Rabu, 12 Disember 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


Mlm ini di Majlis Pelancaran Hari Mahasiswa Selangor di Shah Alam yg akan dirasmikan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor.

Posted: 12 Dec 2012 04:56 AM PST

Sent from my Nokia phone

Mlm ini di Majlis Pelancaran Hari Mahasiswa Selangor di Shah Alam yg akan dirasmikan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor.

Posted: 12 Dec 2012 04:53 AM PST

KENYATAAN YB ISKANDAR A. SAMAD : PENANTIAN LEBIH 30 TAHUN PENDUDUK KG. PANDAN AKAN BERAKHIR

Posted: 11 Dec 2012 08:27 PM PST

Penantian lebih 30 tahun penduduk Kg Pandan akan berakhir tidak lama lagi apabila sebuah dewan serbaguna baru akan dibina di kampung itu.

Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ( MMKN ) pada 8 November lepas telah meluluskan pembinaan semula dewan orang ramai di Jalan Pandan Medan menggunakan peruntukan Geran Selangorku.

Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ ) telah dipilih sebagai pihak yang akan menguruskan pembinaan dewan itu.

Keluasan dewan serbaguna yang baru adalah melebihi 5,500 kaki persegi berbanding dengan dewan orang ramai yang lama lebih kurang 2,500 kaki persegi.

Dewan yang baru juga lengkap dengan 2 gelanggang badminton walhal dewan yang lama tidak cukup tinggi bagi sukan badminton dimainkan disitu.

Dewan orang ramai yang lama itu adalah dewan utama untuk program-program kemasyarakatan, kerajaan, Ketua Kampung dan majlis-majlis perkahwinan. Lazimnya ia tidak mencukupi untuk menampung kehadiran program-program tersebut dan khemah-khemah terpaksa dipasang di luar dewan.

Oleh yang demikian, pembinaan dewan serbaguna ini merupakan satu keperluan yang amat mendesak.

Satu sidang akhbar telah diadakan di dewan orang ramai itu pada 10 Disember lepas dan cadangan-cadangan rekabentuk dewan yang baru telah pamerkan kepada pihak media dan penduduk kampung.

Anggaran kos pembinaan dewan itu adalah sekitar RM500,000 dan akan mengambil masa lebih kurang 8 bulan untuk menyiapkannya.

Menurut MPAJ, mereka telah juga menyiapkan dokumen dan lukisan-lukisan tender untuk dewan yang baru itu.

Mereka hanya menunggu surat arahan daripada Jawatankuasa Geran untuk meneruskan tugas mereka.

Saya yakin surat tersebut akan dapat dikeluarkan segera kerana MMKN telah meluluskan pembinaannya.


Iskandar Abdul Samad
Ahli Dewan Negeri Chempaka
11 Disember 2012

Jom ramai-ramai ke Majlis Makan Malam Pelancaran Sijil Wakaf 2.0 PAS Selangor

Posted: 11 Dec 2012 02:50 PM PST

Tiada ulasan:

Nuffnang