Suara Sri Andalas |
- Dahulu Rakyat Tolak Penjajahan British, Sekarang Rakyat Tolak Penjajahan Umno-BN
- Kalau Nak Maju Macam Selangor, Sarawak Harus Pilih Pakatan Rakyat
- Rakyat Sarawak Akan Menerima Hak Tanah Sekiranya Pakatan Memerintah Nanti
Dahulu Rakyat Tolak Penjajahan British, Sekarang Rakyat Tolak Penjajahan Umno-BN Posted: 15 Jan 2013 05:00 PM PST BATANG LUPAR, 15 JAN : Rakyat Sarawak sekarang dilihat sudah bersedia menolak Umno-BN sebagaimana rakyat dahulu menolak penjajahan British suatu ketika dahulu bagi mencapai kemerdekaan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara itu bukan sangsi lagi berikutan sokongan yang diberikan rakyat Sarawak terhadap Pakatan Rakyat(PR) semakin meningkat pada masa kini. Beliau berkata, sambutan yang menggalakkan terhadap PR membuktikan rakyat Sarawak bersedia melakukan perubahan. "Sambutan yang baik diterima PR membuktikan rakyat bersedia mahukan perubahan. Dahulunya rakyat tolak penjajahan British, sekarang rakyat tolak penjajahan Umno-BN yang sudah mentadbir lebih 50 tahun," katanya selepas menghadiri program ceramah dan mesra rakyat di Kampung Maludam, di sini. PR yakin mampu mengambil alih tampuk pemerintahan di negeri Sarawak dari pimpinan Umno-BN dengan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Program itu adalah bersempena lawatan kerja Menteri Besar Selangor ke beberapa daerah di Sarawak bagi mendekatkan diri kepada pengundi sebelum menjelangnya PRU-13 nanti. Lawatan itu turut disertai Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar. Sebagai rekod dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 yang lalu PR memenangi 15 kerusi DUN. Kesemua kerusi di dimenangi DAP sebanyak 12 kerusi manakala PKR 3 kerusi. |
Kalau Nak Maju Macam Selangor, Sarawak Harus Pilih Pakatan Rakyat Posted: 14 Jan 2013 05:30 PM PST SARATOK, 14 JAN : Rakyat Sarawak disarankan supaya memilih Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negara dalam Pilihan Raya Umum (PRU-13) akan datang supaya negeri mereka dapat mengecapi kemajuan seperti di Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Selangor bukan hanya terkenal sebagai negeri maju, malah rakyatnya juga berpeluang menikmati hasil kekayaan negeri sejak PR memerintah. Bermula dengan pemberian air percuma 20 metre padu, Abdul Khalid berkata, rakyat Selangor kini dapat merasai berbagai nikmat dari program di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Malah jelasnya, simpanan tunai negeri juga kian meningkat kepada RM 2.5 bilion berbanding RM 400 juta semasa zaman pemerintahan Kerajaan UmNo-BN Selangor dahulu. "Umno-BN kata negeri Selangor akan bangkrap kerana menggunakan rizab simpanan negeri untuk memberi air percuma dan pelbagai bantuan lain kepada rakyat. "Sudah empat tahun kita laksanakan, tetapi negeri tidak bangkrap, malah hasil negeri terus meningkat. "Kalau kita boleh laksanakan semua perkara ini di Selangor, mengapa tidak di Sarawak dan seluruh Malaysia? "Jadi inilah masanya untuk rakyat membuat perubahan," katanya semasa menyampaikan ceramah di Pekan Saratok, malam tadi. Ceramah itu turut disertai Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dan Adun Krian, Ali Biju. Tambahnya, PRU-13 adalah masa terbaik untuk rakyat menolak Kerajaan Umno-BN dan memberi peluang kepada PR mengambil alih tampuk pemerintahan dengan membawa pembaharuan. "Rakyat akan menerima lebih banyak manfaat jika PR memerintah. Kita sudah tunjukkan di Selangor. |
Rakyat Sarawak Akan Menerima Hak Tanah Sekiranya Pakatan Memerintah Nanti Posted: 14 Jan 2013 05:00 PM PST SARATOK, 14 JAN : Seperti di Selangor, rakyat Sarawak bakal menerima hak pemilikan tanah sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang. Ini kerana menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dan memiliki banyak hasil tanah, namun rakyat tidak diberi peluang untuk mengerjakannya. "Walaupun Sarawak merupakan negeri yang kaya, namun rakyat tidak dapat merasai pembangunannya. Salah satu tanggungjawab jika kita menang di Putrajaya, kita mesti tunjukkan bahawa rakyat Sarawak akan menerima hak pemilikan tanah dan diberikan tanah supaya mereka dapat memilikinya. "Dengan cara itu bukan sahaja mereka memperoleh pendapatan, tetapi mereka juga akan dapat membangunkan keluarga dengan cara yang lebih baik," katanya semasa merasmikan Rumah Unding di Ulu Krian, di sini semalam. Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar serta Adun Krian, Ali Biju. Rumah Unding yang memilki 20 unit (pintu) itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menghulurkan sebanyak RM 360,000 untuk membinanya. Lebih 200 penduduk rumah panjang itu yang kehilangan kediaman setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun dahulu. Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menegaskan pembangunan yang baik merujuk kepada cara sesebuah kerajaan itu menurunkan kekayaan negara kepada semua rakyat. "Dalam pembangunan negara, yang penting ialah bagaimana kita boleh turunkan kekayaan harta benda kepada rakyat kerana kalau negeri kaya tetapi rakyat miskin, maka pembangunan itu tidak betul. "Saya harap inilah yang dapat Kerajaan Pakatan Rakyat usahakan jika berjaya mentadbir negara kelak," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan