Suara Sri Andalas |
- Isteri Mati Ditembak 24 Das Oleh Polis Di Taman Sentosa, Klang
- Bringing KEADILAN to the Deepest Interiors of Sarawak Over Rough Terrain And Via Unfriendly Rivers
- Kecoh Peserta Protes IC Merah Dihalang Masuk JPN
- PKR: RM100 for Students ‘Cheap Gimmick’
- Mahkamah Benarkan Bicara Rahsia Perjanjian Konsensi
- Syabas Digesa Siasat Risalah Hentam Kerajaan Negeri
Isteri Mati Ditembak 24 Das Oleh Polis Di Taman Sentosa, Klang Posted: 30 Jan 2013 10:53 PM PST KLANG 31 JAN : Seorang pemandu lori mahu Polis Diraja Malaysia berterus terang dan menyiasat bagaimana isterinya, Pua Bee Chun, 22, mati dipercayai ditembak anggota mereka. Bee Chun dipercayai mati ditembak ketika berada di dalam sebuah kereta di Jalan Bendahara, Taman Sentosa, Klang pada 18 Januari. Menurut Foo Voon Kong, 27, isterinya dipercayai mati selepas ditembak dari belakang badannya. Kereta tersebut dipercayai ditembak sebanyak 24 kali. Voon Kong mendakwa segala usaha untuk mendapat penjelasan daripada polis tentang bagaimana dan kenapa isterinya mati menemui jalan buntu. Di dalam satu sidang media di sini hari ini, Voon Kong berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan isterinya pada 5 petang pada hari kejadian sebelum isterinya keluar rumah. Katanya, beliau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) menyuruh Bee Chun pulang untuk makan malam dan keluar ke pasar malam bersama kedua anak mereka. "Bagaimanapun, beliau (isteri) kata tidak dapat pulang, apabila saya menghantar sms kali kedua bertanya dia dimana, isteri saya tidak membalas sms itu. "Kira-kira jam 8.30 malam, saya menerima panggilan telefon dari rakan saya memberitahu beliau ternampak mayat isteri saya. "Apabila saya sampai ditempat kejadian, saya lihat ramai orang awam dan polis, mayat isteri saya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. "Doktor memaklumkan, isteri saya ditembak melalui belakang badannya," katanya di dalam sidang akbar di pejabat khidmat MP Klang. Beliau mendakwa polis tidak menjalankan tugas mereka secara profesional dengan melulu menembak isterinya. "Semua bukti seperti baju, kamera litar tertutup (CCTV) dan kereta yang dinaiki isteri saya diambil polis. "Saya percaya isteri saya ditembak dengan 24 das tembakan berdasarkan kesan tembakan di pintu kereta dan bahagian belakang kereta," katanya. Voon Kong menambah, beliau difahamkan isterinya ditembak ketika di dalam sebuah kereta jenis Waja bewarna perak bersama seorang lelaki yang merupakan kawannya. Lelaki tersebut dipercayai ditahan polis dan satu laporan polis telah dibuat oleh Voon Kong pada 19 Januari lalu di Balai Polis Klang. Sementara itu, MP Klang, Charles Santiago berkata kes itu merupakan yang ketiga berlaku selepas kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan kes Amirul Rasyid yang membabitkan polis. "Kini, semua bukti berkaitan dengan pembunuhan hilang. Jika semua bukti ini tiada bagaimana hendak bawa kes ini ke mahkamah," katanya. Selain itu, MP Puchong, Gobind SinghDeo mahu polis menjalankan siasatan yang adil dan Perdana Menteri perlu campur tangan dalam kes itu. "Polis tidak boleh menghukum mangsa dengan terus menembaknya, kini polis sudah tidak memberi perlindungan kepada rakyat." Sumber: Selangorku |
Bringing KEADILAN to the Deepest Interiors of Sarawak Over Rough Terrain And Via Unfriendly Rivers Posted: 30 Jan 2013 10:32 PM PST |
Kecoh Peserta Protes IC Merah Dihalang Masuk JPN Posted: 30 Jan 2013 08:50 PM PST Satu kekecohan berlaku di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang apabila polis cuba menghalang peserta protes yang memegang kad pengenalan (IC) merah daripada memasuki premis tersebut. Kira-kira 30 pemegang IC merah dan keluarga mereka serta beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum itu berkumpul di Jalan Larut pagi ini sebelum berarak ke pejabat JPN di Anson Road. Kumpulan itu, yang diketuai Naib Presiden PKR, N Surendran, termasuk warga emas dan kanak-kanak yang gagal mendapatkan IC biru dari JPN. Apabila mereka tiba di destinasi tersebut, kekecohan berlaku apabila polis cuba menghalang mereka memasuki pejabat JPN itu. "Ini menyalahi undang-undang," kata Surendran. Satu peserta protes itu menjerit "polis sabotaj kita!" Ancaman ditangkap Latheefa Koya dari Peguam NGO for Liberty berkata polis telah mengancam untuk menangkap mereka. Mereka disertai ramai penyokong dan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Sim Tze Tzin (Pantai Jerejak), Jason Ong (Kebun Bunga), dan Ng Wei Aik (Komtar). Terdapat juga beberapa individu dengan IC hijau menyertai perhimpunan tersebut. Selepas pemimpin Pakatan berunding dengan pihak polis, kumpulan itu dibenarkan memasuki ke bangunan tersebut. Mereka duduk di lobi dan menunggu untuk tindakan selanjutnya dari JPN. Terdahulu, perarakan sejauhj 100 meter tidak mengganggu aliran trafik kerana polis dan anggota unit rondaan sukarela membantu mengawal lalulintas. Mereka membawa sepanduk dengan slogan 'duduk' dan 'bantah' serta melaungkan "Hidup rakyat". Sumber: MalaysiaKini |
PKR: RM100 for Students ‘Cheap Gimmick’ Posted: 30 Jan 2013 08:50 PM PST PETALING JAYA: The RM100 cash handouts for school children is a ridiculous attempt by the ruling coalition to garner cheap votes, said an opposition leader. PKR vice-president N Surendran called on the Indian community not to fall prey to such election gimmicks. "Those who read the mainstream newspapers will notice that most of them showed Indian students receiving the aid.. .and one can clearly see that the government is targeting Indian votes," he added. Surendran agreed that this was no coincidence and that Barisan Nasional knew how to "play their cards right". "The majority of the Indian community live under the poverty line and the government has not done much to improve their condition… so they are using the school aid to paint a different picture," he added. Previous media reports quoted parents expressing their gratitude to the government for the cash handouts and they hoped such generous acts would be forthcoming in the future. In a previous article by FMT, Education Minister Muhyiddin Yassin was quoted as saying that such aid from the government would continue only if the people voted for the BN government in the upcoming election. However, Surendran refused to believe Muhyiddin's claims, reiterating that it was only a "cheap election gimmick". "It's a last minute attempt by the government to win back all votes, not just the Indian votes in particular. "These handouts are a one-off and it's disappointing cause there are no long-term benefits. It's neither significant nor a permanent benefit for the people," he added. Instead, he said that the government should concentrate their resources on improving facilities of schools and provide scholarships for bright students, regardless of race. "We all know that Tamil schools are in the worst conditions ever, and why can't the amount that was used for the school aid be channelled to improve the state of these schools?" he asked. Surendran said this in reference to the RM540 million that the government has allocated for the distribution of school aid. Source: FreeMalaysiaToday |
Mahkamah Benarkan Bicara Rahsia Perjanjian Konsensi Posted: 30 Jan 2013 08:40 PM PST SHAH ALAM 30 JAN : Isu samada perjanjian konsesi Syarikat Bekalan Air Syabas (Syabas) dan Kerajaan Selangor pada 2004 adalah rahsia kerajaan akan dibicarakan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini merupakan keputusan mahkamah tersebut hari ini terhadap permohonan yang dibuat oleh Gabungan Menentang Penswastaan Air (CAWP). Pengerusi CAWP Charles Santiago berkata keputusan tersebut adalah satu langkah yang bagus yang akan memberikan peluang kepada orang ramai mengetahui butiran tentang 'projek kepentingan awam'. Katanya, pihaknya akan menulis surat kepada pihak mahkamah supaya menetapkan satu tarikh untuk kes itu dibicarakan. "Keputusan itu merupakan satu tindakan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa Kerajaan Negeri mempunyai kepentingan. "Jadi tidak ada asas untuk menteri tidak membenarkan pendedahan dokumen itu kerana laporan audit tidak pernah diklasifikasikan sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972," katanya ketika dihubungi. Sebelum ini, dilaporkan bahawa CAWP memfailkan permohonan meminta laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan Kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 diisytiharkan bukan sulit tetapi dokumen awam. Mereka berhujah laporan audit Syabas menjadi asas kepada keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menaikkan tarif air sebanyak 15 peratus di Lembah Klang pada 14 Oktober 2006. Permohonan gabungan pengguna ini bagaimanapun ditolak Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi pada 4 Disember tahun yang sama atas alasan laporan audit dan perjanjian konsesi tersebut adalah sulit dan rahsia kerajaan Malaysia. Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut. Sekaligus, keputusan majoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan. Susulan daripada itu, CAWP memfailkan satu permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menimbang semula keputusan Mahkamah Rayuan tersebut. CAWP terdiri dari Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan 13 badan bukan kerajaan yang mewakili pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sumber: Selangorku |
Syabas Digesa Siasat Risalah Hentam Kerajaan Negeri Posted: 30 Jan 2013 08:30 PM PST SHAH ALAM, 30 JAN: Kerajaan Selangor mahu satu siasatan dalaman dibuat berhubung isu pengedaran risalah mengkritik kerajaan negeri dalam isu air yang melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, maklumat ini diperolehi hasil aduan rakyat dan risalah tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas. Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati, risalah itu dikeluarkan Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam. "Sebagai pemegang saham Syabas, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (yang dimiliki Kerajaan Selangor) mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco. Risalah-risalah tersebut mirip beberapa iklan yang dipaparkan di dalam akhbar Umno-BN minggu lalu yang mengkritik kenyataan Kerajaan Negeri. Selain itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang lain berkata Kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa kejadian paip bocor kerap berlaku dan ini akan memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat. "Kerajaan negeri akan memantau secara serius perkara ini demi menjaga kepentingan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. "(Supaya mereka) tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala," Abdul Khalid berkata. Pada dua minggu terawal bulan ini, rakyat Selangor berhadapan krisis bekalan air yang menyaksikan setengah juta rakyat di Ampang, Cheras dan Gombak berhadapan masalah bekalan air. Hasil campurtangan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, krisis bekalan air berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat dan lebih awal daripada masa yang dijangkakan Syabas. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan