. |
Pas tidak akan gadai prinsip Islam dan orang Melayu Posted: 18 Feb 2013 12:10 AM PST 18 Februari 2013 SHAH ALAM – Pas tidak akan sesekali menggadaikan prinsip Islam dan orang Melayu dalam kerjasama yang dibentuk melalui Pakatan Rakyat (PR). Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu bersedia menarik diri dari PR sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP gagal memperjuangkan Islam dan Melayu, seperti yang ditegaskan Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dalam ucapannya di Kuala Terengganu, kelmarin. "Kenyataan Hadi menunjukkan keyakinan Pas yang tidak akan menggadaikan hak istimewa Islam dan orang Melayu seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian antara semua parti PR. Selain itu, kita juga bersetuju u |
Pas mungkin keluar pakatan pembangkang? Posted: 18 Feb 2013 12:08 AM PST KUALA TERENGGANU 16 Feb. - Dalam usaha meredakan kemarahan ahli dan penyokong Pas berikutan isu kalimah Allah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat bermain politik apabila menegaskan parti itu tidak teragak-agak keluar daripada pakatan pembangkang jika kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) merugikan Islam. Ketika menyampaikan ucapan di Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas Ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong, dekat sini hari ini, Presiden Pas itu berkata, selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan. "Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi," katanya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130217/po_02/Pas-mungkin-keluar-pakatan-pembangkang#ixzz2L5joDp5G © Utusan Melayu (M) Bhd |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan