:: cina islam | 2011 :: |
- Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 pacu kebangkitan memimpin perubahan
- Selangor sedia bubar Dun akhir Mac ini - Khalid
- Najib langgar prinsip asas demokrasi
- 400 pendatang keluar Sabah - Media Filipina
- Seorang Menteri Besar tanpa dompet?
- Tak sempat tunai haji
- Tiada lagi ungkapan sayang
- Bayi tujuh bulan, bapa maut
- Menteri Mexico dibunuh
- Cubaan seludup dadah gagal
- Cadangan PAS untuk membela pegawai kerajaan
- Keluarga tak mampu, Nurul terlantar sakit saraf
- Saya tak berniat khianati Saiful - Azlan
- R&R Sungai Perak ditutup sementara Rabu, Khamis ini
- Gred Gaji Polis, Tentera Dinaikkan
- ADUN Lendu meninggal dunia
- Bapa Saiful serah borang sertai PKR
- PAS dan Pakatan Rakyat Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan Di Parlimen Sibuti
- Mohamad Sabu disambut luar biasa di Sibuti
- Hari-hari dengar bedilan
- TG Nik Aziz: Kebenaran Akan Terserlah Dengan Sendiri
- Bebola ikan berdarah
- Si Saiful Yang Malang - Hanya 8% Menyokongnya
- Pengganas semakin tertekan
- Pelarian Rohingya ditemui kebulur
Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 pacu kebangkitan memimpin perubahan Posted: 11 Mar 2013 01:32 AM PDT 1. Sejarah bakal dilakar penuh gemilang pada tanggal 16 Mac 2013 kelak, apabila 5000 ulama muda dari seluruh negara akan berekspresi di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak Darul Ridhuan insyaallah. Bukan sahaja mencipta sejarah baru para ulama muda Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan, tetapi mengembalikan semula izzah [ kehebatan ] Gerakan Islam ke persada generasi muda hari ini dengan menyingkap tabir nostalgia sebuah Gerakan Islam [Hizbul Muslimin] yang diasaskan oleh Al Marhum Ustaz Abu Bakar Al Baqir, menongkah cabaran menentang penjajah British sehingga Hizbul Muslimin akhirnya diharamkan. 2. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Malaysia bekerjasama menganjurkan Xpresi Ulama Muda Haraki [ yang akan bermula perasmiannya pada jam 9.00 pagi 16 Mac 2013 ], kearah memantapkan sendi – sendi utama organisasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, bergandingan dengan rakan tahaaluf siasi [ kerjasama politik ] dalam Pakatan Rakyat untuk membawa pulang tropi kemenangan melalui pilihanraya umum ke 13 kelak demi merealisasikan sebuah perubahan. 3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda pada tahun lepas bermula di Stadium Darul Aman Kedah dan kemudian menjelajah ke seluruh negara. Xpresi Hijau Anak Muda mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan aktivis muda PAS, artis yang berhijrah, mat motor, pekerja kilang dan sebagainya. 4. Xpresi Profesional Muda menyusul tidak lama kemudian, disertai oleh anak muda professional dari pelbagai disiplin dan kepakaran. Siri pertama berlangsung di kediaman Menteri Besar Selangor dan siri kedua di sebuah resort di Kuala Terengganu. 2 siri Xpresi Profesional Muda Berjaya mengumpulkan lebih 1000 tenaga professional yang siap memberi komitmen untuk membantu PAS mencapai dan mengisi kemenangan. 5. 16 Mac 2013 pula bakal berlangsung Xpresi Ulama Muda Haraki yang dijangka mengumpulkan sekitar 5000 peserta insyaallah, guna melengkapkan kombinasi mantap sumber tenaga atau modal insan yang dimiliki oleh PAS iaitu Aktivis + Profesional + Ulama. Kombinasi mantap ini akan memacu kebangkitan rakyat sekaligus memimpin perubahan yang meletus agar mendapat restu Allah swt. Sekaligus menjawab bahawa tiada dikotomi ulama + Profesional + aktivis di dalam PAS, sebaliknya ia menjadi enjin yang menjana kehebatan, kewibawaan dan kemuliaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang contemporary. 6. Xpresi Ulama Muda Haraki akan dan boleh disertai oleh para asatizah, mahasiswa dan alumni Timur Tengah, mahasiswa dan alumni fakulti pengajian Islam di Universiti luar dan dalam negara, penuntut ilmu di kolej Islam, Madrasah atau Pondok [ pasentran ], para huffaz, imam, guru J- Qaf, aktivis ngo – ngo Islam dan terbuka kepada semua yang bersungguh mahu mendalami ilmu Islam samaada terdiri dari kalangan muslimin begitu juga dari kalangan muslimat, semuanya sangat dialu – alukan penglibatan dan penyertaan mereka. 7. Insyaallah, Xpresi Ulama Muda Haraki ini juga bakal menyaksikan beberapa orang tokoh Ulama Muda akan mengisytiharkan diri mereka bersama PAS dan bergandingan dalam memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini. 8. Sejarah Gunung Semanggol adalah inspirasi kebangkitan Ulama Muda untuk menyatakan komitmen mereka mendokong perjuangan Islam dan membantu parti sebagai wadah perjuangan menggapai kemenangan dalam pilihanraya umum kelak. Bukan hanya berekspresi tetapi mengatur strategi dan memantapkan motivasi, bagaimana memperkukuhkan parti melalui sendi Ulama Muda guna menggalas amanah dan tanggungjawab bersama rakan – rakan pejuang yang lain. 9. Bulan ogos tahun 2007 sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 12, Himpunan dan sambutan 50 tahun merdeka peringkat kebangsaan telah diadakan di Gunung Semanggol. Semangatnya dibawa ke gerbang pilihanraya umum ke 12, lalu hasilnya 5 buah negeri berjaya dimenangi oleh gandingan PAS + PKR dan DAP termasuk negeri Perak Darul Ridhuan selaku tuan rumah sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik. Insyaallah Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 akan meledakkan momentum baru sekaligus menyertai pilihanraya umum ke 13 dengan bergaya membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya. 10. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah Jalla wa A'la agar sejarah gemilang 14 Mac 1948, [Himpunan Ulama dan Cendikiawan Islam dari seluruh negara di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol yang digerakkan oleh Al Marhum ustaz Abu Bakar Al Baqir dan akhirnya menjadi inspirasi tubuhnya Gerakan Islam pertama Negara Hizbul Muslimin dan ia turut menjadi asas yang membawa kepada tertubuhnya Parti islam Se Malaysia [PAS] pada 23 Ogos 1951 ], kembali berulang selepas genap 65 tahun dengan momentum dan gelombang baru kebangkitan ulama yang dipacu dan dihasilkan dari Xpresi Ulama Muda Haraki pada tanggal 16 Mac 2013 di tapak yang sama, lalu memimpin perubahan yang sedang digerakkan oleh rakyat. harakah/- | ||
Selangor sedia bubar Dun akhir Mac ini - Khalid Posted: 11 Mar 2013 01:27 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sedia membubarkan Dewan Negeri Selangor (DNS) selewat-lewatnya akhir Mac ini bagi mendapat mandat baru daripada rakyat. Beliau berkata, kerajaan negeri bersedia untuk tujuan itu dan satu keputusan telah dicapai bagi pembubaran DNS, lapor Selangorku. "Sudah buat keputusan tetapi belum diumumkan," katanya dalam sidang media selepas majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di sini hari ini. Beliau berkata, sekiranya tiada halangan kemungkinan pembubaran itu akan berlaku pada akhir bulan Mac. Sebelum ini, Menteri Besar pernah menyatakan kerajaan negeri merancang untuk membubarkan DNS selepas sambutan Chap Goh Meh. Akhir Februari lalu, Abdul Khalid turut mengesahkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah menyatakan tiada halangan untuk pembubaran DNS. harakahdaily/- | ||
Najib langgar prinsip asas demokrasi Posted: 11 Mar 2013 01:25 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tidak menghormati prinsip-prinsip asas demokrasi apabila mengecam parti pembangkang di hadapan kakitangan awam ketika beliau hanya peneraju kerajaan sementara. Demikian kata anggota Pasukan Pemantau Pilihan Raya Kelantan, Mohammad Faizal Che Yusof (gambar). Datuk Seri Najib sebagai peneraju 'caretaker government' hari ini dalam ucapan bersama penjawat awam secara jelas membuat suatu pernyataan yang bersifat kecaman, pengaruh tak berpatutan dan perdayaan terhadap parti selain Barisan Nasional. Beliau dianggap telah mendorong suatu tindakan prejudis kepada parti selain BN di kalangan penjawat awam, kata Mohammad Faizal dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. Najib disifatkan sebagai peneraju kerajaan sementara selepas 8 Mac 2013 iaitu selepas lima tahun mandat yang diberikan rakyat. Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, dari segi perlembagaan, kerajaan BN dikira masih kerajaan penuh kerana Parlimen belum dibubarkan lagi. Bagi Mohammad Faizal, penjawat awam telah dilingkungi oleh suatu doktrin kepartian sekaligus menjadikan penjawat awam dikongkong dengan politik kepartian BN. "Malang Malaysia mempunyai seorang PM yang hanya bermandatkan kerajaan sementara (caretaker government) sebegini," kata Mohammad Faizal. harakahdaily/- | ||
400 pendatang keluar Sabah - Media Filipina Posted: 11 Mar 2013 01:18 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
(Petikan laporan portal berita Philippine Daily Inquirer) KUALA LUMPUR: Media Filipina melaporkan 400 pendatang di Sabah telah melarikan diri menuju ke parairan Filipina namun kini terkandas di Pulau Penyu (Taganak Island). Laman Philippine Daily Inquirer menyebut, mereka adalah antara yang melarikan diri selepas pasukan keselamatan Malaysia menjalankan operasi memburu saki-baki penceroboh dan menahan ramai pendatang asing sejak 8 Mac lalu. Portal itu turut memetik sumber Tentera Laut Filipina semalam bahawa 400 pelarian telah terkandas di Pulau Penyu sejak malam Sabtu dan menunggu untuk diselamatkan. Kapten Tentera Laut Rene Yongque, Komander Tentera Laut Pasukan Petugas 62, dipetik sebagai berkata, semua pelarian adalah dari Sandakan, mencapai perairan Filipina jam 7 petang Sabtu lalu dengan menaiki bot kayu. Yongque juga dilapor berkata kapal tentera laut Sultan Kudarat telah dihantar untuk menyelamatkan pelarian tersebut. Sementara itu di Malaysia, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada sidang media pagi tadi berkata, tumpuan operasi pasukan keselamatan kini adalah di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis. Dalam perkembangan terbaru juga, Hamza berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Mayat-mayat tersebut adalah yang ditembak mati selepas pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh bermula 8 Mac lalu. Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib. Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat. Menjawab soalan pemberita, Hamza turut menegaskan pihak keselamatan sedang berusaha untut menamatkan operasi ini secepat mungkin. "Kita ada 'timeline'. Takkan nak tunggu berkampung di sini sampai hujung tahun ini. Tapi 'timeline' itu kita tak boleh bagitahu la," katanya. harakah/- | ||
Seorang Menteri Besar tanpa dompet? Posted: 11 Mar 2013 12:59 AM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (TG Nik Aziz menerima dompet dari Tuan Ibrahim yang dihadiahkan oleh seorang aktivis PAS. Gambar kecil TG Nik Aziz menggunakan sampul surat sebagai tempat menyimpan duitnya) KUALA LUMPUR: Selepas melihat sekeping gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik yang hanya menggunakan sampul surat sebagai dompet, seorang ahli parti membuat keputusan untuk membuat satu hadiah istimewa buat Tuan Guru kesayangannya. Dompet itu dibuat khas untuk TG Nik Aziz oleh orang seorang aktivis PAS untuk Menteri Besar Kelantan itu. Dompet berlambang bulan logo PAS itu kemudiannya diserahkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diserahkan kepada TG Nik Aziz. Menjelang mesyuarat Majlis Syura baru-baru ini, Tuan Ibrahim bersama Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Mohd Salleh menyerahkan dompet itu kepada TG Nik Aziz. Dompet tersebut dibuat tangan, berwarna hijau dan mempunyai logo PAS. Nik Aziz berkata beliau hanya pernah membeli dompet dua kali sahaja dalam hidup beliau. Sekali sebelum bertolak untuk belajar di luar negara berpuluh tahun lalu dan sekali lagi semasa kepulangan beliau dari sana. TG Nik Aziz belajar di India dan Universiti Al Azhar, Mesir. harakahdaily/- | ||
Posted: 10 Mar 2013 11:51 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KOTA TINGGI - Hajat seorang wanita warga emas untuk mengerjakan ibadah haji bersama suaminya pada hujung tahun ini tidak kesampaian apabila dia maut dalam nahas di Kilometer 22 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, pagi semalam. Anak bongsu mangsa, Mohd Arif Alimen, 20, berkata, ibunya, Masiam Sadir, 62, bersama bapanya, Alimen Alias, 72, keluar dari rumah mereka di Felda Kledang, di sini, kira-kira jam 7.20 pagi untuk ke Bandar Penawar bagi menghadiri kursus haji. Menurutnya, mereka dijadualkan mengerjakan ibadah tersebut pada hujung tahun ini. Jelasnya, tidak sampai setengah jam kedua orang tuanya itu keluar dari rumah, jiran memberitahu mereka terlibat dalam kemalangan dan dia bergegas ke lokasi. "Waktu itu, ayah masih boleh bercakap dan sempat mengucap dua kalimah syahadah manakala mak pula saya lihat sudah tidak mampu bersuara," katanya kepada Sinar Harian di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) di sini, semalam. Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rasid berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal Suzuki yang ditunggang suami mangsa, bergesel dengan sebuah kereta Perodua Myvi yang datang dari arah Kota Tinggi. Menurutnya, siasatan awal mendapati, kereta yang menghala ke arah Sungai Rengit dipercayai telah masuk ke laluan bertentangan sebelum bergesel motosikal mangsa. "Pembonceng motosikal meninggal dunia di HKT manakala penunggangnya cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ismail," katanya. Menurutnya, jenazah mangsa dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Felda Sening petang semalam, dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan. Sinar harian/- | ||
Posted: 10 Mar 2013 11:49 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - ALOR GAJAH -"Arwah kerap hantar ucapan 'along sayang mak' melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya menyebabkan saya berasa begitu dekat dengannya meskipun arwah tinggal di asrama di Londang,". Itulah luahan ibu kepada pelajar Kolej Matrikulasi Londang yang maut selepas motosikal Yahama LC yang ditunggang hilang kawalan dan terbabas di Jalan Machap Baru-Machap Umboo, dekat sini, lewat petang kelmarin. Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, mangsa, Nurul Syaqiren Mat Asli, 19, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Solok Menggong cedera parah sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh orang awam untuk rawatan lanjut. Haniza Hanif, 44, berkata, malah dua minggu lepas, arwah anaknya sempat menghadiahkan senaskah al-Quran kepadanya dan mengungkap sayang seperti biasa membuatkan hatinya tersentuh. Menurutnya, sebelum kejadian arwah ada memberitahu hendak keluar bertemu rakan di Alor Gajah, namun dia menegah kerana mahu meminta arwah menjaga adik-adiknya di rumah. "Kira-kira jam 2 petang, arwah keluar dan menghantar SMS memberitahu akan pulang lewat berikutan hujan di Alor Gajah. "Tidak lama kemudian, anak kedua saya, Mohd Saiful Izham menelefon memberitahu ada ternampak motosikal arwah di pekan namun arwah tidak diberitahu ke mana," katanya. Haniza yang bertugas sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Percha tergamam sebaik menerima panggilan daripada orang awam menggunakan telefon bimbit mangsa memaklumkan anaknya terlibat dalam kemalangan. "Ketika tiba di Hospital Alor Gajah, doktor meminta saya menunggu dan saya mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena terjadi kepada anak sulung saya sehingga dia dilaporkan sudah meninggal dunia," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saiffudin Shaharuddin berkata, mangsa yang menunggang sendirian dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh berkenaan sebelum terbabas. "Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.15 malam berikutan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. "Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya. Sinar harian/- | ||
Posted: 10 Mar 2013 11:45 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - JEMPOL - Seorang bayi lelaki tujuh bulan bersama bapanya maut setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh sebuah lori satu tan di Jalan Besar Felda Palong Satu, dekat sini dalam kejadian kira-kira 8.15 malam kelmarin. Dalam kejadian itu, kereta Proton Wira dinaiki Nor Shahrizan Nordin, 32, bersama isteri, Noraini Atan, 27, dua anak, Muhammad Danish Irfan, 4, Muhammad Danish Farhan, 7 bulan; ayah mangsa, Nordin Sidek, 59 dan isteri, Sawiyah Tompang, 59, dalam perjalanan pulang ke rumah di Felda Palong Lapan. Ketua Polis daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, sewaktu tiba di tempat kejadian, sebuah lori satu tan datang dari arah bertentangan dan dipercayai hilang kawalan Menurutnya, lori itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh kereta dinaiki mangsa menyebabkan kereta remuk teruk di bahagian hadapan. "Muhammad Danish meninggal dunia ketika tiba di Klinik Kesihatan Gemas manakala ayahnya, Nor Shahrizan maut pada 2.45 pagi tadi (semalam) ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ampuah Najihah (HTAN), Kuala Pilah. "Nordin yang cedera parah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban manakala ahli keluarga lain menerima rawatan di Hospital Segamat. Pemandu dan kelindan lori hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam. Kedua-dua jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Palong Lapan, semalam. Sinar harian/- | ||
Posted: 10 Mar 2013 11:33 PM PDT MEXICO CITY - Menteri Pelancongan Jalisco, barat Mexico dilaporkan dibunuh dalam insiden kejar-mengejar di bandar Guadalajara, wilayah Zapopan, kelmarin. Setiausaha Kerajaan, Arturo Zamora berkata, Jose de Jesus Gallegos Alvarez ditembak sewaktu kereta dipandunya dikejar sekumpulan penyerang namun, menolak serangan itu berkaitan dengan tugasan rasmi beliau. "Polis mengesyaki serangan berkaitan dengan urusan perniagaan peribadi diusahakan Alvarez," kata Zamora. Alvarez merupakan jurutera adalah pengasas dan presiden sebuah projek pembangunan kondominium serta Resort Mayan dalam Gaudalajara. Sementara itu, ahli politik dan pegawai polis Mexico dilaporkan sering menjadi sasaran utama pembunuhan kejam di negara itu. Susulan serangan itu, Presiden Enrique Pena Neito mengutuk keras serangan berkenaan melalui Twitternya dan mengarahkan siasatan menyeluruh dilakukan. - Al-Jazeera | ||
Posted: 10 Mar 2013 11:33 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA TERENGGANU - Cubaan untuk menyeludup masuk dadah bernilai hampir RM1 juta melalui Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, gagal setelah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menahan dua warganegara India. Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKDM negeri, Mat Jusoh Botok berkata, kedua-dua suspek yang masing-masing seorang wanita berusia 52 tahun dan lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam dua kejadian berasingan pada 5 Mac lalu, antara jam 4 hingga 4.10 petang. Selain itu, pihaknya turut merampas sejumlah 10.845 kilogram (berat kasar) serbuk putih, dipercayai ketamin yang ditaksirkan bernilai RM813,375. "Dalam kes pertama, pasukan kastam telah membuat pemerhatian di balai ketibaan LTSM setelah mendapat maklumat awam. Pasukan ini kemudiannya membuat pemeriksaan ke atas bagasi suspek iaitu seorang wanita yang baru tiba dari Kuala Lumpur. "Hasil pemeriksaan, pasukan kastam menemui satu bungkusan mengandungi serbuk putih dipercayai ketamin dengan berat kasar 5.08 kilogram yang disorok dalam satu ruangan khas. "Kita menahannya dan hasil semakan, suspek mempunyai rekod keluar masuk ke Malaysia sebanyak tujuh kali sejak 2012 dan kali pertama masuk ke Terengganu melalui LTSM," katanya dalam sidang media di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa JKDM di Panji Alam, semalam. Sementara itu dalam kes berasingan, pasukan kastam yang membuat pemerhatian di luar balai ketibaan pada hari sama, kira-kira jam 4.10 petang, telah mengesan pergerakan seorang lelaki yang mencurigakan. Jelasnya, lelaki itu juga merupakan seorang penumpang yang baru tiba dengan pesawat sama dan pihaknya mengekori teksi yang dinaiki lelaki berkenaan sebelum menahannya di Kampung Seberang Takir. "Hasil pemeriksaan rapi yang dibuat ke atas bagasi yang dibawa lelaki terbabit, kita menjumpai satu bungkusan mengandungi serbuk putih, dipercayai ketamin dengan berat kasar 5.765 kilogram yang disorok dalam satu ruangan khas. "Kita mendapati lelaki ini mempunyai rekod 10 kali masuk ke Malaysia sejak 2012 dan ini kali pertama ke Terengganu melalui LTSM. "Kita percaya, kedua-duanya menggunakan LTSM sebagai laluan untuk membawa masuk dadah ke negara ini dan ini merupakan kes pertama melibatkan penyeludupan dadah melalui LTSM," katanya. Jelas Mat Jusoh, kedua-duanya ditahan reman selama dua minggu dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori. Susulan kejadian itu, JKDM mempertingkatkan kawalan di LTSM dan akan menyemak semua transit terutama dari negara luar. "Kita menyeru orang ramai bekerjasama dengan kastam dengan menyalurkan maklumat berkaitan dengan aktiviti penyeludupan dan penyelewengan kepada Bahagian Penguatkuasaan, JKDM melalui talian 09-6228477, 09-6204073 atau talian bebas tol 1800-88-8855. "Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan dan bayaran sagu hati akan diberi kepada pemberi maklumat yang berjaya menghasilkan kes," katanya. Sinar harian/- | ||
Cadangan PAS untuk membela pegawai kerajaan Posted: 10 Mar 2013 11:32 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan awam. Antara inisiatif yang dijangka diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam. PAS Pusat yang bersidang pada hari ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya. PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan. Antara lain, tumpuan juga harus diberikan kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada PTD bahkan dipeluaskan kepada perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain. Kedua, menerima pakai amalan di Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam dihapuskan kenaan caj bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih Putrajaya. Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi kewangannya. Ketiga, bagi faedah kakitangan awam yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk dinaikkan. Kadar perlepasan cukai yang rendah untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini. PAS Pusat juga ada membincangkan supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri. Penalti tersebut membebankan pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip. Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata. Cukai ke atas eksport sawit mentah atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka lebih berdaya saing. Langkah ini boleh membantu meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara. Pada masa yang sama polisi kerajaan Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula. Bagi tujuan tersebut sebuah jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP eksport minyak sawit mentah. Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS | ||
Keluarga tak mampu, Nurul terlantar sakit saraf Posted: 10 Mar 2013 11:24 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Sekali pandang hati meruntun hiba melihat penderitaan adik Nurul Nur Iqmazatul Abd Manap, 15. Dengan tubuh yang kurus kering akibat menanggung penyakit saraf otak, dia sukar bergerak, tidak sepetah dan selincah remaja lain seusianya. Bagi Lailawati Omar, 45, hati ibu mana yang dapat menahan air mata apabila menyaksikan zuriatnya terpaksa menanggung derita setiap hari. "Ia satu ujian yang amat besar buat keluarga kami. Masalah kewangan menghimpit saya daripada mendapatkan rawatan terbaik untuk Nurul," keluhnya hiba. Dahulu Nurul sihat seperti seperti bayi lain. Nurul lahir sebagai anak yang sempurna dan sihat tubuh badan biarpun telah melewati tarikh jangkaan bersalin. "Memandangkan tarikh dah terlajak, doktor memasukkan ubat untuk membolehkan saya melahirkan Nurul. Ketika itu sakitnya hanya ALLAH yang tahu. Saya betul-betul tidak tahan sehingga diserang sawan sedangkan Nurul masih belum lahir. "Disebabkan sawan, jururawat beri saya ubat. Saya rasa terlalu sakit sehingga keadaan saya dan bayi masa proses kelahiran tu 50-50. Saya berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri. Jantina bayi yang lahir pun saya tidak tahu masa tu," imbau Lailawati ketika ditemui di rumahnya, Simpang Jelebu, Negeri Sembilan. Syukur sambut kelahiran Lailawati amat bersyukur dengan anugerah ILAHI yang sangat comel dan lincah itu. Bagaimanapun, gembira bertukar sedih apabila Lailawati dimaklumkan bayinya berhadapan masalah jantung. "Ketika itu, saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan berdoa kepada ALLAH semoga bayi saya sihat, dan syukur pada-Nya kerana beberapa hari kemudian, doktor benarkan saya membawa pulang anak ke rumah," katanya. Ujian terhadap Lailawati tidak terhenti setakat itu apabila ibu tunggal itu sekali lagi diuji dengan masalah kesihatan Nurul. Dia mendapati kelainan pada anggota badan Nurul yang tiba-tiba tegang dan berpusing. "Kejadian berlaku di rumah ketika Nurul berusia dua bulan. Saya tak syak apa-apa berkaitan penyakit ini, kerana saya fikir, apabila Nurul dibenarkan pulang ke rumah bermakna dia sihat," katanya. Perubahan Keadaan yang diharapkan sementara itu rupanya bertukar membimbangkan apabila Nurul tidak memberi respons apa-apa sehingga menginjak usia enam bulan. Pergerakan Nurul tidak sama dengan bayi normal lain yang seusia dengannya membuatkan Lailawati mengesyaki sesuatu. "Ketika itulah Nurul tunjuk perubahan ketara. Saya bawa Nurul ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan dan doktor dapati bebola mata Nurul bergerak-gerak. Macam bergegar," katanya. Lailawati berkata, doktor mengesahkan Nurul mengalami sawan tarik sehingga menyebabkan saraf otak mati. Selepas itu, dia semakin teruk apabila kulit kepala, pipi, dahi dan kelopak matanya dipenuhi daki sawan dan mengeluarkan lendir. Tidur bayi itu juga selalu terganggu kerana masalah kesihatannya. "Apa yang saya sedihkan disebabkan tidak mampu untuk membuat rawatan susulan untuk memulihkan pergerakan anggota Nurul. Saya tidak bekerja dan kini menjadi ibu tunggal. "Hanya sekali saya bawa Nurul ke hospital untuk rawatan fisioterapi tapi selepas itu tiada rawatan susulan dibuat sehingga ke hari ini," katanya sambil menunduk. Dalam sehari, Nurul akan diserang sawan sebanyak lebih 10 kali dan ada kalanya tidak terbilang melainkan air mata yang mengiringi hati Lailawati. Dia tidak mampu berbuat apa-apa meskipun risau dengan keadaan Nurul. "Pernah saya memberi dia susu cair kerana tidak mampu untuk membeli susu tepung. Saya terpaksa minta bantuan pihak Baitulmal untuk membeli barangan keperluan Nurul dan dapur katanya. "Saya bersyukur kerana ada jiran yang memahami dan banyak membantu. Dalam keadaan macam ini, sokongan dan semangat mereka, membuatkan saya tabah menghadapi ujian," katanya yang ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala keperluan dan rawatan Nurul diperlukan sebanyak RM500 sebulan. Nurul yang belum mendapat bantuan orang kurang upaya (OKU) hanya terlantar di rumah, sambil ditemani adik-beradiknya, iaitu Mohd Iqmal Aqeem Abd Manap, 13, Mohd Iqmal, 11, dan Mohd Iqmal Al Ameer, 9. Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menyalurkannya kepada Lailawati Binti Omar melalui akaun CIMB Bank - 05150001400204 atau hubungi 012 - 9736307. Sinar harian/- | ||
Saya tak berniat khianati Saiful - Azlan Posted: 10 Mar 2013 11:20 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - PETALING JAYA: Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim hari ini menyatakan pendedahan beliau berhubung kes Fitnah Liwat II sebelum ini bukan berniat mengkhanati anaknya itu. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi, beliau juga turut memohon maaf kepada Saiful atas apa yang telah berlaku. "Saya ingin meminta maaf kepada Saiful atas apa yang berlaku. Saya tak berniat menganiayai atau mengkhianati anak kandung saya sendiri," katanya sambil menambah beliau sangat menyayangi Saiful. Terdahulu pada sidang media sama, beliau mengumumkan menyertai PKR dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. Azlan juga tidak membuat sebarang kenyataan lanjut berhubung kes Saiful kerana sudah membuat kenyataan awal pada Jumaat lepas. "Bukan bermakna saya menyertai PKR, saya akan menyisihkan Saiful dan anak-anak yang lain," katanya. Beliau turut menjelaskan, keputusan menyertai PKR tidak ada kena-mengena dengan kes mahkamah melibatkan dakwaan liwat ke atas Saiful sebaliknya beliau sudah lama mengikuti perjuangan PKR. "Saya sebagai rakyat Malaysia berhak buat keputusan tentang diri sendiri dan saya dah fikir sedalam-dalamnya dan implikasinya. Ini adalah masa yang tepat untuk saya sertai PKR untuk buat perubahan. "Kita perlu profesional dalam hal ini. Apa yang saya lakukan sekarang ialah menyertai politik, tak ada kena mengena dalam kes mahkamah yang dihadapi anak saya. "Kebetulan saya sertai PKR yang dipimpin Datuk Seri Anwar. Kalau saya sertai parti belah sana tentu tak timbul isu," katanya. Tambah Azlan juga, beliau lebih mengetahui apa yang berlaku di sebalik kes tersebut. "Sebagai bapa saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di belakang tabir yang orang lain tidak tahu," tegasnya. Pada Jumaat lalu, Azlan mengejutkan banyak pihak apabila mengadakan satu sidang media khas mendakwa kes Fitnah Liwat II membabitkan anaknya terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu konspirasi pihak tertentu. Beliau turut mendedahkan beberapa nama termasuk seorang pegawai khas kepada pemimpin tertinggi negara yang didakwanya sebagai dalang kepada konspirasi untuk memusnahkan karier Anwar. Harakahdaily/- | ||
R&R Sungai Perak ditutup sementara Rabu, Khamis ini Posted: 10 Mar 2013 11:05 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR 11 Mac - Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak di Lebuhraya Utara-Selatan di KM249.3 akan ditutup sementara di kedua-dua arah bagi membolehkan kerja-kerja penyenggaraan. Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus) dalam satu kenyataan di sini hari ini, memaklumkan R&R Sungai Perak arah selatan akan ditutup pada 13 Mac manakala R&R Sungai Perak arah utara ditutup pada 14 Mac. Penutupan adalah dari 8 pagi hingga 5 petang dan R&R terbabit akan kembali beroperasi selepas tempoh itu, menurut kenyataan berkenaan. Menurut kenyataan itu, sepanjang penutupan berkenaan hanya stesen minyak akan beroperasi manakala kemudahan awam lain termasuk gerai ditutup. Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Plusline di talian 1-800-88-0000. - BERNAMA | ||
Gred Gaji Polis, Tentera Dinaikkan Posted: 10 Mar 2013 10:59 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - PUTRAJAYA: Kerajaan menaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau berkata penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkata Tentera Malaysia (ATM). Sebagai contoh, gaji koperal ATM dan PDRM yang dahulunya dalam kelompok gred jawatan atau gred gaji 17 kini disetarakan dengan gred 22 perkhidmatan awam am | ||
Posted: 10 Mar 2013 10:54 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu yang juga Timbalan Speaker DUN Melaka Datuk Idderis Kassim (Gambar) meninggal dunia akibat barah usus di Hospital Putra di Melaka kira-kira 6.50 petang ini. Allahyarham Idderis, 66, meninggalkan isteri Datin Rohani Yunus dan dua anak lelaki Zamran dan Zulkarnain. Zamran, 39, ketika ditemui pemberita berkata bapanya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 19 Feb lepas. "Arwah menghidap penyakit barah sejak 2011 dan keadaannya bertambah kritikal kira-kira 4.30 petang tadi sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor di hadapan seluruh ahli keluarga," katanya. Beliau berkata jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ayer Limau pada 11 pagi esok. Katanya Allahyarham Idderis sempat menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi DUN Lendu menjelang sambutan Tahun Baharu Cina sebelum dimasukkan ke hospital berkenaan. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai guru besar di Sekolah Agama Ayer Limau pada 1970 dan mengembangkan kerjayanya dalam bidang pendidikan sebagai Ketua Unit Pengurusan Sekolah-sekolah Jabatan Agama Islam Melaka sebelum bersara pada 2003. Beliau juga terkenal sebagai penceramah yang sentiasa menjalankan aktiviti dakwah di surau serta masjid di negeri itu dan menceburi bidang politik sejak 1970-an. Pada pilihan raya umum ke-12, Allahyarham Idderis yang mewakili Barisan Nasional menewaskan calon PAS Mohd Amir Yaakub dengan majoriti 1,633 undi. - Bernama | ||
Bapa Saiful serah borang sertai PKR Posted: 10 Mar 2013 10:51 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk menjadi ahli di sekretariat parti tersebut di Petaling Jaya hari ini. Anak lelakinya Saiful sebelum ini meraih populariti selepas mendakwa diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ketua pembangkang dibebaskan daripada tuduhan berkenaan pada Januari tahun lalu. Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR selepas menyerahkan borang itu, Azlan berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PKR dan kini akan menyertai parti itu bawah pimpinan Anwar. Azlan dalam kenyataannya dua hari lalu mendakwa anaknya Saiful Bukhari dipergunakan oleh "seseorang dalam pejabat perdana menteri" untuk memburuk-burukkan Anwar. Malaysiakini/- | ||
PAS dan Pakatan Rakyat Mendapat Sambutan Diluar Jangkaan Di Parlimen Sibuti Posted: 10 Mar 2013 10:38 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - SIBUTI – Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu @ Mat Sabu di Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat berbagai kaum di Sarawak. Pada sebelah pagi sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Hj Mat Sabu telah merasmikan jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kpg Sepupuk, Niah. Kedatangan Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat disambut dengan tarian tradisional masyarakat tempatan. Inilah pertama kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar jangkaan dimana lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari berbagai kaum yang berada di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan moral kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjayakan program PAS di kawasan Niah. Diantara yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden PAS ialah timbalan pesuruhjaya iii PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri, Robby Tandang Pemuda PAS Sibuti, YB Baru Bian pengerusi Keadilan Sarawak, Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, YB Alan Ling DAP Miri dan lain-lain pemimpin dari Pakatan Rakyat turut serta memberi ucapan. Antara ucapan Hj Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk Sulu yang berakhir dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru ini, Hj Mat Sabu meminta kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian tersebut dengan mengeluarkan kertas putih. Hj Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani menukarkan kerajaan kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan. Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam kemiskinan maka inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan yang lebih baik dan adil untuk semua dalam PRU13 nanti. Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat baru kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Kerjasama PAS, DAP serta Keadilan amat diperlukan untuk menawan Putrajaya, sebarang perselisihan faham harus diatasi secara berhikmah dan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebahkan kepada orang ramai untuk mengelak salah faham dan isu ini akan di eksploitasi oleh pihak BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengatasinya dengan baik. Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti. In Shaa Allah Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | ||
Mohamad Sabu disambut luar biasa di Sibuti Posted: 10 Mar 2013 10:20 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (Sambutan untuk Mohamad Sabu di Sibuti dari masyarakat pelbagai kaum) SIBUTI (Miri): Kunjungan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohammad Sabu ke Miri dan Sibuti baru-baru ini mendapat sambutan hangat dari masyarakat berbagai kaum di Sarawak. Pada sebelah pagi Sabtu yang lalu, rombongan PAS Miri bersama Mat Sabu telah merasmikan jentera Pilihanraya PAS kawasan Sibuti di kampong Sepupuk, Niah. Kedatangan Mat Sabu serta pimpinan dari Pakatan Rakyat disambut dengan tarian tradisional masyarakat tempatan. Inilah pertama kali dalam sejarah PAS Sarawak mendapat sambutan diluar jangkaan dimana lebih dari seribu orang penduduk tempatan dari berbagai kaum yang berada di sekitar kawasan Sibuti memberi sokongan moral kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menjayakan program PAS di kawasan Niah. Diantara yang hadir pada majlis tersebut selain dari timbalan presiden PAS ialah timbalan pesuruhjaya PAS Sarawak merangkap YDP PAS Miri, Jofri Jaraiee, Robby Tandang Pemuda PAS Sibuti, Baru Bian pengerusi PKR Sarawak, Dr Micheal Teo Ketua cabang PKR Miri, Alan Ling DAP Miri dan lain-lain pemimpin dari Pakatan Rakyat. Antara ucapan Mat Sabu ialah mengenai janji Umno dengan penduduk Sulu yang berakhir dengan penceroboh di Lahad Datu Sabah baru-baru ini. Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan pusat menyiasat sepenuhnya kejadian tersebut dengan mengeluarkan kertas putih. Mat Sabu juga mengingatkan penduduk tempatan supaya berani menukarkan kerajaan kerana selama ini rakyat Sarawak hidup dalam kemiskinan sedangkan pemimpin mereka hidup dalam kemewahan. "Sarawak kaya dengan hasil bumi tetapi mengapa rakyat hidup dalam kemiskinan maka inilah tiba masanya rakyat Sarawak menukar kerajaan yang lebih baik dan adil untuk semua dalam PRU13 nanti," katanya. "Semoga dengan kedatangan Hj Mat Sabu ke Sibuti akan memberi semangat baru kepada gerak kerja PAS Sarawak untuk berusaha lebih kuat lagi dan sistematik untuk menawan kerusi parlimen di Sarawak dalam PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi," kata Jofri Jaraiee kepada Harakahdaily. Katanya, kerjasama PAS, DAP serta Keadilan amat diperlukan untuk menawan Putrajaya. "Sebarang perselisihan faham harus diatasi secara berhikmah dan diselesaikan secara dalaman tanpa perlu dihebahkan kepada orang ramai untuk mengelak salah faham dan isu ini akan di eksploitasi oleh pihak BN sekiranya Pakatan Rakyat gagal mengatasinya dengan baik. "Semoga Pakatan Rakyat berjaya dalam misinya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti. Insya Allah," katanya. harakahdaily/- | ||
Posted: 10 Mar 2013 09:56 PM PDT Lahad Datu: Kasih mendalam terhadap anak mendorong seorang lelaki nekad menyorong anak lelakinya yang lumpuh di atas kereta sorong sejauh lima kilometer dari rumah mereka di Kampung Tanjung Labian untuk mendapat perlindungan di Dewan Embara Budi, Felda Sahabat, di sini, semalam. Afat Zaid, 40, ditemui bersama 15 penduduk sekampung ketika dalam perjalanan ke dewan yang menjadi pusat pemindahan itu selepas seminggu mereka bersembunyi dalam rumah masing-masing. Afat berkata, sepanjang tempoh seminggu lalu, nyawa dia dan semua penduduk kampung terbabit bagaikan telur di hujung tanduk kerana mereka terperangkap di tengah kawasan pertempuran antara pasukan keselamatan dengan pengganas Sulu. "Hari ini (semalam) baru kami boleh keluar untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. Walaupun susah kerana terpaksa membawa anak yang lumpuh menggunakan kereta sorong untuk ke pusat pemindahan, saya tiada pilihan lain. PENDUDUK Tanjung Labian tiba di tempat selamat di Fajar Harapan. "Kalau lebih lama tinggal dalam rumah kemungkinan kami mati kelaparan," katanya sambil membetulkan kedudukan anaknya, Al Basir, 12, yang lumpuh seluruh badan dan hanya mampu berbaring di atas kereta sorong. sinar/- | ||
TG Nik Aziz: Kebenaran Akan Terserlah Dengan Sendiri Posted: 10 Mar 2013 08:47 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur apabila kebenaran terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini difitnah sebagai 'peliwat' semakin jelas kebenarannya. Malah dia turut berkata, sebarang pendustaan tidak akan kekal lama, tiba waktu kebenarannya akan terdedah dengan sendiri. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung ayah Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, yang mendakwa anaknya itu diperalat oleh pihak tertentu kelmarin. Azlan pada sidang medianya berkata anaknya itu diperalatkan oleh pihak terbabit dan konspirasi politik untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Tuan Guru berkata demikian ketika ditemui pada majlis Himpunan Vateran 2013 di Perkarangan Infra Quest, Jalan Datuk Lundang, dekat sini. Sambil melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga, Tuan Guru berkata walau selicik mana sekalipun sesaorang merangka plan tertentu, namun kebenarannya pasti akan terbongkar suatu hari nanti. Beliau juga turut menolak dan tidak percaya dakwaan yang mengatakan Anwar membayar kepada ayah Shaiful, sesuatu yang tidak mungkin. "Dia (Anwar) mana ada duit, sebanyak-banyak duit Anwar Ibrahimpun, banyak lagi duit menteri atau Perdana Menteri,"ujarnya. Dengan pendedahan itu, katanya diharapkan nama baik Ketua Umum PKR itu semakin baik dan rakyat juga semakin sedar tentang pembohongan yang dibuat pihak tertentu sebelum ini. "Semoga dengan fitnah yang menimpa dirinya (Anwar) sebagai penghapus dosa dirinya yang pernah bersekongkol dengan Umno dan BN sebelum ini,"ujarnya. Terdahulu beliau beramah mesra dengan 500 orang veteran PAS dalam Parlimen Kota Bharu. | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:37 PM PDT Jempol: Seorang bapa dan bayi lelakinya berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback yang dinaiki bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Besar FELDA Palong 1, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian menyayat hati kira-kira jam 8.15 malam itu, pemandu kereta, Norshah Rizan Nordin, 32, mati akibat kecederaan parah ketika dirawat di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah jam 2.45 pagi semalam, manakala anaknya, Muhamad Danish Farhan dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan di Klinik Kesihatan Gemas sejurus kemalangan. Norshah Rizan bersama lima anggota keluarganya dikatakan baru pulang dari membeli barangan keperluan di Pekan Gemas dan lebih pilu ketulan ayam goreng serta bebola ikan bertaburan dengan darah di dalam kereta itu. Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, dua penumpang kereta parah iaitu bapa Norshah Rizan iaitu Nordin Sidek, 59, yang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), manakala ibunya, Sawiyah Tompang, 59, menerima rawatan di Hospital Segamat. KERETA mangsa remuk teruk dalam nahas meragut dua nyawa, malam kelmarin. "Turut menerima rawatan di Hospital Segamat ialah isteri Norshah Rizan iaitu Nor Aini Atan berusia 27 tahun dan anak pertama mereka, Muhamad Danish Irfan, 4. metro/- | ||
Si Saiful Yang Malang - Hanya 8% Menyokongnya Posted: 10 Mar 2013 08:35 PM PDT 28 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Di dalam satu bancian yang dikendalikan oleh akhbar Sinar Harian yang bertanyakan mengenai keyakinan pembaca terhadap pendirian samada Saiful atau ayahnya Azlan, didapati lebih 90% pembaca memilih untuk berpihak kepada Azlan. Daripada sejumlah 2258 orang yang menyertai Bancian tersebut, 2070 (92%) orang telah memilih Azlan dan cuma 188 (8%) memilih Saiful. Berikut ialah soalan yang ditanyakan di dalam bancian trersebut. Saiful sebelum ini telah menuduh bapanya, yang telah mendedahkan anaknya itu dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu. Berikut ialah kenyataan penuh bapa Saiful Bukari, iaitu Azlan Mohd Lazim.
klik untuk baca | ||
Posted: 10 Mar 2013 08:00 PM PDT LAHAD DATU – Terus bersembunyi kerana tiada tempat mahu lari. Begitulah keadaan pengganas Sultan Sulu yang semakin tertekan apabila pasukan keselamatan mengetatkan lagi kawalan di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu di sini yang menjadi kubu kuat mereka sebelum ini. Dengan misi untuk memusnahkan kesemua pengganas yang semakin lemah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendapat sokongan moral dan penambahan kekuatan sejak wilayah Sabah diceroboh pada 12 Februari lalu. Berdasarkan semangat kerjasama tersebut, penggeledahan dan pemburuan pengganas di kedua-dua kampung yang terletak tujuh kilometer antara satu sama lain terus dipertingkatkan. Keluasan kawasan yang dikuasai pasukan keselamatan di Lahad Datu ialah kira-kira 10 kilometer persegi. Pasukan keselamatan juga telah meletakkan 20 buah kapal di perairan Sabah dan menghantar tujuh batalion tentera. Selain Lahad Datu, pasukan keselamatan turut menguasai kawasan Semporna, Kunak, Tawau dan Sandakan. Bermula dengan serangan udara secara besar-besaran pada 5 Mac lalu, pasukan keselamatan terlebih dahulu menggempur kubu pengganas di Kampung Tanduo. Ekoran serangan itu, sebahagian daripada puak pengganas dipercayai melarikan diri ke Kampung Tanjung Batu. Panglima ATM, Tan Sri Jeneral Zulkifeli Mohd. Zin berkata, mengikut maklumat, saki-baki kumpulan pengganas yang dipercayai tinggal 100 orang itu sudah dikepung dan diyakini sukar melarikan diri. Kosmo | ||
Pelarian Rohingya ditemui kebulur Posted: 10 Mar 2013 07:30 PM PDT GEORGE TOWN – Seramai 126 pelarian Rohingya ditemui dalam keadaan tidak bermaya setelah kapal yang dinaiki mengalami kebocoran di kedudukan 2.5 batu nautika dari Muka Head Teluk Bahang di sini kelmarin. Kesemua mereka terdiri daripada 51 lelaki, 35 wanita dan 40 kanak-kanak serta bayi berusia dalam lingkungan dua bulan hingga 50-an dijumpai oleh nelayan pantai kira-kira pukul 2 petang. Mereka dikatakan terputus bekalan makanan dan minuman sejak tiga hari lalu berikutan stok yang dibawa dalam pelayaran selama 25 hari habis. Difahamkan, kehadiran mereka ke negara ini adalah bagi mendapatkan pekerjaan dan perlindungan. Ketua Penguat Kuasa Maritim Wilayah Utara, Laksamana Pertama Maritim, Tan Kok Kwee berkata, penemuan pelarian Rohingya dimaklumkan oleh kru Bot Kilat selepas menerima maklumat mengenai kehadiran sebuah kapal yang diubah suai berada dalam keadaan mencurigakan. Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati, kapal yang melebihi muatan itu telah kehabisan minyak, makanan dan minuman. sinar/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2013 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan