Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Judi, antara ancaman utama orang Melayu masa kini
- PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR CEMERLANG
- Peluang Menambah Pelaburan di MTAS
- JAMBORI AMAL NEGERI SEMBILAN
Judi, antara ancaman utama orang Melayu masa kini Posted: 11 Dec 2012 11:24 PM PST POKAI JUDI SEPAK ISTERI - 12.12.12 - GOMBAK: Seorang lelaki tergamak menendang perut isterinya yang sedang tidur di kediaman mereka di Aman Puri, di sini semata-mata untuk meminta wang bagi membolehkannya berjudi selain mengugut akan membunuh mangsa jika enggan memenuhi permintaannya, kelmarin. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, wanita berusia 19 tahun yang sedang tidur mengerang kesakitan selepas ditendang suaminya berusia 20-an yang baru pulang ke rumah. Menurut sumber, mangsa yang kesakitan mempersoalkan tindakan suaminya itu yang tiba-tiba mengamuk dan memukulnya sebelum lelaki terbabit meminta mangsa menyerahkan wang kepadanya. "Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak mempunyai wang pada masa sekarang menyebabkan suaminya itu terus mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat. "Suami mangsa juga turut memukul dan memaksa mangsa menyerahkan wang selepas duit yang diberikan sebelum ini habis digunakan di meja judi," katanya. LELAKI KALAH JUDI KENA TIKAM 12.12.12 KUALA LUMPUR: Angkara hutang judi Internet, seorang pemandu teksi ditikam di perut dalam kejadian di Jalan Riong, Bangsar, di sini, malam tadi. Dalam kejadian jam 9.50 malam, lelaki berusia 30-an itu kalah berjudi di sebuah pusat judi Internet berhampiran sebanyak RM3,000 sebelum cuba melarikan diri ke sebuah restoran berdekatan. Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 40-an berkata, ketika dia makan bersama rakan sekerja, dia nampak pemandu teksi itu berjalan dari pusat judi Internet ke arah teksinya. Menurutnya, pemandu teksi itu diikuti pekerja premis pusat judi itu dari belakang dan selepas lelaki itu masuk dalam teksinya, pekerja premis itu menariknya keluar sebelum membawanya ke restoran tempat kejadian untuk berbincang. Katanya, pemandu teksi berkenaan mengambil pisau pemotong daging untuk keselamatan diri dan lari ke teksinya semula untuk melarikan diri. "Namun dia terlambat apabila suspek menahannya sebelum menikam mangsa beberapa kali di perut. SUAMI LEWAT BALIK NAIK HANTU 12.12.12 KUALA LUMPUR: Angkara menegur suami, seorang wanita berusia 29 tahun cedera di badan dan kepala selepas disepak terajang lelaki terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa dipukul suaminya berusia 29 tahun selepas menegur lelaki terbabit yang sering pulang lewat ke rumah. Menurut sumber, mangsa yang menunggu kepulangan suaminya sejak jam 8 malam berang selepas lelaki terbabit tidak pulang ke rumah. "Sebaik suaminya tiba di rumah jam 11 malam, mangsa menegur suaminya yang sering pulang lewat malam dan mula mempersoalkan aktiviti luar lelaki terbabit. "Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya menyebabkan berlaku pertengkaran," katanya. Katanya, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahan mula bertindak agresif dengan memukul mangsa. "Lebih malang, suami mangsa yang bagaikan dirasuk terus menyepak terajang mangsa hampir 10 minit," katanya. Sumber berkata, ketika disepak terajang itu, mangsa hanya mampu menutup kepalanya menggunakan tangan. "Suami mangsa hanya berhenti memukul mangsa selepas mendengar tangisan anak lelaki mereka berusia dua tahun sebelum lelaki terbabit keluar daripada rumah," katanya. Tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, menuntut siasatan dan tindakan lanjut diambil terhadap lelaki terbabit. |
PROGRAM KEPIMPINAN PELAJAR CEMERLANG Posted: 11 Dec 2012 11:22 PM PST Tarikh: 18 dan 19 Dis 2012 , Selasa-Rabu Masa : 8.00 pagi - 4.30 ptg Tempat : Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban Terbuka kepada pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 Tahun 2012 Yuran : Cuma RM20 sahaja Tempat Tehad Untuk 200 Orang Sahaja. Anjuran: Maahad Tahfiz As-Sa'idiyyah Penceramah : Hj. Baharom Abu Bakar, Pengarah Urusan Baha Creative Consultants BBC Haji Hamid Kamaruddin, Pensyarah UiTM dan Kaunselor Untuk pendaftaran hubungi : Pejabat MTAS 06-6771232 , Pn Hasanah 013-2977429 , Ustaz Idris 013-6175988 TENTATIF PROGRAM 18 DISEMBER 2012 (SELASA) 08.00 Pagi - Pendaftaran 08.30 Pagi - Ice Breaking & Budaya Ilmu 10.30 Pagi - Rehat 11.00 Pagi - Kepimpinan Pelajar & Cabaran Masa Depan 13.00 Petang - Rehat, Makan Tengahari Dan Solat 14.30 Petang - Ketrampilan Utama Kepimpinan 16.45 Petang - Minum Petang & Bersurai 19 DISEMBER 2012 (RABU) 08.00 Pagi - Pendaftaran 08.30 Pagi - Keyakinan & Tegas Diri Kepimpinan 10.30 Pagi - Rehat 11.00 Pagi - Mengurus Masa Dan Tekanan 13.00 Petang - Rehat, Makan Tengahari Dan Solat 14.30 Petang - Tekad Bakti Kepada Ummah Masa Depan 16.45 Petang - Majlis Penutupan & Penyampaian Sijil 17.15 Petang - Bersurai |
Peluang Menambah Pelaburan di MTAS Posted: 11 Dec 2012 11:21 PM PST Pembinaan asrama puteri Maahad Tahfiz As-Saidiyyah, Seremban sedang berjalan. Kapasiti 40 pelajar & 1 warden. Kos RM150,000.00 Sumbangan wakaf sangat dialu-alukan. Bilik-bilik darjah di Maahad Tahfiz As-Saidiyyah sedang dibaik pulih serta dinaik taraf. Kerja-kerja yang dirancang termasuklah; 1. Baikpulih lantai 2. Pemasangan LCD Projector 3. Pemasangan grill pintu 4. Pemasangan kipas tambahan Jumlah kelas - 7 buah Jumlah Kos +/- RM 50,000.00 Sila salurkan sumbangan ke : Nama akaun : TABUNG PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ AS-SAIDIYYAH No Akaun (MBB) 5551-2610-6603 Hubungi pejabat : 066771232 |
Posted: 11 Dec 2012 06:10 AM PST Tarikh : 14 ke 16 Dis 2012 (Jumaat hingga Ahad) Tempat : Kg Pasoh, Jelebu Terbuka kepada peserta lelaki 12 tahun ke atas Untuk pendaftara sila hubungi Saiful 012-9718829 Banyak yang menarik, antaranya ; - Titian menara gantung yang kedua tertinggi di Malaysia - Mencari harta - Khidmat masyarakat … dan banyak lagi |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan