. |
- PAS Pekan bantu mahasiswa sewa bas balik KL
- MAHASISWA DITAMPAR? 10,000 risalah GM13 dibakar, seorang mahasiswa ditampar
- Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah
PAS Pekan bantu mahasiswa sewa bas balik KL Posted: 15 Feb 2013 04:30 PM PST
KUALA LUMPUR: Sekumpulan 30 mahasiswa dari Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang dikepung samseng di sebuah madrasah di Pekan, kawasan parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur menggunakan bas yang disewa PAS Kawasan Pekan. Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menghubungi Harakahdaily jam10.30 malam ini berkata pelajar sedang menaiki bas untuk bertolak ke Kuala Lumpur sambil diiringi polis sehingga ke Gambang. "PAS Pekan sewa sebuah bas RM1,600 untuk hantar pelajar ke terus ke KL, polis iring sampai Gambang," katanya. Petang tadi, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerahkan anggota di sekitar Pekan, Pahang ke Madrasah Darul Husna, bagi membantu mahasiswa yang dikepung samseng. 30 mahasiswa dikepung di madrasah tersebut yang merupakan markas PAS. Menurut maklumat daripada mahasiswa yang berada di sana, sekumpulan samseng mengepung mereka di luar pagar bagi menghalang mereka meneruskan program edaran risalah ke kampung-kampung. "Sebelum ini Anak diserang kini mahasiswa, apa nak jadi dengan politik negara kita? "Saya nasihatkan rakan-rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara," kata kata Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan. Beliau juga berharap agar pihak polis memberikan jaminan keselamatan kepada mahasiswa. "Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan," katanya. Sebelum ini, mahasiswa dua siswa dan dua siswi dari kumpulan GM13 diserang dengan parang oleh samseng di Felda Chini 4. Kumpulan itu diserang ketika mengedar risalah dan surat 'Harapan mahasiswa untuk rakyat Pekan' dari rumah ke rumah di kawasan Felda berkenaan. Terdahulu, seorang aktivis GM13, Ekhsan Bukhari diserang di Kampung Datuk Keramat dalam Dun Pulau Manis. | ||
MAHASISWA DITAMPAR? 10,000 risalah GM13 dibakar, seorang mahasiswa ditampar Posted: 15 Feb 2013 02:00 PM PST SHAH ALAM – Sebanyak 10,000 risalah dirampas dan dibakar oleh sekumpulan lelaki yang didakwa tidak berpuas hati terhadap tindakan ahli Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) mengedarkan risalah terbabit di kawasan Parlimen Pekan petang tadi. Setiausaha Media Soladariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Shukri Kamarudin berkata, dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3.00 petang itu, kumpulan lelaki terbabit mengarahkan beliau membuka keretanya yang menempatkan semua risalah tersebut lalu dirampas dan lalu dibakar di hadapan ramai. "Kumpulan kami seramai 80 orang berkumpul di hadapan sebuah lot kedai berdekatan Pasar Besar Pekan selepas selesai mengedarkan risalah dan surat harapan Mahasiswa kepada penduduk Pekan. Secara tiba-tiba kami didatangai 10 lelaki dewasa lalu mengepung kami. "Tidak lama kemudian datang lagi beberapa lagi lelaki sehingga menjadi semuanya seramai 40 hingga 50 orang. Mereka bertindak mengepung lalu merampas risalah-risalah yang dipegang oleh Mahasiswa," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online. Katanya lagi, turut dirampas kamera dan telefon bimbit Mahasiswa yang cuba merakam video kejadian, tetapi kumpulan Mahasiswa berjaya menyelamat kamera dari dirampas. Tiga hari lalu, Sinar Harian Online melaporkan serangan dua hari berturut-turut membabitkan beberapa ahli GM13 ketika sedang mengedarkan risalah mahasiswa dan surat harapan mahasiswa di kawasan Parlimen Pekan iaitu di kawasan Dun Pulau Manis dan kawasan Dun Chini. Minggu lalu, GM13 telah mengumumkan akan meletakkan seorang calon mahasiswa untuk bertanding di Pekan. Sebaik pengumuman itu dibuat, GM13 mula merangka siri jelajah di kawasan Parlimen Pekan untuk mengedar risalah dan surat harapan Mahasiswa di empat Dun yang berada di bawah parlimen itu. Hari ini merupakan hari terakhir ahli GM13 edar risalah di kawasan Dun Pramujaya dan semalam di kawasan Dun Bebar. Shukri menambah, salah seorang penyerang terbabit menarik tudung, baju dan tangan dua orang mahasiswi yang sedang memegang risalah dan beliau turut menyatakan kekesalan terhadap perkara itu. Dalam pada itu katanya, Shukri berkata, seorang anggota Aksi Mahasiswa Peduli Unisel, Ekhsan Bukhary Badarul Hisham yang telah dipukul beramai-ramai termasuk disepak di kepala dua hari lalu di sebuah kampung di kawasan Dun Pulau Manis turut ditampar seorang lelaki dalam kejadian itu. Shukri menambah, penyerang itu berkata, "muka ni aku dah tengok hari tu. Aku dah suruh balik tapi tak balik." Kemuncak kemarahan kumpulan itu terjadi katanya, berlaku sebaik melihat kelibat aktivis mahasiswa, Adam Adli. Shukri bagaimanapun menafikan berlaku provokasi daripada pihak GM13 yang menyebabkan rakan mereka diserang. Katanya, "kami hanya mendiamkan diri ketika kami dimarahi." | ||
Pegawai Felda enggan ulas video mesyuarat sekat ceramah Posted: 15 Feb 2013 11:00 AM PST Pengurus Felda Sungai Tengi, Alias Hussein, yang dikenal pasti sebagai pegawai di dalam rakaman itu, hanya menjelaskan bahawa rakaman itu adalah mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) sahaja. Beliausebaliknya menjemputMalaysiakini ke pejabatnya jika mahukan penjelasan lanjut. Ini kerana, beliau perlu memohon kebenaran ibu pejabat Felda sebelum memberikan ulasan seterusnya. "Itu mesyuarat JKKR sahaja. Saya kena rujuk dengan ibu pejabat (Felda) dahulu dan saya minta awak datang ke pejabat Sungai Tengi jika mahu tahu ceritanya," katanya ringkas kepadaMalaysiakini. Presiden ANAK Mazlan Aliman sebelum ini mendedahkan satu video yang didakwa menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan untuk menghalang ceramah NGO itu di Felda Sungai Tengi. Tambahnya, mesyuarat tersebut antara lain turut dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda. Dakwanya lagi, mesyuarat itu turut membincangkan cubaan untuk menggagalkan program ANAK di Felda Sungai Tengi pada 4 Februari, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut. "Huru-hara" yang dimaksudkan oleh pegawai Felda berkenaan, seperti yang dapat dikesan dalam video tersebut, merupakan tindakan untuk "membuat bising" Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/221424 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan