:: cina islam | 2011 :: |
- Pejabat PM tekan forum politik UM dibatal
- Berikan Hak Kerakyatan Kepada Penduduk Asal Sarawak
- Bayi mati selepas 'dipulau' 10 hospital
- Pembantu rumah dera bayi dipenjara 20 tahun
- Deepak Minta Mahathir Bagitahu Najib Jangan Gigit Tangan Yang Suapnya
- Perhatian: Tolong 'share' dan sebarkan
- PRU13: SPRM seolah-olah beri laluan beli undi
- Patah leher dihempap jentera
- Air mata peragut
- Aliran wang haram: M’sia kedua tertinggi di dunia
- Pengerang: Air bertakung, binatang liar di kubur baru
- Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang
- Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi
- Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb
- Penduduk Gaza belajar kuasai bahasa musuh
- Paip minyak utama Iraq kena bom
- Beruang, kuda mati diracun
- Takdir pujuk bekas isteri
- Tak mustahil PR tawan Perlis
- KABEL PUTUS NYAWA TERCABUT
- Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat
- Rosman Lancar Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia , Bantu juga anak Altantuya !
- R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah
Pejabat PM tekan forum politik UM dibatal Posted: 19 Feb 2013 12:33 AM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - (Prof Ridhuan membentangkan hasil kajiannya salam seminar pilihan raya di UM pagi ini) KUALA LUMPUR: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), terpaksa membatalkan forum politik anjurannya petang ini akibat arahan dari Pejabat Perdana Menteri dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Bagaimana, Pengarah Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman berkata, arahan untuk membatalkan seminar ini tidak boleh diterima oleh pihaknya sebagai penganjur. Oleh itu, forum yang disertai oleh pemimpin media alternatif iaitu dari Harakahdaily, Malaysiakini dan Sinar Harian diteruskan pagi tadi. Namun forum yang sepatutnya disertai oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifudin Abdullah dan anggota Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan dibatalkan. Mereka digantikan oleh beberapa ahli akademik petang ini. "Apabila saya maklukan kepada Nurul Izzah, dia bertanya bolehkah beliau datang, saya kata dia bebas untuk datang," kata Prof Ridhuan ketika memberikan ucapan pembukaan di Dewan Kuliah B, Fakulti Sastera hari ini. Sejak semalam pelbagai maklumat tersebar kononnya program perbincangan ilmiah ini dibatalkan. Ridhuan berkata, sebaik saja balik dari luar negara, pelbagai pesanan diterima beliau agar seminar pilihan raya ini dibatalkan termasuk dari Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Secara berseloroh Ridhuan berkata, sebelum ini nama Profesor Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menjadi sasaran di samping Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin. "Ada orang kata, selepas mereka, saya pula menjadi sasaran sekarang," katanya. Sehubungan itu, beliau kata, seminar sebegini hanya boleh diikuti di Universiti Malaya sahaja sekarang ini. harakah/- | ||
Berikan Hak Kerakyatan Kepada Penduduk Asal Sarawak Posted: 19 Feb 2013 12:32 AM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Baru-baru ini rombongan PAS, PKR dan DAP bersama-sama dengan penduduk asal Sarawak telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Miri menuntut agar mereka diberi taraf kerakyatan yang sah sebagai warganegara Malaysia. Rombongan PAS diwakili oleh Robby Tandang Ketua Pemuda PAS Sibuti, bersama dengan Dr Teo dari PKR dan YB Alan Ling dari DAP. Mereka telah berjumpa dengan pegawai JPN Miri ingin tahu masalah sebenar yang dihadapi oleh pribumi yang tidak boleh mempunyai kad pengenalan / MyKad. Menurut para pegawai tersebut semua keputusan bergantung dengan Kementerian Dalam Negeri, kerana mereka yang berkuasa untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan. Sebelum ini kami juga menerima banyak aduan dari penduduk asal di kawasan parlimen Sibuti yang mereka tidak memiliki kad pengenalan dan juga tidak memiliki surat beranak. Mereka sudah banyak kali mengadu masalah ini kepada pihak JPN di Miri tetapi sehingga kini tiada jawaban yang diberi mengapa mereka masih belum lagi dapat memiliki Mykad. Mereka juga kesal dengan sikap pihak JPN yang tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegara Malaysia sedangkan mereka adalah penduduk asal bukannya pendatang asing. Menurut mereka pemohonan ditolak dengan alasan mereka tidak memiliki dokumen yang lengkap serta tiada surat beranak walaupun ada diantara mereka ini sudah mendapat pengesahan dari Tuai Rumah yang mereka adalah penduduk asal di kawasan tempat mereka tinggal. Disebabkan mereka tidak mempunyai kad pengenalan, mereka terus terpinggir dan nasib mereka lebih teruk dari pendatang tanpa izin. Mereka tidak mendapat bantuan kebajikan, BR1M dan bantuan persekolahan. Anak-anak mereka tidak dapat bersekolah dan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat universiti akibat tiada kad pengenalan. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri. Ia bertanggungjawab dalam urusan mendaftar setiap individu seperti maklumat kelahiran, kematian, pengangkatan, perkahwinan dan perceraian. Di samping itu JPN juga bertanggungjawab dalam menentukan taraf kewarganegaraan dan seterusnya mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada mereka yang layak. Sepatutnya JPN yang bertanggungjawab dalam urusan pendaftaran orang awam, turun padang berjumpa dengan rakyat tempatan yang masih belum memiliki kad pengenalan dan surat beranak terutama sekali penduduk tempatan yang tinggal jauh di pedalaman. Ada beberapa sebab kenapa ramai penduduk asal Sarawak terlalu sukar untuk mendaftar dan memiliki surat beranak kerana faktor jalan penghubungan sukar ditembusi serta kos pengangkutan yang mahal terutama sekali yang tinggal jauh di pedalaman. Setelah sekian lama mereka menanti, mereka berharap pemohonan mereka untuk memiliki kad pengenalan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri demi masa depan mereka dan anak cucu mereka. Kami mengesa agar pihak Kementerian Dalam Negeri yang berkuasa dalam memberi dan mengeluarkan dokumen identiti individu dalam bentuk kad pengenalan kepada penduduk asal Sarawak. Jangan biarkan penduduk asal Sarawak hak mereka diceroboh dan terus terpinggir dari arus pembangunan kerana mereka adalah penduduk asal yang sepatutnya diberi hak sebagai warganegara yang sah bukannya pendatang asing. Kita mengesa agar pihak kerajaan jangan pilih bulu dalam mengatasi masalah rakyat ini. Kita harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segera dan kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat dihargai. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | ||
Bayi mati selepas 'dipulau' 10 hospital Posted: 19 Feb 2013 12:21 AM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - JAKARTA, Indonesia - Seorang bayi berusia seminggu meninggal dunia akibat masalah pernafasan selepas 10 buah hospital di sini enggan merawatnya, kata bapa bayi tersebut semalam. Elias Setya Nugroho yang bekerja sebagai penjaja berkata, dia tidak mampu membayar caj yang dikenakan oleh sebahagian hospital berkenaan untuk merawat bayinya. Bayi tersebut, Dera Nur Anggraini dilahirkan tidak cukup bulan bersama saudara kembarnya, Dara pada 10 Februari lalu. Dera turut mengalami kecacatan tekak yang menghalang pernafasannya. Menurut lelaki tersebut, keluarganya cuba mendapatkan rawatan tetapi ditolak oleh pihak pengurusan 10 buah hospital. Sebahagian mereka memberikan alasan tidak memiliki peralatan yang diperlukan manakala sebahagian lagi mendakwa hospital mereka penuh. "Dera dikebumikan kelmarin tidak jauh dari rumah kami," kata Elias. Menurutnya, bayi itu meninggal dunia selepas dibawa kembali ke Hospital Zahira tempat dia dilahirkan di sini. Menurut Elias, hospital-hospital swasta di sini meminta bayaran pendahuluan berjumlah 15 juta rupiah (RM4,795) walaupun keluarganya memiliki kad kesihatan yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah sepertinya mendapat perkhidmatan kesihatan percuma. - AFP | ||
Pembantu rumah dera bayi dipenjara 20 tahun Posted: 19 Feb 2013 12:15 AM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu. Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia. "Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah. "Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya. Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa. Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini. Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun. Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua. Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa. Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang. Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi. Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba. Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut". Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - Bernama | ||
Deepak Minta Mahathir Bagitahu Najib Jangan Gigit Tangan Yang Suapnya Posted: 18 Feb 2013 11:58 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Ahli perniagaan Deepak Jaikishan menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir agar jangan menggigit tangan yang menyuap anda dengan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar jangan juga menggigit tangan yang merasuah anda. "Tun Mahathir meminta peneroka Felda agar bersyukur dan jangan menggigit tangan yang menyuap mereka. "Tun, tolong beri nasihat yang sama kepada (Datuk Seri) Najib dan (Datin Seri) Rosmah, yang mereka tidak sepatutnya menggigit mereka yang memberikan rasuah kepada mereka," kata Deepak bekas rakan perniagaan Rosmah hampir 10 tahun dalam kenyataannya kepada media hari ini. Beliau mengulas kenyataan Mahathir kepada peneroka Felda agar jangan sesekali melupakan jasa kerajaan kepada mereka dengan meminta mereka 'jangan menggigit tangan yang menyuap mereka. ' Deepak sebelum ini mendakwa telah memberikan puluhan juta kepada rakan perniagaannya itu melalui projek yang mereka usahakan bersama. Namun sejak kes Akuan Bersumpah P Balasubramaniam yang kedua, Deepak telah diketepikan dan diberikan pelbagai tekanan oleh rakannya. Deepak juga meminta Najib tidak melupakan rakyat yang memberikan undi kepadanya selama ini. "Juga yang memberikan undi kepada mereka kerana ia sangat berbahaya untuk berbuat demikian. "Mereka boleh jadi hilang pekerjaan dan yang lebih teruknya berakhir di (penjara) Sungai Buluh," kata Deepak dalam kenyataannya kepada media. | ||
Perhatian: Tolong 'share' dan sebarkan Posted: 18 Feb 2013 11:50 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH. Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani. Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store. Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini! Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal. Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah. Jangan abaikan...sila share Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad | ||
PRU13: SPRM seolah-olah beri laluan beli undi Posted: 18 Feb 2013 11:40 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Biarpun kempen pilihan raya umum belum bermula, Bersih 2.0 mendapati terdapat parti-parti politik yang mula melakukan kempen secara terang-terangan. Perbuatan tersebut, menurut Bersih, merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, tegas koordinatornya, Maria Chin Abdullah, hari ini. Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina, Maria berkata pihaknya menerima aduan daripada rakyat tentang surat-surat dan bendera-bendera dengan logo parti yang menggesa mereka mengundi parti dan calon tertentu. "Malah, ada yang turut menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran undi. Tindakan ini memerlukan perhatian serius daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tambah Maria, pihaknya sebelum ini mendapati salah satu salah laku yang dilaporkan kepada Bersih merupakan satu bendera parti politik dikibarkan di Jambatan Permas Jaya, Johor Bharu. Pada bendera tersebut, tegas Maria jelas kelihatan logo dan lambang parti, selain perkataan 'Undilah Barisan Nasional'. Katanya, jika bendera parti itu hanya meletakkan lambang atau logo parti semata-mata, ia tidak menjadi masalah, sebaliknya kata-kata 'undilah' itu menjurus kepada kempen pilihan raya. Maria turut menyelar kenyataan SPRM, yang disifatkannya sebagai mengelirukan pelbagai pihak. Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, itu dipetik berkata 'sekiranya motif memberi wang atau hdiah oleh clon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan'. Menurut Maria, laras bahasa akta jelas, semua perbuatan ini merupakan kesalahan, tidak kira siapa melakukannya dan siapa yang mendapat manfaat apabila perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mempengaruhi undi sesiapa. "Justeru, amatlah mengecewakan apabila SPRM seolah-olah memberi laluan percuma kepada parti-parti politik untuk membeli undi dan mengamalkan rasuah," tegas Maria. Sehubungan itu, Bersih menyeru orang ramai untuk terus menyumbangkn peranan sebagai pemantau pilihan raya bagi melaporkan segala salah laku yang dilakukan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya. Bersih 2.0, bersama Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Pusat Komas melancarkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) yang berperanan memerhati proses pilihn raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya. Bagi rakyat Malaysia yang berminat menjadi sukarelawan Pemantau, bolehlah mendaftar di www.pru13.info. harakah/- | ||
Posted: 18 Feb 2013 11:39 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Sebiji limau mandarin menjadi juadah terakhir seorang warga emas sebelum maut selepas lehernya dihempap besi pemutar jentera menuai padi di Kampung Parit Haji Dollah, Selinsing, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa, Abdul Aziz Ahmad, 59, dikatakan sedang berehat di bahagian bawah jentera berat itu sambil berbual-bual dengan dua rakan lain. Kemalangan dikatakan berlaku ketika pemandu jentera itu, Nasriq Yunos,32, sedang membaiki sistem hidraulik jentera menuai padi berkenaan yang rosak di bahagian belakangnya. Nasriq berkata, kemalangan mendadak itu berlaku sebaik bahagian besi pemutar seberat dua tan di hadapan jentera itu tiba-tiba terjatuh sebelum menghempap mangsa dan seorang lagi rakannya. "Sebaik dihempap besi berat itu, Abdul Aziz terus tidak sedarkan diri dan rakannya menjerit kesakitan meminta tolong akibat tersepit. "Kami segera memanggil orang kampung berdekatan untuk membantu mengangkat bahagian besi pemutar itu. Sebaik dialihkan, saya dapati Abdul Aziz sudah tidak lagi bernyawa," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro | ||
Posted: 18 Feb 2013 11:37 PM PST Seorang daripada dua peragut yang ditahan orang ramai dalam kejadian di Jalan Persiaran Kewajipan berhampiran sebuah pusat beli-belah di USJ 19 di sini, menangis teresak-esak sambil merayu agar dia dilepaskan. Lelaki berusia 26 tahun itu cuba menagih simpati orang ramai dengan memberi alasan dia perlu menyara isteri dan seorang anak kecil berusia setahun. Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, lelaki berkenaan bersama rakannya yang menaiki sebuah motosikal Yamaha 125Z meragut beg tangan pramugari warga Jepun dari arah belakang. Bagaimanapun, malang bagi kedua-dua peragut berkenaan apabila motosikal ditunggang mereka terbabit dalam kemalangan dan melanggar kenderaan lain ketika cuba memecut. Akibatnya, penunggang motosikal yang berusia 27 tahun cedera parah iaitu patah tangan kanan dan kaki kiri manakala pemboncengnya dilaporkan luka dan calar di bahagian lutut. Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli, kedua-dua suspek diberkas orang awam selepas terdengar jeritan mangsa yang meminta tolong. "Siasatan awal mendapati, suspek pertama iaitu penunggang motosikal berkenaan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan satu rekod dikehendaki manakala rakannya pula tiada rekod jenayah tetapi positif ujian air kencing," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan polis ke atas motosikal suspek menemui parang pendek dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah samun dan ragut. "Kedua-dua suspek berkenaan dipercayai bergiat aktif melakukan jenayah ragut dan samun di daerah ini dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti pembabitan lain," katanya. Katanya, beg tangan mangsa yang berisi RM700, telefon pintar dan dokumen perjalanan yang diragut dirampas semula. Seorang daripada suspek yang cedera dirawat di Hospital Serdang manakala rakannya ditahan di lokap Balai Polis USJ untuk siasatan lanjut selepas dibenarkan hospital. Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. metro/- | ||
Aliran wang haram: M’sia kedua tertinggi di dunia Posted: 18 Feb 2013 11:29 PM PST KUALA LUMPUR 18 Dis: Hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari Malaysia pada tahun 2010 – meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global. Badan pemantau – Global Finandial Integrity (GFI) yang berpangkalan di Washington – dalam laporan terbarunya yang menjejaki pengaliran modal berkata, tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun. GFI telah memperkenalkan kaedah baru dan lebih konservatif dalam membuat anggaran aliran keluar wang haram, yang membantu untuk memberi tumpuan ekslusif terhadap wang kotor. Oleh itu, anggaran dari laporan terdahulu telah disemak semula. Tahun lepas, GFI telah meletakkan angka aliran keluar wang haram bagi Malaysia pada tahun 2009 ialah AS$46.86 bilion (RM143.3 bilion). Ini telah diubah kepada AS$30.41 bilion (RM93 bilion). Laporan terbaru mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari AS$30.41 bilion (RM93 bilion) pada tahun 2009 kepada AS$64.38 bilion (RM196.8 bilion) pada tahun 2010. GFI belum memperolehi data untuk 2011 dan 2012, tetapi ini akan dimasukkan ke dalam laporan yang akan datang. Pemantau kewangan global itu telah memberi amaran bahawa pengaliran modal di Malaysia adalah "pada skala yang dilihat di beberapa negara Asia". Laporan GFI – 'Aliran Kewangan Haram Dari Negara Membangun: 2001-2010′ – dihasilkan bersama oleh ahli ekonomi GFI, Sarah Freitas dan Dev Kar, yang merupakan bekas ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001 hingga 2010 – Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia, selepas China dan Mexico. Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah AS$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah AS$2,740 bilion, dan Mexico, AS$476 bilion. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikai angka GFI dan memaklumkan kepada Parlimen tahun lepas angka yang lebih rendah sebanyak RM135.3 bilion bagi aliran keluar modal haram 2000-2009. Bagaimanapun, data GFI disokong oleh penyelidikan yang berbeza awal tahun ini oleh organisasi lain – Tax Justice Network yang berpangkalan di London – yang mendapati Malaysia adalah antara negara teratas di dunia dalam aliran modal. – Malaysiakini | ||
Pengerang: Air bertakung, binatang liar di kubur baru Posted: 18 Feb 2013 11:27 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Tanah perkuburan baru di Punggai berdekatan Dasaru Johor yang menempatkan mayat-mayat yang dipindahkan dari empat buah kampung didapati tidak diuruskan dengan sempurna. Bukan itu sahaja, difahamkan pengalihan kubur-kubur serta penyempurnaan semula juga didakwa tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Menurut Pengerusi Gabungan NGO Pengerang Anis Afida (gambar), jalan masuk ke kubur Punggai sehingga hari ini masih tidak ditar, bahkan kawasan kubur pula tidak dipagar dan terdedah kepada binatang liar. Sedangkan katanya, Mufti Johor turut menegaskan sebelum berlakunya pengalihan mayat-mayat kawasan kubur baru perlulah dipagar dan ditanam pokok terlebih dahulu seperti tapak kubur yang lain. "Dalam beberapa siri tinjuan, kita dapati ada kesan tapak kaki babi di kawasan kubur baru ini, bukan itu sahaja kita mendapati ada kesan korek dari binatang liar yang masuk berkeliaran di tapak itu," katanya kepada Harakahdaily. Ketika hari hujan pula katanya, air menjadi bertakung di kawasan tanah perkuburan itu akibat sistem saliran yang tidak sempurna, malah ada di antara tanah kubur baru itu mendap sehingga nampak berlubang. Anis turut melahirkan kekecewaan apabila proses pemindahan kubur dilakukan oleh pihak kontraktor yang didakwa tidak dilakukan dengan tertib dan sempurna. "Rangka mayat yang dikutip dalam kubur hanya dibunjut dalam kain putih dan dilonggokan satu tempat tidak ubah seperti angkut baja, kemudian sampai di kubur baru dikeluarkan dari kenderaan tanpa ikut amalan formal yang biasa dibuat oleh orang Islam, bahkan waris pula tidak dipanggil," katanya ketika dihubungi. Apa yang menyedihkan katanya, kubur-kubur baru sebelum ini diletakkan rapat-rapat antara satu sama lain, sehingga pihak kontraktor mengorek semula untuk memindahkan mayat dengan keluasan kubur yang munasabah. "Sedih, mayat-mayat ini dipindah berkali-kali, tanpa ada tertib yang sempurna. Mayat-mayat ini pun perlu dihormati dan mereka perlu disempurnakan dengan baik, kita ada tata tertib yang diamalkan dalam Islam. "Inilah akibatnya bila kerja-kerja pemidahan dibuat secara tergesa-gesa hingga segala prosedur dan akhlak mengurus jenazah tidak mengikut Syarak," katanya. Empat kubur terbabit di Kampung Sg Kapal, Kampung Jawa Laut, Kampung Jawa Darat, dan Kampung Sebong mula dikorek pada 21 Disember tahun lepas. Pengalihan kubur di kampung terbabit dibuat akibat tindakan kerajaan Umno-BN mahu menkalankan projek pembangunan Pusat Penapisan Petroleum di Penggerang sejak 13 Mei 2011. Projek bernilai RM170 bilion dikatakan mengancam lebih 11 kawasan tanah perkuburan Islam dengan lebih 12,000 kubur telah dan bakal dialihkan jika projek itu berterusan. harakah/- | ||
Saintis dakwa temui serpihan tahi bintang Posted: 18 Feb 2013 11:18 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - MOSCOW - Sepasukan saintis semalam mendakwa yang mereka telah menemui serpihan tahi bintang yang jatuh di Pergunungan Ural, Rusia selepas mencetuskan gelombang yang menyebabkan 1,200 orang cedera dan beribu-ribu buah rumah rosak. Batu angkasa lepas gergasi itu meluncur di langit bandar Chelyabinsk, tengah Rusia pada Jumaat lalu dengan tenaga bersamaan 30 butir bom atom yang digugurkan ke bandar Hiroshima, Jepun pada Perang Dunia Kedua. Tahi bintang tersebut meletup beberapa kilometer dari Bumi tetapi serpihan-serpihannya dipercayai bertaburan di serata rantau tersebut. Sebelum ini, sekumpulan petugas yang memeriksa sebuah tasik kecil di mana serpihan-serpihan tahi bintang itu dipercayai jatuh gagal membuat sebarang penemuan. Namun, sepasukan saintis Akademi Sains Rusia yang melakukan beberapa ujian kimia ke atas beberapa batu aneh kelmarin berkata, serpihan itu datang dari angkasa lepas. "Kami mengesahkan bahawa beberapa partikel yang ditemui oleh pasukan ekspedisi kami berhampiran Tasik Chebarkul benar-benar memiliki komposisi meteorit," kata saintis berkenaan, Viktor Grokhovsky menurut agensi berita RIA Novsosti. Universiti Persekutuan Ural tempat Grokhovsky bertugas turut menyiarkan gambar seorang lelaki memegang sebutir batu hitam kecil semalam. "Meteorit ini berasal daripada kondrit kelas biasa (angkasa lepas)," kata pihak universiti berkenaan dalam satu kenyataannya. Menurut Grokhovsky, batu itu mengandungi komposisi besi metalik selain krisalit dan sulfit. Kandungan besi dalam batu tersebut dianggarkan sebanyak 10 peratus. "Besar kemungkinan, batu ini akan dinamakan sebagai Meteorit Most Chebarkul," kata kenyataan. Gelombang kuat tahi bintang itu memecahkan tingkap-tingkap hampir 5,000 bangunan dan menyebabkan 40 orang termasuk tiga kanak-kanak dirawat di hospital kelmarin kerana mengalami luka dan kecederaan lebih serius. Sekitar 24,000 petugas kecemasan dan sukarelawan sibuk menggantikan tingkap-tingkap yang pecah pada hujung minggu lalu sebelum orang ramai mula bekerja. Serpihan-serpihan tahi bintang tersebut yang jatuh ke Bumi turut mencetuskan minat banyak pihak. Beberapa pengumpul serpihan angkasa lepas di Rusia telah menyiarkan iklan di internet yang menawarkan bayaran AS$10,000 (RM30,900) untuk serpihan batu tersebut. - AFP | ||
Mesir dilanda gelombang protes anti-Mursi Posted: 18 Feb 2013 10:59 PM PST SELEPAS revolusi kebangkitan rakyat kira-kira dua tahun lalu, Mesir dikatakan sudah mengalami perubahan walaupun negara itu masih dibayangi pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak selama tiga dekad. Sebagai contoh, kira-kira dua minggu lepas ketika di satu persidangan di Kaherah, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tersasul memanggil Presiden Mohammed Mursi sebagai Hosni sebelum beliau segera membetulkan kesilapan itu. Perjuangan rakyat menerusi protes besar-besaran selama 18 hari untuk menuntut hak mereka menyaksikan Mubarak digulingkan pada 11 Februari 2011. Pengunduran beliau dilihat memberi harapan baru kepada rakyat Mesir untuk menjalani kehidupan lebih baik di bawah pemerintahan pemimpin baru. Pada masa ini, segelintir rakyat merasakan pakej ikrar Mursi yang dijanjikan beliau ketika kempen pilihan raya presiden pada tahun lalu masih gagal ditepati hingga kini walaupun pemimpin itu cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua pihak. Seorang wanita yang enggan dikenali menyertai gelombang protes baru di Dataran Tahrir turut menyuarakan kekecewaannya. "Tidak ada apa yang berubah selepas negara ini bertukar kepimpinan. Presiden Mursi tidak melakukan sebarang perubahan untuk kami," katanya. Masih di takuk lama Pada sambutan ulang tahun ke-2 revolusi kebangkitan rakyat di negara itu baru-baru ini, Dataran Tahrir kekal menjadi titik tumpuan protes penduduk. Protes yang tercetus sejak November lalu dikatakan sekali lagi berpunca akibat rasa tidak puas hati penduduk. Rakyat juga mendakwa kepimpinan Mursi lebih memberi tumpuan kepada kepentingan Ikhwanul Muslimin dan kegagalan untuk beliau merealisasikan matlamat revolusi. Ahli politik sosiologi, Said Sadek dari Universiti Amerika di Kaherah menyatakan bahawa beliau percaya bahawa situasi di Mesir akan menjadi lebih buruk sebelum bertukar ke fasa lebih baik berdasarkan rentetan sejarah sebelum ini. "Kita perlu sentiasa ingat bahawa selepas era revolusi, presiden dan sesebuah kerajaan termasuk keselamatan, negara itu akan menjadi lemah," jelasnya. Pencapaian Mursi yang baru menyandang jawatan Presiden kira-kira lapan bulan tidak boleh secara terus dibandingkan dengan rejim Mubarak berusia lebih 30 tahun. Sejak beberapa minggu lalu, kebanyakan golongan muda di Mesir menyertai tunjuk perasaan bertujuan untuk menagih janji Mursi. Mereka semakin hilang sabar kerana banyak kekurangan melibatkan infrastruktur dan kemudahan yang masih berada di takuk lama hingga kini. Kebanyakan rakyat terutamanya golongan belia juga tidak pernah putus asa membawa harapan dua tahun lalu untuk mendapat pendidikan, penjagaan kesihatan dan peluang pekerjaan lebih baik di bawah pemerintahan presiden pertama yang dipilih secara demokrasi. Pengaruh Ikhwanul Muslimin makin kuat Dalam tempoh 24 bulan ini, negara itu dilihat telah berpecah kepada tiga cabang: tentera dan penyokong rejim Mubarak; Ikhwanul Muslimin; aktivis liberal dan sekular. Menjelang akhir tahun lalu, pengaruh Ikhwanul Muslimin dilaporkan semakin kukuh di Mesir selepas Mursi menyingkirkan pemerintah tentera beberapa bulan selepas beliau dilantik sebagai presiden. Kedudukan Mursi sebagai pemimpin tertinggi telah memberi banyak kelebihan kepada Ikhwanul Muslimin yang turut diberi kepercayaan memegang portfolio penting di negara tersebut. Proses peralihan untuk membawa negara itu kepada pemerintahan bercorak demokrasi juga dikatakan makin sukar selepas banyak pihak mula mempersoalkan kredibiliti pemimpin itu yang didakwa hanya berusaha menonjolkan dirinya sebagai pemimpin berkarisma di rantau Arab. Selain itu, ada pihak mempertikaikan beliau menggunakan dasar luar untuk meraih populariti berbanding mengotakan janjinya kepada rakyat. harakah/- | ||
Jika parlimen dibubarkan pada 22 Feb Posted: 18 Feb 2013 10:58 PM PST KUALA LUMPUR: Berdasarkan keadaan terkini Perdana Menteri dijangkakan akan membubarkan parlimen pada 22.2.2013 (Jumaat). Kini semua orang sedang ternanti-nanti waktu pembubaran yang akan diumumkan. Adakah tarikh 22.2.2013 akan benar-benar menjadi kenyataan atau hanya spekulasi seperti sebelumnya? Demikian pertanyaan yang dilontarkan menerusi blog http://www.utusankini.com. Ulasan seterusnya seperti di bawah. Walaupun sebelum ini telah banyak tarikh dan spekulasi mengenai PRU13 ini diramalkan tapi semuanya tidak menjadi kenyataan. Ianya berlalu begitu sahaja sehinggakan peramal dan ahli nujum sudah hilang minat untuk memperkatakan bila tarikh pembubaran parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri. Hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu tarikh sebenarnya bila pembubaran parlimen akan diumumkan. Sehinggakan Datin Seri Rosmah Mansor ada berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya. Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya. Sebelum ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat kejutan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei. Katanya ini adalah kerana pengundi di negeri itu kini sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Beliau mengesyorkan cadangan tersebut selepas berpendapat rakyat Selangor di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah bersedia. "Saya tak nak rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya diadakan...ini membazirkan tenaga dan menimbulkan banyak perbincangan berbentuk spekulasi." Beliau berharap cadangan pembubaran DUN Selangor itu akan menggerakkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengumumkan tarikh pilihan raya. Selain itu, katanya, cadangan tersebut supaya pilihan raya diadakan secepat mungkin kerana kerajaan negeri menghampiri tarikh tamat mandat pemerintahannya. Tanda PRU13 yang paling nyata akan dibuat Mac 2013 bila semua pembayaran beberapa bantuan yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 sedang rancak dilaksanakan. Antaranya bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0), Bantuan Khas Awal Persekolahan, Baucar Buku 1Malaysia dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia. Perdana Menteri tentunya tidak mahu membiarkan Menteri Besar Selangor mendahuluinya atau membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya pada hujung April 2013. Jika benar tarikh 22.2.2013 Parlimen dibubarkan. Penamaan calun dijangkakan pada 16.3.2013. Pengundian pula akan dibuat pada 30.3.2013. Tarikh pengundian ini bertepatan dengan cuti persekolahan. Tentunya Perdana Menteri mengambil kira semua ini bagi memudahkan SPR membuat persedian sebelum pengundian. harkah/- | ||
Penduduk Gaza belajar kuasai bahasa musuh Posted: 18 Feb 2013 10:03 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Selepas lebih 15 tahun pengajaran bahasa Ibrani dihentikan di sekolah-sekolah Palestin, Kementerian Pendidikan kendalian Hamas di Gaza memutuskan memperkenalkan semula kursus bahasa itu di sekolah kerajaan dari gred tujuh hingga sembilan. Bahasa Ibrani adalah salah satu bahasa rasmi selepas Arab dituturkan lebih tujuh juta orang di Israel. Menurut pegawai Kementerian Pelajaran, Sumayya al-Nakhala, penting bagi suatu bangsa mahir menguasai bahasa negara yang mereka duduki kerana Palestin masih berada di bawah pendudukan Israel. Sungguhpun, tentera mereka telah keluar dari Gaza pada 2005, namun wilayah itu masih bergantung kepada ekonomi Israel dalam pembangunan setempat. "Pembelajaran Ibrani membuat kan kehidupan pelajar lebih mudah. Mereka dapat memahami media Israel dan dapat berurusan dengan mereka jika perlu berbuat demikian," katanya. Pada ketika ini, ramai penduduk Gaza mampu berkomunikasi dalam bahasa Ibrani, terutama mereka yang bekerja di Israel sebelum pengambilan buruh dari Gaza dihentikan sejak tujuh tahun lalu. Kini, bilangan terhad penduduk Gaza dibenarkan ke Israel, iaitu pesakit kritikal, ahli perniagaan dan pekerja organisasi antarabangsa. Pada tahun pertama projek itu dilaksanakan, berpuluh sekolah asas di Gaza mula mempelajari bahasa Ibrani sebagai kelas elektif dalam gred sembilan. Di Sekolah Persediaan Hasan Salama, di bandar Gaza, pelajar dilatih menulis Ibrani dan pada semester pertama mereka diajar membaca dalam bahasa itu. Seorang pelajar, Nadine Al-Ashi, 15, berkata, beliau mendapati pembelajaran itu berguna dan menarik untuk dikuasai. "Ia bahasa musuh kami. Penguasaan ini membantu memahami cara mereka berfikir," katanya. Guru dari Sekolah Persediaan Nadine, Maysam Al-Khateeb, 45, berkata, walaupun berpuas hati dengan pencapaian pelajarnya, tetapi perkara itu banyak cabarannya. "Selain perlu mengajar di Gaza dan Israel, medium pembelajaran terpaksa mengambil masa lama untuk disediakan," katanya. Menurutnya, bahasa Ibrani tidak lagi diajar di semua sekolah persediaan di Gaza kerana kekurangan guru. "Kami ingin guru berkelayakan dan dapat mengambil tanggungjawab mengajar bahasa ini secara berterusan," katanya. Dalam usaha mendapatkan lebih ramai guru bahasa Ibrani, Universiti Islam Gaza baru-baru ini memperkenalkan program diploma dalam melahirkan lebih ramai tenaga pengajar. Dekan di Universiti Islam di Gaza, Khaled Al-Kahlout mengatakan, tujuan program bahasa ini adalah untuk meningkatkan pemahaman budaya lain. "Ia sangat berfaedah terutama dalam memahami masyarakat Israel yang menjadi jiran penempatan mereka," katanya. Seorang pekerja bank, Mohammad, 54, berkata, beliau menyertai program ini selepas melihat iklan kelas tuisyen bahasa Ibrani di bandar Gaza. "Saya berminat mempelajari banyak bahasa dan bahasa ini adalah penting untuk memahami apa yang berlaku di Israel sebagai sebuah kuasa penjajah," katanya. Pensyarah bahasa Inggeris dan Ibrani di Universiti Tel Aviv, Subhi Bahlol berkata, bahasa Ibrani akan digunakan di semua sekolah dan universiti di Gaza kelak. "Bahasa Ibrani adalah kunci segalanya," katanya. Profesor kesusasteraan Ibrani berbangsa Amerika Syarikat, Gilead Morahg memberitahu, pengenalan bahasa Ibrani ke dalam kurikulum di sekolah adalah anjakan pembelajaran yang bagus. Beliau yang lebih 35 tahun menguasai bahasa itu berpendapat, penduduk Gaza perlu menguasai bahasa tersebut supaya boleh memahami budaya masyarakat yang dianggap musuh untuk sekian lama. "Mengetahui bahasa dan mengkaji budaya "musuh" mampu mengurangkan satu musuh," katanya. Tetapi wajarkan Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat membenarkan kurikulum ini disebarkan terhadap penduduk Palestin, sekali gus menyaksikan penjajahan 'secara halus' terus berlaku di Palestin. sinar/- | ||
Paip minyak utama Iraq kena bom Posted: 18 Feb 2013 08:00 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - BAGHDAD - Rangkaian paip minyak dari loji penapisan terbesar di wilayah utara Iraq lumpuh akibat di bom, semalam. Jurucakap Kementerian Minyak Iraq, Assem Jihad berkata, pasukan teknikal kini giat membaiki rangkaian paip berkenaan sejurus serangan itu. "Rangkaian paip terjejas adalah dari loji penapis Beiji ke Wilayah Ninevah. Ia mengambil masa beberapa hari untuk dipulihkan," katanya. Menurutnya, tiada laporan kecederaan diterima akibat daripada letupan bom itu. Sementara itu, kumpulan Al-Qaeda di Iraq mengaku bertanggungjawab terhadap letupan kelmarin yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam siri letupan bom kereta yang berlaku secara berturut-turut di di bandar Sadr. Jurucakap pemantau SITE berpangkalan di Washington berkata, kejadian itu berlaku disebabkan krisis politik. "Sekutu Al-Qaeda Iraq mendakwa bertanggungjawab selepas mengisytiharkan untuk tindakan membalas dendam terhadap kerajaan pimpinan Syiah, katanya. Letupan semalam berlaku di kawasan perumahan Al-Amin di Husseiniya dan Kamaliya, kawasan luar bandar di timur Baghdad. Ketika pertempuran puak semakin meningkat, puak Sunnah mengadakan demonstrasi setiap minggu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Nouri al-Maliki yang merupakan anggota puak Syiah. - AFP | ||
Posted: 18 Feb 2013 07:30 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - Seekor beruang betina dan kuda jantan di Zoo Melaka, di sini, ditemui mati dipercayai diberi makanan beracun pihak tidak bertanggungjawab. Difahamkan, beruang Matahari atau nama saintifiknya, Helarctos Malayanus berusia 14 hingga 16 tahun ditemui mati jam 5 petang, kelmarin. Sementara itu, kuda jenis Arab berusia 17 tahun itu pula ditemui mati oleh seorang petugas pada jam 7 pagi semalam. Kejadian pertama dikatakan disedari pengunjung yang memaklumkan kepada kakitangan bertugas selepas pelik melihat beruang itu terbaring di dalam kurungan dalam keadaan meniarap dengan seekor beruang lain menindih badannya. Pegawai Veterinar Zoo Melaka Dr Zubaidah Kamarudin berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan, namun binatang yang berada di zoo berkenaan sejak 2000 mati beberapa minit kemudian. "Beruang dibawa ke Bilik Bedah Siasat Khas zoo dan mendapati ia memakan pisang dipercayai mengandungi serbuk atau racun yang belum pasti jenisnya. "Pisang dan racun itu dikesan berada di dalam usus binatang berkenaan yang sudah dihadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. metro/- | ||
Posted: 18 Feb 2013 07:00 PM PST "Bekas suami sempat menghadiahkan cincin perak dipakainya dan beberapa kali merayu mahu rujuk semula sebelum memberitahu mahu ke Kuala Lumpur ketika kami bertemu di kedai runcit saya petang semalam (kelmarin)," kata Wahida Mohd Hanif, 40, bekas isteri Mohd Nasaruddin Sidek, 39, yang maut dalam kemalangan membabitkan kereta dan bas ekspres berhampiran Kampung Jubakar, semalam. Dalam kejadian jam 5.20 pagi di Kilometer 19 Jalan Pengkalan Kubor – Kota Bharu itu, seorang wanita warga Thailand, Rohanee Samamae, 35, yang menaiki kereta bersama Mohd Nasaruddin turut maut manakala seorang lagi penumpang kereta, Waehanisah Kolu, 22, cedera parah. Difahamkan, kedua-dua wanita itu rakan Mohd Nasaruddin dan kedua-duanya sedang hamil. Kemalangan berlaku apabila Mohd Nasaruddin dari Kok Lanas, Kota Bharu yang dalam perjalanan ke Kota Bharu dari Pengkalan Kubor gagal mengawal kereta Honda Accord dipandunya lalu terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres yang dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor. Mohd Nasaruddin dan Rohanee meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala Waehanisah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan keadaannya dilaporkan stabil. Jenazah Mohd Nasaruddin dan Rohanee dibawa ke Hospital Tumpat untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing untuk dikebumikan. Menurut Wahida, bekas suaminya sempat membelikan kek seperti diminta anaknya, Nurnisren Afifah, 13. "Saya sempat berbual dengannya berhubung permintaannya untuk rujuk semula selepas lebih 10 tahun kami bercerai. Saya meminta tempoh untuk berfikir sebelum dia menyerahkan cincin perak yang selalu dipakainya kepada saya. metro/- | ||
Posted: 18 Feb 2013 06:40 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KANGAR – Barisan Nasional (BN) didakwa mempunyai peluang besar untuk menjadi pembangkang di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd Anuar Tahir berkata, rakyat negeri ini sudah bosan dengan kepincangan yang berlaku dalam kepimpinan Umno dan BN Perlis yang dilihat tidak membawa kebaikan kepada rakyat. Menurutnya, walaupun tsunami politik semasa PRU12 tidak secara menyeluruh sampai ke negeri ini, tapi rakyat sudah sedar akan keupayaan kepimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri dengan baik. "Rakyat sudah sedar dan melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan PR diterajui Pas umpamanya di Kedah. "Kita dapat lihat kemampuan pentadbiran yang bersih rasuah dan pembaziran dalam pengurusan kewangan negeri, maka rakyat negeri ini pun mahukan perubahan sedemikian. "Saya yakin perpecahan dalam Umno dan BN sudah hampir menjadi sempurna dan mereka berpeluang untuk menjadi pembangkang yang baik di negeri ini. Mereka boleh ikut jejak rakan-rakan mereka di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang menjadi pembangkang yang baik," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Katanya, rakyat juga sudah bosan dengan pentadbiran Umno dan BN sejak puluhan tahun lamanya yang tidak membawa pembaharuan di negeri ini. "Selepas adakan program rumah ke rumah, saya dapati rakyat negeri ini sudah boleh menerima pentadbiran PR. Mereka sudah boleh menerima Pas di negeri ini dan bosan dengan pentadbiran lama. "Ini tidak pernah berlaku sejak 1997. Pada awalnya, rakyat negeri ini tidak pernah terbuka untuk menerima PR. Tapi sekarang ini mereka sudah terbuka untuk bersama dengan PR," katanya. Anuar berkata, golongan muda terutamanya juga semakin berani dan mahukan perubahan di negeri ini dengan pentadbiran baru. "Kita faham orang muda ini tidak akan hadir ke program ceramah-ceramah yang kita buat. Tapi kita yang bergerak bertemu dengan mereka sebab mereka ini lebih banyak masa melayari laman sesawang dan sebagainya. "Dari situlah mereka akan mendapat cukup maklumat dan berdasarkan itulah mereka tahu ketirisan yang berlaku dalam Umno dan BN," katanya. sinar/- | ||
Posted: 18 Feb 2013 06:00 PM PST "Tragedi ini dapat dielakkan jika lif itu diselenggara secara berkala dengan baik. Saya kesal kerana isteri saya menjadi mangsa akibat sikap sambil lewa ini," kata Rafie Johar, 37, yang kematian isteri akibat lif dinaiki di Pangsapuri Blok A25, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, terhempas dipercayai kerana kabelnya putus. Dalam kejadian jam 5 petang Jumaat lalu, mangsa, Zamelia Isharuddin, 38, menaiki lif itu dari tingkat lima bangunan didiami untuk turun ke tingkat bawah bagi mengambil wang hasil perniagaan nasi lemak yang dijalankan secara sambilan. Rafie berkata, lif di pangsapuri itu sudah lama bermasalah dan hanya satu daripada dua mesin pengangkat itu boleh digunakan. "Kemungkinan kabel lif yang boleh digunakan itu sudah 'haus' kerana tidak diselia atau diperiksa pengurusan kediaman ini," katanya. Menurutnya, dia hanya mengetahui nahas ngeri membabitkan isterinya itu selepas dimaklumkan beberapa jiran yang tinggal berhampiran pangsapuri 10 tingkat itu. Menurutnya, beberapa jiran yang terkejut selepas mendengar dentuman kuat itu segera menghubungi bomba dan penyelamat sebelum isterinya berjaya dikeluarkan dari dalam lif berkenaan. "Ketika itu, isteri tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Seri Manjung bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Keadaan Zamelia amat kritikal berikutan tengkuk dan kepalanya turut dihentak kabel besi lif yang putus itu. "Doktor bertungkus-lumus menyelamatkannya sebelum isteri menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.15 tengah hari Sabtu lalu," katanya. Rafie berkata, dia tidak dapat menahan rasa sedih berikutan kehilangan isteri dalam tragedi yang amat mengerikan itu. Difahamkan, jenazah mangsa dibawa pulang untuk dikebumikan di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar. metro/- | ||
Lebih 30 kereta tenggelam dalam banjir kilat Posted: 18 Feb 2013 05:30 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - | ||
Rosman Lancar Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia , Bantu juga anak Altantuya ! Posted: 18 Feb 2013 05:05 PM PST Saya tertarik dengan Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang melancarkan Tabung Kesejahteraan Kanak-Kanak Sedunia bagi memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh dunia. Beliau berkata, tabung yang menyasarkan kutipan dana sebanyak mungkin itu akan membantu kanak-kanak yang terlibat dengan pelbagai bentuk musibah seperti peperangan, bencana alam, kebuluran dan kemiskinan. "Saya berharap badan-badan korporat dan individu agar tampil menghulurkan sumbangan bagi tabung itu," katanya. Harapan saya Nasib anak kepada Wanita Monggolia yang dibunuh menggunakan C4 yang berada dalam kawalan ketat Kementerian pertahanan semasa Najib Razak menjadi Menteri Pertanahan juga terbela dengan tabung yang dikumpulkan itu. Bantuan kepada anak Altantuya itu saya kira malah perlu didahulukan. | ||
R disabotaj lagi, billboard disimbah cat merah Posted: 18 Feb 2013 05:00 PM PST 8 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) terus berdepan tindakan khianat pihak yang tidak senang terhadap perjuangan mereka. Terbaru, billboard R yang dipasang di hadapan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa disimbah cat merah. Menurut aktivis R, Jeming Hassan kejadian itu disedari kira-kira jam sembilan pagi semalam. "Kami sudah buat laporan polis selepas itu juga dan minta pihak polis siasat segeralah. "Apa salah billboard itu sedangkan duit untuk cetak billboard ini kami kumpul dari rakyat yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Billboard bertulis 'Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami' itu mula dipasang Januari lalu sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan lawatan ke negeri itu. Awal Januari lalu, dua kereta milik Presiden R, Nazri Deraman dan isterinya pecah cermin belakang di samping disimbah cat merah. Seminggu selpas itu pula, cermin kereta milik Setiausaha R, Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak sehari selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR). Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri. Tambah Jeming, walaupun beberapa laporan polis dibuat, namun kejadian sabotaj sebegini masih berlaku. "Kejadian sabotaj begini tidak sedikit pun melunturkan semangat kami untuk terus memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan," katanya. harakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan