Khamis, 21 Mac 2013

.

.


Salahuddin: 2 lagi tokoh ternama Pakatan tanding di Johor

Posted: 20 Mar 2013 09:00 PM PDT



Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SENAI – Pakatan Rakyat bakal mengumumkan sekurang-kurangnya  dua calon ternama untuk bertanding di Johor.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang mengesahkan perkara itu berkata mereka bakal mengikut jejak langkahnya dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk pulang dan bertanding di Johor.

"Berdasarkan perkembangan positif dan menggalakkan daripada masyarakat di Johor, Pakatan Rakyat akan membuat beberapa keputusan penting, yang dijangka tokoh-tokoh besar bakal bertanding di sini.

"Ada dua atau tiga tokoh yang bukan sahaja dalam kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat tetapi mereka yang tokoh ternama akan diturunkan, dan perkara ini kita akan mempertimbangkan dengan teliti dan siapakah gerangan akan dimaklumkan dalam tempoh terdekat,"katanya kepada Sinar Harian semalam.

Salahuddin menyifatkan keputusan Kit Siang dan beberapa individu ternama untuk bertanding di sini sebagai fenomena terkini yang memperlihatkan Pakatan Rakyat serius menghadapi pilihan raya umum kali ini.

"Saya percaya gelanggang politik Johor semakin menarik dan bakal mengoyangkan semua pihak," katanya.

Salahuddin sebelum ini yang mengesahkan dirinya untuk bertanding di Johor. Bagaimapun masih belum mendedahkan kerusi yang bakal ditandinginya.
Ada pihak mengandaikan beliau bakal bertanding di Pulai menentang penyandang jawatan Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Salahuddin merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dilahirkan di Pontian bakal kembali berkhidmat di negeri ini.

Kesungguhan Pakatan Rakyat untuk memenangi 15 kerusi parlimen yang disasarkan sekali gus mencapai misi ke Putrajaya dibuktikan dengan keputusan Kit Siang bertanding di kerusi panas Gelang Patah, seperti yang diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelmarin.

Pengurangan cukai 50% pada OKU di S'gor

Posted: 20 Mar 2013 07:40 PM PDT

10:00AM Mac 21 2013 
Kerajaan Selangor mengurangkan 50 peratus bayaran cukai taksiran kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang memiliki rumah di seluruh Selangor berkuatkuasa serta merta, mulai semalam.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengurangan itu bertujuan meringankan beban OKU berdepan kos sara hidup yang semakin mahal dan bagi mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negeri.

"Bagaimanapun, pengurangan ini hanya tertakluk kepada OKU yang mendiami rumah tersebut.  

"Jika rumah itu disewakan kepada pihak lain,  mereka tidak layak menikmati pengurangan ini," kata Khalid.

Dalam kenyataannya semalam, menteri besar yakin, diskaun itu tidak akan menjejaskan pendapatan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya,  kerajaan negeri berkata berjaya menjimatkan lebih RM80 juta sepanjang tahun lalu hasil penamatan perkhidmatan Alam Flora selain amalan tender terbuka dan pelaksanaan meluas konsep "Value for money".
 
Pengurangan ini yang kedua diberikan kerajaan negeri selepas diskaun cukai pintu 25 peratus kepada pemilik rumah pangsa kos rendah, dengan syarat tinggal di rumah berkenaan.

Ustaz Azizan pimpin PAS Kedah hadapi PRU13

Posted: 20 Mar 2013 03:48 PM PDT

Harakahdaily,20 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak akan terus memimpin PAS di Kedah sebagai Pesuruhjaya  dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang  menjelaskan bahawa Azizan akan terus memimpin sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan tidak ada sebarang pertukaran dalam menghadapi PRU13.

"Semua pimpinan PAS negeri dan dewan-dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU yang bakal di hadapi dalam waktu terdekat ini," kata Presiden PAS dalam  satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politiknya hari ini.

Kenyataan itu merujuk kepada laporan Sinar Harian hari ini mengenai cadangan Dewan Ulamak PAS Kedah supaya PAS melantik Pesuruhjaya Kedah yang baru untuk menghadapi PRU13 ini.
 
 
Sayyidina Ali pernah berkata, "Aku lebih menyukai pendapat orang yang lebih tua, daripada keberanian golongan muda"

Tiada ulasan:

Nuffnang