Suara Sri Andalas |
MB: Langat 2 Hanya Selepas Penstrukturan Semula Air Posted: 13 Dec 2012 08:00 PM PST SHAH ALAM 14 DIS : Projek Langat 2 hanya akan dilaksanakan selepas Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri Selangor melakukan penstrukturan semula industri air. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata setakat ini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung surat yang dihantar oleh Kerajaan Negeri. "Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika Kerajaan Pusat bersetuju untuk Kerajaan Negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan lanjut," katanya dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini. Sebelum ini, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui berkata projek pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal ekoran keengganan Kerajaan Negeri Selangor memberi kerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam projek berkenaan. Beliau mendakwa bagaimanapun, Kerajaan Pusat akan meneruskan projek itu dan dijangka bermula pertengahan tahun hadapan. Sebelum ini, Kerajaan Negeri berulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada Kerajaan Pusat untuk meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan. Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengarahkan Peguam Negara untuk mengkaji cara meneruskan projek tersebut tanpa kelulusan Selangor. Sumber: Selangorku |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan