:: cina islam | 2011 :: |
- 53% lompat parti, 31% sabotaj Umno.
- 13 Mei: Dakwaan Shahrizat melampau, andaian jahat
- Ditinggal berlumuran darah
- Gempa bumi lemah dikesan di Keningau
- Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis
- Laporan media tidak tepat isu selatan Thai
- Umno benar-benar habis modal – Presiden PAS
- Lima rakyat Jerman maut
- Bina hotel ais di Sweden
- Suhakam: Penjawat awam boleh ikuti ceramah parti
- ‘Mama, dada saya sakit...’
- MPV rentung langgar lembu
- PAU 2012: PAS yakin Pakatan menang besar PRU13
- Berperanglah dengan Deepak dahulu sebelum PR
- S'gor beri tempoh akhir cabut kamera AES
- SPR: Petugas media boleh mengundi melalui pos
- 170 syahid semasa 8 hari serangan Israel
- Tumbukan ragut nyawa abang
- Hanya 11% yakin BN dapat 2/3, 89% undi PAS
- Tunjuk perasaan bantah Kardashian
- Najib silap tidak jawab dakwaan Deepak
- Ibubapa Orang Asli buat laporan 'cubaan rasuah'
- Najib takut Deepak juga calon 'winnable' Umno
- Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat
- Terowong di lebuh raya Jepun runtuh
53% lompat parti, 31% sabotaj Umno. Posted: 03 Dec 2012 05:05 AM PST 19 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang. (Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang) Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin. Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda" Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas. Solan-soalan itu adalah: 1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473) 2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194) 3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558) 4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482) 5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187) Jumlah Undian: 7894 Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno. Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat. Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon." Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon". Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13". Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu. Sumber : Harakahdaily/- | ||
13 Mei: Dakwaan Shahrizat melampau, andaian jahat Posted: 03 Dec 2012 12:25 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - Shahril (tengah) menunjukkan laporan polis di hadapan balai polis Temerloh. TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) hari ini membuat laporan polis di sini berhubung kenyataan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil di perhimpunan agung parti itu yang didakwa bersifat hasutan. Dalam laporan polis oleh ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim, mahu polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat berdasarkan peruntukan Kanun Keseksaan ekoran ucapan menghasut beliau ketika merasmikan perhimpunan sayap parti berkenaan di PWTC pada 28 November itu. Memetik laporan tersebut yang turut disebarkan oleh media-media cetak dan elektronik, Shahrizat berkata jika Umno atau BN tidak lagi berada di tampuk kuasa kestabilan politik (negara ini) akan goyang seterusnya mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Dalam laporan polis itu, Shahril sebagai seorang warganegara Malaysia, berasa sangat terganggu dengan ucapan tersebut dan berpendapat bahawa ia adalah berniat jahat bagi tujuan mendatangkan rasa takut, rasa tidak selamat, tidak tenteram, ugutan, menghasut dan seterusnya mendatangkan khianat kepada ketenteraman awam. Justeru beliau membuat laporan bagi polis memulakan siasatan ke atas Shahrizat di bawah mana-mana peruntukan seksyen 500, 503, 504, 505 dan 506 atau mana-man peruntukan undang-undang lain yang relevan atas alasan mengeluarkan kenyataan jahat yang mendatangkan khianat awam serta menggugat ketenteraman ekoran kenyataan beliau. Sementara itu, Shahril dalam sidang medianya selepas itu menganggap kenyataan bekas menteri yang pernah terpalit dengan skandal lembu kondo itu, sebagai tuduhan melampau dan andaian jahat jika Pakatan Rakyat (PR) menang. "Walhal PR telah buktikan negeri yang dikuasai selepas pilihan raya lalu bukan saja aman tanpa rusuhan kaum, malah terus maju sehingga diiktiraf oleh Ketua Audit Negara. "Sebab itu bagi Pemuda PAS, ugutan Shahrizat ini melambangkan ketakutan parti pemerintah berhadapan pilihan raya akan datang kerana bimbang dihukum rakyat lalu mengugutnya dengan tragedi berdarah 13 Mei," tegasnya. Katanya, pada hari ini Pemuda PAS negeri-negeri membuat laporan polis seluruh negara terhadap isu yang sama. harakah/- | ||
Posted: 03 Dec 2012 12:15 AM PST JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan yang keluar bersarapan berdepan dengan detik-detik cemas apabila dia dilarikan oleh sekumpulan tiga ah long dengan sebuah kereta sebelum dibelasah dan ditikam di sebuah lorong di Jalan Tekun, Taman Maju Jaya di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Too Chow Siew, 50, juga ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan berlumuran darah. Bagaimanapun, Chow Siew dapat diselamatkan setelah orang ramai yang lalu-lalang di kawasan itu terdengar jeritannya dan terus membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Dr. Hashim Haron, kejadian yang hampir meragut nyawa mangsa itu berpunca apabila ah long tersebut berang dengan mangsa yang tidak melangsaikan pinjaman yang dibuat. "Mangsa telah dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan sebuah kenderaan di hadapan rumahnya kira-kira pukul 9.30 pagi dan kemudian dia ditinggalkan selepas dipukul oleh ah long berkenaan pada pukul 12 tengah hari di sebuah lorong di Taman Maju Jaya. "Ah long berkenaan dipercayai memburu mangsa selepas dia dipercayai menimbulkan kemarahan kumpulan itu kerana tidak membayar hutang yang dipinjam," katanya kepada Kosmo!. | ||
Gempa bumi lemah dikesan di Keningau Posted: 03 Dec 2012 12:12 AM PST KOTA KINABALU: Gempa bumi bermagnitud 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku 11 kilometer dari timur Keningau pada jam 11.16 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini, pusat gempa bumi terletak 5.3 darjah utara dan 116.3 darjah timur. Gegaran dilapor dirasai berhampiran pusat gempa. - Bernama | ||
Merayu: Najib minta maaf, Mahathir menangis Posted: 03 Dec 2012 12:09 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Taktik meminta maaf adalah taktik baru Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih merayu supaya rakyat sekali lagi memilih BN di dalam PRU13 nanti. "Kalau dulu Tun Mahathir menangis untuk menarik simpati. "Apakah tidak cukup 55 tahun rakyat beri amanah kepada Umno BN?" tanya AJK PAS Pusat, Idris Ahmad dalam satu kenyataan. Justeru, ujrnya Najib perlu ingat bahawa pengundi sekarang adalah pengundi bermaklumat dan mereka mahu kerajaan yang telus dan amanah. Katanya, ketika Najib meminta mandat dan memohon maaf, longgokan masalah yang dihadapi oleh rakyat tidak diselesaikan. Antaranya, kata beliau hutang negara tahun 2012 berjumlah RM502 bilion, meningkat 107.4 % sejak lapan tahun (2004), seramai 10,200 graduan pendidikan masih tidak ada penempatan di samping 8,000 lulusan jururawat tidak ada kerja sementara 1,118 juruterbang yang berlesen tidak ada kapal terbang untuk dibawa. "Apa khabar wang RM40 juta yang diberi kepada Musa Aman oleh Michael Chia untuk tabung Umno Sabah, isu NFC masih tidak berkesudahan, pendedahan Tan Sri Musa Hassan yang mengatakan tugas polis diganggu oleh menteri, rakyat lagi sakit hati," katanya. Beliau menambah, rakyat tidak boleh berdiam diri untuk membiarkan BN merosakkan masa depan negara, justeru Umno BN perlu dihukum untuk menamatkan keangkuhan mereka. Katanya, kedaulatan rakyat dan kesejahteraan negara tidak akan tercapai jika pemimpin dan BN masih berkuasa. Menurutnya, pencapaian kerajaan Pakatan Rakyat terbukti di pandangan mata rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat walau pun terpaksa berdepan dengan berbagai halangan. "Ini meyakinkan lagi Umno tidak boleh dimaafkan untuk kali ini," tegasnya. harakahdaily/- | ||
Laporan media tidak tepat isu selatan Thai Posted: 03 Dec 2012 12:00 AM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Pemimpin masyarakat Islam di Thailand menyifatkan banyak laporan media mengenai pergolakan di selatan negara itu tidak tepat dan bukan mencermin situasi sebenar. Anggota Jawatankuasa Majlis Ulama Thailand, Ustaz Harun Salleh Nadawi (gambar) berkata, banyak maklumat yang disalurkan melalui media massa kurang tepat kerana dikawal orang bukan Islam. Oleh itu katanya, penduduk Islam di negara itu sekarang mengusahakan saluran media sendiri termasuk menggunakan kemudahan teknologi baru bagi membolehkan umat Islam di tempat lain mendapat maklumat lebih tepat. "Malah ada usaha untuk memiliki channel yang menyalurkan maklumat dalam bahasa Melayu," katanya pada Kongres Dunia Islam 2012 di sebuah hotel di sini semalam. Beliau sekarang tinggal di Bangkok. Beliau bersama Senator Anang Sharifuddin dari Indonesia membentang syarahan berkisar tajuk Perpaduan Islam Sejagat: Ke Arah Peraturan khalifah. Turut menjadi peserta kongres berkenaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan pegawai-pegawai kerajaan. Harun berkata, peristiwa berdarah yang mulai meletus di selatan Thailand iaitu di Takbai, Natathiwat dan Kerisik, Patani sekarang sudah merebak sehingga ke Hatyai. Katanya, kehidupan umat Islam di selatan Thailand sentiasa tertekan dengan kehadiran begitu ramai anggota tentera dan polis sekarang. Beliau juga mempersoalkan pemimpin-pemimpin politik yang dianggapnya kurang serius menangani konflik di selatan dan hanya muncul menjelang musim pilihan raya sahaja. Menurutnya juga konflik yang berlaku memberi peluang kepada kumpulan samseng dan pengedaran dadah mengambil kesempatan sehinggga memburukkan lagi keadaan. "Kumpulan samseng ambil kesempatan. Masalah dadah tidak kurang hebatnya. Itu tidak bagus untuk umat Islam. "Kami haya mengharapkan doa umat Islam termasuk di Malaysia. Bagaimanapun proses tarbiah kepada umat Islam di Thailand terus berjalan dengan peranan dimainkan pertubuhan-pertubuhan Islam," ujarnya. Beliau juga mengakui dasar asimilasi menyebabkan ramai generasi muda di Thailand sekarang tidak lagi fasih berbahasa Melayu. Anang Sharifuddin (kiri) mewakili Partai Keadilan Sejahtera (PKS) mendedahkan masih ada umat Islam di Indonesia berpecah belah angkara perkara kecil yang hanya bersifat khilaf dari sudut agama. Katanya, pihak yang menekan aspek tersebut masing-masing membentang hujah sehingga memperlihatkan percanggahan besar dalam kalangan umat Islam. "Sedangkan Islam meminta penganutnya mengambil jalan tengah dan tidak membesar-besarkan perkara-perkara yang kecil," ujarnya. Menjawab soalan Ustaz Abu Bakar katanya, biar pun muncul banyak parti berorientasikan Islam di Indonesia namun ia tidak menggambarkan perpecahan yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Katanya, biar pun banyak namun masing-masing sedang bergerak menuju ke arah satu matlamat. "Bagaimanapun saya doakan semoga situasi itu tidak berlaku di Malaysia, biarkan hanya ada satu parti politik Islam sahaja di sini," ujarnya. harakah/- | ||
Umno benar-benar habis modal – Presiden PAS Posted: 02 Dec 2012 11:47 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Umno dianggap benar-benar kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presiden pada Perhimpunan Agung parti itu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, nampak sangat Umno seperti kehabisan modal bagi membincangkan masalah dalaman parti itu. "Mereka sudah tidak ada modal lagi. Kalau kita perhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memperlekehkan orang lain. "Inilah saban kali kita saksikan setiap kali Perhimpunan Agung Umno berlangsung. Sudah tidak ada modal lagi," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah sempena Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini malam tadi. Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin-pemimpin Umno menghentam pemimpin Pakatan Rakyat. Malah Najib pada ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi PAS untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan. Ustaz Abdul Hadi juga berkata, Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka. Menurutnya sebelum ini Umno memperlekehkan doa dibaca pemimpin PAS, namun sekarang mereka sendiri pun membaca doa. Ketika berucap sebelum itu katanya, Islam perlu kembali semula untuk pimpin dunia selepas banyak ideologi lain terbukti gagal menangani kehidupan umat manusia. "Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam. "Islam tetap bangkit biar pun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil. "Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat," katanya. Sebelum itu ceramah disampaikan Naib Presiden Institut Pemikiran Islam, Sheikh Dr Ahmed Totonji dan wakil Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Anang Sharifuddin. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco kerajaan negeri. Kongres Dunia Islam 2012 berlangsung 1 hingga 5 Disember ini bertempat di Hotel Grand Riverview membabitkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara. HARAKAHDAILY/- | ||
Posted: 02 Dec 2012 11:44 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - ORANG ramai melihat dua bas mini yang remuk akibat berlanggar di lebuh raya berhampiran Hurgada, semalam. KAHERAH: Lima pelancong Jerman dan tiga warga Mesir terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua bas mini berhampiran pusat percutian Laut Merah, semalam. Jurucakap polis berkata, kedua-dua bas itu bertembung dalam sebuah pusat peranginan berhampiran Hurghada. Jumlah pelancong yang cedera belum disahkan. Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Jerman berkata, beberapa warganya terbunuh dan cedera dalam kemalangan di bandar pinggir laut Mesir. "Kementerian Luar mengaktifkan kumpulan pengurusan krisis bagi menangani isu ini, manakala Duta Jerman dalam perjalanan ke tempat kejadian," katanya. Sementara itu, agensi berita lain melaporkan, lima warga Jerman dan tiga penduduk tempatan maut dalam kemalangan berkenaan. Sumber polis berkata, lima warga Jerman itu adalah kakitangan syarikat penerbangan yang dalam perjalanan ke lapangan terbang Hurghada. "Kemalangan berlaku apabila bas mini membawa warga Jerman itu memasuki jalan utama tetapi dirempuh sebuah bas lain yang membawa pelancong. Kedua-dua pemandu bas terbabit adalah warga tempatan dan mereka meninggal dunia. Kemalangan jalan raya memang lazim di Mesir, dengan kebanyakannya disebabkan keadaan jalan raya dan kekurangan penguatkuasaan undang-undang. Jumaat lalu, dua pelancong Russia maut apabila bas yang mereka naiki terbalik berhampiran Nuweiba, Sinai. Pada 17 November lalu pula, 47 pelajar tempatan terkorban apabila bas mereka dirempuh kereta api di tengah Mesir. - AFP | ||
Posted: 02 Dec 2012 11:42 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] KIRUNA, Sweden - Sebuah hotel baharu ais di Jukkasjarvi yang terletak 12 kilometer dari Lapangan Terbang Kiruna di sini dibina sejak 16 November lalu. Hotel tersebut dibina pada setiap tahun dengan menampilkan reka bentuk bangunan gaya baharu. Ia mempunyai beberapa buah bilik yang ditawarkan kepada para pelancong. - Agensi | ||
Suhakam: Penjawat awam boleh ikuti ceramah parti Posted: 02 Dec 2012 11:15 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini menerima memorandum berhubung pemecatan seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Labuan. Ini ekoran Qatrun Nada Latfi yang bertugas sebagai guru sementara menerima notis pemecatan pada 24 Oktober yang berkuatkuasa 1 Disember lalu tanpa menyatakan secara terperinci sebab pemecatan tersebut. Memorandum tersebut diserahkan oleh Koordinator Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan), Mohd Faris Abdullah kepada Pesuruhjaya Suhakam, Detta Samen di pejabat Suhakam pagi tadi. Qatrun Nada turut hadir. Detta Samen selepas menerima memorandum tersebut berkata pihaknya akan mengambil masa seminggu bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh kakitangan tersebut. Malah menurut Detta Samen lagi, jika pihak pengadu sudah berurusan dengan peguam dan akan membawa kes tersebut di mahkamah, Suhakam akan turut bersama-sama peguam bagi membantu di mahkamah. "Dan apa yang kami melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar, selain dari itu jika pihak pengadu sudah melantik peguam, Suhakam boleh turut sama dengan peguam tersebut di mahkamah," jelasnya. Beliau berkata, sebagai seorang guru, pengadu boleh mengikuti sebarang aktiviti di luar waktu sekolah dan ia adalah hak seorang individu apatah lagi tidak mengganggu urusan sekolah. "Semua boleh mengikuti ceramah parti dan tidak kira siapa yang menganjur, sebagai individu mahupun kakitangan awam itu adalah hak mereka dan mereka berhak untuk menilai sendiri seseorang pemimpin atau parti. "Proses ini adalah bagi memastikan pilihan beliau pada pilihanraya nanti adalah bertepatan, lagipun undi itu rahsia," sambung beliau. Sementara itu, Mohd Faris memberitahu memorandum yang sama telah diserahkan kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November yang lalu namun sehingga sekarang tidak menerima sebarang jawapan. harakah/- | ||
Posted: 02 Dec 2012 11:09 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - USUNG...anggota keluarga mengangkat jenazah seorang daripada mangsa untuk dikebumikan. SEPANG: "Saya tidak sangka kehilangan tiga rakan karib serentak pada hari ulang tahun kelahiran saya," kata Mohd Hafis Zahari, 21, rakan kepada tiga mangsa yang maut dan seorang parah dalam kemalangan ngeri di Jalan Salak, Sungai Pelek, di sini, awal pagi semalam. Menurutnya, sebelum kejadian, dia bersama sepuluh lagi rakan, termasuk keempat-empat mangsa sedang berkonvoi menaiki tiga kenderaan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan selepas menyambut hari kelahirannya di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya. Dia berkata, mereka ingin menyambung sambutan hari lahir itu di tepi pantai. "Kami 11 orang sepakat ke Port Dickson secara konvoi menggunakan tiga kereta untuk makan kek dan mengambil gambar. "Mereka berempat naik satu kereta dan berada di depan sekali, jarak kami hanya kira-kira satu kilometer, namun sebaik tiba di tempat kejadian, saya melihat kemalangan berlaku. Sebaik berhenti, amat mengejutkan ia membabitkan kereta kawan sendiri," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Serdang, di sini, semalam. Menurutnya, ketika itu, dia lihat Ahmad Fikri Mohd Salihudin, 21, dan Muhammad Hilman Syafiq Kamaruzaman, 19, berlumuran darah tidak bernyawa. metro/- | ||
Posted: 02 Dec 2012 11:07 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - HANGUS...anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran MPV dalam kejadian berdekatan persimpangan Telok Mas, malam kelmarin. Gambar kecil, keadaan lembu yang mati dilanggar. MELAKA: Perjalanan sebuah keluarga termasuk tiga kanak-kanak pulang ke Johor selepas membeli-belah di bandar raya ini, bertukar detik menakutkan apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dinaiki mereka merempuh seekor lembu sebelum terbabas dan terbakar di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), berdekatan persimpangan Telok Mas, dekat sini, malam kelmarin. Kemalangan kira-kira jam 11 malam itu turut menyebabkan lembu berkenaan mati di tempat kejadian. Menceritakan detik cemas itu, mangsa, Lim Yok Chin, 46, berkata dia yang memandu kereta berkenaan baru selesai membeli-belah bersama enam ahli keluarganya termasuk tiga kanak-kanak lelaki berusia sembilan dan 10 tahun di sebuah pusat beli-belah terkemuka. "Setibanya di lokasi kejadian, saya yang berada di lorong kiri dipotong sebuah kenderaan lain sebelum terkejut melihat seekor lembu tiba-tiba muncul atas jalan. "Pada waktu itu, saya gagal mengawal kereta lalu melanggar binatang berkenaan sebelum terbabas. Sejurus rempuhan, saya mendapati enjin turut berasap dan segera mengarahkan semua ahli keluarga keluar menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui Harian Metro di tempat kejadian, kelmarin. Menurut ahli perniagaan itu, dalam tempoh 10 minit, kereta miliknya terbakar dan mereka hanya mampu melihat berikutan api terlalu marak. "Apabila diperhatikan, saya mendapati lembu yang dilanggar turut mati dan tidak pasti sama ada ia tercampak atau sebaliknya berikutan kejadian berlaku begitu pantas. "Saya gagal menyelamatkan apa-apa di dalam kereta termasuk barangan terutama tilam yang baru dibeli. Nilai semua barangan itu dianggarkan RM1,300," katanya yang menetap di Muar. Kata Lim yang masih terkejut dengan kejadian itu, kereta berkenaan dibeli dua tahun lalu dengan harga RM180,000. "Walaupun mengalami kerugian, saya bersyukur kerana kami sekeluarga terselamat dan tidak mengalami kecederaan serius dalam kemalangan ini. "Selain itu, saya berterima kasih dengan keprihatinan orang awam yang membantu menghubungi pihak berkuasa untuk tindakan lanjut," katanya yang turut meminta pihak berkaitan berbuat sesuatu bagi mengelak kejadian sama berulang. Tinjauan Harian Metro semalam mendapati dua jentera bomba berada di lokasi kejadian mengawal dan memadamkan kebakaran itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Ahmad Adnan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. metro/- | ||
PAU 2012: PAS yakin Pakatan menang besar PRU13 Posted: 02 Dec 2012 11:04 PM PST KUALA LUMPUR: PAS yakin dengan perkembangan yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 2012) minggu lepas, Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar dalam pilihan raya umum akan datang. "Memang nampak tak bergaduh, tak berbangkit isu peranan Rosmah dan tak berbangkit isu pertembungan Najib dan Muhyiddin kerana ia sudah diarahkan agar tidak dibangkitkan. "Ini dilakukan Umno melalui taklimat yang dibuat sebelum PAU 2012 ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini. harakahdaily/- | ||
Berperanglah dengan Deepak dahulu sebelum PR Posted: 02 Dec 2012 10:30 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berperanglah dahulu dengan Deepak Jaikishan sebelum berperang dengan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Pergi bawa Umno dia berperang dengan Deepak dulu, dah menang dengan Deepak baru datang berperang dengan kita (PR). "Kalau dengan Deepak pun tak boleh menang perang dan tak berani jawab sepatah pun, tak usahlah cakap lebih-lebih nak berperang dengan PR," katanya. Dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno, Najib mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap PR dengan laungan slogan anti-PR. Deepak kini dilihat memerangi Najib dengan pelbagai tuduhan terutama tuduhan yang amat jelas berkaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. "Deepak bukan memerangi ketua Umno cawangan tetapi Presiden Umno yang juga Perdana Menteri. "Tentulah beliau mempunyai asas yang sangat kuat untuk berbuat demikian," kata Mohamad. Beliau juga menyifatkan isu yang berlaku kini bukan isu Najib semata-mata tetapi isu yang melibatkan keburukan Umno yang sekaligus menjejaskan nama baik negara. "Bukan isu serangan Deepak terhadap Najib sahaja tetapi ia juga mempunyai kaitan yang rapat dengan pendedahan (bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri) Musa Hassan bahawa (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) campur tangan dalam siasatan polis. "Campur tangan dalam siasatan polis bermakna Umno melalui menterinya menafikan keadilan untuk rakyat. "Jika Umno menang lagi, tidak ada jaminan menteri Umno tidak campur tangan dalam siasatan polis terhadap tuduhan Deepak ke atas Najib," kata Mohamad. Beliau berkata, kalau konstabel polis sekalipun yang membuat pendedahan, rakyat perlu mengambil kira dan memastikan kebenarannya. "Ini bukan OCPD Baling yang buat pendehan, ini pendedahan bekas Ketua Poilis Negara. "Lebih dari itu, ini bukan pertama kali dia mendedahkan campur tangan menteri Umno dalam siasatan polis," kata beliau. Meskipun demikian, kata Mohamad, Hishammuddin hanya menepis pendedahan Musa itu dengan mendakwa semua itu bertujuan untuk mengalihkan tumpuan ahli-ahli Umno dalam perhimpunan agung mereka. "Itu jawapan tipu tanpa asas. "Dalam kes Deepak membisu, dalam kes Musa pula menipu," katanya lagi. harakah/- | ||
S'gor beri tempoh akhir cabut kamera AES Posted: 02 Dec 2012 10:29 PM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh akhir tiga hari lagi kepada Kementerian Pengangkutan untuk merobohkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika pihak kementerian gagal berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya hujung minggu ini. "Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian. "Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri," katanya kepada Keadilandaily. Beliau sebelum ini bersama bersama Exco Yaakob Sapari turut melawat ke lokasi kamera AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE). Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang kawasan itu dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan kamera AES di Selangor. Bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kementerian setakat ini dan kerajaan negeri memberikan tempoh akhir beberapa hari lagi. Selangor sebelum ini antara negeri yang mahu kerajaan pusat menangguhkan pemasangan kamera AES di negeri itu sehingga satu kajian melibatkan semua pihak dibuat terlebih dahulu. Selain Selangor, semua negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Kelantan, Kedah Pulau Pinang turut membuat keputusan serupa. harakah/- | ||
SPR: Petugas media boleh mengundi melalui pos Posted: 02 Dec 2012 10:28 PM PST Petugas media yang bertugas semasa pilihan raya umum boleh membuang undi melalui pos, kata Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria. Katanya, mekanisme pengundian pos digunakan untuk semua pekerja media bertugas pilihan raya, termasuk wartawan, jurugambar, juruteknik dan pemandu, lapor TheStar Online. Kemudahan itu, bagaimanapun, tidak akan diperluaskan kepada wartawan sambilan atau mana-mana penyumbang yang bukan pekerja sepenuh masa organisasi media berdaftar. malaysiakini/- | ||
170 syahid semasa 8 hari serangan Israel Posted: 02 Dec 2012 08:32 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - GAZA: 800 rumah musnah samasekali, 170 syahid, 300 yang cedera parah, 1000 yang cedera rengan, 5000 kediaman yang rosak manakala 50,000 keluarga kini menjadi miskin tegar. Itulah apa yang diperolehi Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) dalam tinjauan mereka ke Gaza. Misi tinjauan dan mencari fakta MAPIM ke Gaza memutuskan bahawa keperluan utama yang mendesak sekarang di Gaza ialah rumah orang awam yang separuh musnah dan yang musnah samasekali sejak peperangan 8 hari (14-22 hb November 2012) yang lalu. Dalam tinjauan MAPIM di Gaza bermula sejak perang bermula apabila wakil MAPIM, Sany Araby, telah dapat masuk menyaksikan sendiri perang tersebut. Misi kedua seramai lima orang yang diketuai Cikgu Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong Mapim kini berada di Gaza meneruskan tinjauan selanjutnya. Menurut Setiausaha Agong Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid, Mapim sedang mengerakkan usaha untuk memberi keutamaan yang mendesak mengikut keperluan dan telah menjalin kerjasama dengan Majlis NGO Pembangunan Gaza untuk memastikan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa. Kordinasi juga telah diperolehi dengan pejabat OIC di Gaza yang sedang giat mengemaskini data dan maklumat terkini mengenai keperluan Gaza. Mapim, katanya, membawa bantuan kemanusiaan berbentuk makanan dan ubatan bernilai RM 200,000. Delegasi Mapim yang sempat meninjau masjid yang telah dibina oleh Mapim di daerah Beit Hanoun. Cikgu Azmi menyatakan kesyukuran masjid tersebut tidak terjejas. Sebuah masjid lagi yang sedang dibangunkan oleh Mapim iaitu Masjid Umar Abdul Aziz sedang berjalan lancar yang dijangka siap Mei 2013. Program tinjauan telah dapat menemukan Cikgu Azmi dengan Ismail Haniyeh Perdana Menteri Gaza serta Dr Mulfid Menteri Kesihatan Gaza. Dalam pertemuan tersebut PM Gaza tersebut menyatakan kekagumannya terhadap kegigihan NGO Malaysia yang tidak henti-henti meneruskan bantuan kepada Gaza. Beliau sangat menghargai kesungguhan rakyat Malaysia dan menyatakan bahawa kemenangan Gaza adalah kemenangan Ummah. Dalam tinjuan selepas gencatan senjata 23 hb Novemebr yang lalu ini keadaan di Gaza kelihatan tenang dan masyarakat menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Gencatan senjata yang telah dimeterai membolehkan nelayan pergi ke laut sejauh 6 batu nautikal berbanding 3 batu nautikal sebelum ini. Mapim sedang menyusun usaha yang lebih besar untuk menghubungkan pelbagai pihak di Malaysia dengan Gaza dalam pelbagai sektor dalam rangka mengusahakan proses pemulihan Gaza dengan secepat mungkin. harakah/- | ||
Posted: 02 Dec 2012 08:31 PM PST GEORGETOWN: "Walau apapun yang berlaku, saya tetap maafkan dia," kata Nayati Man, 33, ibu Muhammad Asyraf Muhammad Shukri, 17, yang maut apabila ditumbuk adiknya selepas kedua-duanya bergaduh di rumah mereka di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 8 malam itu, Asyraf yang menghidap penyakit asma sejak kecil ditumbuk adiknya hingga mulut berdarah dan tersembam. Asyraf mengalami sesak nafas sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Ketika kejadian, menurut Nayati, dia berada di rumah dan anak sulungnya itu berbaring di sofa sambil menonton televisyen di ruang tamu manakala anak keduanya bermain permainan video di komputer riba. "Anak bongsu saya yang berusia empat tahun menangis kerana mahukan mainan. Namun, anak kedua saya mengusik adik perempuannya dan ini menimbulkan kemarahan Asyraf yang menegur perbuatan itu," katanya ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP), malam kelmarin. metro/- | ||
Hanya 11% yakin BN dapat 2/3, 89% undi PAS Posted: 02 Dec 2012 08:29 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - (Keputusan bancian antara PAS dan Umno)) KUALA LUMPUR: Hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang. 89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno. Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian hari ini. (Bancian tentang majoriti 2/3 oleh Sinar) Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu. Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?" Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67). Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046. (Bancian tentang sokongan antara BN dan PR) Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?: PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta. Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129). Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang. harakah/- | ||
Tunjuk perasaan bantah Kardashian Posted: 02 Dec 2012 07:30 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - MANAMA - Kehadiran selebriti televisyen Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian di Bahrain telah mencetuskan tunjuk perasaan sehingga mengakibatkan polis pencegah rusuhan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan lebih 50 orang penunjuk perasaan kelmarin. Tunjuk perasaan itu berlaku sebelum Kardashian merasmikan cawangan kedai makanannya, Millions of Milkshakes di sini. Seorang wartawan agensi berita Associated Press menyaksikan para penunjuk perasaan menjerit: "Tuhan Maha Besar". Tunjuk perasaan itu berlaku dekat kedai tersebut di bangunan beli-belah Riffa, 20 kilometer ke selatan Manama. Bagaimanapun, para penunjuk perasaan itu berjaya disuraikan polis sebelum ketibaan Kardashian. Sebelum kejadian tersebut berlaku, selebriti itu menghantar kenyataan di laman Twitter dengan menyatakan bahawa Bahrain merupakan tempat yang paling cantik di bumi. Beribu-ribu peminat yang telah membayar sehingga AS$1,360 (RM4,132) untuk sekeping tiket bertindak menjerit sejurus selebriti berusia 32 tahun itu merasmikan kedai tersebut. Beberapa anggota parlimen negara itu mengemukakan usul untuk melabelkan Kardashian sebagai artis yang mempunyai reputasi buruk. Namun, ramai peminat aktres itu menghantar kenyataan di Twitter untuk menyuarakan perasaan tidak puas hati dengan tindakan kumpulan ahli parlimen tersebut. "Ahli-ahli parlimen sepatutnya menumpukan perhatian untuk menyelesaikan isu-isu penting seperti ekonomi, politik dan sosial," lapor akhbar Daily News. Kardashian, 32, pernah berbogel untuk majalah lucah Playboy dan terkenal menerusi program realitinya di AS. - Agensi | ||
Najib silap tidak jawab dakwaan Deepak Posted: 02 Dec 2012 07:30 PM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang gagal memanfaatkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang diberi liputan meluas untuk menjawab dakwaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan. Ia hanya menambahkan keyakinan dan persepsi umum terhadap kebenaran dalam segala yang dinyatakan oleh Deepak. "Sesungguhnya, rakyat menanti respons PM dalam ucapan penggulungannya, namun sayang ianya langsung tidak disentuh oleh beliau di PAU. Jika peluang diambil untuk membuat penjelasan, sudah tentu ia didengari oleh kebanyakan rakyat kerana ucapannya diberi liputan begitu meluas," kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini. Tuan Ibrahim juga berkata perkara yang sama turut berlaku kepada Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang enggan menjawab tuduhan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa beliau mencampuri urusan pihak polis. PAU kali ini, katanya terpesong tujuannya sebagai medan penting kerajaan bagi merangka dasar membela nasib bangsa Melayu dan perancangan masa depan negara, samada ekonomi, sosial dan agama. "Persidangan kali ini diadakan seolah-olah sebagai pra-kempen PRU13 dengan menghentam PR dan medan Umno berkempen sesama ahli Umno," kata Tuan Ibrahim. Perwakilan Umno, kata beliau, langsung tidak memikirkan kepentingan negara kerana tidak berani menyoal isu Scorpene, kegagalan Najib menunaikan janji untuk menurunkan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri dua tahun lepas, isu royalti minyak, penghapusan kabotaj, isu tanah di Sabah dan Sarawak dan isu keselamatan negara. "Lebih penting lagi, PM juga tidak menggunakan peluang untuk mengisytihar perang terhadap budaya rasuah yang melanda kerajaan pimpinannya. "Namun bagi Umno, semua ini bukan isu besar ibarat kata sebilangan perwakilan Umno bahawa skandal RM40 juta yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melibatkan jumlah yang sedikit dan remeh untuk diperjelaskan," sindir Tuan Ibrahim. Kelemahan Umno dalam memerangi rasuah, kata beliau jelas terpapar di PAU Wanita Umno di mana ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terpalit dengan isu National Feedlot Corporation masih disanjung kerana ketiadaan tokoh lain dalam sayap tersebut. "Yang ada di PAU hanyalah kebimbangan PM terhadap sabotaj dalaman parti bilamana akan ada yang tidak bersetuju apabila mereka tidak dicalonkan. Kebimbangan PM menampakan bahawa isu cah keting sesama Umno bukan lagi cerita di sebalik tabir, tetapi ugutan secara terang-terangan," terang beliau. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut mempersoalkan mengapa ada ugutan kepada rakyat dan serangan khusus kepada PR di PAU tatkala Najib mengisytiharkan bahawa boleh menguasai majoriti besar dalam pilihanraya umum ke 13. "Ternyata mereka sedar keadaan semasa adalah sebaliknya dan tindakan (serangan terhadap PR) itu adalah sekadar reaksi panik kebimbangan terhadap perubahan yang bakal berlaku," katanya. Tuan Ibrahim turut menyarankan agar seluruh jentera parti meningkatkan gerakerja berfokus kepada sasaran dan mengemaskini seluruh jentera parti di semua peringkat. "Medium terbaik ialah bertemu pengundi secara terus dan berhemah bagi menjelaskan segala kekeliruan yang sengaja ditimbulkan oleh media perdana. Kita perlu menembusi setiap rumah pengundi dengan maklumat yang jelas dan membina keyakinan mereka. "Paluan gendang perang telah dibunyi. Jangan ada yang menghabiskan masa menimbulkan polemik dalaman. Jaga perangkap musuh dan elakkan diri daripada menjadi jurucakap bagi pihak musuh," nasihat beliau. harakah/- | ||
Ibubapa Orang Asli buat laporan 'cubaan rasuah' Posted: 02 Dec 2012 07:29 PM PST Sudah lebih sebulan sejak anak-anak perempuan mereka yang berusia 12 tahun, ditampar oleh seorang guru kerana tidak membaca doa. Bagaimanapun, kekurangan tindakan yang diambil, mendorong tiga bapa Orang Asli mengambil masa tiga jam perjalanan dari pedalaman Kelantan hari ini untuk membuat satu lagi laporan polis. Kali ini, laporan itu bukan sahaja terhadap guru SK Bihai yang menampar anak-anak mereka, tetapi juga terhadap beberapa rakannya, kerana didakwa cuba merasuah ibubapa terbabit supaya menarik balik laporan awal mereka yang dibuat pada 24 Oktober 2012 di balai polis Gua Musang. Menurut laporan polis terbaru itu yang dibaca kepada Malaysiakini oleh Timbalan Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Bihai, Arom Asir, mereka membuat laporan tersebut untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka. Along Pandak, Hassan Achoi dan Atar Pedik, dalam laporan mereka, mendakwa percubaan merasuah itu berlaku pada 7 November dalam satu mesyuarat PIBG. Mereka mendakwa, para guru berkata jika mereka menarik balik laporan itu, mereka (guru-guru) akan membayar RM250 setiap pelajar, manakala guru yang menampar mereka (nama dirahsiakan) akan menambah RM50 menjadikannya berjumlah RM300 bagi setiap pelajar. Menurut laporan itu lagi, mereka jelas tidak puas hati dengannya kerana pihak sekolah, dalam insiden menampar pelajar-pelajar tersebut, telah melanggar Seksyen 17 Akta Orang Asli. Seksyen 17 Akta tersebut menyatakan bahawa kanak-kanak Orang Asli tidak boleh menerima arahan mengenai agama kecuali dengan persetujuan ibubapa mereka, dan dalam kes ini, mereka mendakwa tidak dirujuk. Kesemua pelajar terbabit bukan beragama Islam. Menurut Arom, guru-guru berkenaan sebelum itu berkata mereka akan membawa ibubapa terbabit ke balai polis Gua Musang pada 19 November untuk membuat satu lagi laporan polis bagi menarik balik laporan awal mereka, tetapi ibubapa berkenaan menolaknya. "Guru-guru tersebut telah memohon maaf, merayu kepada ibubapa tersebut dan menggesa mereka supaya menerima tawaran itu. "Kami memutuskan untuk tidak menghubungi guru-guru berkenaan sejak itu kerana kita tahu mereka akan terus mendesak kami mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi. Bulan lepas, di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong telah mengesahkan kejadian itu dan berkata tindakan sedang 'diambil'. "Tidak nampak apa-apa tindakan telah diambil, tetapi ini cuti sekolah, jadi kita hanya akan tahu jika guru yang terlibat masih mengajar di SK Bihai apabila penggal persekolahan bermula nanti," kata Arom. Arom juga berkata, ibubapa berkenaan akan menurut nasihat Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Puad Zarkashi supaya mereka membuat aduan mengenai percubaan merasuah itu kepada pejabat pendidikan daerah. "Kami akan berbuat demikian, walaupun saya percaya mereka sudah pun tahu mengenai perkara ini," katanya. Malaysiakini sejak bulan lepas berulang kali cuba untuk menghubungi sekolah berkenaan, manakala SMS yang dihantar pula tidak terjawab. SK Bihai, sebuah sekolah ekslusif untuk anak Orang Asli, terletak berhampiran sempadan Kelantan-Perak, dan tidak mempunyai liputan telefon bimbit. Satu-satunya nombor telefon yang disenaraikan untuk sekolah tersebut, disambung terus kepada pejabat pendidikan daerah Gua Musang, yang juga menerima surat-surat bagi pihak sekolah tersebut. malaysiakini/- | ||
Najib takut Deepak juga calon 'winnable' Umno Posted: 02 Dec 2012 07:11 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yang nampak benar takut menghadapi tuduhan Deepak Jaikishan juga akan menjadi calon 'winnable' Umno, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Beliau juga menyifatkan istilah calon 'winnable' digunakan sebagai alasan kepada sistem kediktatoran baru Umno untuk memaksakan calon-calon yang dikehendaki oleh pemimpin parti itu. "Kalau sesama ahli Umno pun bersifat diktator, dengan rakyat tentulah lebih teruk lagi jika Umno menang lagi dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mahfuz. Dengan berdalihkan alasan calon 'winnable', Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan ahli-ahli parti itu supaya menerima sahaja calon 'winnable' yang ditentukan oleh pemimpin mereka. "Dengan sistem kediktatoran terbaru Umno yang disolekkan dengan istilah calon 'winnable' itu, sesiapa sahaja yang dipaksakan oleh pemimpin Umno sebagai calon mesti diterima oleh ahli-ahli parti itu. "Mereka dipaksa memikul biawak hidup. Kalau pemimpin Umno pilih pembunuh Altantuya Shaariibuu, usus busuk, pencuri tanah, perasuah, perompak, malah siapa sekalipun yang didakwa sebagai calon 'winnable', ahli-ahli parti itu mesti terima. "Malah, lembu pun tak malu-malu mendakwa dia adalah calon 'winnable' Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena. Dengan alasan calon 'winnable' itu, kata Mahfuz, antara calon yang sudah pasti akan didakwa sebagai calon 'winnable' Umno tentulah termasuk Najib sendiri. "Walaupun Najib nampak benar menikus dan membisu menghadapi tuduhan Deepak, tentulah beliau juga akan dibohongkan kepada rakyat sebagai calon 'winnable' Umno," katanya. Sebab itulah, katanya, dengan mempunyai kekebalan atau 'immunity' sebagai calon 'winnable' Umno itu, Najib yakin beliau tidak perlu jawab atau memberikan apa-apa penjelasan mengenai tuduhan-tuduhan Deepak itu. "Sebab itulah, Najib langsung tidak memberikan apa-apa penjelasan mengenai tuduhan Deepak itu kepada perhimpunan agung Umno kerana beliau sudah mempunyai kekebalan sebagaui calon 'winnable' dan siapa pun beliau yang sebenarnya, ahli-ahli Umno terpaksa menerima beliau sebagai calon," kata Mahfuz. Dalam apa yang dilihat antara serangan paling tepat kepada Najib, antara lain Deepak mendedahkan bahawa akuan bersumpah kedua yang dibuat secara tergesa-gesa oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, untuk menarik balik tuduhan awalnya yang mengaitkan Najib dengan Altantuya Shaariibuu, adalah sebahagian daripada usaha untuk menggagalkan satu pengakuan yang dirancang berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu. Mahfuz mengingatkan rakyat bahawa mereka tidak boleh dilembukan seperti ahli-ahli Umno untuk menerima apa yang dibohongkan sebagai calon 'winnable' Umno. harakahdaily/- | ||
Laporan Polis Dibuat Terhadap Shahrizat Posted: 02 Dec 2012 07:04 PM PST 16 Muharram 1433H. [MOD] - Sebuah NGO kaum India yang merasa terancam dengan kenyataan Ketua Wanita Wanita Umno Shahrizat Abdul Jail berhubung dengan tragedi 13 Mei telah membuat satu laporan polis terhadap bekas menteri berkenaan. "Kenyataan Shahrizat itu jelas bermaksud untuk menakutkan kaum bukan Melayu. Apa yang beliu ingin nyatakan jika kaum bukan Melayu mengundi pembangkang akan menyebabkan UMNO hilang kuasa, dan rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 akan akan berlaku," tegas Ketua Tamilar Action Force (TAF) A Vethaamoorthy, lapor Freemalaysiatoday. Mengetuai kumpulan orang ahli, beliau membuat satu laporan polis di Balai Polis Sentul kelmarin, beliau berkata Shahrizat sepatutnya didakwa kerana menakutkan orang awam dan cuba mencetuskan perbalahan antara kaum. Shahrizat membangkitkan insiden 13 Mei di dalam ucapannya di perhimpunan Wanita Umno pada Rabu minggu lalu. Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam ucapan dasarnya, memberi amaran tentang kemungkinan berulangnya tragedi berdarah 13 Mei 1969 jika Umno kehilangan kuasa selepas pilihan raya umum akan datang. "Jika kita tidak lagi ditampuk kuasa, maka kestabilan politik negara akan goyang. "Pastinya kaum Melayu yang menjadi rakyat majoriti di negara kita tidak akan senang. "Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. "Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi dalam negara kita? Kita pastinya tidak mahu," kata ketua wanita Umno itu dalam ucapan dasarnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Shahrizat meminta delegasi Wanita Umno mencari jalan untuk mengatasi sebelum apa yang beliau katakan itu berlaku. "Dengan membuat kenyataan sedemikian rupa, ia menunjukkan betapa terdesaknya UMNI kini," kata Vethaamoorthy. Beliau menekankan tragedi 13 Mei sudah menjadi sejarah,dan pemimpin negara ini sepatutnya menyedari bahawa rakyat berhak memilih sesiapa yang mereka mahu di dalam pilihanraya. "Ia lansung tidak membantu dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian ," tambahnya. Beberapa orang ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk M Kulasegaran dan Khalid Samad juga telah mengkritik Shahrizat, mememanggilnya sebagat "amat memalukan" dan menegaskan bahawa rakyat Malaysia kini lebih bersatu dari tahun 1969. | ||
Terowong di lebuh raya Jepun runtuh Posted: 02 Dec 2012 06:59 PM PST 19 Muharram 1433H. [MOD] - TOKYO - Beberapa anggota penyelamat menemui lima mayat yang rentung selepas bumbung sebuah Terowong Sasago di lebuh raya Chuo, tengah Jepun runtuh semalam. Mayat-mayat itu ditemui di dalam sebuah kereta. Dua buah kereta remuk di dalam terowong tersebut. Menurut laporan agensi berita Kyodo, beberapa pekerja penyelamat kini melakukan siasatan bagi memastikan jika terdapat mangsa lain yang terperangkap. Terowong itu sepanjang 4.7 kilometer dan terletak di Otsuki, 80 kilometer ke barat Tokyo. Kira-kira 150 kepingan siling yang setiap satu berukuran lima meter lebar, 1.2 meter panjang dan setebal lapan sentimeter serta berat 1.2 tan runtuh di dalam terowong tersebut. Lebuh raya itu telah dibuka sejak 35 tahun lalu. Rangkaian televisyen menunjukkan kepulan asap keluar dari terowong itu. Tujuh orang dipercayai hilang manakala dua lagi cedera dan sekurang-kurangnya dua buah kereta juga terperangkap, kata seorang anggota bomba. Seorang mangsa, Tomohiro Suzuki, 37, yang melalui kawasan berhampiran menceritakan detik-detik tragis itu. Menurutnya, dia keluar dari kereta dan berlari ke arah sebuah kenderaan lain yang remuk akibat dihempap konkrit dengan tujuan untuk menyelamatkan penumpang kereta tersebut. Suzuki berkata, dia kemudian menghubungi polis selepas mendapati amat mustahil untuknya melakukan kerja-kerja menyelamat. Seorang lagi lelaki memberitahu agensi berita Jiji Press bahawa dia menyaksikan konkrit bumbung terowong itu menghempap sebuah kenderaan di depan matanya. Menurutnya, dia mendengar bunyi suara orang meminta pertolongan dari celah-celah timbunan runtuhan sebelum seorang wanita keluar tanpa memakai kasut dengan pakaiannya koyak. Wanita berkenaan meminta supaya semua rakan dan kekasihnya diselamatkan selepas kereta yang dinaikinya dihempap runtuhan itu. Bagaimanapun, lelaki tersebut menyatakan, kereta yang dinaiki wanita yang terselamat itu terbakar. Seorang wartawan, Yoshio Goto yang terperangkap dalam kemalangan itu berkata, dia sempat memecut kenderaannya dan berjaya keluar dari terowong itu. Bagaimanapun, terdapat serpihan runtuhan yang menghempap kenderaannya. "Saya kemudian melihat ke arah kenderaan saya dan mendapati separuh bumbungnya remuk," katanya. Terowong Sasago yang melalui sebuah kawasan bukit tidak jauh dari Gunung Fuji merupakan salah sebuah terowong yang paling panjang di Jepun. Ia merupakan kemalangan terburuk yang pernah berlaku di Jepun sejak tahun 1996, setelah sebuah terowong runtuh dan mengakibatkan 20 orang terbunuh. Syarikat yang mengendalikan lebuh raya itu, Central Nippon Expressway menyatakan pihaknya sedang menyiasat punca kejadian. Menurut syarikat itu, pihaknya tidak menemui sebarang kecacatan semasa melakukan pemeriksaan pada Septembar lalu. Presiden syarikat itu, Takekazu Kaneko meminta maaf berhubung kejadian itu pada sidang akhbar di Nagoya. "Saya meminta maaf kerana menyebabkan kemalangan serius. Saya kini meletakkan keutamaan berhubung kerja-kerja menyelamat," katanya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan