Jumaat, 2 November 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


TG Nik Aziz ajar solat di mana sahaja

Posted: 02 Nov 2012 01:19 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -



(TG Nik Aziz solat bersama exco dan isterinya di Istana Negeri Kelantan.)

KOTA BHARU: Solat boleh dibuat di mana sahaja. Di dalam belukar, di tepi sungai mahupun di dalam istana.

Inilah yang diajar secara praktikal oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada rakyatnya.

Hatta tanpa memiliki kain sembahyang yang lengkap (baju puteh), beliau mengajar umat Islam boleh menunaikan solat asalkan menutup aurat.

Semalam sewaktu majlis perasmian Ekspo Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) 2012, Tuan Guru berkesempatan menunaikan solat Zohor di Istana Negeri, iaitu di satu sudut ruang pameran sempena ekspo itu.

Turut menunaikan solat Zohor, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Sebelum ini, beliau dilihat menunaikan solat di tepi belukar dan di tepi sungai.

harakah/-

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Pakatan buat laporan polis

Posted: 02 Nov 2012 01:17 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


(Pemimpin Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menunjukkan laporan polis yang mereka buat)

SEREMBAN: Menjelang sehari sebelum Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban esok, Pakatan Rakyat Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan  Pengerusi Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) Malaysia, Mejar (B) Razali Zakaria hari ini.

Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Razali berkata:

'Jika polis tidak bertindak, jangan salahkan NGO jika kami bertindak pada hari program itu berlangsung dan kami tidak akan bertanggungjawab jika ada berlaku kemalangan atau pertumpahan darah'.

Laporan polis itu dibuat oleh Pakatan Rakyat Negeri Sembilan.

"Kata-kata tersebut bukan sahaja mencabar polis, tetapi turut berunsur ugutan terhadap kami selaku penganjur dan orang awam yang dijangka akan hadir pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat 03 November ini.

"Selain itu, mereka yang terbabit juga telah membuat pelbagai tuduhan liar dan fitnah terhadap Pakatan Rakyat tentang program kami.

"Kami berharap polis boleh bertindak segera terhadap mereka yang terbabit dalam mengeluarkan kenyataan ini, kerana ia berunsur ugutan dan mengganggu keamanan dan ketenteraman awam," kata Setiausaha PKR Negeri Sembilan, Sabaruddin Mohd Yassim.

Turut bersama Sabaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban ialah Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Negeri Sembilan, Anuar Azhari dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin.

Semalam GMPN dan beberapa NGO Negeri Sembilan mengadakan bantahan di tapak program membantah penganjuran program Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Razali juga dipetik berkata mereka yakin program itu akan menimbulkan huru-hara dan keamanan yang dimiliki negara tidak sepatutnya dimusnahkan dengan menjadikannya bahan politik.

Pemangku Setiausaha Agong Gabungan NGO Malaysia, Mohd Arafat Muhammad pula berkata program itu dikhuatiri akan menimbulkan kejadian tidak diingini.

"Jangan menyibuk dan kacau Negeri Sembilan, pergilah negeri sendiri. Kami sepakat jika program ini diteruskan, kami akan menghalang dan membantah 100 peratus," katanya.

50,00 disasarkan

Sementara itu Pakatan Rakyat mensasarkan sekurang-kurangnya 50, 000 akan hadir pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bertempat di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas) pada hari Sabtu, 03 November ini.

Program akan bermula seawal jam 03.00 petang apabila lebih 300 penunggang motorsikal dari Kelab ARC dan pendokong Pakatan Rakyat akan berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi.

Konvoi bermotorsikal ini akan bergerak menuju ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya.

Pelbagai acara telah disenaraikan dan antaranya Pidato Rakyat yang akan menampilkan pemimpin muda dari Pakatan Rakyat dan NGO; persembahan artis, pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan ceramah oleh kepimpinan utama Pakatan Rakyat.

Tentatif Program adalah seperti berikut:

MASA
ATURCARA PROGRAM PETANG
03.00 petang
Konvoi motorsikal berkumpul di Perkarangan Stadium Paroi
03.30 petang
Konvoi bergerak menuju  ke Tapak Himpunan di Taman Seremban Jaya (Belakang Petronas)
04.15 petang

Konvoi tiba di tapak Himpunan.
Sambutan Gendang India, Kompang & Tarian Singa
04.30 petang

Karinal Rakyat bermula:

  1. Pidato Rakyat – Pentas Anak Muda
  2. Konsert Rakyat – Dayang Ku Intan, Aishah, Nizam Laksamana & Indie Band.
  3. Persembahan Kebudayaan Rakyat
  4. Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat
06.30 petang
Program Petang Tamat.

MASA
ATURCARA PROGRAM MALAM
08.00 malam
Pameran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (sehingga pukul 12.00 malam)
08.30 malam
Ucapan Aluan Pengerusi Majlis, Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB P Gunasekaran
08.35 malam
Ucapan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan,YB Mohd Taufek Abdul Ghani
08.45 malam
Ucapan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Loke Siew Fook
08.55 malam
Ucapan Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan, YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
09.05 malam
Gimik Penyerahan Memorandum Persefahaman Pakatan Rakyat Negeri Sembilan
09.10 malam
Ucapan Timbalan Presiden KeADILan, YB Azmin Ali
09.30 malam
Ucapan Timbalan Presiden PAS & Pengarah Program, Saudara Mohamad Sabu
09.50 malam
Ucapan Wakil Hijau (Lynas)
09.55 malam
Ucapan Wakil Kuning (Bersih 3.0)
10.00 malam
Ucapan Wakil Merah (Royalti)
10.05 malam
Ucapan Wakil Oren (Felda)
10.10 malam
Deklamasi Sajak – Sasterawan Negara, A Samad Said
10.15 malam
Ucapan Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
10.45 malam
Ucapan Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang
11.15 malam
Gimik Muzikal 'Ubahlah Sekarang'
11.20 malam
Ucapan Ketua Pembangkang, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
12.00 malam
Gimik Pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat

 harakah/-

22 maut, 135 cedera lori tangki meletup di Riyadh

Posted: 02 Nov 2012 01:15 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 
RIYADH, Arab Saudi - Sekurang-kurangnya 22 maut apabila sebuah lori tangki melanggar jejambat di sini, sekali gus mengakibatkan satu letupan besar dan memusnahkan sebuah bangunan serta beberapa buah kenderaan berhampiran. 

Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Saad al-Qahtani memberitahu, seramai 135 orang mengalami kecederaan. Mangsa kebanyakannya terdiri daripada golongan lelaki dan beberapa orang pekerja asing. 

Menurut Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Arab Saudi, sebuah lori tangki telah melanggar jejambat, menyebabkan berlakunya kebocoran minyak sebelum meletup. 

"Pemandu lori terkejut apabila berlaku kemalangan di laluannya. Dia kemudian hilang kawalan dan melanggar salah satu tiang jejambat," kata jurucakap JPA Arab Saudi, Kapten Mohamed Hubail Hammadi. 

Biarpun insiden itu berlaku berhampiran ibu pejabat Pengawal Negara Arab Saudi dan Kolej Sains Keselamatan Putera Nayef, pihak berkuasa menegaskan bahawa ia adalah satu kemalangan. - Reuters

Seramai 472,541 calon duduki SPM mulai Isnin ini

Posted: 02 Nov 2012 01:06 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Seramai 472,541 calon akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai Isnin ini hingga 6 Dis.

Sebanyak 415,530 calon daripada sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 7,708 calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain kementerian dan 7,946 calon daripada sekolah menengah agama negeri.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran dalam kenyataan kepada Bernama di sini hari ini, berkata turut menduduki peperiksaan tahun ini ialah 11,309 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian, 28,148 calon sekolah menengah agama rakyat dan 1,900 calon persendirian.

Kenyataan itu berkata seramai 30,239 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.

Lembaga Peperiksaan mengingatkan calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan, arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan serta membuat persiapan awal bagi menghadapi perkara yang mungkin menghalang atau melewatkan mereka sampai ke pusat peperiksaan mengikut jadual yang ditetapkan.

"Mereka diingatkan membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar.

"Calon juga sentiasa diminta untuk peka dan mengikut perkembangan terkini melalui media sekiranya berlaku sebarang pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan," kata kenyataan itu.

Semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri juga telah dimaklumkan mengenai Ops Payung berkaitan banjir dan sekolah yang berisiko tinggi, dan telah diarah untuk menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang selamat.

Bantuan tempat tinggal, makanan dan keperluan asas akan disalur kepada calon yang terjejas akibat banjir dan Kementerian Pelajaran akan bekerja sama dengan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri bagi memastikan calon dapat menduduki peperiksaan dengan selamat, kata Lembaga Peperiksaan.

Bilik Gerakan Peperiksaan SPM akan beroperasi sepanjang peperiksaan berlangsung bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang dan boleh dihubungi di talian 03-88843024/03-88893551/03-88893601 atau 03-88893520. - Bernama

Sultan mahu MAIK lebih agresif martabat Islam

Posted: 02 Nov 2012 01:03 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) seharusnya lebih agresif dalam memainkan peranan yang lebih berkesan dalam memartabatkan Islam di negeri itu tanpa adanya rasa puas hati dengan pencapaian yang telah diperolehi.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, (gambar) bertitah Maik seharusnya menggandakan usaha supaya dapat mengekalkan prestasi sedia ada, malah lebih hebat lagi dalam mencipta kejayaan besar masa hadapan.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Ekspo Maik 2012 sempena 100 tahun Maik yang bertemakan Seabad Mendaulatkan Islam.

Turut hadir pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Maik, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, Timbalan Maik, Datuk Kamaruddin Mohd Zain serta anggota-anggota exco kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, baginda turut mencadangkan para imam perlu lebih aktif dalam menjalankan tugas masing-masing seperti bergaul dengan golongan terbabit di peringkat bawah.

"Ianya amat penting dalam usaha untuk membentuk anak-anak mukim menjadi warga masyarakat yang bertaqwa,"ujarnya.

Pada masa yang sama Sultan Muhammad Ke-V turut berharap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Mufti dan Yayasan Islam Kelantan, berganding bahu untuk membantu Maik dalam menegakkan syiar Islam.

Menurutnya, semoga dengan cara ini tidak akan berlaku pertindihan program yang akan merugikan masa terutama sekali sumber kewangan.

Sementara itu, Tengku Mahkota Kelantan, pula menyeru orang ramai sama ada rakyat Kelantan atau pelancong luar mengunjungi pameran ekspo terbabit.

Katanya, ianya merupakan sejarah apabila program untuk orang ramai buat julungkali diadakan.

Pelbagai pameran diadakan sempena ekspo yang diadakan bermula 1 November hingga 6 Disember ini.

Sultan Kelantan dan Menteri Besar Kelantan turut melawat pameran yang disediakan oleh penganjur.
 
harakah/-

Guan Eng bentang belanjawan basmi kemiskinan

Posted: 02 Nov 2012 01:02 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan bahawa kemiskinan di negeri itu akan dihapuskan menjelang tahun depan – lebih awal daripada sasaran 2015 sebelum ini.

Bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan meningkatkan pendapatan isi rumah daripada RM650 kepada RM770 sebulan, katanya.
NONE
Katanya, jumlah itu melebihi paras garis kemiskinan RM763 setiap bulan.

Melalui kaedah itu, kerajaan negeri akan menambah pendapatan setiap isi rumah supaya mencapai had RM770 sebulan, katanya ketika membentangkang belanjawan kerajaan negeri 2013 di Dewan Undangan Negeri.

"Pulau Pinang akan menjadi negeri pertama yang membasmi kemiskinan menjelang tahun depan," katanya.

malaysiakini/-

Taufan Nilam landa selatan India

Posted: 02 Nov 2012 12:41 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Taufan Nilam
Seorang anak kapal tangki minyak Pratibha Cauvery dilaporkan mati lemas selepas bot penyelamat mereka karam di pantai Chennai, kelmarin. Foto: AP
 
CHENNAI - Sekurang-kurangnya sembilan terkorban dan kira-kira 150,000 penduduk terpaksa dipindahkan, kelmarin, selepas Taufan Nilam membawa angin kencang berkelajuan 100 kilometer sejam melanda selatan India.

Media melaporkan pihak berkuasa melakukan operasi mencari dan menyelamat enam anak kapal tangki minyak yang dilaporkan hilang selepas bot penyelamat mereka karam.

Pegawai pengurusan bencana, Jayraman berkata, beberapa kawasan dataran rendah, termasuk Tamil Nadu dan Andhra Pradesh juga ditenggelami banjir berikutan hujan berterusan di kawasan itu.

"Kami sudah menyalurkan bantuan makanan dan minuman kepada penduduk yang dipindahkan ke pusat penempatan sementara. Bekalan kuasa elektrik semua daerah juga dipulihkan," katanya.

Difahamkan, sebanyak 282 sekolah dijadikan pusat penempatan sementara.

Taufan terakhir yang membadai tenggara negara tersebut, pada Januari lalu turut meragut 42 nyawa dan menyebabkan kemusnahan teruk di Tamil Nadu. - AFP

PRU tangguh ekoran kes Nazri, Chia dan Musa

Posted: 02 Nov 2012 12:13 AM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


(Lajim kertika diwawancara oleh wartawan Harakah)

KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum agak sukar diadakan dalam waktu terdekat walaupun masih ada desas desus yang mengatakan pilihan raya akan diadakan tahun ini juga.

Ini berikutan tragedi yang mengaitkan rakan perniagaan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu taikun pembalakan Sabah, Michael Chia yang tertangkap dengan wang tunai bernilai RM40 juta di Lapangan Terbang Hong Kong baru-baru ini.

Ketika disiasat, Michael Chia dikatakan memaklumkan itu bukan duit beliau tetapi duit milik Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Namun, Nazri ketika memberikan penjelasan di Parlimen berkata, wang itu adalah milik Umno Sabah bukannya milik pribadi Musa Aman.

Ekoran itu, pelbagai pihak tertarik untuk mengetahui apakah cerita di sebalik semua ini.

Semalam Nazri dilaporkan berkata, apa salahnya anak beliau menggunakan kenderaan mewah yang didaftarkan atas nama Michael Chia.

Di samping itu, secara berseloroh, beliau berkata, apa yang berlaku antara Chia dan anaknya tiada kena mengena dengannya kerana anaknya sudah dewasa.

Beliau memberitahu pemberita soal Chia telah memberi sebuah kereta kepada Nedim, perlu dirujuk kepada kedua-dua mereka.

"Itulah antara anak saya dan Michael Chia ... Jika dia mahu beri Hummer atau Ferrari, itulah urusan Michael Chia."

(Pemimpin PKR menunjukkan gambar Hummer berharga lebih RM450, 000 yang didaftar atas nama Chia tetapi digunakan oleh anak Nazri, Nedim. Foto Malaysiakini)

Bagaimanapun, Nazri mengakui mengenali Chia secara peribadi dan pernah ke Dubai bersama dengan Chia, tetapi atas perbelanjaannya sendiri.

Nedim, anak sulong Nazri, didakwa menggunakan sebuah SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia.

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin pula dalam wawancaranya dengan Harakah meminta agar SPRM menyiasat semua ini khasnya kekayaan luar biasa Musa Aman.

"Saya tidak nafikan Musa Aman seorang ahli perniagaan yang berjaya, tetapi yang saya persoalkan bagaimana setelah Musa memegang jawatan KM Sabah, bagaimana beliau boleh tambahkan kekayaannya, sedangkan beliau tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam syarikat dan tidak boleh memiliki syarikat sendiri.

"Itu yang menjadi persoalan rakyat sekarang sedangkan mengikut laporan wangnya berjumlah bukan jutaan malahan bilion.

"Jadi pihak berkuasa sepatutnya siasat dan di sini tidak boleh timbul isu pilih kasih," kata Lajim dalam wawancara dengan Harakah itu.

Baca penuh wawancara Lajim dengan Harakah Ahad ini.

harakah/-

Wanita tewaskan jerung

Posted: 01 Nov 2012 11:52 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.
MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.
JERUNG harimau.
JERUNG harimau. 
 
HAWAII: Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.

Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.
"Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.

"Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk," kata Mariko.

Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai.

Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.

Sementara itu, Don berkata, mereka sungguh bernasib baik.
Bagaimanapun, pengalaman ngeri itu tidak akan menyebabkan dia berhenti berenang di laut.

"Saya sentiasa memberitahu anak saya, tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana apa yang lebih menakutkan ialah barah payu dara. Satu daripada lapan orang menghidapnya.

"Tetapi hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung. Kerana itu kita tidak perlu takut langsung," kata Don. - DM

'Elephant man' mahu hidup normal, tidak sanggup sembunyi wajah lagi

Posted: 01 Nov 2012 11:45 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Yuen Keong - elephant man
Yuen Keong (kiri) menunjukkan bahagian wajah Chee Ming yang bakal menjalani rawatan laser 8 November ini.
 
SERDANG – "Memang berharap sangat wajah saya akan pulih seperti manusia normal yang lain kerana tidak sanggup lagi membawa ketumbuhan di bahagian muka ini," kata lelaki yang digelar 'elephant man', Leong Chee Ming, 42, ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Dia yang menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai 'capillary malformation' sejak lahir itu turut melahirkan harapan tinggi rawatan laser bakal dijalani 8 November depan dapat mengubah wajahnya.

Bagaimanapun katanya, dia tetap berasa takut dan bimbang terhadap kesan rawatan bakal dijalani di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kelantan itu.

Chee Ming yang juga anak ketiga daripada enam beradik menyatakan jika wajahnya berjaya dipulihkan tiada perkataan lain selain gembira kerana dapat menikmati hidup bersosial dengan masyarakat sekitar selepas 42 tahun menyembunyikan wajahnya itu dengan duduk di rumah sahaja.

"Saya memang teringin hendak menjadi seperti manusia normal yang lain, tidak larat hendak bawa benda ini (ketumbuhan) yang berat di wajah setiap hari.

"Mengenai rawatan laser bakal dijalankan memang ada rasa takut kerana tidak tahu apa tindak balas dan kesannya selepas itu," katanya yang merupakan antara pesakit pertama menerima rawatan untuk penyakit seperti itu di hospital negara ini.

Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Datuk Liew Yuen Keong berkata, lelaki berkenaan sudah menjalani lapan pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak enam bulan lalu sebelum kesnya dirujuk ke HUSM.

Katanya, sebuah jawatankuasa kecil ditubuh dan mendapat sokongan 12 doktor pakar untuk membantu Chee Ming dan seorang lagi pesakit yang menghidap penyakit sama mendapatkan rawatan.

"Sejak enam bulan lalu, kedua-dua pesakit sudah menjalani pemeriksaan dan mereka akan dihantar untuk mendapatkan rawatan laser mematikan selnya.

"Kita berharap rawatan diterima akan dapat memulihkan wajahnya dan dalam masa sama meningkatkan perkhidmatan perubatan diberikan oleh hospital di negara ini tanpa perlu membuat rawatan di luar negara," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Wanita MCA Selangor, Senator Chew Lee Giok berkata, beliau sudah mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan untuk mengurangkan beban ditanggung keluarga lelaki itu.

Beliau dalam pada itu mengingatkan supaya ibu bapa yang menyedari terdapat tanda-tanda bintik merah di wajah dan tubuh badan anak mereka ketika lahir supaya segera merujuk perkara itu kepada hospital.

Katanya, penyakit itu boleh dicegah awal namun jika tidak ia akan menyulitkan keadaan di kemudian hari. "Seperti kes ini, sudah terlalu lama barulah rawatan hendak dibuat, dalam kebanyakan kes sebelum ini, apabila ketumbuhan yang wujud disedari ketika bayi dibuang, ia tidak tumbuh dan menjadi begitu serius apabila pesakit meningkat dewasa," katanya.

sinar/-

Kenyataan Nazri terhadap Chia diragui, kata PKR

Posted: 01 Nov 2012 11:41 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz di parlimen baru-baru ini bahawa ahli perniagaan Michael Chia telah dibersihkan daripada tuduhan rasuah dilihat mempunyai konflik berkepentingan, kata PKR.

Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, PKR mendapati keluarga beliau khususnya anak sulung Nazri, Nedim ada hubungan dalam bentuk kenderaan dengan Chia.

Kenderaan itu ujarnya berupa SUV Hummer berwarna hitam, yang berharga lebih RM459,000, yang dimiliki oleh Chia dan mungkin telah digunakan oleh Nedim.

"Sebagai seorang menteri kanan, yang bertanggungjawab dalam soal perundangan terutamanya dalam isu rasuah dan pengubahan wang haram, Mohamed Nazri perlulah lebih telus dan bersih tanpa mempunyai sebarang kepentingan terutama dengan individu yang dikaitkan dengan tuduhan," kata Rafizi.

Rafizi turut menunjukkan satu salinan saman trafik yang dinyatakan pemiliknya sebagai Chia Tien Woh dan gambar-gambar yang menunjukkan bahawa kenderaan itu kerap dikesan di kondo di mana Nedim tinggal.

Rafizi menyatakan dalam keadaan Michael Chia disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun dalam masa yang sama Mohamed Nazri mempertahankan Chia telah menimbulkan konflik kepentinga,

"PKR menunggu maklum balas dari Mohamed Nazri yang sebelum ini begitu gah mempertahankan Michael Chia, sebelum kami mengambil tindakan selanjutnya," kata beliau lagi.

harakah/-

Pulau dilitupi debu gunung berapi 100 tahun

Posted: 01 Nov 2012 11:40 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
JUNEAU, Alaska - Sebuah pulau di Alaska, Amerika Syarikat (AS) dilanda jerebu yang dipercayai kesan daripada debu letusan sebuah gunung berapi sekitar 100 tahun lalu. 

Keadaan berjerebu itu melanda Pulau Kodiak dekat sini sejak minggu lalu. 

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menyatakan, angin kencang serta kekurangan salji pada Selasa lepas menyebabkan debu gunung berapi Novarupta di Alaska yang meletus pada 1912 merebak dengan lebih meluas.

Letusan tersebut adalah yang terkuat pada abad ke-20.

Rantau Alaska di utara AS merupakan kawasan beriklim sejuk dan bersalji.

Kepulan jerebu itu kini mencecah ketinggian 1,219 meter dan meliputi keseluruhan Pulau Kodiak dengan menyebabkan amaran penerbangan dikeluarkan.

Pada Jun 1912, Novarupta meletus dan menghamburkan debu setinggi 30,480 meter ke udara yang melitupi seluruh daerah Katmai di Alaska. - AP

Kediktatoran Mahathir Telah Dekatkan PAS, DAP

Posted: 01 Nov 2012 11:13 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".
 
Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA).

Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".

Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya) di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff, merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa.

Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup dari hari ke hari (tangkapan tidak dibuat serentak tapi berperingkat-peringkat) membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun dan merasakan gerak-geri mereka diintip serta menjadi target.

Bakal disumbat

Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman.

Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya. DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.

Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul "Percikan Darah Syuhada".

Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985.

Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.

Tidak pencetak berani

Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati.

Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!

Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.

Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong.

Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.

Kini genap 25 tahun

Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.

Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman.

Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.

PAS, DAP saling mengenal di Kamunting

Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."

Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.

Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara.

Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.

Laluan bentuk kerajaan alternatif dirintis

Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara daripada cengkaman sebuah parti dominan.

Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."

Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu: "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."

Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.

Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang.

Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!

Membilang hari-hari akhir

Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP.

Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas pilihan raya 1999, ekoran isu Negara Islam, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.

Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga mendekam dalam lokap dan penjara. -Ahmad Lutfi Othman


Pemuda PULAI Siap Untuk Menghadapi PRU13

Posted: 01 Nov 2012 10:40 PM PDT

Foto17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Kempas – Satu majlis santai perjumpaan adik beradik Pemuda PAS Kawasan Pulai bersama KAMP telah berjaya diadakan malam tadi. Majlis yang dihadiri bersama oleh ketua-ketua pemuda cawangan & kawasan masing-masing di sekitar Kempas, Kampung Pasir & Taman Perling berlangsung harmoni dengan penuh semangat ukhuwah serta bersiap untuk turun ke medan perjuangan Jihad Fisabilillah.

Program yang bermula pada jam 9.30 malam tadi dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Kawasan Pulai (DP3) bersama Kumpulan Anak Muda Pulai (KAMP) bertujuan menubuhkan sekreteriat Unit Amal peringkat parlimen Pulai bagi memantau & mendepani setiap program yang dilangsungkan di sini sebagai sebuah unit keselamatan & membantu memelihara keamanan program yang dijalankan.

Selain daripada itu, pelbagai program & aktiviti anak muda juga turut dirancang dalam tempoh masa terdekat ini sebelum berlangsungnya PRU ke-13, sebagai langkah persediaan mental & fizikal mereka untuk melangkah ke medan juang yang sebenar. Program yang bakal diadakan pada bulan Disember itu, diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada kebangkitan anak muda di Pulai yang dahagakan kebenaran & cahaya perjuangan Islam.

Semakin ramai yang mahu bersama dalam perjuangan ini yang sekaligus membuktikan bahawa Islam semakin mekar di Pulai & menampakkan tanda-tanda kemenangan yang semakin jelas. Semoga perjuangan anak-anak muda Pulai ini mendapat kejayaan di dunia & akhirat, InsyaALLAH. Kepada mereka yang berminat untuk bersama Pulai, penyertaan anda sentiasa dialu-alukan. Hubungi kami di talian 012-7781046 @ 013-7349978 untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut.

RAKYAT DI PULAI MAHUKAN PERUBAHAN!

Tayar bongkar tragedi

Posted: 01 Nov 2012 08:57 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


ANGKAT... Proton Persona dinaiki  Tan yang terjunam ke laut di  Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam.
 
ANGKAT... Proton Persona dinaiki Tan yang terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang diangkat kren, semalam. 
 
GEORGETOWN: Sebiji tayar di tengah jalan yang pada mulanya disangka sampah oleh seorang anggota peronda trafik membawa kepada penemuan tidak diduga apabila ia sebenarnya tayar kereta milik seorang lelaki yang terjunam ke laut di Kilometer 7.9, Jambatan Pulau Pinang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, anggota terbabit yang melakukan rondaan rutin mulanya menyangka 'sampah' itu kemungkinan dibuang pengguna jambatan.

Anggota berkenaan memberhentikan kenderaan untuk mengambil 'sampah' itu kerana mahu mengelak sebarang kemalangan yang mungkin berlaku jika dibiarkan di tengah jambatan.

Bagaimanapun, anggota terbabit terkejut apabila mendapati objek disangka sampah itu sebenarnya tayar kereta sebelum dia terlihat kesan serpihan kaca bertaburan atas jambatan.

Anggota polis berkenaan memaklumkan kepada beberapa rakan setugas sebelum mereka terkejut apabila mendapati tiang lampu turut patah dan terjatuh dengan keadaan tergantung dan menjunam ke dalam laut.

metro/-



Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa

Posted: 01 Nov 2012 08:44 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR — Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter melanda Pulau Jawa, Indonesia pada 10.11 malam tadi. 

Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, lokasi gempa itu terletak di 55km barat daya Bandung dan 985 km di barat daya Tebedu di Sarawak.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. — BERNAMA

Masyarakat Cina Mula Terima Hudud - Kajian UMCEDEL

Posted: 01 Nov 2012 08:41 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

Masyarakat Cina kini mula menerima dan memahami pelaksanaan hukum hudud, menurut kaji selidik terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).

Walaupun Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dilihat bekerja keras menentang pelaksanaan hukum Islam tersebut, kaji selidik kedua berkenaan hudud yang dijalankan antara 1 September hingga 16 Sept 2012 itu menunjukkan peningkatan sekali ganda sokongan masyarakat Cina iaitu kepada 24 peratus, berbanding 12 peratus dalam kaji selidik sebelum ini pada 25 Oktober hingga 15 Disember tahun lalu.

Daripada sejumlah 385 responden berbangsa Cina, hanya satu peratus peningkatan menentang pelaksanaan hukum hudud, berbanding kaji selidik sebelumnya, iaitu sejumlah 51 peratus.

Sementara kumpulan yang tidak pasti sama ada hudud boleh dilaksanakan di Malaysia walaupun mempunyai masyarakat berbilang kaum menurun kepada 25 peratus berbanding 38 peratus dalam kaji selidik sebelum ini.

"Terdapat peningkatan sokongan masuarakat Cina terhadap pelaksanaan hudud.

"Perbezaan sembilan bulan antara kedua-dua kajian juga menyaksikan peningkatan 12 peratus; menjadikan peratusan menerima hudud meningkat kepada 24 peratus, dengan peningkatan (hanya) satu peratus tentangan terhadap pelaksanaan hudud.

" "Ini menjelaskan pengundi Cina semakin memahami isu tersebut," kata UMCEDEL dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, UMCEDEL turut mendapati generasi muda masyarakat Cina berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut berbanding kumpulan responden yang lebih berumur.

"Generasi muda Cina menunjukkan kecenderungan untuk memahami pelaksanaan hudud berbanding dengan mereka yang lebih berumur," jelas kenyataan berkenaan.

Kajian yang turut dijalankan terhadap 1041 responden Melayu itu juga mendapati majoriti responden yakin hudud akan memberikan keadilan kepada semua pihak dengan 55 peratus responden Cina berusia lingkungan 41 hingga 50 tahun yakin hudud akan memberikan keadilan.

Walaubagaimanapun, 53 peratus masyarakat Cina yang berusia 61 tahun ke atas menunjukkan keyakinan pelaksanaan hudud akan menggugat kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR).

Dari aspek lokaliti responden, masyarakat Cina di kawasan kampung dan kampung baru percaya hudud akan memberikan keadilan kepada semua mencecah sehingga 59 peratus, manakala masyarakat Cina bandar berada dalam kelompok 30 peratus menyokong.

Hudud telah sekian lama menjadi polemik politik tanah air apabila parti politik daripada Barisan Nasional (BN) dan PR masing-masing cuba menarik sokongan pengundi melalui isu hudud tersebut.

Presiden MCA dalam perhimpunan parti komponen BN ke-59 itu bulan lalu dilihat begitu agresif menentang hudud, malah mengeluarkan kenyataan negara yang melaksanakan hudud akan menjadi lebih korup, serta pelaksanaan hudud akan menyebabkan 1.2 juta rakyat negara ini kehilangan pekerjaan.

Selain pemimpin daripada BN, terdapat juga tentangan daripada DAP, apabila Pengerusi DAP, Karpal Sing menegaskan Malaysia tidak boleh melaksanakan hudud kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, banyak pihak mula berdebat berhubung isu hudud yang nyata telah dipolitikkan demi kepentingan politik parti masing-masing.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga telah mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan MCA ekoran kenyataan-kenyataan Dr Chua terhadap hudud.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa juga telah menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan berikutan pendirian parti itu menolak hudud. -TMI

Rahmat tersembunyi Operasi Lalang 1987

Posted: 01 Nov 2012 08:35 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui dalam memoirnya, "Doktor Umum" (2012), bahawa Operasi Lalang, Oktober 1987 "menjadi titik hitam dalam sejarah pentadbiran Malaysia dan sepanjang tempoh saya menjadi Perdana Menteri".

Mahathir, yang juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, turut menarik balik lesen penerbitan tiga akhbar berpengaruh, dalam tiga bahasa utama, The Star (muka depannya pada hari pertama tangkapan yang membawa kepada pengharamannya, simple tapi menarik dan mudah diingati), Sin Chew Jit Poh dan Watan, atas alasan menyemarakkan api perkauman (yang sebenarnya didalangi Umno-MCA). Serentak dengan itu, majlis ceramah politik tidak dibenarkan dan Malaysia bagaikan bertukar menjadi sebuah "negara polis".

Saya, yang baru memulakan kerjaya -- pada Mac 1987 -- sebagai pemberita Harakah (dan turut terbabit dalam edisi sulungnya)  di bawah tunjuk ajar tokoh wartawan tersohor, Subky Abd Latiff,  merasai sendiri situasi sulit cemas-takut sehingga setiap orang gelisah menjangkakan mereka juga boleh diserkup bila-bila masa. Mendengar nama-nama tahanan yang tidak begitu dikenali dicekup hari ke hari membuatkan hampir semua yang pernah "berseteru" dengan pemerintah gerun.

Bersama hampir 20 rakan serumah yang masih bujang di Kg Datuk Keramat, Kuala Lumpur, kami menanti khabar dengan penuh debar tahanan-tahanan baru yang bakal disumbat. Sepuluh hari sebelum  itu, pada 18 Oktober, kejadian amuk Prebet Adam menggunakan senjata M16 di Chow Kit dan Kg Baru 

mengemparkan tanahair, selain merancakkan lagi pasaran berita angin terutama mengaitkan dengan isu-isu perkauman. Umno pula memukul gendang mahu mengadakan perhimpunan raksasa sebagai tindak balas terhadap isu-isu pendidikan Cina. Timbalan Presiden MCA, Lee Kim Sai beraksi garang memanipulasinya.  DAP, MCA dan Gerakan digambarkan bersatu menangani isu berkenaan.

Kebetulan saya baru saja menyiapkan satu makalah khas mengenai Peristiwa Memali, diusahakan oleh Jabatan Penerangan PAS Pusat, yang juga menerbitkan Harakah, dengan judul Percikan Darah Syuhada. Saya bermalam di kampung penuh bersejarah itu, dan mendapat layanan istimewa penduduk setempat, kunjungan kedua saya selepas menziarahinya dua bulan selepas tragedi berdarah pada hujung 1985

Bimbang turut sama menjadi mangsa ISA yang menggila, helaian pertama majalah tanpa permit itu, terpaksa digunting dan dibuang sebelum diedarkan, dengan penuh hati-hati. Memang benar-benar terasa suasana takut, risau dan penuh curiga.
Saya juga merakamkan getar Ops Lalang dalam makalah one-off, berjudul "Demokrasi Zaman Mahathir", diusahakan syarikat sendiri, Penerbitan Pemuda. Tidak pencetak berani mengambil risiko menyebabkan saya -- yang berhutang modal pembelian kertas -- berpindah-randah mencari rakan-rakan yang bersimpati. Bayangkan, proses binding makalah berkenaan dijalankan di rumah sewa secara manual, dengan bantuan lebih 12 rakan-rakan!

Tragedi penahanan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membabitkan lebih 100 aktivis masyarakat, pemimpin parti politik, penggerak pertubuhan alam sekitar dan  tokoh pendidikan Cina itu kerap dikaitkan dengan "era kediktatoran melalui undang-undang" Mahathir.

Antara tokoh-tokoh yang dikurung ialah Mohamad Sabu, Ustaz Halim Arshat, Khalid Samad, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Dr Chandra Muzaffar, Dr Nasir Hashim dan Dr Kua Kia Soong. Ramai lagi tahanan yang tidak pernah dikenali menjadikan Ops Lalang itu bagaikan lembaga hitam yang cukup menakutkan.

Hujung November lalu, genap 25 tahun peristiwa itu berlalu. Biarpun jelas ia sarat dengan motif politik, terutama bagi menyelamatkan kedudukannya yang cukup terancam, termasuk cabaran dalaman Umno yang begitu sengit dan tajam, namun hingga kini, Mahathir masih cuba untuk merasionalkan tindakan zalimnya itu dengan daleh-daleh longgar.

Beliau juga dilihat tidak dapat menyembunyikan rasa bersalahnya terhadap satu lagi aksi brutalnya, iaitu pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan dua Hakim Mahkamah Agung serta satu kempen terancang untuk memusnahkan kebebasan badan kehakiman. Sampai saat ini, kewibawaan dan integriti hakim-hakim di Malaysia tetap dipersoal, manakala cabang eksekutif masih dilihat campur tangan dalam kes-kes kritikal mahkamah.

Apa pun, saya tertarik dengan komentar beberapa pemimpin kanan DAP, khususnya Lim Guan Eng, terhadap episod gelita suku abad yang lalu itu: "Pemimpin PAS dan DAP  mendapat peluang untuk saling kenal-mengenali lantas memecahkan fitnah yang ditaburkan Umno untuk memomokkan masyarakat bukan Melayu tentang PAS dan masyarakat Melayu tentang DAP.

"Hubungan yang dijalin dalam tahanan 25 tahun lalu telah menjadi batu asas kepada hubungan kerjasama antara dua parti itu pada hari ini."

Ya, isu dan krisis yang menyelubungi Umno waktu itu begitu kritikal dan cukup dahsyat sekali. Cabaran Tengku Razaleigh bersama Musa Hitam pada April 1987, yang kemudiannya membawa kes ke mahkamah, sehingga Hakim Harun Hashim tida pilihan lain dan "terpaksa" mengharamkan Umno (atas kemahuan Presidennya, Mahathir sendiri) seterusnya mengakibatkan Tun Salleh dipecat bagi mengelak keputusan Mahkamah Agung yang boleh "menjahanamkan" kerjaya politik Mahathir.


Bagaimanapun, disebabkan parti-parti pembangkang, khususnya PAS dan DAP, gagal membentuk persefahaman politik dan seringkali bercanggah pendapat -- meskipun mempunyai tujuan murni yang sama -- elit Umno telah menyambar kesempatan itu untuk terus bertakhta, merampok harta rakyat dan mencuri khazanah negara. Dalam keadaan serba sulit diasak segenap penjuru itu, Mahathir terselamatkan disebabkan saingan politiknya turut berpecah.

Azab di Kamunting 25 tahun lalu itu rupanya cukup berbaloi. Kesengsaraan dipisahkan daripada anak isteri memang pedih tetapi ia berupaya mendekatkan diri sesama pejuang keadilan, daripada pelbagai kumpulan dan berjaya meletakkan asas persefahaman yang kukuh serta mantap untuk satu proses agak panjang membebaskan negara.

Pengalaman di saat sukar itu mahal harganya. Pemimpin muda DAP, Liew Chin Tong, yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, merumuskan: "Keakraban yang terbentuk dalam kesusahan akan berterusan mengukuhkan pergerakan bagi mendirikan Malaysia yang baru dan lebih baik untuk semua."

Mohamad Sabu yang dikurung satu kawasan dengan Guan Eng mengingati "detik-detik manis" itu:  "Kami yang duduk bersama-sama di Kamunting berpeluang bertukar pandangan mengenai pendirian parti masing-masing terhadap isu-isu rejim  Mahathir. Ini termasuklah prinsip DAP yang tidak menolak usaha membantu Bumiputera miskin sebaliknya menentang kecenderungan nasionalisme Melayu yang dieksploitasi hanya untuk mengkayakan pemimpin dan kroni Melayu tertentu sahaja."

Ketika budaya politik baru -- yang menolak sentimen perkauman dan memandang tinggi isu-isu good governance -- makin tumbuh subur di kalangan rakyat Malaysia, Umno dan kerabatnya dalam BN seperti MCA masih ghairah memainkan lagu lama bagi melaga-lagakan parti pembangkang.

Pelbagai jerat cuba dipasang, misalnya melalui kontroversi Hudud mutakhir ini, namun banyak pihak yakin, persefahaman PAS-DAP yang menempuh jalan berliku dan onak berduri tidak semudah itu dapat digoyang. Perangkap Umno-MCA hanya akan memakan tuan sendiri!

Umno-BN yang hampir kehilangan kuasa dan mungkin membilang hari-hari akhirnya masih tidak berputus asa untuk mengadu-domba parti-parti dalam Pakatan, khususnya PAS dan DAP. Jika kedua-dua parti pembangkang yang berkongsi kepedihan dan keperitan panjang itu dapat dipisahkan, seperti Barisan Alternatif pernah dihancurkan selepas 1999, nescaya Najib tidak ragu-ragu lagi untuk menghadap Agong bagi membubarkan Parlimen.

Ops Lalang 1987 merakamkan sejarah hitam yang pastinya terus menganggu hari-hari tua Mahathir, namun ia menjadi penyambung ikatan berpanjangan buat PAS dan DAP melakarkan sejarah gemilang dalam PRU13 nanti, dibantu KeADILan, dengan teraju utamanya, Anwar Ibrahim, yang turut menerima pendidikan terbaik, bukan saja dari Kamunting di usia mudanya tetapi juga berpindah dari lokap dan penjara ...

harakah/-

Banjir kilat terburuk

Posted: 01 Nov 2012 08:33 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


Banjir kilat terburuk
Kenderaan terpaksa melalui beberapa laluan utama di Pekan Gemencheh walaupun dinaiki air, petang semalam.
 
GEMENCHEH –  Hampir 20 peniaga di Pasar Besar Gemencheh dan kira-kira lapan buah keluarga yang menetap di Taman Yu Ye, dekat sini, terkejut apabila hujan lebat selama kira-kira sejam menyebabkan air naik setinggi hampir dua meter, petang semalam.

Dalam kejadian berperingkat bermula kira-kira 5.30 petang itu, seramai 30 peniaga di Kawasan Industri Kecil Gemencheh turut mengambil tindakan berjaga-jaga apabila air hanya menunggu masa melimpah masuk ke kedai mereka yang menempatkan barangan jualan, jentera, mesin dan juga kenderaan yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Manakala, laluan utama yang menghubungkan Gemencheh dengan Batang Melaka pula ditutup buat sementara waktu bagi kenderaan kecil.

Peniaga di Pasar Besar Gemencheh, Jeriah Md Saleh, 50, berkata, kejadian banjir pada kali ini merupakan yang terburuk.

"Jika sebelum ini memang ada banjir kilat tapi ia tidak melimpah masuk ke dalam kedai.  Bagaimanapun, kali ini, 400 biji kelapa saya sudah ditenggelami air dan dua mesin memerah santan bernilai RM7,000 setiap satunya juga turut ditenggelami air.

"Kelapa ini sebenarnya untuk jualan hari esok (hari ini), namun ia sudah tidak dapat digunakan kerana kelapa yang sudah ditenggelami air boleh menyebabkan santan cepat basi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pasar Besar Gemencheh, dekat sini, semalam.

Peniaga, Mohd Nor, 50, berkata, dia dan isteri, Noriah Mohd Esop, 51, sudah hampir 15 tahun berniaga di lokasi berkenaan dan sepanjang tempoh itu, sudah empat kali dia menukar peti ais kerana peti ais rosak ditenggelami air banjir.

"Air mulai naik sekitar jam 6 petang dan ia berlaku dalam sekelip mata sehingga menyebabkan saya tidak sempat menyelamatkan barangan. Oleh itu, saya mohon kepada pihak bertanggungjawab untuk memikirkan kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir kilat di sini

Penduduk di Taman Yu Yi, V. Krishnan, 65, berkata,  dia sudah menetap di lokasi berkenaan selama hampir 12 tahun dan sepanjang tempoh berkenaan sudah enam kali rumahnya dinaiki air.

"Tembok rumah saya lebih tinggi dari saliran air di taman ini, namun hari ini air sudah naik separas pinggang orang dewasa dan menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah.

"Malah, kali ini kira-kira lapan buah rumah hampir terjejas berbanding kebiasaannya hanya tiga rumah saya yang ditenggelami air, " katanya.

sinar/-

DHPP: PAS beri ruang kaum India bersuara

Posted: 01 Nov 2012 08:26 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


PERMATANG PAUH: PAS tidak pernah menyisihkan kaum India sejak dahulu malah memberikan mereka bersuara melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang diiktiraf duduk sama rata dengan dewan-dewan dalam PAS.
Demikian kata Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man ketika berucap pada majlis sempena sambutan Deepavali 2012 di Pasar Awam, Penanti, Bukit Mertajam semalam.

PAS katanya, memberikan hak bersuara dan kaum lain boleh mengemukakan pandangan untuk mengukuhkan PAS sebagai salah sebuah parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS tetap mementingkan suara dan pandangan kaum India dan lain kaum dalam negara ini.  Justeru itu PAS menubuhkan DHPP supaya kehendak kaum lain juga akan diambil kira dalam pembangunan negara," tegasnya lagi.

Maka, ujarnya menjadi tanggungjawab kaum India untuk meneruskan sokongan kepada Pakatan Rakyat kerana dengan cara itu sahaja dapat menyelamatkan kaum India daripada dianaktirikan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sepertimana janji Pakatan Rakyat sambungnya, kaum India yang miskin tetap dipelihara dengan sistem demokrasi dan menentang individu India yang rakus dan mementingkan diri sendiri.

Jelasnya, apabila PAS berjaya mewujudkan DHPP, Umnolah parti pertama yang bimbang pengaruh mereka merosot sekaligus menyukarkan bertahan di kerusi yang ditandingi calon MIC.

"DHPP memang digeruni oleh Umno maka BN sedang mencari kaedah yang membolehkan perpecahan dalaman dengan mempergunakan individu yang kecewa terhadap kebangkitan PAS," ujar beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir.

harakah/-

AES: BN makin lemah dan nyanyuk, perlu ditukar

Posted: 01 Nov 2012 08:25 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -


KUALA LUMPUR: PRU13 adalah pilihan terbaik buat rakyat menukar daripada kepimpinan tua BN yang terbukti gagal dan lemah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) yang menjadi harapan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, ini kerana projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sudah menjadi polemik dan bahan cemuhan rakyat.

Kali ini, ujarnya bukan setakat Pakatan Rakyat yang menentang, tetapi ia juga ditentang oleh Ahli Parlimen kerajaan.

"Semakin banyak suara yang bangkit menentang pelaksanaannya, kerana merasakan ia tidak wajar dibuat buat waktu ini.

"Paling tidak ada yang mendesak menangguhkan pelaksanaannya supaya ianya benar-benar difahami oleh segenap lapisan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, AES nampak seperti cantik pada nawaitu tindakannya, iaitu untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, juga untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Namun, katanya ramai tidak berpuas hati dengan kaedah saman yang dilaksanakan terhadap pesalah jalan raya melalui kamera yang dipasang di tepi jalan raya.

"Timbul pula curiga bahawa pelaksanaan AES ini hanya untuk menguntungkan syarikat pengendalinya yang bakal mendapat habuan RM16 daripada setiap saman yang dikeluarkan," ujarnya.

Katanya, penolakan projek AES merupakan suatu tamparan hebat buat pemimpin BN dan AES menjadi suatu beban yang tertanggung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya kepada Menteri Pengakutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Malah, ujarnya sudah ada suatu desakan yang meminta Menteri Pengangkutan tersebut meletakkan jawatan sekiranya projek ini benar-benar ditentang dan ditolak di Parlimen kelak.

"Apakah projek ini juga menjadi suatu mesej tersirat bahawa kepemimpinan Perdana Menteri turut tercabar?" soalnya.

Beliau berkata, ramai menganggap sikap terburu-buru kerajaan dalam mengengahkan sesuatu dasar itu tanpa berfikir panjang serta meminta pandangan rakyat akhirnya memakan diri.

Menurutnya lagi, sudah acap kali keputusan besar kerajaan dibantah oleh rakyat sehingga akhirnya ianya terpaksa ditarik balik setelah mendapat bantahan awam.

Soalnya, kata beliau mengapa kerajaan tidak membuat kajian terlebih dahulu atau mendapatkan pandangan rakyat terlebih dahulu sebelum sesuatu dasar itu dilaksanakan.

"Mengapa terlalu mudah kerajaan membuat sesuatu keputusan sebelum ianya diperhalusi dari segenap sudut?" katanya

Nampaknya, ujar Riduan AES akan menjadi satu lagi projek gagal kerajaan BN, ibarat orang tua yang semakin lemah dan nyanyuk, kerap kali tindakannya tersasar kerana lemahnya akal pemikiran serta daya ingatannya.

Justeru, tegasnya negara perlu diselamatkan segera dari pelbagai dasar gagal kerajaan BN.

harakah/-

Usaha pulih AS lambat

Posted: 01 Nov 2012 08:12 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
 

NEW YORK - Bunyi tren bawah tanah kedengaran buat kali pertama semalam dalam tempoh empat hari yang merupakan antara petanda awal bahawa bandar raya yang menjadi ikon kemodenan Amerika Syarikat (AS) itu kini semakin pulih selepas lumpuh dilanda taufan Sandy. 

Namun, di kebanyakan kawasan lain di Pantai Timur AS, berjuta-juta orang kini mengalami kekurangan petrol dan diesel, selain ketiadaan bekalan elektrik.

Sekitar enam juta kediaman dan premis perniagaan di 15 buah negeri di AS masih terputus bekalan elektrik setakat kelmarin.

"Saya terpaksa bergelap dan memerlukan petrol untuk menghidupkan generator di rumah," kata seorang lelaki, Abdul Rahim Anwar di sebuah stesen petrol di Brooklyn di sini.

Ketika ini, pasukan-pasukan penyelamat masih bergelut untuk sampai ke beberapa kawasan paling teruk terjejas akibat bencana besar tersebut.

Sekurang-kurangnya 76 orang terkorban dalam malapetaka itu di AS sejak Isnin lalu dengan pihak berkuasa memberitahu, angka korban dijangka terus meningkat selepas anggota-anggota penyelamat melakukan operasi mencari mangsa dari rumah ke rumah di beberapa bandar pesisir pantai di rantau berkenaan.

Pihak berkuasa AS menyatakan, Sandy mendatangkan kerugian AS$200 juta (RM610 juta) sehari akibat kehilangan aktiviti, manakala anggaran kerugian keseluruhan mencecah AS$15 bilion (RM45.7 bilion).

Ribut berkenaan yang meliputi kawasan seluas 1,609 kilometer dan bertiup selaju 130 kilometer sejam kini bergerak ke utara menuju ke negeri Pennsylvania dan Kanada. 

kosmo/ -

Menggigil lihat kereta ayah

Posted: 01 Nov 2012 07:47 PM PDT

17 Zulhijjah 1433H. [MOD] -

pix_middle
POKOK SENA: "Sukar menggambarkan perasaan ketika itu dan kaki saya tiba-tiba menggigil sebaik melihat nombor pendaftaran Perodua Viva yang terbabit kemalangan itu milik ayah."

Kata Mohd Anuar Shafie, 32, anak kedua tukang gunting, Shafie Hamid, 57, yang terbunuh bersama isteri, Che Faridah Ani, 60, serta dua anak mereka, Mohd Ittihal, 26, dan Nurul Faiz, 24, selepas kereta mereka naiki bertembung lori seberat dua tan dalam dalam kemalangan ngeri di Jalan Pendang-Kebun 500 berhampiran Kampung Permatang Limau, di sini, semalam.
   
Seorang lagi anak pasangan itu, Muhd Iqbal Zakuan, 15, parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Kejadian jam 2.30 petang itu berlaku apabila lori terbabit hilang kawalan akibat kerosakan teknikal sebelum memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta itu menyebabkan keempat-empat mangsa mati di tempat kejadian.

Mohd Anuar berkata, dia melalui kawasan berkenaan dan melihat orang ramai mengerumuni sebuah Perodua Viva dan lori yang terbabit kemalangan ngeri, namun tidak mengesyaki apa-apa selain beranggapan ia hanya kemalangan biasa.

metro/-


Tiada ulasan:

Nuffnang