Jumaat, 2 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


GEN-Q CAMP 2012

Posted: 01 Nov 2012 04:08 PM PDT

AES celaru, kerajaan didesak batal semua saman

Posted: 01 Nov 2012 04:07 PM PDT


KUALA LUMPUR 31 Oktober 2012 : Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) keliru dan celaru, justeru kerajaan perlu membatalkan semua saman yang dikeluar sejak 13 Oktober lalu, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Naib Presiden PAS itu berkata, terdapat beberapa pengguna jalan raya yang dikenakan saman kerana memandu lebih had laju ditetapkan iaitu 110km/j di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Namun, Seksyen 79(2) menyatakan kesalahan kerana mengabaikan isyarat lalu lintas, jadi ada kekeliruan di situ," jelas Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) itu.

"Hukuman di bawah seksyen tersebut juga menetapkan denda tidak melebihi RM500, bukan minimum RM300. Jadi kepada mereka yang telah disaman, kita sarankan tak perlu bayar kompaun," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mahfuz berkata, pengguna jalan raya yang disaman mungkin hanya akan dikenakan denda RM50 atau dibebaskan dengan amaran jika pergi ke mahkamah, oleh itu mereka tidak perlu membayar kompaun sehingga RM300.

"Kita pergi ke mahkamah ramai-ramai dan kami akan sediakan peguam. Tapi kalau nak kayakan kerajaan dan kroni, bolehlah pergi bayar," sinisnya.

Semalam, Pemuda Umno turut mendesak kerajaan menangguhkan pelaksanaan sistem itu sehingga kajian menyeluruh dilakukan.

Isnin lalu, empat negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju untuk menangguhkan pemasangan AES di negeri masing-masing.

PSM minta Ketua Polis NS ambil alih kes

Posted: 01 Nov 2012 04:06 PM PDT


1 November , 2012

Memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Hal Ehwal India, ASP Alagaesan pada jam 12.30 tengahari tadi bagi pihak Ketua Polis Negeri Sembilan.

SEREMBAN: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh meminta beliau dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Negeri Sembilan mengambil alih satu kes yang dikendalikan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau.

Bagaimanapun memorandum tersebut diterima oleh Pegawai Hal Ehwal India, ASP Alagaesan, pada jam 12.30 tengahari tadi bagi pihak Ketua Polis Negeri Sembilan.

Menurut Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan, tindakan segera oleh Osman amat diperlukan kerana beberapa perkara atau insiden yang berlaku di IPD Rembau baru-baru ini.

Perkara tesebut berlaku rentetan daripada satu insiden pergaduhan di antara 12 lelaki daripada keluarga yang sama dengan empat orang lelaki yang tidak dikenali di hadapan rumah keluarga tersebut pada 20 Oktober lalu.

"Kami mendapati bahawa segelintir anggota polis Rembau telah menjalankan tugasnya dengan sikap yang tidak profesional dan beretika serta menjalankan tugasnya dengan menanam sikap dengki dan membalas dendam terhadap Setiausaha PSM Cawangan Seremban, S Tinagaran.

"Berdasarkan kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh beberapa anggota keluarga yang ditahan dan beberapa anggota polis, bahawa memang ada unsur untuk menfitnah dan memangsakan Tinagaran.

"Kami juga mendapati siasatan yang dijalankan adalah hasil dari perasaan yang kurang memuaskan dan dengki serta membuat kesimpulan bahawa semua tahanan (12 ahli keluarga) ada kaitan dengan kumpulan gangster.

"Kami mahu Ketua Polis menyiasat kerana kesemua 12 ahli keluarga yang ditahan tidak ada rekod jenayah atau didakwa di mana-mana mahkamah.

"Kami menyeru kepada Ketua Polis supaya membentuk satu pasukan baru di bawah beliau kerana kami telah hilang keyakinan kepada IPD Rembau. Mereka (12 ahli keluarga) ini merupakan mangsa kepada provokasi tujuh lelaki yang tidak dikenali itu," kata Arutchelvan.

Arutchelvan berkata Tinagaran merupakan salah seorang yang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan 12 lelaki yang ditahan dan beliau pergi ke IPD Rembau untuk mengetahui status tahanan mereka.

Arutchelvan turut mengutarakan insiden salah guna kuasa polis dan penyiasatan yang tidak profesional apabila membuat penahanan semula (tukar gari) ke atas M Sharvin Raj dan K Jakan, di mana polis Tampin juga mengatakan bahawa mereka berdua tidak ada kes.

Layanan buruk terhadap tahanan

"Penahanan itu sengaja dibuat dan ini mencabul Hak Perlembagaan Perkara 5. Malah ada tahanan tidak diberi rawatan perubatan apabila tahanan mengadu sakit dan ada tahanan dipukul apabila batuk.

"Menampar dan menendang seorang tahanan bawah umur S Mathuraiweeran, 17 tahun dan menggari bersama tahanan lain hanya untuk memaksanya mengaku terlibat dengan kumpulan gangster.

"Ada juga ahli keluarga yang sekadar pergi ke balai polis untuk mengetahui perkembangan kes turut ditahan", katanya.

Sebelum itu seramai tujuh ahli keluarga daripada 12 ahli keluarga tersebut membuat laporan polis dan kandungan laporan polis itu menjelaskan kronologi insiden pergaduhan yang berlaku pada 20 Oktober di Taman Koperasi, Pedas, Rembau.

"Pada hari Sabtu 20 Oktober lalu, keluarga kami membuat kenduri untuk bayi yang baru lahir mengikut tradisi dan adat agama Hindu.

"Lebih kurang jam 12.30 pagi, dua remaja lelaki menaiki sebuah motorsikal membunyikan enjin motorsikal dengan kuat. Abang saya menegur mereka kerana ada empat bayi sedang tidur di dalam rumah.

"Tidak lama selepas itu dua lelaki itu datang dengan beberapa lelaki lain dan berlaku pergaduhan di antara mereka dan ahli keluarga kami.

"Tidak beberapa lama kemudian polis tiba dan menahan empat lelaki yang menjadi punca pergaduhan. Kami (12 ahli keluarga) turut mengikuti polis ke IPD Rembau tetapi kami juga ditahan.

Justeru itu Arutchelvam berharap Ketua Polis Negeri Sembilan membuat penilaian semula kes terhadap 12 ahli keluarga yang ditahan selama tiga hari atas satu kesalahan yang tidak masuk akal dan tanpa bukti yang kukuh dan munasabah.

Tambak pantai: Peniaga Teluk Kemang terjejas

Posted: 01 Nov 2012 04:05 PM PDT


Harakahdaily 01 Nov 2012

KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 peniaga sekitar Pantai teluk Kemang ke Parlimen hari ini bagi mengadu tindakan kerajaan membina projek pembangunan di kawasan tersebut sehingga menjejaskan perniagaan mereka.
Kumpulan tersebut yang diketuai Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib membantah proses penambakan pantai yang menjadikan cerun semakin dalam dan telah mengorbankan beberapa nyawa.

Mereka ditemani Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrulhisham Shahrin.
"Secara tidak langsung ini menjejaskan kedatangan pelancong dan dan menjejaskan ekonomi para peniaga di kawasan sekitar," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.

Kumpulan tersebut turut membantah pembinaa longkang-longkang besar yang menyebabkan air laut Telok Kemang menjadi keruh dan kotor.

Air longkang yang kotor dan mengandungi bahan-bahan kimia menyebabkan kulit pengunjung dan pelancong dijangkiti kuman.

"Kami bukan menolak pembangunan tetapi kami tak setuju air longkang dialirkan ke laut. Ini bukan sahaja menyusahkan pengunjung malah ikan-ikan juga lari ke tempat lain dan menjejaskan pendapatan nelayan." katanya.
Selain itu, kumpulan tersebut menuntut gerai-gerai yang sudah buruk dibina semula berkonsepkan seni bina Negeri Sembilan yang boleh menjadi daya tarikan pengunjung tempatan dan pelancong.

"Kami tidak mahu gerai-gerai kami dibina seperti sekarang yang seakan-akan kedai menjual ikan dan tiak mendapat kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) yang dikategorikan sebagai projek gajah putih," tegasnya.
Shahruddin juga kesal apabila aduan mereka kepada Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin kelmarin tidak diambil peduli.

"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.
Sokongan terhadap Umno tipis

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani yang juga ketua bahagian Umno batu Empat mengakui bahawa sokongan terhadap parti itu semakin tipis akibat isu ini.
"Majoriti daripada kami ini ahli Umno dan harapan untuk terus menyokong Umno semakin tipis bila kami diperlakukan begini," katanya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Dr Hatta Ramli (PAS-Kuala Krai), Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang), dan Er Teck Hwa (DAP-Bakri).


Peniaga diusir, Pantai Telok Kemang dirampas untuk pembangunan

KUALA LUMPUR 1 November: 100 wakil peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson berhimpun di perkarangan Parlimen hari ini membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.

Perhimpunan itu diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan Cawangan Port Dickson, Syed Mohd Arshad Jelani dan Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Kita, Shahruddin Abu Talib.

Dalam panas terik, kumpulan tersebut turut memegang sepanduk dan kain rentang antaranya bertulis "Selamatkan Pantai Kito", "Mana Hak Kami" dan "Kekalkan Keaslian Pantai Telok Kemang".

Mereka juga menyampaikan memorandum berhubung perkara itu.

Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata, tanah tersebut ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.

Katanya, kerajaan negeri rakus merampas tanah tersebut dan menghalau peniaga terbabit tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.

"Mengikut Kanun Tanah Negara, menjadikan pantai sebagai milik peribadi adalah satu kesalahan. Kerajaan luluskan pula projek untuk tambak pantai yang merosakkan kawasan pantai dan menghalau peniaga yang sudah berpuluh tahun berniaga di sana," katanya.

"Kita juga telah tampil ke pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan panjangkan isu ini. Janji bagi jawapan, tapi hingga kini masih tiada respon, jadi hari ini kita bawa mereka ke Parlimen supaya rakyat Malaysia tahu tentang isu ini," kata Ketua KEADILAN Cabang Rembau itu.

Memorandum berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Disebabkan kelewatan beliau, memorandum diserahkan kepada Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua untuk dibahas di Parlimen.

Kelmarin, ketika peniaga tersebut bertemu Yang-DiPertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abdul Wahab Shamsuddin, mereka dihalau, malah turut dipanggil 'lembu'.

"Abdul Wahab lebih mementingkan keuntungan dari projek-projek berbanding nasib rakyat dan peniaga di situ," kata Shahruddin.

Pemimpin Pakatan Rakyat turut memandang serius penindasan itu dan mendesak pimpinan BN membela nasib rakyat serta pantai yang sepatutnya menjadi milik mereka.

"Sebenarnya isu ini tidak susah, sepatutnya pihak berkuasa Port Dickson boleh selesaikan isu ini di sana tanpa rakyat perlu bersusah payah datang sejauh ini menuntut pembelaan," kata Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli.

Antara pemimpin yang turut menyatakan sokongan dan turut sama berdemo termasuk Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Rakyat dihukum, kroni dimanjakan

Posted: 01 Nov 2012 07:43 AM PDT


Zefry Dahalan | November 1, 2012

Kerajaan Negeri Sembilan amat tegas menghukum rakyat walaupun tunggakan hanya kurang seribu ringgit.
SEREMBAN: Rakyat dihukum tetapi kroni dan syarikat besar dimanjakan.

Nampaknya Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan benar-benar melaksanakan slogan 'rakyat didahulukan'.

"Ini terbukti apabila Kerajaan Negeri Sembilan amat tegas menghukum rakyat walaupun tunggakan hanya kurang seribu ringgit tetapi sangat bermurah hati dan berlembut apabila membabitkan syarikat besar dan kroni walaupun tunggakan mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit.

Itulah kenyataan tidak puas hati Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani dalam sidang akhbar khas di Ibu Pejabat PAS Negeri Sembilan semalam, bagi merujuk kepada sikap Menteri Besar dan kerajaan negeri.

Mohd Taufek mempertikaikan kenapa National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) diberikan keistimewaan apabila gagal menjelaskan tunggakan sewa tapak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM200,000 yang tertunggak sejak setahun lalu.

"Berdasarkan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang berkata bahawa Kerajaan Pusat akan memberi peluang kepada mana-mana syarikat lain yang berminat mengambil alih projek NFC, ternyata projek NFC ini gagal.

"Jika NFCorp gagal, kenapa diberi tempoh lagi. Sepatutnya Kerajaan Negeri perlu mengambil tindakan undang-undang untuk dapatkan semula tunggakan sewa tapak tersebut. Ia adalah hak rakyat dan hasil Kerajaan Negeri", katanya yang juga ahli dewan undangan negeri Paroi.

Gagal kutip hutang

Mohd Taufek memberi satu lagi contoh dalam Laporan Audit 2011 untuk Negeri Sembilan mencatatkan syarikat Negeri Roadstone gagal mengutip hutang daripada syarikat pelanggan untuk tempoh yang agak lama.

Negeri Roadstone adalah sebuah anak syarikat milik Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan (PKNNS) yang menjalankan operasi galian dan menjual batu-batan serta membina dan menurap jalan raya.
"Laporan Audit tersebut menyatakan sebanyak 10 buah syarikat atau pelanggan Negeri Roadstone mempunyai hutang terkumpul secara keseluruhan sebanyak RM511,951.

"Contohnya ada pelanggan yang berhutang sebanyak RM214,085 selama 39 bulan (tiga tahun tiga bulan) dan satu lagi pelanggan berhutang sebanyak RM42,408 selama 58.5 bulan (empat tahun 10 bulan).

"Malah amat tidak patut apabila Negeri Roadstone tidak mengenakan sebarang caj faedah kepada penghutang.

"Dalam Laporan Audit juga disebut bahawa alasan yang diberikan oleh Negeri Roadstone sebab caj faedah tidak dikenakan ialah kerana ia akan menjejaskan hubungan baik di antara Negeri Roadstone dengan pelanggan.

"Tetapi bila seorang rakyat miskin gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah selama lapan bulan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bersepadu Senawang, sebanyak RM992.00, Kerajaan Negeri mengeluarkan notis sita untuk mengunci rumah individu tersebut.

"Saya bukan galak rakyat tak bayar sewa rumah PPR tetapi kenapa Kerajaan Negeri bertolak ansur dengan syarikat besar walaupun jumlah tunggakan amat besar tetapi dengan rakyat amat tegas sekali walaupun jumlah tunggakan yang agak kecil.

"Mungkin inilah yang dipanggil 'rakyat didahulukan' yang sering dilaung-laungkan oleh pemimpin Barisan Nasional", sindir Mohd Taufek.

Mohd Taufek mengulas demikian merujuk kenyataan Mohamad semalam yang memberi kata dua kepada NFCorp menjelaskan hutang sewa tapak projek NFC sebanyak RM200,000 yang sudah tertunggak sejak setahun lalu.

Mohamad juga berkata jika NFCorp gagal jelaskan bayaran tunggakan dalam tempoh yang ditetapkan, kerajaan negeri akan batalkan sewa pajakan tapak tanah seluas 607 hektar (1,500 ekar) itu di Gemas.
Sebaliknya kerajaan negeri akan naikkan kadar sewa tapak tanah itu dalam perjanjian baru, kata Menteri Besar.

Tiada ulasan:

Nuffnang