Isnin, 5 November 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


GEN-Q CAMP 16 ke 18 Nov 2012 di Pilah

Posted: 05 Nov 2012 12:52 AM PST



GEN-Q CAMP
Tarikh : 16 – 18 Nov 2012
Lokasi : D'Kok Eco Camp, Kuala Pilah
Terbuka kepada adik-adik berumur 13-18 tahun
Yuran RM50 tapi terhad kepada 60 peserta sahaja
Hubungi Afif 013-3582870 , Norashidah 013-4029825

Kuliah Ustaz Azhar Idrus 12 Nov 2012 Seremban

Posted: 05 Nov 2012 12:51 AM PST



KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS
Isnin 12 Nov 2012 , jam 7 mlm
Di Seremban – Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Cikgu Hassan 013-3426346

PBS membebankan guru

Posted: 04 Nov 2012 08:10 PM PST


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja PBS seperti membina instrumen (soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting, memasukkan data ke dalam sistem – yang melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan.

Masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dalam sistem. Bayangkan berapa banyak - 160 X 216 = 34,560 data dan berapakah masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak mesra pengguna dan kerapkali menghadapi internal error.

Saya amat berharap instrumen (soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu.

Selain itu, deskriptor (kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6.

Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kepada pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar.

Terus terang guru tidak dapat fokus kepada pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.

Syahril Hasan.

Guru j-QAF dianiaya

Posted: 04 Nov 2012 08:10 PM PST


Keputusan perpindahan guru yang diumumkan pada 3 november 2012 menunjukkan berlakunya sikap tidak adil dan zalim Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap guru j-QAF yang telah lama berkhidmat di sabah dan Sarawak.

Keputusan di luar dugaan bagi kami pasangan suami isteri guru j-QAF ambilan sulung tahun 2005, iaitu kami menjangkakan kami akan dipindahkan ke semenanjung setelah lapan tahun berkhidmat di Sarawak. Apatah lagi guru j-QAF yang baru telah tiba bagi menggantikan tempat kami.

Malangnya, perkara tersebut tidak berlaku malah sebaliknya iaitu guru j-QAF yang bujang dan baru berkhidmat di Sarawak dapat bertukar kembali ke Semenanjung.

Kami tidak pasti apakah yang pegawai di bahagian pertukaran kementerian pelajaran fikirkan sehinggakan sanggup melakukan tindakan tidak masuk akal dengan meluluskan perpindahan tersebut sedangkan kami yang berkeluarga ini disekat.

Apakah syarat dan kriteria yang mereka lihat?

Apakah pasangan suami isteri guru j-QAF yang berkeluarga serta mempunya anak seperti kami disisihkan dan dinafikan hak berpindah sedangkan dari segi kesusahan dan bebanan golongan kami yang lebih merasainya?

Kami yang mempunya anak-anak sangat terbeban berada lama di bumi Sarawak ini.

Masalah dan bebanan ini jauh lebih berat berbanding masalah guru j-QAF yang bujang dan baru pula berkhidmat berbanding kami. Tidak kasihankah mereka melihat kami mengendong anak ke hulu ke hilir menaiki bot, bas dan kapal terbang setiap kali pulang ke kampung?

Apatah lagi kesulitan membesarkan anak-anak di tempat orang tanpa bantuan dari keluarga?

Kekadang kami terpaksa memendam kesedihan kerana tidak mampu pulang menatap wajah insan tersayang yang meninggal dunia kerana kos penerbangan kami sekeluarga sangat membebankan.

Guru yang bujang bila-bila masa dapat terbang pulang ke kampung dengan selesa. Banyak perbezaan bebanan guru yang berkeluarga berbanding guru yang bujang tetapi apa yang lebih dipersoalkan ialah kenapa tempoh berkhidmat kami tidak diambil kira.

Dulu kementerian memberi alasan kerana tiada pengganti, sebab itu kami tidak dilepaskan. Tetapi sekarang apabila sudah ada pengganti kami masih disekat malah golongan yang lain pula dilepaskan.

Kami memohon belas kasihan kementerian pelajaran menimbang dan meneliti sebaiknya keputusan yang mereka buat kerana sekiranya berlaku ketidakadilan seperti ini boleh menjejaskan semua pihak terutama kepada guru dan murid itu sendiri.  Sedarlah para pegawai yang membuat keputusan ini, amalan anda yang tidak adil ini tetap dicatat oleh malaikat. Berlaku adil dan laksanakan amanah tanpa mengira kepentingan diri.

Jika mereka meluluskan perpindahan saudara mara, sahabat, kenalan mereka dengan menggunakan jawatan mereka, ketahuilah mereka telah menafikan hak orang lain.

Kementerian Pelajaran perlu memandang serius perkara ini sebelum melaungkan pelan pendidikan bertaraf dunia itu.

Guru j-QAF yang dizalimi.

TPM Minta Umat Islam Pelihara Kesucian Agama

Posted: 04 Nov 2012 04:57 PM PST



5 Nov 2012 PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta umat Islam di negara ini memelihara kesucian agama untuk mengelak dikelirukan golongan yang mengaku pakar tetapi mempunyai agenda lain, terutama politik. Beliau berkata kefahaman tinggi terhadap Islam dapat mengelak mereka dinodai orang yang 'nampak warak' tetapi mempunyai muslihat lain. "Kita mahukan institusi agama yang kukuh. Sebab itu, peranan Malaysia dalam mempertahankan Islam turut dihormati negara Islam lain.

700,000 GAGAL IKUTI KAFA

3 Nov 2012 MELAKA: Lebih 700,000 murid tidak dapat mengikuti Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) berikutan kekurangan kelas berkenaan di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, hasil laporan penaziran tahun lalu mendapati, sejumlah murid terbabit dari tahun satu hingga enam tidak mengikuti program pendidikan agama sedia ada melalui kelas Kafa, sekolah rendah agama negeri, rakyat dan swasta pada sesi petang.

SEKOLAH AGAMA TIDAK SELESA, PERALATAN UZUR

19 Okt 2012 : Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendapati bahawa sekolah agama Kerajaan Johor (SAKJ) tidak memiliki kemudahan serta penempatan sementara yang tidak sempurna. Laporan Ketua Audit turut mendapati, daripada 20 buah SAKJ yang dilawati, 16 daripadanya tidak mempunyai kelengkapan keperluan asas yang tidak sempurna seperti bilik mesyuarat, bilik sumber dan kantin ataupun kemudahan asas yang tidak sempura kebanyakannya telah uzur. Disamping itu, perabot seperti meja belajar dan kerusi murid juga berada dalam keadaan uzur. Ini disebabkan oleh bekalan perabot baru lewat diterima dan dan ada sebahagiannya tidak menerima peruntukan perabot baru.

Nazim Adventure Camp 2012

Posted: 04 Nov 2012 05:10 AM PST

Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah 2012

Posted: 04 Nov 2012 04:08 AM PST


Pada 2 November 2012 telah diadakan Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Pasti Zulfaa di Taman Sri Kasih, Senawang. Pasti Zulfaa telah 18 tahun beroperasi di Taman Sri Kasih dan kini telah memiliki bangunan mereka sendiri. Tahniah kepada pihak pengurusan Pasti Zulfaa. Gambar sekitar perasmian di http://pasti-n9.blogspot.com/2012/11/majlis-perasmian-dan-penyampaian-hadiah.html

Tiada ulasan:

Nuffnang