukan keselamatan juga membuat pengintipan ke atas pemimpin PKR dan memastikan kemenangan BN sedangkan sempadan Malaysia di Lahad Datu disusupi penceroboh.

"Bayangkan, 200 pengganas berjaya menyusup ke negara ini dan apa tindak balas Menteri Dalam Negeri? Tindak balasnya adalah memberi mereka minuman, kuih muih dan menunggu 23 hari sebelum menyerang," katanya Nurul Izzah seperti dipetik akhbar tersebut.

Dalam kenyataannya hari ini, Nurul Izzah menafikan bahawa beliau bermaksud untuk menyelar pasukan keselamatan.

"Saya tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan.

"Saya menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu," katanya lagi.

Tambahnya, beliau juga sependapat dengan bekas pegawai tinggi tentera Lt Gen (B) Datuk Abd Ghafir yang berkata Ops Daulat terus berlanjutan kerana ketiadaan risikan taktikal lengkap oleh pasukan pertahanan.

malaysiakini/-

"Saya disuruh dan diupah," kata tertuduh

Posted: 21 Mar 2013 02:42 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.

Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.

Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.

Sejurus kenyataan Hooland diterjemah, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan kepada tertuduh bahawa dia tidak perlu berkata demikian dan segala pengakuan akan dibuat selepas diwakili peguam pada 12 April nanti.

Ketika prosiding pagi ini, Hakim Ravinthran memberi peluang kepada setiap tertuduh untuk memberitahu mahkamah berhubung pertuduhan ke atas mereka dan jurubahasa perlu menjelaskan beban hukuman bagi setiap kesalahan.

Tertuduh juga diterangkan tentang pembelaan mereka yang perlu diwakili peguam kerana tuduhan ke atas mereka membabitkan hukuman berat iaitu gantung dan penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Dua tertuduh itu bersama empat yang lain turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas manakala dua lagi didakwa cuba melindungi pengganas.

Ini merupakan kali kedua tuduhan melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agung dikenakan di negara ini selepas insiden kumpulan pemberontak Al Maunah di Bukit Jenalik Sauk, Perak pada tahun 2000.

Sementara itu Timhar Hadir, yang juga didakwa atas kesalahan sama (menjadi anggota pengganas) memberitahu bahawa dia datang ke Malaysia pada Febuari lepas menggunakan pasport antarabangsa.

Bagaimanapun Hakim Ravinthran meminta dia tidak menyatakan selanjutnya sebelum berbincang dengan pihak peguam.

Seorang lagi tertuduh yang menghadapi tuduhan sama, Habil Suhaili merupakan tertuduh yang mengambil masa agak lama untuk memahami pertuduhan.

Dia yang kelihatan berusia lebih daripada 60 tahun tidak dipakaikan 'straight jacket' seperti tertuduh lain dan jurubahasa membacakan pertuduhan berulang kali dalam bahasa Suluk.

Habil sempat menyatakan bahawa dia tidak melakukannya namun hakim menjelaskan pengakuan itu tidak akan direkod.

Tertuduh pertama Atik Hussin Abu Bakar yang didakwa atas tuduhan melancarkan perang dan menjadi anggota pengganas hanya memohon penjelasan hukuman yang akan dihadapinya.

Atik Hussin yang berbahasa Bajau kelihatan bersahaja seperti tertuduh lain.

Empat tertuduh lagi, Lin Mad Salleh, Basad Manuel, Kadir Uyung dan Lating Tiong hanya menyatakan 'nothing to say' (tiada apa yang hendak dicakapkan).

Basad menghadapi dua pertuduhan yang sama seperti Atik Hussin manakala Lin hanya didakwa menjadi anggota pengganas dan Kadir serta Lating menghadapi tuduhan melindungi kumpulan pengganas.

Kesemua terduduh hanya menundukkan kepala ketika berada di kerusi sebelum dibawa ke kandang tertuduh untuk dibaca pertuduhan.

Kesemua mereka tidak dibenarkan jamin.

Sementara itu, wartawan dan jurugambar yang membuat liputan di Mahkamah Tinggi Tawau hari ini dikawal ketat oleh anggota polis lengkap bersenjata dan hanya seorang wartawan daripada setiap organisasi yang dibenar masuk.

Kesemua wartawan yang dibenar memasuki mahkamah pada pukul 9 pagi hanya dibolehkan membawa buku nota dan pen manakala semua alat komunikasi dan peralatan lain tidak dibenarkan.

Tiada wartawan asing hadir membuat liputan prosiding hari ini.

Lapan tertuduh yang ditutup bahagian kepala dibawa menaiki lori polis kira-kira 10.10 pagi.

-Bernama

RTM diarah bayar RM150,000 kepada Adun PAS

Posted: 21 Mar 2013 01:19 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa.
Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.

Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000.

Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli.

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan "Titik Sentuhan" yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.

harakah/-

Isu Twit Perkauman: UMNO BN Itu Memang Extreme & Rasis

Posted: 21 Mar 2013 01:14 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Isu Taib: Relawan BN mohon maaf atas twit 'perkauman'

Sukarelawan Pemuda BN (BNYV) memohon maaf atas kenyataan "tidak menyenangkan" berhubung milikan tanah Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud melalui Twitter BNYV Sarawak yang dilihat berunsur perkauman.

Ia dibuat selepas akaun @BNYV_SWK dalam statusnya menyebut:

"Sedar-sedarlah 'orang kita'.

Walau Taib banyak tanah di Sarawak tok sekurang-kurangnya baguslah milik bumiputera dari jatuh ke orang ca-ya-nun-alif (Cina)."


Kenyataan itu dipercayai merupakan respon kepada video Global Witness yang mendakwa mendedahkan salah guna kuasa keluarga Taib.

Akaun Twitter itu menggesa agar "orang-orang kita" sedar walaupun banyak tanah di Sarawak didakwa dimiliki keluarga Taib, keadaan itu lebih baik daripada dimiliki oleh orang-orang Cina.

Pengarah BNYV Zaidel Baharuddin (kanan) dalam kenyataan segeranya di laman web berkata, kenyataan itu "tidak menyenangkan dan bercanggah dengan semangat muhibah 1Malaysia yang kini sedang dipupuk oleh perdana menteri kita".

Menurutnya, twit itu hanya pandangan peribadi seorang pengendali akaun sahaja dan tidak dikongsi oleh pengendali-pengendali yang lain.

"Saya mewakili pergerakan BNYV memohon maaf atas beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh akaun Twitter berkenaan," kata Zaidel lagi.

Status tersebut kini dikesan dipadam daripada garis masa akaun Twitter berkenaan, seperti satu lagi mesej di Twitter rasmi BN sebelum itu berhubung pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebelum ini.

BNYV adalah inisiatif untuk merekrut sukarelawan muda bagi membantu kempen BN yang dilancarkan pada Mei 2012.

Antara tugas-tugas utama sukarelawannya adalah dalam bidang pengurusan acara, khidmat nasihat media sosial dan kempen rumah ke rumah sewaktu pilihan raya umum.

 

Taubat, kesalahan lampau tidak boleh dibongkar

Posted: 21 Mar 2013 01:14 AM PDT


9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -



Setiap manusia selain nabi dan rasul tidak terjamin selamat daripada berbuat dosa dan maksiat. Malah mereka terdedah kepada dosa setiap hari. Buktinya kenyataan hadis daripada Anas:

عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ ، فَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ."
Maksudnya: Daripada Anas r.a dia berkata Rasulullah SAW bersabda: "Semua anak Adam berdosa, maka sebaik-baik orang yang berdosa ialah bertaubat." (Riwayat Ahmad)

Realitinya di dalam rumah sendiri, suami berdosa dengan isteri begitu juga sebaliknya. Kemudian sebaik sahaja melangkah keluar daripada rumah ke tempat kerja misalnya, mata sudah melihat aib orang lain dan secara sepontan pula lidah menuturkan kata nista terhadap orang itu. Memang benar, dosa sering dicetuskan manusia.

Selain itu dalam perjalanan ke tempat kerja banyak lagi dosa yang boleh dilakukan tanpa sedar. Marah orang yang memotong keretanya, sanggup dia memaki orang itu. Sementara di pejabat, umpat dan fitnah boleh berlaku dengan mudah apatah lagi pada waktu berehat di kantin, banyak cerita yang boleh dihasilkan.

Walaupun sesetengah dosa-dosa itu termasuk dalam kategori dosa kecil, kita tidak boleh mengambil sikap "tidak kisah" kerana sikap mengecilkan dosa kecil akan menjadinya dosa besar pula. Begitu juga dengan perkara makruh, jika dilakukan secara berterusan boleh menjadi haram dan berdosa. Menyedari hal ini mereka seharus bertaubat.

Dosa yang diabaikan

Selalunya dosa yang kita lakukan sama ada terhadap Allah mahupun manusia, dibiarkan begitu sahaja tanpa rasa berdosa dan hendak bertaubat. Pada mereka enjoy dulu kerana usia masih awal dan muda. Tetapi lain halnya kalau dosa yang melibatkan manusia terutama ibu bapa mereka tangguhkan untuk meminta maaf pada hari raya. Agaknya mereka tahu bahawa umur mereka masih panjang.

Walau bagaimanapun Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang tidak mahu hambanya terus melakukan dosa. Oleh sebab itu Allah masih menawar pengampunan dan bersedia menerima taubat hambanya. Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan suka kepada orang yang membersihkan diri." (Surah al-Baqarah : 222)

Tetapi pada hari ini berapa ramai yang melakukan dosa dan sanggup bertaubat dengan segera. Dalam penelitian saya ramai yang melakukan dosa tanpa henti seolah-olah mereka tidak tahu semua itu adalah dosa.

Antara Dosa dengan Allah:

1.    Menyekutukan Allah SWT dengan mana-mana makhluk (Syirik). Mereka bergantung harap dengan orang dan wang. Mereka lupa kepada Allah yang memberi rezeki. Inilah golongan syirik yang pada mereka adalah kecil.

2.   Meninggalkan solat fardu. Anak-anak remaja malah ada ibu bapa yang tidak kenal sejadah, apatah lagi masjid. Kalau sudah bekerja dan mendapat pendapatan sendiri, solat ditinggalkan sedikit demi sedikit sehingga akhirnya terlupa semua bacaannya. Padahal waktu di sekolah sudah mengahafalnya. Mereka tidak sedar bahawa itu juga adalah dosa besar.

3.   Tidak membayar zakat. Ahli perniagaan yang mengaut keuntungan berganda tidak pernah terfikir untuk mengeluarkan zakat mahupun berderma kepada orang susah. Pada mereka cukup dengan zakat fitrah setiap tahun sebelum syawal.

4.     Melakukan zina, bukan sahaja dalam kalangan remaja malah orang tua juga. Perbuatan ini adalah dosa besar.
5.  Homoseksual (hubungan sesama jantina) terjadi dalam masyarakat kita tanpa kawalan. Mereka ini tahu amalan songsang ini salah tetapi tetap melakukannya.

Antara dosa dengan manusia ialah:

1.  Melakukan perbuatan Sihir atau mempelajari ilmu sihir. Sehingga ke hari ini ada umat Islam yang mengamalkan sihir terutama peniaga atau pasangan yang cemburu kepada suaminya. Ketika melakukannya tidak menyedari yang dosa itu adalah dosa besar.

2.    Derhaka kepada kedua ibu bapa. Anak-anak sejak remaja lagi sudah tahun melawan ibu bapa, apatah lagi apabila hendak berkahwin terlupa untuk mengambil pandangan ibu bapa. Hakikatnya mereka derhaka kepada ibubapa tanpa sedar.

3.    Memutuskan hubungan silaturrahim. Antara adik beradik sudah ada yang tidak bertegur sapa hanya mungkin kerana sedikit salah faham. Perbuatan ini adalah dosa besar.

4.  Tidak menunaikan hak anak dan isteri. Suami atau ayah ini bukan miskin tetapi harta yang banyak itu disalahgunakan ke tempat yang haram.

5.   Membiarkan jiran kelaparan sedangkan dia kekenyangan. Inilah kehidupan lazim dalam masyarakat kita. Masalah jiran tidak dapat dikesan kerana perhungan yang longgar. Tetapi kita juga patut tahu mana jiran kita yang miskin untuk dibantu. Kita lupa tanggungjawab ini.

Sikap Orang Mukmin

Orang mukmin yang terbaik seperti yang digambarkan Rasulullah dalam hadis di atas, setiap kali melakukan dosa terus bertaubat daripada dosa tersebut. Sikap orang mukmin ini selaras dengan sifat Allah yang suka terhadap orang yang terus bertaubat. Oleh sebab itu orang mukmin tidak boleh bertangguh dalam bertaubat kerana demikian itu adalah sikap orang yang sombong iaitu sifat syaitan.

Sebenarnya, sebesar manapun dosa seseorang mukmin kalau dia mahu bertaubat kepada Allah pasti diterima oleh-Nya. Malah mereka yang bertaubat itu kedudukannya sama seperti tiada dosa lagi. Demikian dinyatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya:

أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : النَّدَمُ تَوْبَةٌ ، وَالتَّائِبُ مِنَ الذَّنْبِ كَمَنْ لا ذَنْبَ لَهُ  (أبو نعيم الأصبهاني)
Maksudnya: "Sesungguhnya Nabi SAW berkata, penyesalan adalah taubat, dan orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti mereka yang tiada dosa." (Riwayat Abu Naim al-Asbahani)

Berdasarkan hadis di atas, taubat amat mudah di sisi Allah iaitu cukup dengan rasa menyesal. Maknanya kalau seseorang itu kelihatan sangat menyesali perbuatannya sudah dikira bertaubat di sisi Allah. Cuma taubat itu perlu dilakukan bersungguh-sungguh seperti yang pernah diamalkan oleh nabi Adam dan nabi Yunus.

Nabi Adam a.s setelah diturunkan ke bumi, dia bertaubat selama 40 tahun dengan membaca doa:
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا لَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الخَاسِرِينَ
Bermaksud: "Tuhan, kami telah melakukan kezaliman terhadap diri kami dan jika Engkau tidak mengampunkan kami nescaya kami tergolong dalam orang-orang yang rugi."

Begitu juga dengan nabi Yunus a.s setelah dimasukkan ke dalam perut ikan, dia terus bertasbih beberapa kali seperti berikut:
اللَّهُمَّ ، لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya: Ya Allah, tiada Tuhan lain melainkan Engkau, Maha Suci Engkau sesungguhnya aku termasuk dalam orang yang zalim." (Surah al-Ambia': 87)

Syarat Taubat

Sungguhpun tanda taubat itu ialah penyesalan namun kesungguhan bertaubat itu perlu dibuktikan seperti yang diamalkan oleh para nabi di atas. Sesuai dengan itu maka para ulama telah menentukan beberapa syarat taubat yang harus dipatuhi:

1.     Menyesali diri di atas dosa-dosa yang telah lalu
2.     Menyucikan diri dan dosa dengan tidak lagi melakukan dosa yang sama.
3.     Berazam tidak akan melakukan dosa lagi, selagi hayat dikandung badan.

Ketiga-tiga syarat ini adakah untuk kesalahan hamba kepada Allah. Jika syarat ini dipenuhi oleh seseorang nescaya diampunkan dosa tersebut seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, laIu memilih jalan lurus, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu maha pengasih lagi maha penyayang."(Surah aI-Maidah :39)

Walau bagaimanapun kalau seseorang itu melakukan dosa terhadap hamba Allah yang lain perlu ditambahkan satu syarat lagi iaitu meminta maaf daripadanya. Dan jika dosa itu melibatkan harta perlu diselesaikan dengan ganti rugi. Begitu juga kalau melibatkan hutang, perlulah diselesaikannya terlebih dahulu.

Malah jika kesalahan itu melibatkan jiwa atau nyawa hendaklah dilakukan qisas (hukuman menurut hukuman Islam) kecuali setelah dimaafkan walinya. Namun dia tetap wajib membayar diyah atau ganti rugi atau pampasan yang setimpal dengan kesalahannya.

Jelas di sini, apabila kesalahan itu melibatkan orang lain, kemaafan orang itu perlu diutamakan. Kemaafan mereka inilah yang menjadi ukuran pengampunan Allah dan seterusnya menerima taubatnya. Maknanya selagi seseorang itu tidak dimaafkan kesalahannya, Allah tidak menerima taubatnya walaupun tiga perkara di atas sudah dipenuhi.

Kedudukan Setelah Diterima Taubat

Berdasarkan hadis di atas, "…dan orang yang bertaubat daripada dosanya sama seperti mereka yang tiada dosa," sekali lagi menyedarkan kita betapa Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Sikap baik Allah ini harus disambut oleh umat Islam apatah lagi orang yang pernah melakukan dosa supaya segera bertaubat.

Berdasarkan itu seseorang yang sudah diterima taubatnya, mereka sudah dianggap bersih daripada dosa. Keadaan ini menjadikannya orang yang bebas merdeka sama seperti orang yang tidak berdosa. Mereka boleh mengatur kehidupan di dunia tanpa diganggu oleh orang lain. Walau bagaimanapun mereka harus memenuhkan aktiviti hariannya dengan perkara yang baik.

Cuma dalam keadaan ini, ramai juga umat Islam masih memberi persepsi yang buruk terhadap mereka. Padahal mereka sudah benar-benar berubah ke arah kebaikan, malah sudah bertaubat daripada maksiat. Tetapi mereka yang bertaubat itu masih dicop sebagai orang yang bersalah. 

Sebagai contoh, orang yang bersalah yang telah dibebaskan daripada penjara, orang ramai masih memandang serong kepadanya. Sepatutnya diberi layanan sama seperti orang yang baik-baik. semoga dengan itu mereka boleh menjadi orang yang soleh dn solehah.

Keadaan yang sama berlaku kepada orang politik, hanya kerana dia musuh politiknya maka kesalahan mereka diungkit lagi sedangkan dosa itu telah lama berlalu. Segala kejahatan lama dimainkan seperti perkara baru lalu mengaibkannya di mata ramai. Sepatutnya mereka menerima baik perubahannya dan taubatnya kepada Allah. Kita hanya wajib menilai yang zahir.

Selain itu, seseorang yang telah bertaubat, dia dianggap bersih daripada dosa. Maka sesiapa yang menyebutkan dosanya lagi, mereka itu boleh dianggap sebagai menuduh orang baik melakukan dosa. Jika ini yang terjadi, maka orang yang menuduh itu dianggap sebagai tuduhan palsu. Mereka ini bukan sahaja berdosa tetapi diharamkan syurga untuk mereka.

Sebenarnya dalam ajaran Islam, kita wajib menutup aib orang lain walaupun kita mengetahui keaibannya. Dalam kes ini, kita yang menutup aib itu tidak dianggap bersyubahat dengan dosanya tetapi kita cuba menutup aibnya. Namun pada masa yang sama, kita wajib membetulkan kesilapan silamnya.

Percayalah kalau semua umat Islam boleh membuat perubahan dan bertaubat daripada dosa lampau Allah akan terima taubat itu dengan senang hati. Nanti dengan sebab itu Allah selamatkan umat Islam dan dunia ini daripada kehancuran.

 Ahmad Baei Jaafar

Chua Soi Lek pemimpin 'touch-no-go'

Posted: 21 Mar 2013 12:28 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Tindakan Lim Kit Siang menawarkan diri bertanding di Johor tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

"Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak," tulis Aspan Alias.
Justeru, baginya tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin 'touch-n-go' seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek.

Ulasan penuh beliau sebagaimana di bawah.

Kita boleh nampak dengan jelas reaksi dari BN khususnya MCA apabila Lim Kit Siang (LKS) mengambil keputusan untuk bertanding di Johor dalam pilihanraya kali ini. Tindakan Penasihat DAP untuk menawarkan diri bertanding di Johor ini tidak sepatutnya dijadikan isu oleh MCA jika benar-benar MCA masih kuat dan relevan sekarang ini.

Pertamanya LKS sememangnya berasal dari Johor dan tidak sepatutnya penhijrahan beliau ke Johor menjadi isu kepada mana-mana pihak.Tidak perlu melabelkan LKS sebagi pemimpin 'touch-n-go' seperti yang dituduh oleh pihak Chua Soi Lek (CSL) itu kerana LKS merupakan pemimpin  parti yang diterima oleh mana-mana kawasan di negara ini.

Yang bertanding itu bukannya LKS tetapi adalah DAP dan LKS sebagai seorang yang berpengalaman beliau sememangnya boleh meletakkan diri beliau di mana-mana parti merasakan perlu untuk bertanding. Yang penting beliau diterima oleh parti kerana DAP adalah parti yang sudah diterima oleh semua kaum dan rakyat.

Tindakan CSL melabelkan LKS sebagi 'touch-n-go' itu hanya melambangkan ketakutan MCA yang kian hari kian merosot sokongan seperti juga UMNO dan MIC serta Gerakan. Kemampuan LKS bertanding di mana-mana menunjukkan yang beliau adalah pemimpin 'versatile' dan diterima oleh rakyat di mana-mana.

CLS sebaliknya menghadapi kesukaran untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau secara keseluruhan rakyat di negara ini. Bagi saya jika CLS melabelkan LKS sebagai 'touch-n-go' saya pula ingin melabelkan CLS sebagai pemimpin 'touch–no-go' kerana beliau tidak dapat diterima oleh rakyat di kebanyakan kawasan dalam negara ini.

CSL lebih elok tumpukan usaha untuk mencari kawasan yang boleh menerima beliau dengan baik secara peribadi kerana partinya sudah boleh dianggap sebagai parti yang semakin hampir kepada kematian. Sampai sekarang ini CLS masih teraba-raba mencari tempat untuk diri beliau bertanding. Di mana sahaja beliau mencuba jawapannya ialah 'no-go' untuk beliau. CSL tidak boleh hendak 'equate' kan dirinya dengan LKS. Perbezaan beliau dengan LKS ibarat menyamakan buah bacang dengan buah epal.

Biarkan DAP melakukan apa yang baik untuk parti itu dan menjadi parti harapan rakyat untuk bersama-sama dalam kerajaan baru yang bakal dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya ini.

Semasa itu nanti barulah MCA dan rakan-rakannya dalam BN tahu rupa-rupanya ada parti lain yang jauh lebih berkemampuan dan bersih menguruskan kerajaan negeri-negeri dan Persekutuan kita ini.

Semasa itu nanti MCA dan rakan-rakan komponen yang lain mesti belajar dari pimpinan kerajaan yang baru itu bagaimana menguruskan kerajaan dengan cara yang lebih baik dan selari dengan kehendak rakyat dan sistem demokrasi itu sendiri.

Hanya BN sahaja yang terlalu 'obsessed' memuji diri sendiri sehinggakan mereka tidak sedar ada pihak lain yang lebih baik dan tidak pun memuji diri mereka kerana kejayaan DAP dan rakan-rakan lain itu merupakan kejayaan rakyat sendiri.

CSL akan melihat keadaan dalam mana kerajaan baru dengan rakyat itu 'berpisah tiada' buat jangka masa yang lama. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Tidak boleh ambil Islam sebahagian dan tolak sebahagian

Posted: 21 Mar 2013 12:19 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Lengkap dan menyeluruhnya ajaran Islam adalah kerana ia merangkum aspek rohani, akidah dan wacana kehidupan lain yang pelbagai dan rencam.

Aspek teologinya dicerakinkan oleh Syeikh Abu Zahrah, Dr Abdullah Darraz, Syeikh Abd Rahman Hassan al-Habanakah, Abu al-A'la al-Maududi, Said Hawwa, Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dan lain-lain lagi.

Dari sudut ibadah pula metodologinya telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh Syeikh Abdul Karim Zaidan, Syeikh Mohammad al Ghazali, Syeikh Hasan Ayub, Dr Wahbah al-Zuhaili, Syeikh Sayyid Sabiq dan lain-lain lagi.

Dari sudut pendidikan nama-nama besar seperti Dr Omar al-Toumi al-Syaibani, Dr Majid 'Irsan al-Kailani, Dr Miqdad Yalchin, Dr Adnan Hasan Saleh.

Dari sudut politik Dr Abd Salim al-Awwa, Dr Azam Tamimi, Dr Othman Abdul Mu'iz Raslan, Dr Abdul Aziz al Khayyat.

Dari sudut ekonomi buku-buku karangan Baqir al-Sadr (al Marhum), Dr Ref'at Sayyid al-'Iwadhi, Dr Hussin Shehata dan lain-lain.

Dari sudut psikologi Dr Hasan Langgulung, Dr Hasan al Syarqawi dan lain-lain.

Mana kala dari sudut harakah dan gerakan Islam dihuraikan oleh Imam Hassan al Banna, Syed Qutub, Syeikh Omar al-Telmesani, Fathi Yakan, dan lain-lain lagi.

Pendek kata terdapat deretan nama-nama besar dalam setiap bidang ilmu yang mencerakinkan perspektif Islam dalam berbagai bidang hidup. Usaha menggarap dan meneroka konsep yang lebih terperinci ini akan berterusan hingga hari kiamat selaras dengan pesanan Rasulullah bahawa; "Agama Islam ini sangat utuh dan kukuh dan terokalah untuk mendalami ajarannya secara perlahan-lahan, lemah lembut dan bijaksana."

Program penghayatan Islam kaffah adalah demi mengenengahkan sudut pandangan Islam dalam berbagai bidang untuk difahami, digarap dan dihayati oleh berbagai-bagai kalangan umat berdasarkan posisi dan peranan mereka dalam masyarakat.

Asas Penghayatan Islam Secara Kaffah

Dalil pokok dalam hal ini ialah firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah agama Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan; sesungguhnya Syaitan memang  musuh kamu yang nyata." (Surah al- Baqarah : ayat 208)

Kehidupan yang rencam di samping pergaulan yang luas dengan manusia daripada pelbagai agama, budaya dan warna kulit telah menyebabkan terdapat umat Islam yang lemah keyakinan serta iltizam mereka kepada agama ini sehingga bertindak memusuhinya secara sedar atau tidak sedar. Walaupun wacana dan ungkapan lahir mereka menegaskan tentang keislaman mereka, malah mereka bersumpah untuk meyakinkan tentang keimanan mereka kepada orang Islam namun mereka disisi Allah tetap dianggap musuh. Inilah yang ditegaskan oleh ayat 208 dalam surah berkenaan.

Golongan ini apabila memegang tampuk kuasa mereka merosakkan asas-asas kehidupan beragama yang mantap sebelumnya dengan niat untuk melemahkan komitmen umat kepada Islam. Bahkan polisi dan arah pentadbiran yang merosak ini sampai merosakkan juga alam, tanaman dan persekitaran dalam jangka panjang. Ini digadai kerana tujuan mendapatkan keuntungan yang segera para kroni dan kaum kerabat.

Golongan berkenaan tidak boleh ditegur atau dinasihati. Mereka berterusan melakukan penyimpangan dan kezaliman. Tegur nasihat dihadapi dengan tindakan agresif menindas rakyat dan sebagainya. Mereka merasa serba betul dan pandai. Mereka tidak dapat dipulihkan lagi. Hati mereka tertutup rapat kerana lumuran noda dan dosa perbuatan mereka.

Bertentangan dengan golongan ini terdapat pula dalam masyarakat kumpulan yang bersedia berkorban untuk kepentingan agama dan masyarakat. Golongan ini perlu dibantu dan diperkasa demi kebaikan umat dan negara. Mereka adalah golongan yang istiqamah berpegang teguh dengan Islam yang bersifat menyeluruh.

Melaksanakan Gerak Kerja Penghayatan Islam Syumul

Gerak kerja ini bertemakan kepada firman Allah yang bermaksud:

"Berpegang teguhlah kalian dengan agama Allah. Jangan berpecah belah. Ingati nikmat Allah. Sebelum ini kalau bermusuhan namun Allah bibitkan rasa kasih dalam hati dan tautkan kemesraan sesama kamu sehingga kamu bersaudara. Sebelum ini kamu ditubir neraka tapi Allah selamatkan kamu daripadanya. Demikianlah penjelasan Allah kepada kamu tentang bukti kebenaran agama-Nya, semoga kamu mendapat hidayah petunjuk." (Surah al-Imran : ayat 103)

Seruan berpegang teguh kepada agama yang padu ini adalah kerana mengelakkan terungkainya perasaan kasih sayang dan timbul krisis pertelingkahan sesama umat kerana penyimpangan dan keingkaran kepada ajaran agama ini. Sebab itu Allah mengingatkan tentang bencana hukuman dan bala Allah kepada para pendusta dan pengabai agama Allah dalam berbagai peringkat sejarah.

Allah mengingatkan dalam al-Quran bermaksud:

"Tetapi jika kamu menyimpang, sesudah datang bukti-bukti yang nyata kepada kamu, maka ketahuilah bahawasanya Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana (untuk bertindak ke-atas kamu)." (Surah al-Baqarah : ayat 209)

Ayat seterusnya menjelaskan bahawa para penyeleweng yang tegar itu hanya mahu menunggu datangnya azab Allah, nasib (malang) mereka sudahpun Allah putuskan dengan tuntas. Memang segala urusan terpulang kepada Allah menentukannya.

Contoh nyata penyimpangan ini ialah kaum Bani Israel. Mereka telah mendapat rahmat kedudukan,  kurnia yang sangat baik dan banyak daripada Allah. Tetapi mereka tidak bersyukur. Malah mereka tukar sifat bersyukur yang sepatutnya dengan sifat kufur kepada rahmat Allah. Iaitu nikmat agama yang telah diturunkan oleh Allah kepada mereka. Mereka mengikut fahaman dan ajaran yang membawa mereka kepada kejahatan dan penentangan terhadap nilai, hukum dan undang-undang Allah. Justeru mereka digodam oleh Allah dengan bala bencana dan berbagai jenis wabak penyakit.

Segala bencana dan petaka di dunia ini ada kaitannya dengan penderhakaan dan maksiat kepada Allah. Sebab itu manusia perlu segera bertaubat kepada Allah. Mereka mesti kembali ke hadhrat-Nya demi mematuhi semua titah perintah yang tidak boleh diderhakai. Allah menegaskan dalam al-Quran, bermaksud:

"Apa jua kebaikan yang kamu dapati maka itu adalah daripada rahmat Allah. Sebaliknya apa jua keburukan yang menimpa kamu maka sumbernya adalah daripada diri kamu sendiri. Manakala engkau pula (wahai Muhammad) Kami lantik menjadi Rasul. Cukuplah Allah sebagai saksi (kerasulanmu)." (Surah al-Nisa' : ayat 79)

Allah menegaskan tentang keperluan berjihad melawan penderhakaan kepada Allah serta kemungkaran. Umat mesti diajak turut serta untuk mencegah kejahatan, keingkaran kepada perintah Allah. Mereka mesti diingatkan bahawa mereka tidak mungkin masuk syurga tanpa usaha dan jihad melawan kejahatan dan kezaliman. Mereka mesti bersedia menanggung kegetiran hidup dan pedih perit perjuangan kerana Allah. Mereka wajar menggembeleng tenaga dalam suatu atau pelbagai gerakan yang menumpaskan kebatilan. Tanpa penggembelengan usaha ke arah itu mereka sukar untuk masuk syurga Allah Taala.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Apakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepada kamu ujian seperti yang dialami oleh orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digegarkan dengan berbagai-bagai cubaan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya tertanya-tanya; Bilakah akan datang pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu hampir jua." (Surah al-Baqarah : ayat 214)

Kesimpulan yang dapat diraih dalam menyorot ulasan tajuk ini ialah;

Umat Islam wajib menerima pakai seluruh ajaran syariat Islam. Haram meninggalkannya atau memilih-milih sebahagian dan menolak sebahagian yang lain. Penerimaaan secara "kaffah" dan "syumul" ini suatu kemestian.

Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah dan meninggalkan apa yang diwajibkan oleh Allah adalah para pengikut syaitan dalam hal itu.

Kita wajib mengandaikan hampir turunnya bala dan hukuman Allah apabila berleluasa kejahatan, maksiat dan dosa-dosa besar dalam masyarakat. Kita tidak boleh menjadi orang yang lalai dan sentiasa merasa selamat tanpa bersungguh-sungguh berusaha mencegah maksiat dan kezaliman. Kita tidak boleh merasa selamat daripada bala Allah kalau lalai bertindak.

Allah tetap akan berperanan di dunia dan di akhirat menangani permasalahan manusia. Allah akan menyelesaikan pertelingkahan mereka secara tuntas pada hari kiamat kelak.

Haram menunda dan melengah-lengahkan taubat dan menangguhkan kepulangan kepada jalan kebenaran setelah nyata dan jelas kebatilan faham kufur dan kebenaran jalan Islam.

http://www.tarbawi.my

Lukisan berusia lebih 17,000 tahun dipamerkan

Posted: 21 Mar 2013 12:18 AM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


CHIGACO, Amerika Syarikat - Muzium Field di sini mempamerkan salinan beberapa lukisan yang berusia lebih 17,000 tahun kepada orang ramai bermula semalam.
Lukisan tersebut ditemui di sebuah Gua Lascaux di Perancis.

Gua tersebut ditutup kepada orang awam pada tahun 1963 sebagai usaha untuk memulihara lukisan tersebut.
Penutupan tersebut menyebabkan salinan lukisan itu dibuat untuk dipamerkan kepada orang awam.
Pelbagai gambar orang dan haiwan terdapat pada lukisan itu.

Bagaimanapun, pakar-pakar masih belum dapat mentafsirkan makna lukisan tersebut.
Terdapat hampir 2,000 lukisan di dalam gua itu. - Agensi

Muzium Kosong, Monorel Rosak dan Lapangan Terbang Sunyi Legasi Umno-BN Melaka

Posted: 20 Mar 2013 11:59 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Monorel yang kerap kali rosak dan muzium kereta yang hanya ada tiga kereta proton. Itu lah keadaan dua projek pelancongan di Melaka yang diheboh-hebohkan oleh pimpinan Umno-BN negeri itu, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.

Shamsul Iskandar juga mendakwa Lapangan terbang Antarabangsa Melaka (MIA) hanya digunakan oleh dua kapalterbang. Manakala taman haiwan purba "Jurassic Park" yang akan dibina dengan kos RM 200 juta dikhuatiri juga akan menjadi satu lagi projek gajah putih.

"Datuk Seri Ali Rustam nak buat taman haiwan ala Jurassic Park bernilai RM 200 juta. Sekarang hutang ditanggung kira-kira RM 800 juta.

"Apa kebaikan dan manfaat yang rakyat akan dapat? Rakyat bukan nak tengok sangat haiwan dinosaur ni," katanya di dalam ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Bukit Piatu, Melaka semalam .


Beliau menjelaskan PR tidak menolak pembangunan tetapi mahu setiap projek dirancang dan dilaksanakan untuk kebaikan rakyat.

Apa dipersoalkan, katanya, segala dijalankan Kerajaan Melaka setakat ini tidak membawa perkembangan positif tetapi lebih memberi kerugian negeri tersebut.

"Banyak projek yang mendatangkan kerugian. Projek monorel Ali Rustam kata bagus tetapi 27 kali rosak. Muzium kereta di Air Keroh pula hanya tiga kereta yang ada. Itupun kereta Proton," dakwanya.

Pada 25 Februari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mengumumkan pembinaan taman "Jurassic Park" sebagai taman tarikan pelancong.

Mohd Ali berkata, taman itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

"Jurassic Park" itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, membabitkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad. -selangorku

ADUN PAS Kedah menang saman RM150 ribu ke atas RTM

Posted: 20 Mar 2013 11:42 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


ALOR SETAR — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.
Mohd Nasir memegang keputusan penghakiman diluar Mahkamah Tinggi. — Gambar oleh Md Izwan
Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM "Titik Sentuhan" Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.

Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.
"Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir," kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
"Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman."
Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan "Titik Sentuhan" yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.
Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.
Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.
The Malaysian Insider/-

Kerajaan perlu perjelas kerakyatan Azzimudie Kiram

Posted: 20 Mar 2013 11:36 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PAS Sabah meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimudie Kiram merupakan rakyat Malaysia dan pernah bertugas sebagai pembantu pegawai daerah di Kudat.

Pesuruhjayanya, Aminuddin Aling berkata, kerajaan tidak boleh berdiam diri dan mesti memberi penjelasan mengenai kerakyatan Azzimudie.

"Kalau benar dia pernah bertugas sebagai pegawai kerajaan seperti yang didakwa, ertinya dia merupakan rakyat Malaysia yang sah.

"Setahu saya, untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan, seseorang itu mesti warganegara Malaysia. Persoalannya adakah Azzimudie memang dilahirkan di Malaysia atau mendapat kerakyatan melalui 'pintu belakang',? katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Semalam, PKR mendedahkan dokumen menunjukkan Azzimudie yang mengetuai pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pernah tersenarai sebagai Pegawai Tadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610 sebulan.

Ia dibuktikan melalui dokumen 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' yang diperolehi dari Jabatan Arkib Negara Sabah.

Aminuddin berkata, kerajaan perlu menjelaskan sama ada Azzimudie antara orang yang terlibat dalam projek IC Sabah pada zaman Tun Dr Mahathir Mohammad dahulu.

"Bagaimana Azzimudie boleh terlepas begitu sahaja. Kita tidak persoalkan mereka yang layak dapat IC tapi yang kita persoalkan bagaimana yang baru datang terus diberikan IC? Apakah negara ini tidak undang-undang?" soalnya lagi.

Harakahdaily/-

Anwar fail saman fitnah ke atas Papagomo

Posted: 20 Mar 2013 11:34 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah ke atas penulis blog Papagomo selepas individu yang dikaitkan dengan Umno itu gagal memohon maaf dan menarik balik satu siri gambar lucah.

Penulis blog itu yang nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, mendakwa foto berkenaan merupakan ramakan daripada video yang didakwa menujukkan keintiman Anwar dengan seorang lelaki.

Peguam dan naib presiden PKR N Surendran ketika memfailkan saman itu berkata notis 48 jam untuk Papagomo menarik balik dan memohon maaf atas penerbitan berkenaan telah tamat dan penulis blog tersebut mengancam untuk memuatkan video terbabit.

Peguam itu berkata Anwar juga tidak akan membuat laporan polis atau aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia memandangkan tindakan itu sudah banyak kali dilakukan sebelum ini.

"Nampaknya agensi ini tidak akan bertindak ke atas aduan keran mereka adalah alat Umno dan BN. Memfailkan tindakan di mahkamah adalah lebih baik," katanya.

Anwar menamakan Wan Muhammad Azri sebagai defendan tunggal. Selain kuantum, MP Permatang Pauh itu turut menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan.

Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Papagomo daripada mengulang semua atau menerbitkan kenyataan serupa.

malaysiakini/-

Lelaki maut, rakan parah nahas kereta dan treler

Posted: 20 Mar 2013 11:31 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala rakannya parah selepas kereta jenis Perodua Kelisa yang dinaiki merempuh belakang sebuah lori treler di Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Karak dekat Bentong semalam.
   
Pemandu kereta Wong Kin Teng, 34, dari Sungai Klau, Raub mati semasa menerima rawatan di Hospital Bentong manakala rakannya yang berusia lingkungan 30-an patah kaki dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
   
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata kejadian berlaku 4.15 petang ketikau mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Bentong.
   
"Dipercayai di tempat kejadian, mangsa tiba-tiba gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh bahagian belakang treler berkenaan.
   
"Akibat itu, mangsa dan rakannya mengalami kecederaan parah di kepala, badan dan kaki," katanya di sini, hari ini. - Bernama

Lapan pengganas didakwa, dua daripadanya berdepan hukuman mati

Posted: 20 Mar 2013 11:31 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Sabah diceroboh

Sabah diceroboh
TAWAU - Lapan warga Filipina didakwa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini dan dua daripadanya bakal berdepan hukuman mati kerana dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
   
Tiada sebarang pengakuan direkodkan ketika prosiding di hadapan Hakim P. Ravinthran berlangsung dan mereka hanya dibacakan pertuduhan untuk mencatatkan sama ada memahaminya atau tidak.
   
Ravinthran membuat keputusan untuk tidak merekod pengakuan setelah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai barisan pendakwaan memohon supaya perkara itu dilakukan setelah kesemua tertuduh diwakili peguam masing-masing.
   
Pertuduhan dalam bahasa Melayu itu diterjemah ke bahasa Bajau serta Suluk oleh jurubahasa mahkamah.
   
Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas.

Atik Hussin didakwa melakukan dua kesalahan itu di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu dari 9 Feb hingga 3 Mac lepas manakala Basad melakukan dua kesalahan yang sama dari 9 Feb hingga 2 Mac di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
   
Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Holland Kalbi, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.
   
Lin dan Holland didakwa melakukan kesalahan itu Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu, dari 9 Feb hingga 3 Mac manakala Habil dan Timhar didakwa melakukan kesalahan sama di Jalan Kastam Lama, Lahad Datu dari 9 Feb hingga 4 Mac.
   
Dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.
   
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pos Pasukan Gerakan Am (PGA) Tanjung Labian, Lahad Datu pada pukul 4.30 petang, 4 Mac lalu.
   
Semalam kelapan-lapan mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu dan kes itu diperintah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau hari ini.

Bagi kesalahan memerangi Yang di-Pertuan Agong, Atik dan Basad didakwa mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung atau penjara seumur hidup dan denda.
   
Manakala bagi tuduhan menganggotai kumpulan pengganas, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130KA kanun yang sama.    Kadir dan Lating pula didakwa mengikut Seksyen 130K Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama.
   
Kedua-dua pertuduhan itu (menganggotai dan melindungi pengganas) membawa hukuman penjara seumur hidup dan denda.
   
Sepanjang prosiding, keadaan mahkamah dikawal ketat oleh polis dan tujuh daripada pengganas dipakaikan 'straight jacket' (seperti dipakai pesakit mental) berwarna putih.
   
Kelapan-lapan mereka dipercayai berusia antara 17 hingga 66 tahun dan diletakkan di bahagian kerusi hadapan mahkamah.

Ketika dibacakan pertuduhan, Hakim Ravinthran meminta jurubahasa menjelaskan mengenai pertuduhan dan memberi kebenaran untuk setiap tertuduh menyatakan sesuatu berhubung prosiding yang berlangsung.
   
Terdahulu Abdul Gani memaklumkan bahawa pihaknya telah menghubungi Persatuan Peguam Sabah untuk berbincang mengenai perlantikan peguam tertuduh.
   
"Pihak pendakwaan juga akan menghubungi kedutaan Filipina atas semangat Asean berhubung perkara ini dan sekiranya tiada peguam yang tampil, pihak mahkamah boleh melantik peguam untuk membela mereka," katanya.
   
Berikutan itu, mahkamah menetapkan 12 April untuk sebutan kes.
   
Turut membantu Abdul Gani ialah Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan dan Dusuki Mokhtar. - Bernama

PRU13: 9 negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat

Posted: 20 Mar 2013 09:40 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat Dr Hatta Ramli menjangkakan sembilan negeri akan jatuh kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Katanya, keadaan inilah antara faktor yang menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membubarkan parlimen, yang kini sedang ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Malah Hatta percaya, rakyat negara ini memang tidak sabar hendak mengundi kerana mereka akan membuat perubahan yang besar dalam PRU itu nanti.

"Saya yakin penantian rakyat untuk menunggu tarikh pembubaran parlimen satu penyiksaan buat mereka, penyiksaan yang  tidak tertanggung.

"Sebab itulah, apabila mereka mendapat berita pembubaran semalam, terus menarik nafas lega kerana ia memang ditunggu-tunggu mereka. Masing-masing menyatakan kekecewaan bila dapat tahu ianya tidak jadi," katanya kepada Harakahdaily. 

Katanya, dalam hal ini kerajaan tidak boleh hendak salahkan rakyat Malaysia kerana pengumuman yang ditunggu begitu lama.

Bagaimanapun Hatta menyeru rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat agar meneruskan persediaan jentera pilihan raya sementara menanti tarikh rasmi dengan persiapan yang sepatutnya. 

"Jangan terlalu kecewa dengan waktu dan tarikh pembubaran sehingga menjejaskan gerak kerja kita," katanya.

Apabila diminta tarikh yang akan dipilih Najib Tun Razak, Hatta menjangkakan pembubaran parlimen akan berlaku pada hujung bulan sama ada 28 hingga 30 Mac ini.

Terkini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menjalankan sisatan berhubung penyebaran maklumat atau berita palsu menerusi internet dan SMS ekoran maklumat palsu mengenai pembubaran Parlimen yang tersebar di beberapa laman sosial semalam.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi semalam.

Ekoran berita palsu itu, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Harakahdaily/-

Pengemis kaya ditahan

Posted: 20 Mar 2013 09:13 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Pengemis kaya ditahan
Seorang lelaki warga Thailand ditahan ketika meminta derma dalam Ops Pengemis dan Kutu Rayau.
JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga Thailand berusia 25 tahun mampu meraih pendapatan lumayan  melebihi RM1,000 selepas berjaya meraih simpati rakyat tempatan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Dia antara pengemis dan kutu rayau yang ditahan dalam Ops Pengemis dan Kutu Rayau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Ahad lalu.

Berdasarkan pemeriksaan terhadap lelaki itu, pihak JKM berjaya menemui sebanyak RM1,104 dipercayai wang daripada aktiviti mengemis.

Pegawai JKM, Manayi Ibrahim berkata, pengemis dan kutu rayau wanita dan lelaki berumur antara 25 hingga 76 tahun berjaya diselamatkan dalam operasi bermula jam enam petang itu membabitkan kawasan sekitar pasar malam Larkin, Stulang Laut, Jalan wong Ah Fook dan lokasi berhampiran
Stesen Keretapi Johor Bahru.

"Seorang wanita warga Indonesia berumur 56 tahun turut diselamatkan dalam Ops berkenaan. Hasil pemeriksaan dalam dompet dan beg plastik milik wanita itu terdapat wang kira-kira RM700," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pada pasport wanita itu, dia baru pulang ke Indonesia pada 12 Mac lalu, bagaimanapun kembali semula ke negara ini pada 16 Mac.

Katanya, pihaknya turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita orang kurang upaya (OKU), warga tempatan, seorang wanita  berstatus
Pemastautin Tetap (PR)  manakala selebihnya adalah warga asing, masing-masing, dua dari Thailand dan seorang  rakyat Indonesia.

"Kesemua yang diselamatkan telah di tempatkan untuk sementara waktu di Rumah Seri Kenangan, Johor Bahru manakala kes disiasat di bawah Seksyen 3 (2) Akta Orang Orang Papa 1977," katanya.

sinar/-

Menoleh semula di sebalik Mageran Kelantan 1977

Posted: 20 Mar 2013 09:11 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -




(Antara keratan akhbar ketika Mageran diisytiharkan di Kelantan 1977)

Selepas insiden 13 Mei 1969 yang di mulakan oleh Harun Idris yang mengetuai pemuda tahan lasak, maka parti PAS terasa terpanggil untuk bersatu dengan niat yang murni menyertai Kerajaan Campuran PAS  Perikatan di Kelantan pada tahun 1973. Ketika itu, Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Razak Hussein mentadbir negara.

(Sebagaimana yang di lapurkan oleh dokumen-dokumen yang di klasifikasi sebagai tidak lagi sulit oleh kerajaan British di London)

Manakala pada tahun 1974, PAS menyertai Barisan Nasional untuk bergabung dalam kabinet Kerajaan Persekutuan yang di tadbir Umno.

Namun niat baik PAS untuk bersatu telah dimanipulasi Umno untuk menimbulkan pepecahan sesama pemimpin PAS hingga menyebabkan PAS di buang daripada Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Hussein Onn Perdana Menteri Ketiga, pada penghujung tahun 1977.

Ini tidak menghairankan kerana Umno telah belajar daripada pihak British mengenai dasar pecah dan perintah dimana Harun Idris yang terlibat mengetuai pemuda tahan lasak dalam insiden 13 Mei 1969 telah memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno pada tahun 1971.

Beliau terus membantu kabinet Perdana Menteri kedua dan ketiga sehingga  beliau mendapat jawatan Menteri Besar Selangor sebelum Harun dipenjarakan di zaman Tun Hussein Onn.

Ini ekoran dakwaan rasuah pertandingan tinju dunia Muhammad Ali dan Joe Bugner yang berlangsung  di Kuala Lumpur.

Kabinet Perdana Menteri Kedua dan Ketiga juga mengandungi Tun Dr Mahathir Mohamad yang dipecat Tunku Abdul Rahman sebelum tercetusnya peristiwa 13hb Mei 1969.

Beliau kembali semula ke Umno atas arahan dan kemahuan Allahyarham Tun Razak Hussein Perdana Menteri Kedua dengan bantuan Harun Idris.

Dasar pecah dan perintah British didapati di amalkan Umno ketika PAS berada di dalam Barisan Nasional di mana perpecahan sengaja di timbulkan Umno.

Ia dilakukan dengan mencipta permusuhan antara sesama pemimpin PAS iaitu Datuk Muhammad Nasir Menteri Besar Kelantan yang disokong Umno dan Datuk Asri  pemimpin PAS yang dimusuhi Umno secara halus tetapi berada dalam kabinet Barisan Nasional.

Akhirnya Datuk Muhammad Nasir menubuhkan parti baru iaitu Parti Berjasa parti serpihan PAS yang di sokong Umno sekalipun Datuk Asri sebagai pemimpin PAS menghendaki calon lain sebagai Menteri Besar Kelantan.

Kumpulan yang menyokong  Datuk Muhammad Nasir  mengadakan demontrasi  pada 24 September 1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan  membantah kumpulan yang menyokong Datuk Asri .

Namun,  Datuk Muhammad Nasir  digulingkan dari jawatan MB melalui usul undi tidak percaya kira-kira 20 orang ADUN  PAS.

Akibatnya, pada 19 Oktober 1977 satu lagi demontrasi  diadakan dimana  rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan (SUK). Hasilnya perintah berkurung  diisytiharkan  jam 3.15 petang  untuk selama 24 jam.

Kerajaan Persekutuan enggan bekerjasama dengan membelakangkan majoriti ADUN Kelantan kerana segala rundingan yang dibuat cuma dengan Menteri Besar yang  telah jelas langsung tidak mendapat sokongan majoriti ADUN.

Plan untuk meluluskan Akta Darurat dan kerajaan MAGERAN di Kelantan seterusnya dibuat Barisan Nasional tanpa berunding dengan PAS yang masih berada di dalam Barisan Nasional.

Datuk Asri yang dimaklumkan kemudiannya mengenai cadangan meluluskan Akta Darurat membantah menyebabkan ianya dianggap melanggar etika Barisan Nasional dan terpaksa meletakkan jawatan.

Akta Darurat telah dibentangkan Perdana Menteri Ketiga dan diluluskan di Dewan Rakyat pada Oktober 1977 untuk mewujudkan undang undang darurat di Kelantan dan pada 8 November 1977 pentadbiran Mageran diistiharkan.

Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir atas alasan enggan mematuhi etika Barisan Nasional mengenai undang-undang Darurat.

Selepas itu pada 12 Januari 1978, pentadbiran MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan yang mengadakan pilihanraya umum untuk negeri Kelantan sahaja pada 11 Mac 1978 .

Tipu helah  darurat-mageran ini mengakibatkan PAS kalah dengan teruk dikedua dua peringkat iaitu negeri dan Parlimen.

Fokus artikel ringkas kali ini yang ditulis sempena PRU 13 ialah untuk kita sama-sama merenung siapakah yang menyebabkan kejadian yang di laporkan media perdana sebagai 'huru-hara' berkenaan.

Ia bertujuan agar dapat di jadikan pengajaran bagi menghadapi PRU 13 yang mesti diadakan selewat lewatnya sekitar 27 Jun 2013 biarpun khabar angin semasa bertiup sepoi sepoi bahasa yang Dewan Rakyat MUNGKIN  dibubarkan tidak lama selepas tarikh ini.

Ibrahim Ali (Datuk) di maklumkan oleh seorang persara polis yang masih ada hari ini, yang bertugas ketika insiden 1977 di Kelantan sebagai dalang yang merancang lakonan huru hara di beberapa lokasi di Kelantan.

Perbuatan membakar tayar dan memecahkan beberapa kedai Cina yang berlaku di sekitar Kelantan termasuk Bandar Kota Bharu di lakukan oleh kumpulan pemuda yang sama yang bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.

Maka sebab itulah kebakaran tayar yang dikatakan huru-hara itu tidak berlaku serentak kerana penjenayahnya adalah kumpulan yang sama.

Persara polis berkenaan juga telah mengesahkan yang pihak keselamatan telah menerima arahan supaya tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap para pencetus kebakaran tayar tersebut.

Ia bermaksud pihak keselamatan tidak dapat menjalankankan tugas mereka dengan effektif untuk menahan para penjenayah serta merta bila mereka melakukan pembakaran tayar yang bertujuan untuk mencetuskan rasa panik, keadaan kononnya adalah 'huru hara'.

Manakala Ibrahim Ali  sendiri pula tidak berada di Kelantan ketika kejadian bakar tayar, dia seperti biasa dengan gaya 'gedebe' atau cakap besarnya cuma memantau dan memberi arahan daripada Kuala Lumpur.
Maklumat ini selain daripada di sahkan sendiri oleh persara polis berkenaan, ianya juga di akui sendiri oleh Ibrahim Ali dengan takkaburnya di satu ceramah  parti Semangat 46.

Kaset-kaset ceramah semangat 46 di jual meluas di Kuala Lumpur selepas insiden parti Umno di istiharkan tidak sah (lebih dikenali umum sebagai 'parti haram') oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988 oleh Hakim Mahkamah Tinggi Allahyarham Tan Sri Harun Hashim.

Selepas pengharaman Umno, Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46 selepas Tengku gagal dalam perebutan nama Umno dengan Dr Mahathir yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan Umno Baru.

Tidak lama selepas itu perkataan 'Baru' dibatalkan secara rasmi (Sila baca tulisan saya yang  di siar Berita Harian  4 Oktober 2003 Tan Sri Harun Hashim setaraf Lord Denning)

Ketika menyertai Semangat 46, kemarahan Ibrahim Ali terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad amat memuncak sekali sehingga Ibrahim mengatakan yang beliau ingin kencing di atas kubur Dr Mahathir sepertimana yang jelas  audionya di ceramah yang kaset kasetnya di jual di Kampung Baru.

Lebih kurang hampir 2 tahun yang lepas saya pernah menulis komen mengenai perkara ini di laman blog chedet milik Tun Dr Mahathir Mohamad yang  saya sangkakan tidak akan disiarkan di blog berkenaan kerana setiap komen akan diluluskan terlebih dahulu sebelum disiarkan.

Amat terkejut bila selepas beberapa hari komen yang tergantung menantikan kelulusan, tiba tiba saya dapati ianya disiarkan di blog Tun Dr Mahathir.

Ini bermaksud keinginan Ibrahim Ali untuk kencing di atas kubur Dr Mahathir adalah dalam pengetahuan Tun Dr Mahathir sendiri.

Mungkin Tun Dr Mahathir ada sebabnya tersendiri kenapa beliau tidak seolah olah ambil hati atas ceramah Ibrahim Ali ketika berada bersama Semangat 46 dulu.

Namun yang jelas Ibrahim Ali  kini sebaliknya telah kencing diatas mukanya sendiri dan mungkin Tun Dr M  cuma mampu tersengih puas bila melihat Ibrahim Ali kini kembali berkhidmat untuk beliau.

Yang menghairankan adalah, pengikut pengikut Ibrahim Ali seperti langsung tidak mempunyai daya intelektual untuk berfikir untuk setia tanpa banyak soal kepada orang seperti Ibrahim Ali ini.

Kini ada beberapa NGO yang melibatkan Ibrahim Ali berpejabat di Kota Bharu berhadapan dengan KB Mall dan bersebelahan dengan Bangunan Masterskill. Manakala rumah Ibrahim Ali pula ialah di Taman Melawati.

Penulis pernah di maklumkan beberapa tahun lepas Ibrahim Ali pernah di maki hamun secara terbuka oleh penduduk Taman Melawati ketika dia pergi untuk membeli makanan di situ, dia terus segera masuk ke dalam kenderaannya beredar dan para saksinya peniaga sekitar masih lagi ada hari ini untuk mengesahkan kejadian ini.

Ketika Restoran Rasa Utara yang amat digemari Perdana Menteri Ke Empat kita itu masih mempunyai satu cawangan di Wangsa Maju beberapa tahun yang lepas, Ibrahim Ali pernah memberi ceramah panjang dengan nada kuat kepada  seorang budak pelayan perempuan berusia belasan tahun yang bertugas di restoran berkenaan tentang kenapa Restoran Rasa Utara tidak mempunyai Air Batu Champur (ABC).

Ianya berlaku pada satu petang Ahad yang mana cuma ada 2 meja sahaja yang mempunyai pelanggan iaitu meja penulis sekeluarga dan meja Ibrahim Ali dengan seorang lelaki Melayu bersamanya.

Ibrahim Ali juga adalah orang yang sama bersuara lantang menyokong serta mengampu keputusan Presiden Umno ketika Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 1998 untuk memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kaset rakaman 2 siri Mesyuarat MKT Umno selama 2 jam di jual meluas di seluruh negara dan juga audio penuhnya muncul di laman laman web reformasi bermula tahun 1998 seperti Mahazalim dan sebagainya.

Kini, pihak berkuasa patut mengambil perhatian dan bertindak dengan sewajarnya bila NGO yang dipimpin Ibrahim Ali  membuat beberapa kekacauan di serata tempat di seluruh negara yang mana kebanyakkan insiden berkenaan boleh di tonton dengan jelas di  laman laman youtube.

Jika keadaan politik yang tidak stabil di Kelantan yang diarahkan lakonannya oleh Ibrahim Ali berlaku  dari masa ke semasa antara 1977-1978, kini Ibrahim masih cuba mencetuskan kemarahan pelbagai pihak sekali lagi.

Sebagai contoh Ibrahim memberi ang pow dalam sampul putih yang membawa rasa tidak senang kaum Cina kerana ianya biasanya di beri pada waktu kematian bukannya ketika sambutan Gong Xi Fa Cai. Ia berlaku pada tahun 2012.

Pada awal tahun 2013 pula Ibrahim dilaporkan Wikipedia mahu membakar Kitab Injil berbahasa Melayu milik penganut Kristien.
Persoalannya di mana kedudukan Ibrahim Ali dalam agama Islam sendiri? Rakyat seluruh Negara kenal siapa Ibrahim Ali dan jika Ibrahim ingin terus memalukan diri sendiri secara kekal itu terserah tahap IQ nya sendiri tetapi bila ianya melibatkan ketenteraman awam dan maslahah (public interest) maka PDRM wajar serta merta bertindak.

Tiada apa pengecualian sepatutnya diberikan kepada perbuatan jenayah sekalipun PDRM Pulau Pinang telah merakamkan kenyataan Ibrahim Ali dalam isu bakar kitab Injil, apa pula tindakan susulan dan apa pula tindakan pejabat pendakwaraya.

Ibrahim Ali  pada tahun 2010 dengan bangganya memalukan Malaysia ke seluruh dunia bila muncul di Al Jazeera English dengan mengungkap , 'shit' sebanyak 3 kali tanpa apa-apa tindakan terhadapnya kerana menjatuhkan nama baik negara. Apa agaknya kelas ahli politik dari Malaysia yang mencarut dan disiarkan oleh stesen TV antarabangsa ke seluruh dunia?

Menoleh kembali kenangan insiden pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 serta penahanan beliau pada malam 20 September 1998 di kediamannya Jalan Setiamurni Damansara Height Kuala Lumpur, tentu semua masih teringat yang Ibrahim Ali muncul kembali dengan modus operandi 1977 Kelantan pada 10 Oktober 1998.

Dengan menggunakan adiknya Azmi Ali, mereka mengedarkan risalah yang sengaja dicetak logo PAS untuk rakyat Kelantan berkumpul kononnya berdemostrasi reformasi di Bandar Kota Bharu namun gagal bila cepat disedari oleh Datuk Husam Musa. Ketika itu Husam adalah Setiausaha Politik YAB  Menteri Besar Kelantan yang terus membuat laporan polis.

Pihak polis serta FRU dengan professionalnya berjaya mengawal keadaan daripada tercetus lebih lebih lagi dengan wujudnya kereta yang menyamar sebagai penyokong PAS yang pletnya di daftarkan atas nama Azmi Ali iaitu adik Ibrahim Ali yang cuba memberi provokasi kepada rakyat Kelantan untuk ke demonstrasi reformasi.

Kebijakan rakyat Kelantan tidak menghiraukan langsung cadangan demo reformasi provokasi Ibrahim Ali pada tahun 1998 boleh menggagalkan apa juga usaha menerusi modus operandi yang sama jika ingin di ulangi oleh Ibrahim Ali dan kuncu kuncunya sempena PRU 13.

Ini memandangkan keseluruhan rakyat Malaysia kini telah bijak menilai yang telah di buktikan menerusi pilihanraya 2008.

Sebagai penutup, amatlah perlu untuk satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk mengenal pasti punca dan dalang lakonan huru hara di Kelantan hingga menyebabkan diistiharkan Mageran sehingga mengakibatkan rakyat Kelantan berpecah belah untuk menyokong pemimpin mana.

Ia akhirnya menyebabkan PAS kehilangan kuasa di Kelantan di dalam PRU yang diadakan tidak lama selepas Mageran ditarik balik.

YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah antara saksi penting segala tipu daya Umno yang membawa kepada pemecatan PAS daripada Barisan Nasional seterusnya lakonan huru hara yang terancang dan pengistiharan  Mageran di Kelantan dimana ketika itu Tok Guru memegang jawatan Ketua Dewan Ulamak PAS.

Penubuhan Suruhanjaya Di Raja mampu mengesan segala butir butir terperinci sebenar Mageran Kelantan 1977 untuk dijadikan teladan dan sempadan pada semua rakyat seluruh negara.

Di zaman internet ini di mana segala insiden dapat di muat naik terus ke laman laman web serta portal berita, rakyat akan dapat membuat kesimpulan sekiranya ada cubaan untuk mengulangi episod Mageran Kelantan 1977 dalam negara kita.

Untuk memastikan ianya tidak dapat ditutup dengan alasan alasan tidak logik amatlah perlu sebarang insiden di beri liputan meluas oleh media antarabangsa seperti Al Jazeera, BBC dan CNN.

Rakyat juga boleh menghantar berita bergambar/video terus kepada media antarabangsa berkenaan secara dalam talian untuk memastikan sebarang insiden kezaliman terbongkar serta merta tanpa dapat ditutup oleh sesiapa lagi.

InsyaAllah, semua rakyat dan pasukan keselamatan termasuk PDRM patut mengkaji dengan fikiran terbuka apa sebenarnya berlaku di Kelantan yang mengakibatkan pengistiharan Mageran dan apakah tindakan yang boleh dilakukan rakyat serta pasukan keselamatan sekiranya modus operandi berkenaan hendak cuba di ulangi sekali lagi oleh  mana mana  pihak yang tidak bertanggungjawap.

PDRM yang dianugerahkan gelaran Di Raja pada tahun 1958 patut berasa bangga dan bertanggungjawap menjalankan tugas 'without fear or favour'. Fear yang perlu cuma kepada Allah swt semata-mata.
Hubungan Kabinet Kerajaan Persekutuan dengan PDRM  tidak perlu disalah ertikan kerana hubungan itu cumalah hubungan logistik, pentadbiran serta bajet.

Jika terdapat daripada kalangan tertinggi Kabinet Persekutuan yang disyaki terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serius maka bersegeralah untuk menahan reman untuk siasatan.

Ia perlu dilakukan demi moto Polis Sedia Berkhidmat agar sentiasa di hormati rakyat seperti zaman dahulu di mana rakyat menjadikan polis sebagai tempat mengadu dalam segala hal seolah-olah polis mengambil alih pula jawatan penghulu hatta mungkin juga mengambil alih jawatan Jaksa Pendamai(JP) dimana amat jelas betapa hormatnya masyarakat pada PDRM dulu.

InsyaAllah dibawah pentadbiran Tan Sri IGP sekarang  PDRM telah  mula kembali dihormati rakyat.  PDRM  seterusnya dapat maju ke depan dengan bertugas dengan tegas, berani kerana benar sepertimana perintah Allah swt dan Nabi Muhammad s.a.w.
Insya Allah, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, Majlis Raja Raja serta rakyat seluruh negara akan sentiasa menyokong segala tindakan tegas dan betul PDRM yang jika dilaksanakan, boleh menjadi contoh pada negara lain.

Jika Cawangan Khas boleh mengkategorikan salah sebuah pertubuhan Melayu sebagai kumpulan samseng Melayu sudah tiba masanya untuk Cawangan Khas melaporkan dan mengkategorikan dengan telus sebuah badan bukan kerajaan yang di ketuai Ibrahim Ali juga sebagai kumpulan samseng Melayu berdasarkan pelbagai bukti kukuh yang ada serta bahan audio visual yang telah tersiar ke seluruh dunia menerusi laman youtube.

harakahdaily/-

Agbimuddin Kiram, Ketua Penceroboh Adalah Rakyat Malaysia, Bekas Kakitangan Kerajaan

Posted: 20 Mar 2013 08:52 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -


Ketua penceroboh militan Sulu dari Filipina Agbimudin Kiram, dakwa PKR, adalah rakyat Malaysia dan pernah bekerja sebagai kakitangan awam di Sabah, dakwa Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rafizi turut menegaskan daripada dokumen yang diperolehi PKR daripada Arkib Negara Sabah, Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah, Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat apabila dilantik bermula 1 Mac 1974 dengan gaji RM610.

"Perkara ini membuktikan 'Projek IC' jelas mempunyai kaitan dengan pencerobohan ... yang mana turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," tegas Rafizi.


Klik untuk besarkan

Dengan pendedahan ini, Rafizi menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berterus terang dengan rakyat berapa jumlah pengganas Sulu itu yang mempunyai kad pengenalan biru dan merupakan rakyat Malaysia.

Rafizi juga dalam sidang media itu menegaskan berdasarkan pertemuan PKR dengan penduduk tempatan di Lahad Datu, mereka mengenali Agbimuddin.

"Ramai orang Kudat kenal dia (Agbimuddin)," kata Rafizi, yang tidak menolak tugas Agbimuddin ketika itu banyak memerlukannya menemui penduduk tempatan.

Sehubungan itu, beliau juga turut menuntut Najib untuk mengemukakan dengan jelas jumlah penceroboh tersebut yang merupakan rakyat Malaysia, dan menerima kad pengenalan biru.

"Dengan maklumat ini, Najib tidak lagi boleh bersembunyi di sebalim alasan keselamatan nasional untuk mengelak menjawab soalan yang berlegar di pemikiran rakyat," katanya.

Insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh militan Sulu yang mendakwa mereka adalah "Tentera Kesultanan Sulu" telah memasuki bulan kedua dan mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan, dua anggota tentera dan baki lapan adalah anggota polis.

Sebahagian daripada 108 suspek pengganas Sulu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 juga akan didakwa di Lahad Datu hari ini.

Memetik laporan Bernama, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada satu sidang akhbar di Felda Sahabat mengesahkan perkara itu pagi tadi.

Beliau berkata mereka akan didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara atas faktor keselamatan.

Dalam pada itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dilihat tiba di IPD Lahad Datu pukul 11.30 pagi tadi.

Juga kelihatan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Shukor Abu Bakar.

Hakim Mahkamah Sesyen Duncan Sikodol dari Mahkamah Kota Kinabalu serta M. Raja Linggam dari Mahkamah Sesyen Lahad Datu juga berada di situ.

Kesemua mereka yang ditahan di beberapa daerah termasuk Lahad Datu dan Semporna didakwa di bawah akta itu kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari.

Malah, turut difahamkan, kes itu akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Tawau selepas ini. -TMI

Mangkuk RM7 juta

Posted: 20 Mar 2013 08:50 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Foto


New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.

Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai 'Ding' berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.

Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.

Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.

Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.

Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta. - AFP

Harapan majoriti guru jika PR menang PRU13

Posted: 20 Mar 2013 08:47 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Sistem pendidikan Malaysia dieksperimen sejak sekian lama oleh badan Kerajaan. Apabila beralih pegawai atasan, maka penambahan formula kacang bungkus ditaburkan ke sekolah konon untuk penambahbaikan. Akhirnya guru menjadi mangsa menjadi guru serba boleh. Kamilah guru dan dalam masa yang sama kamilah membuat kerja perkeranian. Hingga kami sentiasa ditindan dengan pelbagai kerja sampingan. Membuatkan kami tidak mampu lagi menjadi guru sejati. Pergi sahaja ke mana-mana sekolah dan buat penyeliaan kejutan kepada guru cemerlang. Adakah mereka cemerlang seperti ketika praktikum? Tidak sama sekali. Kerana 

mereka kesuntukan masa untuk menjadi cemerlang ketika sesi pembelajaran berlangsung. Harapan kami jika pembangkang diberi mandat oleh rakyat. Sistem pendidikanlah yang paling utama wajib diubah jika ingin menjadi negara yang melahirkan guru dan generasi yang berkualiti.

Yang dapat saya sebutkan di sini antaranya perkara yang perlu diambil perhatian ialah:

1.Guru Besar mesti calon yang berkualiti dari segi pegangannya (Islam) dan berintelektual. Kerana guru sering diperbodohkan oleh mereka selama ini dengan kuasa yang diberikan.
2. Pegawai atasan berlatar belakang bekas seorang guru.

3. Aduan salah laku guru boleh diadukan tanpa meminta nama penuh dan nombor kad pengenalan.
4. Minimumkan bilangan murid atau jadikan guru berpasangan. Kerana guru tidak mampu mengawal murid 30 orang ke atas seorang diri.

5. Kerja perkeranian perlu diberikan kepada jawatan khas yang bukan guru. Barulah guru mampu menunjuk kredibiliti sebenar ketika mendidik.

6. Wujudkan satu bas satu sekolah bersama pemandu yang berlantik. Kerana aktiviti luar (sukan, pertandingan, perkhemahan dan lain-lain terjamin dan memudahkan pihak sekolah.

7. Pakaian murid perempuan perlu diubah kerana kainnya jarang. Begitu juga tudung mesti standard paras yang sepatutnya.

8. Kasut putih perlu ditukar. Tiada prinsip kebersihan Islam apabila melihat kasut putih yang comot setiap hari di sekolah.

9. Fasilitati dalam kelas sepatutnya canggih seperti negara maju. Suasana kelas hari ini masih sama dengan zaman era 80-an di sebahagian besar sekolah seluruh tanah air.

Mudah-mudahan ia mampu menjadi realiti kelak. Pemimpin tanpa rasuah mampu merealisasikannya.

harakahdaily/-

Al-Qaeda dakwa tebusan Perancis dibunuh di Mali

Posted: 20 Mar 2013 08:45 PM PDT

9 Jamadil Awal 1434 H. [MOD] -

Al-Qaeda dakwa tebusan Perancis dibunuh di Mali
Sebahagian daripada tahanan Perancis yang didakwa dibunuh di Nouakchott, Utara Mali.
NOUAKCHOTT - Seorang lelaki mendakwa sebagai jurucakap untuk Al-Qaeda di Utara Afrika, mendakwa seorang tebusan warga Perancis telah dibunuh di Mali.

Menurut AP, jurucakap pejabat luar negara Perancis berkata, kesahihan laporan pembunuhan Philippe Verdon yang diculik pada November 2011 masih belum disahkan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.

"Kami masih menunggu kenyataan rasmi daripada kerajaan  Mali berhubung dakwaan itu," katanya.

Agensi berita Mauritania pula melaporkan, seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai Al-Qairawani berkata, Verdon yang dituduh sebagai perisik itu dibunuh pada 10 Mac lalu sebagai tindak balas ke atas tindakan campur tangan Perancis di Utara Mali.

"Tindakan ini sebagai amaran kepada Presiden Perancis, Francois Hollande supaya hentikan campur tangan di Mali," katanya.

Seramai 15 warga Perancis termasuk Verdon dijadikan tawanan oleh Islamic Maghreb (AQIM) iaitu salah satu kumpulan sayap Al-Qaeda di Afrika.

sinar/-

Tiada ulasan:

Nuffnang