ZULKIFLI BIN NOORDIN |
Posted: 02 Nov 2012 01:55 AM PDT (Awat si kalipah anak Kitsiang pi buat undang-undang anti-lompat Bang Non? Macam mana nak mintak MP BN lompat macam ni! Tak merasa lah nak dok Seri Perdana macam ni! Fenin..fenin!) Salam 2 all. Dunia sedang melihat satu amalan politik hipokrit paling melucukan berlaku di DUN Pulau Pinang semalam! Anak jantan Kitisiang, yang juga kalipah yang dinobatkan oleh oleh kaum pasrasit telah mengusulkan undang-undang anti-lompat parti dan diluluskan oleh DUN dengan 2/3 majoriti! Dibawah undang-undang ini, mana-mana wakil rakyat yang melompat iaitu menukar parti adalah dianggap terbatal kedudukannya dan kerusi yang disandangnya dianggap dikosongkan, serta satu pilihanraya kecil wajib diadakan! Bukan orang lain, melainkan Karpal Singh, Pengerusi DAP sendiri telah membuat bantahan kerana undang-undang tersebut adalah batal dan tidak sah kerana bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kebebasan memilih mana-mana aliran politik kepada mana-mana warganegara Malaysia termasuk wakil rakyat! Jadi persoalannya ialah, kalau dah jelas undang-undang anti-lompat ni bercanggah dengan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, mengapa Kerajaan DAP meluluskan juga undang-undang ini, bercanggah dengan pendirian Pengerusi mereka sendiri yang juga seorang peguam veteran yang terkenal! Pada teman, amalan pembangkang ini jelas satu hipokrit politik yang sangat memualkan, satu bukti amalan politik "cakap tak serupa bikin", satu amalan politik putar belit "lu buat dosa, wa buat takpa"! 1. Kalau benar pembangkang ikhlas dengan prinsip anti-lompat parti, mengapa mereka memilih berdiam diri semasa YB Datuk Nasarudin (ADUN BN-Bota) melompat parti daripada BN kepada PKR? Bukan sahaja mereka berdiam diri, malahan mereka bertakebeer dan bersorak meraikannya sebagai satu kemenangan politik dengan pesta dan ceramah merata tempat! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah! 2. Begitu juga apabila Ahli Parlimen Tawau & Sepanggar melompat keluar daripada BN dan memilih menjadi Bebas tetapi menyokong pembangkang. Lompatan mereka disambut dengan takebeer dan pekikan kegembiraan oleh kaum Pakatan Songsang ini? Langsung tidak kedengaran suara yang membantah! 3. Terbaru, apabila YB Lajim Ukin dan YB Wilfred melompat keluar daripada BN dan menjadi MP Bebas tetapi menyokong pembangkang, bukan sahaja kaum pakatan Luar Tabi'e ni tidak membantah, malah mereka bertakebeer dan bersorak ramai-ramai meraikan lompatan ini! Malah Ketum dan kepimpinan Pakatan Songsang ini hadir bersama meraikan lompatan ini! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah! 4. Dan dunia tidak akan lupa pembohongan 16 Sept 2008, dimana Anwar dek kerana kegilaan nak ke Putrajaya melalui pintu belakang berusaha mendapatkan lebih 30 Ahli Parlimen BN melompat keluar! Sampai terhegeh-hegeh mereka membontoti wakil rakyat BN ke Taiwan! Yang akhirnya terbongkar agenda 16 Sept adalah pembohongan semata-mata! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah! 5. Dan jangan lupa semasa dipecat oleh UMNO pada 02 Sept 1998, Anwar Ibrahim adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh yang dipilih atas tiket Barisan Nasional dalam PRU ke 9 pada tahun 1995! Tidak pulak kedengaran mana-mana kaum songsang ni yang mendesak Anwar mengosongkan kerusi Permatang Pauh! Malah Anwar terus memegang jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan menerima elaun dan habuan! Langsung tidak kedengaran suara yang membantah! Sebenarnya, teman cukup yakin anak jantan Kitsiang ni takut dengan bayang-bayang sendiri. Dia tahu rakan-rakan sekatil dia didalam Pakatan Luar Tabi'e ini tidak mempercayai dia. Ini terbongkar apabila pendedahan rakaman mesyuarat PKR Negeri Pulau Pinang dimana dengan jelas Mansor Osman, Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Pulau Pinang yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang mempersoalkan kepimpinan Guan Eng. Sangat jelas ayat Mansor Osman memberi deskripsi politik anak jantan Kitsiang ini, "Guan Eng ni very Cocky, Arrogant & Tokong"! Cukup sinonim dengan label Kerajaan CAT yang dilaungkan Guan Eng! Dan mengapa Mansor bercakap begitu! Kerana Guan Eng mendesak untuk DAP bertanding di 22 kerusi dalam PRU 13, iaitu tambahan 3 daripada 19 yang mereka ada. Dan tiga kerusi itu adalah milik PKR! Dan kenapa Guan Eng mahukan 3 kerusi itu. Mansor Osman sendiri menjawabnya; "kerana dia mahu DAP menjadi Kerajaan sendiri. Kerana dengan 22 kerusi sudah cukop untuk Guan Eng membentuk Kerajaan Negeri DAP! Jadi dia tidak perlukan kita (PKR & PAS) nanti!". Nah, itulah rahsia sebenar mengapa Guan Eng terhegeh-hegeh mahukan undang-undang anti-lompat! Bukan sebab prinsip. Tapi sebab takut hilang kerajaan! Dan kenapa dia takut? Sebab dia tidak percayakan rakan sebantal sekatil dia sendiri! Pada teman, undang-undang anti-lompat ciptaan Guan Eng ini sebenarnya adalah satu penghinaan kepada PKR dan PAS! Sebenarnya DAP tidak percaya kepada mereka! Macam mana DAP nak percaya yop! Semua rahsia Anwar ada dalam poket Karpal Singh! Orang yang mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat, tau-tau jadi loyer membela Anwar dalam kes liwat pada tahun 2008! Mike ingat Karpal Singh tu bodoh ke yop? Udah berpuloh tahun dia jadi loyer dan ahli politik! Orang yang cukop istiqomah menentang penubuhan Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & takzir! Ungkapan "over my dead body" masih segar dalam ingatan kita! Mike ingat Karpal Singh nak percaya dengan kaum pasrasit ni! Tengok tindakan DAP di Kedah yang membantah dengan ugutan kepada Kerajaan PAS Kedah apabila PAS cuba nak laksanakan perobohan pusat penyembelihan babi, pengharaman pusat hiburan bulan Ramadhan dan yang terbaru pengharaman papan-iklan lucah; semuanya dibantah dengan keras oleh DAP! Dan akhirnya Kerajaan PAS terpaksa tundok akur dengan kehendak DAP! Teman tak tau lah apa yang ada dalam benak otak kawan-kawan kita di PAS ni? Berapa lama nak kena hina dengan DAP & PKR! Tengok sajalah bagaimana Kerajaan DAP Pulau Pinang layan satu-satunya ADUN PAS YB Ust Saleh Man (Permatang Pasir). Ni lah satu-satunya ADUN PAS! Patut kalau dah satu pakatan, berilah satu jawatan Exco kepada PAS, paling koman mangkuk pun Exco Agama Islam, pase dema parti Islam! Tapi langsung tak diberi! Sebaliknya diberi kepada Malik Kasim daripada PKR! Begitu juga di Selangor. YB Datuk Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam yang cuba menerapkan peraturan dan nilai Islam dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, akhirnya dipecat oleh PAS pun tak ikut cara Islam. Dah lah tak beri notis, surat tunjuk sebab tak bagi, sampai bela diri pun tak diberi peluang! Mesyuarat pun tak panggil! Tau-tau kena pecat! Apa dosa Hasan Ali? Adakah Hasan Ali meliwat anak sesiapa? Adakah Hasan Ali makan ais-krim dalam jamban? Adakah Hasan Ali bagi kaunseling kat bini kawan jam 3 pagi? Adakah Hasan Ali main anak patung China-Doll? Adakah Hasan Ali derhaka kepada mak-bapak dia? Tidak..tidak..tidak!!! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah murtad! Dosa Hasan Ali kerana nak mencegah arak! Dosa Hasan Ali kerana tidak menyokong penzina & peliwat! Dosa Hasan Ali kerana nak menyelamatkan aqidah umat! Atas dosa itu Hasan Ali dipecat; tanpa notis, tanpa tunjuk sebab; tanpa peluang bela diri! Dan yang paling mengaibkan, jawatan Exco Agama Islam Selangor tidak diberi kepada mana-mana baki 7 ADUN PAS, sebaliknya diambil alih oleh Khalid Ibrahim daripada PKR sendiri. Tak cukop dengan penghinaan itu, PAS diberi jawatan Exco dengan portfolio antaranya menjaga 'Adat Resam Melayu'! Portfolio Islam langsung tak ada yop! Dan yang paling lucu, ada kaum pasrasit dan ularmak ni tak tau nak beza antara lompat dan pecat! Dema desak Hasan Ali letak jawatan ADUN dan kosongkan kerusi Gombak Setia sebab kononnya dia lompat parti! Samada kaum pasrasit ni dah sampai ke tahap kebangangan yang melampau, ataupun tahap kebodohan dema dah sampai tak boleh di ajar! Sebab itu yop, teman tegaskan bahawa undang-undang anti-lompat yang kononnya dibuat atas prinsip demokrasi menghalang wakil rakyat memilih fikrah dan wadah politik yang sesuai dengan perjuangan mereka sebenarnya bercanggah dengan amalan demokrasi itu sendiri! Asas kepada demokrasi ialah hak bersuara, hak memilih! Kalau wakil rakyat itu merasakan bahawa parti yang diwakilinya sudah mengkhianati perjuangan, parti yang diwakilinya sudah tidak amanah, parti yang diwakilinya sudah terasar jauh daripada perjuangan asal; maka adalah hak wakil rakyat itu untuk menukar wadah demi kesinambungan perjuangan beliau! Kerana di akhir kalam, wakil rakyat itu yang bertanggungjawab dihadapan ALLAH! Masa itu parti tak boleh tolong dia! Pemimpin tak boleh tolong dia! Siapa pun tidak boleh membantu dia! Hanya aqidah, prinsip dan amalan dia yang boleh membantu dia didalam lubang kubor yang gelap itu! Itulah hakikat yang sebenarnya yop! Tepok dada tanyalah iman masing-masing! Wallahua'lam & wassalam! Adios amigos, grasias senor! Zulkifli Bin Noordin Jumaat 17 Zulhijjah 1433 02 Nov 2012 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan