Jumaat, 14 Disember 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Sejuta menunggu: Mengapa kerap tunai haji masih dipilih?

Posted: 13 Dec 2012 03:12 PM PST


Forum UM 14 Dis 2012 - SAYA amat tertarik dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengenai sejuta umat Islam Malaysia yang berada dalam senarai menunggu untuk mengerjakan ibadah haji.

Ini bermakna kemampuan dan kesedaran umat Islam di Malaysia membawa kepada jumlah tersebut,
Buat masa ini, kerajaan banyak membantu untuk menaik taraf kehidupan golongan miskin untuk menikmati kehidupan lebih selesa, di samping juga menerapkan nilai agama kepada semua rakyat Islam. Dengan kesedaran dan kemampuan itulah, maka ramai umat Islam di Malaysia bercita-cita mahu menunaikan fardu haji.

Persoalannya, apakah fungsi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) betul-betul cekap untuk menangani jumlah yang besar itu?

Contohnya, pada setiap tahun ada sahaja jemaah haji pergi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya sedangkan senarai menunggu panjang.

Saya difaham pihak Tabung Haji mengenakan pelbagai syarat termasuk faktor umur, tetapi yang saya hairan mengapa pada setiap tahun ada sahaja jemaah tertinggal disebabkan kuota, terutama penduduk di luar bandar, sedangkan jemaah di bandar dan berkemampuan boleh pergi buat kali kedua dan ketiga?

Semasa saya menunaikan haji beberapa tahun lalu, saya pernah bertanya seorang jemaah yang pergi buat kali keempat.

Kalau Tabung Haji mempunyai pengurusan cekap, pasti setiap pemohon yang kerap pergi akan dapat dikesan.

YUSOF SUJAK
Johor Bahru, Johor.


31,931 anak Selangor dapat bantuan masuk IPT

Posted: 13 Dec 2012 06:21 AM PST

Anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah dapat RM1,000 jika masuk IPT. Anak Negeri Sembilan pula berapa banyak kerajaan N.Sembilan beri?

31,931 anak Selangor dapat bantuan masuk IPT
13 Dis 2012

KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, iaitu sejurus Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, sejumlah 31,931 anak negeri itu telah diberi bantuan Hadiah Pengajian Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Untuk jumlah itu, kerajaan negeri Selangor telah membelanjakan RM31.7 juta bagi membantu anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT awam mahupun swasta.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil berikutan keprihatinan kerajaan negeri bagi memastikan anak Selangor tidak ketinggalan menuntut ilmu di mana-mana institusi pengajian tinggi di negeri itu.

Ianya juga sebagai penghargaan kepada golongan mahasiswa yang bakal menerajui kepimpinan dan menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

"Walaupun dalam kesibukan meneruskan usaha membangunkan negeri, menambah hasil negeri menerusi kutipan cukai dan pelaburan demi kesejahteraan rakyat, namun kami dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri masih ada ruang dan peluang untuk memikirkan ehwal dan kebajikan mahasiswa negeri ini," kata Abdul Khalid dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Hari Mahasiswa di Dewan Bankuet Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam malam tadi.

Hadiah Pengajian IPT merupakan skim yang diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ianya berupa bayaran hadiah RM1,000 kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, yang melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam atau swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Tiada ulasan:

Nuffnang