. |
Hadi: AGM bukti Umno kehabisan modal Posted: 03 Dec 2012 07:17 AM PST KOTA BHARU - Pas menyifatkan Umno sudah kehabisan modal apabila hampir keseluruhan ucapan dasar dan penangguhan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada perhimpunan agung parti itu minggu lalu menghentam pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika diperhatikan hampir keseluruhan ucapan pada Perhimpunan Agung Umno kali ini memperlekehkan orang lain. "Inilah yang kita saksikan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno. Sudah tidak ada modal lagi," katanya selepas menyampaikan ceramah pada Kongres Dunia Islam di Balai Islam di sini, malam tadi. Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub dan anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri. Perhimpunan Agung Umno 2012 yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan presiden dan pimpinan parti itu menghentam pemimpin pembangkang. Najib dalam ucapan penangguhan yang dianggap sebagai ikrar Umno mendakwa, satu undi kepada PKR akan membawa kepada kerosakan akidah dan umat, undi Pas untuk perpecahan, manakala undi DAP membawa kepada penindasan. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut memuji pendekatan Umno membaca doa pada perhimpunan parti itu baru-baru ini. "Umno pun nampaknya sudah pandai membaca doa pada perhimpunan parti mereka, kalau sebelum ini mereka memperlekehkan doa dibaca pemimpin Pas, namun sekarang mereka sendiri turut berdoa," katanya. Sementara itu, Abdul Hadi ketika berucap mengingatkan agar Islam perlu kembali untuk memimpin dunia selepas pelbagai ideologi lain gagal menangani kehidupan manusia. "Hanya Islam sahaja yang menerangkan segala aspek dalam kehidupan umat manusia. "Sekarang anak-anak yang pernah mendapat didikan daripada barat pun bangkit mempertahankan Islam. Islam tetap bangkit biarpun cuba dihalang. Kita runtuhkan jahiliah untuk tukar kepada kerajaan yang adil. "Umno nampak seperti mahu kekal sehingga kiamat," katanya. Kongres Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung dari 1 hingga 5 Disember di Hotel Grand Riverview itu melibatkan pembentangan 70 kertas kerja dari dalam dan luar negara. |
Datuk Rahman Maidin umum sertai PAS Posted: 02 Dec 2012 06:48 PM PST (Rahman menyerahkan borang PAS kepada Ustaz Hadi malam tadi) BATU PAHAT: Bekas Pengerusi konglomerat media negara, MRCB, Datuk Abdul Rahman Maidin mengumumkan pernyertaannya ke dalam PAS malam tadi. Beliau yang juga bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengumumkan penyertaan itu bersama tiga lagi bekas pegawai kanan kerajaan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi. Turut serta adalah bekas Pengarah Eksekutif Felda Plantation Haji Mohd Sais Joned. (Haji Mohd Sais menyerahkan borang kepada Ustaz Hadi dengan diperhatikan Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz) Dua lagi adalah masing-masing bekas Pengarah Pelajaran Johor Hj Ramlan Sariman dan Timbalan Pengarah institur Perguruan Batu Pahat Haji Nasir Abdullah. Kesemua mereka menyerahkan borang meyertai PAS kepada presiden parti itu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan disaksikan hampir 30,000 hadirin. (Haji Ramlan serahkan borang) Penyertaan mereka ini yang semuanya pegawai-pegawai tinggi kerajaan, dilihat satu lagi tamparan hebat kepada Umno yang baru sahaja selesai bersidang hari ini. Tekanan juga pastinya dirasai Felda yang diterajui Tan Sri Isa Samad, yang kini sedang terpalit dengan pelbagai masalah khususnya isu penyenaraian Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH). Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman ketika mengulas kemasukan Mohd Sais ke dalam PAS berkata, ianya satu kekuatan baru kepada NGO itu untuk terus mendedahkan segala kepincangan yang sedang berlaku dalam Felda ketika ini. "Penyertaan bekas pegawai kanan Felda ini akan lebih menguatkan perjuangan kita untuk terus membetulkan kepincangan dan salah urus Felda pada waktu ini," katanya. (Gambar: Haji Nasir) Turut hadir dalam himpunan di Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja, di sini malam ini termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw. Selain mereka, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed dan pemimpin PKR, DAP di peringkat negeri. |
Posted: 02 Dec 2012 06:29 PM PST Selepas hangat disebarkan di FB dan berita hdaily mengenainya... Bancian Sinar 2am: Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?Pas 94 % (4127)Umno 6 % (255)Jumlah Undian: 4382Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, perikatan pilihan anda? Barisan Nasional 6 % (272) Pakatan Rakyat 94 % (3999) Jumlah Undian: 4271 Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU13? Saya yakin 5 % (226) Saya tidak yakin 90 % (3813) Saya tidak pasti 5 % (197) Jumlah Undian: 4236 |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan