Isnin, 11 Mac 2013

.

.


Dr M disambut bukan dengan balingan batu

Posted: 11 Mar 2013 02:00 AM PDT

 




(Adun Meru Dr Rani Osman menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir yang datang ke Meru)

KELANG: KELANG: Walaupun tidak setuju dengan pandangan dan sikapnya, namun kedatangan Tun Dr Mahathir Mohamad ke kawasannya disambut sebagai tetamu oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman.

Mahathir yang datang berkunjung ke kawasan DUN beliau iaitu Meru disambut dengan penuh hormat oleh Dr Rani sebagai tetamu yang bertandang.

"Bukan dengan balingan batu atau simbahan cat seperti yang biasa Umno lakukan," kata laman facebook Dewan PAS yang mungkin geram dengan sambutan yang diberikan oleh sesetengah pemimpin Umno ke atas kunjungan pemimpin Pakatan Rakyat ke kawasan mereka.

Selain menunggu kedatangan Mahathir yang sering mencerca PAS itu, sebuah kain rentang dibuat oleh Dr Rani untuk mengalu-alukan kedatangan Mahathir itu.

"Dr memang terbaik....harap jadi contoh dan teladan pada YB2 yang lain terutama yang sebelah sana tu. Salute sekali lagi YB," tulis Hanif Nep dalam komennya terhadap sikap yang diambil Dr Rani itu.

Syahid Rahim Adib Hamdan pula dalam komennya berkata, "macam ni laa kan sikap orang-orang PR. Bukan macam orang tu, baling batu, dapat RM20."

Mohammad Zulkanain Haron pula menulis, "Di Melaka Ketua Menteri Umno sambut Anwar pakai batu...... jangan ikut cara Umno berpolitik, ini cara zaman kuno, yang tak bertemadun. Syabas Dr Rani kerana menunjukan keperibadian yang sangat di tuntut oleh ISlam........ Takbirrr.


Air S'gor: Khalid sedia dedah surat Peter Chin

Posted: 10 Mar 2013 09:14 PM PDT

Harakahdaily,11 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri bersedia mendedahkan surat menyurat antara Kerajaan Negeri dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebagai tatapan kepada semua rakyat di Selangor.

Selangorku melaporkan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan melakukan perkara terbabit dengan tertib dan bertanggungjawab melalui iklan di surat khabar.

Katanya, perkara itu akan dilakukan tidak lama lagi selepas Peter dikatakan berdolak dalik dalam isu penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Peter sebelum ini mendakwa Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sepatutnya mendapatkan persetujuan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) terlebih dahulu dalam membuat tawaran mengambil alih empat syarikat konsesi.

Peter berkata tindakan KDEB yang tidak berbincang terlebih dahulu dengan PAAB sebelum mengaitkan PAAB dalam tawaran itu adalah tidak munasabah.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata dalam surat maklum balas yang dihantar oleh Menteri (Peter) itu memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan mengalu-alukan usaha KDEB untuk membuat tawaran pengambilalihan itu.

"Saya harap Peter tidak berdolak dalik kerana kita sudah tulis surat kepada beliau dan memberitahu proses ini perlu mendapatkan kelulusan Kerajaan Persekutuan.

"Kalau beliau tidak jawab maknanya beliau bersedia untuk beri kelulusan itu dan jika beliau tidak beri kelulusan, saya akan bawa rakyat Selangor berjumpa dengan beliau serta soalkan kepada beliau kenapa kelulusan tidak boleh diberi.

"Beliau seorang peguam, tidak boleh berdolak dalik dalam percakapan beliau, saya malu bagi pihak beliau kerana beliau bukan orang Selangor, beliau orang Sarawak, jangan malukan orang Sarawak..bahawa ada orang Sarawak yang tidak mahu membantu dalam usaha pembangunan rakyat. Boleh jadi di Sarawak buat macam itu tetapi di Selangor tidak boleh.

"Saya akan keluarkan surat-surat itu dan saya akan lakukan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab. Saya akan beli iklan di surat khabar sebab saya tahu surat khabar tidak akan tulis perkara ini, lebih baik saya beli iklan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Himpunan Perangsang Bersama Rakyat di Dataran Jaya Setia, semalam.

Pada 20 Februari tahun ini, KDEB membuat tawaran berjumlah RM9.65 bilion untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Puncak Niaga (M)Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS).
Sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/17323-air-sgor-khalid-sedia-dedah-surat-peter-chin

Tiada ulasan:

Nuffnang