Selasa, 19 Februari 2013

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


Prakata dalam Terbitan Lembaga Rayuan Pulau Pinang

Posted: 18 Feb 2013 09:48 PM PST

Jilid Terbitan Kes Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang ini merupakan satu usaha yang penting. Kes-kes yang telah diputuskan di Lembaga Rayuan sejak 1990an dijilidkan dan diterbitkan untuk tatapan orang ramai. Terbitan ini bukan sahaja akan menjadi bahan rujukan kepada pengamal undang-undang, ahli akademik dan juga memberi manfaat kepada profesional yang terlibat dalam perancangan. Ratio decidendi dalam keputusan ini akan menjadi panduan kepada orang ramai bagaimana sesuatu keputusan Lembaga Rayuan dicapai berasaskan undang-undang dan fakta.

Lembaga Rayuan di Pulau Pinang adalah antara Lembaga Rayuan yang aktif di Malaysia. Ini sejajar dengan kedudukan Pulau Pinang sebagai satu negeri yang pesat dalam pembangunan. Negeri Pulau Pinang juga mempunyai kumpulan aktivis serta individu yang aktif dalam memberi pandangan kepada authoriti dari segi isu-isu pembangunan dan perancangan. Ini merupakan petanda yang positif memandangkan kayu pengukur kejayaan sesebuah negeri bukan hanya bergantung kepada kepesatan pembangunan tetapi juga tahap penyertaan orang ramai dalam hal-ehwal awam.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada persidangan November 2011 telah meluluskan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat Negeri Pulau Pinang. Ini merupakan satu perundangan yang penting memandangkan halatuju pentadbiran Negeri Pulau Pinang ialah supaya ketelusan dari segi pentadbiran Kerajaan Negeri dapat dipertingkatkan. Ini sejajar dengan Prinsip Competency, Accountability dan Transparency yang dipelopori oleh Kerajaan Negeri.

Maka, usaha Terbitan Kes Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang mulai dari volume 1 dan 2 untuk keputusan tahun 1991 dan 1992 ini ejajar dengan halatuju ketelusan maklumat yang dipelopori.

Ini juga merupakan satu usaha berterusan untuk memartabatkan Lembaga Rayuan di Pulau Pinang sebagai satu entiti yang berwibawa dan berkecuali. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan Terbitan Kes Lembaga Rayuan Negeri Pulau Pinang.


YB Wong Hon Wai
Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan Negeri Pulau Pinang
(Perancang Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian)

Tiada ulasan:

Nuffnang