Khamis, 31 Januari 2013

MY VOICE FOR NATION

MY VOICE FOR NATION


Malaysians are ready for change!

Posted: 31 Jan 2013 04:38 PM PST

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DN PERASMIAN SPIES D'VILLAGE SELAT KLANG

Posted: 31 Jan 2013 10:47 PM PST

KEUPAYAAN BERFIKIR BN: HARGA AIR MURAH PUNCA KRISIS AIR

Posted: 31 Jan 2013 09:56 AM PST

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini serta menegaskan hal tersebut menunjukkan penting bagi kerajaan melakukan penstrukturan tenaga dan air bagi memastikan kedua-dua bekalan utama tersebut tidak mengalami masalah pada masa depan.

Menurut beliau, langkah kerajaan negeri memberikan harga air yang murah bukanlah sesuatu kaedah terbaik kerana ia hanya akan menyebabkan kepada lebih banyak pembaziran.

"Krisis di Selangor baru-baru ini adalah salah satu contoh akibat buruk yang berlaku dan menyebabkan ratusan ribuan rakyat menerima kesannya.

"Air murah yang diberikan hanya menyebabkan pembaziran kerana orang ramai yang tidak menghargai dan menggunakannya secara berlebihan," kata Chin dalam satu majlis anjuran Institut Strategi Dan Kepimpinan Asia pagi tadi.

Chin juga menyatakan pemberian air murah akan menyebabkan kerajaan terpaksa meningkatkan subsidi dan pada masa sama ia juga akan menyebabkan pembaziran dana awam.

"Apabila penggunaan air meningkat, kerajaan pada masa sama terpaksa meningkatkan subsidi.

"Apabila ditambah subsidi ini, penggunaan dana awam juga tidak dapat digunakan dengan sebaiknya," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Chin mengulangi penstrukturan tenaga dan air sangat penting serta memberikan amaran supaya ianya tidak dipolitikkan kerana isu ini adalah demi kepentingan rakyat Malaysia sendiri.
Awal bulan ini, ribuan pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air berikutan kerosakan sistem pam tambahan di Rumah Pam Wangsa Maju.

Gangguan air tersebut antara yang terburuk sejak Pakatan Rakyat mengambil alih negeri Selangor.

Walaubagaimanapun, Putrajaya menuduh keengganan kerajaan negeri Selangor membina loji rawatan Langat 2 sebagai punca krisis tersebut memandangkan sistem pengepaman sedia ada tidak mampu permintaan pengguna yang semakin meningkat.

Dalam perkembangan terkini, kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan air dari syarikat konsesi air di negeri itu dalam tempoh 14 hari.

Dalam surat yang ditulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tersebut, kerajaan negeri memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklumbalas.

Pertikaian berhubung isu air di Selangor mula mendapat perhatian apabila pembinaan Loji Langat 2 dihentikan kerajaan PR Selangor sebaik sahaja menawan negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008.
Sumber; Malaysian Insider
.................................................
 Isu Air: Peter Chin bidas kerajaan Selangor
2013/01/31
PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini membidas kerajaan Selangor yang dilihat lebih berminat mempolitikkan isu bekalan air daripada membantu Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyelesaikan masalah berkaitan bekalan air.

Menterinya, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, berkata tindakan Selangor membuat pengumuman mengenai punca gangguan bekalan air baru-baru ini adalah tidak wajar dan membelakangkan badan kawal selia perkhidmatan air negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Beliau berkata kerajaan negeri Selangor seharusnya menyerahkan tanggungjawab membuat siasatan mengenai punca sebenar kejadian kepada SPAN, dan menumpukan perhatian bagi membantu Syabas, yang 30 peratus dimiliki kerajaan negeri.


"Kerajaan Persekutuan (sebaliknya), dan bukan Selangor; yang mengarahkan Syabas melaksanakan serta-merta, kerja-kerja pemasangan paip pintasan untuk menyelesaikan gangguan bekalan yang dihadapi penduduk beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya semasa membacakan kenyataan media di sini.

Katanya Kerajaan Pusat juga mengarahkan Syabas melaksanakan kerja-kerja menaik taraf Rumah Pam Wangsa Maju bagi mengurangkan risiko gangguan bekalan air di masa hadapan, kerana kerja pembinaan rumah pam baru oleh kerajaan negeri menggunakan pinjaman kerajaan persekutuan hanya akan siap pada tahun 2015.

Peter Chin berkata Kerajaan Pusat menerusi SPAN juga sedang meneliti beberapa langkah mitigasi tambahan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan air yang serius sementara menunggu pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 disiapkan.

Beliau berkata kerajaan negeri juga enggan memberi kebenaran bagi membaiki bumbung kolam air di Loji Rawatan Air Sungai Langat yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun peruntukannya sudah disediakan Syabas.
"Sekiranya bumbung kolam air itu runtuh, sekurang-kurangnya 1.6 juta penduduk sekitar Ulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur akan mengalami ganguan bekalan air yang boleh berterusan mencecah berbulan lamanya," katanya.

Katanya situasi ini merupakan sebahagian daripada halangan yang dihadapi kerajaan pusat ketika berurusan dengan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air mencukupi tanpa ganguan.

"Oleh itu saya serahkan kepada rakyat utnuk menilai sama ada kerajaan negeri Selangor benar-benar serius untuk menyelesaikan masalah rakyat atau lebih berminat untuk mempolitikkan isu air ini dengan mengaitkan masalah ini dengan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor," katanya. - BERNAMA

MAHAZALIM TAKUT DENGAN BAYANG2 MULA SEBAR KHABAR ANGIN

Posted: 31 Jan 2013 04:01 AM PST

  Anda nilai sendiri ucapan bekas seorang negarawan "wira" dan berbagai lagi gelaran yang pernah diberikan kepada beliau.


Mahathir: Pembangkang tangkap lawan jika berkuasa
   

Pakatan pembangkang akan bertindak terhadap pesaing politiknya sebaik sahaja ia berkuasa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka akan mengambil tindakan terhadap orang yang tidak baik dengan mereka atau yang mereka rasa tidak baik dengan mereka.

Berucap di Kuala Lumpur hari ini, Dr Mahathir berkata, terdapat desas-desus bahawa kerajaan persekutuan yang dikuasai Pakatan, akan menangkap orang seperti itu, termasuk dirinya sendiri.

Bekas perdana menteri itu berkata, ada yang mengatakan beliau harus meninggalkan Malaysia sebelum keputusan pilihan raya diumumkan.

"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas.

"Tetapi saya tidak fikir mereka akan berbuat demikian. Pembangkang adalah orang baik. Mereka mungkin menangkap orang dan mendakwa mereka."

Mahathir secara berseloroh berkata, beliau gembira Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak lagi wujud dan bahawa Pakatan, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika ia berkuasa.

"Tanpa ISA, saya berasa lebih selesa," katanya.

Sumber: malaysiakini

Dr Shafie Abu Bakar

Dr Shafie Abu Bakar


Memulihara Istana Bandar, Kuala Langat Bagi Menjadikannya `Living Museum`

Posted: 31 Jan 2013 04:57 PM PST

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Isteri Mati Ditembak 24 Das Oleh Polis Di Taman Sentosa, Klang

Posted: 30 Jan 2013 10:53 PM PST

KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka.

Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari.

Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali.

Voon Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu.

Di dalam satu sidang media di sini hari ini, Voon Kong berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah.

Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka.

"Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu.

"Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak mayat isteri saya.

"Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

"Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya," katanya di dalam sidang akbar di pejabat khidmat MP Klang.

Beliau mendakwa polis tidak menjalankan tugas mereka secara profesional dengan melulu menembak isterinya.

"Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis.

"Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta," katanya.

Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya.

Lelaki tersebut dipercayai ditahan polis dan satu laporan polis telah dibuat oleh Voon Kong pada 19 Januari lalu di Balai Polis Klang.

Sementara itu, MP Klang, Charles Santiago berkata kes itu merupakan yang ketiga berlaku selepas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan kes Amirul Rasyid yang membabitkan polis.

"Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah," katanya.

Selain itu, MP Puchong, Gobind SinghDeo  mahu polis menjalankan siasatan yang adil dan Perdana Menteri perlu campur tangan dalam kes itu.

"Polis tidak boleh menghukum mangsa dengan terus menembaknya, kini polis sudah tidak memberi perlindungan kepada rakyat."

Sumber: Selangorku

Bringing KEADILAN to the Deepest Interiors of Sarawak Over Rough Terrain And Via Unfriendly Rivers

Posted: 30 Jan 2013 10:32 PM PST








Kecoh Peserta Protes IC Merah Dihalang Masuk JPN

Posted: 30 Jan 2013 08:50 PM PST

Satu kekecohan berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang apabila polis cuba menghalang peserta protes yang memegang kad pengenalan (IC) merah daripada memasuki premis tersebut.

Kira-kira 30 pemegang IC merah dan keluarga mereka serta beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum itu berkumpul di Jalan Larut pagi ini sebelum berarak ke pejabat JPN di Anson Road.

Kumpulan itu, yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang gagal mendapatkan IC biru dari JPN.

Apabila mereka tiba di destinasi tersebut, kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang mereka memasuki pejabat JPN itu.

"Ini menyalahi undang-undang," kata Surendran.

Satu peserta protes itu menjerit "polis sabotaj kita!"

Ancaman ditangkap

Latheefa Koya dari Peguam NGO for Liberty berkata polis telah mengancam untuk menangkap mereka.

Mereka disertai ramai penyokong dan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Jason Ong (Kebun Bunga), dan Ng Wei Aik (Komtar).

Terdapat juga beberapa individu dengan IC hijau menyertai
perhimpunan tersebut.

Selepas pemimpin Pakatan berunding dengan pihak polis, kumpulan itu dibenarkan memasuki ke bangunan tersebut.

Mereka duduk di lobi dan menunggu untuk tindakan selanjutnya dari JPN.

Terdahulu, perarakan sejauhj 100 meter tidak mengganggu aliran trafik kerana polis dan anggota unit rondaan sukarela membantu mengawal lalulintas.

Mereka membawa sepanduk dengan slogan 'duduk' dan 'bantah' serta melaungkan "Hidup rakyat".

Sumber: MalaysiaKini

PKR: RM100 for Students ‘Cheap Gimmick’

Posted: 30 Jan 2013 08:50 PM PST

PETALING JAYA: The RM100 cash handouts for school children is a ridiculous attempt by the ruling coalition to garner cheap votes, said an opposition leader.

PKR vice-president N Surendran called on the Indian community not to fall prey to such election gimmicks.

"Those who read the mainstream newspapers will notice that most of them showed Indian students receiving the aid.. .and one can clearly see that the government is targeting Indian votes," he added.
Surendran agreed that this was no coincidence and that Barisan Nasional knew how to "play their cards right".

"The majority of the Indian community live under the poverty line and the government has not done much to improve their condition… so they are using the school aid to paint a different picture," he added.



Previous media reports quoted parents expressing their gratitude to the government for the cash handouts and they hoped such generous acts would be forthcoming in the future.

In a previous article by FMT, Education Minister Muhyiddin Yassin was quoted as saying that such aid from the government would continue only if the people voted for the BN government in the upcoming election.

However, Surendran refused to believe Muhyiddin's claims, reiterating that it was only a "cheap election gimmick".

"It's a last minute attempt by the government to win back all votes, not just the Indian votes in particular.

"These handouts are a one-off and it's disappointing cause there are no long-term benefits. It's neither significant nor a permanent benefit for the people," he added.

Instead, he said that the government should concentrate their resources on improving facilities of schools and provide scholarships for bright students, regardless of race.

"We all know that Tamil schools are in the worst conditions ever, and why can't the amount that was used for the school aid be channelled to improve the state of these schools?" he asked.

Surendran said this in reference to the RM540 million that the government has allocated for the distribution of school aid.

Source: FreeMalaysiaToday

Mahkamah Benarkan Bicara Rahsia Perjanjian Konsensi

Posted: 30 Jan 2013 08:40 PM PST

SHAH ALAM 30 JAN : Isu samada perjanjian konsesi Syarikat Bekalan Air Syabas (Syabas) dan Kerajaan Selangor pada 2004 adalah rahsia kerajaan akan dibicarakan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Ini merupakan keputusan mahkamah tersebut hari ini terhadap permohonan yang dibuat oleh Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP).

Pengerusi CAWP Charles Santiago berkata keputusan tersebut adalah satu langkah yang bagus yang akan memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui butiran tentang 'projek kepentingan awam'.

Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pihak mahkamah supaya menetapkan satu tarikh untuk kes itu dibicarakan.

"Keputusan itu merupakan satu tindakan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan.

"Jadi tidak ada asas untuk menteri tidak membenarkan pendedahan dokumen itu kerana laporan audit tidak pernah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa CAWP memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.

Mereka berhujah laporan audit Syabas menjadi asas kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006.

Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.

Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sekaligus, keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan.

Susulan daripada itu, CAWP memfailkan satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang semula keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

CAWP terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber: Selangorku

Syabas Digesa Siasat Risalah Hentam Kerajaan Negeri

Posted: 30 Jan 2013 08:30 PM PST

SHAH ALAM, 30 JAN: Kerajaan Selangor mahu satu siasatan dalaman dibuat berhubung isu pengedaran risalah mengkritik kerajaan negeri dalam isu air yang melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, maklumat ini diperolehi hasil aduan rakyat dan risalah tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.

Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati, risalah itu dikeluarkan Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

"Sebagai pemegang saham Syabas, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (yang dimiliki Kerajaan Selangor) mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco.

Risalah-risalah tersebut mirip beberapa iklan yang dipaparkan di dalam akhbar Umno-BN minggu lalu yang mengkritik kenyataan Kerajaan Negeri.

Selain itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang lain berkata Kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa kejadian paip bocor kerap berlaku dan ini akan memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.

"Kerajaan negeri akan memantau secara serius perkara ini demi menjaga kepentingan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"(Supaya mereka) tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala," Abdul Khalid berkata.

Pada dua minggu terawal bulan ini, rakyat Selangor berhadapan krisis bekalan air yang menyaksikan setengah juta rakyat di Ampang, Cheras dan Gombak berhadapan masalah bekalan air.

Hasil campurtangan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, krisis bekalan air berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat dan lebih awal daripada masa yang dijangkakan Syabas.

Sumber: Selangorku

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


GEMBIRA DAPAT RM100... TAHNIAH KERAJAAN BN

Posted: 30 Jan 2013 04:38 PM PST

Assalamualaikum.

Nampak gembira ibu bapa yang mengiringi anak-anak mereka menerima bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada pelajar-pelajar sekolah di negara ini. Bukan sahaja pelajar sekolah kerajaan, malah pelajar sekolah swasta juga menikmati bantuan tersebut.

Lebih mulia lagi, bukan sahaja anak penyokong kerajaan BN sahaja yang diberikan, malah anak kepada penentang kerajaan, mereka yang selama ini memaki hamun kerajaan BN pun, kerajaan BN berikan bantuan tersebut.

Sebabnya, sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan berjuang demi rakyat, maka setiap rakyat akan diberikan perhatian dan jika terhadap habuan yang diberikan, maka ia sama-sama dinikmati.

Selebihnya, jika ada yang tidak tahu bersyukur atau rasa berterima kasih – itu terserah dan terpulang kepada mereka.

Apa yang penting, kerajaan BN telah melakukan yang terbaik demi rakyat. Walaupun bantuan RM100 tidaklah seberapa, namun bagi mereka yang bersyukur dengan nikmat tersebut, nilainya amatlah besar sekali. Dan, kerajaan BN telah membelanjakan jutaan ringgit bagi pemberian tersebut. Alhamdulillah.

Saya sendiri melihat dan dapat merasakan betapa gembiranya ibu bapa menerima bantuan/sumbangan tersebut. Namun, ada juga segelintir yang tidak menunjukkan tanda-tanda begitu kerana terlalu terpedaya dengan fahaman yang tidak mengajak mereka menjadi seorang yang tahu bersyukur dan berterima kasih.

Tidak mengapalah, pedulikan mereka. Bagi majoriti rakyat, mereka sangat berterima kasih kepada kerajaan BN yang sentiasa memberikan perhatian terhadap kebajikan rakyat.

Selepas ini, giliran ibu bapa pula menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sebanyak RM500 seorang. Bagi anak-anak muda pula, mereka akan memperolehi bantuan juga.

Kepada rakyat Terengganu, mereka menerima bonus setiap kali tibanya hari raya apabila diberikan imbuhan sebanyak RM300 seorang daripada Wang Ehsan. Alangkah bertuahnya rakyat di negara ini. Tidak tahulah jika ada yang tidak ada rasa mahu berterima kasih.

 Bagi kerajaan BN, usaha memajukan negara ini tidak pernah dihentikan. Dan, pada masa yang sama, usaha memartabatkan kebajikan rakyat telah lama dilaksanakan. Rakyat kita hari ini sungguh bertuah, dan tuah itu tidak ada di kebanyakan negara di dunia.

Apa yang penting, rakyat perlu bersatu dalam memastikan agenda ini dapat diteruskan dan bukannya mendedahkan diri mereka untuk terpedaya dengan anasir-anasir yang merugikan negara.

Itulah harapan saya. Semoga kita akan terus maju dan hidup dalam serba berkebajikan di bawah kerajaan BN. Alhamdulillah.

YB Ahmad Razif Blog's

YB Ahmad Razif Blog's


Sepetang bersama YM. Dr. Tengku Asmadi

Posted: 31 Jan 2013 04:46 AM PST







Petang tadi, 31 Januari 2013 selepas berakhirnya kerja rasmi telah meluangkan masa bersama-sama pakar motivasi YM. Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Muhamad di Pantai Sarang Laba, Kg. Baru.

Program Motivasi Untuk Pelajar-Pelajar Tahun 6

Posted: 31 Jan 2013 04:40 AM PST













Pagi tadi, 31 Januari 2013 telah merasmikan Program Motivasi untuk Pelajar-Pelajar Tahun 6 (UPSR) sekolah rendah dalam DUN Seberang Takir bertempat di Dewan SMK Kompleks Seberang Takir. Penceramah motivasi ialah YM. Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad. Terima kasih kepada beliau kerana sudi memberi motivasi kepada para pelajar tahum 6 yang bakal menghadapi UPSR 2013 nanti. Semoga dengan program ini dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran, seterusnya dapat menjawab soalan UPSR dengan baik. InsyaAllah.

Comments for Wee Choo Keong

Comments for Wee Choo Keong


Comment on Issues for your MP by weechookeong

Posted: 31 Jan 2013 08:47 AM PST

GuitarFans

Thank you for your comments.

there is no record of your comment/posting on 31-1-2013. Could you please resend them?

I really am sorry for the inconveniences caused.

Thank you

With kindest regards

wee choo keong

Comment on Misleading advertisment by Proton Edar? by weechookeong

Posted: 31 Jan 2013 08:42 AM PST

Kunang Kunang

I have brought this matter to the attention of the Minister and he has instructed his officer to look into the complaints.

I will bring to his attention with regards to complaints by readers to his attention again.

Thank you

With kidnest regards

wee choo keong

Comment on Issues for your MP by weechookeong

Posted: 31 Jan 2013 08:40 AM PST

Hanit

I really am sorry to learn about the disruption of water supply in Section 2. I have checked with Syabas and was informed that the water level in the reservoir serving Wangsa Maju was low due to the hot water. Syabas had to turn off one of the two pumps serving the area to avoid over-heating which will burn out the pumps. Syabas has been trying to get supply from elsewhere to fill up the said reservoir but not successful. Syabas is still trying its best to resolve this problems.

I will check with Syabas from time to time to provide updates.

Thank you

With kindest regards

wee choo keong

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by weechookeong

Posted: 31 Jan 2013 08:30 AM PST

anti betrayal

Thank you fro your comments.

I will do my best check and do what I can.

With kindest regards

wee choo keong

Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by Ulat Bulu

Posted: 31 Jan 2013 06:56 AM PST

Anonymous…..BRAVO and well said. MAS is going to be part of the ONEWORLD by tomorrow 1 FEB 2013, so AJ you better put on your thinking cap and do something about reallocating your ticket office at the previous premises again.
Every passenger who visit MAS ticket office are actually your pay master. they deserve better service.

Whoever come out with the idea of VLP is really an idiot and those boss weho released their staff on VLP are equally an idiot too.
When they agreed to letting the staff goes on VLP, have it ever cross their mind that they might be running short of staffs specially at the frontline. How do you expect your staff to perform when they have to work their ass off.

So AJ don’t just talk about joining ONEWORLD but make sure that they service and other things are also at par with other airlines who is already a member in ONEWORLD.

One thing I can say here is I am PROUD that finally MAS is a member of ONEWORLD and BRAVO to those who are involved in the preparation prior to joining ONEWORLD. AJ, you should give due recognition to those staffs from all grade who have contributed in making the joining of ONEWORLD possible for MAS, it doesn’t matter how big or small their contribution is.

Comment on Misleading advertisment by Proton Edar? by Kunang Kunang

Posted: 31 Jan 2013 05:29 AM PST

Worst still, AirAsia is selling tickets beyond their AOC validity and the Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs / Ministry of Transport / DCA are doing nothing about it. Something very fishy is going on..

And YB WCK has promised to report to the Ministry concerned. Have you YB? I had.

Comment on Issues for your MP by GuitarFans

Posted: 31 Jan 2013 03:16 AM PST

hi MP Wee

have you received my post on this section of your blog, on 31 Jan 2013 ?
As i’m not sure if my post here is still being moderated ?
thx.

Comment on Azahari Dahlan: Was SRT’s statement referring to a possible joint venture with MAS? by anti betrayal

Posted: 31 Jan 2013 02:13 AM PST

Dear YB,
I need your favor. Last year I did commented on some of your post inclusive pilgrim(Tabung Haji) & Jeddah route. MH did closed the route last year. I’m so shock to see Air Asia had launced route to Jeddah. Do you mind invstigate this matter further? i.e. route right etc? (why Ak always stealing on MH route? so cheap ya? no need to create awareness as MH had spent millions on promoting new routes. AK just ‘cuci kaki’, no need to spend a massive expenses on advertising/promotion!! Sucks!! (look what AK did on Firefly’s route – KK & Kuching. Please reinstate for the sake of Sabahan & Sarawawakian ppl)!!!!

Comment on Issues for your MP by Hanit

Posted: 30 Jan 2013 04:43 PM PST

YB
I am staying Section 2 Wangsa Maju. I am really fed up with frequent water cut off. Every night Syabas off the supply, this was going on for past few weeks. But yesterday was the worst situation, water supply off at 8.00am. At 5.00am today we had the supply back with very low volume and they off it back at 6.00am. How are we to cope with this situation. My house is not big enough to store water and Syabas did not even give us any notice. They off as they wish and when we call them, the reason given is pump problem or not enough water. If one or two days I have no problem but everyday they are stoping the supply. I hope you could help us to solve this problem.

Comment on MAS Integrity Programe NO:7 by Anonymous

Posted: 30 Jan 2013 09:40 AM PST

ali,

I just want to inform that any report lodge to macc are not allowed to be made public because will ganggu their investigation and I will sure ask them to trace siapa yg made comment about me on this blog as i am sure siapa yg makan cili dia terasa pedas and suka hati aku lah nak bagi tau nama ke tidak n jangan pulak nanti nama engkau pulak yg timbul

Satu pesanan yg ikhlas saya tak berniat nak taruk pasir periuk nasi orang sebab semua yg makan rasuah ni orang islam dan dah berfamili dan kalau meraka tak bodek dan ampu dan tentu sampai skrg masih graded staff kerana qualification cuma spm sahaja tapi ada sampai dah jadi svp,manager pun ada.

cuma nak cakap sini salah sorang ni adalah seorang perempuan berpangkat controller pulak n jgn lah makan duit haram kerana di dunia boleh lepas tapi di padang mashar nanti macam mana.

skrg sesiapa nak bagi komen buruk tentang aku silakan lah kerana allah akan mencatatkan dan akan di adili di hari akhirat nanti dan aku rasa ada lah lebih baik di serahkan kepada pengadilan allah swt di mana tidak ada pembohongan boleh di buat di situ cuma nak bagi tau yunus … maskargo awaskan lah staff you sikit n jgn kerana mereka pandai bodek dan ampu bagi promotion.

Nuffnang