Khamis, 31 Januari 2013

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


KL112: Juham sedia peguam hadir ke balai polis

Posted: 31 Jan 2013 12:36 AM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 14 orang yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu dinasihatkan tidak takut untuk membantu siasatan polis.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham), Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi berkata, 14 orang tersebut hanya dipanggil untuk membantu siasatan polis, bukan untuk didakwa.

Bagaimanapun katanya, mereka tidak perlu hadir secara terburu-buru selagi notis pemberitahuan tidak dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Dari sudut perundangan, mereka tidak perlu serah diri sehingga polis mengeluarkan notis pemberitahuan.

"Polis harus mengeluarkan notis pemberitahuan meminta mereka hadir untuk membantu siasatan. Polis ada prosedur siasatan, tidak boleh terus dakwa. Jadi mereka tidak perlu takut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Zamri juga berkata, Juham akan menyediakan peguam untuk menemani mereka ke balai polis selepas menerima notis.

"Juham akan sediakan peguam untuk menemani mereka kerana ikut prosedur, orang yang dipanggil ke balai polis boleh ditemani peguam," katanya.

Jika terdapat pendakwaan pula katanya, Juham akan memberikan khidmat guaman percuma kepada mereka.

"Juham akan ambil tanggungjawab ini untuk menyediakan peguam mewakili mereka," katanya.

Polis harus profesional

Sementara itu, Zamri mengingatkan pihak polis agar bersikap profesional dan tidak mengikut telunjuk Umno BN.

Katanya, tindakan mencari orang yang membawa kanak-kanak dilihat seolah-olah sengaja mencari kesalahan penganjur.

"Himpunan berlangsung aman dan tak ada apa-apa kerosakan kenapa selepas sebulan tiba-tiba polis cari mereka.

"Ini menunjukkan Umno BN yang sebenarnya takut melihat kehadiran rakyat ke himpunan, jadi mereka cari kesalahan," katanya.

Tambahnya lagi, pihak polis harus mengutamakan isu keselamatan rakyat berbanding mencari kesalahan begini.

"Saya ingatkan polis lebih profesional dan bertindak mengikut keutamaan.

"Banyak lagi kes orang hilang, jenayah di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang ni," katanya.

Menurut polis, perbuatan membawa kanak-kanak ke himpunan melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak.

harakah/-

Nenek jual tiga bayi dipenjara

Posted: 31 Jan 2013 12:27 AM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
 
 

  Seorang nenek dihukum penjara 14 tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam, setahun selepas dua kali dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan menjual tiga bayi empat tahun lalu.

Lim Kian Wan, 60, kelihatan muram sebaik Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman selepas berpuas hati dengan hujah kedua-dua belah pihak.

Kes tersebut dibicarakan semula secara penuh selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kajang pada 13 April 2012.

Abdul Alim dalam penghakiman berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu dengan keterangan tertuduh hanya penafian semata-mata.

Beliau juga menyifatkan tindakan tertuduh dalam kes ini kerana mementingkan kemewahan tanpa memikirkan nasib bayi-bayi tersebut.

"Kamu juga mempunyai jaringan kerjasama yang sangat elok yang boleh menjadi penyebab kamu melakukan jenayah yang dibenci ini," kata beliau.

Sehubungan itu, Abdul Alim memutuskan tertuduh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan RM10,000 untuk tiga pertuduhan.

Jika gagal membayar denda, wanita itu perlu menjalani hukuman penjara setahun lagi bagi setiap pertuduhan.

kosmo/-

Sekat kebebasan bergerak di Felda tidak sah

Posted: 31 Jan 2013 12:17 AM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD]


KUALA LUMPUR: Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan.

Demikian dijelaskan oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Menurutnya, permohonan untuk Semakan Kehakiman di bawah aturan 53 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, telah selesai dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar jam 10.45 pagi ini.

"Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana-mana tanah rancangan Felda seluruh negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Permohonan untuk Semakan Kehakiman di bawah aturan 53 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, telah selesai dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuantan sekitar 10.45 pagi ini.

Suatu deklarasi yang menyatakan arahan dari Felda, Pengurus Wilayah dan Pengurus Felda yang menyekat aktiviti di mana-mana rancangan Felda adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Fasal 9(2) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon iaitu saya selaku Penyelaras Kembara Oren dan Hashim Ahmad, Ketua PAS Cawangan Felda Jengka 12, memohon untuk satu perintah interim agar mahkamah menggantung kesemua arahan oleh responden terhadap sekatan atau halangan kebebasan bergerak di mana-mana tanah rancangan Felda seluruh negara.

Tuntutan ganti rugi juga dibuat terhadap Felda selaku responden pertama dan Mohd Yazid Abdullah (Pengurus Felda Jengka 12) iaitu responden kedua.

Peguam Haris Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris mewakili saya dan Hashim.

Esok, peguam Haris akan mendapatkan tarikh untuk mendengar permohonan dan serahan permohonan agar kes ini didengar secepat mungkin juga dilampirkan.
Adalah sangat penting untuk diketahui, jika permohonan ini berjaya, ia menjadi rujukan utama terhadap semua aktiviti di Felda seluruh negara.

Mana-mana pengurus termasuk JKKK yg cuba menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun dianggap menghina mahkamah.

Bukan itu sahaja, menariknya, permohonan boleh dilakukan untuk memenjarakan Pengurus Felda dan JKKK yang engkar dengan keputusan mahkamah!

Bersama-sama memberi sokongan pada hari ini ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong, Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saat, bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation, Md Said Jonit, Pengerusi Anak Pahang, Yohanis Ahmad dan wakil-wakil peneroka.

harakah/-

Kase desak henti operasi AES pada cuti perayaan

Posted: 31 Jan 2013 12:16 AM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) tetap dengan pendirian bahawa pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) perlu ditangguhkan serta merta kerana masih terdapat masalah teknikal dan kepincangan yang belum diselesaikan.

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff yang dihubungi memberitahu, beliau kesal dengan tindakan kerajaan yang mahu meneruskan operasi AES seperti biasa terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Menurut beliau lagi, tindakan tersebut juga dilihat bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Jabatan Peguam Negara (AG) yang telah membekukan prosiding atas alasan perundangan yang mana menjadi bukti jelas bahawa AES mempunyai masalah.

"Kami kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan yang terus berdegil untuk meneruskan sistem yang terbukti mempunyai kelemahan pada musim perayaan yang akan datang.

"Tindakan tersebut jelas bercanggah dengan apa yang diputuskan oleh AG yang meminta membekukan prosiding AES kerana terdapat masalah yang serius pelaksanaan AES dan perlu diselesaikan," jelas beliau kepada Harakahdaily.

Jelas beliau lagi, sebelum ini terdapat pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan menangguhkannya namun tiada sebarang respons diberikan.

"Ini jelas membuktikan kerajaan hanya mementingkan syarikat kroni dalam mengaut keuntungan tanpa mempedulikan suara rakyat yang terus terbeban dengan kos kehidupan sekarang ini.

"Saya melihat laungan kerajaan perihatin dan mendengar denyut nadi rakyat hanya satu retorik kosong, hakikatnya rakyat terus terbeban," sambung beliau lagi.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dalam satu kenyataan hari ini berkata, kesemua 14 unit kamera AES akan terus beroperasi seperti biasa, terutamanya menjelang sambutan tahun Baru Cina.

Beliau juga turut memberitahu, kamera tersebut akan membantu program penguatkuasaan trafik oleh beberapa agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis.

harakah/-

[KES ANIAYA] Bank Enggan Bayar Walaupun Wang Mustafa Hilang Dari Akaun

Posted: 31 Jan 2013 12:14 AM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Kuala Lipis - Seorang kakitangan kerajaan di sini mendakwa kerugian RM1,500 apabila wang yang disimpan dalam akaun sebuah bank lesap setelah mesin juruwang automatik (ATM) gagal berfungsi ketika dia mengeluarkan wang.

Mangsa, Mustafa Kamal Kamarudin, 51, berkata, kejadian berkenaan berlaku di sebuah bank di Raub pada 27 November tahun lalu kira-kira jam 11.45 malam apabila dia berhasrat untuk mengeluarkan sejumlah wang daripada akaun miliknya.

"Ketika itu, mesin ATM terbabit berfungsi seperti biasa namun setelah saya memasukkan jumlah pengeluaran, tiba-tiba perkhidmatan mesin terbabit tergendala.

"Kad ATM saya keluar seperti biasa namun wang tunai sejumlah RM1,500 bersama resit pengeluaran tidak dapat dikeluarkan. Saya mula bingung dan menanti untuk beberapa minit namun wang terbabit masih tidak dikeluarkan," katanya semalam.

Mustafa Kamal berkata, pada keesokan harinya dia yang sedang dalam perjalanan ke Negeri Sembilan berhenti di sebuah bank di Bentong untuk mengeluarkan wang simpanan terkejut apabila melihat baki wang di dalam akaun hanya RM513 sahaja.

Menurutnya, selepas pulang dari Negeri Sembilan, dia kemudiannya membuat laporan kepada bank berkenaan kehilangan wang terbabit namun pihak bank meminta tempoh sebulan untuk melakukan siasatan.

"Minggu lalu saya terima laporan daripada bank dan dalam laporan itu tertera wang sejumlah RM1,500 dikeluarkan pada 27 November kira-kira jam 8.49 malam. Saya hairan kerana waktu di dalam laporan terbabit tidak sama dengan waktu saya mengeluarkan wang.

"Saya kemudian meminta kebenaran pihak bank melihat kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan saya tidak menerima wang berkenaan namun pihak bank minta saya buat laporan polis dahulu," katanya.

Mustafa Kamal berkata, setelah membuat laporan polis, pihak bank kemudiannya membenarkan dia melihat CCTV berkenaan dan pegawai bank terbabit mengesahkan bahawa dia tidak menerima wang simpanan berjumlah RM1,500 itu.

"Saya kemudiannya menuntut pihak bank agar memulangkan kembali wang terbabit namun saya terkejut apabila pegawai bank berkenaan memberitahu bahawa tiada ganti rugi dalam kes seperti ini," katanya.

Dia melahirkan rasa kecewa kerana pihak bank terbabit seolah-olah lepas tangan dan tidak mahu bertanggungjawab dengan kejadian yang berlaku padanya. -SH

PDRM TELAH TERIMA MAKLUMAT MENGENAI PERHIMPUNAN ANJURAN UMNO MELANGGAR SYARAT AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 KERANA MEMBAWA KANAK-KANAK????

Posted: 30 Jan 2013 11:06 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Adakah pihak polis juga akan menyiasat semua pengajur Himpunan Rakyat Bersama Najib Razak mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012?

Bukan sedikit kanak-kanak diangkut untuk meramaikan angka kehadiran menyambut Najib Razak.

Sudah pasti ini akan membahayakan nyawa kanak-kanak tersebut.

Harap pihak polis kena tegas dalam hal keselamatan kanak-kanak yang tidak berdosa ini.

blogger/-

Masihkah kau ingat?

Posted: 30 Jan 2013 11:02 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Masihkah kau ingat .....masihkah kau ingat ....Kita berlari-lari mencari rezeki di bumi Allah ini.........tapi sekelip mata...rezeki kita di'renggut' kerna harga barang yang semakin meningkat tidak turun-turun.

Hanya satu jalan untuk TURUNkan harga barang ..............iaitu TURUNkan Kerajaan BN dulu........Insya Allah harga minyak turun, harga tol tiada langsung.........dan harga barang pun TURUN.

Sumber Foto: FB Dpp Sg Siput.

Kalau nak tipu biarlah logik – Tuan Ibrahim

Posted: 30 Jan 2013 10:51 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -




Tuan Ibrahim bersama Pengarah Pilihan raya PAS Pahang, Abd Majid Hassan dan Roslan Zainal menunjuk poster haram berkenaan.

TEMERLOH: Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan penyebaran poster haram memaparkan wajahya bersama pemimpin Pakatan Rakyat memakai topi 'Bintang Tiga' menunjukkan betapa lemahnya pemikiran politik pihak berkenaan.

Katanya, penyebaran  poster seperti itu menggambarkan mereka terdesak dan kehabisan modal untuk menghadapi Pakatan Rakyat.

"Kalau nak tipu pun biarlah munasabah bukannya menyebar poster dan risalah fitnah seperti itu yang jelas membohongi orang ramai," katanya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat ketika ditemui di pejabatnya dekat sini.

Ini, ujarnya kerana Bintang Tiga dan Pakatan Rakyat tidak pernah wujud pada masa yang sama.

Tambahnya, pemimpin Pakatan Rakyat juga tidak pernah menjadi ahli pertubuhan bersenjata yang wujud pada zaman penjajah British itu.

Menurutnya, PAS Kawasan Jerantut menemui poster tersebut dipasang di sekitar bandar itu dan ada yang dimasukan ke dalam peti surat di taman-taman perumahan.

Ekoran itu, PAS Jerantut telah membuat laporan polis dan menggesa diambil tindakan terhadap penyebar poster haram itu.

harakah/-

Himpunan aman, Najib dah ucap terima kasih, pasal polis buru

Posted: 30 Jan 2013 10:50 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Himpunan Dah Berjalan Aman, Najib Dah Ucap Terima Kasih, Apasal Polis Masih Buru...,

Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno

KUALA LUMPUR 30 Jan: 'Kepantasan' polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.

Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.

"Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR.

"Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang kanak-kanak hadir.

"Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini berbanding soal keselamatan orang awam.

"Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada polis. Ini semua muslihat politik Umno sahaja," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.

Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak. -KD


Najib: 'Terima kasih kepada pembangkang'

KUALA LUMPUR - Sambil mengucapkan "terima kasih kepada pembangkang", Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung secara aman, anjuran Pakatan Rakyat (PR), di Stadium Merdeka Sabtu lalu, menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dipetik Bernama, Najib berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.

"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini, hari ini.

Buat pertama kali satu perhimpunan anjuran pihak pembangkang diadakan di Stadium Merdeka. Penganjur menyasarkan penyertaan kira-kira sejuta orang. Ia dipercayai dihadiri sekitar 100,000 orang.

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang turut dikenali dengan kod #KL112 dibenarkan oleh polis dengan 27 syarat manakala pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan hadirin tidak melebihi 30,000 orang.

Ia yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang berakhir dengan pengisytiharan deklarasi 10 perkara.
-SH


Grafik dari facebook
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.

Dadah jadi kurma

Posted: 30 Jan 2013 10:38 PM PST

Dadah jadi kurma19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Noor Rashid (dua, kanan) menunjukkan heroin berbentuk kurma yang dirampas selepas polis menahan 11 individu, Sabtu lalu.
 
KUALA LUMPUR – Sekali pandang bentuknya sama seperti kurma tetapi sebenarnya ia merupakan dadah jenis heroin yang dibentuk menyerupai buah tersebut.

Dadah bernilai hampir RM3.2 juta itu diseludup masuk melalui Pelabuhan Klang  sebulan yang  lalu.

Pemeriksaan imbasan di pelabuhan juga memaparkan imej buah tersebut, sama seperti yang diikrar pada borang kastam.

Bagaimanapun taktik sindiket penyeludupan antarabangsa itu dapat dihidu polis selepas lebih 80 kilogaram 'buah' tersebut dirampas, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sindiket itu dapat dikesan dan disekat  melalui kerjasama dengan pihak kastam Pakistan.

Beliau berkata, serbuan dilakukan di beberapa rumah teres dan kondominium di sekitar Subang Jaya, Damansara dan Puchong.

Katanya, dalam serbuan bermula kira-kira jam 1.30 pagi itu, polis menahan lapan lelaki warga Nigeria dan tiga termasuk seorang lelaki warga Mongolia.

"Siasatan mendapati heroin  itu dibawa masuk dari Pakistan melalui jalan laut. Ia dimuatkan di dalam kotak bersama kurma asli.

"Dadah ini akan dipasarkan di sekitar Lembah Klang dan sebahagiannya akan dibawa ke luar negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Noor Rashid berkata, semua suspek berusia antara 21 dan 28 tahun itu merupakan pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah kolej di ibu negara.

"Dua wanita warga Mongolia itu dipercayai akan menjadi keldai dadah," katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang menyiasat rangkaian sindiket dan mengesan individu lain yang dipercayai mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan tersebut.

Semua suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

SINAR/-

Mahkamah benarkan bicara perjanjian air Selangor

Posted: 30 Jan 2013 10:36 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan membicarakan permohonan untuk mengklasifikasikan laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 sebagai dokumen awam.

Permohonan itu sebelum ini difailkan Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP) yang meminta butiran perjanjian itu tidak diklasifikasikan sebagai rahsia.

Pengerusi CAWP, Charles Santiago berkata keputusan tersebut adalah satu langkah yang baik kerana memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui butiran tentang 'projek kepentingan awam'.

Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pihak mahkamah supaya menetapkan satu tarikh untuk kes itu dibicarakan.

"Keputusan itu merupakan satu tindakan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai kepentingan.

"Jadi tidak ada asas untuk menteri tidak membenarkan pendedahan dokumen itu kerana laporan audit tidak pernah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972," katanya ketika dihubungi Selangorku.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa CAWP memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi itu diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam.

Mereka berhujah laporan audit Syabas menjadi asas kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006.

Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia.

Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut.

Sekaligus, keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan.

Susulan daripada itu, CAWP memfailkan satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang semula keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

CAWP terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

HARAKAHDAILY/-

Kajian: Siswa UM, UKM Lebih Condong Pada Pakatan

Posted: 30 Jan 2013 10:16 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Satu tinjauan oleh sekumpulan ahli akademik di kampus Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan lebih ramai siswa cenderung memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Jumlah berkenaan lebih besar daripada bilangan siswa yang memilih BN, walau majoriti daripadanya menujukkan sikap pengundi atas pagar, menurut kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu.

"Kuncinya (adalah) pengundi di atas pagar, kedua-dua parti sama ada BN atau Pakatan, mereka boleh mencari kemenangan (selesa) dengan mencari pengundi atas pagar luar pagar di kampus (ini)," kata Pengerusi YES Datuk Mohd Radzi Abd Latif.

Beliau (atas, bersongkok) juga percaya sikap pengundi di kampus di Lembah Kelang itu boleh mempengaruhi pola pengundian pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, golongan berkenaan akan pulang ke kampung dan menyebarkan maklumat dan membincangkan isu politik bersama warga kawasan masing-masing.

Kedua-dua kampus berkenaan merupakan kubu kuat kumpulan siswa pro-Mahasiswa dan menjadi tumpuan utama pemerhati dalam siri pilihan raya kampus yang lalu.

Kajian sikap ke atas 1,009 orang siswa UM itu menunjukkan, seramai 18.6 peratus daripada responden tersebut memilih Pakatan untuk kerusi parlimen, berbanding 8.7 peratus yang memilih BN.

Sebahagian besarnya, seramai 72.6 peratus memberi jawapan tidak pasti.

Di UKM pula sebanyak 30.1 peratus daripada 1,006 responden memilih Pakatan di peringkat parlimen, manakala 29.8 peratus menyokong BN, sementara 40.1 peratus menjawab tidak pasti.

Bagi peringkat DUN pula, seramai 22.4 peratus mahasiswa UM memilih calon Pakatan berbanding 8.7 peratus yang memilih BN, dan selebihnya tidak pasti.

Trend sama juga dilihat di kalangan pelajar UKM – seramai 31.6 peratus memilih Pakatan manakala 27.1 akan menyokong BN untuk kerusi DUN tersebut.

Majoriti daripada mahasiswa di kedua-dua universiti ini turut menjangkakan bahawa BN akan kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum tersebut.

Seramai 63 peratus daripada mahasiswa UM menjangkakan kemenangan BN, berbanding 37 peratus yang mahu melihat kemenangan Pakatan.

Di UKM, seramai 54.6 peratus daripadanya menjangkakan kemenangan BN, berbanding 45.4 peratus yang lain.

Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali.

KEUNGGULAN AKHLAK DAN SYARIAT YANG DIBAWA MUHAMMAD SAW

Posted: 30 Jan 2013 08:42 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

 
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 

أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ 

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَتَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Wahai hamba-hamba Allah! 

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya. Firman Allah dalam ayat 21 surah al-Ahzab :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya adalah bagi kamu contoh ikutan yang terbaik pada diri Rasulullah s.a.w, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) pada hari akhirat. Dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Kejayaan umat Islam dalam mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat banyak bergantung kepada kesungguhan mereka dalam mencontohi sistem yang dibawa oleh nabi Muhammad s.a.w dalam setiap aspek kehidupan. Ketinggian akhlak nabi Muhammad SAW hanya akan dapat dicontohi oleh mereka yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta dan banyak mengingati Allah. Bagi golongan yang tidak beriman maka ketinggian akhlak yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW hanyalah sekadar catitan sejarah yang dibaca dan dikagumi semata-mata.  


Sidang Jumaat Sekelian,
Syurga Allah bukanlah sesuatu yang terlalu murah untuk diperolehi tanpa ada sebarang usaha untuk memperolehinya. Nabi Muhammad SAW bukan sahaja mengamalkan akhlak yang terpuji dalam seluruh kehidupannya malah terpaksa berjuang dengan air mata dan darah untuk mendapatkan syurga. Seorang wali Allah, Syeikh Ibrahim bin Adham ketika berhenti di persinggahan untuk ke tandas, lalu dikenakan bayaran kepadanya, lantas Ibrahim menangis teresak-esak kerana memikirkan tempat yang sejijik itupun dikenakan bayaran, inikan pula syurga Allah yang penuh dengan kenikmatan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Firman Allah dalam ayat 31 surah Ali 'Imran :
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Musuh Islam sentiasa mencari jalan bagaimana cara untuk menjauhkan umat Islam sendiri daripada menjadikan nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh teladan terbaik dalam setiap aspek kehidupan disamping memomokkan kepada dunia dengan tuduhan liar tentang nabi Muhammad s.a.w yang digambarkan dengan pelbagai kejahatan. Sebagai contohnya tindakan Majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang membuka lembaran tahun baru 2013 dengan menerbitkan komik biografi Nabi Muhammad SAW dengan melukis gambar baginda yang mulia. Jika sebelum ini majalah ini melukis gambar yang menghina nabi Muhammad s.a.w dan kali ini dengan tujuan memuji nabi namun ia merupakan suatu perbuatan yang haram dan tidak boleh dibiarkan sama sekali. Sebenarnya musuh Islam tidak mampu menutup sanjungan kepada nabi Muhammad s.a.w daripada tokoh mereka sendiri seperti tokoh legenda Perancis yang tersohor, Napoleon Bonapart di mana walaupun dia bukan seorang Islam, namun dia pernah berkata, 

"Saya begitu kagum kepada manusia agung ini. Saya kagum kerana keagungan akal dan hati nabi Muhammad s.a.w."
Begitu juga pandangan ikhlas seorang ilmuwan dari Itali, Prof Laura Vecccia Vaglieri yang lebih terkenal sebagai seorang orientalis banyak menghasilkan artikel mengenai Islam dengan katanya, 

"Semasa menyeru manusia supaya menyembah Allah yang Maha Esa, nabi Muhammad s.a.w tidak pernah menggunakan pendekatan yang menghalang manusia daripada berfikir mengenai kebenaran. Beliau tidak menggunakan pendekatan sihir yang memukau penglihatan, tidak juga menyeru dengan menggunakan ancaman serta ugutan. Apakah yang beliau lakukan? Beliau menyuruh mereka supaya menggunakan akal dan bertafakur mengenai kejadian alam dan rahsia kejadiannya. Dalam bahasa mudah, dia menyuruh manusia membaca 'Buku Alam' dan berfikir mengenainya supaya dengannya manusia yakin ada kewujudan Tuhan." 

Begitulah jujurnya cetusan tokoh Barat itu dalam memperkatakan tentang keunggulan Rasulullah SAW. Tetapi mengapakah pada masa ini mereka tidak membaca dan mengambil peduli apa yang tokoh-tokoh mereka pernah katakan itu hinggakan tercetus Islamofobia dengan sengaja mewujudkan bentuk provokasi sentimen agama yang sempit dan tidak bertamadun. Masih banyak lagi tokoh-tokoh Barat yang bukan Islam yang mengakui kelebihan agama Islam dan mereka mengangkat imej Nabi Muhammad s.a.w di puncak tinta kajian mereka. Michael H Hart seorang sejarawan, pakar matematik dan ahli astronomi terkemuka di Barat meletakkan nama nabi Muhammad s.a.w pada kedudukan teratas dalam kalangan 100 orang tokoh yang paling berpengaruh. Malah Universiti Harvard di Cambridge sebagai institusi pengajian tinggi paling tua di Amerika Syarikat meletakkan ayat al-Quran di pintu masuk ke fakulti undang-undangnya iaitu terjemahan ayat 135 Surah An-Nisa :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّـهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَ‌بِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرً‌ا فَاللَّـهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا أَوْ تُعْرِ‌ضُوا فَإِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرً‌ا
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Firman Allah dalam ayat 1-5 surah ar-Ruum :
الم ﴿١﴾ غُلِبَتِ الرُّ‌ومُ ﴿٢﴾ فِي أَدْنَى الْأَرْ‌ضِ وَهُم مِّن بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ ﴿٣﴾ فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗ لِلَّـهِ الْأَمْرُ‌ مِن قَبْلُ وَمِن بَعْدُ ۚ وَيَوْمَئِذٍ يَفْرَ‌حُ الْمُؤْمِنُونَ ﴿٤﴾ بِنَصْرِ‌ اللَّـهِ ۚ يَنصُرُ‌ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّ‌حِيمُ
Alif, Laam, Miim. Orang-orang Rom telah dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. Kepada pentadbiran Allah jualah terpulang segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (kemenangan Rom) itu, orang-orang yang beriman akan bergembira. Dengan kemenangan yang diberi Allah. Ia memberi kemenangan kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani

Kehebatan al-Quran sebagai mukjizat terbesar dan kekal di mana banyak menceritakan peristiwa dahulu dan akan datang antara bukti bahawa ia bukan rekaan nabi Muhammad s.a.w sebaliknya merupakan wahyu daripada Allah. Antaranya kisah kemenangan silih berganti antara Rom Kristian dan Parsi Majusi yang benar-benar dilihat berlaku oleh para sahabat. Malah semasa kelahiran nabi Muhammad s.a.w lagi dunia mengalami beberapa peristiwa gempar antaranya runtuhnya beberapa tiang istana kerajaan Rom dan padamnya api penyembahan Majusi kerajaan Parsi seolah-olah petanda awal kedatangan nabi Muhammad s.a.w bakal menjatuhkan 2 empayar besar pada itu iaitu Rom dan Parsi. Ini diikuti dengan sabda nabi dalam hadis riwayat imam Muslim daripada Jabir bin Samurah yang bermaksud : Segolongan orang Islam bakal menguasai harta kekayaan kaum kerabat maharaja Parsi di Abyad. Ia terbukti pada zaman Khalifah Sayyidina Umar melalui panglima tenteranya Saad bin Abi Waqqas pada tahunn 637 Masihi. Begitu juga sabda nabi dalam hadis riwayat imam Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah yang bermaksud : Kaisar Parsi bakal hancur dan tidak ada kisra selepas itu. Kaisar Rom juga bakal hancur dan tidak ada kaisar selepas itu. Harta-harta rampasan diagihkan pada jalan Allah. Ia terbukti dengan kejatuhan Rom pada zaman Empayar Uthmaniah pada tahun 1453 Masihi dengan kejatuhan kota Istanbul.

Kita pada hari ini sudah tidak dapat melihat mukjizat seperti pembelahan bulan, air yang keluar dari celah jari nabi yang mulia, pokok tamar yang berjalan bila diseru oleh nabi dan banyak lagi mukjizat yang lain namun mukjizat yang paling besar dan berkekalan terus ada pada tangan kita umat akhir zaman iaitu al-Quran yang mulia disamping hadis nabi. Umat Islam dahulu berjaya menguasai dunia kerana berjaya melaksanakan perintah Allah dan rasulNya termasuk menjatuhkan Empayar Rom dan Parsi. Oleh itu tidak menjadi suatu perkara yang mustahil untuk menghancurkan kekejaman zionis yahudi dan seterusnya memerdekakan bumi Palestin dan Masjid Aqsa kerana ia telah dimaklumkan melalui lidah nabi Muhammad s.a.w. 

Kejayaan dan kegagalan kita bergantung kepada sejauh mana keyakinan dan kesungguhan kita dalam melaksanakan perintah Allah dan rasulNya dalam setiap aspek kehidupan. Jika Islam yang kita pilih maka kejayaan yang kita bakal raih. Jika jahiliah yang kita guna maka kehinaan yang kita bakal terima. Islamlah nescaya kita selamat dan bahagia dunia dan akhirat
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

 

خطبة كدوا

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :                                              

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya) – Surah Al-Hasy : 7
أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ. فَيَا عِبَادَ اللهِ،اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebagai ummat nabi Muhammad SAW kita wajib mengikut dan mengamalkan apa sahaja yang diperintah oleh Allah dan Rasulnya serta menjauhi segala larangan Allah dan Rasulnya. Tidak ada gunanya kita mempunyai contoh teladan yang terbaik jika hanya digunakan untuk bermegah-megah. Tiada maknanya kita mempunyai Syariat dan cara hidup yang terbaik jika tidak kita amalkan sepenuhnya dalam kehidupan kita. Tidak ada kewajarannya kita memohon syurga Allah jika segala kehidupan kita hanya dipenuhi dengan amalan penghuni neraka.
 
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.

 

Bahagian Pengurusan Masjid,
Jabatan Agama Islam Perak

Hebatnya dakwah politik Tuan Guru Nik Aziz

Posted: 30 Jan 2013 07:30 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Hanya sesekali dalam suatu jangka masa yang lama, seorang pemimpin politik dan dakwah muncul untuk memberikan warna kepada kegiatan politik dan dakwah di negaranya.

Ini kerana tidak semua pemimpin berkeupayaan seperti itu, lebih-lebih lagi ia mesti mempunyai ilmu politik dan dakwah, mampu memikirkan sesuatu melampauai zamannya, berfikiran terbuka, luas pendedahannya kepada masyarakat dan mempunyai aura.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat mempunyai semua kualiti ini menyebabkan ia dilihat sebagai tokoh hebat dalam dakwah dan politik seperti Almarhum Muhd Natsir di Indonesia.

Dengan kewibawaan dan jiwa besarnya sebagai tokok pemimpin gerakan Islam, Tuan Guru telah melakukan langkah besar dan penuh makna baru-baru ini apabila  selepas bertemu dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Tuan Guru bertemu pula dengan Bishop Pulau Pinang, Sebastian Francis di sebuah hotel di Pulau Pinang hotelnya.

Di majlis itu, Francis Sebastian telah menghadiahkan sebuah kek sempena hari lahir Tuan Guru Nik Aziz yang ke 82. Pertemuan ini tidak termasuk dalam jadual lawatan Tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang tetapi acara spontan dan ini memberi kesan mendalam kepada keharmonian antara agama di negara ini.

Pertemuan itu berlaku ketika isu nama Allah dicetuskan oleh pihak tidak bertanggungjawab hingga menimbulkan ketegangan. Pertemuan dua tokoh agama yang berbeza ini telah meredakan ketegangan yang cuba dihangatkan oleh pihak tertentu yang berkepentingan.

Dalam pertemua itu, Bishop Francis berkata, negara memerlukan contoh semangat seperti yang ditunjukkan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Semenetara itu Tuan Guru gembira dengan kunjungannya ke Pulau Pinang dalam misi untuk bertemu pemimpin Kristian dan mewujudkan keharmonian agama di negeri itu.

"Alhamudlillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang dan saya amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Biskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu," katanya dalam satu tulisan di Facebooknya.

Pertemuannya dilihat oleh pemerhati sebagai usaha untuk memperbaiki hubungan antara penganut Islam dan Krisitan di negeri itu, yang menjadi tumpuan ekoran kontroversi berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible.

Sebelum itu Tuan Guru telah mengunjungi Pengerusi DAP Karpal Singh disambut air mata gembira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Usaha ini bagi membina hubungan erat antara pimpinan parti dalam Pakatan Rakyat dan akan menambahkan keyakinan rakyat untuk mentadbir negara dengan baik apabila Pakatan berjaya ke Putrajaya nanti.
Pertemuan penting Mursyidul Am PAS dengan Bishop dianggap oleh AJK PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusof Rawa sebagai membuktikan dua agama boleh duduk berbincang dan berdialog.

"Itulah kerja Rasullulah s.a.w untuk berdakwah bukan bersikap keras sehingga orang bukan Islam pandang serong terhadap keindahan yang ada dalam Islam. Saya juga berharap selepas ini ada pertemuan yang lebih erat di mana jua termasuk dalam gereja sekalipun," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.

Langkah besar pertemuan penting seperti ini hanya boleh dilakukan oleh pemimpin berjiwa besar, berilmu, terbuka dan mampu menguasai keadaan dan ini telah dilakukan oleh Tuan Guru yang dilihat sebagai cerminan dari sikap terbuka dan toleransi PAS, tetapi dalam masa yang sama ia tidak pernah berkompromi dengan dasar Islamnya.

Beliaulah orangnya yang menjadikan negeri Kelantan sebagai simbol perpaduan kaum, toleransi beragama dan sagat terbuka. Ketika sambutan hari-hari perayaan, malah di majlis perkahwinan anak cucunya, tokoh pelbagai agama antara tetamu undangannya. Beliau menjadi tokoh yang amat dikasihi oleh pelbagai kaum dan agama bukan saja di Kelantan bahkan di luar Kelantan juga.

Saya pernah menyaksikan beberapa kali di mana orang ramai pelbagai kaum – termasuk wanita Cina - berebut hendak bergambar dengan Tuan Guru. Inilah kemuliaan dan izzah yang dimiliki oleh beliau. Lebih-lebih lagi kehidupannya yang amat sederhana menjadikan beliau role-model pemimpin Islam masa kini.

Sebagai pemimpin dan ulama, Tuan Guru berusaha menterjemahkan kesyumulan dan sifat wasatiah Islam, hingga beliau dilihat sebagai tokoh dan elemen penyumbang kepada kesyumulan Islam dan benar-benar berusaha hendak menampilkan watak pemimpin Muslim yang sederhana untuk mememenuhi ciri-ciri pemimpin Islam sejati.

Bayangkan bagaimana dalam suasana yang sangat tegang berhubung isu Kalimah Allah dan isu lain, Tuan Guru mengorak langkah yang tentunya tidak diduga oleh banyak pihak, iaitu bertemu dengan Ketua Bishop utara di Pulau Pinang dan tentunya usahanya ini seperti 'mencurah air di tengah api yang menyala'. Usaha murninya ini telah disambut pelbagai pihak, malah ada yang, khabarnya, menitiskan air mata terharu – rupanya masih ada seorang tokoh yang berjiwa besar dan berhati mulia.

Sebelum ini, ada beberapa tokoh pemimpin PAS seperti Dr. Dzulkifly Ahmad, Dr. Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan beberapa orang lagi mengadakan dialog dengan pemimpin Kristian di Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan untuk bertukar-tukar pandangan dan menerangkan dasar Islam. Usaha ini berjaya membina hubungan baik antara kedua pihak, bukan kerana kepentingan politik tetapi memang sifat Islam sebagai 'rahmat seluruh alam'.

Tidak syak lagi, usaha Tuan Guru Nik Abd Aziz dan pimpinan PAS yang lain itu tentunya mendorong pelbagai pihak yang rasional melihat PAS sebagai parti Islam yang sangat terbuka dan toleransi, dalam masa yang sama ia tetap berada di dalam orbit Islam.

Pada pendapat saya, PAS memerlukan kepimpinan yang mempunyai kemampuan seperti ini untuk melakar kejayaan PAS di masa depan.

HARAKAH/-

Khazanah Zimbabwe hanya tinggal RM651

Posted: 30 Jan 2013 07:15 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


HARARE – Sukar untuk dipercayai! Tetapi ini yang dialami oleh Zimbabwe, negara benua Afrika sekarang.

Akaun awam negara itu hanya tinggal AS$217 (RM651) selepas membayar gaji kakitangan kerajaan minggu lalu, demikian menurut Menteri Kewangan, Tendai Biti.

"Minggu lalu, apabila kami membayar kakitangan awam, hanya tinggal AS$217 di perbendaharaan," kata Biti di sini semalam.

"Kewangan kerajaan lumpuh sekarang. Kami gagal mencapai sasaran kami," kata beliau lagi.
Satu dekad lalu, negara itu berhadapan dengan kenaikan inflasi sehingga 231 juta peratus.

Biti berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali meminta sumbangan tunai negara penderma.

"Kami akan mendapatkan sumbangan masyarakat antarabangsa," kata beliau lagi.

Bajet kebangsaan kerajaan Zimbabwe mencecah paras AS$3.8 bilion manakala pertumbuhan ekonomi dijangka lima peratus.

HARIAN METRO/-

Wanita dimartabat jika Pakatan kuasai Putrajaya

Posted: 30 Jan 2013 07:07 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat mencadangkan supaya Pakatan Rakyat meletakkan wanita di setiap kementerian sama ada jawatan menteri atau timbalan menteri sekiranya mendapat mandat dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Timbalan Ketuanya, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, apa yang dilaksanakan kerajaan BN hari ini tidak menyeluruh mengakibatkan beberapa perkara dibuat tanpa memikirkan soal wanita.

Katanya, ini perlu bagi memastikan agenda wanita yang dirancang bersama dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau berpandangan sedemikian ekoran tindakan Umno BN yang memandang ringan soal wanita sehinggakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau percaya penglibatan wanita di peringkat kementerian dapat dipertingkatkan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya nanti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Kutipan Dana Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) anjuran PKR Lembah Pantai, kelmarin.

Agenda Wanita Malaysia yang diperkenalkan Wanita Pakatan Rakyat pada April tahun lalu mengariskan beberapa inisiatif yang bakal dilaksanakan apabila PR berjaya mentadbir negara.

Antaranya adalah caruman berjumlah RM50 sebulan atau RM600 setahun untuk golongan suri rumah yang berpendapatan isi rumahnya kurang daripada RM 1,500 sebagai simpanan masa depan.

Selain itu, satu Suruhanjaya Anti-Keganasan Rumah Tangga bakal ditubuhkan bagi melindungi golongan wanita yang sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Majlis makan malam yang berlangsung di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur turut dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, MP Seputeh, Teresa Kok dan Exco Selangor, Elizabeth Wong.

Hadirin turut dihiburkan dengan penampilan khas penyanyi terkenal negara Aishah.

harakah/-

Bayi bot laju

Posted: 30 Jan 2013 07:02 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

FotoKapit: Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa seorang wanita yang tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum melahirkan anak dalam bot laju ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kapit (HK) di Sungai Rajang, di sini, semalam.

Liban anak Reban, 31, dari Rumah Panjang Sudin, Nanga Sipan, dekat sini, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.10 kilogram yang juga anak ketiga dalam bot ekspres milik Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ketika dalam perjalanan dari Klinik Kesihatan Song ke HK, pada jam 9.47 pagi.

Sumber berkata, sebelum itu, Liban diiringi dua jururawat klinik kesihatan berkenaan membuat pemeriksaan rutin kandungannya yang masuk minggu 35 di Hospital Kapit.

"Mengikut rekod kesihatan wanita berkenaan, dia dijangka bersalin pada 3 Mac depan dan ketika tiba di Klinik Kesihatan Song keadaannya dilaporkan stabil serta tidak menunjukkan tanda mahu bersalin.

"Namun, ketika dalam perjalanan, tiba-tiba wanita itu mengadu sakit perut dan dua jururawat ditugaskan mengiringinya terkejut apabila mendapati dia bersedia untuk melahirkan anak," katanya.

Katanya, dengan pengalaman dan kecekapan masing-masing, jururawat terbabit membantu wanita berkenaan melahirkan bayi perempuannya sebelum mereka dibawa ke hospi tal bersama seorang doktor yang sedia menunggu di jeti Kapit.

KAKITANGAN HK mengusung Liban selepas melahirkan anak ketiganya, semalam.
"Setakat ini, dua beranak berkenaan dilaporkan dalam keadaan baik dan ditempatkan di wad bersalin untuk tempoh beberapa hari lagi sebagai langkah pemantauan lanjut," katanya.

metro/-

Penduduk langgar perintah berkurung

Posted: 30 Jan 2013 06:45 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Protes
Penunjuk perasaan melanggar perintah berkurung dan berarak di bandar Pelabuhan Said, kelmarin. Foto: Reuters
 
KAHERAH - Ribuan penunjuk perasaan di tiga bandar membantah perintah berkurung yang dikenakan oleh Presiden Mohammed Mursi, kelmarin.

Mereka turut berarak sepanjang Pelabuhan Said, Ismailiyah dan Suez sambil melaungkan slogan.

Kumpulan penunjuk perasaan tersebut juga bertindak menyerang balai polis sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya dua maut manakala 12 cedera dalam insiden itu.

Protes besar-besaran yang masuk hari kelima tersebut turut menyaksikan angka korban meningkat kepada sekurang-kurangnya 52 orang dan ratusan cedera.

Dalam perkembangan lain, gabungan pembangkang utama menolak untuk menyertai dialog kebangsaan bersama Mursi selepas menyifatkan cadangan untuk menyelesaikan krisis politik di Mesir oleh beliau seperti dibuat-buat.

Ketua Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF), Mohamed ElBaradei berkata, pembangkang akan menyertai rundingan hanya jika senarai syarat mereka dipenuhi.

Difahamkan,protes kali ini tercetus kerana banyak pihak tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Mursi. - AFP

Lelaki maut kereta dihempap lori pasir

Posted: 30 Jan 2013 06:40 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah apabila sebuah lori pasir terbalik lalu menghempap kereta Proton Perdana yang dinaiki mereka di Lebuhraya Persekutuan, berhampiran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini hari ini.

B. Delvandra Kumar, 41, yang memandu kereta itu maut di tempat kejadian manakala rakannya, juga lelaki, kini dirawat di PPUM.

Difahamkan lori pasir yang tidak membawa muatan itu mengalami kerosakan akibat kotak gear meletup secara tiba-tiba dan terbabas kira-kira 50 meter.

Pegawai operasi pasukan Bomba dan Penyelamat Zainal Aziz berkata kejadian pada pukul 9 malam itu menyebabkan pemandu lori gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh penghadang jalan menyebabkan lori itu terbalik ke laluan bertentangan dan menghempap kereta berkenaan.

Beliau berkata kejadian itu turut melibatkan dua kereta lain apabila sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Harrier dan Perodua Kancil yang berada di belakang kereta itu tidak sempat mengelak lalu merempuh lori terbabit.

"Dua lelaki dan seorang wanita yang berada dalam Toyota Harrier serta seorang wanita yang memandu kereta Kancil tidak cedera," katanya. – Bernama

Ambil Tindakan Undang-undang Jika Ada Pihak Halang S'ngor Ambil-alih Perkhidmatan Air

Posted: 30 Jan 2013 06:20 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Selangor ambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari

Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato' Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari.

Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air.

Justeru, dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas.

Dalam perkembangan berkaitan, kita mendapat aduan rakyat bahawa Syabas telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air. Hasil dari siasatan awal yang kita lakukan didapati kenyataan Syabas tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam.

Dengan ini Syabas mengeluarkan risalah ini tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas.

Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam Syabas, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan.

Kerajaan Negeri Selangor juga telah dimaklumkan bahawa mutaakhir ini berlaku kekerapan kejadian paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Selangor akan memantau perkara ini dengan serius demi menjaga kepentingan rakyat dan memastikan lebih 5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala.

Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor

Petanda Umno BN Johor bakal KO?

Posted: 30 Jan 2013 06:00 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -




Johor bangkit!! KO BN..BN KO! Pulai diwarnai bendera Pakatan Rakyat. Pemandangan di waktu petang jambatan pejalan kaki Taman Perling. Billboard Markas Besar PAS Kawasan Pulai di Taman Dahlia.





~FB DPP Kawasan Pulai
PERINGATAN: Koment

Perjuangan Islam sentiasa ada keajaiban

Posted: 30 Jan 2013 05:50 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh politik Umno yang berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS di era pemerintahan Datuk Asri Haji Muda. Putera raja berjiwa rakyat itu menggunakan pengaruh, kekuatan, kebijaksanaan dan tipu daya yang licik akhirnya pada tahun 1978 kerajaan PAS Kelantan tumbang setelah memerintah selama 16 tahun. Lalu putera raja itu disanjung sebagai wira penyelamat Kelantan.

Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada, hanya orang Melayu mudah lupa! Tepat jam 1.05 pagi, Ahad, 21 Oktober 1990 tokoh yang merampas Kelantan iaitu Tengku Razaliegh atau akrab Ku Li mengembalikan semula Kelantan kepada PAS, setelah sang bangsawan itu keluar Umno kerana berselisih faham dengan Presiden Umno ketika itu Dr Mahathir Mohamad, lalu menubuhkan Partai Melayu Semangat 46, kemudian membentuk gabungan bersama PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) untuk melawan parti lamanya Umno BN. Gelombang tsunami politik Kelantan yang ditiup Ku Li itu memberi pikulan KO kepada Barisan Nasional (BN) tanpa meninggalkan sebarang kerusi buat mereka.

Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Keresahan pemimpin dan pendukung PAS menyerang kembali apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Presiden ABIM dan sertai Umno. Dalam konteks Kelantan, kejayaan awal Anwar ialah merampaskan Dun Semerak dari tangan PAS dalam satu pilihan raya kecil. Lalu PAS menilai kekuatan yang ada pada Anwar bisa mengancam masa depan politik PAS.

Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Krisis politik dalam rumahtangga Umno kembali bergelora (1998/1999) dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat Dr Mahathir. Anwar lalu bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). Kekuatan PAS jadi berganda. Dan sekarang sedang menuju destinasi idaman, Putrajaya.

Keajaiban dalam perjuangan Islam insya Allah akan berlaku lagi selepas ini!

HARakah/-

Elaun guru Kafa Selangor naik

Posted: 30 Jan 2013 05:40 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -


Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid (dua, kanan) menyerahkan cenderahati kepada peserta semalam.
SHAH ALAM – Guru agama termasuk kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) di Selangor bakal menikmati kenaikan elaun bulanan sekali lagi apabila kerajaan negeri merancang untuk melaksanakan satu mekanisme penyelarasan baru.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, penyelarasan itu juga meliputi pencen, deskripsi pekerjaan dan gaji mengikut kelulusan dan pengalaman guru berkenaan.

Katanya, langkah itu diambil bagi memastikan semua guru agama menerima elaun selayaknya kerana mereka merupakan individu yang mendidik modal insan negeri, dalam usaha menjadikan Selangor sebagai hab pendidikan.

Abdul Khalid berkata, guru-guru agama penting dalam masyarakat Melayu dan mereka perlu diberi pengiktirafan yang lebih untuk perkhidmatan mereka.

"Semua itu kita cuba aturkan. Tidak lama lagi, saya akan memanggil jawatankuasa pendidikan di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Dr Halimah Ali (Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan untuk perkara ini.

"Mereka akan membuat penyelarasan dan mengukur berapa banyak belanja yang mesti kita tambah supaya dapat menunaikan hasrat permintaan mereka (guru agama)," katanya kepada sidang media selepas Program Perhimpunan Guru-Guru Sekolah Agama Negeri Selangor, di sini, semalam. Turut hadir, Halimah dan Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.

Abdul Khalid berkata, dalam rancangan itu, beberapa perkara perlu dipertimbangkan antaranya menyerap guru tersebut ke dalam Jabatan Perkhidmatan Negeri, bukannya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Ia akan dibuat secara keseluruhan tetapi beberapa isu kita kena pertimbangkan. Kita tidak boleh memasukkan guru-guru ini dalam jawatan awam.

"Jika tidak, kita tak boleh (buat) sebab ia tidak termasuk dalam senarai perjawatan yang boleh diterima oleh JPA. Jadi kita kena masukkan dalam Jabatan Perkhidmatan Negeri," katanya.

sinar/-

Koleksi kereta mini dilelong

Posted: 30 Jan 2013 05:30 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

pix_topright

Atlanta: Selepas bersusah-payah menghabiskan masa 15 tahun mengembara ke serata dunia, seorang pengumpul kereta mikro bakal melelong 200 kenderaan koleksinya pertengahan bulan depan.

Kebanyakan kereta Bruce Weiner itu dilengkap enjin 49 kuasa kuda yang mampu mencapai kelajuan kira-kira 65 kilometer sejam. Walaupun kereta mikro itu hanya sepanjang 1.5 meter, tetapi ia masih boleh digunakan seseorang dengan ketinggian 1.8 meter.

Walaupun kecil, kereta mikro berkenaan dikatakan masih mampu menyelesaikan beberapa masalah pengangkutan.

Menurut Weiner, selama 15 tahun dia merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk mendapatkan kereta mikro terbaik.

Katanya, kereta seumpama itu dibina selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, ketika Amerika Syarikat (AS) dan Britain bergelut dengan masalah kekurangan makanan, bahan mentah, bekalan elektrik dan gas.

"Kereta mikro itu dibina sebagai cara membantu orang ramai dalam keadaan sulit selepas perang, tetapi ia hanya bertahan sedekad apabila muncul kereta mini," katanya. Hasil lelongan semua 200 kereta mikro itu dijangka bakal mengumpul sehingga RM34 juta.

Antara koleksi Weiner ialah kereta ikon Peel P50 dan BMW yang diubah suai menjadi kereta lumba 730 kuasa kuda.

Menurut Weiner, lelongan itu diadakan di Muzium Kereta Mirko Bruce Weiner di Madison, Georgia. Kereta Peel P50 dikeluarkan pada 1964 adalah kereta paling kecil pernah dihasilkan di dunia dan dijangka dijual pada harga RM219,000.

Weiner juga akan menjual 11 kereta BMW Isetta, termasuk sebuah model unik, Whatta Drag, yang dilengkapi enjin Chevrolet V8.

"Kereta itu diilhamkan daripada kereta mainan Hot Wheels dan dianggarkan bernilai £65,000 (RM316,000)," katanya. Tidak ketinggalan, sebuah kereta Bond Bug oren keluaran 1972 yang mempunyai tiga tayar dihasilkan syarikat Reliant.

Kerera itu, kata Weiner, dianggarkan bernilai £12,000 (RM58,400).

Menurut Weiner, mengumpul kereta mikro memang menyeronokkan tetapi lama-kelamaan, dia berdepan masalah tempat untuk menyimpannya.

"Sebagai menghargai kereta itu, saya perlu berkongsi dengan orang lain," katanya. - Daily Mail

Lagi kematian perusuh di Mesir

Posted: 30 Jan 2013 05:30 PM PST

19 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -

KAHERAH - Seramai dua orang dilaporkan mati dalam pertempuran yang berlaku melibatkan para penunjuk perasaan dan anggota polis berhampiran Dataran Tahrir semalam, kata polis.

Kematian itu menjadikan jumlah kematian akibat keganasan di Mesir menyebabkan lebih 60 orang mati.

Keganasan tersebut berlaku sejak Khamis lalu selepas sejumlah penduduk berhimpun di Kaherah bagi meraikan ulang tahun kedua kebangkitan rakyat.

Kebangkitan rakyat itu menyebabkan Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai Presiden pada 11 Februari 2011.
Identiti kedua-dua mangsa itu masih belum dikenal pasti.

Seorang mangsa dipercayai meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.
Keganasan itu juga merebak menjadi tentangan terhadap pemerintahan Presiden Mohamed Morsi yang dipilih menerusi pilihan raya pada pertengahan tahun lalu.

Berikutan kegawatan politik yang dicetuskan para penentang Morsi termasuk parti politik pembangkang berhubung dasar-dasar pemerintah, seorang pemimpin pembangkang, Mohamed ElBaradei menggesa dialog kebangsaan diadakan.

Beliau yang merupakan pemenang Hadiah Nobel Keamanan berkata, semua kumpulan dan parti politik perlu menghentikan kekacauan yang berlaku di Mesir.

Sementara itu, Morsi menegaskan di negaranya akan diperintah berdasarkan kedaulatan undang-undang dan bukannya undang-undang tentera.

Menurutnya, Mesir sedang menuju ke arah pentadbiran yang baik dan mengikut undang-undang dalam negara yang moden.

Beliau berkata, pilihan raya Parlimen akan diadakan dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi.
Morsi berada di Jerman dalam lawatannya ke nagara itu.

Menurutnya, perintah berkurung yang dikenakan di tiga buah bandar di Mesir merupakan satu langkah yang sementara.

Morsi berkata, ia akan ditarik balik selepas situasi stabil kembali semula di Mesir. - Agensi

Tiada ulasan:

Nuffnang