DUN BUKIT PAYONG |
Posted: 15 Feb 2013 09:42 AM PST Petikan : Buletin Online Setiausaha Majlis Syura Ulama' PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, medan dakwah sangat luas, daripada masyarakat asli hingga kepada pembesar-pembesar serta tokoh-tokoh dalam negara yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama yang berlainan. Menurutnya, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat kristian, budha, hindu dan lain-lain mengikut kaedah serta cara-cara yang berbeza. "Pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Kristian, pendekatan dakwah diambil kepada masyarakat Budha, masyarakat Hindu dan sebagainya. "Alhamdulillah, menggambarkan gerakan yang kita (PAS) bawa ini adalah gerakan yang betul, gerakan yang syumul dan tidak ada selain gerakan Islam di Malaysia ini kecuali Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang boleh melangkah begitu luas dan memasuki semua medan yang ada di dalam negara. "Kita (PAS) menceburi bidang politik, bidang ekonomi, bidang pendidikan, bidang sosial dan berbagai-bagai bidang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Institut Itqanul Muluk atau Pusat Kajian dan Pengajian Strategi Pembangunan Terengganu, di Km 14 Kampung Tok Jiring, dekat sini, pada Khamis, 14 Februari. Ustaz Nik Zawawi menjelaskan, situasi tersebut bukan sahaja baru berlaku di zaman ini tetapi sejarah telah berlaku di zaman Rasulullah SAW yang diukirkan oleh Allah Ta'ala dalam beberapa surah al-Quran seperti dalam surah at-taubah. Katanya, Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain mengikut tahap serta kemampuan kumpulan sasaran tersebut. Inilah, kata beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu cara pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dalam dakwah Baginda SAW. "Islam meletakkan cara pendekatan yang berbeza antara satu sama lain. Cara kita (Islam) mendekati mereka dan mengajak mereka supaya balik ke jalan agama Allah SWT adalah jalan yang berbeza di antara satu sama lain. "Inilah pendekatan yang diambil oleh Rasulullah dan apa yang hendak dibentuk melalui Institut Itqanul Muluk iaitu untuk menyampaikan mesej Islam ini tepat sebagaimana yang disusun atur dalam agama,"jelasnya di hadapan 100 hadirin. . Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Ulama' PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri, Pengerusi Eksekutif Institut Itqanul Muluk, Dato' Abu Bakar Chik, Timbalan Ketua Ulama' PAS Terengganu, Ustaz Abu Bakar Abdullah, Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh. |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan