Jumaat, 14 Disember 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Tawaran 6+3: PAS anggap Adnan stereotaip, dangkal

Posted: 14 Dec 2012 12:32 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


TEMERLOH: PAS Pahang menganggap kenyataan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bahawa tawaran 6+3 Pakatan Rakyat (PR) sebagai tidak munasabah dan menghancurkan negara adalah stereotaip dan dangkal.

Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (gambar) berkata ia juga melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk membuat perubahan dengan memilih PR demi survival dan masa depan mereka.

Suhaimi dalam kenyataan medianya kepada Harakahdaily, menyebut sudah ada jawapan 'standard' oleh pemimpin Umno dan BN apabila PR menawarkan kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada pilihan raya umum yang akan datang.

Suhaimi memberi memberi kenyataan demikian sebagai reaksi kepada ucapan negatif Adnan semasa penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang disiarkan sebuah media cetak semalam.

Sementara dalam edisi online akhbar berkenaan meletakkan tajuk: 'Tawaran mega 3+6 Pakatan boleh hancur negara'.

Adnan pula memberi respons demikian berikutan perisytiharan tawaran kerajaan PR kepada rakyat negeri Pahang semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang (HKRP) Ahad lalu.

"PAS Pahang menganggap, mentaliti Menteri Besar ini menjadi ikutan semua pemimpin Umno segenap peringkat. Bagaimana menolong rakyat hancurkan negara? Sedangkan rasuah, salah guna kuasa serta pembaziran dianggap tuntutan kemajuan. Hakikatnya negara dan negeri Pahang sedang menuju kehancuran selepas 55 tahun Umno diberi mandat. Pada PRU 12 apabila PR tawarkan air percuma kepada rakyat Selangor, Umno kata hancur negeri.

"Maka PAS Pahang berpandangan, komen Adnan itu melambangkan kebimbangan Adnan, rakyat akan tertarik untuk buat perubahan sekali gus Adnan akan kalah dalam pertaruhan yang melibatkan telinganya.

"Hakikatnya, tidak ada mana-mana negara yang menolong rakyatnya menuju kehancuran. Tetapi terlalu banyak negara yang hancur akibat keangkuhan penguasa yang terus selesa  dengan rasuah dan salah guna kuasa," jelas Suhaimi.

Dalam HKRP, Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Pahang Leong Ngah Ngah telah membuat pengumuman tawaran bersama iaitu pertama, menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun.

Kedua, menyelesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat Pahang sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat.

Ketiga, mewartakan tanah komuniti Orang Asal agar ianya tidak dicerobohi sewenang-wenang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Keempat, memudahkan urusan pertukaran status tanah pertanian kepada lot perumahan atau bangunan.

Kelima, menurunkan cukai pintu dengan mengambil kira peningkatan hasil hutan dan maneral setelah perlaksanaan konsep 'bebas rasuah' dalam pentadbiran kerajaan.

Tawaran terakhir ialah menjanjikan sistem tender terbuka akan dilaksanakan bagi semua hasil utama negeri sebagaimana yang dilaksanakan di negeri negeri pakatan rakyat.

Sementara tiga tawaran mega Kerajaan PR Pusat kepada rakyat negeri ini ialah menempatkan peserta Felda Plantation di kalangan warga generasi kedua, ketiga Felda, serta mengembalikan fungsi asal penubuhan Felda.

Kedua, memberikan royalti minyak sebanyak 20 peratus setahun kepada kerajaan Pahang setelah pengeluaran minyak beroperasi. Ketiga, memberi perhatian dalam meningkatkan prasarana yang berkaitan dengan perhubungan darat antara bandar dengan menyempurnakan kerja-kerja menaiktaraf jalan yang terbengkalai.

Tawaran itu diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam majlis yang sama.

harakah/-

Lelaki 42 tahun hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh

Posted: 14 Dec 2012 12:30 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

Lelaki 42 tahun hadapi 7 tuduhan rogol, liwat dan bunuh
Rabidin dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat.
 
BENTONG - Penjenayah kejam paling dikehendaki, Rabidin Satir, 42, dituduh di Mahkamah Majistret Bentong dan Mahkamah Sesyen Raub atas kesalahan merogol dan membunuh mangsa bawah umur antara tahun 2009 dan 2011.

Dua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Majistret Bentong manakala lima lagi di Mahkamah Sesyen Raub.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bentong dalam keadaan tangan bergari, dengan kawalan ketat kira-kira jam 9.05 pagi, dengan berpakaian lokap berwarna oren.

Dia dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dan merogol Annie Kok Yin Cheng, 17.

 Berdasarkan kertas pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Atiqah Liyana Shahrir, kejadian berlaku pada 7 Mac 2009 antara jam 11.30 malam hingga 1.50 petang, 8 Mac 2009 di sebuah rumah di Lot 4168 Kampung Ketari.

Ketika kes dibacakan, tertuduh kelihatan tenang kemudian menganggukkan kepala dan menjawab faham dengan pertuduhan itu.

Majistret, Nurliyana Ismail menetapkan 17 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah Sesyen Raub pula menetapkan ikat jamin sebanyak RM15,000 untuk setiap pertuduhan kerana lelaki itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan kedua hingga kelima iaitu  merogol mangsa bawah umur.

Bagaimanapun, dia mengaku bersalah bagi pertuduhan pertama iaitu merogol seorang kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan tetapi Hakim Murtazadi Amran, tidak membenarkan ikat jamin kerana bimbang akan menganggu mangsa.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwaraya Atiqah Liyana Shahrir memohon mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes.

Mengikut kertas pertuduhan pertama, dia dituduh merogol kanak-kanak berusia 9 tahun 5 bulan di antara jam 2 pagi hingga 3 pagi di dalam sebuah bilik di Taman Sri Marong, Bentong pada 9 Julai 2009.

Bagi pertuduhan kedua, Rabidin yang berasalal dari Sabah itu dituduh merogol remaja berusia 17 tahun di dalam bilik di Kilometer 5, Jalan Kuala Lumpur- Bentong di antara jam 1 hingga 3 pagi pada 21 Jun 2010.

Pertuduhan ketiga membabitkan jenayah rogol kanak-kanak berusia 8 tahun 2 bulan di tepi sungai belakang rumah dekat Ketari, Bentong antara jam 12.30 pagi hingga 1.30 pagi pada 29 April tahun lalu.

Rabidin turut menghadapi dua lagi pertuduhan bagi kes keempat membabitkan remaja berusia 16 tahun 5 bulan iaitu rogol dan liwat dalam bilik di sebuah rumah di Ketari, Bentong antara jam 1 pagi hingga 2.30 pagi.

Rabidin dituduh membabitkan Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun keseksaan.

Hakim Murtazadi Amran,  menetapkan 31 Januari 2013 sebagai tarikh sebutan semula kes.

sinar/-

KantoiI! Penipuan BN terbongkar seluruh dunia!

Posted: 14 Dec 2012 12:29 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


Memalukan!

Satu lagi projek penipuan Umno dan Barisan Nasional yang selama ini berjaya diselindungkan dari pengetahuan kita dalam negara kini terbongkar ke seluruh dunia!

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) didakwa "sengaja" memanipulasi standard lulus mata pelajaran Sains dan Matematik untuk membolehkan lebih ramai pelajar yang mengambil peperiksaan memperolehi keputusan baik, kata pemimpin DAP.

Dakwaan mengikut penilaian antarabangsa menunjukkan kedudukan Malaysia bagi dua mata pelajaran tersebut mengalami penurunan ketara.

Dalam satu kenyataan bersama, Tony Pua dan Ong Kian Ming hari ini menegaskan, tindakan KPM "memudahkan" silibus pendidikan bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit adalah punca kepada penurunan standard pendidikan negara.

"Tindakan kementerian memudahkan silibus dan menurunkan markah lulus merupakan sebab utama penurunan standard sistem pendidikan negara kita," kata mereka dalam kenyataan tersebut mengenai peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kementerian telah memudahkan silibus bagi memberikan persepsi terdapatnya peningkatan prestasi, diukur melalui jumlah lulus dan 'A' yang diperolehi semasa peperiksaan," tambah mereka.

Jelas kedua-dua pemimpin DAP tersebut, tindakan itu lebih menyedihkan apabila Kajian Sains Dan Matematik Antarabangsa (TIMSS) pada tahun 2011 yang menunjukkan Malaysia merupakan negara yang mana pelajarnya mengalami penurunan mendadak bagi dua mata pelajaran tersebut.

Kajian berkenaan menunjukkan Malaysia memperoleh 440 mata dalam matematik untuk tingkatan dua ― bersamaan dengan gred lapan di seluruh dunia di belakang Korea Selatan, Singapura, Chinese Taipei (Taiwan), Hong Kong dan Jepun yang menduduki lima tangga teratas.

Pelajar berusia 14 tahun Malaysia juga gagal menyaingi rakan-rakan sebaya mereka di Israel dengan 516 mata, Lithuanian (502) dan Lebanon (449) disamping hanya di hadapan Thailand dengan perbezaan yang tipis, dengan mendapat 427 mata.

Dalam bidang sains, Malaysia mendapat 426 mata, bersamaan dengan Syria dan hanya mendapat mata tipis berbanding Palestin, Georgia, dan Oman yang mendapat 420 mata.

Singapura mendapat mata tertinggi dengan 590 mata, Chinese Taipei (564), Korea Selatan (560), Jepun (558), Israel (516), Kazakhstan (490) dan Thailand dengan 451 mata.

Tambah mereka, walaupun TIMSS menunjukkan penurunan yang amat ketara terhadap sistem pendidikan kita, lebih mengejutkan pelajar di sekolah menengah di negara ini terus memperolehi keputusan membanggakan setiap tahun bagi mata pelajaran matematik dan sains bagi PMR dan SPM.

"Penurunan Malaysia dalam pencapaian TIMSS yang diukur bersama dengan 59 negara lain jelas menunjukkan perbezaan ketara dalam pencapaian oleh pelajar yang sama dalam PMR dan SPM," kata Pua dan Ong.

Purata mata bagi TIMSS ialah 500 mata, dengan negara yang menunjukkan mata melebihi angka tersebut dianggap sebagai terbaik dalam dua bidang tersebut, manakala di bawah mata tersebut dianggap tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.

Tony dan Ong turut menunjukkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) yang diperolehi pelajar bagi peperiksaan PMR dan SPM di negara ini.

"Bagi PMR, secara lebih tepat, mereka yang memperolehi A dalam matematik meningkat daripada 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011, manakala bagi mata pelajaran sains, meningkat daripada 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011.

"Pada masa sama, keputusan SPM kita pada 2011 dilaporkan antara yang terbaik sejak lima tahun, apabila Gred Purata Kebangsaan menunjukkan peningkatan daripada 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011 (gred yang lebih rendah adalah skor yang baik)," kata mereka.

TIMSS adalah kajian selama empat tahun untuk pendidikan sains dan matematik bagi gred empat dan lapan di seluruh dunia ― atau Darjah Empat dan Tingkatan Dua mengikut sistem pendidikan Malaysia.

Bagaimanapun, bagi Malaysia kajian hanya dilakukan bagi peringkat sekolah menengah dalam kajian tersebut.


Dalam kajian TIMSS menunjukkan Malaysia masih tidak mencapai prestasi yang baik dalam tiga kajian sebelum ini dalam dua bidang tersebut yang dianggap penting untuk negara  mencapai negara berpendapatan tinggi.

Pada tahun 2007, purata pelajar Malaysia mendapat 474 mata di dalam matematik dan 471 di dalam sains dalam kajian TIMSS.

Pada tahun 1999, purata bagi pelajar ialah 519 mata bagi matematik dan 492 bagi sains.

Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan (NEB) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini jelas Tony dan Ong perlu mengakui secara terbuka kementerian berkenaan melakukan tindakan "memudahkan" silibus dalam sistem pendidikan negara.

"NEB perlu secara terbuka mengakui terdapatnya tindakan memudahkan sistem pendidikan kita," kata mereka.

"Pelan tersebut bukan sahaja mengabaikan perkara itu, malah turut memuji pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM.

"Sekiranya Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin gagal untuk memulihkan proses tersebut, dan meningkatkan standard peperiksaan dan silibus kita, kami yakin, bukan hanya setakan NEB akan gagal, kedudukan Malaysia dalam TIMSS akan terus menjunam pada masa akan datang," tegas mereka lagi.
 
harakah/-

Pemimpin Umno rosakkan nama negara di mata dunia, bukan rakyat

Posted: 14 Dec 2012 12:22 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


Yang rosakkan nama Negara di mata dunia ialah pemimpin Umno, bukan rakyat

Umno seringkali menuduh rakyat merosakkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam isu himpunan rakyat Bersih bagi menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Demi menutup kerosakan yang telah dibuat kepada Negara, pemimpin Umno cuba meletakkan kesalahan ke atas bahu rakyat.
Keratan akhbar di bawah ini jelas menunjukkan bagaimana pemimpin Umno bertaraf Menteri lah yang sebenarnya merosakkan dan mencemarkan imej Negara. Seluruh dunia menumpukan perhatian kepada kebodohan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional.

Malaysian Insider
Dalam isu logo dan lagu sambutan Kemerdekaan ke-55, hanya kerana kepentingan politik dan kerja bodek ampu orang atas, Negara menanggung malu dan menjadi bahan hinaan di seluruh dunia dengan kualiti sambutan kemerdekaan Negara yang hambar. Pertama kali dalam sejarah Negara, seluruh rakyat mengutuk kerajaan dalam sambutan kemerdekaan. Pakatan Rakyat dengan bantuan Sasterawan Rakyat, A. Samad Said terpaksa mengambil peranan menghasilkan tema dan logo berkualiti serta lagu yang memenuhi aspirasi rakyat Malaysia. Kerja siapa lagi jika bukan kerja Menteri Rais Yatim.
Siapakah yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?

Defense Industry Daily
Sejak memegang jawatan Perdana Menteri, Najib sudah menghancurkan imej Negara di mata dunia. Dikelilingi oleh skandal masa lampau, terpalit dengan isu 'Queen Control' Rosmah Mansur, terkini beliau terkial-kial untuk menyelesaikan skandal pembunuhan Altantuya dan isu pembelian kapal selam Scorpene. Seluruh dunia memandang hina Negara Malaysia kerana dipimpin oleh Perdana Menteri yang korup. Berita korupsi Najib dilaporkan dalam akhbar-akhbar utama di seluruh dunia.
Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?

Malaysian Insider

Isu yang sedang hangat diperkatakan. Zainuddin Maidin yang suatu ketika dahulu pernah meracau kepada wartawan Al-Jazeera dalam isu Bersih, sehingga beliau menyalahkan media antarabangsa itu. Terkini, Zainuddin Maidin sekali lagi memalukan Negara apabila beliau menghina bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie. Malang sekali Umno memiliki pemimpin dan bekas Menteri yang singkat akal dan tidak mampu menjernihkan hubungan antarabangsa Negara kita dengan Negara lain.


Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?

Malaysiakini

Di Sabah, Ketua Menteri Musa Aman didakwa terpalit dengan skandal penyeludupan wang haram RM40 juta yang melibatkan pihak berkuasa Hong Kong. Kemungkinan besar, Hong Kong akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Musa Aman kerana terdapat unsur-unsur korupsi. Malangnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia belum mengambil apa-apa tindakan dan membiarkan sahaja penyelewengan yang boleh menggugat masa depan Negara ini berlaku.
Siapakan yang mencemarkan nama Negara jika bukan pemimpin Umno?
Rakyat sentiasa mahukan Negara ini aman dan diberikan hak mereka. Malangnya Umno menuduh rakyat mencemarkan nama Negara. Walhal, pemimpin Umno lah yang korup dan merosakkan nama Negara di mata dunia!
 
harakah/-

Zinedine Zidane: Solat Bikin Hatiku Tenang

Posted: 14 Dec 2012 12:12 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


Tidak ada yang meragukan bila Zinedine Yazid Zidane adalah pemain bola sepak Muslim paling berjaya di Eropah, bahkan dunia. Meski ramai pemain bola sepak Muslim yang berjaya mengadu nasib di liga-liga Eropah, tapi belum ada yang mampu menyamai prestasi Zidane di kancah sepak bola Benua Biru.

Ya, tak sedikit yang memuji penampilan Zidane. Bahkan Pengarah Teknik UEFA, Andy Roxburgh menyanjung lelaki keturunan Algeria tersebut adalah pengeluaran dari syurga. (Baca: Zinedine Zidane Pengeluaran dari Syurga).

"Saya percaya di kepalanya (Zidane) ada tulisan 'made in heaven'. Dia benar-benar anugerah dari Tuhan," ujar Andy di satu kesempatan.

Bekas pengatur serangan Les Bleus ini dikenali sebagai pemilik gaya menggiring bola sambil meliukkan badan. Tidak seperti Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo yang ketika mendapat peluang langsung menggiring si kulit bundar menusuk ke jantung pertahanan lawan kemudian menceploskan bola. Zidane tampil laiknya maestro seniman lapangan dengan memperagakan penampilan elegan dan indah. Namun, lawan dibuat tidak berkutik lantaran sukar merebut bola dari kakinya.

Lelaki yang kini menjabat Pengarah sukan Real Madrid ini merupakan sosok playmaker yang sempurna bagi kelab mahupun timnas. Pada masanya, hanya Ronaldo Luiz Nazario de Lima yang boleh dikatakan sejajar dengannya. Lelaki berbangsa Perancis itu mampu mengolah bola dengan baik dan memberikan operan maut yang boleh menembusi pertahanan lawan.

Kemampuannya mengocek bola membuat lawan terpana, sebab seolah-seolah bola melekat di kakinya. Alhasil hampir semua kejohanan, baik di kelab mahupun timnas berjaya direbut bekas pemain Juventus ini. Tak heran bila Zidane mampu meraih gelar tiga kali Pemain Terbaik Dunia FIFA (1998, 2000, dan 2003).

Peminat bola sepak dunia pasti masih ingat dengan puncak Liga Champions 2001/2002, yang mempertemukan Madrid kontra Bayer Leverkusen. Skor ketika itu sama kuat, 1-1. Menerima umpan dari Roberto Carlos yang menyisir sisi kanan pertahanan Leverkusen, Zidane melakukan tendangan first time dan membuat kedudukan menjadi 2-1. Madrid meraih gelar Liga Champions kesembilan.Gol tersebut dinilai gelandang Chelsea dan Timnas Inggeris, Frank Lampard sebagai gol terbaik sepanjang masa.

Meski capaiannya di lapangan luar biasa, namun Zidane tidak lupa untuk meletakkan dirinya sebagai seorang Muslim. Ia disebut-sebut sebagai atlet dunia yang taat menjalankan kewajipan solat lima waktu. Dengan menunaikan perintah yang menjadi tiang agama tersebut maka Zidane mengaku penampilannya di lapangan bisa semakin baik. "Solat adalah sumber kekuatanku. Kerana setelah solat, hati serasa tenang, "

Prestasi Zidane:

Scudetto Liga Itali Serie-A musim 1996/1997 dan 1997/1998 bersama Juventus
Piala Dunia 1998 bersama pasukan Perancis
Piala Eropah 2000 bersama pasukan Perancis
Liga Champions 2002 bersama Real Madrid
Piala Toyota (sekarang Piala Dunia Antara kelab) pada 1996 (bersama Juventus) dan 2002 (Bersama Madrid)

La Liga Sepanyol musim 2002/2003 bersama Madrid
Runner Up Piala Dunia 2006 bersama pasukan Perancis
Pemain Terbaik Dunia FIFA pada 1998, 2000, dan 2003.

Pemain Terbaik Eropah pada 1998

-republika

PAS tetap perjuang bayaran royalti Terengganu

Posted: 14 Dec 2012 12:00 AM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan tetap memperjuangkan hak royalti Terengganu biarpun Kerajaan Negeri yang diterajui BN ketika ini telah membatalkan saman terhadap Petronas.

Presiden PAS itu berkata, perjuangan menuntut bayaran balik royalti Terengganu yang dihentikan pada 2000, iaitu sebaik sahaja PAS mengambilalih negeri itu selepas pilihanraya umum 1999, bukan atas sentimen politik, tetapi perjuangan mengembalikan hak rakyat negeri itu.

"Kami (PAS) berjuang untuk dapat balik royalti Petroleum. Walaupun, kerajaan negeri telah menarik-balik saman yang dikemukakan. Ini adalah hak negeri yang wajib diminta.

"Kerana sentimen politik, (Umno) sanggup meminta supaya royalti ini dibatalkan. Dengan sebab sentimen politik mengatasi kepentingan negeri dan rakyat negeri ini," katanya yang juga Adun Rhu Rendang.

Beliau berkata demikian ketika mengambil bahagian membahaskan Belanjawan Negeri Terengganu (Bajet) 2013 pada Mesyuarat Yang Ketiga Penggal Persidangan Yang Kelima Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12, di Wisma Darul Iman, dekat sini, Rabu lalu.

Mengulas bajet negeri, beliau turut menegur sikap membuat peruntukan bajet yang besar namun menggunakan kaedah berhutang.

Beliau juga berkata, jika Terengganu diberi semula bayaran royalti, sudah tentu ianya menjadi sumber pendapatan utama negeri, sekaligus mampu meringankan beban rakyat negeri ini dan mengurangkan hutang dalam bajet.

"Dalam bajet ini jangan sangat kita (kerajaan) bergantung kepada hutang, sepatutnya kita bergantung kepada sumber hasil kita sendiri.

"Marilah kita sama-sama minta balik royalti ini. Satu sumber yang sangat besar di samping itu kita manfaatkan sumber-sumber yang telah sedia ada tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan cukai," tegasnya.

harakah/-

PAS utus surat kepada Perdana Menteri Palestin

Posted: 13 Dec 2012 11:30 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -



Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan surat daripada PAS kepada ketua rombongan Yayasan Amal Malaysia, Dr Suhazeli untuk disampaikan kepada Ismail Haniyeh.

MARANG: Komitmen PAS terhadap nasib dan perjuangan umat di Gaza, Palestin tidak pernah padam bagi menyatakan sokongan moral serta rasa kebersamaan dalam gerakan Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin dan percaya dengan bantuan yang penuh barakah dari umat Islam di negara ini akan memberi kekuatan kepada umat Islam di Gaza.

Katanya, PAS menyediakan bantuan kepada penduduk Gaza dan rakyat Palestin mengikut kadar kemampuan.

"Hari ini, kita melancarkan rombongan kita untuk menyampaikan bantuan ke Gaza, bantuan kita sekadar kemampuan.

"Saya menulis surat kepada Perdana Menterinya, Ismail Haniyeh dan menyatakan itulah sekadar kemampuan yang mampu diberikan kepada penduduk di Gaza dan rakyat Palestin.

"Kita yakin dan percaya dengan bantuan yang 'barakah' ini menjadi kekuatan kepada mereka. Di samping bantuan-bantuan dari rakan-rakan seluruh pelosok dunia," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Rombongan Yayasan Amal Malaysia bagi Misi Perubatan dan Kemanusiaan ke Gaza, Palestin di pekarangan Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Katanya, PAS bersama-sama dengan badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain sentiasa memberi perhatian terhadap isu kekejaman Zionis-Israel terhadap rakyat Palestin.

Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Majlis Syura Muassasah al-Quds menegaskan misi ke Palestin, PAS mempunyai tanggungjawab bagi mempertahankan kerajaan Islam Hamas.

Menurutnya, Parti Islam Hamas telah berjaya dalam pilihan raya yang sah empat tahun lalu tetapi kemenangan itu tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) serta dikebanyakan negara Arab.

harakah/-

Zunar mahu tumbangkan BN dengan 'Lawak & Lawan'

Posted: 13 Dec 2012 11:28 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -




 
Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque tampil dengan satu lagi buku kartun berjudul Lawak & Lawan yang bakal dilancarkan esok di Petaling Jaya.

Zunar Lawak & LawanKarya terbarunya itu, diterbitkan dalam edisi Bahasa Melayu dan Inggeris, merupakan himpunan kartun yang disiarkan dalam portal berita Malaysiakini dan laman sesawang lain sepanjang 2012.

Zunar berkata beliau masih mengekalkan mesej berkaitan rasuah dan salahguna kuasa yang didakwanya dilakukan oleh kerajaan BN dalam karya berkonsepkan "kartun untuk rakyat" itu.

"Apa yang saya nak sampaikan ialah rasuah bukan isu politik, tetapi adalah isu jenayah yang keji, sebab ia melibatkan wang rakyat.

"Kerana itu dalam buku ini, banyak kartun-kartun yang menggambarkan bagaimana rakyat menanggung derita akibat rasuah oleh pemimpin BN dan kroni mereka.

NONE
"Judul Lawak & Lawan juga mencerminkan keazaman saya sebagai kartunis untuk sama-sama berjuang dengan rakyat bagi menumbangkan rejim BN," katanya dalam satu kenyataan.

Pemenang anugerah dari Rangkaian Hak Asasi Kartunis Antarabangsa itu berkata buku kartunnya cetakan berwarna setebal 108 halaman itu tidak akan diedarkan ke kedai buku.

Sebaliknya, ia hanya boleh diperolehi melalui tempahan secara atas talian melalui zunarcartoonist.com dengan harga RM25 senaskhah, katanya.

Majlis pelancaran dijangka diadakan selama dua hari bermula esok (15 Disember) di perkarangan Amcorp Mall – di kawasan menghadap Tasik Taman Jaya – bermula jam 11 pagi hingga 9 malam.

malaysiakini/-

Pembangkang Mesir gesa undi 'tidak'

Posted: 13 Dec 2012 11:00 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

Pembangkang Mesir gesa undi 'tidak'
Rakyat Mesir digesa mengundi 'tidak' dalam pungutan suara draf Perlembagaan yang dibuat Mursi serta Ikhwannul Muslimin.
 
KAHERAH - Kumpulan pembangkang Mesir menggesa pengikutnya menandakan 'tidak', dalam borang pungutan suara bagi meluluskan draf Perlembagaan baru oleh Presiden Mohammed Mursi yang dijadualkan esok dan 22 Disember ini.

Pembangkang yang diwakili Barisan Penyelamat Nasional (NSF), menuntut satu proses seliaan kehakiman penuh termasuk membenarkan kehadiran pemantau antarabangsa serta Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), sepanjang proses undi itu.

Mereka juga menuntut proses pembuangan undi diadakan dalam tempoh sehari sahaja.

Agensi berita Al-Jazeera melaporkan, pengumuman tempoh mengundi itu berkemungkinan menimbulkan kekecohan di kalangan pembangkang walaupun NSF terlebih dahulu berikrar tidak akan memboikot proses tersebut.

Pada masa sama, pemimpin pembangkang utama Mesir menyuarakan bahawa mereka kini sedang dalam persediaan mengadakan perbincangan keamanan negara bersama wakil tentera. - Al-Jazeera

Rezeki si penjinak ular

Posted: 13 Dec 2012 10:40 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


Rezeki si penjinak ular
Seorang anak murid Mohd Hamdan menunjukkan kebolehan 'bermain ular' dengan mencium haiwan berbisa itu.
Rezeki si penjinak ular
Mohd Hamdan (kanan) bersama empat pemain ular yang belajar daripadanya untuk buat persembahan ular dan menjinakkan reptilia berbisa itu.
 
Sebut sahaja ular, pasti ramai menyatakan rasa takut terhadap reptilia berbisa itu apatah lagi jika tahu serangan haiwan itu boleh membawa pelbagai komplikasi termasuk maut.

Kalau boleh, majoriti kita tidak mahu 'berjumpa' dengan haiwan berbisa itu dalam apa jua keadaan dan jika ada yang berani sekali pun, mungkin sekadar memegang spesies ular jinak seperti sawa.

Justeru, agak menakjubkan apabila Mohd Hamdan Mahadi, 33, dari Guchil 1, di sini, bukan sahaja mampu bermain dan menjinakkan ular berbisa malah menjadikan 'persahabatan'nya bersama reptilia itu sebagai sumber rezeki.

Senaraikan sahaja kebanyakan jenis ular, dari sawa hingga pelbagai jenis tedung berbisa, semuanya pernah ditangkap Mohd Hamdan malah jumlah tangkapannya sehingga kini dikatakan mencecah puluhan ribu ekor.
Main ular sumber utama pendapatan

Bagi Mohd Hamdan, biar berbahaya dan upahnya tidak selumayan kerja lain, ia tidak menghalangnya menjadikan kerja menangkap dan membuat pertunjukan ular sebagai sumber pendapatan utama.
"Kalau rumah dimasuki ular dan tuan rumah panggil saya, saya akan tangkap dan tidak harapkan apa-apa bayaran. Jika ada orang mahu saya usahakan juga tangkap ular seperti dalam lubang, baru ada bayaran," katanya.

Untuk pertunjukan ular pula katanya, dia mampu memperoleh kira-kira RM500 untuk sehari persembahan di Kuala Krai dan mencecah RM700 jika libatkan lokasi di luar daerah ini.

"Walaupun sudah banyak kali dipatuk dan disembur bisa, saya tidak serik untuk terus 'bersahabat' dengan ular, lagi pun ini satu-satunya bidang yang saya mahir dan minat," katanya.

Digelar Raja Ular Kelantan ketika berusia 18 tahun
Mengimbas sejarahnya bermain ular, Mohd Hamdan mula berjinak dengan reptilia itu ketika berusia 14 tahun sebelum makin aktif dua tahun kemudian apabila mampu menjinakkan spesies ular berbisa.

"Masa umur 16 tahun, saya juga mula belajar dengan seorang kawan buat pertunjukan ular di merata-rata tempat seperti di ekspo, konsert dan program besar termasuk di luar Kelantan.

"Waktu itu, saya sudah mahir jinakkan ular, jadi kawan saya pula belajar cara nak tangkap ular kerana sebelumnya, dia hanya buat pertunjukan ular sahaja," katanya.

Menurutnya, dia mula dikenali sebagai Raja Ular Kelantan ketika berusia 18 tahun selepas menang tempat kedua pertandingan pertunjukan ular di Thailand.

Sedia khidmat tangkap ular, penawar bisa
Bagi khidmat sukarela, Mohd Hamdan kerap dipanggil membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) apabila melibatkan operasi menyelamat berkaitan ular.

Lebih membanggakan, dia tidak pernah kedekut ilmu kerana dari masa ke semasa menerima pelajar baru dari seluruh negeri ini yang ingin belajar cara bermain ular.

"Setakat ini, seramai 48 orang datang belajar untuk jadi 'pemain ular' dengan saya tetapi bukan semuanya berjaya sebab sedikit sebanyak bakat juga perlu ada," katanya.

Menurut Mohd Hamdan, mereka ingin belajar bermain ular, perlukan bantuan untuk jinakkan ular atau penawar bisa ular boleh menghubunginya di 012-9619443.

sinar/-

Mahathir Sindir Rosmah, Ingatkan Kedudukan Najib

Posted: 13 Dec 2012 10:30 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


Akibat menonjol melebihi suaminya, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bahan sindiran mantan Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Terbaru, isteri Datuk Seri Najib Razak itu sekali lagi mengejutkan rakyat dengan penghasilan buku biografinya yang dikatakan 'menjawab secara telus' isu dakwaan kononnya fitnah ke atasnya.

Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.

Beliau ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.

"Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya," kata Mahathir dipetik.

Mengulas isu ini, Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail berkata, kenyataan Mahathir yang memberikan 'lampu hijau' untuk Rosmah menonjol semahunya adalah sindiran jelas dan peringatan kepada Najib.

"Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah," kata Aisyah ketika dihubungi.

"Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir 'membenarkan' Rosmah ke depan," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.

"Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.

"Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang," ujar Aisyah. -KD

Dua kali gerai dirempuh

Posted: 13 Dec 2012 08:00 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

MUSNAH...orang ramai melihat MPV yang terperosok ke dalam gerai makan.
MUSNAH...orang ramai melihat MPV yang terperosok ke dalam gerai makan. 
KUANTAN: "Hanya dua minit memisahkan saya dengan maut kerana jika saya lambat sedikit meninggalkan dapur, sudah pasti nyawa saya melayang dirempuh kereta itu," kata Roziah Abdul Rahman, 33, pemilik gerai makan yang dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Bukit Setongkol, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, bahagian depan gerai makannya roboh, manakala dapurnya pula musnah sama sekali apabila MPV jenis Toyota Estima dinaiki pasangan suami isteri berkenaan merempuh gerainya yang dibuka sejak jam 3 petang.

Katanya, sebelum kejadian, dia baru selesai menyiapkan nasi goreng dipesan pelanggan, manakala suami, Ikhwan Nasir Jahudin, 37, berada di bahagian tepi gerai bersama anak keduanya, Nor Syafikah Ikhwan Nasir, empat tahun.

"Selepas masak, saya pergi ke arah anak bongsu saya (Nor Ain Aisyah, 16 bulan) yang berada di sofa di tepi dapur dan mengangkatnya ke dalam buaian bagi menidurkannya.

"Namun, beberapa saat kemudian saya mendengar bunyi brek kenderaan sebelum melihat sebuah kereta berwarna putih meluru laju ke arah gerai menyebabkan saya menjerit ke arah suami dan seorang pelanggan supaya melarikan diri," katanya.

Katanya, kereta berkenaan merempuh bahagian dapur sebelum terhenti di hadapan gerai dan apa yang membimbangkan, kereta itu berkemungkinan meletup kerana tong gas digunakan untuk memasak turut diseret dan melekat di bawah kenderaan berkenaan.

Roziah berkata, dia bersyukur keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan, namun terkilan melihat gerai yang diusahakan sejak 13 tahun lalu musnah.

"Saya kecewa kerana pemandu yang merempuh gerai saya tidak meminta maaf sebaliknya terus meninggalkan gerai ini dengan menaiki sebuah kereta lain," katanya.

"Saya tidak pasti bila gerai kami ini akan dapat beroperasi semula memandangkan banyak barang terutamanya dapur, kerusi dan meja mengalami kerosakan," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian.

Sementara itu, Ikhwan berkata, dia tidak menyangka kejadian sama yang pernah berlaku dua tahun lalu berulang kembali dan lebih menyedihkan, kerosakan dan kerugian kali ini lebih teruk.

metro/-

'Hasan Ali tidak layak desak Nik Aziz'

Posted: 13 Dec 2012 07:45 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan Tantawi 
 
SHAH ALAM – Pemuda Pas Pusat menegaskan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali tidak berhak untuk meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan Mursyidul Am parti itu.

Sehubungan itu, Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kedudukan atau jawatan dalam parti adalah hak mereka yang masih menjadi ahli Pas dan bukannya orang luar seperti Hasan.
Hasan telah dipecat dari Pas awal Januari lalu.

"Siapa yang hendak jadi pemimpin, itu hak parti yang tentukan.

"Dia tak berhak membuat kenyataan tersebut sebab kepimpinan dalam parti adalah urusan parti," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pagi tadi, Sinar Harian Online membawa laporan, memetik Hasan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menerusi tulisannya di laman sosial milik beliau, mendesak Nik Aziz melepaskan jawatannya susulan kenyataan mempertahankan kerjasama Pas dan DAP.

Menurut Hasan, Nik Aziz wajar menyerahkan jawatannya  kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din yang lebih berupaya dan berwibawa.

Mengulas lanjut, Nasrudin sebagai generasi muda dalam parti Islam itu berkata, Pas masih memerlukan seorang pemimpin yang "berkhidmat dengan baik dan mampu memimpin parti" seperti Nik Aziz.

"Tok Guru Nik Aziz masih relevan untuk memegang amanah sebagai Mursyidul Am Pas," tegas beliau.
Nasrudin turut mempertegaskan bahawa kenyataan Nik Aziz membela DAP yang didakwa Hasan "menghiris hati ahli dan penyokong Pas yang sudah tidak menahan perasaan sabar" difahami oleh anggota parti itu.

"(Kenyataan Tok Guru) bukan satu masalah buat kami. Bukan satu kewajaran Datuk Hasan memperbesarkannya.

"Harus difahami kenyataan Tok Guru dengan betul yang mana ia mempertegaskan dasar parti tahaluf siyasi, kerjasama politik di antara Pas, DAP dan PKR," katanya.

"Kerjasama politik ini telah terjalin sejak sekian lama. Tidak ada yang mengelirukan atau tidak betul," tambah beliau.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Samad menjelaskan kewajaran Pas membela DAP, yang menurut beliau, berlandaskan hukum agama.

"DAP atau mana-mana pihak yang dituduh dan difitnah tanpa bukti perlu diberikan pembelaan kerana Islam itu adil.

"(Hasan) jangan ikut atas dasar perasaan dan emosi. Buktikan apa yang Tok Guru Nik Aziz katakan adalah silap. Buktikan kenapa DAP tidak layak dibela," kata Ahli Parlimen dan Yang Dipertua Pas kawasan Shah Alam.

Hasan dalam tulisannya menyatakan kebimbangan beliau sekiranya terus dibela parasit dalam Pas manakala DAP akan bermaharajalela dan terus menghina Islam.

"Saya bimbang kenyataan-kenyataan 'supreme' ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan Pas daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan Pas disebabkan "peluru" yang disediakan oleh TGNA (Nik Aziz)," kata Hasan.

Menjawab kepada kenyataan itu, Khalid berkata, jelas sekali Hasan kini mengamalkan politik "marah anak, sindir menantu".

Sasaran Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, kata Khalid, bukan DAP sebaliknya Pas.

"Dia serang DAP, DAP tidak akan kalah. Yang mereka harap akan terjejas ialah Pas," katanya.

sinar/-

Mursyidul Am Gerakan Islam Morocco meninggal

Posted: 13 Dec 2012 07:30 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gerakan 'Adil dan Ihsan' yang diharamkan di Morocco mengumumkan pengasas dan Mursyidul Amnya, Syeikh Abdussalam Yaasin, 84, menghembuskan nafas terakhir pagi semalam, Khamis.

Perkara tersebut diumumkan oleh jurucakap rasmi gerakan tersebut, Fathallah Arsalan.

Syeikh Yaasin (dilahirkan pada September 1928) yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di ibu negara Morocco merupakan pengasas gerakan Islam tersebut pada tahun 1973 dan memimpinnya hingga akhir hayat.

Blog Gendang Perang dan laman web eramuslim turut melaporkan perkara itu.

Pada tahun 1974, beliau menulis risalah nasihat kepada Raja Morocco ketika itu, Al-Marhum Raja Hasan Kedua bertajuk "Islam atau Taufan" yang memberi peringatan kepada kerajaan untuk melaksanakan syariat Islam atau mereka dan negara akan dilanda bencana taufan seperti kaum Nabi Nuh yang menolak dakwah nabi mereka.

Antara kandungan risalah tersebut:

"Nasihat Ustaz Yaasin kepada raja yang bimbang kehilangan kuasa satu nasihat yang jelas dan nyata. Nasihat beliau menyeru kepada raja bertaubat dan kembali kepada syariat Islam serta mencontohi sejarah yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin Abdul 'Aziz.."

Disebabkan risalah tersebut, beliau dipenjarakan selama 3 tahun enam bulan tanpa dibicarakan di mana-mana mahkamah. Akibat tekanan yang dihadapi di dalam penjara, beliau terpaksa dirawat di hospital mental untuk beberapa tempoh waktu.

Pada tahun 1981, kerajaan Morocco mengharamkan gerakan tersebut tetapi berdasarkan pengamatan penganalisis politik, Gerakan Adil dan Ihsan merupakan gerakan pembangkang utama yang mampu menggugat kerajaan.

Pada tahun 1983, beliau sekali lagi meringkuk dalam penjara selama 3 bulan (yang kemudiannya dilanjutkan selama 2 tahun) setelah mengkritik ucapan Al-Marhum Raja Hasan Kedua melalui sebuah artikel tulisannya.

Pada tahun lepas, ketika berlaku gelombang 'Arab Spring' di beberapa buah negara Arab, Morocco juga tidak terkecuali terkena tempiasnya apabila berlaku beberapa siri protes dan Gerakan Adil dan Ihsan menggerakkan kebangkitan rakyat dengan menyatukan kumpulan pembangkang atas nama "Gerakan 20 Februari".

Hasilnya, ia memberi tekanan kepada Raja Muhammad Keenam, Raja Morocco untuk membuat pindaan perlembagaan dan memberikan kebebasan kepada rakyat pada Julai 2011.- Abdul Malik

harakah/-

Posted: 13 Dec 2012 07:15 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

Greiner jual bola mata palsu

MUNICH – Seorang penjual kanta okulus, Gerhard Greiner di sini menjual bola mata kaca palsu kepada orang ramai yang kehilangan mata. 

Setiap bola mata palsu itu berharga AS$457 (RM1,395) dan ia mengambil masa satu jam untuk menghasilkannya.

Bola mata itu dimasukkan ke bahagian mata pelanggan yang tidak lagi berfungsi akibat kemalangan atau penyakit.

Ia juga boleh dimasukkan di tempat asal mata menerusi pembedahan. – Reuters

Pemuda Pas: SPR perlu bebas pegawai aktif politik

Posted: 13 Dec 2012 07:00 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas mengharapkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bertegas untuk tidak membiarkan mana-mana pegawainya menjadi ahli parti-parti politik.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, jika ada pegawai SPR menganggotai mana-mana parti politik, ia akan mendedahkan ketidaktelusan pengendalian dan menjejaskan kualiti pengurusan tertinggi SPR.

Ia juga, katanya, mendorong SPR tunduk kepada pengaruh politik kepartian yang boleh menghakis kredibiliti sistem demokrasi negara.

"Pengerusi SPR mesti peka dengan pendedahan seperti ini dan berasa bimbang akan kesannya terhadap kredibiliti SPR, apatah lagi mengambil kira pengajaran dari banyak kajian kes sedia ada, sejarah dan iklim politik semasa, khususnya di Sabah yang sensitif kepada perubahan kerajaan.

"Keterlibatan ahli parti dalam hierarki pentadbiran SPR seperti kes ini kelak membuka ruang pertikaian terhadap pilihan raya yang boleh mengheret badan itu ke dalam proses mahkamah yang merugikan dan retorik yang berpotensi mengganggu kesentosaan awam. Hakikatnya, perkara seperti ini boleh mencabar kesahihan kerajaan yang ditegakkan melalui proses pilihan raya tersebut," katanya.

Beliau mendakwa alasan Abdul Aziz sebelum ini yang mengatakan pegawainya mempunyai hak demokrasi sebenarnya telah gagal menunjukkan pertimbangan wajar untuk memelihara hak demokrasi komuniti yang berasa terancam dengan penglibatan langsung ahli parti dalam tata kelola pilihan raya.

"Artikel 114 (2) Perlembagaan Malaysia secara jelas menggariskan bahawa Pengerusi SPR tidak boleh menyertai mana-mana organisasi bagi menjamin integriti bebas suruhanjaya tersebut.

"Jadi amat mendukacitakan apabila Pengerusi SPR enggan menunjukkan kepimpinan moral dan kebertanggungjawaban seperti yang dituntut Perlembagaan ke atasnya dengan menetapkan piawaian yang sama ke atas pegawai-pegawai SPR di bawah seliaan beliau bagi memelihara keutuhan integriti badan yang beliau pimpin," katanya.

sinar/-

Bagaikan bermimpi

Posted: 13 Dec 2012 06:40 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

REMUK...keadaan van dan bas selepas perlanggaran.
REMUK...keadaan van dan bas selepas perlanggaran. 
 
ALOR SETAR: "Saya bagaikan bermimpi di siang hari. Kejadian itu berlaku dengan pantas kerana saya tertidur tanpa menyedari apa yang berlaku sebelum terjaga sebaik berasa ada orang menghempap badan," kata Hasliza Shafie, 40-an.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, van dinaiki sembilan penumpang termasuk pemandu merempuh belakang sebuah bas ekspres yang menunggu giliran membayar tol di Kilometer 30, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), Plaza Tol Jitra, di sini.

Van berkenaan membawa tujuh kakitangan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dari Alor Setar ke pusat pengajian tinggi itu.

Mangsa yang parah ialah pemandu van itu, Mohd Esman Osman, 54; Haslina Mohamed Shah, 39; Wan Merina Wan Saad, 51; Zurina Yahya, 43; Norhaneza Nordin, 42; Nelwati Abidin, 39, dan Alina Mohd Mahdzir, 46.

Manakala, mangsa yang cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar ialah Hasliza dan Noor Azura Othman, 41

metro/-

'Ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa'

Posted: 13 Dec 2012 06:30 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


 
NONEPengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menjangkakan kemungkinan besar Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman akan didakwa pihak berkuasa Hong Kong atas tuduhan pembersihan wang haram.

Rafizi berkata demikian dengan memetik kenyataan naib pengerusi kepada satu panel yang menyelia Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) Hong Kong, James To.

Katanya, beliau turut menyerahkan dokumen yang didakwanya sebagai bukti baru dalam kes sumbangan politik RM40 juta pada Umno Sabah kepada ahli majlis perundangan Hong Kong itu.

"James To memaklumkan bahawa ada kemungkinan besar Musa Aman boleh didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram yang undang-undangnya lebih ketat di Hong Kong berbanding negara-negara lain.

"Jika didapati bersalah, pihak berkuasa Hong Kong boleh mengeluarkan waran tangkap melalui Interpol dan boleh dikuatkuasakan di Malaysia," kata Rafizi dalam kenyatannya.

Rafizi turut yakin bahawa dokumen yang dikemukakannya itu adalah bukti baru yang tidak diperolehi ICAC sebelum ini.

Antara lainnya, dokumen itu  adalah salinan yang didakwa sebagai slip deposit wang ke akaun didakwa melibatkan Michael Chia serta akuan bersumpah bekas timbalan pengerusi perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin.

Menurut Rafizi, beliau yakin ICAC akan memanggil seorang saksi rahsia bagi "memberi keterangan dan maklumat dalaman mengenai Michael Chia kepada ICAC".

Bagaimana pun, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut tentangnya kerana diminta ICAC untuk melindungi kerahsiaan siasatan.

"Oleh yang demikian kami tidak boleh menyatakan secara terperinci hasil perbincangan atau pun mendedahkan rancangan seterusnya seperti diputuskan ICAC," katanya.

Susulan perkembangan terbaru kes ini, PKR menurutnya akan menjelajah seluruh Malaysia untuk berkempen bagi meningkatkan tekanan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Peguam Negara menyiasat kembali kes itu.
 
metro/-

Melaka Maju: Turap jalan guna bahan terbuang

Posted: 13 Dec 2012 06:20 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


ALOR GAJAH - Penduduk Kampung Bukit Bonbon, Jalan Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Kuala Sungai Baru, di sini, bengang kerana terpaksa melalui jalan utama yang rosak setiap hari.

Tinjauan di sepanjang laluan empat kilometer yang menempatkan lebih 20 buah rumah penduduk mendapati laluan yang rosak teruk itu hanya diturap dengan serpihan batu marmar.

Penduduk, Abd Razak, 50, berkata, kali terakhir laluan itu diturap pada 2007 sebelum ia rosak semula sejak setahun lalu.

"Apabila masalah ini dikemukakan kepada pihak yang berkaitan, tindakan diambil tetapi seperti melepaskan batuk di tangga apabila bahan terbuang digunakan untuk menurap kerosakan jalan.

"Kami difahamkan pihak berkenaan menurapnya dengan batu buangan dari serpihan membina rumah, malah ada serpihan batu marmar tajam hingga tayar kenderaan pecah," katanya.

Menurutnya, keadaan lebih membebankan pengguna apabila terpaksa melalui laluan itu pada hari hujan kerana air memenuhi laluan berlopak.

"Ada juga penduduk bermotosikal turut membawa anak kecil tergelincir disebabkan struktur jalan yang rosak teruk," katanya.

Abdul Razak berkata, masalah itu sudah diajukan sebanyak lima kali kepada pihak berkenaan namun tindakan yang diambil hanya mengecewakan penduduk.

"Yang terbaru aduan ini diusulkan lima bulan lalu dan saya difahamkan peruntukan sudah diperoleh namun, tiada sebarang tindakan diambil untuk membaik pulih permukaan jalan," katanya.

Penduduk, Mohd Asri Osman, 28, berkata, laluan itu menghubungkan Jalan Benteng dengan Rumah Awam Ayer Molek dan ia merupakan laluan utama bagi penduduk untuk ke pekan.

"Saya sudah biasa menggunakan laluan ini untuk ke pekan sejak berpuluh tahun lalu, namun sudah banyak kali tayar motosikal saya pecah dan rim motosikal bengkok disebabkan jalan ini.

"Bila hujan lebat permukaan jalan dinaiki air hingga pernah beberapa kenderaan sebelum ini terbabas dalam parit kerana mengelak lopak air," katanya.

Menurutnya, terdapat pembetung mendap di laluan ini sehingga permukaan jalan tidak rata dan sempit. Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke dalam parit besar berhampiran.

"Laluan yang mendap itu betul-betul bersebelahan dengan parit besar, jika pengguna gagal mengawal kenderaan terutama motosikal pasti akan terjatuh ke dalam parit itu," katanya.

Sementara itu, Exco Kerjaya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka, Datuk Kapten (B) Abd Karim Sulaiman berkata, penggunaan serpihan bahan terbuang untuk menurap jalan adalah satu kesalahan.

"Menggunakan bahan terbuang untuk menurap lopak jalan adalah tidak mengikut garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan pihak berkaitan dalam proses membaik jalan raya," katanya

Menurutnya, penggunaan bahan terbuang membabitkan serpihan tajam mengundang bahaya kepada pengguna selain merosakkan kenderaan seperti yang berlaku kepada penduduk di sini.

Hebat betul negeri maju Melaka 2010 ..............


Sumber : Sinar Harian

S'gor sedia bincang Langat 2 dengan Pusat, tapi...

Posted: 13 Dec 2012 06:00 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau sedia berbincang berhubung Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dengan syarat kerajaan pusat membenarkan kerajaan negeri melakukan penstrukturan semula air di negeri itu.

Katanya, sehingga kini, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum memberi sebarang maklum balas terhadap surat yang dihantar oleh kerajaan negeri berhubung perkara itu.

"Saya masih lagi menunggu maklum balas daripada surat itu dan jika kerajaan pusat bersetuju untuk kerajaan negeri membuat penstrukturan air itu, kita boleh adakan perbincangan (Langat 2) lanjut," katanya dipetik Selangorku.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan program Selangor Agro Fest 2012 (SAF 2012) yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam, di sini.

Projek Langat 2 menjadi polemik apabila kerajaan negeri tidak memberi kebenaran untuk projek tersebut diteruskan.

Bagi kerajaan negeri, tindakan paling wajar bagi menyelesaikan isu air di Selangor pada ketika ini adalah membuat penstrukturan semula industri itu.

Bagaimanapun, kerajaan pusat memutuskan bahawa projek Langat 2, yang menjadi kontroversi sejak kebelakangan ini, akan diteruskan walaupun tidak disertai oleh Selangor dan tawaran akan dibuka dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kerajaan negeri berulang kali menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran kepada pusat meneruskan Projek Langat 2 melainkan penstrukturan semula industri air di Selangor diselesaikan.

harakah/-

Semakin Ramai 'Kesan AES' Guna Telefon Pintar

Posted: 13 Dec 2012 05:50 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

PETALING JAYA: Pengguna jalan raya dan lebuh raya akan melakukan apa sahaja untuk mengelak daripada terkena perangkap Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Bagi yang mampu, mereka mungkin sanggup membayar sejumlah wang untuk memasang alat pengesan AES pada kenderaan mereka.

Bagi pengguna telefon pintar, mereka mungkin boleh dikatakan 'pintar' apabila mereka memuat turun aplikasi pengesan AES pada telefon masing-masing bagi mengelak daripada dikenakan saman.

Sejak AES diperkenalkan September lalu, aplikasi untuk mengesan kamera AES semakin mendapat perhatian ramai apabila ia sering berada pada kedudukan terbaik di antararibuan aplikasi lain yang ditawarkan sama ada kepada pengguna android atau iOS.

Aplikasi 'AES Detector' misalnya pernah berada pada kedudukan 30 teratas bersama aplikasi lain seperti Facebook, WhatsApp Messenger, Viber, Twitter yang menjadi aplikasiyang 'wajib' dimuat turun bagi kebanyakan pengguna telefon pintar dunia masa kini.

Aplikasi lain yang berkaitan termasuklah 'AES Location Detector', 'AES Alert', 'AES Detector With Map', 'AES Camera Detector', 'AES Camera Location' dan banyak lagi yang beradapada kedudukan yang tidak kurang hebat.

Kevin Chua, 34, yang membangunkan aplikasi 'AES Detector' berkata dia membangunkan aplikasi ini untuk membantu orang ramai daripada terkena perangkap AES.

Katanya, sejak aplikasi ini pertama kali dipasarkan melalui 'Google Play' untuk dimuat turun oleh pengguna android melalui 'Play Store' pada 14 Oktober 2012, rekodmenunjukkan seramai 313,769 pengguna telah melakukan muat turun.

Aplikasi ini kemudiannya ditawarkan kepada pengguna iOS pada 20 November 2012.

"Saya ingin membantu pengguna dan dalam masa yang sama saya juga boleh menggunakannya.
"Ia percuma dan saya belum terfikir untuk mengenakan bayaran untuk aplikasi ini. Aplikasi ini membantu orang ramai dengan mengingatkan mereka tentang adanya AES berhampiranmereka dan dengan itu mereka perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada mStar Online.

Kevin menunjukkan aplikasi 'AES Detector' 
 
pada iPad dan telefon pintar yang dibangunkan untuk pengguna jalan raya.
 
Mempunyai ijazah dalam bidang Sains Komputer, Universiti Sains Malaysia (USM), Kevin berkata dia tidak berniat menggalakkan orang ramai melanggar undang-undang trafikdengan membangunkan aplikasi seumpama ini.

"Saya hanya ingin membantu dengan cara ringkas dan mudah. Bayangkan dengan adanya aplikasi ini mereka yang memandu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang mungkin bolehmenyelamatkan wang sehingga RM600 jika mereka terkena perangkap AES kerana memandu melebihi had laju ditetapkan," katanya yang membangunkan aplikasi ini secarapersendirian.

Bagi memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan AES, Kevin berkata dia akan membuat kajian dan dengan bantuan para pengguna yang memberikan maklumat berkaitan.

"Sehingga kini kamera AES dikenal pasti di 14 buah lokasi di seluruh negara," katanya.
Kevin berkata aplikasi boleh terus digunakan sebaik sahaja pengguna melakukan muat turun yang mengambil masa beberapa minit.

Sebelum memulakan perjalanan, pengguna perlu mengaktifkan telefon atau 'tablet' mereka kepada mod bunyi dan memandu meneruskan perjalanan seperti biasa.

"Peranti akan berbunyi, isyarat terdapat AES perangkap kelajuan di hadapan 2,000 meter dari kenderaan sedang dipandu.

"Isyarat akan berbunyi sebanyak lima peringkat mengikut jarak tertentu sehingga kenderaan tiba di lokasi sebenar AES," katanya.

Bagi AES perangkap kesalahan melanggar lampu isyarat, peranti akan berbunyi dari jarak sejauh 800 meter dari lokasi kamera.

Kevin berkata walaupun aplikasi ini hanya boleh digunakan di Malaysia, rekod menunjukkan terdapat juga rakyat Singapura dan Indonesia yang memuat turun aplikasi ini untuk digunakan dalam pemanduan mereka di sini.

Mengenai pelaksanaan AES di Malaysia Kevin bersetuju ia dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya tetapi berpendapat ia harus dipasang di tempat yang sesuai dan kadar saman dikaji semula.

"Saya bersetuju jika ia diletakkan di kawasan kemalangan dan usaha ini memerlukan penjelasan berterusan kepada rakyat.

"Bayangkan anda memandu dari Johor ke Utara yang mana anda mungkin menerima lebih dari satu saman. RM300 untuk satu saman agak mahal untuk rakyat biasa," katanya.

Sementara itu ramai pengguna telah membuat penilaian terhadap aplikasi ini.

Daripada 2,140 yang membuat penilaian, seramai 1,321 pengguna memberikan lima bintang, 477- empat bintang, 193- tiga bintang, 47- dua bintang dan 102- satu bintang.

Azriena FerousZ memberikan komen: Baru sahaja mengemas kini aplikasi tetapi tiada isyarat bunyi? Atau adakah telefon saya yang mempunyai masalah? Bagimanapun aplikasiini sangat bagus. Cara yang baik untuk menjimatkan wang.

Seorang pengguna telefon bimbit model HTC Nexus One memberi komen: Aplikasi yang bagus, dan menjadi kemestian untuk mereka yang sering memandu. Anda akan menjadi kaya nanti (bergurau).

Pengguna android memberi komen: Terbaik...5 bintang bro...aplikasi sangat-sangat membantu.
Seorang pengguna memberi komen agak negatif: Saya benci bunyi isyarat GPS. Bolehkah anda memberi pilihan untuk mengalihkannya?

Wagner Sahui memberi komen: Khidmat terbaik untuk masyarakat

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata aplikasi ini mungkin boleh membantu pengguna daripada melakukan kesalahan berkaitan had laju atau melanggar lampu isyarat.

mstar/-

Bayi lahir 12.12 tengah hari pada pukul 12.12.12

Posted: 13 Dec 2012 05:45 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -




BOSTON – Seorang ibu melahirkan anaknya pada pukul 12.12 tengah hari pada 12.12.12 melibatkan masa selama 12 jam.

Bayi perempuan yang bernama Noelle Joy Klinker itu seberat 4.1 kilogram dan 55 sentimeter tinggi.
Dia dilahirkan di Hospital Besar Massachusetts di sini kelmarin.

Bapa bayi itu, Joe Klinker, 31, yang bertugas sebagai pegawai pasukan Pengawal Pantai Amerika Syarikat berkata, kehadiran Noelle merupakan rahmat buat keluarganya.

Menurut Joe, dia dan isterinya, Colleen Klinker kehilangan seorang anak perempuan pada Oktober tahun lalu yang meninggal dunia semasa dilahirkan. – Agensi


Taktik menyamar pelanggan

Posted: 13 Dec 2012 05:40 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -


Taktik menyamar pelanggan

Anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Johor melakukan soal siasat ke atas warga asing.
JOHOR BAHRU – Seramai 18 warga asing ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor dalam Ops Jaja di sebuah pasar raya sekitar bandar raya ini, kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen negeri, Khairulanuar Abu Bakar berkata, dalam serbuan sekitar jam 11 pagi itu,  seramai 25 pendatang asing diperiksa.

"Sebelum ops, kami telah menghantar anggota berpakaian preman menyamar sebagai pelanggan. Kehadiran anggota tidak disedari oleh warga asing yang bekerja. Bagaimanapun, sebaik sahaja disedari, ada yang cuba melarikan diri dan bersembunyi di celah-celah raga sayur untuk mengelakkan diri daripada ditangkap.

"Hasil pemeriksaan ke atas 25 pendatang asing, 18 orang berusia 20 hingga 43 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan.

"Seramai 17 daripada jumlah keseluruhan yang ditahan adalah warga Indonesia dan baki iaitu seorang merupakan rakyat Bangladesh. Tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku sepanjang ops ini dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Khairulanuar yang juga ketua operasi berkata, kesemua yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas, Seksyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) akta sama berikutan tinggal di negara ini tanpa pas serta permit.

Kesemua yang ditahan dibawa ke pejabat Jabatan Imigresen negeri Johor di Kompleks KDN, Taman Setia Tropika, di sini, untuk tindakan lanjut.

sinar/-

Uji bakat terlampau

Posted: 13 Dec 2012 05:30 PM PST

30 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: "Dia menyuruh saya melakonkan watak dicabul sebelum dia benar-benar mencabul saya," kata seorang gadis berusia 21 tahun yang membuat laporan polis selepas mendakwa dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat dikendalikan lelaki itu.

Kejadian berlaku di sebuah rumah di ibu kota kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangsa yang meminta identitinya dirahsiakan mendakwa, empat lagi gadis turut menjadi mangsa pelakon berusia 40-an itu.

Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat pelakon lelaki terbabit di dalam sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru bagi memegang watak heroin dalam satu filem yang bakal diusahakan.

Gadis itu berkata, selepas menghubungi pelakon terbabit, dia diarahkan datang ke sesi uji bakat berkenaan di sebuah rumah di ibu kota.

"Pelakon itu bagaimanapun mengarahkan saya supaya hadir ke sesi uji bakat bersendirian dan tidak boleh ditemani sesiapa. Biarpun agak pelik dengan arahan itu, tapi saya langsung tidak mengesyaki sesuatu yang buruk," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

harian metro/-


Tiada ulasan:

Nuffnang