:: cina islam | 2011 :: |
- Angkut mercun guna lori curi
- Bayi 6 bulan, ibu saudara bonceng motosikal maut
- Hakisan ancam rumah
- Deepak: Najib defensif, cemar negara dan rakyat
- Dr Abdul Rani ketuai rombongan ke Gaza
- Projek IC Sabah: Mahathir terlibat beri kewarganegaraan pada pendatang
- Sekolah rendah jadi bilik gerakan Umno cawangan Ulu Bendul?
- Budak 11 tahun, kekasih hilang
- Papan iklan milik Pas dibakar
- Pengajaran daripada isu “Listen Listen Listen”
- Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2
- Jakarta Dilanda Banjir Besar, 8 Maut
- Jamuan nasi dagang Perantau di Sabah 20 Jan
- Tarikh PRU ditentukan ‘Bomoh’ Najib – Azmin
- Masalah Tiada Kemudahan Asas di SMK Tinjar Baram Perlu Penyelesaian Segera
- Tukar kerajaan ikut sistem demokrasi – Azmin Ali
- ‘Saya rasa van bergegar’
- PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
- Tuah bayi lahir di mahkamah
- Wanita terperangkap di celah ruang sempit
- Dua rakyat Malaysia jadi tebusan
- Tembelang Meletup! Umno menipu janji pendidikan percuma menjelang 1982
- Kes "Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Pintu Rayuan Berakhir!
- Blogger Umno, Pisau.Net akhirnya tersungkur kerana memfitnah!
- Teruskan program asalkan berpakaian sopan - Azizan
Posted: 18 Jan 2013 12:32 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - PEKAN - Sebanyak 8,000 kilogram mercun bernilai lebih RM100,000 yang disembunyikan di dalam sebuah lori curi berjaya dirampas di Kilometer 16, Jalan Kuantan-Segamat di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata, mercun pelbagai jenis itu ditemui selepas penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan lori berkenaan memasuki stesen timbang dekat Paloh Hinai di sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Ujarnya, ketika itu pemandu dan kelindan lori tersebut mendakwa mereka membawa muatan ikan bilis. "Bagaimanapun, semasa lori itu ditimbang, kelindan lori memberi alasan mahu ke tandas tetapi dia bertindak melarikan diri. "Selepas diperiksa, lori tersebut didapati membawa muatan mercun dan pihak JPJ bertindak memaklumkan perkara itu kepada polis. "Berikutan itu, pemandu berumur 23 tahun tersebut ditahan reman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya ketika ditemui di sini semalam. | ||
Bayi 6 bulan, ibu saudara bonceng motosikal maut Posted: 18 Jan 2013 12:30 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - SEREMBAN – Dua maut termasuk seorang bayi apabila motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah lori tangki di Jalan Pinggiran Senawang, Taman Pinggiran Senawang, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa, Nor Sham Sila Yanti Hudsaini, 24, dan anak saudaranya, Nur Harryna Balqis Abdullah, enam bulan, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Jurucakap polis berkata, motosikal jenis Honda EX5 itu ditunggang adik mangsa, Nur Baiyah, 20, manakala mangsa membonceng sambil memangku anak saudaranya. Mereka dikatakan dalam perjalanan untuk ke sebuah klinik di Rantau. "Sejurus tiba di persimpangan jalan berkenaan, sebuah lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari simpang hadapan secara melulu membelok ke kanan jalan. "Tindakan lori berkenaan menyebabkan motosikal mangsa merempuh bahagian sisi kiri belakang lori. Rempuhan itu menyebabkan mangsa bersama bayi yang dipangkunya tercampak ke atas jalan dan maut serta-merta di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Menurut jurucakap polis lagi, bagaimanapun penunggang motosikal berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. "Lori tersebut dipercayai dalam perjalanan dari Semenyih ke Melaka, namun singgah sebentar di kilang syarikat berkenaan di Taman Pinggiran Senawang untuk mengambil barang. "Pemandu lori, seorang lelaki berusia 44 tahun yang menghilangkan diri sejurus kemalangan bagaimanapun telah tampil di Balai Polis Senawang membuat laporan polis," katanya. Bawa bayi ke klinik untuk pengesahan Dalam pada itu, saksi kejadian, Mohd Rozaini Mohd Ali, 27, berkata, dia yang dalam perjalanan ke Taman Pinggiran Senawang memberhentikan kereta di simpang jalan apabila melihat ramai orang berkerumun di tempat kejadian. "Saya bergegas ke tempat kejadian dan melihat terdapat mayat di tepi jalan yang ditutupi dengan surat khabar. "Kemudian, saya melihat seorang lelaki tua memangku bayi dan dia memberitahu saya, bayi tersebut sudah meninggal dunia," katanya ketika ditemui di Klinik 1Malaysia, di Seremban Jaya, di sini. Mohd Rozaini yang bekerja sebagai peniaga itu berkata, dia kemudian menyarankan agar bayi tersebut dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan pengesahan sama ada masih hidup atau sudah meninggal dunia. "Setelah sepakat dengan orang ramai dan keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian, saya segera membawa bayi ke klinik 1Malaysia Seremban Jaya, dengan diiringi kereta anggota polis. "Sebaik tiba di klinik, pegawai perubatan mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia," katanya. Ibu bayi berkenaan, Nor Shamsiah Hudsaini, 30-an, berkata, dia bergegas ke klinik berkenaan sebaik menerima panggilan daripada ahli keluarga yang memaklumkan anak dan dua adiknya terlibat dalam kemalangan. "Ketika itu saya sedang bekerja dan berkejar ke klinik. Tiba sahaja di klinik, saya dimaklumkan bayi saya sudah meninggal dunia," katanya yang masih bersedih dengan kejadian yang berlaku. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner SaifulAzly Kamarudin, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian berkenaan. "Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat dan telah dituntut ahli keluarga," katanya. Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap punca kemalangan tersebut. sinar/- | ||
Posted: 18 Jan 2013 12:12 AM PST REMBAU – Penduduk Kampung Bemban dekat sini bimbang memikirkan keselamatan diri dan keluarga ekoran rumah mereka diancam hakisan Sungai Bemban yang semakin serius. Salah seorang penduduk, Wahab Rashid, 66, berkata, rumahnya hanya terletak kira-kira 20 meter dari tebing sungai berkenaan. Katanya, hakisan yang bermula sejak November tahun lalu itu menyebabkan tanamannya pokok pisang dan limau musnah. "Selepas beberapa kali saya membuat aduan, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri akhirnya membina benteng menggunakan buluh baru-baru ini. "Bagaimanapun, masalah itu tidak selesai kerana benteng buluh itu tidak mampu menghalang aliran air sungai yang naik mendadak semasa musim hujan," katanya di sini semalam. Ujarnya, pegawai JPS memintanya bersabar kerana pada masa ini tiada peruntukan untuk membina benteng daripada simen. "Berapa lama lagi saya mahu menunggu kerana hakisan itu semakin teruk dan saya bimbang akan menjejaskan rumah yang saya diami bersama tujuh ahli keluarga," jelasnya. | ||
Deepak: Najib defensif, cemar negara dan rakyat Posted: 18 Jan 2013 12:06 AM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Sebagai seorang Perdana Menteri bagi sebuah negara berdaulat seperti negara kita ini, dia mesti menjaga kebersihan imej serta kredibiliti peribadi dengan setinggi dan sebaik mungkin. Jika imej dan kredibiliti seorang Perdana Menteri boleh dicemar oleh seorang penjual karpet atau penjual barangan rumah maka PM itu wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap yang membuat tuduhan secara terbuka itu. Deepak wajar diambil tindakan undang-undang oleh Najib kerana tuduhan itu amat kotor dan amat hina terhadap seorang Perdana Menteri negara kita ini. Satu-satunya jalan untuk Najib membersihkan nama beliau ialah dengan menyaman dan mengambil tindakan undang-undang dengan secepat mungkin. Jika Najib tidak mengambil tindakan itu maka ia sekali gus membenarkan isu yang dituduh terhadap beliau oleh penjual karpet itu. Kita perlu ingat tuduhan Deepak terhadap Najib itu melibatkan isu kehilangan nyawa seorang wanita dan juga isu mengubah akuan bersumpah yang dilakukan oleh Balasubramaniam seperti yang dibocorkan oleh Deepak yang suatu ketika dahulu mempunyai hubungan abang-adik dengan isteri Perdana Menteri yang tersohor di dunia itu. Kematian seorang wanita Mongolia yang begitu trajik telah dilakukan oleh dua orang pegawai keselamatan Najib dan telah pun dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi negara kita. Kita perlu ingat penglibatan dua pegawai keselamatan negara yang hampir dengan Najib dan keluarga ini amat mudah dikaitkan oleh sesiapa dengan Najib dan isteri beliau dan tidak siapa tahu secara undang-undangnya tentang motif pembunuhan itu kerana isu itu tidak di sebut dalam perbicaraan kes ini. Jika tuduhan itu tidak dinafikan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak maka ia menghampirkan Najib kepada kebenaran tuduhan Deepak terhadap Perdana Menteri itu. Penafian Najib semalam tidak mempunyai kredibiliti. Jika Najib menganggap tuduhan Deepak itu tidak mempunyai kredibiliti tindakan Najib untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak itu adalah lebih tidak berkredibiliti lagi. Najib mesti bertanya kepada diri beliau sendiri, apakah isu akuan bersumpah Balasubramaniuam ini merupakan isu yang kecil dan tidak payah diambil tindakan terhadap penjual karpet ini? Kalaulah Najib ini seorang penjual kobis dan bayam di pasar tani, mungkinlah beliau tidak perlu mengambil berat terhadap isu peribadi yang sangat buruk dan hina ini, tetapi beliau adalah seorang Perdana Menteri negara merdeka. Persepsi buruk terhadap Najib itu adalah persepsi buruk terhadap negara dan memalukan rakyat. Ahli-ahli parti UMNO pimpinan Najib tidak boleh melarikan isu ini dengan membuat tuduhan yang isu ini adalah permainan politik kotor dalaman parti itu kerana ada pihak yang hendak menjatuhkan beliau dari pimpinan negara. Jika benar pun isu ini diperbesarkan oleh Deepak kerana permainan politik cah keting dalam UMNO itu, Najib jugalah yang salah kerana memberikan sebab untuk beberapa pihak dalam UMNO itu untuk melakukannya. Isu permainan kumpulan Timbalan Perdana Menteri hendak mengambilalih kepimpinan itu merupakan isu yang biasa dalam UMNO. Hussein Onn dahulu bertindak mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri dahulu pun adalah kerana permainan Timbalan beliau semasa itu. Kepada orang-orang lama ini adalah isu yang diketahui umum. Apabila Hussein Onn mengambil tindakan untuk bersara maka pengganti beliau itu juga sudah merasakan yang beliau akan menghadapi masalah dengan Timbalan beliau. Justeru sebelum Timbalan beliau itu memberikan masalah, beliau telah dengan bijak membuatkan Timbalannya Musa Hitam merajuk dan meletakkan jawatan. Selepas itu Dr Mahathir ini telah mengganti Timbalan beliau dari seorang dengan seorang yang lain. Selepas Musa digantikan dengan Ghaffar Baba. Selepas Ghaffar Baba Timbalan beliau ialah Anwar Ibrahim yang digalakkan untuk mencabar Ghaffar, juga kerana kemahuan Dr Mahathir. Selepas itu Anwar sendiri telah bercanggah dengan Dr Mahathir yang menyebabkan Anwar disingkirkan dengan menggunakan isu-isu skandal seks luar tabii dan banyak lagi yang di mainkan oleh Dr Mahathir. Hasilnya Abdullah Badawi menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dalam pada beliau (Mahathir) sibuk mengganti ramai Timbalannya beliau (Mahathir) telah berjaya menjadi Perdana Menteri lebih dari dua puluh tahun. Rakyat mula ada kecenderungan untuk menolak Dr Mahathir maka Mahathir memberikan jawatan itu kepada Abdullah Badawi yang beliau sangkakan akan tunduk dan berterima kasih kepada beliau dengan memenuhi segala kehendak beliau. Beliau kemudiannya sedar yang Abdullah yang beliau anggap sebagai seorang yang lemah dan lembut itu adalah seorang yang sangat degil dan keras kepala. Maka Mahathir mengambil tindakan untuk menaikkan Timbalan kepada Abdullah pula dengan menggunakan Muhyiddin untuk menolak Abdullah dan memberikan Timbalan Abdullah menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin mendapat upah dengan menjawat jawatan Timbalan kepada Najib yang bakal memberikan masalah kepada beliau (Najib). Isu yang melibatkan masalah yang dilakukan oleh Timbalan ini memang perkara biasa dan Najib wajar menerimanya sebagai satu hakikat yang tidak boleh di nafikan oleh sesiapa pun. Oleh itu Najib tidak boleh menyalahkan Muhyiddin atau Dr Mahathir melakukan cah keting ini kerana bagi Dr Mahathir beliau memang berpengalaman melakukan cah keting sesama sendiri ini sejak dahulu lagi. Najib patut fokus untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Deepak untuk membersihkan nama beliau. Jika tidak diambil tindakan sebegitu maka akan berjayalah Mahathir untuk mempraktikkan kemahiran beliau dalam menaik dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan negara itu. Najib menggantikan Abdullah dahulu pun dengan cara yang sama seperti yang akan dilakukan ke atas beliau selepas pilihanraya nanti. Hanya kali ini Dr Mahathir akan gagal untuk melakukannya kerana jika UMNO itu kalah dalam pilihanraya kali ini, beliau yang ingin menggunakan Muhyiddin untuk menyungkurkan Najib itu akan tidak berjaya. Sebab apa?...kerana UMNO akan kalah dan tidak menjadi parti yang berkuasa lagi. Apabila sampai ke episod ini maka akan tamatlah drama kotor bersiri UMNO yang telah bermula sejak tiga dekad yang lalu. Selepas itu akan bermula drama bersiri yang akan dilakonkan oleh pelakon-pelakon baru dari Pakatan Rakyat dan diharap drama bersiri selepas ini merupakan drama yang lebih baik dan sedap ditonton oleh hampir 30 juta rakyat negara ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ | ||
Dr Abdul Rani ketuai rombongan ke Gaza Posted: 18 Jan 2013 12:01 AM PST SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman diamanahkan oleh kerajaan negeri untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada rakyat Gaza dari cengkaman tangan khianat regim Zionis Israel. Menurut beliau, kerajaan negeri Selangor menyumbang RM61,000 untuk membina projek pembinaan makmal membuat anggota palsu (Prosthesis) di bumi Gaza. Katanya, rombongan kerajaan Selangor dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia akan bertolak dari KLIA jam 11 malam ini dan dijangka pulang ke Malaysia pada 28 Januari nanti. Beliau memaklumkan lebih 10 orang ahli rombongan akan berada di wilayah bergolak itu bagi menyampaikan bantuan ubat-ubatan dan membangunkan bengkel pembuatan anggota palsu. "Saya bersyukur kerana mendapat sumbangan daripada orang ramai khususnya umat Islam di seluruh negara terutama rakyat di Selangor melalui tabung-tabung di masjid," katanya. Beliau berkata sesiapa yang berminat untuk menyumbang ke Tabung Palestine boleh terus di atas nama Yayasan Amal Malaysia di MAYBANK (AC 553010122090) atau CIMB ISLAMIC (AC 14680000191108 ) harakah/- | ||
Projek IC Sabah: Mahathir terlibat beri kewarganegaraan pada pendatang Posted: 17 Jan 2013 11:59 PM PST KUALA LUMPUR 24 Ogos: Projek IC Mahathir atau 'Projek-M' didakwa telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi sah. Projek pemberian kad pengenalan kepada warga Filipina dan Indonesia itu mencapai kemuncak pada awal 1990 an, bertujuan menumbangkan kerajaan Pembangkang Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Pairin Kitingan. Menurut Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya KEADILAN Sabah, Dr Chong Eng Leong, terdapat bukti bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan berkenaan. Katanya, warga asing yang ditahan akibat memiliki kad pengenalan apabila ditanya di mahkamah majistret pada September 1992 mengenai cara mereka mendapatkannya menjawab, ia diperolehi melalui 'Projek Presiden Mahathir'. "Warga asing ini tak dihantar pulang, bahkan namanya dimasukkan kekal dalam senarai daftar pemilih sehingga hari ini," jelas Chong Eng dalam kenyataan. Katanya, pada 1998, satu sesi pendengaran awam dilakukan bagi mengesahkan kemasukan pengundi baru dalam senarai pemilih Parlimen Likas. "Ketika ditanya pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, bagaimanakah mereka memperolehi IC, jawapan yang diberi (oleh penama) sama sahaja, iaitu dari 'Projek Mahathir'," ujar Dr Chong. Penglibatan Mahathir dalam projek kad pengenalan tersebut, dakwanya, diperkuat melalui perakuan bersumpah yang dibuat bekas Ketua Daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim pada 1980 an. Perakuan itu mendedahkan satu mesyuarat yang dipengerusikan Datuk Megat Junid (ketika itu Timbalan Menteri Dalam Negeri), menyebut bahawa projek tersebut diluluskan Mahathir. Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah. Bagaimanapun banyak pihak berpendapat penubuhan RCI tidak lebih satu sandiwara untuk mengurangkan keresahan rakyat Sabah menjelang pilihan raya umum. keadilandaily/- | ||
Sekolah rendah jadi bilik gerakan Umno cawangan Ulu Bendul? Posted: 17 Jan 2013 11:49 PM PST GAMBAR ini dikirimkan oleh salah seorang sahabat pembaca MiLo SuaM. Beliau hairan bagaimana papan tanda Umno Cawangan Ulu Bendul boleh dipasang di dalam kawasan pagar salah sebuah sekolah rendah di Ulu Bendul, Kuala Pilah Negeri Sembilan. Kalau kita lihat selama ini Umno begitu lantang bersuara kononnya menolak politik di sekolah. Tapi di sini jelas bahawa papan tanda Umno cawangan pun diletakkan dalam kawasan sekolah, dalam pagar lagi ini apa cerita? Inilah taktik "brain wash" yang diamalkan oleh Umno sejak sekian lama di negara ini. Sebab itu masih ramai orang-orang kampung yang tertutup mindanya masih percaya bahawa sekolah, hospital, jalanraya dan sebagainya adalah pemberian, kurniaan Umno dan Barisan Nasional. Bukan di Negeri Sembilan sahaja perkara ini berlaku, malah banyak lagi tempat-tempat lain yang menggunakan kaedah brainwash seperti ini untuk memperbodohkan rakyat terutama orang-orang kampung yang tidak akses maklumat. Masih ramai orang kampung yang mindanya masih tertutup tidak tahu bahawa hospital, sekolah, jalanraya dan sebagainya dibina menggunakan duit rakyat. Ini semua adalah tanggung jawab sesebuah kerajaan. Barisan Nasional dipilih rakyat untuk mentadbir dan mengurus harta rakyat. Jika mereka ditendang pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti maka parti lain pula akan jadi kerajaan dan menguruskan harta rakyat. selana online/- | ||
Budak 11 tahun, kekasih hilang Posted: 17 Jan 2013 11:47 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - HULU SELANGOR – Seorang budak perempuan berusia 11 tahun yang dipercayai dilarikan kekasihnya ketika sedang menjamu selera bersama datuk dan neneknya di sebuah medan selera di pasar raya Tesco dekat Bukit Sentosa di sini Sabtu lalu masih belum lagi ditemui. Teratai Kamilia Mohd. Hafiza, 11, dipercayai dilarikan oleh kekasihnya yang dikenali sebagai Muhamad Shahril Imran Muhd. Mudrika, 17, pada pukul 2.30 petang. Mengikut maklumat keluarga mangsa, Teratai sebelum ini pernah menghilangkan diri selama sehari bersama lelaki sama tetapi pulang semula ke rumah selepas dipujuk oleh keluarganya. Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkepli Bedin berkata, budak perempuan dan kekasihnya itu didakwa mengenali satu sama lain ketika bermain satu permainan atas talian kira-kira tiga bulan lalu. Bagaimanapun, menurut beliau, apabila hubungan mangsa dan kekasihnya yang tinggal di Kota Warisan, Sepang diketahui keluarga mangsa, keluarga budak perempuan itu melarang mangsa berjumpa kekasihnya itu. Dalam tempoh perhubungan itu, kekasih Teratai didakwa pernah menghantar sebentuk cincin kepada mangsa dengan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dan seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih serius. | ||
Posted: 17 Jan 2013 11:30 PM PST SEREMBAN - Sebuah papan iklan Pas di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, di sini dipercayai dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Penasihat Majlis Tindakan Dun Lenggeng, Zulkefly Mohamad Omar berkata, papan iklan 'Janji Pakatan Rakyat' tersebut dipercayai dibakar tiga hari lalu berdasarkan maklumat salah seorang saksi. "Tindakan ini jelas melihat betapa terdesak dan takutnya pihak tertentu terhadap janji Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). "Ini menunjukkan Pakatan Rakyat lebih awal kemukakan manifesto berbanding Barisan Nasional (BN). Ini terbukti kita telah bersedia untuk menunaikan janji negara berkebajikan kepada rakyat," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Berikutan kejadian itu, Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Sungai Jai, Ibrahim Jalil membuat satu laporan polis di Balai Polis Lenggeng, semalam. sinar/- | ||
Pengajaran daripada isu “Listen Listen Listen” Posted: 17 Jan 2013 11:22 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Dalam tempoh seminggu ini, tiba-tiba seluruh Malaysia mengfokus kepada dua nama baru iaitu Bavani KS dan Sharifah Zohra. Yang menariknya, pandemik yang dikenali sebagai isu "Listen Listen Listen" ini hanya meletup di alam maya. Video yang memaparkan adegan Bavani sedang bertanya soalan dalam sebuah forum di UUM telah dihalang oleh Sharifah Zohra selaku moderator ini, telah ditonton oleh hampir 0.7 juta penonton di laman Youtube dan dikongsi oleh lebih 31 000 pengguna facebook. Video ini juga telah mendapat respon oleh beberapa tokoh politik negara, tokoh masyarakat, agamawan, presiden MPP universiti-universiti , dan NGO-NGO di Malaysia. Pelbagai kartun, lagu parody, iklan produk, dan lawak jenaka yang berkaitan isu ini juga telah tersebar luas di laman sosial. Isu ini bukan sekadar sebuah peristiwa semata-mata, tetapi banyak pengajaran tersurat yang patut dipandang oleh semua. Pertama, hujah fakta lawan hujah auta. Sentimen orang tua vs orang muda sering kali dijadikan modal untuk mematikan hujah orang yang lebih muda dari kita. Inilah praktikaliti peribahasa "hormati yang tua, sayangi yang muda" yang telah disalahgunakan. Malah, kes seperti ini pernah berlaku dalam dewan rakyat sebagaiman yang telah tersebar di lama youtube, apabila Ahli Parlimen Pasir Salak menidakkan fakta-fakta dari Ahli Parlimen Gombak dengan hujah supaya Ahli Parlimen Gombak jangan kurang ajar dengan orang tua sepertinya. Sentimen karut ini perlu segera di-bakul sampahkan dari minda masyakat Malaysia, atau kita akan berhadapan dengan lambakan anak muda yang sekadar menjadi pak turut dan bengap berfikir. Kedua, pembodohan mahasiswa. Agenda pembodohan supaya mahasiswa menjadi hamba kerajaan sangat ketara di universiti-universiti. Tindakan mewajibkan mahasiswa hadir ke program "brainwash" atau akan berhadapan dengan pemotongan merit, mengumpan dengan hadiah lumayan, mengugut mahasiswa yang ingin berpolitik, ugutan biasiswa dipotong, momokan supaya "mahasiswa bersyukur pada kerajaan", dan lain-lain bentuk pembodohan. Mahasiswa yang akan ke luar negara diwajibkan hadir ke kursus "brainwash" Biro Tatanegara (BTN) yang kononnya memupuk sifat patriotisme, tapi hakikatnya diselit dengan cerita perkauman, memburukkan pemimpin parti lawan, dan bermotifkan kepentingan politik. Mahasiswa yang tidak bodoh sahaja akan menyedari bahawa mereka telah terjerat dengan agenda pembodohan. Ketiga, isu pendidikan percuma kembali bergema. Sikap masyarakat Malaysia rupanya sangat bergantung pada peristiwa. Cakna kepada isu Palestin hanya bangkit apabila Israel menyerang. Isu Pendidikan percuma hanya dijulang apabila berlaku peristiwa penurunan bendera oleh Adam Adli & tragedi malam merdeka di UPSI. Tahniah kepada Bavani yang sekali lagi jadi pencetus kepada perbincangan tentang Pendidikan percuma. Momentum kesedaran tentang peri penting dan kemampuan negara untuk melaksanakan pendidikan percuma harus sentiasa dihangatkan sehingga PRU-13 nanti, seandainya masyarakat ingin melihat cadangan ini berjaya dilaksanakan. Keempat, kuasa media alam maya. Andai dahulu jatuh bangun populariti seseorang bergantng pada cerita dari media kerajaan, tapi sekarang tidak lagi. Arab Spring juga dimulakan melalui letupan isu di alam maya. Fenomena Ustaz azhar Idrus juga tersebar melalui alam maya. Malah, BN sendiri mengakui tsunami PRU 2008 lalu juga adalah kesan kesedaran di alam maya. Dalam isu Bawani ini, sekalipun nama mereka berdua ini tidak pernah disebut di media kerajaan, tapi gelombang di media alam maya seolah telah menobatkan Bavani sebagai heroin Malaysia, dan Sharifah Zohra dijangka mengalami tekanan minda yang hebat untuk berhadapan dengan maysrakat. harakah/- | ||
Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2 Posted: 17 Jan 2013 11:17 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan hari ini membalas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan kredibilitinya, dengan menuntut perdana menteri menyatakan kebenaran di sebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam. "Nampaknya jawapan anda yang tidak boleh dipercayai, manakala apa yang saya telah didedahkan dengan terperinci mengenai kes pembunuhan ini adalah benar," kata Deepak dalam satu kenyataan pagi ini. "Boleh saya cadangkan anda sebagai perdana menteri sekarang, menjelaskan kebenaran mengenai akuan bersumpah kedua (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM seperti 'sitting duck'!" Ahli perniagaan permaidani itu, yang telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sekali lagi menggesa pasangan itu supaya menjawabnya. Malam tadi, Najib memecah kebisuannya berhubung dakwaan Deepak bahawa beliau dan keluarganya terlibat dalam operasi menutup SD Balasubramaniam, yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. Deepak mendakwa dia telah diminta oleh Najib dan Rosmah supaya meminta Balasubramaniam, yang hidup dalam buangan di India, menarik balik SD asalnya. "Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi. malysiakini/- | ||
Jakarta Dilanda Banjir Besar, 8 Maut Posted: 17 Jan 2013 11:15 PM PST Banjir besar: 8 maut, Jakarta diisytihar darurat Kejadian banjir besar yang melanda kotaraya Jakarta sejak Selasa lepas telah mengorbankan lapan orang dan 15,447 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir setakat ini. Berikutan keadaan banjir semakin buruk semalam hingga melumpuhkan aktiviti harian warga kota, kerajaan pentadbiran ibukota Jakarta telah mengisytiharkan keadaan darurat bencana banjir hingga 27 Januari ini. Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) sejumlah 44 kawasan penempatan di 25 daerah kecil di Jakarta terjejas membabitkan penduduk berjumlah 94,624 orang. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono dan ibu negara (wanita pertama) Ibu Ani Yudhoyono turut meninjau beberapa kawasan penempatan penduduk yang dilanda banjir. Gabenor Jakarta Joko Widodo turut meninjau ke kawasan banjir di pusat bandar dan beberapa kawasan penempatan penduduk, secara berasingan. - Bernama | ||
Jamuan nasi dagang Perantau di Sabah 20 Jan Posted: 17 Jan 2013 11:11 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan mengadakan program Jamuan Nasi Dagang pada Ahad, 20 Januari ini di Sri Al-Hafiz, No 1, Lorong Sierra 3/1B, Taman Bandar Sierra Jalan Tuaran-Menggatal Kota Kinabalu bermula jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sehubungan itu, pengarah program, Azman Mustafa, menjemput anak-anak Ganu Kite yang berada di Sabah dan berharap semua yang berkelapangan dapat menghubungi beliau (013-5402589) atau Anuar Ali (013-8560679) untuk turut serta BAGI memeriahkan program itu. "Program ini juga merupakan inisiatif baru yang diambil bersama rakan-rakan pada awal tahun 2013 untuk merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama warga Perantau Anak Tranung yang berada di Sabah terutama yang tinggal sekitar Kota Kinabalu dan Pantai Barat pedalaman," katanya ketika menghubungi Harakahdaily. harakah/- | ||
Tarikh PRU ditentukan ‘Bomoh’ Najib – Azmin Posted: 17 Jan 2013 07:59 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - SABAH: Secara sinis Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia berbeza dengan negara lain kerana ia ditentukan 'bomoh' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Bagaimana tarikh pilihan raya di tentukan oleh bomoh, ini demokrasi apa? Kita (pembangkang) hanya diberi tempoh seminggu untuk berkempen. "Hanya tiga orang yang tahu tarikh PRU ke-13, yang pertama (Datin Seri) Rosmah (Mansor), (Datuk Seri) Najib (Razak) dan ketiga mungkin bomoh Najib," katanya semasa melancarkan jentera pilihan raya Cabang Tuaran. Tarikh pilihan raya sebelum ini sering menjadi isu yang ditimbulkan Pakatan Rakyat memandangkan ia hanya ditentukan oleh seorang individu iaitu perdana menteri. Berbeza di negara maju yang lain, tarikh pilihan raya kebiasaanya diumumkan lebih awal beberapa bulan oleh parti pemerintah, sebagai persediaan kepada parti-parti politik bertanding. Azmin turut menyelar kenyataan Najib kononnya pembangkang diberi peluang berceramah setiap malam tetapi pada masa sama menafikan hak parti itu memperkenalkan dasar Buku Jingga di media arus perdana. "Tetapi Najib memberitahu beberapa hari lalu, kenyataan yang kita tidak pernah dengan sebelum ini, bahawa pembangkang berkempen setiap malam ceramah. "Ya, sebab itu tanggungjawab kita untuk turun memberikan maklumat kepada rakyat dan pengundi kerana dalam sistem demokrasi, adalah menjadi hak rakyat untuk mendapat maklumat tepat sebelum mereka membuat penilaian sewajarnya," tegas Azmin. Turut serta dalam majlis itu, Ketua Cabang Tuaran, Ansari Abdullah, bekas Jurulatih bola sepak Sabah, Kelly Tham, pimpinan parti dari beberapa Cabang seluruh negeri serta kira-kira 130 rakyat pelbagai kaum Sabah. keadilandaily/- | ||
Masalah Tiada Kemudahan Asas di SMK Tinjar Baram Perlu Penyelesaian Segera Posted: 17 Jan 2013 07:40 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - BARAM - SMK Tinjar terletak dalam kawasan parlimen Baram. Majoriti penduduk berbangsa Iban dan terdapat juga kaum dari keturunan Penan,Kayan, Kenyah dan lain-lain. Perjalanan dari bandaraya Miri melalui jalan darat mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah. Keadaan jalan menuju ke Tinjar melalui jalan Lapok masih lagi dalam keadaan teruk terutama sekali musim hujan lebat dimana air dari sungai Bok melimpah keluar ke jalan menyebabkan banjir, jalan becak dan licin. Baru-baru ini kami menerima aduan dari penduduk serta pengajar di SMK Tinjar Baram tentang masalah bekalan air bersih serta elektrik yang tidak konsisten atau stabil dalam kawasan mereka. Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk di Tinjar adalah masalah bekalan air bersih, setakat ini mereka terpaksa menggunakan air hujan atau air yang dipamkan dari sungai yang berdekatan untuk kegunaan harian. Cuba bayangkan betapa sukarnya mereka menghadapi kehidupan dalam keadaan tiada air bersih dan mereka terpaksa mengharapkan air hujan untuk mendapat bekalan air bersih untuk memasak, minum dan mencuci pakaian. Ada ketikanya para pelajar terpaksa menggunakan air yang dipam dari sungai untuk mandi sepanjang minggu disebabkan gangguan bekalan air hujan yang disimpan dalam tangki tidak mencukupi untuk menampung para pelajar yang terlalu ramai. Tetapi masalahnya air sungai pun tercemar, kotor serta berbau dan mereka terpaksa menggunakannya sekiranya berlaku musim kemarau panjang akibat tiada air hujan. Begitu juga dengan masalah bekalan elektik yang tidak stabil dan ianya menggunakan genset untuk kegunaan harian. Menurut salah seorang pengajar di situ, genset yang digunakan sekarang ini menghadapi masalah kerosakan. Ianya perlu ditukar dengan genset baru untuk mengatasi masalah ganguan bekalan eletrik. Apabila genset menghadapi masalah kerosakan untuk membekalkan aliran letrik ke tempat kediaman mereka dan mereka terpaksa bergelap pada waktu malam. Keadaan rumah dan tempat tinggal pengajar juga ada menghadapi masalah kebocoran dan retak walaupun tidak sampai 3 tahun digunakan. Begitu juga keadaan dalam kelas di SMK Tinjar juga menghadapi masalah kebocoran siling apabila musim hujan lebat para pelajar serta guru yang mengajar terpaksa mencari tempat teduh untuk mengelak dari basah. Mereka merayu agar masalah mereka ini dapat diberi perhatian dan dapat diselesaikan dengan segera memandangkan keadaan kehidupan seharian mereka sering terganggu akibat tiada kemudahan asas. Selain daripada itu masalah tempat mengajar juga agak daif dan perlu diperbaiki dengan segera. Mereka meminta agar pihak kami dapat mengemukakan masalah mereka kepada pihak berkuasa agar dapat diberi perhatian serta tindakan segera. Kita mengesa agar pihak berkuasa segera mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar serta para pengajar yang mengajar di SMK Tinjar Baram. Pihak kementerian pelajaran sepatutnya memandang serius masalah para pelajar dan para pengajar di pedalaman Sarawak kerana keadaan kehidupan mereka sangat daif dan tidak ada kemudahan asas yang sepatutnya diberi kepada mereka yang terpaksa berjauhan dari keluarga mereka. Sudahlah keadaan jalan teruk dan tiada sebarang kemudahan asas diberikan, tempat tinggal para pengajar juga teruk dan tidak terurus dengan baik oleh pihak pemerintah. Sepatutnya mereka inilah yang patut diberi segala kemudahan asas kerana mereka sanggup mengajar di pedalaman Sarawak semata-mata ingin melihat anak bangsa mereka menjadi berguna untuk negara dimasa hadapan. Kalau pihak pemerintah terus abaikan nasib serta keadaan kehidupan mereka terus begini jangan haraplah hendak menerima keputusan pelajaran yang terbaik dari sekolah yang kurang mendapat kemudahan asas ini. Kita sekali lagi mengesa agar perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya dan juga diselesaikan dengan segera dari pihak pemerintah demi kemajuan anak bangsa dimasa hadapan. Kerjasama dengan pihak yang berkenaan sangat kita hargai. Jofri Jaraiee PAS Miri, Sarawak | ||
Tukar kerajaan ikut sistem demokrasi – Azmin Ali Posted: 17 Jan 2013 07:27 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR 18 JAN: Penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali. "Memang menjadi matlamat utama kita untuk menukar kerajaan tetapi melalui sistem demokrasi dan pilihan raya yang adil dan bersih," katanya. Beliau membidas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mentohmah kononnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) bertujuan untuk menggulingkan kerajaan sedia ada. "Ia langsung tak membayangkan beliau sebagai negarawan. Kalau kita hendak guling kerajaan melalui demonstrasi, buat apa kita bertanding pilihan raya setiap lima tahun?" katanya. "Kita masih menghormati demokrasi, tukar kerajaan mengikut perlembagaan," kata Ahli Parlimen Gombak itu. Beliau berkata demikian ketika menjadi panel forum Pasca HKR bersama aktivis sosial, Hishamuddin Rais dan Ketua Cabang KEADILAN Parit Sulong, Hasmi Hashim, malam tadi. Pada forum yang dihadiri lebih 200 orang itu, Azmin turut menyingkap kembali pengalaman beliau sewaktu era reformasi yang menyaksikan kezaliman polis. "Ketika di Stadium Merdeka tempoh hari, saya lihat lokap Jalan Stadium. Di situlah saya dan Hishamuddin Rais disimpan selama lapan hari. "Kami digari bersama, dua orang satu gari. Punyalah zalim masa itu tapi yang memberi rangsangan waktu itu walau dihina, diab, dipenjara tetapi kami tetap bangkit," katanya. keadilandaily/- | ||
Posted: 17 Jan 2013 07:25 PM PST Bukit Beruntung: "Saya dengar dentuman kuat dari luar dan van dinaiki bergegar," kata mangsa kemalangan, Muhd Izz Sirhan Salahuddin, 12, menceritakan detik cemas kemalangan membabitkan van sekolah dengan sebuah lori 10 tan, semalam. Kejadian berlaku pada jam 2.15 petang di Jalan Bukit Beruntung ke Rawang berhampiran persimpangan lampu isyarat berdekatan Pusat Perniagaan Adenium dekat sini ketika dia bersama lima rakannya dalam perjalanan dari Taman Melur ke Sekolah Rendah Agama (SRA) Bukit Sentosa Fasa 3 di sini. Van sekolah dipandu pemuda berusia 20-an itu merempuh lori yang dipercayai membuat pusingan 'U' di persimpangan itu. Katanya, dua rakannya dikenali Meor Muhammad Nur Hakim Meor Muhammad Ridzwan dan Muhammad Danish Azhar berumur 11 tahun cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dan Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) dengan bantuan orang ramai. "Ada rakan menjerit memanggil ibu dan ayah kerana terkejut. "Saya cedera di kepala. Manakala tiga rakan lain berumur 11 tahun tidak cedera dibenarkan pulang ke rumah selepas dirawat di sebuah klinik swasta," katanya yang ditemui Harian Metro, di sini, semalam. Saksi kejadian, Muhd Fauzi Misnan, 44, berkata, ketika kejadian dia menjamu selera di sebuah restoran berhadapan tempat kejadian. Katanya, dia bergegas ke lokasi apabila mendengar suara kanak-kanak meraung kesakitan dan mendapati mereka berlumuran darah di muka," katanya. "Saya terharu dengan tindakan pantas orang ramai membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit pada dinding van sekolah itu. " Kasihan mendengar ada yang merintih dan menangis setelah terbabit dengan kemalangan itu," katanya yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi yang dihubungi mengesahkan kejadian itu. metro/- | ||
Posted: 17 Jan 2013 07:20 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (الزمر : 3) Ingatlah, hanya kepunyaan Allahlah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. أَشْهَدُ أَنْ لآإِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ، أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اِتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ Wahai hamba-hamba Allah sekelian! Marilah kita bersama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kita mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ayat yang dibacakan tadi jelas menunjukkan orang-orang kafir menyembah berhala kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah. Istilah Allah telahpun digunapakai oleh mereka sejak dari dulu. Dari sudut hukum asalnya penggunaan istilah Allah oleh orang-orang kafir sememangnya telah diakui oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran yang menceritakan tentang penggunaan tersebut oleh manusia terdahulu. Malah dalam hadis Sohih riwayat Imam Bukhari menyebutkan : عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْدَقُ كَلِمَةٍ قَالَهَا الشَّاعِرُ كَلِمَةُ لَبِيدٍ أَلَا كُلُّ شَيْءٍ مَا خَلَا اللَّهَ بَاطِلٌ وَكَادَ أُمَيَّةُ بْنُ أَبِي الصَّلْتِ أَنْ يُسْلِمَ Daripada Abu Hurairah R.A. berkata, Sabda Rasulullah SAW ; Sebenar-benar perkataan yang diungkapkan oleh para penyair adalah kata-kata Labid, adapun segala sesuatu selain dari Allah adalah batil dan hampir-hampir Umayyah Bin Abi Salti menjadi Islam. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Perdebatan yang tak sudah mengenai penggunaan istilah Allah ini sebenarnya bukanlah persoalan hukum harus atau haramnya yang dilihat dari dari sudut nas dan dalil. Perdebatan ini sebenarnya lahir akibat perbezaan pemikiran dalam menanggapi isu ini. Tidak akan berlaku pertemuan selama-lamanya jika sebahagian kita melihat dari sudut hukum asal sedangkan sebahagiannya pula melihat dari sudut kuasa kerajaan melaksanakan ijtihad dalam melindungi maslahat rakyatnya. Contoh kebebasan penggunaannya di Negara Islam yang pemimpinnya hanya Islam pada nama atau negara barat yang tidak mempunyai wewenangan kuasa untuk mengawal aqidah umat Islam langsung tidak sesuai digunapakai walaupun ianya difatwakan oleh ulamak tersohor yang tidak langsung memahami situasi dan keadaan di negara kita. Mungkin ada baiknya penggunaan istilah ini di negara majoriti Muslim seperti Indonesia dan Negara-negara Arab bagi menerapkan dan membiasakan budaya serta istilah Islam kepada orang-orang kafir. Berbeza dengan negara yang tidak mempunyai majoriti besar umat Islam seperti di negara ini, jika penggunaan istilah ini diberikan kebebasan hanya memberi peluang bagi mereka mengelirukan dan menerapkan budaya mereka di kalangan Umat Islam di negara kita. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Ada di antara kita yang bercakap dari sudut dakwah dengan mengatakan mudah-mudahan penggunaan istilah Allah di kalangan orang kafir akan menjinakkan mereka dengan Islam. Namun jika dilihat dari segi ancamannya kepada aqidah umat Islam dengan segala kelemahan yang kita ada maka ternyata pengawalan aqidah Umat Islam sewajarnya diutamakan berbanding usaha dakwah agar mereka menerima Islam. Kaedah Feqah menyatakan: دَرْءُ الْمَفاَسِدِ مُقَدَّمٌ عَلَى جَلْبِ الْمَصَالِحِ Mengelakkan kerosakan lebih diutamakan daripada mencari kemaslahatan. Tidak timbul soal kita takut dengan bayang-bayang sendiri seolah-olah iman kita terlalu lemah sehingga boleh digugat dengan hanya sekadar penggunaan satu istilah. Hakikatnya, kita bertanggung jawab mempertahankan aqidah umat tanpa memberi ruang langsung kepada sebarang usaha dari musuh Islam untuk mencemarkannya. Apakah kita mampu mengembalikan kesucian agama kita tatkala kita lemah jika sekiranya kita leka dengan perdebatan yang tak sudah padahal kuasa masih di tangan kita. Isu ini bukan sahaja wajar dimuktamadkan setelah fatwa rasmi dikeluarkan malah perbincangan mengenainya juga tidak seharusnya dibenarkan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Tidak semua perkara yang diharuskan oleh Allah tidak boleh dilarang oleh pemerintah. Atas dasar Siyasah Syar'iyyah, pemerintah boleh melaksanakan undang-undang bagi mencegah kemudharatan terhadap rakyatnya (سَدُّ الذَّرَائِعِ ). Oleh kerana Islam adalah Agama Persekutuan, maka kemaslahatan Islam dan Umatnya hendaklah diutamakan daripada selainnya. Kaedah Feqah menyebutkan : تَصَرُّفُ الإِماَمِ عَلَى رَعِيَّةٍ مَنُوْطٌ بِالمَصْلَحَةِ Tindakan pemerintah terhadap rakyatnya bergantung kepada Maslahat بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ خطبة كدوااَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ (العنكبوت :61)أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَSidang Jumaat yang dirahmati Allah, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Manakala Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, telah membuat dan menyiarkan fatwa pada 13 May, 2010 seperti berikut: (i) Penggunaan Kalimah Allah hanya dikhususkan kepada umat Islam; (ii) Mana-mana penganut selain daripada penganut Agama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah untuk sebarang tujuan atau maksud; (iii) Orang-orang yang bukan beragama Islam adalah dilarang daripada menggunakan Kalimah Allah dalam apa jua penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya. Sidang Jumaat Sekelian, Setiap orang adalah bebas untuk beramal dan berpegang dengan pendirian dan ilmu masing-masing. Oleh kerana ilmu, pendedahan dan pemikiran kita yang saling berbeza, maka lahirlah berbagai pendapat yang tidak mungkin di satukan. Oleh kerana ianya adalah merupakan masalah yang bersifat ijtihadi, maka pemerintah mempunyai peranan untuk mengeluarkan fatwa agar kesatuan ummat Islam dapat dipertahankan. Tidak ada sebarang faedah bagi ummat Islam untuk memperjuangkan hak orang-orang kafir sedangkan dalam masa yang sama mereka sentiasa berhelah untuk menafikan hak Umat Islam di negara ini. Kita tidak pernah menafikan hak mereka untuk beramal dengan agama mereka namun janganlah sampai mengancam jati diri dan pelaksanaan syariat Allah di bumi Allah ini. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ. اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ . إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ . فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak | ||
Posted: 17 Jan 2013 07:07 PM PST 5 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Kangar: Suasana pekarangan Mahkamah Majistret, di sini, kecoh apabila seorang wanita sarat mengandung menemani suaminya bagi mendapatkan perintah mahkamah, melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 11 pagi, semalam. Shahidawati Shabudin, 37, hadir bagi mengikuti keputusan terhadap suaminya, Narizam Saad, 39, untuk mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Pendaftar Mahkamah Sesyen Monica Joseph Ghaisah berkata, dia terkejut apabila suasana di mahkamah itu kelam-kabut selepas beberapa kakitangan mahkamah membantu seorang wanita melahirkan bayi. "Suami wanita berkenaan juga sebak dan menangis melihat keadaan isterinya lalu memaksa majistret mempercepatkan keputusan terhadapnya. ANGGOTA polis dan kakitangan mahkamah membantu wanita yang melahirkan bayinya di mahkamah, semalam. "Malah, saya mencadangkan bayi itu dinamakan Mohd Arif Hakim kerana dilahirkan di mahkamah ini dan dipersetujui bapa bayi berkenaan selain pihak mahkamah bercadang mengambilnya sebagai anak angkat mahkamah ini," katanya. metro/- | ||
Wanita terperangkap di celah ruang sempit Posted: 17 Jan 2013 07:00 PM PST PORTLAND - Seorang wanita terjatuh dari bumbung sebuah bangunan dan 'tersangkut' di ruang sempit yang terdapat di belakang dinding sebuah garaj parkir di sini kelmarin. Wanita tersebut terperangkap selama empat jam. Beberapa anggota bomba kemudian berjaya menyelamatkan wanita itu dengan menariknya keluar dari ruang tersebut selepas mereka membuat sebuah lubang di dinding garaj berkenaan. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Portland, Ron Rouse berkata, wanita berkenaan terjatuh ke celah ruang itu semasa dia berjalan di atas bumbung. Seramai 22 anggota bomba terlibat dalam operasi menyelamat wanita berkenaan. Menurut Rouse, wanita berkenaan memeluk beberapa anggota bomba selepas dia berjaya diselamatkan. Dia berkata, wanita berkenaan kemudian dihantar ke sebuah hospital untuk menjalani pemeriksaan perubatan. - Agensi | ||
Dua rakyat Malaysia jadi tebusan Posted: 17 Jan 2013 06:50 PM PST ALGIERS, Algeria - Dua rakyat Malaysia merupakan antara 41 pekerja asing yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan Islam di sebuah kompleks kemudahan gas di In Amenas di gurun Sahara, selatan Algeria. Dalam perkembangan terbaharu insiden tersebut semalam, seorang pegawai keselamatan Algeria berkata, sekurang-kurangnya 20 warga asing telah melarikan diri dari loji gas asli berkenaan yang terletak di gurun Sahara. Media tempatan sebelum ini melaporkan sekumpulan militan Islam menjadikan puluhan pekerja loji gas tersebut sebagai tebusan. Pegawai tersebut memberitahu, mereka yang berjaya melarikan diri termasuk rakyat Amerika Syarikat dan warga Eropah. Namun, beliau enggan mengulas lanjut. Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan militan menyerang kompleks gas itu yang terletak 1,300 kilometer dari sini dan menjadikan berpuluh-puluh pekerja asing sebagai tebusan. Loji gas tersebut dikepung oleh tentera Algeria dengan situasi kini dalam keadaan tegang. Menurut beberapa laporan, insiden tebusan itu adalah sebagai tindakan balas kerjasama Algeria dengan tentera Perancis yang campur tangan dalam konflik di Mali. Dalam perkembangan terbaharu, beberapa militan Islam memberitahu, helikopter-helikopter tentera Algeria menyerang kompleks gas berkenaan dengan menyebabkan 35 tebusan warga asing dan 15 militan terbunuh. Setakat ini, pemerintah Algeria enggan mengesahkan laporan tersebut. Nasib rakyat Malaysia itu masih belum diketahui. Kompleks gas tersebut dikendalikan oleh syarikat minyak BP dari Britain, Statoil milik Norway dan firma Algeria, Sonatrach. - Agensi | ||
Tembelang Meletup! Umno menipu janji pendidikan percuma menjelang 1982 Posted: 17 Jan 2013 06:45 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - EDISI TEMBELANG MELETUP BUSUK!!!!!... SUDAH KANTOI....UMNO JANJI MENIPU KATA NAK BERI PELAJARAN PERCUMA MENJELANG 1982!!!!KERATAN AKHBAR UTUSAN MELAYU SEBAGAI SAKSI BERBICARA....JANJI DICAPATI!!! Janji sudah 30 tahun berlalu. UMNO/BN kata akan berikan pendidikan percuma menjelang tahun 1982 apabila semua dasar pelajaran kebangsaan terlaksana sepenuhnya. Ini janji Menteri Pelajaran ketika itu Dr Mahathir Mohamad. Kalau bab pelajaran pun UMNO sanggup menipu dan mungkiri..Apa lagi perkara lain beb!!! Sebab itu janji dan kata-kata UMNO langsung tidak boleh dipakai. JANJI DAN KATA UMNO BOLEH DIPERCAYAI...KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA. harakah/- | ||
Kes "Pak Janggut": Utusan Kalah Lagi, Pintu Rayuan Berakhir! Posted: 17 Jan 2013 06:00 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad. Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan. Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00. Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha. Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu. Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ""ZULKIFLI BIDAS 'PAK JANGGUT' " adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad. Antara lain artikel tersebut menulis: "Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya 'Pak Janggut' yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu. Menurutnya, 'Pak Janggut' turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka. "Yang paling pelik, 'Pak Janggut' ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,"katanya." Untuk rekod, pada tahun 2010 Khalid Samad telah memfailkan Writ Saman ke atas Utusan melalui Tetuan Mohamed Hanipa & Associates atas dakwaan artikel Utusan tersebut telah memfitnah beliau. Mahkamah Tinggi memutuskan perkataan 'Pak Janggut' di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan Khalid Samad ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan Hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar di Mahkamah Rayuaan. Di Mahkamah Rayuan, Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh peguam Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka. Sekaligus rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu. Mahkamah Rayuan juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad. Dengan penolakkan rayuan Utusan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini maka usaha Utusan untuk merayu ke atas keputusan yang memihak kepada Khalid Samad berakhir. Pada pendengaran rayuan hari ini , Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan. Menurut peguam Hanipa Maidin, Khalid akan memfailkan Notis Taksiran Kos di Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat bagi menuntut segala kos perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang perlu dibayar oleh Utusan ke atas Khalid. -HD | ||
Blogger Umno, Pisau.Net akhirnya tersungkur kerana memfitnah! Posted: 17 Jan 2013 05:40 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - Isu tanah Kelantan: pisau.net akui fakta silap IPOH – Selepas hampir sebulan kemelut isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Gua Musang, Kelantan menjadi topik hangat, sebuah blog, pisau.net yang memaparkan artikel berhubung isu berkenaan mengeluarkan kenyataan ralat. Kenyataan ralat yang dikeluarkan 13 Januari itu menyebut bahawa tiada berlaku penukaran tanah bagi menebus jawatan Menteri Besar Perak antara dua pemimpin DAP iaitu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming bersama Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seperti yang dilaporkan sebelum ini. Artikel bertajuk 'Pembetulan fakta tanah Ngeh dan Nga di Kelantan' itu menyebut bahawa berlaku percanggahan fakta tidak tepat yang diperoleh daripada sumber sebelum ini dan menyifatkan bertanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan demi kebenaran. Mengulas perkara itu, Koo Ham yang juga Pengerusi DAP berkata, penafian yang dikeluarkan blogger itu jelas menunjukkan isu yang digembar-gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah. Menurutnya, ia juga jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik. "Terbukti, tuduhan mereka sebelum ini tidak berasas. Saya akui, pendedahan yang dinyatakan blog ini sedikit sebanyak telah membersihkan nama kami, namun ia masih belum cukup," katanya pada sidang media, semalam. Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, penyiaran artikel 'ralat' itu tidak memadai, sebaliknya beliau menuntut agar pengendali pisau.net tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka. Katanya, pendedahan yang dilakukan bukan perkara kecil kerana memberi impak terhadap imej dan reputasi pemimpin Pakatan Rakyat (PR) terutama Nik Aziz. "Selain menyiarkan artikel penuh di blog, kita juga mahu pisau.net membuat kenyataan awam berhubung penafian ini di lima akhbar arus perdana dalam tempoh tujuh hari sebaik surat rasmi diterima daripada kami," katanya sambil memaklumkan writ saman akan tetap diteruskan terhadap blog berkenaan. pisau.net menyatakan pendedahan yang dilakukan mengenai skandal berkenaan bukan isu baru apabila blog pro pakatan MediaPerak.net pernah mendedahkan konflik sama pada Jun 2012. Tinjauan semalam mendapati, laman blog berkenaan tidak lagi boleh diakses. Isu pemilikan tanah berkenaan tercetus dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Disember lalu apabila Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menggesa Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberi penjelasan berhubung isu itu. Pembelian tanah berkenaan didakwa sebagai ganjaran kepada DAP atas perjanjian membenarkan Mohammad Nizar yang juga Adun Pasir Panjang menjadi menteri besar. harakah/- | ||
Teruskan program asalkan berpakaian sopan - Azizan Posted: 17 Jan 2013 05:30 PM PST 6 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Garis panduan persembahan hiburan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah telah sedia ada sejak 2008 serta tiada pihak yang mempertikaikannya. Namun, mengapa hampir kepada Pilihanraya Umum ke-13, ia menjadi 'isu'. Demikian penegasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) bagi mengulas mengenai garis panduan persembahan hiburan yang dibangkitkan oleh MCA serta Gerakan Kedah, lapor portal rasmi kerajaan negeri semalam. Berhubung penganjuran program '1 Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang dijadualkan pada 15 Februari depan di Star Walk, Alor Setar, kerajaan negeri membenarkan program tersebut diteruskan dan penganjur hendaklah memastikan bahawa setiap peserta yang terlibat dengan persembahan di pentas sama ada lelaki dan perempuan (kanak-kanak dan dewasa) mestilah berpakaian sopan atau tidak menjolok mata. "Pokok utama garis panduan itu memastikan bahawa semua persembahan di Kedah adalah terkawal tak kiralah pada orang bukan Islam ataupun Islam untuk menghormati budaya dan adat setempat. "Jadi kita dah beritahu mereka boleh terus persembahan, sama ada lelaki dan perempuan tetapi pastikan pakaian mereka itu tidak menjolok mata, itu saja, tak lebih dari tu," jelas beliau bagi merungkai segala kekeliruan pelbagi pihak. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Penanaman Pokok Peringkat Daerah Yan yang diadakan di Kampung Permatang Buluh, Yan. Tambah beliau, pihak penganjur program tersebut boleh berjumpa Exco berkenaan bagi membincangkan masalah tersebut, bukannya mengadu kepada MCA yang hanya mahu jadikannya 'isu'. "Dulu dah ada yang buat dan bincang dengan Exco, ada yang bersetuju, ada yang batalkan konsert bimbang gagal mengikut garis panduan. "Tapi mengapa yang ini mengadu pada MCA yang tak ada modal, jadi dia nak cari isu yang boleh tunjuk dia adalah 'hero' pada orang Cina," jelas beliau. Hadir sama pada majlis tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Abd Isa Ismail, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Yan, Zahari Ismail. harakah/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan