Anwar Ibrahim |
[Kenyataan Media Terkini] Isu Islam dan Masyarakat Melayu Posted: 04 Nov 2012 06:55 PM PST Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis. Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu. Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia. Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan. Saya kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad. Saya cenderung mendukung program pendididkan dan daawah utk memperkukuh aqidah dan meningkat kefahaman terhadap Islam. Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama. Nurul Izzah Anwar |
Penyelewengan Daftar Pemilih SPR Bukti Umno BN Penipu Nombor 1 Posted: 04 Nov 2012 06:38 PM PST Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kerajaan Umno BN sebagai penipu nombor satu di dunia berdasarkan tindak-tanduknya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa. Berucap pada pra-Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam, beliau berkata, daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan peningkatan kira-kira 1 juta pengundi dalam masa setahun. "Rekod ini hanya boleh berlaku ketika Umno BN berkuasa," katanya di hadapan lebih 12,000 hadirin di Taman Seremban Jaya sambil menunjukkan contoh penipuan Umno melalui skrin layar. Beliau juga mengingatkan rakyat, saman trafik Automated Enforcement System (AES) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pula hanya ditangguh kerana Umno BN takut kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13. Kalau ditakdirkan mereka menang, AES dan GST pasti akan dilaksanakan. Anda semua jangan percaya puak ini (Umno BN)," katanya disambut sorakan gamat. Pada 1 November lalu, Parlimen bersetuju menangguh dan mengkaji semula pelaksanaan AES selepas mendapat bantahan hebat pelbagai pihak khususnya pemimpin Pakatan. September 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri mengaku ketika berucap di Persidangan Forbes Global CEO bahawa GST mungkin dilaksanakan selepas PRu ke-13. Dalam pada itu, beliau juga menegaskan pendirian Pakatan untuk mengubah sistem politik berasaskan kaum kepada politik yang membela nasib seluruh rakyat. "Mereka kata Anwar nak bagi semua pada orang Cina dan India…Bukan semua Cina tauke judi Genting. Apa salahnya kita bagi pada Melayu (bersama-sama) anak Cina dan India yang layak? Tidak usah mainlah politik kaum sebegitu rupa," katanya yang kesal Umno BN memanipulasi isu perkauman untuk mengaut kekayaan negara. "(Justeru) Melayu (Khususnya) jangan pertahankan rasuah. Orang Melayu berakhlak (pasti) akan bersama-sama tentang penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa," tegasnya lagi. Selain beliau, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang serta pimpinan Pakatan Negeri Sembilan turut memberi ucapan. Di akhir program, seluruh pimpinan yang hadir naik ke pentas untuk sama-sama melancarkan secara rasmi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diikuti dengan program jelajah seluruh negara sebelum kemuncaknya di Stadium Nasional Bukit Jalil Januari depan. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan