Isnin, 18 Februari 2013

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


DAP BERTANDING 50 KERUSI PARLIMEN BOLEH JADI PM?

Posted: 18 Feb 2013 04:41 PM PST

 "Tidak ada apa yang kita perlu takut dengan DAP ini. Saya boleh bercakap dari segi objektifnya, DAP ini bertanding pun tidak sampai 50 kerusi parlimen. Jadi apa yang perlu kita takutkan dengan DAP?  Sebenarnya momokan itu datangnya daripada propaganda BN, Cina akan jadi PM, DAP akan jadi menteri besar. Itu sebenarnya fakta yang tidak ada asas sama sekali" tegas Naib Presiden PAS.


Pemimpin Pas kena berani, kata Salahuddin


SALMIAH/ sinar harian online
18 Februari 2013


SHAH ALAM - Pemimpin-pemimpin Pas perlu berani tampil bagi menjelaskan  kerjasama politik parti itu dengan DAP dan PKR tidak bertunjangkan kepada cita-cita politik semata-mata -  memperoleh kemenangan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, pemimpin parti itu tidak perlu takut untuk menjawab apabila timbul dakwaan dan persepsi kononnya Pas sudah tersasar daripada landasan perjuangannya serta menjadi kuda tunggangan DAP dan mahu terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Tidak ada apa yang kita perlu takut dengan DAP ini. Saya boleh bercakap dari segi objektifnya, DAP ini bertanding pun tidak sampai 50 kerusi parlimen. Jadi apa yang perlu kita takutkan dengan DAP?

"Sebenarnya momokan itu datangnya daripada propaganda BN, Cina akan jadi PM, DAP akan jadi menteri besar. Itu sebenarnya fakta yang tidak ada asas sama sekali," katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian Online.

Mengakui begitulah cara Umno dan medianya berfungsi dalam menjatuhkan seteru politik mereka, Salahuddin mahu pemimpin Pas lebih bersikap terbuka dan proaktif dengan menerangkan kepada rakyat akan situasi sebenar dalam perikatan itu.

"Saya rasa, kita harus tampil menerangkan kepada masyarakat, tidak ada apa yang mereka perlu ditakutkan dengan DAP ini," katanya yang akan bertanding di Johor pada PRU13.

Bahkan perlu diingat katanya, Pas sama sekali tidak pernah menggadai prinsipnya apatah lagi jika ia melibatkan Melayu dan Islam.

"Tidak ada apa yang perlu dibimbangkan. Kita tidak gadai dasar Islam kita. Kita tidak tinggal prinsip-prinsip asas tentang moral, akhlak, tentang apa sahaja yang menjadi pegangan Pas selama ini," ujar Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sebaliknya, kata Salahuddin, Pas pada hari ini bersama-sama dengan rakannya dalam Pakatan Rakyat telah pergi ke suatu dimensi yang lebih luas bagi menyediakan kehidupan jauh lebih selesa kepada rakyat.

"Kita tidak terikat kepada sentimen perkauman, Pas tidak duduk dalam kelompoknya sendiri pada hari ini. Tetapi kita telah mula keluar, kita telah mencipta satu platform yang lebih luas. Kita hari ini sudah bercakap tentang negara," kata Salahuddin.

Malah katanya, Pas terus mendapat dokongan daripada masyarakat khususnya Melayu berdasarkan kepada penyertaan dan komitmen ahlinya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti yang ditonjolkan dalam Himpunan Perdana Ummah bersama Pas dua minggu lalu.

"Ini membuktikan bahawa kelompok-kelompok teras Melayu itu terus memberi dokongan kepada Pas. Tidak timbul isu Pas ini ditinggalkan oleh penyokong tegar mereka kerana tuduhan-tuduhan yang dilemparkan ke atas Pas, tidak benar sama sekali," tegasnya lagi.

Pada majlis itu, lebih 200 ahli baru Pas dari pelbagai latar belakang menyertai himpunan tersebut yang diadakan di sebuah hotel di Ampang dekat ibu negara.

Mereka berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan Pas bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.

Mengulas mengenai penegasan daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sama sekali tidak akan mengulangi kerjasama politiknya dengan Umno, adakah itu bermakna Pas menolak perpaduan ummah, Salahuddin berkata, "tidak timbul pula satu teori yang mengatakan hanya bersama Umno sahajalah maknanya boleh membuktikan kita berpadu."

"Tidak betul sekiranya ada yang mendakwa begitu," katanya.

Tambah beliau, isu perpecahan ummah seperti satu kariah dua imam, suami isteri bercerai kerana perbezaan fahaman politik hanyalah kes terpencil yang berlaku di negara ini.

"Sebenarnya tidak pernah berlaku perpecahan ummah. Yang berlaku hanya perbezaan pandangan politik.
"Ummah khususnya orang Melayu pada hari ini tidak pernah berpecah memutuskan silaturrahim.

"Pas tidak memusuhi orang Melayu, kita hanya berlawan dengan Umno sebagai parti politik tetapi apa yang menjadi kekuatan Melayu, asas perjuangan Islam, tetap kita perjuangkan bersama," tegasnya lagi.

Pas pernah bersama Umno di tahun 70-an dan menubuhkan kerajaan bersama BN. Hubungan itu retak pada tahun 1978.

Pas juga pernah mengadakan tahaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat 46 (S46). Parti S46 pula mengadakan kerjasama dengan DAP. Parti ini tidak ada lagi dan gagasan yang dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah yang menggabungkan Pas, Parti Melayu Semangat-46, Berjasa dan Hamim sudah tamat.

Akhirnya Pas mengadakan tahaluf siyasi bersama PKR diikuti dengan DAP sejak PRU12.

Tiada ulasan:

Nuffnang