Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Keluhan guru yang disisihkan
- MAJLIS MAKAN MALAM AMAL
- Umno, antara 2 darjat
- SAVE SYRIA FREE GAZA
- SMASH 2012
- RAKYAT PENGAYUH PERUBAHAN
Posted: 02 Dec 2012 08:38 PM PST Saya adalah antara ribuan guru malang di negara ini. Nasib kami jelas tidak dipedulikan apatah lagi diperjuangkan oleh kesatuan guru mahupun mana-mana pihak berkaitan. Dasar JPA dan Kementerian Pelajaran membunuh semangat kami, merugikan kami sepanjang perkhidmatan malah sepanjang hayat. Nasib kami amat malang jika dibandingkan dengan guru-guru lain kebelakangan ini, sedangkan kami juga belajar untuk memperolehi ijazah seperti orang lain dengan wang kami sendiri. Fahamilah kami, lihatlah apa yang berlaku sebenarnya melalui jadual yang berikut: 1. Tarikh Graduasi DASAR UNTUK KAMI - 2001 DASAR SEKARANG - 10 2. Temuduga Ke DG41 DASAR UNTUK KAMI - 2002 DASAR SEKARANG - 2010 3. Pelantikan Ke DG32 DASAR UNTUK KAMI - TAK SEMPAT DASAR SEKARANG - DAPAT 4. Lantikan Ke DG41 DASAR UNTUK KAMI - 2004 DASAR SEKARANG - 2010 5. Pelarasan Gaji 2007 DASAR UNTUK KAMI - 15% DASAR SEKARANG - 25% 6. DG41 Ke DG44 DASAR UNTUK KAMI - 10 Thn Atau 7 + 3 Tahun DASAR SEKARANG - 8 Thn Atau 5 + 3 Tahun Paling menyedihkan apabila guru yang baru saja dilantik ke DG41, gaji mereka lebih jauh tingginya daripada gaji kami walaupun kami berada di Gred DG44. Sedangkan kami lebih lama berkhidmat. Kami yang telah lama berkhidmat tetapi bayangkan berapa banyak yang kami rugi sekiranya masih ada 20 tahun perkhidmatan kami berdasarkan mata tanggagaji kami yang jauh lebih rendah. Juga bayangkan ke mana perginya kekananan kami disebabkan dasar JPA dan Kementerian yang sentiasa berubah-ubah. Apa yang lebih dikesali ialah tiada mana-mana kesatuan guru memperjuangkan nasib kami, yang heboh diperdendangkan sekadar "melepaskan batok di tangga". Kesatuan guru, JPS mahupun KPM diam seribu bahasa. Jangan marahkan guru jika mereka beralih arah menyokong Pakatan Rakyat dalam pilahan raya akan datang. Hakikatnya memang telah ramai pun guru yang menyokong PR akibat dasar JPA dan KPM yang kurang prihatin masalah ini. Sebenarnya, kami tidak minta mahupun merebut apatah lagi merampas hak orang tetapi biarlah dilayan dan diberikan hak yang seadil-adilnya. Adil sepertimana orang lain dapat. Berlaku adillah untuk masa depan perkhidmatan kami. Guru tersisih, Sumber : Harakah |
Posted: 02 Dec 2012 03:27 PM PST Marilah kita sama-sama membantu golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat ini. Maklumat lanjut di http://baitul-mahabbah.blogspot.com atau hubungi ; Puan Fuziah Pusat Kebajikan dan Pejabat No.9, Jalan RK 5/1, Rasah Kemayan Seremban 013-756 6949 (hp) 06-6017980 (tel / fax) Sumbangan boleh disalurkan juga melalui Akaun No : Bank Islam 05012010067290 (Pusat Jagaan Baitul Mahabbah) Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah, Seremban Negeri Sembilan no pendaftaran 0117-11-NSE dan Pusat Jagaan Baitul Mahabbah (NS0042365-W) adalah sebuah pusat jagaan, pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak yang terdiri daripada golongan anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat. Memulakan operasinya pada Julai 2008 dengan menyewa Lot Banglo di No.9, Jalan RK 5/7, Rasah Kemayan, Seremban. |
Posted: 02 Dec 2012 06:07 AM PST Di Rembau, orang Melayu di sini yang terlibat dengan pengambilan tanah dan rumah untuk projek landasan keretapi berkembar hanya di beri pampasan RM 120,000 sahaja, sedangkan PKNS menawarkan tanah untuk membina Hospital Rembau pada harga RM 22 sekaki persegi atau hampir RM 1 juta seekar. Adakah orang kampung di Rembau sedar akan perkara ini, yang terang lagi bersuluh, atau mereka rela diperlakukan begini dari dulu, kini dan selamanya? Tahukah kita semua, terutama anak-anak Rembau di perantauan bahawa harga rumah teres dua tingkat sekarang ini di Rembau paling murah ialah RM 250,000. Dengan pampasan RM 120,000 memang tidak dapat membeli rumah di Rembau yang selesa pada ketika ini. PROJEK PERUMAHAN TAMAN REMBAU BAYU DILANCARKAN REMBAU 4 Nov. 201 - JBS Suria Bumi Sdn. Bhd., anak syarikat Kumpulan JBS melancarkan projek perumahan bercampur dikenali sebagai Taman Rembau Bayu di Mukim Batu Hampar dekat sini semalam. Projek itu mengandungi 22 unit kedai pejabat teres dua tingkat dan 35 unit rumah teres dua tingkat di kawasan seluas 2.19 hektar. Pengarah Urusan Kumpulan JBS, Alex Kan berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM20 juta. Beliau berkata, harga seunit kedai pejabat adalah antara RM350,000 dan RM450,000 manakala harga rumah antara RM250,000 dan RM320,000. |
Posted: 02 Dec 2012 01:23 AM PST |
Posted: 02 Dec 2012 01:22 AM PST |
Posted: 02 Dec 2012 01:22 AM PST |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan